Anda di halaman 1dari 14

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

Integriti
Maksud integriti berdasarkan pengertian di dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Kamus Oxford ialah ntegniti berasal daripada perkataan Latin iaitu integritas bererti ikhlas, amanah, berwibawa. Manakala menurut Sahari Akim integriti bererti kesempurnaan, tidak berbelah bagi, keikhlasan, kejujuran dan ketelusan. Apabila ia dikenakan kepada sesuatu objek atau sistem, integriti digunakan bagi maksud keadaan dan keberkesanan tanpa gangguan. Apabila ia dikenakan kepada manusia, integriti dikaitkan dengan nilai keperibadian seseorang keikhlasan, kejujuran dan kepercayaan. Secara mudah dan ringkas, ciriciri integriti itu meliputi kewibawaan, keikhlasan, kejujuran, kesempurnaan, ketelusan, keberkesanan, keadilan, kepercayaan, amanah dan bertanggungjawab. Integriti secara umumnya adalah berkaitan dengan harga dan maruah diri serta penghormatan. la tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi diperolehi melalui penghayatan nilai-nilai murni dan etika kerja yang cemerlang. Aspek integriti sangat penting untuk dijaga pada setiap masa sebagai seorang individu dan juga sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam. Integriti menyentuh aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Seseorang yang berintegriti dengan sendirinya memiliki sifat-sifat amanah, bersih, cekap, berkesan, bersikap positif dan nilai-nilai mumi yang lain. Sebaliknya, seseorang yang tidak berintegriti, setiap penlakuannya atau perbuatannya akan diketahui orang akhirnya sebagai lakonan sematamata dan tidak mencerminkan keikhlasan. Semua tindakan kita hendaklah lahir dari hati yang tulus dan ikhlas supaya apa yang dilakukan akan membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat keberkatan. Bagi melahirkan pegawai awam yang berintegriti perlu dipastikan kita sentiasa berpegang teguh kepada prinsip semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan tidak menyeleweng dari peraturan. Kita perlu melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan dengan betul sehingga berpuas hati bahawa kerja yang dibuat itu terbaik dan sempurna tanpa berasa bersalah kerana telah menipu, mencuri atau menyembunyikan sesuatu. Integriti moral ialah kesatuan keperibadian berasaskan kepada keprihatinan moral khususnya berdasarkan kejujuran. Kesatuan ini
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 1

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

merupakan kesinambungan di antara sikap, emosi dan tingkahlaku dalam hubungan untuk membuat justifikasi nilai moral. Kesatuan juga dianggap sebagai jambatan di antara tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai seorang profesional. Maksudnya nilai-nilai moral itu sepatutnya diamalkan merentasi seluruh kehidupan manusia. Itu sebabnya tidak dapat diterima kalau ada orang berkata, "Jangan salahkan saya, saya hanya melakukan kerja seperti yang diarahkan". Kata-kata ini jelas menunjukkan seseorang itu hidup dalam dua alam yang terpisah iaitu alam profesionnya dan mempunyai nilai yang berbeza untuk diamalkan. Ini tidak sepatutnya berlaku kalau terdapat perhubungan di antara kedua-duanya.

Penghubung tersebut ialah integriti moral yang dapat menyatukan atau menemukan amalan set nilai yang sama. Ada juga orang yang mempertahankan perbuatan salahlaku nya dengan mengatakan "Kalau saya tidak melakukannya, orang lain akan melakukannya". Alasan ini jelas menunjukkan kegagalan mengambil tanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Menurut Mohd Janib Johari lagi, tidak dapat dinafikan bahawa untuk mengekalkan integriti itu memang sukar. Ini disebabkan perbezaan amalan nilai di tempat kerja dengan nilai ideal seseorang itu. Masalah ini boleh di atasi dengan mewujudkan satu keadaan yang membolehkan sikap tolak ansur boleh dicapai. Walaubagaimanapun sikap tolak ansur ini boleh membawa kepada keburukan dan kebaikan. Ianya dianggap baik kerana dapat mengekalkan hubungan walaupun sedang menghadapi krisis sebaliknya menjadi buruk kerana boleh menimbulkan konflik yang serius di antara kehidupan persendirian dan kehidupan di tempat kerja golongan profesional berkenaan. OIeh itu kebolehan mengenalpasti bentuk tolak ansur yang sesuai dan kesediaan untuk bertolak ansur sangat penting dalam usaha mengekalkan integriti moral seseorang profesional itu. Golongan pendidik guru atau tenaga pengajar juga dikenali sebagai pejawat jawatan perkhidmatan awam dan perlu membudaya integriti sewaktu bertugas.

