Anda di halaman 1dari 16

PEMARKAHAN

PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


SMU 3023/TRM 3023

TUGASAN 2 KEPENTINGAN MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA ASHIRA BINTI KAMARUDDIN

NO MATRIK D20102042944

KUMPULAN: UPSI 06

NAMA PENSYARAH E-LEARNING: ANNIE A/P GORGEY

TARIKH SERAH: 2 MEI 2013

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 2


Ashira Kamaruddin-D20102042944

Kandungan Pendahuluan 1. Logaritma.. Kepentingan : i. ii. iii. Kejuruteraan Astronomi Pelayaran

Mukasurat 3 3

2. Trigonometri Kepentingan : i. ii. iii. Astronomi Geografi Seni bina

3. Geometri koordinat Kepentingan : i. ii. iii. Pengkomputeran Navigator Eksperimen Saintifik

4. Indeks Kepentingan : i. ii. iii. Ekonomi Meteorologi Perniagaan

10

5. Vektor Kepentingan : i. ii. iii. Sukan Pengangkutan Udara Pelayaran

13

Rumusan

15

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 3


Ashira Kamaruddin-D20102042944

Pendahuluan

Matematikmerupakan satu bidang pengetahuan yang menyeluruh dan sentiasa berubah isikandungannya , fungsi dan cara mempelajarinya.Ia merangkumi semua aspek kehidupan seperti membuat perhitungan , membuat penilaian dan membuat keputusan. Desakan untuk perubahan muncul daripada perkembangan dalam ilmu matematik sendiri , kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuanpenemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Bagi ahli matematik , matematik merupakan satu bahasa yang unik yang melibatkan komunkasi konsep-konsep melalui simbol.Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing, recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship. Menerusi penguasaan matematik , pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian. Manusia yang berjaya di dunia ini adalah berkat penguasan dalam bidang matematik.Penguasaan juga amat penting dalam mencipta alat-alat kelengkapan yang bakal digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan pengiraan dan penyukatan. Oleh itu , tanpa kebolehan dalam matematik , segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan. Berfikir secara matematik dapat membantu manusia membuat pertimbangan yang wajar sebelum memilih suatu jalan penyelesaian.

1.

Logaritma Logaritma adalah satu fungsi Matematik yang telah dirumuskan oleh John Napier , seorang ahli matematik berbangsa Scot, pada awal abad ke-17. Logaritma

bermaksud nombor nisbah.Ia bertujuan untuk membantu manusia membuat pengiraan mudah. Dengan menggunakan logaritma , masalah pendaraban dan pembahagian yang rumit dapat diselesaikan dengan mudah.Namun begitu , pada tahun 1614 , seorang Profesor Geometri , Henry Briggs telah menggunakan ciptaan Napier untuk membentuk satu sifir logaritma yang menggunakan asas sepuluh. Ciptaan logaritma membantu perkembangan yang pesat dalam bidang kejuruteraan , astronomi dan pelayaran.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 4


Ashira Kamaruddin-D20102042944

Kepentingan dalam kehidupan seharian : i. Kejuruteraan - Mengukur intensiti bunyi Desibel mengukur tekanan bunyi atau tekana elektrik ( voltan ) secara peringkat. Ia adalah satu unit logaritma yang menggambarkan nisbah dua kekuatan seperti dua tekanan bunyi yang berbeza , dua voltan yang berbeza dan sebagainya. A bel ( dinamakan sempena Alexander Graham Bell ) adalah asas sepuluh logaritma. Ini bermakna bagi setiap bel tambahan pada skala , isyarat yang diwakili adalah sepuluh kali lebih kuat.

ii. Astronomi Ahli astronomi menggunakan jadual logaritma untuk menentukan pengiraan yang tepat bagi kedudukan planet , bintang dan matahari yang berada di cakerawala.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 5


Ashira Kamaruddin-D20102042944

iii. Pelayaran Ahli pelayaran menggunakan asas logaritma untuk membuat pengiraan dalam pelayaran mereka.Navigasi pengiraan yang tepat diperlukan untuk menjamin pelayaran tiba ditempat yang ditetapkan.Dengan menggunakan jadual logaritma yang berfungsi sebagai pandu arah perjalanan yang tepat maka pelayaran menjadi lebih sistematik.

2.

Trigonometri Trigonometri juga dikenali sebagai ilmu ukur segitiga memiliki peranan yang sangat penting dalam mengkaji alam semesta. Idea asas trigonometri ialahpengukuran dan pengiraan sisi-sisi serta sudut-sudut segitiga . Perkataan trigonometri berasal daripada perkataan Yunani iaitu ,tri ( tiga ) , gonon ( sudut ) dan metria ( pengukuran ). George Home mentakrifkan trigonometri sebagai ilmu sudut iaitu bidang yang mengajar bagaimana untuk mengukur dan menggunakan sudut-sudut semudah kita mengira panjang dan luas.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 6


Ashira Kamaruddin-D20102042944

Kepentingan dalam kehidupan seharian :

i.

