Anda di halaman 1dari 9

isu kepedulian guru

1.0 Pengenalan Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya telah diperakui ramai. Semenjak tahun 1960-an sehingga kini profesion perguruan menjadi rebutan besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh. Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setiausaha, pekerja sosial dan lain-lain. Guruguru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang menjadi contoh kepada para pelajar. Guru bertanggujawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan memandang mereka sebagai individu yang unik. Seseorang guru itu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya profesion keguruan ini akan disanjung sehingga akhir zaman. Menurut Mustafa Haji Daud dalam Pengrusan Islam 1994, menggunakan perkataan yang paling ringkas, sarjana pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Etika akan menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau sebaliknya. Etika dalam erti kata lain ialah mematuhi nilai moral. Etika merupakan akauntabiliti dan tingkah laku seseorang melalui profesionnya terhadap masyarakat. Sebenarnya, guru berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan menghadapi cabaran ini dengan profesional. Kegagalan guru untuk mengatasi masalah dengan sewajarnya akan memberikan impak yang negative kepada profesion keguruan. Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Guru adalah selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat bergantung

harap sepenuhnya kepada guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Kepercayaan teguh yang diberikan oleh masyarakat kepada guru-guru haruslah dijadikan sebagai pembakar semangat supaya guru-guru dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisyen. Kita sering mendengar kini isu-isu dan masalah keguruan yang hangat diperkatakan kini. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kesan buruk terhadap profesion keguruan. Kes-kes seperti guru menampar murid, murid didera guru sehingga mati, guru mengambil rasuah, sikap guru yang kurang ajar, sering dibincangkan melalui media massa. Oleh itu, guru sebagai insan terlatih perlulah bijak perlulah bijak dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi mereka sewaktu di sekolah supaya kes-kes seperti tadi tidak akan berulang lagi dan menjatuhka nama profesion keguruan.

2.0 Sinopsis isu Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya. Mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya. Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan. Selepas memukul kepala, suspek dikatakan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. Sumber: Berita Harian (4/4/2011) 3.0 Analisis isu 3.1 Pandangan orang lain Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar. Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan hukuman. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kes murid sekolah agama dibelasah guru sehingga mati adalah jenayah serius dan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Kes mendera sehingga maut pelajar kecil adalah satu tindakan jenayah dan pihak berkuasa perlu menyiasatnya. Kekecewaan beliau telah diutarakan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 April 2011. "Sebagai Menteri Pelajaran saya memandang berat sama ada sekolah itu dalam sistem pendidikan atau di luar. Kes mendera sehingga maut pelajar kecil satu tindakan jenayah

dan pihak berkuasa harus menyiasat kenapa hal seperti ini berlaku sehingga membawa ajal. Bila ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada pihak sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah kena memberi perhatian tentang keselamatan mereka, (bukannya mendera mereka) apalagi dilakukan oleh guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak, kata Tun Sri Muhyiddin Yassin kepada Utusan Malaysia. Kebanyakan daripada pandangan yang diterima daripada orang ramai menyatakan bahawa mereka marah, kesal dan kecewa dengan tindakan seorang insan yang bergelar guru. Sehinggakan ada di antara sesetengah blogger menyifatkan bahawa guru ini sebagai syaitan. Tambahan pula, menurut Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) tindakan seorang guru yang membelasah mangsa sehingga mati tidak boleh diterima atau dimaafkan oleh segenap lapisan masyarakat kerana tugas guru adalah mendidik, bukannya mendera anak murid sendiri. Baginya lagi walau apa pun kesalahan murid tersebut, tindakan guru berkenaan adalah tidak berperikemanusiaan kerana mangsa hanya berumur tujuh tahun, apatah lagi sekolah tersebut adalah sekolah agama. Menurut Datuk Ismail lagi kejadian ini semakin menghakis kepercayaan ibu bapa terhadap guru, apatah lagi mangsa anak yatim yang sepatutnya dibela dan dididik dengan penuh kasih sayang bukannya didera sehingga membawa maut

3.2 Pandangan penulis Saya mengakui hakikatnya bahawa kejadian di Perlis itu juga berpunca daripada sikap guru atau warden yang gagal mengawal perasaan marahnya. Ia juga dapat menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak termasuk guru dan ibu bapa agar tidak menggunakan kuasa mereka selaku orang dewasa dengan mudah melakukan kekerasan ke atas kanak-kanak mengikut nafsu kemarahan dalam menangani sesuatu perkara. Anak kecil adalah fitrah dan tanggungjawab memberikan kasih sayang dan dilindungi bukannya dianiaya atau didera. Adalah menjadi harapan kita agar kejadian yang menimpa kanak-kanak tidak berdosa ini tidak berulang.

