Definisi Etika
Dalam perkataan yang paling ringkas, etika di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. la bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Etika juga adalah falsafah tingkah laku manusia dilihat dari aspek-aspek lahiriah dan batiniah. Untuk kefahaman yang lebih jelas tentang etika ia harus dibezakan dengan moral. Moral adalah ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan, lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar ia menjadi manusia yang baik. Etika adalah satu ilmu dan moral mengatakan bagaimana kita harus hidup manakala etika mengajukan tentang kenapa kita mesti ikut arahan moral itu. Salah satu ciri masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran agama, nilai-nilai kerohanian dan di dalamnya terdapat nilai dan etika yang murni serta tinggi. Inilah saranan dari YAB Dr. Mahathir dalam buku "The Way Forward". Kesimpulannya, etika adalah disiplin den peraturan yang menentukan semua perbuatan itu baik atau jahat.
1. Apakah kebaikan dan keburukan 2. Apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu perkara atau perbuatan itu baik atau buruk 3. Apakah motif, nilai atau aspek kejiwaan disebalik sesuatu perlakuan itu Menurut Perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains dan kajian terhadap sistem-sistem keimanan. kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku dengan objektif untuk mempraktikkannya bukan untuk kepentingan ilmu semata-mata; kajian terhadap tingkah-laku ini termasuklah tingkah laku yang perlu bagi manusia untuk berhubung dengan Allah, sesama manusia dan Alam semesta. Akhlak juga merupakan suatu kajian tentang bagaimana untuk membersihkanjiwa daripada akhlak-akhlak yang hina dan menghiaskan jiwa tersebut dengan akhlak-akhlak yang terpuji. Akhlak menurut pengertian Islam adalah meletakkan keimanan seseorang dalam bentuk praktis, sebagaimana ditegaskan dalam AL-Quran. Yang bermaksud : "Dan siapakah lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan diri kepada Allah sedang dia mengerjakan kebaikan".
Pembahagian Etika
Etika pada amnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian: a. Etika deskriptif b. Etika normative
Etika deskriptif
Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral. la akan menyatakan kepada kita apakah sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu atau oleh golongan-golongan tertentu. Etika deskriptif akan menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat berbagai-bagai sistem moral yang relatif. Seperti etika Kristian, Buddha, Yahudi, Islam, etika pada abad pertengahan, moden dan sebagainya. Tegasnya etika deskriptif akan menyatukan apakah bentuk atau karektor sebenar satu-satu sistem moral yang ada. la tidak akan membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap sistem-sistem moral tersebut.
Etika Normatif
Etika normatif akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. la juga akan menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik dan sepatutnya, bukan undang-undang moral yang telah sedia ada dan diterima. Dengan kata lain, etika normatif akan mengemukakan sistem moral standard dengan berpandukan sistem yang sedia ada . Etika normatif akan menyedarkan kita bahawa nilai-nilai moral tidak semuanya berbentuk dalam konteks berubah mengikut perubahan budaya manusia, tetap juga nilai-nilai moral yang tetap sesuai dengan keseluruhan perubahan situasi Nilai-nilai sebegini dinamakan nilai yang mutlak (ethical absolutism) yang dihubungkan dengan ajaran-ajaran agama.
kehidupan. Dalam pengurusan, nilai dan etika adalah sama penting walaupun nilai lahir lebih awal berbanding dengan etika.
Etika Perguruan
Etika ialah suatu sistem dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia yang menunjukkan etika itu telah mengikut adat dan kebiasaan yang diamalkan. Profesion keguruan pula, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai etikanya sendiri. Tiap-tiap orang guru dikehendaki mematuhi etika itu demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Di Malaysia, "Tatasusila Profesion Keguruan" yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan berikut, merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.
a. b.
c.
d.
e.
f.
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu setinggi-tingginya.
II.
Tanggangawab terhadap ibu bapa a. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. b. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. c. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. d. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. e. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. f. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara a. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakk kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. b. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orangorang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. c. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. d. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk -meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hani dengan baik.