Astronomi Untuk mengukur jarak antara objek-objek di cakerawala adalah mustahil menggunakan alat pengukur yang nyata.Namun , ianya dapat ditentukan dengan tepat jika diukur dengan menggunakan skala-skala dan sudutsudut.

Sebagai contoh untuk mengukur jarak di antara Bumi , matahari dan Zuhal.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 7


Ashira Kamaruddin-D20102042944

ii.

Geografi Ilmu trigonometri digunakan untuk mengetahui jarak persisiran pantai dari satu titik di lautan.

iii.

Senibina Arkitek menggunakan trigonometri untuk mengira beban struktur , cerun bumbung , permukaan tanah dan termasuklah teduhan matahari dan sudutsudut cahaya semasa merancang dalam pembinaan sesebuah bangunan.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 8


Ashira Kamaruddin-D20102042944

3.

Geometri Koordinat Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak zaman mesir purba , iaitu zaman Tamadun Mesir kerana pada zaman inilah ilmu geometri direkod secara bertulis.Unsur perkembangan geometri bermula apabila aktiviti menyukat semula kawasan milik penduduk mesir yang sering dilanda banjir akibat limpahan Sungai Nil. Geometri berasal daripada perkataan Latin iaitu Geo yang bermaksud tanah , dan metri yang bermaksud ukur. Secara umumnya , ilmu geometri merupakan cabang ilmu matematik yang mengambil kira persoalan mengenai saiz , bentuk dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri menghubungkan manusia dengan dunia seharian. Semua aspek praktikal dan estetik geomteri boleh ditemui dalam bidang seni dan pembinaan, penerokaan ruang, perancangan perumahan, serta rekaan fesyen dan kenderaan. Geometri koordinat adalah geometri kedudukan dalam bentuk grid. Biasanya ia melibatkan titik-titik atau paksi tertentu.

Kepentingan dalam kehidupan seharian :

i. Pengkomputeran- Permainan Video Ahli Fizik menggunakan geometri koordinat untuk menggammbarkan gerakan objek. Dalam permainan Matematik dan Fizik salah satu kursus yang ditawarkan di sebuah kolej , pelajar menggunakan geometri koordinat untuk model gerakan objek dalam dunia permainan video. Daya dan gerakan merupakan komponen penting yang boleh diplotkan pada graf Cartesian seperti data eksperimen lain. Sebagai contoh , jarak objek dari sudut tertentu boleh di plot pada paksi X dan paksi Y. Ahli Fizik menggunakan cerun graf untuk mendapatkan maklumat tambahan. Contoh permainan video yang menggunakan geometri koordinat : http://hotmath.com/hotmath_help/games/kp/kp_hotmath_sound.swf

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 9


Ashira Kamaruddin-D20102042944

ii. Navigator GPS adalah singkatan bagi Global Positioning System. Integrasi ini menghubungkan ke semua 24 rangkaian satelit pada orbit bumi bagi pemetaan posisi jalan darat , udara dan laut. Maklumat satelit GPS in dihantar secara berterusan kepada alat penerima bagi menetapkan koordinat di daratan dan seterusnya akan menterjemahkan kedudukan dalam bentuk peta lokasi untuk panduan pengguna.

iii. Eksperimen Saintifik Ahli-ahli sains menggunakan geometri koordinat untuk menganalisis keputusan data eksperimen yang dijalankan. Dalam setiap eksperimen , data yang dikumpul akan diplotkan pada graf. Setiap pemboleh ubah akan berada di Paksi X dan Paksi Y. Dengan melihat kepada corak graf , saintis boleh membuat kesimpulan tentang hubungan di antara dua pemboleh ubah ini. Sebagai contoh , jika seorang saintis memerhatikan kesan baja tumbesaran tumbuhan , beliau akan mewujudkan skala untuk mewakili jumlah baja dalam millimeter pada paksi X dan kemudian skala untuk mewakili jumlah tumberasan tumbuhan dalam millimeter di paksi Y. Perancangan yang seterusnya adalah berdasarkan titik data yang sama.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 10


Ashira Kamaruddin-D20102042944

4.

Indeks Indeks adalah bahagian yang sangat penting dalam aljabar.Indeks ialah cara yang mudah untuk menulis pendaraban nombor yang sama berulang-ulang kali. Ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks.Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk
satu tempoh masa yang dibandingkan dengan ukuran yang sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain yang biasanya diinyatakan sebagai tahun asas.

