Anda di halaman 1dari 20

Syahadah Perguruan Ikram Musleh (SPIM)

TD 1034 Pendidikan Saqafah Islamiyah Tajuk : Ekonomi Dalam Islam

Disediakan untuk : Ustaz Hj Shahrin bin Awalludin Disediakan oleh : Fazilah Bt Mohd Reba (760526-05-5340)

1.0 Pengenalan Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan perekonomian manusia juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah. Harta yang ada pada kita, sesungguhnya bukan milik manusia, melainkan hanya anugerah daripada Allah swt agar dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kepentingan umat manusia yang pada akhirnya semua akan kembali kepada Allah swt untuk dipertanggungjawabkan. Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang diatur berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam. Bekerja merupakan suatu kewajiban kerana Allah swt memerintahkannya, sebagaimana firman-Nya dalam surat At Taubah ayat 105: Dan katakanlah, bekerjalah kamu, kerana Allah dan Rasul-Nya serta orangorang yang beriman akan melihat pekerjaan itu. 2.0 Pengertian Ekonomi Dalam Islam

Definisi Ekonomi dalam Islam Ekonomi dalam Islam adalah ilmu yang mempelajari segala perilaku manusia dalam memenuhi tuntutan hidupnya dengan tujuan memperoleh falah (kedamaian dan kesejahteraan dunia dan akhirat). Berikut merupakan definisi ekonomi dalam Islam menurut para sarjana Islam : 1. S.M. Hasanus Zaman, Ilmu ekonomi Islam adalah pengetahuan dan aplikasi ajaran-ajaran dan aturan-aturan syariah yang mencegah ketidakadilan dalam pencarian dan pengeluaran sumber-sumber daya, guna memberikan kepuasan bagi manusia dan memungkinkan mereka melaksanakan kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah dan masyarakat. 2. M.A. Mannan, 2

Ilmu ekonomi Islam adalah suatu ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari permasalahan ekonomi dari orang-orang yang memiliki nilai-nilai Islam. 3. Khursid Ahmad, Ilmu ekonomi Islam adalah suatu upaya sistematis untuk mencuba memahami permasalahan ekonomi dan perilaku manusia dalam hubungannya dengan permasalahan tersebut dari sudut pandangan Islam. Daripada definisi-definisi di atas, bolehlah kita simpulkan bahwa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan dengan kehendak syariat dalam memperolehi, mengguna atau mengurus sumber-sumber alam untuk kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T.

2.1 Tujuan Ekonomi Islam Segala peraturan yang diturunkan Allah swt dalam sistem Islam adalah untuk mendapat kebaikan, kesejahteraan, keutamaan, serta menghapuskan kejahatan, kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh ciptaan-Nya. Demikian pula dalam hal ekonomi, tujuannya adalah membantu manusia mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Aktiviti ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap manusia. Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang sesuai, tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan keperluan perubatan.

Ekonomi Islam bermatlamat untuk mencapai penggunaan sumber yang optimum, cekap, berkesan dan tidak membazir. Ekonomi Islam juga berhasrat untuk melaksanakan pengagihan kekayaan yang saksama dan adil. Kekayaan yang dimaksudkan ini termasuklah dari segi pendapatan, harta benda dan pembangunan. Ekonomi Islam juga bertujuan untuk menjamin hak dan peluang yang sama untuk semua orang tanpa mengira keturunan, bangsa atau warna kulit.

Menurut Prof. Dr. Yufuf Qardawi, di dalam bukunya Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan, beliau menyatakan matlamat ekonomi Islam adalah seperti berikut: Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada yang berhak. 3

Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha supaya tidak memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha, atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya walaupun memberi faedah ekonomi. 3.0 Sejarah Ekonomi Islam Sejarah Ekonomi Arab pra-Islam Bangsa Arab adalah bangsa yang terkenal dengan kehidupan berdagang. Suku Quraisy adalah suku asal Nabi Muhammad yang dominan dan berpengaruh termasuk dalam kegiatan perniagaan. Peluasan perdagangan dilakukan dengan menggunakan pembayaran kredit. Namun mereka mengamalkan sistem riba. Sistem ini diamalkan dengan akad bahawa pembayaran akan dilunaskan pada tarikh dan masa tertentu yang dipersetujui. Jika pembeli tidak dapat melunaskan hutang, mereka perlu membayar pokok modal dengan suatu jumlah tetap riba atau tambahan. Praktik Ekonomi Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W Terdapat 2 tahap sistem ekonomi iaitu: 1. Masa sebelum Kenabian Semasa remaja, Nabi Muhammad sering mengikut bapa saudaranya Abu Thalib berdagang ke Syams. Baginda terkenal di kalangan masyarakat Arab pada zaman itu sebagai pedagang yang sangat jujur iaitu Al-Amin. Setelah mengahwini Siti Khadijah, baginda menjadi pengurus dalam usaha dagang isterinya. Baginda melakukan perdagangan di Semenanjung Arab, Yaman, Bahrain, Iraq dan Syria. Kadang-kadang baginda mengambil pinjaman berdasarkan gadai, membeli barang dengan tunai dan dengan pinjman. 2. Setelah kenabian Ketika Nabi hijrah ke Madinah, penduduk Madinah mengangkatnya sebagai ketua negara dan sekaligus pemimpin negara. Baginda banyak melakukan pembaharuan ekonomi seperti membangunkan masjid, menjalin ukhwah islamiyah antara kaum Muhajirin dan Ansor, mengeluarkan hak dan kewajipan bagi warga negara, menyusun sistem pertahanan negara dan meletakkan dasar kewangan negara dengan mendirikan Baitul Mal. Berikut merupakan prinsip kebijakan ekonomi Nabi Muhammad S.A.W : Allah S.W.T adalah penguasa tertinggi sekaligus pemilik seluruh alam semesta. Manusia hanyalah khalifah Allah S.W.T di muka bumi dan bukan pemilik yang sebenarnya. Semua yang dimiliki dan diperolehi oleh manusia adalah dengan izinNya. Oleh sebab itu, manusia yang kurang beruntung mempunyai hak terhadap manusia lain yang beruntung. 4

