Anda di halaman 1dari 11

Soalan ; Pengadilan moral merupakan salah satu cara pentafsiran sejarah. Namun ia dipertikaikan oleh kebanyakan sejarahwan. Bincangkan?

Pendahuluan Pengadilan moral dalam sesuatu penulisan sejarah kadang-kadang tidak dapat dielakan. Namun unsur-unsur tersebut sedikit sebanyak membantu dalam membuat tafsiran dalam penulisan sejarah. Lantaran itu pengadilan moral dalam sejarah sering sekali menjadi perbahasan umum dalam kalangan para sejarahwan ketika menyajikan hasil penulisan dan pentafsiran sejarah sama ada wajar atau pun tidak wajar untuk menjatuhan moral kepada pelaku pelaku sejarah silam. Malah ia akan menjadi isu kontroversi yang berpanjangan dalam menghasilkan karya sejarah. Namun, persoalan ini pada kebiasaannya akan mempunyai segolongan ahli sejarah yang pro dan segolongan ahli sejarah yang kontra. Masing masing dengan hujah dan alasan untuk membenarkan pendapat mereka diterima oleh para pembaca serta penulis sejarah kemudian dari mereka. Melalui dua perspektif inilah membuatkan hasil karya sejarah itu menjadi hidup dan menarik untuk ditatapi dan dikaji. Di sini pula, saya akan mencuba membincangkan tentang pengadilan moral daripada dua pandangan iaitu pro dan kontra sebagai salah satu cara pentafsiran sejarah. Definisi Apa itu pengadilan moral? Menurut pendapat seorang sarjana iaitu Andrian Oldfield, beliau menegaskan dan mendefinisikan pengadilan moral sebagai: Pernyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan Kutukan. Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan tahab sama ada baik atau buruk. 1 Qasim Ahmad pula mendefinisikan pengadilan moral secara ringkas sebagai pelakuan pelakuan menjatuhkan hukuman, atau pun mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah dan / atau kepada seseorang pelaku sejarah. 2 Misalnya di dalam sesebuah tulisan seorang ahli sejarah ada menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, sultan negara Z zalim, masyarakat
1 2

Adrian Oldfield, Moral Judgement in history, History and theory, Jilid xx, bil 3, 1981, hlm.260. Qasim Ahmad, pengadilan moral dalamsejarah: Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat, Jilid xix, bil.6 ( Jun 1981 ), hlm. 54

pada masa lalu mundur, sistem politik itu tidak progresif dan sebagainya. Maka seseorang ahli sejarah telah pun menghukum atau membuat penilaian moral dalam konteks tersebut. Berdasarkan definisi di atas, penulis amat bersetuju dan berpendapat bahawa dalam penulisan dan pentafsiran sejarah, seseorang ahli sejarah tidak akan dapat membebaskan diri daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas kajian dan penulisansejarah yang ditulisnya. Ini disebabkan penyelidikan seseorang ahli sejarah adalah berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelakuan-pelakuan dan watakwatak manusia yang menentukan sesuatu peristiwa. Ditambah pula dengan pengalaman dan latar belakang penulis sendiri yang mempengaruhi hasil penulisan dan tafsiran sejarah yang diusahakan olehnya. Pengalaman dan latar belakang penulis itu amat mempengaruhi tafsiran serta penulisan karya sejarah oleh seorang penulis sebagaimana yang diterangkan oleh Muhd Yusof Ibrahim, seperti berikut: Kemampuan untuk berbuat demikian terletak pula kepada pengaruh yang membentuk pendirian dan pandangannya, yang diterimanya dari masyarakatnya, pelajarannya, pengalamannya, serta juga pemikirannya. Semua ini merupakan unsur unsur yang merupakn tenaga pengaruh dalam penulisannya.3 Implikasinya ialah tindakan tindakan atau perlakuan perlakuan manusia itulah yang membawa kesan kesan yang besar kepada masyarakat dan negara sama ada ia merupakan sesuatu yang menguntungkan, merugikan, berpihak, merbahaya, mengkritik ataupun sebaliknya. Pro dan Kontra dalam Pengadilan Moral Dalam pengkajian dan pengamatan mengenai pengadilan moral dalam sejarah maka kita akan temui dua golongan iaitu golaongan yang pro dan satu lagi golongan yang kontra dalam kes pengadilan moral dalam penulisan sejarah. Pertama, golongan ahli sejarah yang berpendapat bahawa pengadilan moral tidak wajar dlakukan kerana seseorang penulis itu tidak dapat menyelami dan mengetahui keadaan sebenar peristiwa sejarah itu berlaku. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Butterfiel iautu sarjana sejarah yang mewakili golongan pertama ini, yang mengatakan bahawa pengadilan moral tidak dianggap penting dalam penyiasatan
3

Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hlm.52.

sejarah kerana ketidakupayaan atau tidak mampunya ahli sejarah untuk melihat sesuatu peristiwa dari lubuk hati si pelaku. Ini menekankan bahawa, kami tidak mampu untuk melihat apa yang ada pada manusia lain merupakan faktor penting yang menghalang seseorang ahli sejarah itu untuk bersikap objektif dalam menjatuhkan hukuman moral.4 Hujah beliau ini tidak dinafikan memandangankan ia merupakan satu persoalan yang objektif. Malah timbul pula persoalan seperti mengapakan ahli sejarah perlu memikul tugas sebagai seorang hakim atau pengadil di dalam mahkamah sejarah dunia? Bukankah persoalan baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat dahulu tidak semestinya baik atau buruk dari kaca mata masyarakat hari ini? Ataupun adilkan seseorang ahli sejarah kotemporari menjatuhkan hukuman moral ke atas pelaku sejarah zaman silam? Bukankan nilai moral masyarakat dahulu amat berbeza dengan nilai moral masyarkat hari ini. Amat tidak wajar kita menghukum mereka berdasarkan pandangan hari ini. Walau bagaimanapun pada pendapat saya, hl ini dapat diatasi apabila kita dapat menentukan satu bentuk ukuran yang sejagat untuk menjatuhkan hukuman moral agar pengadilan moral yang dikenakan ke atas pelaku pelaku sejarah silam itu menjadi amat wajar dan diterima oleh pembaca. Penilaian moral amat penting dalam dunia hari ini, pandangan moral menurut kaca mata dahulu dngan sekarang sudah berubah kerana peredaran zaman. Mungkin dahulu suatu itu dianggap baik tetapi hari ini ia dianggap sesuatu yang ketinggalan zaman atau dahulu ia merupakan suatu perkara yang mudah diterima masyarakat namun hari ini ia sudah menjadi suatu yang amat asing sekali. Sebagai contoh kita lihat dari segi pakaian wanita Melayu, kalau dahulu bertudung atau berselindang merupakan pakaian yang semestinya dipakai untuk keluar rumah, namun hari ini memakai seluar atau gaya pakian yang simple atau tanpa tudung atau berskaf dianggap biasa dan tidak menghairankan. Ini adalah perbandingan penerimaan nilai moral antara masyarakat dahulu dan hari ini. Tetapi dari segi nilai agama ia tetap tidak dapat diterima. Begitulah juga dengan penulisan sejarah kalau kita menilai bernamun dasarkan kaca mata hari ini mungin dianggap boleh diterima namun kesalahan kesalahan yang dilakukan tetap dihukum oleh nilai moral dan agama sejagat. Kita boleh lihat peristiwa sejarah silam iaitu mengenai kisah Hang Tuan dengan Hang Jebat. Kisah kesetiaan Hang Tuah dianggap melulu. Manakala kisah penderhakaan Hang Jebat
4

Herbert Butterfield, Moraj Judgement in History, The Philosophy of History in Our Time, penyunting H. Meyerhoff, New York, 1959, hlm. 236.