Integriti Dalam Perkhidmatan Awam.


Pada 23 April 2004, ketika majlis pelancaran Pelan Integriti Nasional Y.A.B. Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberi penekanan serius dan khusus terhadap aspek integniti dalarn
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 2

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

merealisasikan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-cirl moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur". Tiga sasaran telah dikenalpasti untuk mencapai integriti khususnya dalam perkhidmatan awam iaitu: 1. Mengurangkan gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan; 2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam dan mengatasi kerenah birokrasi; dan 3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika kerja.

Penekanan kepada elemen-elemen integriti seperti akauntabiliti dan kawalan dalaman yang kukuh akan dapat memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan yang jitu ke arah mencapai matlamat dan wawasan negara. (Abd Jalil Bin Khalid, 2004)

Integriti Dan Imej Diri


Segala perbuatai atau perlakuan hendaklah bermula dengan niat yang jujur. Pekerjaan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh rasa keinsafan akan tanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang diberikan sudah tentu akan membuahkan hasil yang cemerlang. Integriti hendaklah bermula dalam diri kita kerana kite takutkan Tuhan. Ia merupakan amalan kita semua kerana apabila kita ingin melakukan sesuatu untuk diri dan keluarga kita, niat kita sudah tentulah untuk melakukan yang terbaik. Ini adalah untuk memastikan supaya nama baik kita dan keluarga tidak tercemar. Imej diri, keluarga malahan perkhidmatan awam akan tercemar sekiranya ada penjawatnya yang bersikap tidak bertanggungjawab mengenepikan tanggungjawab awam dan tidak jujur di dalam tindak tanduknya. (Mohtar Bin Abas, 2004)

Kepentingan Integriti
Usaha untuk memantapkan integriti dan keutuhan Perkhidmatan Awam merupakan suatu usaha yang berterusan. Pihak kerajaan telah mengambil
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 3

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

beberapa langkah dan banyak lagi yang akan dilakukan supaya tahap integriti di kalangan penjawat awam dipertingkatkan. Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi menangani penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Penekanan pada integriti ini bukan hanya tertakluk kepada agensi-agensi yang mentadbir sahaja, tetapi turut melibatkan para pendidik atau guru. Oleh itu, para pendidik perlu mendalami pentingnya aspek integriti, kerana hanya dengan berintegriti seseorang guru dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan. Tidak dinafikan integriti berkait rapat dengan prestasi dan kualiti kerja yang seterusnya boleh membawa kesan kepada sistem penididikan di Malaysia.

Usaha-Usaha Pengukuhan Integriti Oleh Kerajaan


Pentingnya integriti telah ditekankan sejak dulu lagi. Pelbagai langkah dan usaha yang serius telah diambil oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan integriti perkhidmatan awam dan keutuhan penjawat-penjawatnya. Di awal 80-an, Tun Dr Mahathir Mohamad, YAB Perdana Menteri ke-empat telah mencetuskan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Beliau turut memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu dan tanda nama pegawai awam. Langkah dan usaha ini merupakan titik tolak kepada usaha yang serius di pihak Kerajaan terhadap penerapan etika kerja yang luhur dan nilai murni supaya dapat membentuk suatu budaya kerja yang berintegriti dan cemerlang. Susulan daripada itu, Kerajaan telah memperkenalkan pula konsep Kepimpinan Melalui Teladan pada 19 Mac 1993 sebagai bukti komitmen yang berterusan di pihak Kerajaan untuk rnempertingkatkan dan memperkayakan nilai dan budaya kerja yang beretika. Usaha ini merupakan usaha yang bersepadu dan berterusan dengan tercetus pula Gerakan Budaya Kerja Cemerlang antaranya melalui penerapan nilai-nilai mural dan Gerakan Kualiti dengan pengenalan ISO 9000 pada tahun 1990-an. Bagi memastikan adanya follow-up dan followthrough terhadap Iangkah-langkah dan usaha yang telah dan akan diambil, Kerajaan telah membentuk Jawatan Kuasa Khas Kabinet Mengenal Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) pada tahun 1998 dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti sebagai fokus utama. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatan Kuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 4

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian, semua isu keutuhan atau integriti jentera pentadbiran dan pengurusan kerajaan dapat ditangani di semua peringkat dalam perkhidmatan awam. (Mohtar Bin Abas, 2004)