IV.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan a. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. b. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. c. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. d. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan. e. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Jika norma-normanya sama dengan norma biasa bermakna tiada unsurunsur yang berbeza. Dengan ini dapat dikatakan bahawa ianya bukanlah satu bidang yang berasingan. Jika norma profesional adalah spesifikasi kepada norma-norma biasa, ini membawa maksud norma yang sama digunakan tapi diaplikasikan dalam situasi berbeza. Dalam kes ini bermaksud situasi yang dihadapi oleh profesional semasa melaksanakan tanggungawabnya. Misalnya, "seseorang itu tidak berbohong kepada seorang hakim" menurjukkan satu situasi di mana seseorang itu tidak sepatutnya berbohong. Keadaan yang sama juga boleh diaplikasikan kepada peguam dan bukan peguam. Walaupun seseorang itu ahli profesional, nilai yang sama patut juga dipatuhi. Pada kebiasaannya, gambaran sesuatu situasi itu secara jelas merujuk kepada peranan profesional. Misalnya, kenyataan yang berbunyi "seseorang itu tidak boleh membuat pembedahan tanpa persetujuan pesakit" dengan jelas merujuk kepada peranan doktor yang penn dibuat dalam melakukan pembedahan. Jika gambaran situasi jelas merujuk kepada peranan profesional atau dengan jelas mengenal pasti orang itu sebagai profesional, norma-norma itu adalah berkaitan secara fungsinya dengan norma-norma biasa. tanya menjadi begitu kerana fungsi atau peranan profesional diambilkira dalam mengenal pasti dan mengaplikasikan norma-norma itu. Norma-norma itu
selalunya menentukan ciri-ciri orang yang akan menggunakannya dan situasi yang selalu dihadapi oleh profesional.
Pada umumnya, nilai profesional merujuk kepada obligasi. Obligasi digunakan sebagai satu cara untuk menentukan satu-satu nilai iaitu apa yang betul atau yang salah untuk dilakukan. Walau bagaimanapun, sesetengah nilai itu tidak rnenggambarkan tentang keperluan atau obligasi tapi menggambarkan tentang persetujuan. Misalnya, seseorang profesional itu mungkin menolak klien yang dianggapnya telah melakukan sesuatu yang tidak beretika. Jelasnya tumpuan etika profesional ialah tentang apakah tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang profesionial; apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang. Nilai yang menggambarkan obligasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis laitu standard, prinsip dan peraturan.
Kebaikan ini mementingkan kebaikan yang akan diperolehi oleh klien dan masyarakat umum akibat daripada sesuatu tindakan. ii. Kebaikan Kepada Kumpulan Ciri ini penting bagi membolehkan seorang profesional menjalankan tugas secara berkesan bersama dengan orang lain. Aspek penting yang ditekankan termasuklah kerakansejawatan, bekerjasama, berkebolehan berkomunikasi secara berkesan dan menghormati undang-undang. Aspek kesetiaan terhadap majikan juga diambilkira iaitu taat dan setia sepenuhnya bagi pihak kepentingan majikan. Akhir sekali ialah aspek kepimpinan untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi kepada orang lain dalam mencapai satu-satu matlamat tertentu. iii. Kebaikan Kemahiran Ini menitikberatkan soal penguasaan amalan kemahiran dalam bidang profesion tertentu. Bentuk kebaikan yang ditekankan ialah tentang kecekapan, ketekunan dan kreativiti. Ciri-ciri keperibadian mulia ini juga mempunyai kaitan rapat dengan sifat integriti dan menghormati diri sendiri.
Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mill pendukung aliran utilitarianisme lakuan menekankan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap betul (beretika) jika dapat membawa akibat-akibat yang dihajati (diingini) iaitu yang membawa kebaikan. Kebaikan itu pula mestilah yang terbaik dan untuk seramai orang yang mungkin. Dengan lain perkataan, semua orang yang terlibat akibat daripada tindakan itu mesti diberi pertimbangan yang sama. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa penentuan tentang tindakan betul ialah proses memaksimumkan kebaikan. Utilitarianisme-lakuan pula lebih menekankan tentang tindakan individu dan bukannya peraturan umum. Ungkapan seperti, "Tepatilah janji", "Jangan menipu' dan "Jangan ambil rasuah" adalah sebagai satu panduan umum sahaja. Bila-bila masa sahaja, halangan ini boleh dilanggar kalau ianya boleh mendatangkan akibat yang "baik". Aliran kedua dalam utilitarinisme ialah utilitarianisme-aturan yang didukung oleh Richard Brandt. Menurutnya jika seseorang bertindak mengikut peraturan-peraturan yang ada pasti akan menghasilkan kebaikan yang terbaik untuk ramai orang. Jelasnya tindakan individu itu dianggap betul kalau selari dengan peraturan yang ada. Oleh itu kita sepatutnya memenuhi atau menepati janji dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam rasuah walaupun tindakan itu akan mendatangkan akibat baik pada situasi tertentu.
Teori Wajiban
Teori ini diasaskan oleh seorang ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804) dan disebut juga sebagai teori deontologis (bukan akibat). Asas pemikiran teori ini ialah tanggungjawab dan bukannya akibat baik. Mengikutnya, melakukan tindakan yang betul seperti sentiasa jujur, memenuhi janji, tidak menganiaya orang, berlaku adil, bersimpati dan lain-lain adalah satu senarai tanggungjawab yang perlu dilakukan. Konsep "tanggungjawab" itu tidak terikat dengan konsep kebaikan dan tindakan yang betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang akan dihasilkan. Sebaliknya, yang menentukan sama ada satu-satu tindakan itu betul atau tidak ialah sikap seseorang yang komited atau tindakan yang dikehendaki oleh ajaran agama. Oleh itu, semua orang mestilah bertindak bukan hanya mengikut tanggungjawab yang telah ditentukan, tapi mestilah kerana tanggungjawab tersebut.
Teori wajiban juga punyai kelemahan yang dapat digambarkan berdasarkan persoalan-persoalan berikut: i. Bolehkah kita mengenepikan lansung akibat-akibat daripada satusatu tindakan dalam menentukan satu sistem etika yang berkesan? ii. Apakah faedahnya suatu sistem etika itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain atau kedua-duanya sekali? Apa gunanya mengamalkan satu sistem etika yang begitu ketat sedangkan ianya tidak boleh membawa kebaikan pada situasisituasi tertentu?
iii.
Bila diteliti secara mendalam dapat dikenal pasti kelemahan-kelemahan teori ini. Pertama ialah kesukaran menentukan seberapa banyak yang boleh tentang akibat daripada satu-satu tindakan yang kita lakukan itu. Kedua, kita juga menghadapi kesukaran untuk menilai semua akibat tersebut kerana tidak dapat meninjau ke satu jangka masa yang lebih jauh ke depan. Ketiga, kita tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menentukan dan menilai tentang apa akibat yang paling baik untuk diri kita dan apatah lagi untuk orang lain.
Sementara itu Melden membawa versi yang kedua bagi teori ini disebut sebagai Hak Kebajikan. Menurutnya, tanggungjawab moral ialah kemampuan menunjukkan keperihatinan terhadap orang lain dan sifat kepertanggungjawaban dalam masyarakat. Pandangan ini selalu dikaitkan dengan konsep, hak kebajikan yang positif iaitu hak faedah masyarakat yang diperlukan untuk hidup yang selesa dan sejahtera.
ii.
iii.
iv. v.
vi.
Keselamatan awam akibat daripada produk dan projek yang dibuat. Setiap teori mempunyai justifikasi tentang obligasi ini. Utilitarianisme menegaskan agar seseorang itu bertindak dalam satu keadaan tertentu untuk memaksimumkan akibat baik kepada semua hasil daripada produk dan projek kejuruteraan yang dibuat. Teori wajiban pun menekankan bahawa mernastikan keselamatan adalah sebagai satu tanggungjawab yang tidak boleh dipersoalkan. Sementara teori hak menyatakan bahawa obligasi keselamatan bagi seoarang jurutera adalah berdasarkan kepada keperluan seorang profesional yang perlu menghormati hak etika kepada mereka yang terlibat dengan kerja-kerja yang dilakukannya. Penekanan tidak mendatangkan kecelakaan kepada orang lain asas andaian teori ini.