yang dianggap wajar dengan situasi yang berlaku pada masa tersebut kerana membela kematian sahabatnya. Penilaian kaca mata hari ini, watak Hang Tuah amat tidak sesuai dengan budaya masyarakat hari ini kerana memberi kesetiaan yang dianggap melulu yang kadang kadang tidak masuk akal. Lain pula dengan Hang Jebat, kalau menurut pandangan masyarakat hari ini beliau dianggap hero kerana sanggup membahayakan diri untuk menuntut bela atas fitnah yang mengorbankan sahabat karibnya. Di sini sebagai seorang ahli sejarah, seharusnya memperlihatkan dengan jelas tindakan Hang Jebat adalah salah kerana telah melanggar undang undang negara dan nilai agama kerana mengamuk dan membunuh. Sekiranya ukuran nilai moral sejagat diguna dipakai maka tidak sukar untuk menjatuhkan hukuman moral ke atas Hang Jebat. Begitulah juga sebaliknya dengan kes Hang Tuah. Kedua, golongan pro yang mengatakan bahawa wajar pengadilan moral dilakukan oleh ahli sejarah seperti apa yang ditegaskan oleh Qasim Ahmad, si pelaku yang melakukan sesuatu kejahatan dari segi lahiriah atau secara luaran walaupun ia berhasrat baik atau suci, ia akan dihukum juga dalam mahkamah dan didakwa melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang undang dan moral. Beliau menambah bahawa: Tanpa menerima andaian bahawa manusia itu bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, pengadilan moral ke atas tindakan manusia adalah sesuatu yang tidak munasabah. Begitu jugalah pengadilan ke atas negara negara lain, malah kegiatan seluruh dunia, adalah tidak munasabah kalau kita tidak menerima andaian mengenai hubungan antara bangsa yang disebutkan itu.5 Ini menjelaskan kepada kita bahawa persoalan untuk memahami dari lubuk hati si pelaku, merupakan suatu masalah yang kecil sebagaimana yang disarankan oleh Butterfield kerana apabila ahli sejarah yang membuat sesuatu kajian, ia akan menjatuhkan hukuman moral berdasarkan kepada tindakan tindakan lahiriah si pelaku yang disokong oleh bukti bukti dan sumber sumber sejarah yang ditemui oleh beliau. Menurut Qasim Ahmad, tindakan lahiriah seseorang individu atau tokoh adalah bertanggungjawab terhadap tindakannya. Justeru itu, tindakan lahiriah ini akan menjadi pegangan seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral.6
5

Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan an Persoalan. Pengadilan Moral dalam kes Nazi Jerman, hlm.59. 6 Qasim Ahmad, Karya sejarah: Pendekatan dan persoalan. Pengadilan moral dalam kes Nazi Jerman, hlm.59.

Tindakan lahiriah biasanya dilakukan secara sedar atau disengajakan serta dirancang dengan rapi. Untuk menerangkan yang tindakan tindakan lahiriah yang menjadi titik tolak seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral, maka kita dapat perhatikan watak Panglima Nayan dalam buku yang ditulis oleh Mansor bin Abdullah yang berpendapat pengadilan moral amat wajar dilakukan oleh para sajarahwan. Maka dalam penulisan ini saya akan cuba memaparkan kewajaran pengadilan moral dalam pentafsiran sejarah. Tindakan Lahiriah sebagai Pengukur Pengadilan Moral Sarjana Mansor Abdullah menerangkan bagaimana watak Panglima Nayan yang berada di Kedah, telah menolong rakyat tempatan dengan cara mencuri harta orang kaya dan membahagi bahagikannya kepada orang miskin. Sebenarnya beliau mengatakan bahawa golongan tuan tanah atau orang kaya inilah yang telah melakukan pemerasan terhadap golongan rakyat miskin dengan cara mengeksploitasi tenaga rakyat bawahan untuk mengusahakan tanah tanah mereka tetapi sebaliknya keuntungan hanya dinikmati oleh golongan kaya sahja. Maka Panglima Nayan telah mengambil tindakan yang tersebut di atas tadi. Di sini Panglima Nayan telah digambarkan sebagai bandit sosial oleh Cheah Boon Kheng, dikatakan telah diberikan gelaran Panglima oleh rakyat kononnya, membela nasib rakyat malang. Mansor Abdullah menjelaskan lagi: Lihat harta harta ini semuanya harta pemerasan mereka ke atas orang orang miskin, dan sekarang orang miskinlah yang memilikinya.7 Beliau menambah lagi Menoleh memandang dengan penuh kejayaan sambil berkata: Memang benar dan hari ini juga kejayaan ini segera kita bahagikan mengikut kadarnya dan sebahagian daripadanya masa yang tertentu.8

7 8

Mansor Abdullah, Panglima Nayan, Sinaran Bros, Pulau Pinang, 1959, hlm. 22. Ibid.

