Anda di halaman 1dari 13

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SIDANG 2012/2013 HSM 216 : SEJARAH POLITIK MALAYSIA SEHINGGA AWAL ABD KE-20

'Kaji peristiwa penting imperialisme British sejak 1824 sehingga campurtangan rasmi 1874. Berdasarkan kajian ini nilaikan kedudukan British sebagai kuasa tunggal di semenanjung Tanah Melayu dan kedudukan Kesultanan Melayu dalam tempoh tersebut.'

NAMA : MUHAMAD SYUKRI BIN SHAFIAI NO MATRIK : 113313 TUTORIAL : SELASA (11-12TH) TARIKH TUGASAN : 17 MEI 2013 PENSYARAH : PROF MADYA DATIN DR MAHANI MUSA

Mengikut teori Marxis imperialisme digunakan untuk menerangkan kehidupan ekonomi kapitalis dan mewujudkan perbezaan yang besar dalam tahap pembangunan ekonomi antara bekas kuasa kolonial dengan negara jajahan mereka.1 Imperialisme British terhadap kepulauan Melayu didorong oleh kepentingan ekonomi iaitu keinginan British untuk mengembangkan lagi perekonomiannya terutamnya di timur. Lanjutan dari faktor Revolusi Industri mereka mula meneroka, mencari pangkalan dan tapak bagi mengekploitasi bahan mentah serta menjadikan tempat bagi memasarkan hasil industri mereka. Oleh itu, British bercita-cita untuk menguasai perdagangan di kepulauan Melayu iaitu memonopoli keluaran barangan eksport dan menguasai jalan berdagangan antara China dan India. Pada ketika itu Tanah Melayu merupakan pembekal bahan mentah utama terutamanya rempah-ratus dan bahan galian seperti bijih timah yang menjadi keperluan bagi British untuk menampung Revolusi Perindustrian yang berlaku di negara-negara barat termasuk di

England. Justeru itu mereka berminat untuk menakluki Tanah Melayu dan meluaskan pengaruh kekuasaan mereka serta akhirnya mengukuhkan kedudukan British sebagai kuasa tunggal di semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan awal British dikatakan menggunakan dasar tidak campurtangan dengan tujuan mahu menjaga kepentingan British. Sikap British yang cuba berbaik-baik dan berdiplomasi telah mengaburi mata Sultan dan rakyat untuk berkerjasama. Pada mulanya, atas dasar ekonomi secara tidak langsung sedikit demi sedikit British telah mula mencampuri dan terlibat dalam urusan politik tempatan.2 Mereka berselindung disebalik sikap cakna terhadap masyarakat tempatan dan dianggap penyelamat dari huru-hara pergolakan politik

Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor : Fajar Bakti. 2001. hlm 156.

Haji Buyong Bin Adil, Perjuagan Orang Melayu Menentang Penjajahan , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm152.

tempatan. British juga menganggap kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah untuk mentamadunkan masyarakat tempatan daripada kemunduran. Hal ini telah menarik perhatian masyarakat tempatan khususnya Sultan dan para pembesar untuk berbaik dan berkerjasama dengan British. Oleh itu, secara tidak langsung dengan bantuan British, penduduk tempatan telah termakan budi dengan British sebagai balasan mahu tidak mahu British akan campur tangan di Tanah Melayu. Perjanjian Inggeris-Belanda (1824) Di Hindia Timur hubungan Inggeris dan Belanda dingin kerana dasar perdagangan masingmasing berlainan dan bertentangan. Hal ini berlaku apabila dasar monopoli perdagangan yang diamalkan oleh Belanda ditentang oleh Inggeris yang mahukan hak dan kebebasan untuk berdagang.3 Jika kita teliti kembali hubungan kedua-dua negara ini di barat sangat berbeza kerana di barat mereka begitu akrab atas dasar keselamatan dan pertahanan dengan menjalinkan hubungan diplomasi. Sebaliknya di timur mereka sering berselisihan dan bermusuh bagi mendapatkan wilayah dan pengaruhnya disana. Hubungan British dan Belanda di Hindia Timur bertambah dingin apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai di Ambon, faktor kemajuan Singapura dan masalah kewangan yang dialami oleh Belanda mendorong termetrainya perjanjian. Atas dasar persahabatan dan bagi menyelesaikan pertikaian kedua-dua negara telah bersetuju menandatangani persetiaan London atau lebih dikenali sebagai Perjanjian Inggeris Belanda pada 17 Mac 1824. Dari satu sudut, kesan dari perjanjian ini British mengalami kerugian kerana terpaksa melepaskan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga kehilangan satu peluang untuk meluaskan empayarnya di Hindia Timur