Eksploitasi ekonomi seperti riba harus dihilangkan. Menerapkan sistem warisan sebagai media pengagihan kekayaan. Menetapkan kewajipan bagi seluruh individu termasuk orang-orang miskin. 3.1 Latar belakang Sistem ekonomi Islam berlatar belakang kepada konsep tauhid. Konsep tauhid mempunyai 2 tatacara iaitu : Aspek hubungan manusia dengan Pencipta (Hablumminallah) Aspek hubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas) Asas-asas ekonomi yang membangun sistem ekonomi Islam terdiri dari atas tiga asas iaitu: Cara memperoleh pemilikan harta kekayaan (al-milkiyah) Cara pengelolaan pemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki (tasharruf fil milkiyah) Cara pengagihaan kayaan tersebut di tengah-tengah masyarakat (tauzi'ul tsarwah bayna an-naas) Pertama : Cara Pemilikan Harta Dalam Islam (Al-Milkiyah) Sistem Ekonomi Islam berbeza sama sekali dengan sistem ekonomi buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana berasal daripada wahyu, dan dari segi pemilikan, ia menerangkan kepada kita bahawa terdapat tiga jenis pemilikan: Hak Milik Umum Ini meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib dikembalikan kepada rakyat. Hak Milik Negara Hak ini meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syarie dari pada warganegara hasil pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat. Hak Milik Individu: Selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syarie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syarie juga. Kedua : Cara Pengelolaan Kepemilikan (At-Tasharruf Fi Al Milkiyah) Secara dasarnya, pengelolaan pemilikan harta kekayaan yang telah dimiliki merangkumi dua kegiatan, iaitu:-. 5

1) Pembelanjaan Harta (Infaqul Mal) Pembelanjaan harta adalah pemberian sejumlah harta kekayaan yang dimiliki. Dalam pembelanjaan harta milik individu, Islam memberikan tuntunan bahawa harta tersebut haruslah dimanfaatkan untuk nafkah wajib seperti nafkah keluarga, infak fi sabilillah, membayar zakat, dan lain-lain. Kemudian nafkah sunnah seperti sedekah, hadiah dan lain-lain. Kemudian barulah dimanfaatkan untuk hal-hal yang mubah (harus). Harta tersebut tidak dimanfaatkan untuk sesuatu yang terlarang seperti membeli barangbarang yang haram seperti minuman keras, babi, dan lain-lain. 2) Pengembangan Harta (Tanmiyatul Mal) Pengembangan harta (tanmiyatul mal) adalah kegiatan memperbanyak jumlah harta yang telah dimiliki. Seorang muslim yang ingin mengembangkan harta yang telah dimiliki, wajib terikat dengan ketentuan Islam berkaitan. Pengembangan harta melalui cara-cara yang sah seperti jual-beli, kerja sama yang Islami dalam bidang pertanian, perindustrian, mahupun perdagangan. Selain itu, Islam juga melarang pengembangan harta yang terlarang seperti dengan jalan aktiviti riba, judi, serta aktiviti terlarang lainnya. Pengelolaan pemilikan yang berhubungan dengan pemilikan umum itu adalah hak negara (Daulah Islamiyah), kerana negara (Daulah Islamiyah) adalah wakil ummat. Meskipun menyerahkan kepada negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelolanya, namun Allah SWT telah melarang negara Daulah Islamiyah) untuk mengelola pemilikan umum tersebut dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada orang tertentu. Jika kita mahu mengendalikan cara yang lain, cara tersebut diperbolehkan, asal tetap berpegang dengan hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara'. Pengelolaan pemilikan yang berhubungan dengan pemilikan negara (Daulah Islamiyah) dan pemilikan individu, nampak jelas dalam hukumhukum baitul mal serta hukum-hukum muamalah, seperti jual-beli, gadai (rahn), dan sebagainya. Syariat juga telah memperbolehkan negara (Daulah Islamiyah) dan individu untuk mengelola pemilikan masing-masing dengan cara tukar-menukar (mubadalah) atau diberikan untuk orang tertentu ataupun dengan cara lain, asal tetap berpegang kepada hukum-hukum yang telah dijelaskan oleh syara.