Walaupun Panglima Nayan digelar sebagai seorang panglima, tetapi Mansor Abdullah dalam bukunya menjatuhkan pengadilan moral dengan mengatakan Panglima Nayan sebagai seorang penyamun yang kejam, berdasarkan kepada: Kerana mereka kenalkan saya dan Taukeh Ah Leng Pula cuba....Sebab itu maka mereka dibunuh.9 Sebagai ahli sejarah kita tidak boleh menjatuhkan pengadilan moral kepada Panglima Nayan? Mungkin bagi sesetengah ahli sejarah akan mengatakan tidak patut dan tidak harus dijatuhkan pengadilan moral terhadap tindakan merompak dan membunuh yang telah dilakukan oleh Panglima Nayan kerana kita harus meihat niat suci mereka yang melakukan tindakan tersebut semata mata untuk membantu golongan miskin. Maka tidak harus pengadilan moral dijatuhkan terhadap beliau. Tetapi sebagai seorang insan biasa wajarkan tindakan Panglima Nayan tersebut? Saya berpendapat bahawa walaupun niatnya amat suci namun tindakan lahiriahnya seperti mencuri dan membunuh dua orang kaya secara sewenang wenangnya patut dikutuk. Malah kalau kita perhatikan membunuh dan mencuri adalah sangat bercanggah dengan hukum moral dan agama serta nilai sejagat. Kita tidak boleh meletakkan undang undang dan hukuman ditangan sendiri. Lagipun matlamat suci tidak menghalalkan cara untuk memperolehinya. Maka adakah tidak tidak wajar bagi seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral terhadap Panglima Nayan yang terkutuk itu. Dengan kata lain, tindakan lahirian si pelaku atau individu yang mencetuskan sesuatu peristiwa menjadi kayu pengukur atau asas untuk menjatuhkan hukuman moral. Pengadilan Moral Berdasarkan Bukti dan Penyelidikan Sebagai seorang ahli sejarah maka sudah menjadi kewajipan baginya membuat penyelidikan berdasarkan bukti bukti yang ditemui. Daripada sumber sumber ini maka penulisan ahli sejarah akan berjalan lancar sehingga mencapai satu tahab untuk membuat satu keputusan atau keputusan. Sumber sumber sejarah boleh berbentuk lisan mahupun tulisan mahupun tinggalan artifak. Keadaan ini menjelas bahawa satu kejadian dan penyiasatan yang rapi serta teliti amat perlu dilakukan oleh seseorang ahli sejarah sebelum membuat sesuatu keputusan atau rumusan.
9

Ibid, hlm, 22.