Othman Shariff, Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden , Kuala Lumpur : Adabi, 1979, hlm 125.

dengan mengekalkan Melaka dan Jawa.4 Namun British perlu sedar bahawa mereka telah dapat satu permata yang lebih berharga iaitu Singapura pada ketika itu. Dasar perdagangan bebas yang diamalkan oleh British memberi limpahan dan pulangan kemakmuran ekonomi kepada mereka. Perjanjian ini membuka peluang dan ruang bagi pihak British untuk mengintai bagi meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu dengan bebas tanpa gangguan mana-mana pihak mahupun kuasa barat yang lain. Pemulangan Melaka kepada British membolehkan kuasa barat ini mengukuhkan lagi kuasa tunggalnya di Tanah Melayu dengan penubuhan NegeriNegeri Selat yang menggabungkan Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi satu entiti pentadbiran yang seragam. Masalah timbul selepas perjanjian apabila Belanda terus mengenakan cukai yang tinggi dan memonopoli perdagangan. Hal ini bertentangan dengan dasar perdagangan bebas yang diamalkan oleh British. Tambahan pula pertikaian isu pensempadanan timbul apabila tafsiran berbeza-beza antara British dan Belanda seperti ayat dalam perjanjian 'seberang pulau di selatan Selat Singapura' mengakibatkan perselisihan masih berlaku.5 Walaupun British menganggap mereka sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu, sikap berhati-hati dalam menjaga sensitiviti hubungan dari perjanjian ini perlu dijaga dan dihormati. Bagi saya tidak menjadi kekangan buat British untuk meneruskan pengaruhnya ke utara Tanah Melayu. Perjanjian Inggeris Belanda ini juga menyebabkan perpecahan Empayar Johor dan pembahagian Kesultanan Johor-Riau-Lingga menjadi dua wilayah iaitu Johor dibawah pengaruh Inggeris dan Riau-Lingga berada dibawah pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman telah diistiharkan menjadi raja Riau-Lingga dengan gelaran Sultan Abdul Rahman

4 5

Othman Shariff, Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden , Kuala Lumpur : Adabi, 1979, hlm 127. Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor : Fajar Bakti, 2001. hlm174.

