Anda di halaman 1dari 21

SEJARAHASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA HINGGA AWAL ABAD KE ENAMBELAS (AEE 1102)

SEMESTER 1 SESI 2012-2013 Soalan :Bincangkan dapatan berhubung temuan fosil/rangka dalam kontaks manusia awal di Asia Tenggara .
Nama No.Matrik Nama Pensyarah Masa Tutorial : MUHAMMAD TIRMIZI BIN MUSLIM. : AEY120029. : DR MOHD SUPIAN SABTU : Khamis 10.00-11.00 Pagi.

PENGENALAN

Perkembangan manusia pada masa kini telah mencapai ke suatu tahap kesempurnaan sama ada dari segi sifat fizikal manusia itu sendiri mahupun perkembangan peradaban yang tinggi. Melihat dari perkara tersebut, perbagai persoalan yang dapat ditimbulkan misalnya. Bilakah dan bagaimana manusia itu sendiri wujud dan berkembang khususnya di kawasan Asia Tenggara ini sehingga mencapai ke tahap pada mas kini. Oleh itu, bidang sejarah dan arkeologi merupakan kombinasi displin ilmu yang amat jelas dalam mengungkap persoalan tersebut. jika dilihat, bidang arkeologi ini adalah merupakan sebuah ilmu yang mengkaji tentang benda-benda lampau atau lama. Benda-benda lampau ini termasuklah kajian dari segi kebudayaan serta melibatkan aktiviti kaji purba terhadap element tertentu seperti penemuan artifak,fosil termasuk rangka-rangka tinggalan purba tersebut. 1 Melalui bidang arkeologi juga bukti-bukti mengenai kewujudan dan pradaban manusia awal dapat di temui melalui kajian arkeologi seperti eskavasi yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak kajian yang telah dikenal pasti terlebih dahulu, misalnnya, di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak penemuan fosil dan rangka seperti di sekitar Pulau Jawa, Kepulauan Flores, Lembah Lenggung di Perak, dan Gua Niah, Sarawak. Fosil dan rangka yang ditemuii di kawasan tersebut juga sebenarnya dapat memberikan petunjuk kepada ahli-ahli sejarah dan arkeologi tentang masa, sifat fizikal dan seterus corak kebudayaan manusia yang hidup pada zaman prasejarah dan khususnya di kawasan asia tenggara ini. Asia Tenggara yang merangkumi dua bahagian iaitu wilayah kebenuaan dan wilayah kepulauan telah

Mohd supian b sabtu ,Arkeologi dan Kesenian:Dalam Konteks Artifak dan Feature Di Semenanjung Malaysia.Malaysia Dari Segi Sejarah.

menjadi kawasan tumpuan ahli arkeologi serta sejarahwan sama ada, dari dalam, atau luar kawasan ini. Hal ini kerana, penemuan disekitar kepulauan Jawa yang dilakuan oleh seorang rakyat belanda pada tahun 1890 telah menyingkap asal-usul perkembangan manusia yang dikatakan wujud sejak zaman prasejarah lagi di kawasan asia tenggara ini Jika kita kembali kepada konsep prasejarah yang sebenar, Prasejarah bermaksud zaman yang tidak mempunyai sistem tulisan serta tiada perkembangan yang khusus. Oleh yang demikian Berdasarkan Prehistoric Archeology: A Brief Introduction hasil karya Frank Hole dan Robert F. Heizer. 2 Mereka menyatakan prasejarah sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu sebelum sejarah. Oleh itu, dapat dijelaskan juga, bahawa bukti-bukti prasejarah dapat diperolehi melalui kajian terhadap beberapa element tinggalan seperti, artifak, fosil, rangka dan sebagainya yang didasari melalui displin-displin bidang arkeologi. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mentarifkan fosil sebagai tinggalan sisa jasad sama ada manusia, haiwan serta tumbuhan zaman purba atau prasejarah yang telah mengeras bersama batu dan tertanam di dalam lapisan perut bumi. 3 Selain itu, rangka pula merupakan struktur tulang yang dapat menentukan bentuk tubuh sama ada haiwan atupun manusia. 4 Oleh yang demikian, kedua-dua tinggalan ini merupakan bhan tinggalan purba yang dapat menjelaskan kewujudan manusia pada zaman lampau.

