Anda di halaman 1dari 15

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

1.0

Pengenalan

Kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung kepada sistem dan jentera pentadbiran kerajaan itu sendiri. Kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara Malaysia pada 31 Ogos 1957 merupakan saksi kepada peralihan kuasa iaitu dari kuasa penjajah kepada kuasa yang dipegang oleh anak tempatan semula. Namun begitu, dari segi struktur pentadbiran kerajaan British masih digunapakai dalam sistem pentadbiran Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pentadbiran di Malaysia adalah berasaskan demokrasi berparlimen iaitu melalui pemilihan pemimpin oleh rakyat berdasarkan undi majoriti melalui pilihanraya umum setiap 5 tahun sekali dan Sistem Raja Berpelembagaan iaitu yang diketuai oleh DYM Yang Di Pertuan Agong. Kuasa DYM Yang Di Pertuan Agong adalah tertaluk kepada apa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan dan kuasa yang dipegang merupakan perlantikan secara bergilir-gilir dan tidak secara warisan bagi memastikan keadilan dalam pentadbiran negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang mengandungi tiga peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat kerajaan memainkan peranan masing-masing dalam menjana ekonomi negara di samping memastikan kemakmuran dan keamanan negara terjamin.

2.0

Sejarah Perkembangan Pentadbiran Kewangan di Malaysia

Latar belakang pentadbiran kewangan di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga tempoh iaitu sebelum kedatangan Inggeris, semasa pemerintahan Inggeris, dan selepas mencapai kemerdekaan. Setiap tempoh mengandungi peristiwa penting dan memberi kesan kepada adanya Malaysia pada hari ini. Pada tempoh pertama iaitu sebelum kedatangan Inggeris, pentadbiran kewangan hanya wujud dalam konteks pemerintahan kerajaan melayu seperti Melaka. Aktiviti perdagangan antarabangsa yang berkembang pesat di Melaka telah mewujudkan jawatan seperti Penghulu Bendahari, pengutipan cukai-cukai tempatan yang merupakan perkara asas dalam pentadbiran kewangan kerajaan.

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Setelah kedatangan Inggeris, pentadbiran kewangan di kerajaan Melayu pada ketika itu dilihat sebagai berpusat dengan model kerajaan British. Semasa era penjajahan Inggeris tersebut, beberapa enakmen, jawatankuasa dan perintah telah dikeluarkan bagi menggariskan asas pentadbiran kewangan kerajaan yang moden. Contohnya, pengenalan Perintah Am Kewangan merupakan perkara penting yang berlaku semasa tempoh tersebut dan terus diamalkan sehingga ke hari ini. Pentadbiran kewangan selepas kemerdekaan dicapai disifatkan sebagai zaman pembaharuan kepada pentadbiran kewangan. Ianya boleh dilihat apabila kerajaan telah memperkenalkan komponen perbelanjaan pembangunan disamping perbelanjaan bekalan dan beberapa sistem belanjawan yang penting mula diwujudkan dan sentiasa ditambahbaik bagi memastikan pengurusan perbelanjaan tahunan kerajaan stabil.

3.0

Dasar Kewangan (Fiskal) Negara

Terdapat beberapa dasar yang sering dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dasar fiskal, dasar kewangan, kawalan langsung dan dasar sebelah penawaran. Kerajaan mempengaruhi dalam kegiatan ekonomi negara dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan menstabilkan kedudukan ekonomi negara (INTAN 1991:661). Perbendaharaan Malaysia telah diamanahkan untuk menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dasar ini diwujudkan untuk mengatasi masalah ekonomi yang paling utama iaitu inflasi atau pengangguran. Dasar fiskal ialah dasar perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai demi mengatasi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Kesan dasar fiskal menjadi lengkap melaksanakan dasar kewangan yang selaras dengan apabila bank pusat tujuannya pada masa yang sama.

Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu pemantap automatik dan dasar budi bicara. Pemantap automatik adalah alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi secara automatik (Lai Mooi Chang, 2001). Terdapat beberapa jenis pemantap automatik iaitu pengenaan cukai, bayaran pindahan kerajaan dan dasar harga maksimum-minimum. Semasa keadaan ekonomi melambung, pendapatan masyarakat akan meningkat dan seterusnya permintaan agregat juga meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan harga umum, pengenaan cukai pendapatan akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat.