Muazzam Shah. Raffles telah mengiktiraf Raja Hussain, putera Sultan Mahmud sebagai pewaris yang sah di Johor dan memerintah di Singapura dan juga Johor.6 Kesan dari pembahagian ini ialah wilayah jajahan takluk Sultan semakin mengecil dan terhad bukan sahaja dari sudut sempadan geografi malah bidang kuasa Sultan yang turut terhakis. Limitasi kuasa yang ada pada Sultan menyebabkan Sultan pada ketika itu dianggap boneka atau hanya tinggal nama mahupun simbul kepada Alam Melayu itu sendiri. Persoalan yang timbul ialah bagaimana nasib raja-raja Melayu ketika itu ditentukan oleh bangsa Eropah dan suara Sultan tidak diendahkan buktinya Sultan tidak diajak untuk berunding tentang pembahagian wilayah ini. Kerajaan Riau-Johor tidak dapat lagi campurtangan dalam urusan Pahang tanpa menimbulkan kegusaran kusa-kuasa Eropah, bahkan sekarang Bendahara boleh bertindak sebagai raja yang merdeka.7 Bendahara Ali menyedari pembahagian wilayah dalam perjanjian ini sebagai peluang untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dengan disokong oleh membesar-membesar Pahang. Pengisytiharan ini membolehkan baginda membina wilayah autonominya disana. Perjanjian Burney (1826) Hubungan British dengan negeri-negeri di utara sudah bermula sejak pengambilan Pulau Pinang lagi. Bagi menjaga kepentingan dan melindungi perdagangan British perkaraperkara yang berbangkit perlu diselesaikan seperti masalah perdagangan, pembahagian takhta di Kedah, kedudukan negeri-negeri utara seperti Perak, Kelantan , Terengganu serta hubungan persahabatan antara British dan Siam. Perjanjian Burney merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh Siam dengan kuasa Barat pada tahun 1826 dan menjadi asas kepada perhubungan British dengan Siam. Dengan ini British lebih mudah meluaskan

6
7

Andaya, Barbara Watson & Leonard Y, Sejarah Malaysia, Basingstoke: Palgrave, 2001, hlm128. Andaya, Barbara Watson & Leonard Y, Sejarah Malaysia, Basingstoke: Palgrave, 2001, hlm 143.

pengaruhnya demi kepentingan ekonominya. British juga akhirnya berjaya menekan dan menghadkan perluasan pengaruh Siam di utara. Perjanjian Burney telah menandakan pensempadanan geografi selatan wilayahwilayah Siam di semenanjung Tanah Melayu. Melalui perjanjian tersebut British juga telah menyekat kemaraan pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini juga telah melindungi kepentingan perdagangan British di negeri-negeri Melayu Utara. Kerajaan Siam berjanji tidak akan menghalang atau menganggu perdagangan negeri-negeri di Kelantan dan Terengganu. Perjanjian Burney mengukuhkan hubungan baik antara British dan Siam, namun disebalik perjanjian tersebut pencerobohan Siam ke atas Kelantan dan Terangganu masih berlaku dan bertambah. Manipulasi Burney telah mengecewakan Sultan Ahmad dan terpaksa memperakui ketuanan Siam ke atas Kedah. Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di negeri baginda sendiri iaitu di Kedah, juga tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. Sultan kemudiannya menetap di Melaka dan berusaha untuk mendapatkan takhtanya kembali di Kedah. Setelah pelbagai usaha melalui peperangan gagal, baginda berusaha mendapatkan Kedah dengan menggunakan kaedah diplomasi pula.8. Usaha baginda berjaya apabila tahun 1842 Siam bersetuju menerima Sultan kembali dan menarik keluar pegawai-pegawai Siam dari Kedah. Namun begitu, Kedah masih kekal di bawah pengaruh Siam dengan penghantaran bunga emas tiga tahun sekali. Walaupun memperoleh tahkta, baginda telah kehilangan negeri Perlis. Siam telah melanggar perjanjian dengan mencampuri hal berkaitan dengan Perak. Raja Ligor secara tidak langsung memaksa Perak mengikut telunjuk arahan Siam dan
8

Mohd Isa Othman, Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke20, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 1999, hlm22.