2 3

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosi http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rangka+manusi

PENEMUAN DI SEKITAR KEPULAUAN JAWA Di Indonesia, kepulauan jawa merupakan salah satu lokasi penting bagi perkembangan manusia purba kerana di kawasan tersebut banyak penemuan fosil dan rangka yang telah mengungkap sejarah atau rahsia kewujudan manusia pada zaman purba di kepulauan tersebut. Di kepulauan ini juga beberapa kajian dan penemuan yang terawal telah dilakukan oleh beberapa ahli arkeologi dari eropah. Penemuan-penemuan tersebut merupakan bbukti bahawa di kepulauan tersebut telah wujud pelbagai spesies manusia pada zaman purba. Penyelidikan di kepulauan Jawa ini mengandungi beberapa tahap penyelidikan yang bermula dari tahun 1890 an oleh Eugene Dubois di Trinil. Penyelidikan tahap pertama ini menemukan rangka yang dinamakan sebagai Pithercantropus Erectus. Pada 1931 hingga 1934 pula, kajian tahap kedua telah dilakukan oleh koeningswald dan Weidenreich di Sungai Bengawan Solo dan rangka yang ditemui ini dikenali sebagai Homo Soloensis.Manakala kajian pada tahap ke tiga yang dilakukan oleh Koeningswald di Lembangan Sungai Solo pada tahun 1936 hingga 1941 pula menemukan rangka menusia yang digelar sebagai Homo Mojokertensis. Kajian pada tahap yang terakhir pula telah dilakukan pada tahun 1941 di tapak Sangiran dan manusia ini dinamakan sebagai Meganthropus paleojavanicus atau Java Man . Manusia Jawa Man ini dikatakan telah hidup lebih awal di kepuauan jawa dan merupakan manusia yang tertual di kepulauan tersebut 5

Harrison,Brian,Southeast Asia,A Short History,London:MacMillan,1966,M/S 1-8

Sejarah kewujudan manusia awal di kepulauan jawa ini terbuka luas apabila satu kajian yang dilakukan buat pertama kali telah dipelopori oleh pengkaji dari eropah iaitu Eugene Dubois dan seterusnya menemukan spesis manusia yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus atau manusia kera yang berjalan tegak. 6 Kajian terhadap spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini telah dilakukan sekitar tahun 1890 hingga 1892 dan lokasi penemuan fosil ini adalah di Trinil iaitu sebuah desa di pinggir Bengawan Solo Jawa Timur. Pada peringkat awal kajiannya, Dubois telah menemukan bahagian dari tulang rahang yang ditemukan pada 1890. Hasil dari penemuan ini telah meletakkan E u g e n e D u b o i s s e b a g a i o r a n g ya n g p e r t a m a s e k a l i menentang teori manusia pertama berasal dari Eropah atau Afrika dan b e r a n g g a p a n m a n u s i a p e r t a m a b e r a d a d i k e p u l a u a n A s i a Te n g g a r a . S e t e r u s n ya , p a d a t a h u n ya n g b e r i k u t n y a i a i t u 1 8 9 1 p u l a t e l a h d i t e m u k a n t u l a n g g e r a h a m d a n b a h a g i a n a t a s t e n g k o r a k a t a u t e m p u r u n g k e p a l a . Dari penemuan tersebut, dubois telah mempercayai bahawa fosil dan rangka yang ditemukannya pada ketika itu adalah tinggalan daripada salah satu spesies manusia awal yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus. Dubois bertambah yakin dengan ka jian yang dilakukan itu apabila pada tahun yang berikutnya, sekali lagi beliau telah menemukan tulang geraham dan peha kaki kiri yangtelah menyebabkan beliau membuat beberapa kesimpulan terhadap hasil dapatan yang dijumpai itu. Jika dilhatt dari ciri-ciri biologi yang boleh diperhatikan daripada spesies manusia Pithecanthropus Erectus ini, banyak perkara yang boleh dihujahkan dalam membuat analisis terhadap manusia purba ini. melalui beberapa dapatan fosil serta rangka yang ditemukan oleh Dubois, dapat dilihat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini merupakan salah satu spsies manusia yang mempunyai gambaran wajah seperti kera. Hal ini kerana sifat fizikal
6