Memahami Konsep Dan Mengamalkan Integriti


Menurut Mohtar Bin Abas, 2004, integriti boleh dilihat di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah laku demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. Menurut beliau, integriti diukur berdasarkan kesedaran kendiri (conscience) dalam semua perlakuan dan perbuatan contohnya tidak menipu, tidak mencuri tulang, tidak mementing diri sendiri dan tidak mengharap balasan. Cukup sekadar kerja yang dilaksanakan memberi kepuasan sehingga menimbulkan keseronokan bekerja. Pada masa yang sama, sentiasa berhasrat dan bertekad untuk memperbaiki kualiti kerja dan mempertingkatkan hasil kerja serta berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan prinsip-prinsip integriti. Seterusnya selain daripada individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

Kepentingan Awam Diutamakan


Bagi individu yang memegang amanah seperti guru yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat awam perlu telus
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 5

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain. Halangan-halangan seperti tiadanya kesedaran kendiri, gila kuasa, tamak haloba, tidak beriman dan tidak ada sifat malu untuk melakukan penyelewangan hendaklah dikikis dari setiap individu. Berikut merupakan antara isi kandungan Surat Aku Janji bagi penjawat awam,, iaitu untuk: 1. Taat setia kepada YDP Agong dan Kerajaan 2. Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab. 3. Tidak akan membelakangkan tugas awam untuk kepentingan peribadi. 4. Tidak akan berkelakuan sehingga kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam. 5. Tidak membiarkan kepentingan awam. kepentingan peribadi bercanggah dengan

6. Tidak akan menggunakan kedudukan untuk faedah diri sendiri. 7. Tidak memburuk dan mencemarkan imej perkhidmatan awam. 8. Tdak membawa pengaruh luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. 9. Tidak ingkar perintah. Surat Aku Janji mi nierupakan satu ikrar untuk kita hayati dan menjadikan amalan apa jua tindak tanduk sebagai penjawat awam.

Peningkatan Integriti Profesion Perguruan


Setiap staf akademik bertanggungjawab menjaga integriti profesion dengan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang tindakan yang tidak beretika. akademik yang melakukan salah satu danipada perkara berikut boleh dianggap melanggar etika profesion.

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

Pelanggaran Dalam Bidang Pengajaran


Staf akademik yang melakukan perbuatan seperti yang disenaraikan di bawah ini dianggap melanggar etika profesion yang berkaitan dengan pengajaran. i. Tidak menyempurnakan program akademik yang ditugaskan kepadanya mengikut perancangan dan rangka kursus yang ditetapkan dalam masa yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah, Membuat penilaian terhadap tugas-tugas akadeniik pelajar secara tidak adil dan pilih kasih dan yang tidak berpandukan kritenia-kriteria yang ditetapkan dalam peraturan akademik, Tidak menjaga kerahsiaan soalan-soalan peperiksaan dan membocorkannya kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau kepada pihak yang tidak berhak terhadapnya, Membuat keputusan berhubung dengan hal-hal akademik pelajar tanpa berpandukan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti. Menyampaikan sebarang maklumat palsu dan maklumat yang boleh merosakkan pegangan akidah, yang mengakibatkan kelunturan taat setia kepada negara, yang mempengaruhi pembentukan sikap negatif terhadap kehidupan dan keyakinan diri dan yang merosakkan nama baik Universiti dan negara, .Menggunakan platfom akademik untuk sengaja meracuni fikiran pelajar atau menghasut pelajar supaya bersikap antikerajaan dan ketidaksetiaan kepada negara.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

Pelanggaran Dalam Bidang Penyelidikan Staf akademik yang melakukan perbuatan seperti yang disenaraikan di bawah ini dianggap melanggar etika profesion yang berkaitan dengan penyelidikan.

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

i.

Menjalankan penyelidikan dengan tidak mematuhi prosedur, syarat atau perjanjian menjalankan penyelidikan yang ditetapkan oleh universiti atau pihak lain yang telah dipersetujui oleh Universiti, Memasukkan namanya atau membenarkan namanya dimasukkan ke dalam senarai pasukan penyelidikan tanpa penglibatan secara langsung dalam penyelidikan tersebut, Mendakwa dirinya sebagai penyelidik tunggal dalam penyelidikan yang dilakukan secara berpasukan, Melaksanakan sebarang aktiviti yang terkeluar daripada skop kajian dengan menggunakan nama penyelidikan yang dipersetujui oleh pihak Universiti, Membuat pendokumentasian yang tidak betul inelalui manipulasi data, pemalsuan data, menyalahguna sumber rujukan, memalsukan sumber, memutarbelitkan sumber atau sebarang bentuk penyelewengan yang berkaitan dengan penyelidikan, Melakukan sebarang bentuk penipuan berkaitan dengan penggunaan peruntukan penyelidikan seperti membuat anggaran perbelanjaan yang mempunyai niat tidak jujur, penyalahgunaan geran, hadiah, bantuan dan peralatan serta penipuan semasa membuat tuntutan dan pengauditan projek.

ii.

iii. iv.

v.

vi.

