Anda di halaman 1dari 4

MODEL DICK DAN CAREY (2001)

Pengasas model ini iaitu Dick dan Carey mengangap bahawa rekabentuk pengajaran sebagai sebuah sistem dan pembelajaran adalah sebuah proses yang sitematis. Kerja yang sistematis telah dinyatakan sebagai model pendekaan system oleh pencetus model ini. Dick, Carey menyatakan bahwa pendekatan sistem selalu terarah kepada sistem pengembangan pembelajaran. Model Dick dan Carey mengandungi 10 langkah yang utama iaitu analisis keperluan untuk menentukan tujuan, melakukan analisis pembelajaran, menganalisis pelajar dan persekitarannya, merumuskan tujuan khusus, mengembangkan instrumen penilaian

mengembangkan strategi pembelajaran, mengembangkan bahan pembelajaran, merancang dan mengembangkan penilaian formatif, merevisi pembelajaran, mengembangkan penilaian sumatif. Peringkat pertama dalam model Dick dan Carey ialah menganalisis keperluan bagi menentukan tujuan pengajaran dan pembelajaran. Peringkat ini dilakukan bagi menentukan apa yang diinginkan setelah sesi pembelajaran dilaksanakan. Menurut Dick dan Carey, tujuan pembelajaran adalah bagi menentukan apa yang dapat dilakukan oleh para pelajar setelah mengikuti pembelajaran di bilik darjah. Para guru harus mengenalpasti matlamat pengajaran terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran. Peringkat kedua di dalam model Dick dan Carey ialah melakukan analisis pengajaran. Setelah menganalisis tujuan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menentukan langkahlangkah yang perlu di lakukan untuk mencapai tujuan pembelajaran tersebut. Langkah terakhir dalam proses analisis pengajaran adalah menentukan keterampilan, pengetahuan, dan sikap yang disebut sebagai entry behaviour yang diperlukan oleh para pelajar.

Peringkat ke tiga di dalam model Dick dan Carey ini ialah menganalisis para pelajar dan persekitarannya. Dalam peringkat ini, guru akan melakukan analisis terhadap para pelajarnya melalui konteks dimana mereka belajar, dan bagaimana mereka dapat mencapai hasil pembelajaran. Antara ciri-ciri para pelajar yang di analisis ialah, yang mana lebih disukai, dan sikap-sikap ditentukan berdasarkan perwatakan pelajar. Guru seharusnya menganalisis latar belakang para pelajarnya sebaik mungkin bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peringkat ke empat di dalam model Dick dan Carey ialah menulis objektif prestasi kepada para pelajar. Guru harus menuliskan objektif yang khusus dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru haruslah menyebutkan tujuan, menyatakan keadaan atau syarat yang perlu ada dalam diri para pelajar mereka untuk menerima pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlulah menyebutkan kriteria yang digunakan untuk menilai perbuatan para pelajar yang dimaksudkan pada tujuan. Peringkat ke lima yang di nyatakan di dalam model Dick dan Carey ialah mengembangkan instrumen penilaian. Perkembangan instrument penilaian adalah berdasarkan tujuan pembelajaran yang tertulis bagi mengukur kemampuan para pelajar di dalam kelas. Penekanan utama berada pada hubungan yang tergambar dalam tujuan pembelajaran dengan untuk apa melakukan penilaian. Penilaian harus di lakukan bagi menentukan tahap pencapaian seseorang pelajar. Peringkat ke enam di dalam model Dick dan Carey ialah mengembangkan strategi pembelajaran. Strategi pembelajaran meliputi perkara-perkara seperti kegiatan prapembelajaran, penyampaian maklumat, latihan,pengujian dan mengikuti kegiatan selanjutnya. Terdapat beberapa prinsip di dalam pemilihan strategi pembelajaran seperti berdasarkan teori dan hasil

penelitian, perwatakan media pembelajaran yang digunakan, bahan pembelajaran, dan perwatakan para pelajar yang menerima pembelajaran. Peringkat ke tujuh di dalam model Dick dan Carey ialah mengembangkan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bahan sahaja, tetapi para guru seharusnya mempelbagaikan bahan pembelajaran mereka. Hal ini demikian kerana, ianya akan dapat mengelakkan para pelajar daripada menjadi bosan di dalam kelas. Bahan pembelajaran adalah seperti OHP, videotapes, format multimedia, dan web untuk pembelajaran jarak jauh. Peringkat ke lapan di dalam model Dick dan Carey ialah merancang dan mengembangkan penilaian formatif. Guru harus merancang penilaian formatif yang ingin di laksanakan di dalam kelas. Penilaian formatif yang ingin di lakukan haruslah bersesuaian dan mencakupi tahap para pelajar di dalam kelas. Pengembangan penilaian formatif dapat dilaksanakan melaui pelbagai cara. Ujian formatif boleh dilaksanakan dalam tiga bentuk yang utama iaitu ujian perseorangan, ujian berkelompom dan ujian lapangan. Peringkat ke sembilan di dalam model Dick dan Carey ialah Perkembangan penilaian sumatif. Penilaian sumatif adalah sebuah penilaian yang di laksanakan di akhir sesebuah kursus atau subjek. Guru seharusnya dapat merancang penilaian sumatif yang ingin di laksanakan keatas para pelajarnya. Perancangan penilaian sumatif harus dilakukan di awal kursus oleh seseorang guru supaya penilaian sumatif dapat di lakukan secara berkesan. Penilaian sumatif yang baik dapat menunjukkan prestasi pelajar di mana pelajar dapat memperoleh gred yang tinggi maka para pereka berjaya membina pengajaran berdasarkan keperluan pelajar, tetapi sebaliknya, apabila pelajar menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan dan memperoleh gred yang

rendah, para pereka perlu menambahbaik pembinaan pengajaran dan seiringkan keperluan pelajar dengan pengajaran. Peringkat ke sembilan di dalam model Dick dan Carey ialah merevisi pembelajaran. Data yang terkumpul melalui ujian formatif akan di gunakan di dalam peringkat ini untuk pengulangan proses pembelajaran bagi para pelajar yang tidak mampu mengusai isi pengajaran. Melalui proses pengulangan pembelajaran, pelajar yang lemah tidak akan ketinggalan di dalam pembelajaran. Guru akan melakukan pengulangan dalam pembelajaran bagi memastikan semua pelajar dapat menguasai pembelajaran yang sama.

Di sediakan oleh: Zainal Bin John 204553 Mohd Faizal Bin Mohd Othman 204809 Muhamad Faris Bin Muhamad Badaruddin 205258