D. G. E. Hall. A History of South-East Asia, Macmillan, London, 1968, hal.5.

bahagian wajah seperti tulang rahang yang kasar dan besar , serta tulang kening yang menonjol mendekatkan ciri manusia ini kepada spesis manusia kera atau ape-man. Selain itu, bahagian dahi yang landai serta dagu yang tidak kelihatan turut memberi gambaran bahawa spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai pelipis yang menonjol kehadapan. Bukan itu sahaja tulang belakan Pithecanthropus Erectus ini yang berada di belakang kepalanya menunjukan bahawa manusia ini tidak mempunyai lehir dan kepalanya rapat dengan bahagian bahu. Penemuan peha kiri dari spesies Pithecanthropus Erectus ini juga merupakan salah satu bukti bahawa manusia spesies Pithecanthropus Erectus ini mampu berjalan tegak dan lurus seperti manusia biasa pada hari ini. Malah ketinggian yang dimiliki oleh Pithecanthropus Erectus iaitu sekitar 165 hingga 170 cm mampu menampung serta memberi keseimbangan kepada manusia ini untuk berjalan tegak dan lurus. Dari segi kapasiti otak pula, tengkorak atau kapasiti otak Pithecanthropus Erectus ini adalah pada kadar 813-1059 cc atau juga pada kadar puratanya ialah 900 cc. ia dianggap munasabah walaupun bentuk keseluruhannya adalah kecil kerana purata komposisi otak meningkat semasa era revolusi Erectus. Bukan itu sahaja, fakta ini dikukuhkan lagi dengan pendapat yang dinyatakan oleh Bisborough pada tahun 1973, bahawa kebanyakan peningkatan dalam saiz otak adalah berhubung-kait secara perlahan-lahan dengan peningkatan dalam saiz tubuh badan sepsis manusia tersebut. di suatu sudut yang lain, Wolpoff berpendapat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai gigi yang kasat serta tajam. ini juga boleh menjadi suatu kebenaran kerana sepsis manusia sperti ini mungkin menjalankan kegiatan memburu binatang untuk dijadikan makanan, malah gigi yang kasar dan besar menjadi suat alat pengunyah yang sesuai kerana dipercaya binatang yang diburu tidak dimasak terlebih dahulu. Makanan yang tidak dimasak jelas memberi satu gambaran bahwa manusia Pithecanthropus Erectus ini tidak pandai menggunakan api dalam kehidupan sehirian. Spesis Pithecanthropus

Erectus ini torgolong hidup di dalam Zaman pleistosen tengah atau juga dikenali sebagai lapisan Trinil malah merupakan satu zaman yang telah dibuat oleh Von Koenigswald untuk mengklasifikasikan semua manusia awal yang telah hidup di bumi kepulauan jawa . spesis ini juga dikatakan berasal dari benua afrika dan berhijrah ke Asia Tenggara. 7

Di sekitar tahun 1931 hingga 1934, satu penyelidikan telah dilakukan oleh Von Koeningswald dan Weidenreich di kawasan berhampiran Sungai Bengawan Solo. Mmelalui penyelidikan tersebut, Von Koeningswald dan Weidenreich telah menjumpai beberapa dapatan seperti dua tulang kaki dan juga sebelas rangka manusia yang tidak lemgkap. Bukan itu sahaja turut ditemukan tulang rahang dan gigi yang tidak begitu jelas kerana telah mengalami kereputan Hasil dapatan yang telah ditemui ini telah membawa kepada penemuan spsies manusia yang digelar oleh pelbagai penulis sebagai Homo Erectus Soloensis, Homo Sapiens Soloensis, dan juga Pithecanthropus Soloensis 8. Walau apa pun istilah yang digunakan bagi mengungkap atau menjelaskan Sepsis manusia ini, ternyata jelas bahawa Manusia Kera dari Solo ini sememangnya mempunyai ciri-ciri yang melewati spesies manusia Pithecanthropus Erectus dan ciri-ciri tersebut adalh mendekati ciri manusia moden. melalui dapatan yang telah ditemui dapat menjelaskan beberapa ciri-ciri manusia Homo Soloensis ini antaranya ialah, erdapat tonjolan yang tebal dibahagian kening dan dengan dahiyang landai kebelakang, rongga mata dan akar hidung yang tebal. Di sebalik itu juga, terdapat juga temuan tengkorak kecil seorang wanita yang mempunyair a h a n g a t a s d a n b a w a h . B u k a n i t u s a h a j a K e t i n g g i a n n ya

Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 59 & 60 8 Bellwood Peter. Mans conquest of the Pasic: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia, Oxford University Press, New York, 1979, hal.42.

pula dianggarkan 165cm dan ini hampir sama dengan ketinggian spesis m anusi a yang dit em ui l ebih awal s ebel um ini. S pesi es Homo Sol oensis i ni dikatakan telah mencapai thap manusia moden. hal ini dapat dilihat dari k o m p o s i s i o t a k m a n u s i a H o m o S o l e n s i s i n i ya n g b e r j u m l a h s e k i t a r 1 0 0 0 h i n g g a 1 3 0 0 c c ya n g s a m a d e n g a n m a n u s i a m o d e n . 9 Manusia Homo Soloensis ini juga hidup dalam Zaman Pleistosen atas atau lapisan Ngandung dan turut dikatagorikan sebagai Homo Sapiens yang sama dengan sepsis manusia Homo Wajakensis.