3) Cara Pengagihan Kekayaan Di Tengah Masyarakat (Tauzi'ul Tsarwah Tayna An-Naas)

Pengagihan harta kekayaan termasuk masalah yang sangat penting. Maka Islam memberikan pelbagai ketentuan yang berkaitan dengan hal ini. Pengagihan ini termaktub dalam hukum syara. Mekanisme ini dilakukan dengan mengikuti ketentuan sebab-sebab pemilikan (contohnya, bekerja) serta akad-akad muamalah yang wajar (contohnya jual-beli dan ijarah). Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan pengagihan harta kekayaan tersebut di antara mereka. Selain itu perbezaan pendapat individu menyebabkan terjadinya kesalahan dalam edaran harta kekayaan. Kemudian kesalahan tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan perak. Oleh kerana itu, syara' melarang berputarnya kekayaan hanya di antara orang-orang kaya namun mewajibkan putaran tersebut terjadi di antara semua orang. Allah SWT berfirman : "Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (QS. Al-Hasyr : 7) Di samping itu, syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman : "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih." (QS. AtTaubah : 34)

3.2 Pertumbuhan Ekonomi Islam Sejarah pertumbuhan ekonomi Islam terbahagi kepada tiga tahap iaitu: I. Tahap Kesuburan II. Tahap Kemerosotan / kemunduran III. Tahap Kebangkitan Tahap Pertama : Kesuburan Zaman awal Islam, amalan ekonomi amat terhad kepada penternakan dan perniagaan. Ijtihad tertumpu kepada penjelasan hukum muamalat dan penyelesaian masalah ekonomi pada masa itu. Prinsip-prinsip ekonomi dalam Islam gagal disingkap secara menyeluruh. Pada abad ke-2 Hijrah, banyak kitab feqah yang diterbitkan tentang kegiatan ekonomi secara terperinci manakala kitab-kitab khusus adalah seperti isu riba, monopoli, sistem harga, syarikat, sistem pasaran dan lain-lain permasalahan ekonomi semasa. Ulama cenderung mengkaji aktiviti ekonomi berlandaskan dalildalil al-Quran & al-Sunnah. Contoh Kitab yang dihasilkan pada Tahap Pertama ini adalah : Al-Kharaj oleh Abu Yusuf 7

Al-Kharaj oleh Yahya ibn Adam Al-Amwal oleh Abu Ubaid ibn Salam Al-Kasb fi ar-Rizq oleh Imam Muhammad al-Syaibani Muqaddimah oleh Ibn Khaldun Al-Ibar oleh Ibn Khaldun Al-Hisbah fil Islam oleh Ibn Taymiyah Al-Siasah al-Syariah fil Islah al-Rai wal Raiah oleh IbnTaymiyah

Tahap Kedua : Kemerosotan/Kemunduran Pada abad ke-4 Hijrah / 12 Masihi banyak berlaku konflik antara pemerintah dan masyarakat awam. Masyarakat cenderung terlibat dengan kegiatan fitnah memfitnah. Pada masa itu, berlaku permusuhan dalam kalangan ulama dan pergolakan politik. Ini ditambah lagi dengan kesan penjajahan Eropah. Pada peringkat awal, keadaan masih tidak menggugat kesuburan pengkajian Islam tetapi dalam jangka masa panjang wujud kebekuan dalam ilmu-ilmu Islam. Akhirnya, para ulama hanya sekadar bertaqlid dan tertutuplah pintu ijtihad dalam menyelesaikan permasalahanpermasalahan yang dihadapi. Oleh itu, tiada ulama untuk menyubur, mengembangkan dan menerapkan amalan ekonomi Islam dalam kehidupan masyarakat. Ilmu-ilmu ekonomi Islam hanya tersimpan di dalam kitab-kitab lama. Kekosongan ilmu ini menyebabkan orang Islam beralih ke dunia luar. Umat Islam mula mencari ilmu dari barat bagi mempelajari ilmu ekonomi. Pada zaman ini berlaku revolusi industri di Barat (abad ke-18 Masihi). Tahap Ketiga : Kebangkitan Awal abad ke-20 Masihi, umat Islam mula menyedari wujudnya ketidakserasian dan kelemahan-kelemahan dalam sistem ekonomi dari Barat. Umat Islam mula sedar dan kembali kepada agama Islam yang sebenar. Para sarjana Islam telah dan terus berusaha mengkaji dan menyusun semula khazanah ilmu ekonomi Islam. Pengakajian ekonomi Islam dilakukan kepada tiga jenis iaitu kajian menyeluruh, kajian sebahagian dan kajian sejarah. Mutakhir ini sistem ekonomi Islam dijadikan sebagai satu subjek khusus yang diajar di banyak institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Banyak penuntut yang menulis tesis M. A. dan Ph.D malahan ratusan institusi penyelidikan yang khusus bagi ekonomi Islam. Dari segi penulisan, ekonomi Islam ditulis dan dibincangkan dalam pelbagai topik penulisan mengikut kaedah semasa. 4.0 Kandungan Ilmu ekonomi Islam

Fiqh Muamalat Fiqh muamalat ialah hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan soal keduniaan seperti jual-beli, sewa-menyewa, pajak gadai dan sebagainya. Dalam fiqh muamalat, bidang jual beli paling penting kerana merupakan bidang yang amat diperlukan oleh manusia dalam kehidupan seharian. Jenis-jenis jual beli adalah :1. Pertukaran barang Dikenali sebagai sistem barter di mana seseorang yang memerlukan barang akan mencari orang yang memiliki barang tersebut untuk ditukar dengan barang yang dimiliki. Sistem ini rumit kerana memerlukan kesepakatan untuk menjalankan transaksi perniagaan. 8

2. Jualan terbuka Merupakan sistem jual beli yang menggunakan mata wang. Melalui sistem ini, seseorang boleh membeli apa sahaja tanpa menukar barang seperti sistem barter.