Lanjutan dari itu, pada pendapat saya seseorang ahli sejarah tidak dapat bebas daripada terlepas atau bebas dari menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya. Ini adalah kerana penyelidikan atau kajian seseorang ahli sejarah adalah berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelaku pelaku atau watak watak manusia yang mencetuskan peristiwa tersebut ditambah pula dengan sokongan sumber sumber yang ditemui atau disandarkan oleh seorang ahli sejarah tadi. Hasil daripada ini, tindakan atau perlakuan manusia itulah yang membawa kesan yang besar kepada sesebuah negara atau masyarakat. Justeru itu dapat ditegaskan bahawa pengadilan moral tidak harus diketepikan dalam penulisan sejarah kerana sekurang kurangnya penulisan sejarah ini dapat memberi satu pedoman atau panduan serta pengajaran kepada kita untuk mewujudkan satu kehidupan yang lebih baik. Pada kebiasaannya sesuatu pengadilan moral hanya akan dijatuhkan pada hai, iaitu penghujung sesuatu kajian dan bukannya diawal kajian. Malah, ahli sejarah dalam penulisannya ada mengemukakan bukti bukti dan sumber sumber sejarah dengan teliti, atau dengan kata lain bukti atau sumber mestilah terlebih dahulu melalui proses saringan. Oleh sebab itu ahli sejarah boleh menjatuhkan hukuman moral diakhir penulisannya terhadap peristiwa sejarah yang ditulisnya. Istilah Melambangkan Pengadilan Moral Seterusnya, dalam penulisan sejarah penggunaan perkataan, ayat ayat mahupun frasa frasa, kadang kadang telahpun meletakkan atau mengambarkan nilai moral, seperti merogol, zalim, kejam, jahat, membunuh, banyak yang menderita dan sebagainya. Walaupun penulis akan mendakwa atau mungkin mendakwa ia bersikap berkecuali dalam penulisannya tetapi pada hakikatnya ia tidak akan terlepas daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas kajiannya. Sebagai satu contoh ingin saya petik dari penulisan Aron Shai, iaitu; Kemudian, diberitahu tentera udara Jepun menyerang penumpang penumpang kereta api di Wilayah Honan dan Hopei telah membunuh dan mencederakan 24 penduduk awam China10 Dari penulisn ini jelas menunjukkan bahawa tindakan ganas tentera udara Jepun ke atas orang orang awam di Wilayah Honan dan Hopei semasa peperangan Sino-Jepun. Walaupun penulis tidak menjelaskan pengadilan moral secara langsung
10

Aron Shai, Origin of the war in the east, Crobm Helm, London, 1976,hlm.20.

atas tindakan tentera udara Jepun tetapi impak daripada penggunaan perkataan tertentu dalam penulisannya menggambarkan dan memaparkan kekejaman serta keganasan tentera Jepun tersebut. Ini sudah cukup jelas bahawa kesan penggunaan perkataan tadi menyerupai dengan hukuman moral ke atas pelaku sejarah. Pengadilan Moral Sebagai Teladan dan Pengajaran Sejarah juga perlu dilihat sebagai alat pengajaran moral kepada pembaca khususnya masyarakat hari ini, agar peristiwa peristiwa masa lalu menjadi teladan dan iktibar. Hujah ini amat dipersetujui oleh Andrian Oldfield kerana beliau berhujah bahawa sebenarnya pengadilan moral adalah penting dalam penulisan sejaran dan merupakan sesuatu aspek yang tidak harus dilupakan begitu sahaja. Sebabnya kata beliau, pengadilan moral akan memberikan pengajaran moral kepada pembaca. 11 Di sini, saya akan cuba membentangkan satu contoh sejarah bagaimana ahli sejarah memberikan pengajaran moral kepada masyarakat dan menyedarkan mereka daripada kesilapan yang lepas dan sekiranya dilakukan kembali maka akan membawa padah atau kesan buruk kepada masyarakat dunia amnya. Kes yang hendak saya paparkan ialah mengenai pengeboman bom atom oleh Amerika ke atas bandaraya Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Sekumpulan pengkaji dari Persatuan The Pacific War Reseach dari Jepun menulis dan merakamkan bahawa: The Hiroshima Atomic Hospital reported that in the first six months of 1971, Thirty three patiens died there, twenty three of cencer. Up to mid 1971 the leukimia death rate among survivors was running at the over sixteen times the everage, and death from other form other of cencer at eight times the national average. The full genetic effect will not be know for three to four generation.12 Ini bermakna bahawa kesan nuklear yang dihadapi oleh mangsa mangsa bom atom semasa peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan melainkan selepas tiga atau empat generasi yang akan datng, terutama dalam aspek genetik manusia. Dengan ini kita boleh dan dapat membayangkan kesengsaraan perang nuklear semasa Perang Dunia Kedua. Ia kan menjadi suatu pengajaran dan iktibar kepada masyarakat dunia buat selama lamanya.
11 12

Andrian Oldfield,Moral judgement in history,hlm.274 276. The Pacific War reseach Sociaty, The day man lost, Kondansha International Limited, Tokyo,1972,hlm.294.

