Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN KUMPULAN 5 KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR Untuk memilih alat bantu mengajar yang

baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria- kriteria berikut : 1. Bahan bantu mengajar mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Objektif harus ditentukan dahulu, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Isi kandungannya

haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. 2. Bahan bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.Reka bentuk bahan bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. 3. Bahan bantu mengajar harus disediakan dengan kos yang rendah dan berpatutan sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah atau guru. Guru boleh menggunakan bahan terpakai untuk membuat alat bantu mengajar bagi menjimatkan kos. Sebagai contoh, semasa guru mengajar tajuk ` Alat Muzik Kebanggaan Kita `, guru membina alat-alat muzik menggunakan bahan terbuang seperti tin minuman dan straw minuman. 4. Bahan bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Saiz bahan perlulah sesuai dengan kelompok murid sama ada pengajaran secara kelaas atau individu dan bahan tersebut haruslah jelas supaya mudah untuk difahami. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid. 5. Bahan bantu mengajar haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

6. Bahan bantu mengajar haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 7. Bahan bantu mengajar mestilah mempunyai ketahanan iaitu boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang dan berulang kali. Selain itu, murid-murid boleh menggunakan bahan tersebut untuk belajar sendiri seperti CD-Interaktif.

1. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu 4.0. CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4.1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta

boleh mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. 4.2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan. 4.3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, muridmurid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru. 4.4 Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar itu denagn tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran. 4.5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. 4.6 Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteriakriteria yang telah dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan. 5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN

BAHAN - Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsipprinsip berikut : 5.1 Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar. 5.2 Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan. 5.3 Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah dirancang. 5.4 Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.

KRITERIA PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Prinsip-Prinsip Pemilihan Bahan a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya. b) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahanbahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu. c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan

satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri. d) Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkaraperkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya. e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.

f) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai