Anda di halaman 1dari 18

SINOPSIS KONSERTO TERAKHIR

Novel ini mengisahkan kehidupan Hilmi yang terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Sewaktu berada di bandar, dia menumpang di rumah abang sepupu ayahnya, Datuk Johari. Oleh sebab Datuk Johari gagal mendapatkan pekerjaan untuknya, Hilmi diberi amanah untuk mengerjakan kebun dan beliau tidak keberatan melakukannya kerana bersesuaian dengan minatnya. Kehadirannya tidak disenangi oleh Datin Salmah. Hilmi cuba melakukan sesuatu vang terbaik.Namun begitu, dia sering menerima cemuhan daripada Datin Salmah. Sewaktu keluarga Datuk Johari ke luar negara Hilm telah menjaga dan menguruskan rumah itu dengan baik bersih, kemas, dan teratur. Hilmi turut menggunakan kesempatan sewaktu mereka tiada di rumah untuk bermain piano. Rakannya, Mamat mencadangkan supaya Hilmi terus meningkatkan kemahiran bermain piano dengan mempelajarinya secara lebih teratur dengan memperkenalkannya kepada seorang pemain muzik bernama Encik Bakar. Encik Bakar bersedia untuk mengajar Hilmi bermain muzik tanpa sebarang bayaran. Hiimi berulang-alik ke rumah Encik Bakar untuk belajar piano tetapi bimbang jika mak ciknya. Datin Salmah tidak mengizinkannya untuk terus belajar. Sekembalinya Hilmi ke rumah, dia dimarahi olen Datin Salmah dan tidak dibenarkan menyentuh makanan. Tindakan Datin Salmah menyebabkan Hilmi merajuk dan mengambil keputusan untuk balik sahaja ke kampung Dalam perjalanan pulang ke kampung, Hilmi terfikir untuk meneruskan cita-citanya belajar muzik lalu dia berpatah balik ke Kuala Lumpur dan ingin berdikari. Dia bekerja di stesen minyak.Minat Hilmi untuk mendalami bidang muzik diteruskan. Dia memberanikan diri untuk menemui Encik Bakar semula yang rnemang menunggu kedatangannya dan bersedia untuk mengajarnya sehingga berjaya. Setelah nenemui Encik Bakar semula, Hilmi terus meningkatkan pengetahuan dan latihannya dalam bidang muzik. Dia sudah mula bermain pelbagai alat muzik dan mahir membaca not. Sejak ketiadaan Hilmi, keadaan persekitaran rumah dan kebun Datuk Johari sudah tidak terurus dan musnah. Hayati masih terus mendiamkan diri dan Datin Salmah menganggap perubahan anaknya itu disebabkan oleh perbuatan Hilmi yang menggunakan kuasa ghaib. Datin Salmah menjadi bingung dengan perubahan anaknya, apabila melihat Hayati sudah mula bersembahyang dan mempelajari agama. Kepulangan Mohsin dari luar negara membuatkan Hayati kembali ceria dan mereka selamat diijabkabulkan kerana Mohsin terpaksa balik semula ke London menjadi Penolong Pengurus di salah sebuah cawangan bank yang baharu. Datin Salmah berasa perubahan keadaan yang tiba-tiba itu sebagai satu rahmat. Sementara itu, berita perkahwinan itu diketahui oleh Hilmi melalui Azizah dan dia agak terkilan kerana tidak diundang. Setelah mengurungkan diri selama seminggu Hilmi muncul semula dengan sebuah lagu gubahannya sendiri. Hilmi kini sudah diterima bermain muzik di kelab malam tempat Encik Bakar mendapat kontrak bermain muzik. Oleh itu, dia telah berhenti bekerja di stesen minyak. Pengalaman pertamanya bermain di quartet membuatnya gugup, terutama apabila Encik Bakar memperkenalkannya kepada para penonton. Persembahan Hilmi yang mengagumkan itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Azizah tiba-tiba muncul dengan membawa perkhabaran bahawa Hayati akan ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik. Hilmi meninggalkan Azizah kerana

bertekad untuk menemui Hayati sebelum dia berangkat. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Hayati tiba-tiba muncul di rumahnya dengan pertolongan Mamat. Hayati telah meluahkan segala perasaan dan masalah yang terpendam dalam jiwanya. Hilmi turut kagum akan perubahan yang berlaku atas diri Hayati. Sejurus selepas Hayati meninggalkannya, dia terus ke kelab malam dan sekali lagi menerima berita yang cukup menggembirakannya, iaitu Encik Bakar bebas daripada pertuduhan manakala dia dibenarkan menyertai kumpulan muzik Encik Bakar. Kehidupan rumah tangga Hilmi dan Azizah semakin goyah apabila mereka tidak sehaluan lagi kerana sering timbulnya perselisihan faham. Kekalutan yang berlaku antara mereka berdua tidak dapat diselamatkan sehingga menyebabkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat tetapi Hilmi tetap memendam rasa dan tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun. Dia masih mampu menggubah lagu secara serius sehingga menjadi pemuzik yang tersohor dan banyak menerima undangan untuk membuatkan pertunjukan orkes pimpinannya. Berita kematian Pak Bakar menyebabkan Hilmi berasa kehilangan seorang guru yang banyak berjasa kepadanya. Hilmi terus bekerja siang dan malam serta terus mengukir nama di persada seni. Penglibatannya sebagai pemimpin dalam Pertunjukan Orkes Perdana turut diketahui oleh Datin Salmah dan Datuk Johari dan mereka juga ingin turut menyaksikannya. Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba apabila para penonton dan orang kenamaan hadir untuk menyaksikan pertunjukan tersebut. Hilmi masih juga tidak muncul dan pihak penganjur menjadi semakin cemas. Ketua Pengarahnya semakin cemas kerana mendapati Hilmi berada di hospital dalam keadaan kritikal. Secara kebetulan Hayati yang pulang ke tanah air memmta jntuk menggantikan tempat Hilmi memimpin pertunjukan orkestra tersebut. Persembanannya mendapat sambutan dan tepukan gemuruh yang luar biasa.Setelah selesai persembahan tersebut Hayati dan Keluarganya ke hospital untuk mengetahui keadaan Hilmi. Hilmi terpaksa menjalani pembedahan. Ahli-ahli keluarga yang lain turut hadir termasuk ayahnya Karim. Dalam kesempatan yang genting itu, rahsia yang disimpan oleh Karim akhirnya terbongkar juga apabila Datuk Johari memberitahu bahawa Hilmi ialah anaknya sendiri. Berita ini sungguh mengejutkan semua pihak. Datuk Johari dan Datin Salman berasa bersalah terhadap Hilmi. Pelbagai azam dan janji diluahkan oleh mereka untuk menebus dosa mereka terhadap Hilmi.Namun begitu, sudah menjadi ketentuan llahi bahawa Hilmi terpaksa menemui pencipta-Nya apabila dia menghembuskan nafas yang terakhir.

1.

Hilmi.(Watak Utama) * Seorang pemuda kampung yang miskin dan hanya bersekolah setakat darjah empat Sekolah Melayu. * Anak Datuk Johari - Dipelihara oleh Pak Karim setelah ibunya diceraikan oleh Datuk Johari. * Seorang yang rajin melakukan kerja - Hilmi berkebun sayur, memelihara ayam dan menjaga pokok bunga dengan baik sewaktu bekerja sebagai tukang kebun. * Mempunyai kemahiran artistik - susunan bunga di halaman rumah Datuk Johari sangat menarik. * Mempunyai bakat yang luar biasa dalam bermain alat muzik - dapat bermain piano dan organ hanya dengan mendengar orang lain memainkannya sahaja.

* Gigih berusaha dan tabah dalam menghadapi cabaran - Belajar bermain alat muzik secara bersungguh-sungguh dengan Encik Bakar. * Seorang yang penyayang - sangat menyayangi Hayati, anaknya dan Azizah. * Menghormati orang tua seperti Pak Amat walaupun Pak Amat seorang drebar. * Taat pada perintah Allah - sentiasa menunaikan solat walaupun sentiasa sibuk. * Selalu berjimat cermat - Gajinya semasa bekerja di Shell Jalan Setapak hanya diambil sedikit dan bakinya disimpan oleh taukenya. * Banyak mencipta dan menggubah lagu - lagunya mendapat sambutan daripada orang ramai. * pernah memenangi Festival Muzik di tokyo dan pesta muzik tahunan RTM. * Kejayaan paling besar ialah menyediakan "Hilmi Potpouri" dalam pertunjukkan Orkes Perdana RTM di Dewan Tunku Canselor.

Encik Bakar (a) Ayah Azizah dan bapa mentuaHilmi. (b) Guru muzik dan sahabatHilmi. (c) Seorang yang baik hati dan pemurah. Dia sanggup mengajarHilmi tentang ilmu muzik secara percuma (d)Tidak pernah memandang rendah kepada pekerjaanHilmi, malah memberikan layanan yang baik dan mesrasetiap kaliHilmi datang ke rumahnya. (e)Seorang yang berkeyakinan tinggi.

2. Hayati.(Watak Sampingan) * Anak datuk Johari dan Datin Salmah - adik kepada Hilmi dan tunang Mohsin. * Bermuka bulat dan manis, rambutnya hitam lebat sampai ke bahu. * Gadis yang penyayang - sayang pada Helmi dan jatuh cinta. * Bersimpati dengan Hilmi yang didera oleh ibunya - memberi makanan kepada Hilmi. * Berkahwin dengan Mohsin atas kehendak ibu bapa. * Sikapnya berubah selepas mencintai Hilmi - Beliau mula membaca buku-buku agama. * Seorang yang manja dan mudah merajuk - Beliau menangis apabila pianonya rosak. * Taat pada perintah suami - meminta izin untuk berjumpa dengan Hilmi. * Menjadi penyelamatdan pengganti Hilmi dalam pertunjukkan Orkestra Perdana. 3. Datin Salmah (Watak Sampingan) * Anak jati Kuala Lumpur - berjiwa bandar dan tidak mengamalkan semangat kejiranan. * Bersikap sombong - mementingkan pangkat dan keturunan - memandang rendah kepada orang kampung yang miskin dan tidak setaraf dengannnya. * Tidak mempunyai sifat belas kasihan - menyeksa Hilmi kerana Hilmi lewat pulang ke rumah - Hilmi tidak diberi makan. * Suka dipuji - berasa seronok apabila kawan-kawannya memuji keenakan sayur-sayuranya.

* Mempercayai kepercayaan karut iaitu percaya bahawa anaknya telah dibomohkan, * Sibuk dengan kegiatan sosial sehingga tidak sempat mendidik anak-anak dan mengurus keluarga. * Mengabaikan ajaran agama - tidak menunaikan solat dan di rumahnya ada sudut khas untuk meminum arak. * Mudah terpengaruh dengan hasutan keluarga untuk menyingkirkan Hilmi dari rumahnya. Datuk Johari (Watak Sampingan) * Suami kepada Datin Salmah - ayah kepada Hilmi dan Hayati. * Terpengaruh dengan kata-kata isterinya - mementingkan pangkat dan statusnya. * Tidak bertanggungjawab - anaknya Hilmi dibiarkan sahaja di kampung. * Mementingkan masa depan anak-anak - mahu Hayati berkawin dengan Mohsin kerana Mohsin berkedudukan tinggi. * Cuba membantu Helmi - beliau cuba membantu Hilmi untuk mendapatkan pekerjaan tetapi tidak berjaya. * Bersifat belas kasihan - cuba melindungi Hilmi apabila Datin Salmah memarahi Hilmi. * Insaf - bleiau menyesal atas perbuatannya yang mensia-siakan Hilmi dan berharap Hilmi akans embuh dan beliau dapat menebus dosanya. * Meninggal dunia selepas mengetahui berita kematian Hilmi.

PLOT

Permulaan Kisah bermula dengan kehadiranHilmi di rumah pak ciknya yang bergelar Datuk dan berjawatan tinggi dalamkerajaan.Hilmibekerja sebagai tukang kebun dan bersungguh-sungguh dengan pekerjaannya walaupun dibayar gaji yangsangat rendah.

Perkembangan KehadiranHilmi tidak disenangi oleh Datin Salmah danHayati.Hilmi sering menerima pelbagai penghinaan keranatidak berpelajaran tinggi dan miskin. Walau bagaimanapun,Hilmi mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.Hilmibelajar muzik dengan bersungguh-sungguh.Hayati telah berubah sikap terhadapHilmi dan bibitbibit percintaan telahmekar dalam hati kedua-dua anak muda ini.

Konflik Kisah bermula semasa Datin Salmah tidak suka padaHilmi dan berasa malu mempunyai saudara yang miskin danrendah pendidikannya.Hayati tidak senang dengan tindakan ibunya yang cuba menghalang hubungannya denganHilmi.Encik Bakar diberikan amaran keras akan digantung lesen bermain muzik oleh Persatuan Pemain Muzik Kebangsaan dankontraknya akan ditamatkan sekiranya dia terus mengambilHilmi bermain dalam orkestranya.Hayati melayan Mohsindengan sikap acuh tak acuh kerana telah mula suka padaHilmi.

Klimaks ApabilaHilmi telah lewat tiba di Dewan Tunku Canselor, tempat dia akan mengadakan pertunjukan perdananya.Pengarah konsert tersebut amat bimbang dan mencariHilmi di rumahnya, tetapi tidak berjaya.Hilmi terjatuh di luarrumahnya dan cedera parah. Dia telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana keadaannya amat kritikal. Pengarahpersembahan perdana tidak dapat mencari penggantiHilmi untuk meneruskan persembahan kerana semua calon yangdifikirkan sesuai tidak dapat dihubungi. Seluruh keluarga Datuk Johari, bapaHilmi, dan isterinya, Azizah berada dalamkeadaan cemas menanti keputusan rawatan kecemasan terhadapHilmi.y

Peleraian Apabila pengarah persembahan telah mendapat maklumat daripada jiranHilmi bahawa dia telah dihantar ke hospitalkerana terjatuh dan mengalami cedera parah. Akhirnya, persembahan perdana tersebut berjaya dipimpin oleh Hayati.Bapa Hilmi datang dari Kedah telah mendedahkan suatu rahsia yang amat mengejutkan Datuk Johari. Hilmi ialah anakkandungnya daripada isteri yang ditinggalkan pada malam perkahwinan pertamanya.

TEKNIK PLOT

1.Teknik pemerian Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia.Hari bapanyameninggal dunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, diapun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Hal. 12) 2.Teknik imbas muka SemasaHayati menyatakan bahawa dia boleh menggantikan tempatHilmi untuk memimpin orchestra

3.Teknik imbas kembali Datuk Johari teringat saat-saat dia meninggalkan isterinya pada malam pengantin. 4.Teknik monolog Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikanHayati selamaHayati tiada."Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikanHayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu. 5.Teknik monolog dalaman Hati kecilHIlmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, menghina setiapkali berjumpa. (hal. 68) 6.Teknik saspens

KetikaHilmi tinggal di rumah Datin Salmah dan Datuk Johari.Pembaca tertanya-tanya tentang usaha yang bakal dilakukan oleh Datin Salmah untuk menyingkirkanHilmi dari rumahtersebut.

Hilmi jatuh sakit pada malam sepatutnye dia memimpin Pertunjukan Orkes Perdana.Pembacatertanya-tanya sama ada persembahan tersebut dapat dijalankan tanpa kehadiranHilmi atau tidak.

LATAR TEMPAT: Latar tempat novel ini berlaku di sekitar Kuala Lumpur. 1. Di rumah Datuk Johari. (a)KehadiranHIlmi (b)Hilmi bekerja sebagai tukang kebun (c)Hubungan antaraHilmi denganHAyati (d) Krisis antaraHilmi dengan Datin Salmah (e)Hilmi bermain pianoHAyati (f)HubunganHayati dengan Mohsin (g)Datuk Johari meninggal dunia 2. Di rumah Dr.Nathan TempatHilmi berhubung dengan Mamat.

3. Di stesen minyak Shell Jalan Setapak TempatHilmi bekerja selepas meninggalkan rumah Datuk Johari. 4. Di sebuah kedai kopi berdekatan dengan rumahEncik Bakar TempatHilmi menerima nasihat daripada Pak Amat Darwin. 5. Di rumahEncik Bakar (a) TempatHilmi belajar alat-alat muzik dan menggubah lagu. (b)Hilmi berhubung dengan watak Azizah, anak Encik Bakar. 6. Di HotelTitiwangsa TempatHilmi bermain muzik, menyampaikan lagu Sebuah Intermeso, lagu yang mengharumkan namaHilmi. 7. Di kelab-kelab malam TempatHilmi bekerja sebagai pemain muzik. 8. Di Padang Bandaran, Kelantan Tempat orkesHilmi bermain semasa perayaan keputeraan Sultan Kelantan. 9. Di Hospital Besar Kuala Lumpur (a)Tempat Encik Bakar meninggal dunia. (b)Hilmi terlantar sakit dan meninggal dunia. (c)Datuk Johari sekeluarga bertemu dengan Pak Karim dan keluarga Azizah. (d)Datuk Johari dan Datin Salmah insaf setelah mengetahuiHilmi sebenarnya adalah anak kandung Datuk Johari. 10. Di DewanTunku Canselor, Universiti Malaya (a)Tempat berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana denganHayati menjadi pemimpin orkestra. (b)Datuk Johari dan Datin Salmah mengalirkan air mata apabila mengenangkan nasib malangHilmi.

LATAR MASA:

Sebelum tahun 1980 atau pada zaman moden. Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia.

Tuan Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan pekerjaan kepadaHilmi. Pada masa masyarakat kampung belum membangun

Berlakunya penghijrahan ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Cerita berlaku pada waktu siang dan malam Pada waktu siang

Hilmi tiba di rumah Datuk Johari. Pada waktu malam

berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana.

LATAR MASYARAKAT:

Masyarakat bandar yang tidak mengamalkan semangat kejiranan.

(a) Hubungan antara Datuk Johari dengan Dr. Nathan. (b) Datuk Johari dan Datin Salmah marah kepadaHilmi kerana mengambil tanah hitam yang diberi oleh Dr.Nathan. (c)Datin Salmah melarang Mak Minah berbual dengan Mamat dan isterinya yang bekerja dengan Dr.Nathan.

Masyarakat bandar yang mementingkan pangkat dalam pergaulan.

Datin Salmah hanya bergaul dengan ahli keluarganya ayng berpangkat tinggi dan kawan-kawannya yang bergelar Datin.

Masyarakat bandar memandang hina kepada orang kampung yang miskin.

Datin Salmah tidak dapat menerimaHilmi walaupunHilmi adalah anak saudara Datuk Johari.

Masyarakat bandar tidak mementingkan agama dalam kehidupan.

(a) Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah menunaikan sembahyang.

(b) Di rumah terdapat suatu sudut untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak hingga mabuk. (c) Buku-buku agama pula dianggap berunsur subversif.

Generasi muda yang insaf tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Hayati sudah mula bersembahyang, membaca buku-buku agama, dan taat kepada ibu bapa. Dia menyedari bahawamenderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar. Generasi muda sepertiHayati sudah mula menganggap bahawa semuamanusia adalah sama tanpa mengira darjat, sama ada orang berpangkat ataupun orang miskin.

Masyarakat yang penyayang. (a)Datin Salmah sayang akan anaknya,Hayati (b)Encik Bakar sayang akanHilmi. (c) Hilmi sayang akanHayati. Masyarakat kampung yang sanggup berkorban untuk kepentingan orang lain.

Pak Karim sanggup berkahwin dengan bekas isteri Datuk Johari untuk mengelakkan pergaduhan dalam keluarga. Pak Karimsanggup juga merahsiakan identitiHilmi sebagai anak Datuk Johari untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga yangtelah dibina oleh Datuk Johari dan Datin Salmah

GAYA BAHASA Bahasa Inggeris

Morning coffee, westernise-kan Bahasa Arab

Dakwah, insyaAllah Bahasa kesat

Budak sial Metafora

Daun pintu, sebuah senyuman lebar beriak Simile

Bagai menggamit-gamit memanggilnya Personifikasi

Lembut wangi menerpa masuk ke hidungnya Peribahasa

Seperti menatang minyak yang penuh