Homo Wajakensis merupakan salah satu spesies manusia yang telah ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889di daerah Wajak, Tulung agung, Jawa Timur. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene Dubois untuk diteliti dan membuatkajian yang terperinci. Oleh yang demikian Eugene Dubois telah meggelar fosil tengkorak tersebut sebagai Homo Sapiens Wajakensis. Spesis manusia Homo Wajakensis ini dianggarkan berumur lebih kurang 10 000 tahun dan Manusia jenis ini juga dipercayai merupakan campuran daripada Austroloid dan jugasebagai moyang Melayu Proto dan Austromelanasians. 10 Sebenarnya, Terdapat dua penemuan tengkorak. Tengkorak yang pertama mempunyai panjang 200 mm dan tempurung kepala boleh menampung sebanyak1530 cc Struktur tulang juga kukuh iaitu berdasarkan ketebalan 10 mm. Selain itu.kajian terhadap Tengkorak yang kedua pula mendapati bahawa saiznya lebih kecil dan struktur tulang kurang tebal. Tempurung kepalanya hanya dapat menampung sebanyak 1650 cc. melihat dari segi kapasiti atau volume otak manusia ini, jelas berlaku perkembangan jika dibandingan dengan manusia sebelumnya. Manusia jenis ini juga
Peter Bellwood, 2000,Prasejarah Kepulaun Indo- Malaysia,( T.W Kamil,terjemahan), Jakarta, Gramidia PustakaUtama (Karya asal diterbitkan 1985), hlm 119.9 10 Peter Bellwood. (2000).Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 67-75.
9

dikatakan mempunyai ketinggian 130 cm-210 cm. ketinggian manusia Homo Wajakensis ini diperoleh memalui pemerhatian terhadap saiz tengkorak manusia tersebut. Dari segi berat badan mereka pula ialah sekitar 30 kg hingga 150 kg. selain itu manusia Homo Wajakensis ini turut tergolong di dalam katagori manusia Homo Sapiens. Jika dilihat, Teori kewujudan

manusia homo sapiens di Asia Tenggara adalah berasal daripada teori Charles Darwin (18081882) bukan itu sahaja,. Beliau telah menyatakan di dalam bukunya The Origin Of Species (1859) dan The Descent Of Man (1871) bahawa manusia berasal dari binatang atau lebih tepat berasal dari jenis manusia-kera (ape- man) atau terevolusi dari kera yang sebenarnya dengan manusia yang sebenar. 11 Ini kerana kebanyakan spesies yang ditemukan di Kepulauan Jawa adalah mendekati ciri-ciri kera. Pandangan ini boleh dijadikan rujukan namun ianya tidak

boleh dijadikan sandaran yang kukuh untuk mengatakan bahawa manusia berevolusi atau berasal dari kera Bukan itu sahaja, dapat dilihat juga dari pendapat yang di lontarkan oleh Charles

Darwin iatu Manusia telah berevoulusi dari sepsis Rumapithecus (20 hingga 8 juta tahun dahulu) kepada AustralopithecusAtricanus (4 juta tahun dahulu) dan berkembang sehingga muncul spesies manusia Homo sapiens-sapiens yang ada pada hari ini
12

Manusia Homo

sapiensmerupakan manusia yang hidup pada zaman prasejarah iaitu di antara zaman paleolitik pertengahan hingga pada awal zaman neolitik dan mula berkembang pada sekitar tahun 70 000 tahun dahulu 13 dan tergolong dalam zaman Holosoen

Abdul Rahman Haji Abdulllah,2006,Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional , KarismaPublications,Shah Alam, hlm 9 12 sIbid, hlm 11. 13 Peter Bellwood, 2000,Prasejarah Kepulaun Indo- Malaysia ,(T.W Kamil,terjemahan), Jakarta, Gramedia PustakaUtama (Karya asal diterbitkan 1985), hlm 99.