Murid adalah amanah ibu bapa kepada guru untuk diasuh dan dididik menjadi insan yang seimbang dari segala aspek kehidupan. Melalui kes guru membelasah murid sampai mati adalah salah satu kesalahan disiplin yang dilakukan oleh seorang pendidik yang secara tidak langsung telah mencemarkan imej profesion keguruan di mata masyarakat. Etika perguruan adalah sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap guru yang mahu mendidik anak-anak murid. Secara umumnya terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk menjayakan Etika Perguruan. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Niat yang betul Perlakuan yang baik Penggerak kearah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Bedisiplin dan beradab Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi. Berpandukan kod etika profesion pergururan, guru akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga KPM berdasarkan nilai-nilai dan akhlak yang mulia. Saya berpendapat bahawa guru yang membelasah murid sehingga mati ini tidak mengalamalkan kod etika yang telah digariskan ini. Hasilnya,murid yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada sikap guru yang tidak dapat dikawal. Dalam isu dan etika guru juga, kes yang dihadapi ini termasuk dalam isu kepedulian guru di sekolah. Secara ringkasnya, Pendekatan Kepedulian adalah salah satu pendekatan yang dapat digunakan di sekolah. Pendekatan ini dipelopori oleh Noddings (1984). Kepedulian atau dalam istilah lainnya ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi. Apabila kita melihat kepada kes yang berlaku ini, boleh dikatakan bahawa guru ini tidak mempunyai sifat peduli kepada anak muridnya. Guru seharusnya menyiasat terlebih dahulu dan mengambil tahu sebab anak muridnya bersikap demikian. Mungkin juga murid tersebut mengalami masalah kewangan, ataupun

kekurangan kasih sayang memandangkan murid tersebut merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Namun, tindakan guru agama tersebut yang membelasah murid tersebut sehingga mati membuatkan saya lebih yakin bahawa guru tersebut tidak peka terhadap isu kepedulian yang perlu diamalkan terhadap murid-murid. Selain itu, guru juga seharusnya mengamalkan pendekatan modeling dalam mendidik murid-murid. Kompenen ini adalah sangat penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang, iaitu murid kita. Oleh itu, guru perlulah menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi mereka dengan cara yang betul dan bukanlah dengan mengasari mereka. Sekalipun mereka melakukan kesalahan, kita perlulah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut seperti berbincang dan mengadakan sesi kaunseling bersama murid tersebut. Oleh yang demikian, murid akan berasa lebih disayangi kerana sikap guru yang prihatin. Tambahan pula, walaupun murid Tahun 1 tersebut melakukan kesalahan yang besar iaitu mencuri, seharusnya guru tersebut boleh menunjukkan sikap kepedulian dengan menggunakan cara yang berkesan. Antaranya ialah budaya patience iaitu sabar iaitu salah satu elemen yang terdapat dalam Budaya Cut Apple A. Kepedulian guru juga boleh dilakukan dengan meningkatkan tahap kesabaran ketika meghadapi tingkah laku murid yang bermasalah. Pada ketika menghadapi situasi yang sedemikian, guru harus berupaya mendengar dengan tekun, dapat mengawal perasaan marah, belajar menghormati dan menghargai murid mereka. Sikap guru yang memberikan hukuman yang berat kepada murid tersebut juga bukanlah langkah yang bijak supaya murid tersebut berubah sikap menjadi seorang murid yang berdisiplin. Mungkin juga murid tersebut akan menjadi lebih teruk lagi jika ditakdirkan umurnya masih panjang kerana tidak mustahil murid tersebut ingin membalas dendam terhadap kekasaran yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap dirinya. Oleh itu, perhatian yang diberikan kepada setiap tingkah laku murid berkenaan, akan menjadikan murid sedar bahawa