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Serentak dengan itu juga dasar harga maksimum akan dilaksanakan bagi menghalang kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga maksimum. Ini akan mengakibatkan peningkatan permintaan agregat dapat dikurangkan dan kenaikan tingkat harga umum dapat dikecilkan. Dasar kewangan ialah langkah-langkah bank pusat untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar bunga dan mengubah penawaran wang dalam ekonomi demi mengatasi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Kesan dasar kewangan menjadi lengkap apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal yang selaras dengan tujuannya pada masa yang sama. Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu dasar kewangan kuantitatif dan kualitatif (Lai Mooi Chang, 2001). Dasar kewangan kuantitatif ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi penawaran wang dan kadar bunga manakala dasar kewangan kualitatif ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan. Pada masa inflasi iaitu kenaikan tingkat harga umum berterusan dan tidak terbatas, perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat. Maka pelaksanaan dasar kewangan menguncup yang menyebabkan pengurangan bekalan wang dan kenaikan kadar bunga dapat mengurangkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk mengurangkan inflasi. Manakala pada masa deflasi iaitu kadar pengangguran yang tinggi, perbelanjaan agregat kurang daripada penawaran agregat. Ini akan menyebabkan bank pusat melaksanakan dasar kewangan mengembang yang menyebabkan pertambahan bekalan wang dan kejatuhan kadar bunga dapat menambahkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk menggerakkan ekonomi negara seterusnya akan dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

4.0

Kepentingan Federalisme Fiskal

Setiap barang awam yang dibekalkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa politik, terutama dalam membuat keputusan untuk mendapatkan hasil dan membiayai barang awam. Kerajaan
3 194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

sesebuah negara akan mewujudkan satu struktur pentadbiran yang berperingkat mengikut pembahagian lokasi atau kawasan perundangan. Struktur pentadbiran kerajaan boleh disusun daripada saiz kuasa yang besar kepada yang lebih kecil, iaitu daripada kerajaan pusat, kemudiannya kerajaan negeri dan dan akhirnya dikecilkan lagi kepada kerajaan tempatan. Tiga fungsi utama setiap kerajaan ini ialah menjamin kecekapan penggunaan sumber, mewujudkan pengagihan pendapatan yang saksama, dan mengekalkan ekonomi pada tingkat guna tenaga yang tinggi dengan kestabilan harga yang munasabah. Analisis penyelarasan ini disebut sebagai federalisme fiskal. Melalui federalisme fiskal, kerajaan telah melaksanakan tiga fungsi ekonomi yang utama iaitu fungsi peruntukan, agihan, dan penstabilan. Dari segi ekonomi, federalisme fiskal dapat ditakrifkan sebagai "penentuan struktur optimum terhadap sektor awam dari segi penugasan tanggungjawab membuat keputusan tentang fungsi-fungsi yang ditentukan kepada wakilwakil kumpulan masyarakat mengikut kawasan geografi" (Oates 1972: 19). Ia mencadangkan garis panduan pembahagian yang sesuai terhadap fungsi-fungsi fiskal antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

5.0

Instrumen Fiskal

Instrumen fiskal merupakan alat fiskal yang bertindak sebagai pengimbang dalam pentadbiran belanjawan negara. Terdapat tiga fungsi belanjawan negara iaitu fungsi Peruntukan,fungsi Agihan dan Fungsi Penstabilan. 5.1 Fungsi Peruntukan

Dalam fungsi peruntukan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan boleh menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cekap. Kerajaan pusat hendaklah menyediakan barang dan perkhidmatan yang memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara, manakala kerajaan negeri pula dikehendaki menyediakan barang dan perkhidmatan awam yang faedahnya terhad kepada sekumpulan penduduk dalam kawasan tertentu. Contohnya, projek pertahanan negara, penyelidikan atom, taman teknologi, pembersihan alam sekitar, dan kawalan penggunaan dadah patut diusahakan oleh kerajaan pusat dan projek empangan air, kawalan banjir, lampu jalan