Kepentingan dalam kehidupan seharian : i. Ekonomi Angka indeks merupakan suatu ukuran stastistik yang menunjukkan perubahan suatu variabel atau sekumpulan variabel yang berhubungan satu sama lain, baik pada waktu atau tempat yang sama atau berlainan. Dalam bidang ekonomi, terdapat tiga jenis angka indeks, iaitu :

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 11


Ashira Kamaruddin-D20102042944

a)

Angka Indeks Harga. Angka yang menunjukkan perubahan mengenai harga-harga barang, sama ada harga barang yang sama atau barang yang berlainan.

b)

Angka Indeks Jumlah. Angka yang menunjukkan perubahan mengenai jumlah barang yang sama atau sekumpulan barang yang dihasilkan, digunakan, dieksport dan sebagainya.

c)

Angka Indeks Nilai. Angka yang dapat digunakan untuk mengetahui nilai mengenai barang yang sama atau sekumpulan barang dalam masa tertentu.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 12


Ashira Kamaruddin-D20102042944

ii.

Meteorologi IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan.Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemaran yang diukur dan ditukar kepada suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500.

Contoh: SKALA IPU dari 0 - 50 dari 51 - 99 dari 100 - 199 dari 200 - 299 300 keatas KUALITI UDARA Baik Sederhana Tidak sihat Sangat tidak sihat Berbahaya

iii.

Perniagaan Dalam bidang perniagaan , indeks harga berguna untuk mengkaji perubahan pada sesuatu paras harga. Manakala indeks harga borong pula mendedahkan perubahan dalam harga borong dalam satu tempoh masa. Selain itu , indeks harga runcit pula berguna untuk menganalisis perubahan dalam harga runcit dalam satu tempoh masa. Semasa deflasi ,nombor indeks sangat berguna pendapatan dan jualan. untuk mencari nilai sebenar gaji ,

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 13


Ashira Kamaruddin-D20102042944

5.

Vektor Vektor ialah objek geometri yang mempunyai magnitud( panjang ) dan arah. Vektor selalunya diwakili dengan satu bahagian garis dalam arah yang tertentu, diwakili dengan anak panah.Vektor juga sering digunakan untuk memperihalkan kuantiti fizikal yang berarah dan juga kuantiti yang boleh dinyatakan dengan nombor berunit.Kadangkala vector juga dikenali sebagai vektor Euclidean, vektor spatial, vector geometri atau vector matematik.

Kepentingan dalam kehidupan seharian : i. Sukan Dalam aktiviti sukan pelbagai acara selalu dipertandingkan. Salah satu acara yang dipertandingkan ialah acara memanah. Contoh: Dalam suatu kejadian seorang pemanah menarik anak panah dari busurnya.Arah gerakan anak panah merupakan penjumlahan vektor gaya tarik tali dari hujung busur tersebut.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 14


Ashira Kamaruddin-D20102042944

ii. Pengangkutan ( udara ) Terdapat tiga jenis pengangkutan utama di negara kita Malaysia.Antaranya ialah pengangkutan darat, air dan udara.Aplikasi vector dalam pengankutan udara ialah: Contoh: Kapal terbang yang berlepas dan mendarat mengunakan metod vektor, di mana semasa mendarat kapal terbang tidak terus jatuh ke bawah tetapi melalui arah vektor yang disesuaikan. Keadaan ini menyebabkan penumpang yang berada di dalam kapal terbang tidak terjatuh dan terumbang-ambing.

iii. Pelayaran Vektor berperanan dalam penentuan arah dan navigasi. Dalam ilmu pelayaran , penentuan kedudukan kapal dilakukan dengan menggunakan vektor. Selain itu , dalam bidang ketenteraan , kedudukan dengan radar juga menggunakan vektor.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 15


Ashira Kamaruddin-D20102042944

Rumusan Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi kepentingan yang tersendiri kepada individu.Seperti yang kita tahu dalam kehidupan

seharian.Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara. Penyelesaian masalah dalam matematik memberi keselesaan dalam kehidupan.Tanpa matematik , mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknolog tinggi seperti yang kita nikmati sekarang. Matematik merupakan satu jalan untuk memodelkan dunia. Aplikasi matematik merupakan isu sosial , di mana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Sebagai kesimpulannya , aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk mempelajari matematik dalam pelbagai bidang supaya kita dapat menikmati kehidupan di dunia ini secara optimum.

ASAS MATEMATIK TUGASAN 2 16


Ashira Kamaruddin-D20102042944

Rujukan:

1. Mazlini Adnan dan Marzita Puteh.(2013).Foundatian Matematik. Tanjong Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2. Sabri Ahmad et.al.(2006).Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. 3. Noraini Idris.(2005).Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
4. http://www.ehow.com/info_8701717_zero-important-set-integers.html 5. http://www.wisegeek.com/what-is-a-whole-number.htm 6. http://ancastermath.wikispaces.com/Rational+Numbers 7. http://hotmath.com/hotmath_help/games/kp/kp_hotmath_sound.swf

Anda mungkin juga menyukai