Pelanggaran Dalam Bidang Penerbitan


Staf akadernik yang melakukan perbuatan seperti yang disenaraikan di bawah ini dianggap melanggar etika profesion yang berkaitan dengan penerbitan: i. Melakukan plagiarisme dengan mengambil idea, pandangan, pendapat, data, hasil penulisan, rekacipta orang lain dan mendakwa bahawa idea, pandangan, pendapat, data, hasil penulisan dan rekacipta tersebut sebagai haknya sama ada secara nyata atau yang boleh memberi sebarang gambaran ketidakjujuran intelek, Menerbitkan sebarang bentuk penulisan orang lain seperti rencana, majalah, kertas kerja ilmiah, buku oleh orang lain secara keseluruhan, atau sebahagian atas namanya sendiri secara perseorangan atau dengan orang lain sebagai pengarangnya,

ii.

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

iii.

Melakukan pencedokan sebarang fakta atau data dari kajian ilmiah atau penulisan ilmiah orang lain sama ada yang sudah atau belum diterbitkan dan mengakui sebagai hasil kajian ihniahnya atau penulisan ihniahnya sendiri, Memetik sebarang fakta dan data ilmiah untuk kegunaan ilmiah, kegunaan penulisan dan penerbitan tanpa merujuk atau member pengiktirafan kepada sumber sebenar, Menerbitkan sebarang bentuk penulisan yang boleh menjejaskan kepentingan awam, Mengambil data, hasil kerja atau reka cipta projek pelajar di bawah seliaannya dan mengakui bahawa data, hasil kajian atau rekacipta tersebut sebagai dapatannya sendiri Membuat sebarang ubah suai terhadap sesuatu hasil penulisan atau reka cipta orang lain tanpa terlebih dahulu memberitahu kepada tuan punya, sebaliknya mengakui atau memberi gambaran hasil itu sebagai milik sendiri, Menteijemahkan hasil penulisan atau karangan orang lain dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara sebahagian atari keseluruhannya tanpa mendapat kebenaran penulis asalnya atau penerbit asal.

iv.

v. vi.

vii.

viii.

Pelanggaran Dalam Bidang Perundingan


Staf akademik yang melakukan perbuatan seperti yang disenaraikan di bawah ini dianggap melanggar etika profesion yang berkaitan dengan perundingan: i. ii. iii. iv. Melakukan perundingan tanpa kebenaran Universiti, Tidak mematuhi syarat dan tatacara perundingan yang ditetapkan oleh Universiti, Tidak mematuhi perjanjian dan syarat yang dipersetujui dengan pihak yang memerlukan perkhidmatan perundingan, Terlibat dengan sebarang kerja perundingan yang bertentangan dengan kepentingan Universiti dan negara,

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

Pelanggaran Dalam Perkara-Perkara Am


Staf akademik yang melakukan perbuatan seperti yang disenaraikan di bawah ini dianggap melanggar etika profesion yang berkaitan dengan perkara-perkara am: i. Perlaksanaan Tanggungjawab Mengabaikan kualiti perkhidmatan sehingga jangkaan pelanggan atau norma kecemerlangan, tidak menepati

ii.

Provokasi Staf akademik yang menyebarkan apa-apa ideologi negatif atau agenda subversif dan menggugat ketenteraman awam atau menunjukkan ketidaksetiaan kepada kerajaan dan negara, adalah dianggap melakukan kesalahan menghasut.

iii.

Hubungan a. Menggunakan kedudukan profesionalnya bagi mendapatkan faedah peribadi yang bertentangan dengan nilal etika, b. Menjalin hubungan dengan pelajar atau rakan sejawat yang berlainan jantina yang melanggar hukum agama, adat, dan tatasusila serta menjejaskan nama baik profesion dan Universiti, c. Melakukan sebarang tindakan sama ada secara fizikal atau lisan yang boleh merosakkan hubungan harmonis dengan pelajar, rakan sejawat, atau staf lain di Universiti.