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

raya, dan bekalan hidroelektrik patut diusahakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Berdasarkan teori peruntukan sektor awam, barang dan perkhidmatan awam mesti disediakan oleh unit-unit pentadbiran tertentu mengikut saiz kawasan faedah barang itu, dan kos penyediannya dibiayai bersama oleh para pengguna di kawasan yang menerima faedah itu. Ini bererti jika faedah itu bersifat "tingkat tinggi", maka penyediaannya mesti ditugaskan kepada peringkat pentadbiran yang tinggi, begitu juga jika sebaliknya. Penglibatan kerajaan negeri atau tempatan dalam penyediaan barang dan perkhidmatan awam "tempatan" amat penting untuk mencapai kecekapan peruntukan. Ini kerana kerajaan negeri boleh menyediakan berbagai-bagai jenis dan tingkat output barang awam "tempatan" yang boleh memenuhi cita rasa dan keutamaan masyarakat yang berbeza, dan kos penyediaan barang tersebut akan dibiayai oleh masyarakat yang menikmati faedahnya. Misalnya, masyarakat yang mengutamakan taman rekreasi akan sanggup membiayai kos atau cukai untuk menikmati barang itu. Begitu juga dengan masyarakat lain yang mengutamakan bangunan sekolah atau klinik di kawasan mereka, akan sanggup membayar kos atau cukai untuk mendapat barang tersebut. Dengan cara ini, kecekapan peruntukan lebih mudah dicapai oleh kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat. 5.2 Fungsi Agihan

Fungsi Agihan dilaksanakan oleh kerajaan pusat akibat kurangnya keberkesanan untuk mencapai matlamat agihan oleh kerajaan negeri kurang. Ini berpunca dari golongan kaya dalam kawasan kerajaan negeri itu akan berpindah keluar ke kawasan jiran yang lain, manakala golongan miskin dari kawasan lain akan berhijrah masuk ke kawasan negeri yang mengamalkan program cukai-subsidi. Akibatnya, kawasan tersebut akan mempunyai golongan miskin yang rendah pendapatan per kapita mereka, manakala kawasan lain akan mempunyai golongan kaya yang tinggi pendapatan per kapita. Sungguhpun semua anggota dalam masyarakat, termasuk golongan kaya, menyokong langkah untuk menghapuskan kemiskinan melalui program cukai-subsidi, namun mereka masih memikirkan cara atau peluang untuk mengelakkan diri daripada menyertai program itu.

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

5.3

Fungsi Penstabilan

Fungsi ini hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara, terutamanya dalam mengekalkan tingkat guna tenaga yang tinggi pada tingkat kadar inflasi yang munasabah. Peranan ini dikaitkan dengan kuasa mutlak kerajaan pusat dari segi pengawalan saiz penawaran wang. Pengembangan penawaran wang yang cepat besar kemungkinan akan berlaku sekiranya kuasa ini diambil alih oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Minat untuk mencipta wang sendiri bagi pembiayaan projek awam akan wujud apabila keupayaan fiskal kerajaan negeri terhad. Kesan ini akan menyebabkan inflasi yang tinggi. Oleh itu, kawalan terhadap penawaran wang memang perlu dilakukan oleh kerajaan pusat. Jika kuasa mencipta wang hanya diserahkan kepada kerajaan pusat, ini bererti keupayaan kerajaan negeri untuk mengawal kestabilan ekonomi di kawasan masing-masing hanya bergantung pada dasar fiskal, iaitu dasar pencukaian dan perbelanjaan awam. Keberkesanan dasar ini untuk menstabilkan ekonomi dalam kawasan berkenaan sangatlah terhad disebabkan oleh keadaan ekonomi kerajaan negeri atau kerajaan tempatan secara umum sangatlah terbuka dalam kawasan pasaran negara yang penduduknya bebas melakukan pembelian barang dan perkhidmatan di luar kawasan itu tanpa sebarang sekatan di samping keupayaan fiskal yang terhad pasti akan mendorong kerajaan negeri atau kerajaan tempatan menggunakan dasar belanjawan defisit. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan iaitu jumlah pembiayaan telah meningkat dari RM43,275 juta pada tahun 2010 kepada RM45,481 juta sehingga Jun 2011. (Rujuk Lampiran 1)

6.0

Hasil Kerajaan Persekutuan

Hasil Kerajaan Persekutuan terbahagi kepada 4 kategori umum iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai, Terimaan Bukan Hasil dan Hasil daripada Wilayah Persekutuan. 6.1 Hasil Cukai merupakan hasil yang dikutip berdasarkan perundangan yang

diluluskan oleh Parlimen. Cukai boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk bayaran wajib yang dikenakan berdasarkan asas-asas tertentu ke atas pembayar cukai. Ianya termasuklah pendapatan, penggunaan, perbelanjaan, kekayaan dan juga urus niaga.