3. Pertukaran mata wang Matawang yang dicipta mempunyai pelbagai bentuk dan mempunyai nilai yang berbeza. Bagi memperoleh jenis matawang lain, terpaksalah seseorang itu menukar jenis mata wang yang ada padanya dengan jenis mata wang diperlukan. 4. Jual Saham Asalnya jual beli dilakukan dengan pertukaran segera. Namun, hajat dan keperluan seseorang menyebabkan pertukaran tidak dapat dilakukan segera. Sistem yang membenarkan penangguhan dalam menyerahkan barang ini dikenali sebagai jual saham. Rukun-Rukun Jual Beli Penjual dan pembeli Barang yang dijual Harga barang Lafaz ijab dan qabul Muamalah yang haram 1. Maysir atau Qimar Dalam erti kata lain ialah perjudian. Perjudian adalah aktiviti pengumpulan harta yang berisiko di mana mengakibatkan keuntungan di sebelah pihak sahaja dan merugikan pihak-pihak yang lain tanpa menjalankan usahausaha perniagaan yang tidak produktif. Bentuk perjudian pada masa kini adalah seperti nombor ekor, lumba kuda, perjudian internet dan seumpamanya. 2. Monopoli (ihtikar) Mengumpul atau menahan sesuatu barangan yang diperlukan oleh orang ramai supaya dapat dijual dengan harga yang tinggi. Monopoli adalah perbuatan yang keji dan terlarang dalam Islam. Sistem ini tidak mempedulikan kelaparan dan kesengsaraan orang lain. Apabila ia melihat manusia amat memerlukan barangan tersebut, maka ia semakin menyembunyikannya untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi. 3. Gharar Maksud gaharar dari segi fiqh ialah unsur ketidakpastian, kekurangan maklumat, kontrak jual beli yang tidak boleh dipercayai, bahaya, kabur dan tidak dapat dipastikan. Ini mengakibatkan spekulasi yang tiada justifikasi, risiko yang tidak munasabah dan percanggahan maklumat antara pihak yang berkontrak. 4. Riba Melalui sistem riba, perilaku mengeksploitasikan keperluan peminjam dengan mengenakan lebihan yang diambil tanpa ada imbalan semula sama 9

ada bentuk kerja atau pemikiran. Akibatnya orang yang kaya semakin kaya dan orang yang miskin semakin miskin. 5. Penipuan Penipuan dalam bentuk apa sekalipun adalah haram. Antara bentuk penipuan adalah mengurangkan sukatan dan timbangan. Ini dilarang keras dalam Islam seperti firman Allah dalam Surah As-Syuara ayat 181-182 yag bermaksud : Sempurnakanlah sukatan dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang merugika; dan timbanglah dengan timbangan yang jujur.

6. Berniaga Barang-barang Haram Barang-barang haram ialah seperti arak, dadah, babi dan perkakas yang haram seperti perkakas yang diperbuat daripada emas dan perak, berhalaberhala, patung-patung serta makanan yang telah rosak. 7. Setiap Perkara Yang Bertentangan Dengan Akhlak Setiap perkara yang menjauhkan diri daripada agama atau memudaratkan kepentingan masyarakat adalah termasuk dalam kemungkaran yang perlu ditolak dalam ekonomi Islam. Contohnya mengadakan pertandingan nyanyian dengan tawaran wang ratusan ribu tetapi nyanyian ini mengkhayalkan dan melalaikan diri daripada mengingati Allah. Muamalah Yang Halal 1. Mudharabah Merupakan akad antara dua pihak yang mana satu pihak mengeluarkan modal dan pihak yang kedua memperdagangkannya. 2. Syirkah/Musyarakah Syirkah adalah satu perkongsian di antara dua atau lebih orang di mana kesemua daripada mereka mempunyai bahagian dalam kewangan. 3. Murabahah Ia dikenali dengan jualan dengan tambahan untung. Dalam kontrak murabahah, kedua-dua pihak bersetuju menjual dan membeli pada satu tingkat harga yang di dalamnya terkandung segala kos barangan dan untung. Konsep ini juga dikenali dengan Mark up price. 4. Bai Bithaman Ajil Dikenali dengan jualan harga tangguh. Harga jualan mengandungi dua elemen iaitu kos dan untung namun boleh pembeli boleh menangguh pembayaran harga itu mengikut tempoh tertentu atau membuat bayaran secara ansuran. 5. Ijarah (sewa-menyewa) Ijarah ialah akad antara pemilik harta sama ada harta tetap atau harta tidak tetap dengan penyewa, di mana pemilik harta membenarkan penyewa mengguna dan memperoleh manfaat dan perkhidmatan daripada harta tersebut. 6. Korporat 10

Para fuqaha mengharuskan perdagangan korporat berdasarkan qias. Antara ciri korporat adalah hak milik saham, kemudahan memindah hak milik dan sijil-sijil saham boleh berpindah tangan tanpa kelulusan pemilik saham. 7. Takaful Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolongmenolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan.

