Anda di halaman 1dari 11

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

Unit 2 Teknik Dan Proses Kaunseling

Objektif
Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Memahami proses kaunseling 2. Mengetahui beberapa model proses kaunseling 3. Mengetahui beberapa teknik dalam kaunseling

2.1Pengenalan
Berdasarkan kepada definisi-definisi kaunseling yang diberikan sebelum ini dapat disimpulkan bahawa kaunseling adalah suatu proses. Proses kaunseling ini melibatkan satu urutan perkembangan perhubungan antara kaunselor dengan klien yang berlaku dalam suatu jangka waktu tertentu. Perhubungan ini bermula dari satu peringkat dan terus berkembang ke satu peringkat yang lain. Peringkat-peringkat ini berjalan secara teratur dan mempunyai sesuatu objektif atau tujuan yang tertentu. Dalam proses ini berlaku perbincangan yang sistematik yang dipimpin oleh kaunselor tanpa disedari oleh klien. Pertemuan dan perbincangan ini dipanggil sesi kaunseling. Ia merupakan proses perkongsian dari segi intelek dan emosi. Proses ini bermula apabila ada persetujuan antara klien dan kaunselor untuk melibatkan diri mereka dalam menguruskan sesuatu persoalan. Proses perkongsian ini mungkin berlangsung dalam beberapa sesi pertemuan kaunseling.

2.2

Peringkat-peringkat Proses Kaunseling

Pakar-pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah membahagikan proses kaunseling kepada beberapa peringkat mengikut tanggapan atau teori yang menjadi pegangan mereka. Peringkat-peringkat ini hanyalah suatu konsep yang dibuat bagi menyenangkan huraian dan kefahaman sahaja. Ianya bukanlah suatu yang muktamad atau kaku. Setiap peringkat mempunyai matlamat dan tujuan yang tertentu yang bertujuan menjadikan proses kaunseling berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara contoh model peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah dikemukakan adalah seperti berikut:

14

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

2.2.1 Model Eisenberg dan Delaney


Eisenberg dan Delaney (1977) membahagikan proses kaunseling kepada enam peringkat iaitu 1. Perjumpaan awal Di peringkat ini, kaunselor perlu menyapa klien dengan baik, menunjukkan empati, ketulenan, kemesraan dan anggapan positif terhadap kliennya. Apabila keadaan mesra telah wujud, klien lebih bersedia untuk berkongsi masalahnya serta akan menceritakan lebih lanjut tentang masalah itu. Kaunselor juga perlu menggalakkan penilaian kendiri klien iaitu klien memikirkan kekuatan dan kelemahan dirinya sendiri dan menyediakan sesuatu untuk difikirkan oleh klien sebelum sesi seterusnya. 2. Penerokaan masalah dan membina perhubungan Pada peringkat ini, kaunselor terus membina perhubungan yang baik dengan klien. Kaunselor harus memastikan kepercayaan klien terhadap dirinya dengan memelihara kerahsiaan maklumat yang diberikan oleh klien. Kaunselor juga perlu menunjukkan bahawa beliau berempati dan amat mementingkan kebajikan klien. Dengan cara ini proses penerokaan akan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Bagi menggalakkan klien meluahkan masalahnya, kaunselor boleh menggunakan soalan-soalan terbuka, refleksi, parafrasa, meminta penjelasan dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang lain. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan kaunselor memahami klien dan membantu klien mencapai kesedaran kendiri. 3. Penentuan Matlamat Peringkat ini terdiri daripada empat komponen yang berkait rapat iaitu a. b. c. d. 4. Penentuan matlamat kaunseling. Menimbangkan ciri-ciri klien yang boleh mempengaruhi strategik kaunselor. Memikirkan matlamat-matlamat proses iaitu yang berlaku sepanjang proses menolong. Membina satu rancangan tindakan yang akan dilaksanakan oleh klien agar matlamatnya tercapai.