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Pihak yang bertanggungjawab untuk membayar cukai adalah terdiri daripada individu, syarikat, perusahaan, pengguna, pengeksport, pengimport, pengilang, penjudi dan pewaris. Hasil Cukai dikelaskan kepada dua iaitu Hasil Cukai Langsung dan Hasil Cukai Tidak Langsung. Hasil Cukai Langsung merupakan cukai yang dikenakan secara terus ke atas pendapatan atau kekayaan seseorang. Ia juga boleh dikenakan berdasarkan kaedah urus niaga yang mempunyai implikasi undang-undang seperti pemetraian perjanjian. Kelulusan dari Parlimen hendaklah diperolehi sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap cukai yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, cukai langsung adalah cukai yang ditanggung sendiri oleh pembayar cukai dan beban cukai tersebut tidak dapat dipindahkan kepada orang lain. Ia termasuklah hasil daripada: a. cukai pendapatan (individu, syarikat, petroleum, pegangan dan koperasi); b. duti setem; c. cukai keuntungan harta tanah; dan d. cukai aktiviti perniagaan Labuan. Hasil Cukai Tidak Langsung pula merupakan cukai yang dikenakan ke atas individu apabila mereka membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang dicukai. Ia dikenakan ke atas penjual, pengimport, pengeksport, pengilang atau pengusaha tetapi beban cukai ini boleh dipindahkan kepada pengguna atau pembeli melalui kenaikan harga. Pemindahan beban cukai ini berlaku apabila kita membeli sesuatu barang atau menggunakan perkhidmatan yang dikenakan cukai, kita membayar cukai tersebut melalui kenaikan harga barang atau perkhidmatan tersebut. Beban cukai jenis tidak langsung ini mungkin ditanggung kesemuanya oleh pihak yang dikenakan cukai, atau dialihkan keseluruhannya kepada pembeli ataupun dikongsi bersama oleh pihak yang dikenakan cukai dan pembeli barangan atau pengguna perkhidmatan tersebut. Antara contoh cukai tidak langsung ialah hasil daripada duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi. Cukai tidak langsung kebanyakannya dikutip oleh Jabatan kastam dan Eksais Diraja.
7 194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

6.2

Hasil Bukan Cukai

Kerajaan Persekutuan juga mendapat hasil melalui hasil bukan cukai. Hasil Bukan Cukai merupakan bayaran yang dikutip oleh kerajaan daripada perkhidmatanperkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk keperluan rakyat. Pembayar cukai hanya akan dikenakan bayaran apabila ingin mendapatkan kebenaran kerajaan bagi menjalankan sesuatu perniagaan atau perusahaan, atau apabila menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu. Antara sumber hasil bukan cukai yang diperolehi oleh kerajaan Persekutuan ialah : a. lesen dan permit (merangkumi semua bayaran yang dikenakan berhubung dengan pemberian hak kepada individu, perbadanan, perniagaan termasuk royalti daripada petroleum dan lain-lain perusahaan bagi tujuan kawalan atau peraturan dan lesen kenderaan bermotor); b. bayaran perkhidmatan (merangkumi terimaan bagi perkhidmatan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang awam); c. perolehan daripada jualan barang (merangkumi terimaan daripada jualan harta benda fizikal yang dimiliki oleh Kerajaan termasuk tanah, bangunan, peralatan pejabat, stor dan jualan barang pelbagai jenis untuk orang awam); d. sewaan; e. faedah dan perolehan daripada pelaburan (merangkumi faedah pinjaman yang diberi oleh Kerajaan, faedah bank, dividen yang diperoleh daripada bon atau saham dan perolehan daripada jualan pelaburan); f. Bayaran denda dan penalti; dan g. sumbangan dan bayaran ganti rugi/pampasan daripada dalam dan luar negara. 6.3 Terimaan Bukan Hasil ialah kutipan-kutipan tidak berasaskan sebarang akta

tetapi lebih merupakan kutipan-kutipan daripada punca-punca seperti: a. pulang balik perbelanjaan (merangkumi terimaan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan daripada tahun lepas, pulang balik gaji kerana perletakan jawatan dan pulang balik perbelanjaan latihan);