11

Penyelidikan yang dilakukan sekitar tahun 1936 hingga ke 1941 di kepulauan jawa telah membawa kepada beberapa penemuan dapatan yang seterusnya membawa kepada penemuan beberapa spesies manusia purba di sekitar kawasan kepulauan

tersebut. Semua penyelidikan diperingkat ini dipelopori oleh Von koeningswald dan antara beberapa spesies manusia yang telah ditemukan dalam penyelidikan beliau ini termasuklah Pithecanthropus Modjokertensis, Pithecanthropus Robustus dan juga Meganthropus Paleojavanicus. Bukan itu sahaja, kesemua spisis manusia yang telah ditemukan tersebut merupakan antara manusia purba yang sudah lama menetap di kepulauan jawa ini dan tergolong di dalam zaman Pleistosen bawah atau jetis. Pada tahun 1936, Von koeningswald telah melakukan kajian di kawasan

Perning,Mojokerta,Jawa Timur. Hasil dari kajian tersebut telah membawa kepada penemuan tengkorak kanak-kanak yang berusia 6 tahun, serpihan tulang dan tulang rahang. Fosil kanakkanak yang telah ditemui tersebut menunjukan bahawa kanak-kanak tersebut dianggarkan telah berusia sekitar 6 tahun yang mempunyai komposisi otak sekitar 650cc dan dikatakan juga ianya boleh mencapai 1000cc apabila kanak-kanak tersebutmenjadi dewasa. Selain itu juga, Manusia jenis ini dikatakan tidak mempunyai susunan gigi yang lengkap. Hal ini kerana, Fosil yang ditemui itu juga hanya mempunyai tiga buah gigi geraham yang masih lagi melekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigigeraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil. Selain itu, fosil yang ditemukan ini mempunyai sebuah tulang rahang tetapi tulang rahangnya adalah besar. Spisis manusia ini juga memiliki muka yang menonjol ke hadapan serta mempunyai kening yang tebal dan tulang pipi yang kuat. Sepsis manusia yang ditemui ini digelar Pithecanthropus

Modjokertensis semperna dengan nama kawasan dimana fosil tersebut ditemukan. Selain itu, fosil yang ditemukan ini merupakan antara fosil kedua tertua di kepulauan jawa.

Bukti kewujudan spisis Pithecanthropus Robustus di kepulauan jawa ini ditemui pada tahun 1939 oleh Von Koenigswald di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Pithecanthropus Robustus atau lebih mudah dengan nama manusia kerayang besar dan kuat tubuhnya merupakan salah satu sepsis manusia purba yang berbadan besar. Hal ini kerana, melihat dari fosil yang ditemui, ternyata jelas kerana cirri-ciri yang ada pada fosil yang ditemui tersebut menunjukkan tengkoraknya yang besar, lebar dan manakala atas tengkoraknyalebih sempit. Bukan itu sahaja, ciri-ciri fizikal spisis manusia ini adalah bersifat premitif kerana memilikikening yang menonjol,tulang pipi yang kasar. Selain itu, spisis Pithecanthropus Robustus ini juga memiliki rahang dan tulang gigi yang besar. Saiz gigi yang besar pula jelas menunjukan bahawa spisis manusia ini mengambil makanan yang kasar. Pithecanthropus Robustus ini juga tidak mempunyai dagu dan mempunyai muka yang menonjol kehadapan serta dikatakanmemiliki komposisi otak sebanyak 900cc 14.

1941 merupakan salah satu tahun yang amat penting dalam kontaks sejarah perkembangan manusia awal di kepulauan jawa. hal ini kerana, pada tahun tersebut satu lagi penemuan spisis manusia prasejarah telah ditemukan di Sangiran, bahagian Jawa Timur. Fosil yang ditemukan oleh Von Koenigswald ini dikenali sebagai Meganthropus Paleojavanicus atau dengan kata lain manusia raksasa Jawa kerana tubuhnya dikatakan besar dan ianya ditemui di
Peter Bellwood. (2000).Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 63-65.
14

Jawa. Manusia jenis ini hidup di Jawa sekitar 2-1 juta tahun yang lampau dan adalah manusia purba yang paling awal sekali yang hidup dan menetap dikepulauan Jawa ini. Antara fosil yang ditemui ialah rahang bahagian bawah yang lebih kasar daripada rahang Pithecanthropus. Rahangnya adalah menyerupai bentuk kera, mempunyai rangka badan yang lebih besar. Antara ciri yang lain ialah mempunyai kening yang menonjol, tulang pipi yang tebal dan rahang yang besar dan kuat. Daripada ciri-ciri yang ada pada spisis manusia Meganthropus Paleojavanicus atau Java Man, jelaslah bahawa sepsis manusia ini adalah yang mendahului dari spisis-spisis lain yang hidup di bumi kepulauan jawa ini. Sebenarnya, penemuan fosil bagi Meganthropus

Paleojavanicus adalah lebih dari satu penemuan. Fosil-fosil tersebut adalah seperti Meganthropus A/ Sangiran 6, Meganthropus B/ Sangiran, Meganthropus C/ Sangiran 33/BK 7905 dan juga beberapa fosil Meganthropus yang lain. Ape yang penting kesemua fosil yang ditemukan tersebut adalah tergolong di dalam satu sepsis manusia yang sama

Kebanyakan spesies manusia prasejarah yang ditemukan di Kepulau Jawa dipercayai hidup pada zaman pleistosen. Ini dilihat melalui dari pendapat yang telah diberikan oleh Von Koeningswald yang telah membagikan zaman penemuan manusia awal di kepulauan jawa ini kepada tiga peringkat zaman iaitu zaman pleistosen Atas atau (lapisan Ngandong) yang dianggar 25.000 hingga 10.000 tahun lalu. pleistosen tengah (lapisan Trinil) sekitar 700.00 hingga 125.000 tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan jetis) sekitar 1,6 juta hingga 700.00 tahun lalu. 15 Ketiga-tiga lapisan pleistosen ini merupakan ciri-ciri geologi bagi spisis manusia yang hidup pada zaman lampau di kawasan Kepulauan Jawa ini. Selain itu, zaman pleistosen ini

digambarkan dengan ciri-ciri geografi yang tersendiri serta berbeza dengan apa yang dapat
Peter Bellwood. (2000).Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 23-24.
15

diperhatikan pada ketika ini. Zaman tersebut dikatakan adalah suatu zaman dimana, kawasan sekitar kepulauan asia tenggara bercamtum akibat struktur air batu yang mengeras. Ini memberi satu pentanda bahawa sepsis yang hidup pada zaman tersebut seperti Meganthropus Paleojavanicus atupun spisis manusia yang lain mampu bergerak bebas. Bukan itu sahaja, iklim pada zaman tersebut dikatakan sejuk dan berbeza dengan iklim pada masa kini. Zaman pleistosen ini berakhir kira-kira 10.000 tahun yang lalu dan bermulalah satu zaman baru yang digelar zaman Holosoen yang mempunyai kesinambungan dengan apa yang terbentuk pada hari ini.

PENEMUAN DI KEPULAUAN FLORES Manusia Flores merupakan salah satu sepsis manusia purba yang di temukan di sekitar kawasan Asia Tenggara. Kajian terhadap spisis manusia Flores ini adalah bermula pada tahun 1950 hingga 1960 an di Tapak Gua Liang Bua Kepulauan Flores. 16 Manusia ini dikatakan telah hidup di kepuulauan tersebut sejak dahulu lagi dan mengikut kajian yang dilakukan oleh Mike Morwood, manusia Flores ini telah hidup kira-kira 95 ribu hingga 13 ribu tahun lalu.. 17 Kajian pada peringkat awal telah dilakuan oleh Theondor Vertheeven dan menemui tanda-tanda kewujudan manusia awal di kepulauan flores ini melalui artifak batu yang ditemui berhampiran dengan fosil gajah yang dianggarkan berusia 750 000 tahun dahulu. Bukan itu sahaja, kajian yang dilakukan oleh Verhoeven pada tahun 1954 telah membawa kepada penemuan fosil manusia pendek yang digelar sebagai Protonegrito Florensisdi, yang dijumpai di kawasan Liang Toge sekitar 30 km dari Liang Bua. Selain itu, Kajian oleh peter Brown pada 2003 telah

16 16

http://news.nationalgeographic.com/news/2004/10/1027_041027_homo_oresiensis_2.ht http://news.nationalgeographicom/news/2004/10/1027_041027_homo_oresiensis_2.html

menemukan rangka seorang wanita yang berusia sekitar 18 000 tahun lalu dan dikenali sebagai Manusia Hobbit. Manusia Flores ini dikatakan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti ketinggian hanya sekitar 3 kaki atau bersamaan dengan 1 meter sahaja dan digelar sebagai manusia kerdil. Selain itu manusia ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berdahi landai,tulang kering yang menonjol keluar serta tebal dan mempunyai geraham yang sama dengan manusia Homo Erectus.Manusia Flores ini juga dikatakan mempunyai kapasiti otak yang lebih rendah berbanding dengan Chipanzee dan Pada tahap awal ia dianggap sebagai rangka manusia moden yang matinya disebabkan olen penyakit microcephaly atau penyakit saraf dimana otak mereka akan mengecut manakala badan pula mengecil. 18 Oleh yang demikian , saiz fizikal manusia flores yang kerdil