Membina dan Melaksanakan Pendekatan Di peringkat ini, kaunselor bersama-sama dengan klien akan cuba membina dan melaksanakan satu pendekatan yang bersesuaian untuk mencapai matlamat kaunseling.

15

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

5.

Menilai Pencapaian Di peringkat ini, kaunselor akan menilai keberkesanan strategik yang telah digunakan. Jika terdapat kelemahan-kelemahan atau kekurangan maka kaunselor bersama-sama klien akan memikirkan cara-cara untuk mengatasinya.

6.

Penamatan dan susulan Di peringkat ini, kaunselor akan membuat susulan sama ada strategik atau pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah klien berjaya atau tidak. Jika berjaya maka proses kaunseling bolehlah ditamatkan. Jika tidak, sesi kaunseling boleh dimulakan semula.

2.2.2 Model Mizan dan Halimatun


Mizan dan Halimatun (2002) juga telah membahagikan proses kaunseling kepada enam langkah iaitu 1. Menyediakan Prasesi Bagi klien yang datang dan membuat temu janji, kaunselor perlu bersedia untuk mengetahui serba sedikit tentang profil klien demi memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan. 2. Membina Hubungan; Melayan, Mendengar dan Memahami Kejayaan membina hubungan yang baik dengan individu yang meminta pertolongan adalah penting dalam memulakan sesi kaunseling. Kaunselor boleh mengujudkan hubungan yang baik ini dengan menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra, menunjukkan keinginan menolong, mendengar perkara yang diperkatakan, mendengar luahan perasaan, tidak cepat membuat penilaian dan cuba memahami klien. 3. Meneroka dan Menganalisis Masalah Permasalahan yang dikemukakan oleh klien perlu diteroka. Tujuannya ialah supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan berkenaan dengan betul dan objektif khususnya dari aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan klien. 4. Mengenalpasti Punca Masalah Klien perlu dibantu supaya dia dapat melihat di mana punca masalah bagi memudahkan proses intervensi dilakukan. Ini kerana masalah selalunya

16

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

kompleks dan berkait-kait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana punca utama dan yang mana masalah sampingan. Di peringkat ini juga kaunselor dan klien berbincang mengenai pilihan atau alternatif yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat kaunseling. 5. Mengambil Tindakan Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan iaitu klien akan melaksanakan pilihan yang telah dipersetujui bagi mengatasi masalahnya. 6. Menamatkan Sesi Penamatan dilakukan pada setiap sesi atau setelah permasalahan klien dapat diuruskan.

2.2.3 Model Lewis


Lewis (1972) membahagikan proses kaunseling kepada lima tahap iaitu 1. 2. 3. 4. 5. Menentukan tujuan/matlamat klien iaitu sebab mengapa dia memerlukan perkhidmatan kaunseling. Memberi definisi/penerangan tentang proses kaunseling Penerangan dan pemahaman tentang keperluan klien Kemajuan ke arah mencapai matlamat Membuat kesimpulan dan rancangan untuk masa depan klien berdasarkan pengalamannya semasa proses kaunseling sebelum menamatkan sesi kaunseling.

2.2.4 Model Brammer


Brammer (1973) pula mengatakan bahawa proses kaunseling mempunyai lapan peringkat iaitu 1. 2. 3. Penyediaan dan kemasukan Penjelasan tentang mengapa klien memerlukan kaunseling Menstruktur atau merangka proses kaunseling selanjutnya seperti bagaimana kaunselor dan klien dapat bekerjasama, had-had masa, peranan masingmasing, membuat perjanjian, iaitu kedua-dua akan berusaha mencapai matlamat.

17

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

4. 5. 6. 7. 8.

Perhubungan mesra/membina perhubungan Penerokaan masalah klien Pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru Perancangan yang rasional Penamatan iaitu merumuskan pencapaian.