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

b. kredit antara jabatan (merangkumi pindahan dana di antara Kementerian atau Jabatan bagi perkhidmatan yang diberi di antara agensi Kerajaan); c. pulang balik bagi bayaran berlebihan atau kekhilafan bayaran dalam tahun fiskal yang lalu; d. bayaran balik; dan e. sumbangan daripada jabatan Kerajaan, badan berkanun atau syarikat milik Kerajaan. 6.4 Hasil daripada dua Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan

dan Kuala Lumpur memainkan peranan dalam pengutipan hasil seperti sebuah Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, hasil-hasil yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Kerajaan Persekutuan. Hasil yang didapati daripada kedua-dua wilayah terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai termasuk penerimaan daripada lesen dan permit, premium, cukai tanah, jualan aset, sewaan, bayaran perkhidmatan dan duti hiburan. Menurut sumber dari Kementerian Kewangan, iaitu data ekonomi berkenaan jumlah hasil kerajaan persekutuan telah meningkat sebanyak RM6,172 juta dari tahun 2010 hingga ke Jun 2011. (Rujuk Lampiran 2)

7.0

Hasil Kerajaan Negeri

Punca-punca hasil Kerajaan Negeri telah dinyatakan di dalam Bahagian 3 Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Malaysia. Hasil-hasil ini akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang dinamakan sebagai Kumpulan Wang Disatukan Bagi Negeri. Pada kebiasaannya, hasil-hsil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri kurang penting dan tidak membawa kepada jumlah cukai yang besar berbanding Kerajaan Persekutuan. Antara hasil Kerajaan Negeri ialah : a. Hasil dari cukai langsung seperti hasil daripada tanah, lombong dan hutan b. Hasil daripada cukai tidak langsung seperti duti hiburan

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

c. Hasil bukan cukai seperti hasil daripada lesen-lesen, selain daripada lesen yang berhubung dengan kereta-kereta uang digerakkan oleh jentera, pemasangan eletrik dan pendaftaran perniagaan; bayaran dalam Mahkamah, selain Mahkamah Persekutuan; dan bayaran dan penerimaan daripada perkhimatan tertentu yang telah dijalankan oleh Jabatan Jabatan Kerajaan Negeri d. Terimaan Bukan Hasil seperti pemberian atau geran daripada Kerajaan Persekutuan, sumbangan, sewaan, terimaan daripada jualan tanah dan harta negeri, zakat fitrah, baitulmal dan hasil agama Islam serta harta karun . Menurut Perlembagaan, Bahagian 5 Jadual 10 yang menetapkan bahawa hasil-hasil tambahan kepada negeri Sabah dan Sarawak seperti duti import dan duti eksais ke atas petroleum, royalti ke atas galian yang boleh dikenakan duti eksport, cukai-cukai jualan negeri, duti eksport ke atas keluaran kayu, bayaran dari pelabuhan selain pelabuhan Persekutuan dan beberapa hasil lain yang kurang penting.

8.0

Kawalan - Kawalan Kewangan

Kawalan - kawalan kewangan merupakan proses bagi memastikan kewangan negara ditadbir dan diurus dengan cekap, berkesan, dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Di Malaysia, pengurusan kewangan adalah dikawal melalui beberapa tahap tertentu antaranya ialah peruntukan perlembagaan, kawalan parlimen, kawalan eksekutif, dan kawalan pentadbiran. 8.1 Peruntukan Perlembagaan

Seperti yang telah diketahui, Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk menggubal undang-undang dalam Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan. Badan Perundangan bertanggungjawab untuk menjalankan pengawalan ke atas perbelanjaan Kerajaan melalui peruntukan-peruntukan Perlembagaan bahawa: (Arahan Perbendaharaan,ms 6) Segala hasil daripada apa-apa punca jua pun hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan(KWDS), dan tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat

10

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

daripada KWDS kecuali apabila peruntukan sebanyak yang ditetapkan bagi maksud-maksud yang tertentu telah dibenarkan oleh undang-undang; Apa-apa wang yang telah diuntukkan bagi sesuatu maksud yang khusus hendaklah diserah balik kepada KWDS sekiranya tidak dibelanjakan bagi maksud tersebut dalam tempoh yang dibenarkan baginya; dan Akaun awam hendaklah diperiksa oleh Ketua Audit Negara dan laporannya mestilah dibentangkan dalam Dewan Badan Perundangan yang berkenaan. 8.2 Kawalan Parlimen

