Anda di halaman 1dari 10

Tujuh Keajaiban Air Mata Manusia Yang Kita Tak Pernah Tahu

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala. 1. Membantu penglihatan Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur. 2. Membunuh bakteria Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. 3. Meningkatkan mood Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 4. Mengeluarkan racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata. 5. Mengurangkan stres Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. 6. Membina komuniti Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang. 7. Melegakan perasaan Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

Senyumlah selalu!!!!
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 3. Apabila darah yang sudah sejuk ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan gembira. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stress iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon endorphins dan hormon neurotransmitters dan penurunan tahap hormon stress

cortisol dan adrenaline . 9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 15. Pujangga menyebut :

Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jadi rakan taulan
sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

5 Fakta Misteri Tentang Otak Manusia

1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal . Berdasarkan pengamatan beberapa kisah diketahui bahawa otak manusia tetap aktif selama beberapa detik setelah kepala dipenggal. Namun para doktor percaya bahawa hal tersebut merupakan refleksi otot. Dr Harold Hillman, mantan direktor Unity Laboratory of Applied Neural Biology di University of Surrey mengatakan bahawa kematian terjadi kerana adanya pemisahan antara otak dengan sumsum tulang belakang, tetapi hal ini bersifat menyakitkan sehingga banyak negara yang tidak mengakui metod ini. 2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar Otak dapat menerima maklumat dibawah kesedaran seseorang sehingga nantinya akan mempengaruhi perilaku orang tersebut. Banyak syarikat menggunakan hal ini sebagai tunjang promosi untuk mempengaruhi seseorang agar mahu membeli produknya.

3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak. Salah satu penelitian menunjukkan penggunaan ubat seperti marijuana boleh menghilangkan sedikit memori, sedangkan untuk ubat seperti kokain atau ekstasi dapat menimbulkan lubang di otak. Sebenarnya perkara yang dapat menimbulkan lubang di otak adalah akibat adanya trauma atau kecederaan fizikal Selain itu sebuah kajian dari New Scientist menyatakan penggunaan ubatubatan jangka panjang dapat menyebabkan pertumbuhan tidak normal pada otak yang bersifat permanent, oleh itu sulit untuk mengubah perilaku seorang penagih ubat tersebut. 4. Otak manusia berwarna kelabu. Beberapa bahagian dari tubuh memiliki warna tersendiri untuk darah, otot, tulang atau cairan lain. Tapi jika otak manusia diawetkan dalam stoples meskipun masih berdenyut kebanyakannya berwarna kelabu, kerana itu seluruh otak kadang kala disebut sebaagi jasad kelabu. Namun otak juga tetap mengandung jasad putih yang terdiri dari serat saraf untuk menghubungkan jasad kelabu. Sedangkan komponen yang berwarna hitam disebut dengan substantia nigra yang merupakan neuromelanin hitam, iaitu pigmen khusus yang sama dengan warna kulit dan rambut dan merupakan sebahagian daripada ganglia. 5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar. Beberapa binatang boleh menggunakan otaknya untuk melakukan berbagai hal seperti yang dilakukan oleh manusia. Tapi sebenarnya otak manusia adalah paling besar dibandingkan dengan otak binatang manapun. Rata-rata berat otak manusia dewasa sebesar 1. 361 kilogram, berat ini hampir sama dengan ikan lumba-lumba yang dianggap sebagai haiwan yang cerdas.

Fakta Menarik Mengenai Kad Pengenalan Anda

Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.

Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:Johor 01, 21, 22, 23, 24 Kedah 02, 25, 26, 27 Kelantan 03, 28, 29 Melaka 04, 30 Negeri Sembilan 05, 31, 59 Pahang 06, 32, 33 Pulau Pinang 07, 34, 35 Perak 08, 36, 37, 38, 39 Perlis 09, 40 Selangor 10, 41, 42, 43, 44 Terengganu 11, 45, 46 Sabah 12, 47, 48, 49 Sarawak 13, 50, 51, 52, 53

Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57 Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58 Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16 Ngeri Tidak Diketahui 82

***Dari apa yang aku teliti, kod negeri tu asalnyer ikut susunan alphabet nama-nama negeri. tapi, sebab dah ramai sangat rakyat, nombor tu dah ditambah. Sekarang ni, setiap negeri ada 2-5 kod masing-masing***

82 rahsia tahi lalat anda ! 1.Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai 2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati 3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka 4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah [x] 5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita [x] 6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan 7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita 8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong 9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati 10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas 11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki 12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan [x] 13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk [x] 14. Betis kanan - Suka berhibur, boros 15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur [x] 16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha 17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha 18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita [x] 19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan [x] 20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun 21. Kening kanan - Cerdas dan cekap 22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun 23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal [x] 24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah 25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya 26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia [x] 27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta [x] 28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah 29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat [x]

30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya [x] 31. Pada hidung - Banyak rezeki [x] 32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati 33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur 34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama [x] 35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua 36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan 37. Tumit kiri - Baik budi 38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati 39. Alis kiri - Ramai yang suka 40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat 41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun 42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh 43. Jari kaki kanan - Suka menolong 44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik 45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan [x] 46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab 47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia 1. 48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan 49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan [x] 50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin [x] 51. Pipi kanan - Ramai teman [x] 52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka [x] 53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman 54. Ubun-ubun - Kurang jujur 55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun 56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup 57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan 58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup 59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup 60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah 61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar 62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh 63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya 64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan 65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong 66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan 67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja 68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros 69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat 70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria [x] 71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat 72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf [x] 73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya [x] 74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri 75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan 76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta 77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya 78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha 79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya 80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas 82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Anda mungkin juga menyukai