memaksa menghantar bunga emas sedangkan dalam perjanjian Perak tidak dihalang atau dipaksa untuk menhgantar ufti atau bunga emas ke Siam. Begitu juga dipantai timur apabila aduan dari pedagang kepada Gabenor NegeriNegeri Selat, Cavenagh supaya menghalau pengaruh Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga supaya berundur dari Terengganu. Sultan Mahmud yang mahu merampas takhta dari Sultan Omar akhirnya di serang oleh British. Angkatan tentera Siam dan Sultan Mahmud akhirnya berundur serta British berjaya menghalang pengaruh Siam dari merebak ke Pahang. Kedudukan Sultan Omar tidak tergugat walaupun baginda tidak mahu menerima petuanan Siam kerana faktor bantuan British disana. Perjanjian Low (1826) Terdapat ramai dalam kalangan peniaga-peniaga di Negeri-negeri Selat mahukan pengaruh Siam dihalang untuk membolehkan pengaruh Inggeris meluas terutamanya sekali di Perak. Di samping itu juga Perak mempunyai bahan mentah yang amat diperlukan oleh British iaitu bijih timah.9 Pertikaian mengenai hubungan British di Perak berkait rapat dengan syarat-syarat perjanjian Burney. Kedua-dua pihak iaitu Burney dan juga kerajaan Siam telah bersetuju mengiktiraf Perak sebagai sebuah negeri yang bebas. Siam juga berjanji tidak akan campur tangan di dalam hal ehwal negeri Perak. Namun permasalahan timbul apabila Sultan Perak meminta bantuan dari Gabenor Pulau Pinang, Fullerton tentang Raja Ligor yang tidak menghormati perjanjian dan pertikaian ke atas kes pencerobohan lanun di kawasan Kuala Kurau.10 Tindakan Gabenor Fullerton yang menolong dan menghantar Kapten James Low bersama sebuah kapal pemedil serta 40 orang Sepoi telah menghancurkan tempat persembunyian Nakhoda Udin dan lanun-lanunnya. Kapten James Low yang anti kepada
9

Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873, Selangor : Fajar Bakti, 1984, hlm35. Othman Shariff, Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden , Kuala Lumpur : Adabi, 1979, hlm 206.

10

Siam mengambil kesempatan ini bagi meluaskan pengaruh British tanpa disedari Low telah melebihi kuasanya.11 Perjanjian Low ditandatangani di antara Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak dan Kapten James Low pada 18 oktober 1826. Syarat-syarat perjanjian telah meletakkan British sebagai pelindung kepada Perak daripada Siam. British berjaya menghalang Perak daripada mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar bunga emas ke siam dan negeri-negeri Melayu yang lain. British juga berjanji akan menolong Sultan menyingkirkan sesiapa sahaja yang memasuki Perak dengan tujuan politik atau seumpamanya yang boleh menjejaskan pentadbiran negeri. Disebalik kejayaan British dalam menghalang pengaruh Siam di Perak, British sebenarnya mendapat habuan dan faedah yang lebih besar dalam Perjanjian Low ini kerana potensi negeri Perak yang dikatakan mampu menjadi pusat perdagangan Bijih Timah dan pengkalan bagi menghancurkan lanun.12 Sebagai balasan, Sultan Perak akan menyerahkan kawasan Dinding, Pulau Pangkor dan lain-lain pulau berhampiran dengannya kepada British. Pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat menganggap pulau-pulau itu sebagai wilayah British walaupun perjanjian Low ini belum disahkan dan dirasmikan oleh pihak London.13 Perkara ini adalah satu percubaan untuk campur tangan dengan alasan mahu penghapuskan lanun-lanun. Namun begitu Perak telah kehilangan penguasaan ke atas daerah Dinding dan Pulau Pangkor. Selain itu, British juga dapat membina pangkalan bagi menguasai perdagangan Bijih Timah di Perak. Persoalanya adakah kedudukan Sultan Perak lebih selamat selepas British membantu

11
12

Rupert Emerson, Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1987, hlm119. Othman Shariff, Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur : Adabi, 1979.,hlm 207. Rupert Emerson, Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1987, hlm120.