2.2.5 Model Gibson dan Mitchell


Gibson dan Mitchell (1990) pula meringkaskan proses kaunseling kepada hanya empat peringkat sahaja iaitu 1. Membina hubungan Kaunselor dan klien membina hubungan yang menolong. Di peringkat ini kaunselor perlu mengambil inisiatif untuk wujudkan suasana yang kondusif, hormat menghormati, percaya mempercayai dan terbuka. 2. Penerokaan dan mengenalpasti masalah Hasil dari perhubungan menolong yang telah terbina, klien akan meluahkan masalahnya dengan mendalam. Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu dan merangsang klien untuk terus berkongsi pengalaman supaya penilaian yang lebih tepat dapat dibuat. 3. Rancangan untuk menyelesaikan masalah Apabila kaunselor telah pasti semua maklumat mengenai masalah klien telah diperolehi dan difahami serta klien pula telah menerima kenyataan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalahnya maka rancangan untuk menyelesaikan masalah klien boleh dimulakan. Kaunselor perlu membantu klien untuk mencari sebanyak mana penyelesaian yang mungkin. 4. Aplikasi penyelesaian dan penamatan Pada peringkat ini, klien bertanggung jawab untuk melaksanakan rancangan penyelesaian yang telah dipersetujui. Kaunselor pula sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada klien. Kaunselor juga perlu membuat tindakan susulan supaya perkembangan klien dapat dimantau. Setelah klien dapat berdiri atas kaki sendiri, hubungan kaunseling boleh ditamatkan.

18

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

2.2.6 Kesimpulan
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa proses kaunseling dipengaruhi oleh pendekatan atau teori yang digunakan oleh kaunselor yang berkenaan. Proses kaunseling mengandungi peringkat-peringkat seperti pertemuan awal, penerokaan, mengenalpasti masalah, menentukan matlamat kaunseling, rancangan untuk mengatasi masalah, perlaksanaan rancangan, tindakan susulan dan penamatan. Dari segi peranan dan tanggungjawab pula, kaunselor perlu memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih utama ditahap awal proses kaunseling. Peranan dan tanggungjawab ini kemudiannya secara pelahan-lahan beralih kepada klien hinggalah hubungan kaunseling ditamatkan.

2.3

Teknik-teknik kaunseling

Berdasarkan teori dan pendekatan masing-masing, ahli-ahli dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah menggunakan berbagai teknik bagi membantu para klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka. Antara contoh teknik-teknik yang digunakan adalah

2.3.1 Perkaitan bebas


Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Teknik perkaitan bebas memerlukan klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini digunakan bagi tujuan mengingat semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami oleh klien. Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya klien boleh bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Asas kepada teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisma bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan. Pendaman yang banyak tersimpan menjadi tekanan desakan diri. Sehingga pendaman tersebut dikeluarkan ke tahap sedar, ia tidak boleh disesuaikan dengan alam nyata.

2.3.2 Tranferens
Teknik ini juga selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Trenferens digunakan oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka. Dalam proses tranferens seseorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkahlaku lampaunya kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menangani proses analisis dan pentafsiran mekanisma bela diri klien.

19

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

2.3.3 Pentafsiran
Dalam proses kaunseling psikoanalisis, pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikal kepada diri klien. Trenferens sahaja tidak mencukupi bagi menggerakkan klien kearah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisma bela diri klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk menjelmakan satu katarsis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan keadaan semasa sealiran dengan klien. Dalam proses kaunseling secara psikoanalisis ini berbagai rintangan mungkin akan timbul di antara interaksi kaunselor dengan klien. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor tidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan kaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakukan oleh klien. Apabila keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien mungkin berada dalam keadaan transferens dan menganggapnya sebagai orang yang signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau. Ada kalanya juga rintangan tidak semestinya berlaku hasil daripada proses transferens. Ada kemungkinan juga rintangan berlaku hasil daripada satu penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sebenar.