Kerajaan telah menerapkan hala tuju yang jelas mengenai perwujudan sebuah masyarakat yang berintegriti. Perkhidmatan awam pula, telah diberikan pelan di bawan PIN kea rah mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang berintegriti. Prasarana yang lengkap telah pun ada melalui penguatkuasaan akta dan peraturan yang jelas dan terperinci. Modus operandi pelaksanaannya juga telah lengkap tersedia dengan pelbagai jawatan kuasa di bentuk di peringkat pusat, negeri sehinggalah ke daerah. Keinginan tampuk kepimpinan Negara untuk meningkatkan tahap
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 10

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

integriti sudah terbukti. Begitu juga dengan komitmen pihak pengurusan dan pentadbiran sektor awam untuk merealisasikan cita cita kerajaan ini, tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, perlulah kita semua menyedari akan tanggungjawab untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang kental dan utuh integritinya. Semuanya perlu bermula dari diri kita sendiri dalam membentuk sikap positif dan seterusnya membudayakan etika kerja yang luhur dan murni berdasarkan nilai-nilai teras yang telah ditetapkan iaitu amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Peningkatan integriti sektor awam akan dapat membantu ke arah mewujudkan sebuah perkhidmatan awam Malaysia yang terbilang. Seterusnya memastikan sektor pendidikan Negara terus mencapai matlamat yang telah dirancangkan dari semasa ke semasa.

Penutup
Sebagai seorang pendidik, konsep serta pelaksanaan terhadap integriti profesionalisme, etika dan nilai perlu difahami dengan jelas agar ianya bersesuaian dengan dunia pendidikan semasa. Aspek-aspek ini penting untuk diterapkan ke dalam aktiviti tugasan kerja seharian bagi seorang guru bagi memastikan anak didik mendapat pendidikan yang sempurna seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu: "Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara." (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996; Sumber: Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman 2003)

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

11

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

Kesimpulannya, aspek-aspek ini perlu diterapkan dalam diri setiap guru untuk menempuh kerjaya sebagai pendidik memandangkan pelbagai cabaran yang ditempuhi pada masa kini. Terutamanya dalam aspek pembentukan sahsiah, sosial, keagamaan, rohani, jasmani dan intelektual pelajar. Di mana aspek ini dapat membentuk ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang pendidik yang berwibawa.

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

12

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

Rujukan
Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2003). "Falsafah Pendidikan dan Kuriku1um Tanjong Malim: Quantum Books, Ahmad Kamis, (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur: Kunipulan Budiman Sdn. Bhd. Amir Hassan Dawi (2002). "Penteorian Sosiologi dan Pendidikan". 2nd ed. Tanjcxg Malim : Quantum Books. Bayles, M.D. (1981). "Profesional Ethics". Callifornia : Wadsworth Publishing Co. Curry, L. (1993). "Educating Profesionals: Responding To New Expectations Fcw Competence And Accountability". San Francisco :Jossey_Bass Publisher. Ismail Noor (2004), "Pak Lah Kepimpinan Berteraskari Akauntabiliti", Selangor: Thinker's Library Sdn. Bhd. Kaufman, A. (1976). "Problems In Profesional Responsibility. Boston : Little Brown & Co. Martin, W.M. (1990). "WhistleBlowing : Profesionalisme, Personal Life And Shard Responsibility, Safety in Engineering. Bussiness and Profesional Ethics Jouroll 11:21-40. Mohd Janib Johari (J. "Etika Profesional" . Universiti Teknologi Malaysia; Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. (Nota Kuliah) Mok Soon Sang, (2002). UKELP Bahagian C Inventori Sahsiah Keguruan (3rd), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Moore, W. B. (1970). "The Profession: Roles and Rules". New York : Russel Saje Foundation Musgrave, P.W. (1972). "The Sociology Of Education". London: Butler & Tanner. Sahari Akim (j. "Meningkatkan Integriti Pengurusan Dan
PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU 13

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PTV

MBE 22603

Pentadbiran Perkhidmatan Awam". www.brunet.bn/news/Velita/18ogos/fokus.btm. (Tarikh Download : 21 Julai 2005) Tozer, S.E. et. al. (1998). "School and Society, Historical and Contempopaiy Perspectives". 3rd ed. USA: McGrawHill.

PROFESIONALISME, ETIKA DAN INTEGRITI GURU

14