Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya dan kumpulan saya menyiapkan tugasan Program Bina Insan dengan jayanya. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing Program Bina Insan, Encik Yunus bin Jurait yang banyak membimbing dalam proses menyiapkan folio ini di samping rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu program ini. Selain itu saya juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada guru Besar Sk (2) Simpang Lima yang banyak membantu sebelum, semasa dan selepas program ini. Dengan adanya aktiviti LADAP, guru guru dapat menambah ilmu dalam profesion perguruan dan dapat meningkatkan kualiti pendidikan. Ini amat sesuai dengan dasar kerajaan kita yang mahukan guru-guru dapat meningkatkan profesionalisme dan mengangkat martabat guru-guru. Selain itu program yang melibatkan aktiviti murid banyak dapat membantu murid dari segi sahsiah iaitu semangat kerjasama, yang mana dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid , mementingkan kebersihan dan keceriaan surau sebagai sebuah rumah ibadat. Dengan adanya aktiviti bersama murid, saya dapat membuat kerja amal kepada murid-murid kerana tidak semua ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke pusat tuisyen memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Secara tidak langsung dengan adanya Bengkel Potensi Diri, kita dapat mencungkil bakat murid-murid yang wujud dalam diri, bak kata pepatah ada pertama yang perlu digilap. Di sini kita sebagai guru akan melihat potensi murid dan memberi motivasi dan galakan kepada murid untuk meneruskan kecemerlangan diri anak-anak murid. Saya harap dengan adanya program yang telah dijalankan dapat mencapai dan menepati Program Bina Insan yang dianjurkan oleh IPG Kampus Bahasa Melayu.