Parlimen merupakan badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan memainkan peranan penting dalam membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen berhak meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen mengawal perbelanjaan negara melalui rancangan perbelanjaan setiap tahun yang dibentangkan dan diperdebatkan di Dewan Rakyat. Komitmen setiap agensi kerajaan akan disoal dan diselidik sebelum kelulusan peruntukan diberikan. Semasa peringkat ini juga, Ketua Audit Negara akan melaporkan laporan pengauditan beliau ke atas akaun awam sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam akan memeriksa laporan yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara tersebut. Hal ini menjelaskan dengan terperinci, bahawa setiap tindakan kakitangan awam tidak akan terlepas daripada pemeriksaan oleh pihak yang berkuasa. 8.3 Kawalan Perbendaharaan / Eksekutif

Perbendaharaan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan agar hal ehwal negara dijalankan dengan teratur dan berkesan. Perbendaharaan bertindak mengawal dengan lebih cermat atas setiap perbelanjaan semua jabatannya dan ke atas semua perkara mengenai tatacara kewangan dan perakaunan, termasuklah tatacara bagi memungut, menyimpan, dan membayar Wang Awam dan tatacara pembelian, penyimpanan, dan pelupusan Aset Awam. Kawalan Perbendaharaan juga melibatkan permohonan peruntukan daripada agensi awam bagi mengadakan sesuatu program. Perbendaharaan hanya akan menyalurkan peruntukan kepada agensi-agensi awam tersebut mengikut

11

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

jumlah yang telah diluluskan oleh badan perundangan dengan syarat mereka dikehendaki mengemukakan sebuah laporan perbelanjaan kepada Perbendaharaan. Perbendaharaan mengawal akauntabiliti agensi awam melalui penguatkuasaan prosedur dan amalan yang dikenakan ke atas agensi-agensi yang menerima wang rakyat. 8.4 Kawalan Kementerian/Jabatan/Pentadbiran

Kawalan yang dilaksanakan dalam setiap kementerian dan jabatan terletak di tangan seorang pegawai pengawal yang dilantik. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memastikan perjalanan kewangan organisasi mereka dibuat berdasarkan prinsip legaliti dan akauntabiliti serta menggunakan instrumen-instrumen akauntabiliti yang berkesan. Mereka dibenarkan untuk menurunkan kuasa tersebut ke peringkat bawahan tetapi beliau tidak dibenarkan untuk melepaskan amanah dan tanggungjawab asal yang diberi kepadanya.

9.0

Belanjawan Negara

Forecasting is a complex process. For example, a state may use a number of different analytical techniques and consult with a variety of policy makers, budgeters, finance officers, and economists to estimate individual revenue sources as well as to develop the final revenue forecast for the state. (Government Budget Forecasting Theory and Practise, page 29) Belanjawan Negara adalah satu pernyataan hasil dan anggaran perbelanjaan masa hadapan untuk perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat bagi satu-satu tahun kewangan tertentu negara. Terdapat dua kategori peranan belanjawan iaitu belanjawan sebagai alat dasar fiskal dan belanjawan sebagai alat pengurusan.

9.1 Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal Fungsi Peruntukan : Daripada peranan untuk menjaga keamanan/ ketenteraman/hasil kepada meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat; kemudahan infrastruktur; sekolah, klinik, jalanraya dll. Fungsi Agihan : Mengagihkan hasil dan perbelanjaan secara adil dan saksama mengikut keperluan; PPRT, subsidi bagi mengurangkan jurang ekonomi yang

12

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

berada dengan miskin; dasar percukaian progresif; dan pengagihan pendapatan dengan saksama. Fungsi penstabilan : Menstabilkan ekonomi melalui kawalan kenaikan harga; pengurangan penggangguran; peningkatan guna tenaga; peningkatan pertumbuhan ekonomi dan insentif pelaburan kepada swasta. 9.2 Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan Alat Mengurus Sumber Kewangan: Belanjawan mengandungi maklumat objektif negara yang ingin dicapai melalui strategi pemilihan aktiviti/projek yang bijak dan sesuai berpandukan peruntukan dan dibelanjakan mengikut perancangan yang telah disusun. Dokumen Belanjawan dan Kewangan: Belanjawan menetapkan peruntukan kepada agensi dibelanjakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan; maklumat dokumen belanjawan membantu pengurus mengawal kos dan penggunaan sumber bagi mengelak pembaziran iaitu membelanjakan wang ke atas perkaraperkara yang tidak menjadi keutamaan negara. Alat Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan : Pengukuran prestasi belanjawan dibuat melalui laporan dan maklumbalas yang disediakan berasaskan perancangan belanjawan; kecekapan penggunaan peruntukan yang telah diperuntukkan diukur daripada perbelanjaannya. Ini adalah bertujuan untuk menilai sama ada objektif organisasi tercapai atau sebaliknya. Sistem Belanjawan yang digunakan mempengaruhi keberkesanan dan kecekapan pengurusan sesuatu belanjawan. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah bijak bagi merangsang ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Ucapan Budget Tahun 2010 yang telah disampaikan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Negara iaitu: a) b) c) d) e) Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan dan Kewangan; Melaksanakan NKRA dan KPI; Memansuhkan garis panduan Jawatankuasa pelaburan Asing dan menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS); Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat termasuk Program

