Anda di halaman 1dari 15

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP BADLEH Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah

Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam pemahaman konsep perakaunan. Konsep asas dalam perakaunan amat penting untuk difahami oleh semua pelajar yang mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 5 Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertama, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberi dalam masa yang panjang. Perancangan tindakan diteruskan dengan teknik pemahaman yang mudah diingati dan berkesan dengan menggunakan Konsep BADLEH. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mudah menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan menggunakan teknik Konsep BADLEH. Guru merasakan kaedah ini boleh diperluaskan kepada semua tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pelajar-pelajar mengalami kesukaran dalam menjawab soalan yang dikemukakan jika bentuk soalan adalah berbeza dengan latihan yang diberi di dalam kelas. Seterusnya menyebabkan analisa di dalam peperiksaan tidak membanggakan. Saya selalu bertanya di dalam kelas berkaitan dengan konsep asas perakaunan tetapi apa yang saya dapati pelajar tidak ada panduan yang tetap dalam memahami konsep dan prinsip asas sebenar dalam perakaunan.

Pelajar-pelajar sering bertanya soalan-soalan yang hampir sama bagi setiap pelajar. Pelajar sering mengajukan soalan Cikgu, akaun ni susah,Cikgu, macamana nak pandai dalam Akaun?, Cikgu, nak ingat konsep macamana?dan banyak lagi. Saya terfikir satu perkara sekiranya pelajar dapat memahami konsep dan prinsip asas akaun dengan tepat pasti apa jua soalan yang dikemukakan pelajar dapat memahami dan menjawabnya dengan baik. Seterusnya memudahkan saya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu juga saya terdorong untuk menyediakan kajian tindakan ini. 2.0 ISU KEPERIHATINAN Keputusan peperiksaan dan masa yang diambil semasa menjawab soalan yang dikemukakan kepada pelajar menyebabkan saya perlu menyelesaikan dengan satu teknik yang berkesan. Apa yang saya dapati, ada pelajar yang lebih mengingat daripada memahami. Bukannya mengingati tidak boleh tetapi dalam perakaunan apa yang saya dapati jika kita memahami dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan konsep dan prinsip asas perakaunan pasti apa jua soalan yang diberi akan dapat dijawab dengan baik. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar dalam konsep dan prinsip asas perakaunan dengan menggunakan Konsep BADLEH. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam konsep asas perakaunan. 3.2.2 Pelajar dapat menggunakan konsep yang diberi dalam semua topik yang dipelajari dalam Prinsip Perakaunan. 3.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan. dan prinsip

3.2.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di dalam kelas ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung Pemerhatian sebelum dan selepas semasa kajian proses dilaksanakan. P&P sebelum dilaksanakan

menggunakan kaedah dan teknik konsep BADLEH diperkenalkan dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa P&P sedang dilaksanakan serta selepas kajian dilaksanakan. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar mengenai konsep dan prinsip asas perakaunan. Item ujian pra merupakan soalan yang merangkumi konsep dan prinsip asas bersama dengan klasifikasi akaun. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkannya konsep kepada BADLEH pelajar kepada lagi. Saya memperkenalkan pelajar-pelajar.

Kemudian saya memberikan ujian pos 1 kepada pelajar dengan soalan yang sama dengan ujian pra tadi. Lebih kurang dalam masa 5 minggu selepasnya, saya telah membuat ujian pos 2 dengan menggunakan soalan yang berbeza.

5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan konsep dan prinsip asas perakaunan sebelum dan selepas konsep BADLEH diperkenalkan. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan : a) Pelajar lebih yakin dalam mempelajari mata pelajaran ini. b) Pelajar c) Pelajar lebih berjaya mudah dengan untuk memahami topik-topik setiap seterusnya dengan mengaplikasikan konsep BADLEH. mudah membetulkan kesalahan dan kesilapan. 5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Pelajar Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I Pelajar J

Ujian Pra (100%) 15 55 62 35 20 21 30 45 10 07 Jadual 1 :

Ujian Pos 1 (100%) 70 80 90 66 65 68 76 78 63 60

Ujian Pos 2 (100%) 77 80 90 72 74 74 85 80 84 71

Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya. 5.2.3 Analisa Soal Selidik Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. Skala : 1. 2. 3. 4. 5. Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Bil 1. 2.