13

menubuhkan pentadbiran bebas daripada Siam. Bantuan British ke atas Perak bukanlah dengan tangan kosong tetapi Perak sedikit demi sedikit perlu mengikuti nasihat dan telunjuk dari British. Penubuhan Negeri-Negeri Selat (1826) Keadaan di negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu ketika itu berada dalam keadaan tidak tenteram dan semakin bertambah buruk. Ditambah dengan pergelutan takhta warisan kesultanan, hak kawasan pungutan cukai, pergaduhan kongsi kelap dan lainlain. Ada kemungkinan yang nyata, akan berlakunya perpecahan dan dalam masa yang singkat akan timbul pula kekacauan dan peperangan di antara satu sama lain. Hal ini mengganggu gugat perdagangan saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat. Pada tahun 1872, Gabenor di Pejabat Tanah Jajahan iaitu Sir Harry Ord menjawab surat rayuan daripada Persatuan Perniagaan Singapura mengatakan bahawa sudah menjadi dasar Kerajaan British tidak akan campur tangan di Semenanjung kecuali berkaitan lanun dan hal ehwal rakyat British di sana.14 Atas desakan, akhirnya Gabenor Lord Kimberley dengan beransur-ansur telah mengubah dasar tidak campur tangan yang menjadi pegangannya tidak lama dulu. Akhirnya pada tahun 1873, Jeneral Sir Andrew Clarke memberi arahan yang lebih berani dan tegas. Menurut arahan itu, British tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal di negeri-negeri itu, tetapi adalah menjadi kewajibannya menggunakan pengaruh yang ada ke atasnya bagi menyelamatkan negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi itu dari terjerumus ke jurang kebinasaan.15 Penguasaan kepentingan British bermula dengan penubuhan tiga buah pelabuhan di Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Negeri-

14

Rupert Emerson, Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1987, hlm139. Rupert Emerson, Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1987, hlm142.

15

negeri ini disatukan menjadi satu unit pentadbiran. British mengambil kesempatan ini kerana Negeri-negeri Selat semakin penting sebagai pusat perdagangan.16 Perjanjian Pangkor (1874) Desakan dari saudagar-saudagar Inggeris tidak membuahkan hasil apabila Britain bertegas tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal negeri Perak. Namun mereka sedar akan kemungkinan mengeksploit kebimbangan di pihak London mengenai pencerohohan kuasa lain, khasnya Jerman masuk ke Semenanjung.17 Pada tahun 1873, Raja Muda Abdullah telah pergi ke Singapura menemui Gabenor Negeri-negeri Selat mengemukakan tuntutan hak untuk menjadi Sultan Perak tanpa pengetahuan Sultan Ismail dan Ngah Ibrahim. 18 Rundingan telah dilakukan dengan seorang saudagar Inggeris bernama W.H. Read berhubung tuntutan itu. Dalam peristiwa ini saya melihat Read cuba mengambil peluang dengan memujuk Raja Muda Abdullah untuk meminta Gabenor Sir Andrew Clarke menolong menyelesaikan masalah pergaduhan orang cina di Larut, perselisihan di antara anak-anak raja di negeri Perak serta meminta kerajaan Inggeris membantu dan mengajar tentang hal ehwal urus tadbir pemerintahan yang baik dengan menghantar seorang pegawai atau penasihat British ke negeri Perak. Ironinya, permintaan Raja Muda Abdullah secara tidak langsung telah membuka peluang British untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri Perak dan meluaskan pengaruhnya disana. Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alat kebesaran diraja semasa pertabalan Sultan
16

Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor : Fajar Bakti, 2001. hlm178. Andaya, Barbara Watson & Leonard Y, Sejarah Malaysia, Basingstoke: Palgrave, 2001, hlm 179.

17

18

Haji Buyong Bin Adil, Perjuagan Orang Melayu Menentang Penjajahan , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm154.