8. Perbankan Islam Penubuhan Perbankan Islam adalah berkait rapat dengan kesedaran para ulamak fiqh dan ahli-ahli ekonomi islam di seluruh dunia terutamanya di Asia Barat bagi menubuhkan bank perdagangan Islam yang berlandaskan hukum syarak. Operasi perbankan Islam adalah berpegang kepada prinsip Muamalah Urusan Bank dan Kewangan Tanpa Riba. Perbankan Islam juga mengutamakan amalan berkongsi untung-rugi yang lebih menjamin keadilan sosial dalam pengagihan untung-rugi kepada penyimpan peminjam dan pemilik saham bank. 9. Baitul Mal Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barangbarang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul. 10. Gadaian Islam (Ar-Rahnu) Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan Ar-Rahnu. Maksudnya ialah meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu. Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk melunaskan hutangnya apabila tidak berkemampuan untuk melakukan pembayaran oleh pihak yang berhutang mengikut ketentuan syarak. 11. Produk Kewangan Islam 11

Berikut adalah produk kewangan islam yang utama : Simpanan Simpanan dalam bahasa Arab dipaggil sebagai Al-Wadiah. Dari segi istilah, simpanan bermaksud harta yang diserahkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya dijaga atau diuruskan dan dipulangkan kepada tuannya apabila cukup tempoh atau dituntut oleh tuannya. Dalam konteks semasa, urusan penyimpanan telah diambil alih oleh pihak bank. Pinjaman Istilah pinjaman dalam bahasa Arab dinamakan sebagai ariyah. Dari segi istilah pinjaman bermaksud memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak menjejaskan atau merosakkan zat (hakikat) benda itu supaya dapat dikembalikan kepada pemiliknya. Manusia secara semulajadinya mempunyai kemahuan untuk mendapatkan sesuatu tetapi kadang kala mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memilikinya. Justeru, Islam mengharuskan manusia berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati dengan kaedah pinjaman.

5.0 Kitab dan Rujukan Ekonomi Islam Sumber perundangan ekonomi Islam umumnya berdasarkan sumber perundangan Islam yang terdiri daripada : Al-Quran Al-Sunnah Ijmak Qiyas

1. AL-QURAN Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di dalam bahasa Arab melalui perantaran malaikat Jibril a.s. Al-Quran merupakan asas bagi perundangan Islam dan asal segala sumber, dalil dan prinsip hukum. Bersifat universal, kekal dan fundamental dan dijamin ketulenannya oleh Allah S.W.T. Banyak dalil dalam Al-Quran yang menerangkan tentang sistem ekonomi Islam. Antaranya ialah :I. Al-Quran1. Firman Allah QS. al-Nisa [4]: 29:Hai orang yang beriman! Janganlah kalian saling memakan (mengambil) harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan sukarela di antaramu. 2. Firman Allah QS. al-Baqarah [2]: 282:"Hai orang yang beriman! Jika kamu bermu'amalah tidak secara tunai sampai waktu tertentu, buatlah secara tertulis...". 3. Firman Allah QS. Shad [38]: 24:"Dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bersyarikat itu sebagian dari mereka berbuat zalim 12

kepada sebahagian lain, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; dan amat sedikitlah mereka ini. 4. Firman Allah QS. al-Baqarah [2]: 275:dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba... 5. Firman Allah QS. al-Baqarah [2]: 278 279:Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang yang beriman . . Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya 6. Firman Allah QS. al-Hasyr [59]: 18Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok (masa depan). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 7. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kami menetapkan hukum di antara manusia,hendaklah dengan adil (QS. an-Nisa [4]: 58) 8. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (QS. al-Baqarah [2]: 280). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya (QS.al-Maidah [5]: 2

2.

As-Sunnah As-Sunnah ini bermaksud segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasullullah terhadap sesuatu perkara. Sumber perundangan kedua selepas Al-Quran yang bertindak sebagai penjelas, pemerinci dan penghurai kepada Al-Quran yang lebih bersifat umum di samping membawa hukum-hukum baharu yang tidak terdapat di dalam Al-Quran. Antara contoh hadis yang menerangkan cara perekonomian Islam adalah seperti berikut :1. Nabi bersabda, Ada tiga hal yang mengandung berkah: jual beli tidak secara tunai, muqaradhah (mudharabah), dan mencampur gandum dengan jewawut untuk keperluan rumah tangga, bukan untuk dijual. (HR. Ibnu Majah dari Shuhaib). 2. Perdamaian dapat dilakukan di antara kaum muslimin, kecuali perdamaian yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram; dan kaum muslimin terikat dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram (HR. Tirmidzi dariAmr bin Auf). 3. Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata:Allah swt. berfirman: Aku adalah pihak ketiga dari dua orang yang bersyarikat selama salah satu pihak tidak mengkhianati pihak yang lain. Jika salah satu 13

pihak telah berkhianat, Aku keluar dari mereka. (HR. Abu Daud, yang dishahihkan oleh al-Hakim, dari Abu Hurairah). 4. Barang siapa melepaskan dari seorang muslim suatu kesulitan di dunia, Allah akan melepaskan kesulitan darinya pada hari kiamat; dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama ia (suka) menolong saudaranya (HR. Muslim dariAbu Hurairah 5. Perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang, saling mengasihi dan mencintai bagaikan tubuh (yang satu); jikalau satu bagian menderita sakit maka bahagian lain akan turut menderita (HR. Muslim dari Numan bin Basyir) 6. Kaum muslimin terikat dengan syarat-syarat yang mereka buat kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. (HR. Tirmidzi dari Amr bin Auf) 3. Ijmak Kesepakatan ulamak mujtahidin tentang sesuatu hukum dan peraturan agama. Ijmak merupakan sumber perundangan ketiga yang diperlukan pada masa kini kerana masyarakat Islam kian berkembang dan banyak fenomena dan permasalahan baharu yang timbul memerlukan penjelasan hukum. Di sinilah peranan ulama dan mujtahid diperlukan kerana mereka adalah pewaris nabi. 4. Qias Suatu hukum agama yang telah tetap tentang sesuatu perkara dan dijadikan hukum untuk sesuatu perkara yang lain apabila kedua-duanya dianggap mempunyai sebab atau sifat yang sama. Sebagai contoh, dalam menentukan hukum minum tuak tidak terdapat dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Maka para mujtahid telah mengqiaskan hukum minum tuak sama dengan hukum meminum arak yang terdapat nasnya hampir sama dengan hukum minum arak.