Pengadilan Moral Sebagai Benting Hak Asasi Manusia Selain daripada pedoman dan pengajaran kepada pembaca, sejarah juga bertanggungjawab memelihara hak asasi manusia sejagat. Persoalan hak asasi sejagat perlu dititik beratkan, ia juga disokong oleh sejarahwan R. Sunthara. Beliau berpendapat bahawa ukuran dalam penilaian ahli sejarah bukan sahaja berdasarkan kepada persoalan kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Ia juga melihat kepada pihak manakah yang menodai hak asasi manusia yang merupakan aspek penting yang harus diambil kira dalam penulisan sejarah. 13 Contoh yang amat ketara dalam kes yang melibatkan persoalan siapakah yang menodai hak asasi manusia sejagat dalam dua kes yang saya paparkan di atas tadi iaitu kes pengeboman di Jepun( bom atom ) dan serangan Amerika di Iraq. Kedua dua kes ini memperlihatkan penderitaan yang amat ketara ke atas rakyat Jepun dan Iraq yang tidak berdosa seperti wanita dan kanak kanak. Amat jelas wanita dan kanak kanak tidak terlibat langsung dalam peperangan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Di sini persoalan yang serupa akan timbul iaitu apkn wajar pengadilan moral dijatuhkan ke atas tindakan Amarika? Apa yang jelas sejarah mesti diutarakan dalam bentuk apa yang sebenarnya terjadi. Maka kalau itulah caranya sudah jelas tanpa perlu menekankan ayat pengadilan moral secara khusus ke atas tindakan Amarika Syarikat mengakibatkan kematian berjuta juta manusia yang tidak berdosa. Di sini dengan jelas manusia telah menjatuhkan pengadilan moral ke atas Amarika Syarikat yang telah menyebabkan kemusnahan ke atas kedua dua negara tadi. Kesan di sini dengan jelas Amarika Syaraikat dengan jelas melanggar hak asasi manusia di Jepun dan Iraq.

Kesimpulan Kesimpulannya, memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak seharusnya diketepikan dalam pentafsiran sejarah. Ini kerana seseorang ahli sejarah perlu memikul tanggungjawab tersebut. Ini berlaku apabila menggunakan sesuatu perkataan maka sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah berlaku sama ada secara
13

R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons. Kuala Lumpur, 1985,hlm.118.

sedar ataupun tidak sedar. Agak sukar agar tidak menggunakan perkataan membunuh, berperang, penindasan, rampasan, rogol dan sebagainya dipisahkan daripada penulisan dan pentafsiran sejarah. Seandainya dipisahkan juga maka penulisan itu pincang tanpa makna. Malah catatan sejarah yang dipaparkan akan menjadi amat mati dan kaku. Lantaran itu pengadilan moral merupakan antara unsur atau kaedah dalam melakukan penyelidikan bagi menghasilkan sesuatu penulisan sejarah yang baik. Mahu tidak mahu seseorang ahli sejarah harus membuat penilaian moral dalam penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro, anti atau neutral dalam persoalan pengadilan moral sudah pasti mengakibatkan rentetan sejarah seterusnya. Kalau ahli sejarah tidak mahu menjatuhkan pengadilan moral di atas sesuatu peristiwa sejarah, sudah tentu pembaca atau bukan ahli sejarah sudah pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Pokoknya, jalan keluar daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya tetapi memperlengkapkan lagi ahli sejarah dengan kemahiran yang berkait....14 Saya berpendapat sebagai seorang ahli sejarah, pengadilan moral dalam pentafsiran sejarah adalah tidak semestinya diketepikan begitu sahaja. Seandainya pentafsiran sejarah tidak dipaparkan tentang pengadilan moral akan menyebabkan paparan sejarah itu tidak bermakna dan tidak lengkap. Pembaca akan terasa digantung tanpa penghujungnya dan menjadi tidak menarik. Semestinya sesuatu pentafsiran sejarah tentang pengadilan moral harus dipaparkan supaya menjadi pengajaran kepada genarasi akan datang. Tanpa sejarah kehidupan kita tidak lengkap dan menyukarkan kita untuk maju kehadapan yang mana sejarah akan menjadi panduan kepada kita.

14

Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan persoalan. Pengadilan moral dalam kes Nazi Jerman, hlm.143.