Abdullah. Baginda terpaksa berkorban untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Sultan Perak.19 Akhirnya perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, yang mengiktiraf Abdullah sebagai Sultan yang sah di negeri Perak. Namun, dengan nasihat Sultan Abdullah, Andrew Clarke bertindak memecat Raja Ismail yang ketika itu menjadi Raja di Hulu Perak. Tindakan pemecatan ini menunjukkan British sudah mula menunjukkan taringnya dalam mencampuri dan mengatur strategi dalam hal ehwal pentadbiran Perak.20 Perjanjian inilah yang membuka jalan dan menjadi sebagai suatu contoh bagi perluasan pengaruh British di Semenanjung.21 Melalui penghantaran wakil pegawai British atau Residen ini di negeri Perak jelas menunjukkan kuasa Sultan dan membesar-pembesar Melayu Perak telah terhakis dan luntur. Di dalam perjanjian Pangkor ada mengatakan bahawa Sultan bersedia menerima seorang Residen British sebagai penasihat. Nasihat Residen mesti diminta dan dipatuhi dalam semua perkara, kecuali hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu.22 Pengenalan sistem Residen menyebabkan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa politik mereka. Pada hakikatnya kuasa Residen sudah membatasi bidang kuasa Sultan. Hal ini demikian kerana sistem Residen yang dilaksanakan contohnya di Perak tidak dinyatakan panduan dan peraturan dalam tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan. Perjanjian Pangkor turut menandakan secara rasmi campur tangan British di negerinegeri Melayu. British dapat menyebarkan kuasanya ke negeri-negeri Melayu yang lain dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Tambahan pula, Perjanjian Pangkor membolehkan British menjadi kuasa Barat tunggal yang berhak mengeksploitasi
19

Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873, Selangor : Fajar Bakti, 1984, hlm183. Andaya, Barbara Watson & Leonard Y, Sejarah Malaysia, Basingstoke: Palgrave, 2001, hlm 179. Rupert Emerson, Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1987, hlm145. Othman Shariff, Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden , Kuala Lumpur : Adabi, 1979.,hlm 209.

20

21

22

sumber ekonomi Tanah Melayu seperti bijih timah. Potensi sumber asli di Perak memberi galakkan oleh kehadiran pedagang dan pelabur British. Kesimpulannya, dalam tempoh 50 tahun ini kita perlu melihat bahawa Tanah Melayu mengalami perubahan atau transisi berhadapan dengan kuasa-kuasa barat terutamanya British. Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 telah menjadi titik penting perluasan rasmi kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Kesannya Alam Melayu mengalami tekanan kuasa luar yang hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika kita teliti kembali tahuntahun sebelum 1874 lebih tertumpu dan bersifat politik iaitu berlaku huru hara serta pergelutan perebutan takhta dan pertuanan. Selepas itu, suku ketiga abad ke-19 menyaksikan perubahan dimana campur tangan British telah membawa perubahan ekonomi terutamnya.23 Kedudukan British sebagai kuasa tunggal di semenanjung Tanah Melayu telah menwujudkan pengenalan kepada sistem Residen yang menggantikan sistem pentadbiran tradisi dengan sistem birokrasi berbentuk barat yang menyediakan tapak asas bagi perkembangan ekonomi kapitalis. Disamping itu, kedudukan Kesultanan Melayu semakin terhakis oleh kemasukan British. Bidang kuasa Sultan hanya terhad kepada adat istiadat Melayu dan Agama Islam. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa untuk menentukan hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu dan ianya sedikit demi sedikit diganti serta diambil alih oleh British.

23

Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873, Selangor : Fajar Bakti, 1984, hlm262.

BIBLIOGRAFI Andaya, Barbara Watson & Leonard Y. 2001. Sejarah Malaysia, Basingstoke: Palgrave. Rupert Emerson . 1987. Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Haji Buyong Bin Adil. 1985. Perjuagan Orang Melayu Menentang Penjajahan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Othman Shariff. 1979. Latar Belakang & Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur : Adabi. Mohd Isa Othman. 1999. Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada Abad ke19 dan Awal Abad ke-20, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Khoo Kay Kim .1984. Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873, Selangor : Fajar Bakti. Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. 2001. Sejarah Malaysia, Selangor : Fajar Bakti.