2.3.4 Penilaian
Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Proses penilaian memerlukan kaunselor mendapatkan segala maklumat tentang masalah yang dialami klien. Kaunselor perlu mengumpul maklumat mengenai masa, cara masalah berlaku, cara yang diusahakan oleh klien bagi mengatasi masalah, tempat, keadaan trauma yang pernah dialami, pengalaman klien dan berbagai lagi ciri maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh klien. Cara kaunselor menyoal semasa sesi kaunseling bagi mendapatkan maklumat adalah penting. Soalan yang bermula dengan perkataan mengapa wajar dielakkan manakala soalan yang bermula dengan perkataan bagaimana, apakah, bilakah dan dimana wajar digalakkan. Walaupun kaunselor akan mendapat maklumat dari soalan yang dikemukakan tetapi kaunselor tidak semestinya menerima sepenuhnya jawapan yang diberi oleh klian. Cara klien menjawab juga penting diberikan perhatian. Kaunselor hendaklah sentiasa peka pada gerak geri dan cara klien menjawab bagi mengesan ciriciri tidak konsisten, cuba mengelak sesuatu atau membuat sesuatu yang terpesong dari yang benar.

20

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

Satu cara lain bagi mendapatkan penilaian dari klien adalah dengan menggunakan laporan kendiri yang dibuat oleh klien. Laporan ini adalah baik bagi pengumpulan maklumat tentang khayalan klien, pemikirannya dan juga perasaan mereka.

2.3.5 Main Peranan


Satu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Cara ini sesuai dalam menangani masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk mengambil atau memainkan peranan orang yang klien menghadapi masalah untuk berinteraksi. Dengan cara ini kaunselor dapat mengenalpasti masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan orang tersebut. Selanjutnya kaunselor akan mampu untuk cuba mengubah tingkah laku celaru yang dialami oleh klien dengan menggunakan teknik sampingan seperti latihan asertif dan sebagainya. Dalam pendekatan REBT, klien akan melakunkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di mana kaunselor pula akan memainkan peranan klien tadi sehinggalah klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran salah itu boleh berlaku.

2.3.6 Gambaran Imej


Teknik gambaran imej boleh memberi ingatan yang lebih jelas kepada klien tentang pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau, sekarang atau yang akan datang. Cara ini dapat menyenangkan klien secara menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkara yang menjadi kerumitannya. Disamping itu kaunselor juga akan dapat persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah klien setelah klien menghuraikan pengalaman yang telah dialaminya dalam gambaran imej secara lisan.

2.3.7 Desensitisasi Bersistem


Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan latihan relaksasi bagi menghasilkan suasana selesa yang boleh diterima klien. Desensitisasi bersistem biasanya digunakan sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang dialami klien. Proses permulaannya adalah dengan mengasingkan terlebih dahulu situasi yang menjadi pemangkin keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang sedang dialami klien. Keadaan ini diukur dalam satu bentuk kontinum antara situasi yang kurang meresahkan hingga satu penghujung yang sangat mengancam ketenteraman klien. Latihan relaksasi secara beransur-ansur biasanya diterap sebagai elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran keresahan atau kegelisahan. Kaunselor akan mengasuh klien membayangkan atau menggambarkan dalam bentuk satu hiraki imej yang bermula dengan acara yang kurang meresahkan dan beransuransur bergerak ke arah hiraki yang lebih tinggi dengan keadaan yang paling mengancam klien. Proses relaksasi disematkan ke dalam imej klien semasa klien mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang selesa sehingga imej tersebut

21

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

bertukar menjadi selesa pada pandangan dan pemikiran klien. Proses ini diulang dan kaunselor akan hanya memimpin klien bergerak ke tahap hiraki yang lebih tinggi apabila klien sudah mampu menangani keadaan keresahan yang baru dilalui dalam latihannya.

2.3.8 Menghilangkan Rasa Malu


Teknik ini digunakan dalam pendekatan REBT. Teknik ini memerlukan klien untuk keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan dan bukannya malu apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

2.3.9 Imageri Rasional-Emotif


Teknik ini memerlukan klien membuat imaginasi terhadap satu perkara yang amat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, negeri, ketakutan dan kemarahan. Kemudian klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara yang lebih tepat.