13

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

f)

Perumahan Rakyat dan infrastruktur luar Bandar; dan Melancarkan Amanah Saham 1Malaysia untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan pendapatan

Selain itu, bajet 2010 memberikan tumpuan kepada 3 strategi berikut: Pertama Kedua Ketiga Memacu negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi; Memastikan Pembangunan Holisitk dan Mapan; dan Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Malaysia telah melalui pengalaman dalam menguruskan belanjawan pada zaman yang berbeza-beza melalui beberapa sistem belanjawan sehinggalah ke sistem belanjawan yang telah diamalkan sekarang.

10.0

Implikasi Federalisme Fiskal

Pembahagian pelaksanaan fungsi fiskal sangat diperlukan memandangkan saiz pengagihan faedah daripada sesuatu barang dan perkhidmatan awam adalah berbeza. Sesetengah barang dan perkhidmatan awam mempunyai faedah untuk semua penduduk dalam negara (seperti pembersihan alam sekitar dan penyediaan perkhidmatan tentera), manakala sesetengah yang lain hanya memberi faedah untuk penduduk dalam kawasan tempatan tertentu (seperti pembinaan taman rekreasi dan sekolah). Fungsi fiskal yang memberikan kebajikan untuk semua penduduk dalam sesebuah negara hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan pusat, manakala fungsi fiskal yang memberikan kebaikan untuk segolongan penduduk hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan jika untuk ianya memberi faedah kepada golongan yang terhad. Pembahagian tanggungjawab ini dirasakan perlu supaya pembayar cukai barang dan perkhidmatan awam tertentu benar-benar dapat menikmati perkhidmatan itu dengan lebih adil. Ahli-ahli ekonomi telah mencadangkan bahawa fungsi penstabilan dan fungsi agihan hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat, manakala pelaksanaan fungsi peruntukan bergantung pada jenis barang dan perkhidmatan awam. Kerajaan pusat hendaklah menjalankan fungsi peruntukan ini jika barang dan perkhidmatan yang disediakan itu memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara, manakala fungsi peruntukan barang dan perkhidmatan awam yang lain hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.

14

194707

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

11.0

Kesimpulan

Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran sesebuah negara demi memastikan setiap peruntukan dan perbelanjaan negara diselia dan dikawal dengan cekap, berkesan dan mematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan menjadi garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran kewangan dalam membentuk negara Malaysia sebagai negara demokrasi. Maka, terdapat empat perkara penting dalam skop pentadbiran kewangan iaitu belanjawan, dasar kewangan(fiskal) negara, bidang kuasa kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan. Belanjawan adalah merujuk kepada anggaran perbelanjaan dan hasil, serta strategi-strategi yang bakal diambil oleh oleh negara dalam menghadapi suasana ekonomi semasa. Dasar Kewangan(Fiskal) Negara pula merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menstabilkan dan menghadapi masalah ekonomi. Bidang kuasa kewangan adalah had-had kuasa dan tanggungjawab badan dan institusi tertentu dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara. Dan kawalan-kawalan kewangan merupakan proses untuk memastikan supaya kewangan negara ditadbir dengan cekap, berkesan, adil dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Seperti matlamat kerajaan dalam Ucapan Bugdet 2010 pada 23 Oktober 2009 yang lalu, melalui strategi yang pertama iaitu Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Strategi ini menyenaraikan beberapa langkah utama iaitu antaranya dengan meningkatkan pelaburan swasta, menyediakan persekitaran mesra perniagaan, pelaksanaan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta(PPP), dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing.

15

194707

Anda mungkin juga menyukai