adalah disebabkanbeberapa factor dan antaranya ialah keadaan geografi. Walaubagaimanapun , Manusia Homo Floresiensis ini sebenarnya sudah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun mereka ini merupakan manusia yang bersifat fizikal kerdil. saiz tubuh yang kecil dan kerdil ini disebabkan oleh faktor geografi serta proses alam.Walau bagaimanapun,saiz mereka yang kerdil ini amat berkait rapat dengan masalah sumber protin atau kalori yang amat kekeurangan dan terhad .kekurang kalori dan proten ini tidak terhad kepada manusia sahaja,hal ini kerana hidupan yang tinggal di kepulauan tersebut seperti gajahdikatakan sebesar kerbau sahaja . Manusia flores ini hidup secara berkelompok serta sudah mempunyai petempatan yang tetap seperti tinggal di dalam gua-gua.Bagi memenuhi keperluan hidup mereka , manusia flores ini mengamalkan aktiviti berburu untuk mendapatkan sumber makanan disamping turut menjalankan kegiatan mencari makanan di laut dan di sungai-sungai yang berdekatan. Hal ini
18

http://www.ukessays.com/essays/archaeology/hom-oresiensis.php

dibukti dari peralatan yang diperbuat dari batu seperti mata tombak yang dikat dengan kayu telah memberi petanda bahawa manusia flores ini menggunakan suatu peralatan dalam mendapat sumber makanan. Di suatu sudut yang lain peralatan yang dihasil oleh manusia flores ini menunjukan bahawawalaupun kapasiti otak manusia tersebut yang rendah. Namun per alatan yang dapat dihasilkan adalah lebih baik dari spesies manusia yang ditemukan di kepulauan jawa sebelum ini.

penemuan manusia spesies Homo Floresiensis ini meberi sumbangan yang begitu besar kepada penyeledikan dalam konteks manusia awal di Asia Tenggara. Ciri-ciri unik yang terdapat pada spesies menusia Homo Floresiensis ini telah menjadikan kawasan Asia Tenggara ini sebagai kawasan yang mempunyai variasi dalam spesies manusia awal. Bukan itu sahaja. walaupun asal usul manusia Flores ini masih belum dikenalpasti dengan jelas sama ada mereka adalah spesies tersendiri atau terpisah daripada manusia moden, namun berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi dari beberapa kajian dan penyelidikan sebelum ini jelas lebih menyokong bahawa manusia Flores ini adalah ras manusia moden iaitu hasil hijrah Homo Sapien dan bukannya merupakan spesies yang baru. 19 Walaupun tidak semua ciri-ciri mereka lebih kepada manusia moden tetapi beberapa perilaku mereka sungguh mirip kepada manusia moden dan disebabkan itu mereka dikatakan sebagai manusia zaman awal yang agak unik dan berbeza dari spesies yang ditemukan di Kepulauan jawa sebelum ini. 20

19 19

http://nephiliman.com/anomalies_pygmies.ht http://news.nationalgeographic.com/news/2004/10/1027_041027_homo_oresiensis_2.ht

PENEMUAN MANUSIA DI SEMANANJUNG MALAYSIA Semenanjung Malaysia merupakan salah satu lokasi di Asia Tenggara ini yang memeliki banyak bukti kewujudan manusia prasejarah yang diperolehi melalui beberapa siri kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi tempatan. Penyelidikan terhadap kewujudan kehidupan manusia prasejarah di semenanjung Malaysia ini telah dimulakan pada tahun 1987 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi, Universiti Sains Malaysia. 21 Melalui beberapa penyelidikan yang telah dilakukan telah membawa kepada penemuan suatu spesies manusia yang digelar sebagai Manusia Perak (Perak Man). Penemuan tersebut telah memberi kesan terhadap pensejejarahan terhadap zaman prasejarah di Malaysia Khus dan di asia tenggara amnya. Bukan itu sahaja, kawasan Lembah Lenggong yang merupakan kawasan penemuan rangka Perak Man telah diumumkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada bulan jun tahun ini. 22 Oleh yang demikian, spesies manusia Perak Man ini boleh memberikan gambaran terhadap kewujudan manusia prasejarah di sekitar Semenanjung Malaysia.

Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 1 22 http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120702/dn_11/Lemba-Lenggong-kini-Tapak-WarisanDunia

21

Penemuan Manusia Perak (Perak Man) ditemukan pada tahun 1991 di Gua Gunung Runtuh, lembah lenggong, negeri Perak. Pnemuan tersebut adalah hasil exskavasi yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Musium Negara. Melalui penemuan tersebut telah ditemuakan rangka manusia paleolatik yang dikebumikan dalam suatu upacara kebumian yang penuh dengan spiritual. Rangka yang ditemuakan adalah 90% lemgkap dan merupakan rangka manusia paleolitik yang terlengkap yang pernah ditemukan di Asia Tenggara. 23 Manusia perak ini dikatakan hidup sekitar 10.000 tahun dan dipercayai hidup selama 45 tahun dan mati disebabkan sakit tua. Manusia perak memiliki ketinggian sekitar 154 cm sahaja. Selain itu, manusia perak ini dikesan menghidapi pennyakit genetik Branchimesophlangia iaitu bahagian badan sebelah kiri lebih pendek dari bahagian sebelah kanan. Penyakit yang dihadapi oleh manusia perak ini menyebabkan manusia tersebut berjalan dalam keadaan berdengkut-dengkut. Melihat dari keadaan ini dapat disimpulkan bahawa manusia ini adalah istimewa dari sudut fizikal dan bukan itu sahaja, manusia perak ini yang mati ketika berusia 45 tahun telah memberi gambaran bahawa manusia Perak ini dihormati serta mansyarakat pada ketika itu menjaganya dengan baik. 24

Manusia Perak dikatakan dikebumikan dengan penuh adat-istidat pengebumian paleolitik. Hal ini dapat dilihat dari cara manusia ini dikebumikan dimana lubang kubu digali sedalam 80-100cm. seterusnya lubang kubur manusia perak ini dilapik dengan 3,700 cengkerang siput yang terdiri dari siput sungai setebal 38.48 cm. selain itu, Manusia perak ini ditanam adalah dalam keadaan berlipat (flexed burial) dan dikebumikan bersama dengan 12 alat batu,
Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 17 24 Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 18
23

makanan dalam bentuk siput sedut dan 9 spesies binatang seperti khinzir, biawak, harimau bintang, kura-kura dansebagainya. 25 upacara pengebumian manusia perak ini memperlihatkan bahawa manusia atau masyarakat pada ketika itu mempercayai kehidupan selepas mati. Dari suatu sudut yang lain pula dapat dilihat bahawa manusia perak tersebut memiliki status social yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini dapat diperhatikan melalui barang-barang yang ditanam bersama manusia tersebut menjelaskan bahawa manusia perak itu mungkin mahir dalam mencari kawasan buruan, memburu binatang dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa manusia perak menjadi rujukan kepada masyarikatnya dan pemergiannya amat diratapi serta dihormati oleh semua masyarakatnya. 26

Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 16 26 Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. Hlm 19

25

KESIMPULAN Penemuan pelbagai spesies manusia sama ada di kawasan Kepulauan Jawa, kepulauan Flores dan di semenanjung Malaysia memberi kesan terhadap perkembangan manusia prasejarah di Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya. Fosil-fosil manusia awal seperti Pithecanthropus Erectus, Meganthropus Paleojavanicus, Homo Soloensis dan Homo Wadjakensis yang ditemukan di Kepulauan Jawa jelas menunjukkan bahawa manusia telah wujud berjuta-juta tahun dahulu dan hidup pada ketiga-tiga zaman Pleistosin. yang seterusnya dapat dijadikan gambaran Penemuan

terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini. Bukan itu sahaja.

manusia Flores juga telah menjadikan penyelidikan terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini lebih dinamik. Selain itu juga, penemuan manusia perak di semenanjung Malaysia telah membuktikan bahawa Malaysia juga kaya dengan khazanah purba dan

mempunyai kepentingan dalam perkembangan sejarah dunia.

BIBLIOGRAFI

1. Bellwood, Peter, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Academic Press, Sydney, 1985, 2. Charles Higham, 1989, The Archeology of Mainland Southeast Cambridge, Cambridge University Press, 1989 3. Bellwood Peter. Mans conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia, Oxford University Press, New York, 1979, 4. Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press. 5. http://news.nationalgeographic.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2.html 6. http://www.ukessays.com/essays/archaeology/homo-floresiensis.php. 7. http://www.cryptomundo.com/cryptozoo-news/floresiensis-replica/ 8. http://nephiliman.com/anomalies_pygmies.htm. 9. Nicholas Tarling(edited).The Cambridge history of Southeast Asia volume 1. Cambridge University Press 1992 10. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosil 11. Bernard Heuvelmans. (1962). On The Track of Unknown Animals. London: Rupert Hart Davis.

Anda mungkin juga menyukai