6.0 Tokoh Ekonomi Islam Secara umumnya, tokoh ekonomi Islam itu sendiri perlu kita contohi daripada Muhammad S.A.W iaitu Rasullullah yang paling kita cintai. Bagindalah mengajar dan mendidik umat Islam dari zaman dahulu sehingga kini tentang tatacara dan amalan ekonomi Islam yang tentunya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Baginda pernah bersabda Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya. Riwayat at-Thabrani. Selepas menubuhkan negara Madinah, baginda telah memperkenalkan ekonomi baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Baginda telah membangunkan ekonomi umat Islam 14

seperti menebus semula tanah orang Islam yang tergadai. Tanah-tanah terbiar pula diusahakan semula. Selepas zaman rasullullah dan para tabiin, muncul tokoh ekonomi Islam yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi Islam adalah seperti berikut:1. Ibn Khaldun (732 808 Hijrah /1332 1404 Masihi) Bapa Ekonomi dan Sosiologi - pembangunan dan tamadun. Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H. Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya. Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Khas bahagian surat-menyurat kerajaan, Ahli Majlis Pengajian Dupas dan juga hakim. Beliau mempunyai kepakaran dalam sejarah, sosiologi dan ekonomi. Selain Muqaddimah, beliau juga mengarang Kitab Al-Ibar yang mengupas tajuk pembahagian buruh, perdagangan antarabangsa dan kewangan awam. 2. Ibn Taymiyah (661 728 Hijrah /Ibn Tamiyah1263 1328 Masihi). Nama sebenar beliau ialah Yaqi Al-Din Abu Abbas Ahmad Bin Syahab Al-Din Abi Al-Mahasn Abdul Halim Bin Majd Al-Din Al-Barakat Abdul Al-Salam Bin Abi Muhammad Abdullah Bin Abi Al-Qassin Al-Qard Bin Muhammad Bin Al-khadr Bin Ali Bin Abdullah Taymiyah. Beliau dilahirkan pada 10 Rabiul Awwal tahun 661 Hijrah / 22 Januari 1263 M di Harran, Damsyik. Beliau memegang jawatan ulama dan pakar dalam semua bidang ilmu Islam termasuk Tasawwuf dan falsafah. Antara sumbangan beliau yang terkenal adalah Kitab Al-Hisbah Fil Islam, Al-Siyasah Al-Syariah Fil Islah Al-Rai Wal-Raiah. Antara perkara yang dibahskan adalah mengenai keadilan urus niaga, perkongsian, peranan permintaan dan penawaran. 3. Imam Ghazali (451 505 Hijrah /1055 1111 Masihi) Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Ibn Muhammad Ibn Muhammad Al-Tusi Al-Shafii Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Khorman, Iran pada 451 Hijrah / 1055 Masihi. Pernah memegang jawatan profesor di Universiti Nizamiyah, Baghdad dan ahli sufi yang pakar dalam agama, falsafah dan sufi. Sumbangan beliau yang terkenal ialah Kitab Ihya Ulumuddin, Al-Mustasfa, Mizan al-Amal,Al-Tibr Al-Masbuk Fi- Nasihat Al-Muluk. Tajuk perbincangan ekonomi karangan beliau adalah berkisar tentang fungsi wang dan cukai. 4. Abu Yusof (798 M) Beliau merupakan perintis pemikiran ekonomi Islam awal, dengan pengenalan kitab terkenal beliau Kitab Al-Kharaj. Aplikasi teori beliau diguna pakai dalam zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid. Beliau membincangkan 15