guru sedang mengambil berat dan memberikan kasih sayang supaya mereka tidak lagi mewujudkan masalah yang tidak diingini. Melalui akhbar Berita Harian yang bertarikh pada 25 mei 2009 menyatakan guru yang baik perlu mempunyai jati diri supaya boleh mendidik dan menangani masalah pelajar dengan berhemah. Itulah prinsip dipegang penerima anugerah Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2009, Rashedah Md Yassin. Minat yang mendalam itulah menyebabkan dia tidak pernah berasa penat atau jemu mendidik anak bangsa walaupun pelbagai masalah dan dugaan datang kerana baginya guru adalah satu kerjaya yang mulia. Dewasa ini kita melihat di samping kerjaya guru ini merupakan salah satu pilihan kebanyakan masyarakat Malaysia, namun masih ada segelintir golongan yang memilih kerjaya ini sebagai jalan pintas untuk mereka mendapatkan pekerjaan sedangkan mereka tiada langsung minat untuk menceburi bidang perguruan ini. Antara faktor yang menyebabkan mereka memasuki bidang ini ialah kerana mempunyai gaji tetap, mempunyai cuti yang panjang, dan elaun yang banyak, (Straker 1988; Musak Matrak 1993 &1995; dan Subramaniam 1995). Golongan ini hanya menginginkan faktor-faktor yang saya nyatakan di atas dan mereka seharusnya mempunyai jati diri dan sanggup berkorban untuk murid mereka bagi mendidik murid menjadi masyarakat berguna. Misalnya di Malaysia, didapati kerjaya perguruan lebih diminati di kalangan mereka yang tidak berijazah (Abd. Rahim 1995). Mereka memilih kerjaya perguruan kerana status, dipandang mulia oleh masyarakat, gaji dan masa depan serta menyumbang kepada bangsa. Selanjutnya, kajian Mohd. Sahandri (1996) pula mendapati ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Dapatan yang hampir sama juga didapati dalam kajian Muhamad Sani et al. (2002) di mana dorongan ibu bapa adalah faktor utama pemilihan calon memilih kerjaya perguruan.Jika kita lihat di sini, tidak ramai di antara kita yang memilih profesion ini kerana minat yang mendalam dan hal ini secara tidak langsung telah menyumbangkan kepada masalah-masalah yang sering ditimbulkan oleh guru-guru.

Kemahiran understanding akan membantu guru lebih mengambil sikap kepedulian terhadap murid sekiranya guru telah berjaya mengusai kemahiran caring. Dengan memahami maksud apa yang diucapkan atau dialami murid, sudah pasti guru akan dapat merasai perasaan dan pengalaman murid tersebut. Kepedulian guru terhadap murid akan membolehkan guru mengelak dari membebel, menilai dan menghukum murid sesuka hati mereka.

4.0 Kesimpulan Berdasarkan kepada huraian yang telah diberikan tadi, dapatlah dirumuskan bahawa tugas guru adalah satu tugasan yang mencabar dan setiap daripada cabaran itu haruslah diatasi dengan sebaiknya. Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan dalam pembentukan masyarakat. Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam diri mereka. Oleh itu, sembilan cabaran yang dikemukakan dalam Wawasan 2020, kebanyakannya mempunyai persamaan dari segi tindakan, orientasi dan matlamat dengan idea-idea yang diutarakan dalam cabaran ketujuh iaitu mencapai matlamat wawasan negara bagi menghasilkan modal insan yang dihasratkan oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Bagi mencapainya, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar berwibawa kerana keberkesanan peranan guru pada masa ini

akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekali gus menentukan wajah acuan sendiri generasi Malaysia. diharapkan guru berusaha dengan cemerlang dalam mendidik anak-anak yang bakal menyambung sejarah tamadun bangsa pada masa akan datang. Merekalah anak-anak harapan yang akan mengukuhkan kedudukan bangsa dalam arena pertembungan kebudayaan dan pemikiran dengan bangsa-bangsa lain.

BIBLIOGRAFI
1. 2. 3.

Guru Dedikasi Tidak Mendera Murid. (19 Okt. 1996). MASSA Kamarrudin Jusoh (5 April 1997). Keluhan Bekas Guru Disiplin. MASSA. Mohd. Yusman Awang, Kharunnisa Sulaiman (19 Okt. 1996). Deraan Guru Makin Mengancam. MASSA. Mok Soon Sang (1988). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Nur Aishah Ismail (18 Mei 1996). Kerjaya Perguruan Harus Seiring Dengan Minat. MASSA. Rusil (Jan 1997). Dilema Guru: Disiplin Atau Dera. Dewan Masyarakat. Berita Harian (4/4/2011) Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010) Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

4.

5. 6. 7. 8.

9. 10.

www.ohtidak.com/.../saiful-syazani-saiful-sopfidee

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridagamadibelasahgurumeninggal/Article/index _html