2.3.10 Membina Kenyataan Bersungguh


Dalam teknik ini klien ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menanamkannya dalam fikiran dan jiwa sehingga mereka yakin dan percaya dengan bersungguh-sungguh.

2.3.11 Dialog-Diri Bertenaga


Dalam teknik ini klien akan merakamkan kepercayaan tidak rasional ke dalam pita dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita rakaman tadi dan beri orang lain mendengar sama. Seterusnyanya klien akan menyemak sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.

2.3.12 Pengajaran Langsung


Kaunselor berusaha untuk menerangkan kepada klien yang kebimbangannya adalah tidak rasional dan tidak logik.

2.3.13 Latihan Aversi


Dalam teknik ini klien akan mengaitkan sesuatu yang pahit atau tidak selesa dengan tinngkah laku yang hendak disingkirkan. Contohnya seorang klien yang gemok yang suka makan gula-gula, aiskrim, coklat dan sebagainya pada sepanjang masa. Klien in diletakkan dalam keadaan bertenang. Kemudian apabila dia mletakkan gula-gula ke dalam mulut, dia diminta membayangkan gula-gula itu sebagai ulat dan menyebabkan

22

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

dia muntah. Bayangan ini diulang setiap kali apabila dia hendak memakan gula-gula. Kemudian dia diminta memberi pujian kepada dirinya sendiri ketika dia tidak makan gula-gula.

2.3.15 Kesimpulan
Sebenarnya ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan dalam menjayakan usaha kaunselor untuk membantu klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka. Pemilihan teknik ini bergantung kepada pendekatan atau teori yang menjadi pegangan kaunselor yang berkenaan. Contoh-contoh teknik yang digunakan adalah Teori Psikoanalisis: 1. 2. 3. 4. 5. Free Association Interpretation Dream Analysis Analysis and Interpretation of Resistance Analysis and Interpretation of Transference

Teori Adlerian: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Immediacy Paradoxial Intention Acting As If Spitting In The Clients Soup Catching Oneself Push-Button Technique Avoiding Traps Task Setting and Commitment

Teori Gestalt: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Dialogue Exercise Making Thr Rounds Unfinished business I take responsibility I have a secret Playing The Projection Reversals The Rhythym of Contact and Withdrawal Rehearsal Exaggeration May I feed You A Sentence Marriage-Conseling Games Can You Stay With This Feeling?

23

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling UPM

Ideal -

Teori Tingkah Laku: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Relaxation Training Systematic Desensitization Modeling Methods Assertion Training Self Management Program Self Directed Behavior Operant conditioning

Teori Rasional Emotif Tingkahlaku 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Disputing irrational belief Cognitive homework Changing ones language Use of humor Rational-emotive imagery Role playing Shame-attacking exercises Use of force and vigor

Malahan ada juga pendekatan atau teori kaunseling yang tidak pula menggunakan atau menamakan teknik-teknik tertentu dalam pengendaliannya seperti teori pemusatan perorangan dan teori eksistential. Teori pemusatan perorangan lebih menekankan kepada perhubungan yang rapat dan akrab antara kaunselor dengan klien yang berasaskan kepada unsur-unsur ketulusan, jujur, mesra, kongruen dan empati. Jika kaunselor dapat mewujudkan suasana dan perhubungan yang terapeutik maka dengan sendirinya kesan terapi dapat dinikmati oleh klien.

2.4 Aktiviti
1. 2. 3. 4. Bincangkan maksud proses kaunseling. Bincangkan perbezaan dan persamaan model proses kaunseling yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan kefahaman anda mengenai proses kaunseling, sila cadangkan satu model proses kaunseling anda sendiri. Merujuk kepada model yang anda cadangkan, bincang bagaimana anda akan menggunakan teknik-teknik kaunseling untuk membantu klien anda.

24

Anda mungkin juga menyukai