kewangan secara umum, pengurusan cukai, pembahagian tanah, keseimbangan harga dan tanggungjawab kerajaan dalam ekonomi.Perbincangan Abu Yusuf berkaitan dengan sumbangan pertanian dan cukai yang dikenakan terhadap hasil dan ekuiti. Dalam kitab beliau Abu Yusof ada juga berbicara soal permintaan dan penawaran barangan dalam pasaran, kawalan harga, ihtikar(sorokon barang), monopoli dan lain. 5. Yahya Adam Al-Qurashi (818 M) Beliau tokoh pemikir awal yang mengemukakan teori kewangan awam di Zaman Abbasiyah. Buku beliau yang terkenal bernama Al-Kharaj juga yang tamat penulisan dan pembukuannya di zaman Khalifah al-Mamun. Yahya Adam Al-Quraishi melihat himpunan kompilasi hadis yang pelbagai menjadi asas penyelesaian pertikaian permasalahan berkaitan masalah ekonomi dalam negara terutama berkenaan isu Al-Ghanimah, Al-Fai dan Cukai. Ini berbeza dengan Kitab AlKharaj (Abu Yusof) yang meletakkan kaedah analisis undang-undang sebagai bermulanya teori penyelesaian sesuatu isu dalam negara. 6. Abu Ubayd Al-Qasim B. Sallam (838m) Beliau terkenal dengan Kitab Al-Amwal beliau yang menjadi kitab khas teori yang berkaitan kewangan Islam dizaman itu yang mana kedudukannya setaraf dengan Al-Kharaj (Abu Yusof). Pada bahagian awal Kitab al-Amwal beliau banyak menceritakan pengurusan harta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah secara terperinci. Kitab ini banyak menceritakan 3 jenis kutipan dan hasil iaitu zakat, al-ghanimah, al-fai dan usyur. 7. Abu Qasim Al-Junayd Al-Baghdadi (910M) Merupakan tokoh sufi (sufisme) yang juga merupakan seorang ahli peniaga dan saudagar yang meyakini bahawasanya ilmu tasawuf banyak mendidiki pasaran berlaku secara adil dan saksama serta mengelak kepentingan diri dalam pasaran seterusnya membina falsafah ekonomi Islam yang tersendiri berlainan dari fitrah sistem yang jauh dari nilai Islami. Seterusnya menegaskan penerapan nilai sufi banyak meletakkan pasaran dalam keredhaan dan nilai usaha yang bermatlamatkan dunia dan akhirat serta berlandaskan syariah. 8. Al-Mawardi (450 AH / 1058 AD) Tokoh Islam yang masyhur ini memiliki idealistik tersendiri. Latar belakang beliau yang terlibat dalam politik dan pentadbiran kerajaan telah memungkin hadirnya Kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyah di dunia ini. Kitab ini banyak menyentuh perkaitan ekonomi Islam dalam konteks Makro seperti menguruskan pendapatan dan perbelanjaan, menjaga hak awam, dan hak istimewa dalam meluaskan pasaran.Beliau menekan kewujudan Institusi Hisbah yang diuruskan muhtasib selaku jurubicara keadilan dalam pasaran. Kitab Adab Al-Din Wa Dunya, merupakan kitab menyentuh perihal falsafah ekonomi Islam menurut Al-Mawardi contohnya perilaku pasaran, kebajikan dan menjadi muslim yang baik. Kitab ini juga membicarakan pertanian, 16

penternakan, perdagangan dan perindustrian sebagai empat sektor utama. Beliau juga menyentuh perihal kewangan Islam mengenai prinsip alMudharabah dalam kertas kerja beliau yang dinamakan al-Hawi. Pemikir pemikir Ekonomi Islam Semasa dan Sumbangan 1. M. N. Siddiqi - 1931 Nama sebenarnya ialah Muhammad Nejatullah Siddiqi, dilahirkan pada 1931, Gorakhpur, India. Jawatan yang pernah disandang ialah Professor Ekonomi, International Center for Research in Islamic Economics , Universiti King Abdul Aziz, Professor Jeddah, Dekan, Jabatan Pengajian Islam, Aligarh University Reader in Economics, Universiti Aligarh, Editor jurnal Islamic Thought dan Editor Journal of Research in Islamic Economics (Jeddah). Beliau pernah dianugerahkan oleh Raja Faisal iaitu King Faisal International Prize for Islamic Studies (1982) serta American Finance House Award (1993). Beliau menjadi pakar agama, ekonomi Islam, perbankan Islam. Antara buku karangan beliau adalah Some Aspects of Islamic Economy (1970), Economic Enterprise in Islam (1972), Banking Without Interest (1976), Muslim Economic Thinking (1981) dan Issues in Islamic Banking (1983). 2. M. Umer Chapra (1933 - ) Nama sebenarnya ialah Muhammad Umer Chapra. Dilahirkan di Arab Saudi pada 1933. Jawatan yang dipegang oleh beliau adalah Penasihat Penyelidik, Islamic Research and Training Institute (IRTI) di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga menjadi Penasihat Kanan Ekonomi , Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA)- selama 35 tahun, pensyarah di Universiti Wisconsin dan Universiti Kentucky, Amerika Syarikat, Institute of Development Economics, Pakistan, Islamic Research Institute, Pakistan. Beliau juga mendapat anugerah The Islamic Development Bank Award for Islamic Economics dan King Faysal International Award for Islamic Studies (1989). Sumbangan beliau adalah seperti agama, ekonomi Islam dan perbankan Islam. Buku karangan yang terkenal ialah Objectives of Islamic Economic Order (1979), The Islamic Welfare State and Its Role in the Economy (1979), Towards a Just Monetary System (1985), Contributions to Islamic Economic Theory : A Study in Social Economics (1986).

7.0 KESIMPULAN Objektif kertas kerja ini hanyalah memberi beberapa pandangan mengenai beberapa isu yang mendasari ekonomi Islam. Persoalan pokok yang hendak diutarakan adalah sama ada ilmu ekonomi Islam pada hari ini mampu menyediakan satu alternatif yang lebih baik daripada ekonomi konvensional. Sejauh mana ilmuan ekonomi Islam dapat membuat perubahan dalam sesebuah negara supaya mengamalkan sistem ekonomi Islam yang sebenar. Setakat ini ekonomi Islam masih ditahap pengkajian dan percubaan. Ini merangkumi keseluruhan kerangka ilmu ekonomi
17

daripada ekonomi mikro kepada ekonomi makro, daripada teori utiliti kepada teori ekonomi pembangunan dan kebajikan. Terdapat banyak cabaran yang harus dilalui oleh para cendekiawan Islam untuk mengembangkan dan memantapkan ilmu ekonomi Islam. Setelah menjadi mantap ia harus pula diyakinkan kepada penggunanya, iaitu individu, negara dan masyarakat Islam. Cabaran yang amat nyata di sini ialah ekonomi konvensional itu sendiri telah berakar umbi dalam kalangan individu dan negara, Islam dan bukan Islam, dan diamalkan secara meluas dan menyeluruh, walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya. Islamisasi yang menyeluruh hendaklah dilakukan ke atasnya. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memperbetulkan persepsi ekonomi Islam hanya sesuai digunakan untuk orang Islam atau ketinggalan zaman. Padahal masyarakat sedar mereka sering ditindas dengan sistem ekonomi konvensional. Pada masa kini, kita banyak menyaksikan pemerintah lebih banyak mengumpul harta kekayaan negara berbanding rakyat yang tertinggal jauh dan tertindas. Dalam sistem ekonomi Islam yang sebenarnya, rakyatlah yang patut mengecap kesenangan dan bukan sebaliknya. Dalam pengajian Thaqafah Islamiah, kita dituntut mengaplikasikan ilmu daripada al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan seharian, cabangcabang ilmu, pekerjaan, tugas pentadbiran dan pengurusan serta pemerintahan negara. Kita tidak boleh memisahkan ajaran Islam daripada penguasaan cabang-cabang ilmu supaya akhirnya nanti kita dapat melahirkan insan rabbani yang akan memelihara hak-hak Allah dalam kehidupan sejagat. Dalam ekonomi khususnya, para ilmuwan Islam sepatutnya bangkit dan turun dalam masyarakat untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang sistem ekonomi Islam yang sepatutnya diamalkan. Pendidikan ekonomi Islam sepatutnya disebar luas di institusi pendidikan sama ada pendidikan sekolah rendah dan menengah mahupun pengajian tinggi. Tarbiyah ekonomi Islam juga perlu disuburkan dalam halaqah ilmu atau usrah selain mewajibkan halaqah dalam sistem
18

pendidikan negara. Jika daripada akar umbi sudah faham tentang keperluan thaqafah islamiah, maka Insya Allah segala urusan kita akan dipermudahkan. Kepincangan dalam mendidik masyarakat tentang ekonomi Islam perlu diatasi dengan mengutamakan ilmu tauhid dalam semua urusan harian. Setiap muslim perlu menguasai banyak cabang ilmu supaya tidak dimanupulasikan oleh pihak tertentu yang hanya memikirkan keuntungan duniawi. Justeru, pihak ilmuwan dan cendekiawan perlu memperkasakan penggunakan media massa untuk sebaran maklumat dan statistik yang tepat tentang sistem ekonomi Islam yang diamalkan di beberapa negara yang telah terbukti berjaya. Dakwah yang paling berkesan adalah menerusi media massa sama ada media cetak dan elektronik serta rangkaian sesawang atau internet yang begitu popular dalam kalangan remaja. Selain itu, kita mestilah bijak memilih pemerintah yang faham dan tahu tentang kepentingan ekonomi Islam supaya diterjemah dalam pembangunan negara yang adil. Semua pihak perlu menggembeling tenaga daripada pihak pemerintah, penguasa, pendakwah, murabbi dan institusi kekeluargaan dalam memberi didikan dan tarbiyah kepada masyarakat supaya ekonomi negara kita bukan sahaja stabil malah adil dan seimbang tanpa mengira kaum dan agama. Maka, tiadalah jurang yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin.

8.0 Penutup Kesimpulannya, sistem ekonomi Islam bukanlah ciptaan manusia. Sistem ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah. Manusia perlu mematuhi hukum yang telah ditentukan oleh syariat tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun. Sistem ekonomi Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan individu. Kegiatan ekonomi yang dijalankan mengikut syarak diangap sebagai ibadat dan akan diberikan ganjaran di dunia dan akhirat. Tujuan ekonomi islam tidak hanya terhad kepada mendapatkan kesejahteraan di dunia malah untuk 19

memenuhi tuntutan ibadat. Ekonomi Islam memelihara fitrah manusia serta memenuhi keperluan-keperluan masyarakat.

8.0 Rujukan 1. Pengantar Ekonomi Islam, Azlan Khalili Sahmsudin dan Siti Khursiah Mohd Mansor, Ibook Publication.2006. 2. Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Prof.Dr. Yusuf AlQardawi. Terjemahan Ust. Mohamad Zaini Yahya. Penerbitan Seribu Dinar.2012. 3. Bimbingan Mukmin, Imam Al-Ghazali. Klang Book centre 1997. 4. Syarah Hadis 40, Al-Imam An-Nawawi, Jasmin Publications, 2012. 5. Kitab Tauhid, Al-Zindani. 6. Islampeace: www.ahmad-sanusi-husain.com 7. Ahmad Sanusi Husain : www.ahmad-sanusi-husain.com 8. Alfalah Consulting - KL : www.alfalahconsulting.com 9. Islamic Investment Malaysia : www.islamic-invest-malaysia.com 10. http://ekonomidalamislam.blogspot.com/2007/12/konsep-asasekonomi-islam.html 11. http://www.scribd.com/doc/26836847/Ayat-Ayat-Hadist-EkonomiIslam

20

Anda mungkin juga menyukai