SKALA ITEM Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah Saya faham konsep dan prinsip asas perakaunan Saya akan menggunakan konsep BADLEH dalam semua topik yang dipelajari Konsep BADLEH membantu meningkatkan pencapaian saya Saya dapat mengklasifikasikan akaun dengan mudah menggunakan konsep BADLEH Saya lebih suka dengan teknik sendiri Penguasaan Konsep BADLEH akan menyeronokkan saya dalam mempelajari Prinsip Perakaunan

BILANGAN PELAJAR 0 0 0 0 0 0 7 8 3 2

3.

10

4.

10

5. 6. 7.

0 8 0

0 1 0

0 1 0

1 0 3

9 0 7

5.3

Tindakan yang dijalankan 1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah memberi penerangan berkenaan dengan konsep BADLEH dengan mengaitkan dua perkara iaitu :a. konsep dan prinsip asas b. klasifikasi akaun 2. Saya telah memberikan pembuktian yang nyata berkenaan dengan konsep BADLEH berdasarkan kepada kitaran perakaunan. 3. Saya membuat penerangan dengan membuat lakonan bagi situasi dalam menjalankan perniagaan yang sebenar. 4. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan pengukuhan. 5. Setiap kali kelas, saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan menggunakan konsep BADLEH untuk memudahkan menjawab dalam apa jua soalan yang diberi.

5.4

Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Semasa melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan dua bab iaitu Bab 1 Pengenalan kepada Perakaunan dan Bab 2 Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja. Sebelum menggunakan konsep BADLEH saya mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan konsep BADLEH pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu keempat. Seterusnya pada minggu keenam saya telah menguji pelajar semula keberkesanan konsep BADLEH dalam mengaplikasikan dalam bab-bab

yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu ketujuh saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Konsep BADLEH. Pelaksanaan Konsep BADLEH adalah seperti berikut : 1. Pelajar diberi sehelai kertas kosong. 2. Pelajar dikehendaki membahagikan kertas kosong tersebut kepada lima bahagian iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. 3. Guru menerangkan semula kitaran perakaunan kerana ianya akan dikaitkan dengan konsep BADLEH. Seterusnya guru memberikan penerangan konsep BADLEH seperti berikut : -

a. APAKAH MAKSUD BADLEH?

B A L E H

BELANJA ASET LIABILITI EKUITI PEMILIK HASIL

B-BELANJA A-ASET D-DEBIT L-LIABILITI E-EKUITI H-HASIL KREDIT Dalam Prinsip Perakaunan, klasifikasi akaun terbahagi kepada 5 sahaja iaitu belanja, hasil, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Setiap akaun ini pelajar mesti kuasai dan faham setiap kategori. Klasifikasi akaun ini adalah secara umum dan pelajar perlu menguasai apakah yang

dikategorikan secara khusus bagi setiap akaun kerana soalan yang dikemukakan adalah bukannya secara umum tetapi jawapan yang khusus bagi setiap akaun-akaun tertentu.

AKAUN-AKAUN BELANJA, (B) HASIL, (H)

CONTOH-CONTOH Sewa, belian, insuran, kadar bayaran, gaji, angkutan masuk, angkutan keluar, promosi dan lain-lain. Jualan, diskaun diterima, sewa diterima, komisen diterima, gaji diterima dan lain-lain. ASET BUKAN SEMASA perabot, alatan pejabat, kelengkapan, kenderaan, premis dan lain-lain. ASET SEMASA SPBT (stok, penghutang, bank, tunai). LIABILITI BUKAN SEMASA pinjaman bank, pajak gadai LIABILITI SEMASA pemiutang, overdraf Modal awal, modal akhir, modal tambahan (KHUSUS) INGAT!!!

ASET, (A)

LIABILITI, (L) EKUITI PEMILIK, (E) (UMUM)

Nama-nama akaun adalah contoh-contoh (khusus) bagi setiap kategori akaun.

b. APAKAH KEPENTINGAN BADLEH? 1. Mesti dikuasai untuk membantu dalam pemahaman Prinsip Perakaunan. 2. Segala kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dengan betul dan tepat. 3. FAHAM BADLEH CEMERLANG AKAUN --- terbukti!!! Mengapa Belanja dan Aset berbaki Debit, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil berbaki Kredit? Bagi membuktikan BADLEH perkara-perkara berikut perlu dipatuhi iaitu :1. Mematuhi konsep, prinsip dan andaian perakaunan iaitu Prinsip Catatan Bergu(PCB).

PCB Setiap urusniaga melibatkan dua atau lebih akaun yang terlibat .

2. Kitaran perakaunan dipatuhi. (cikgu akan menerangkan dengan menggunakan peringkat pertama hinggalah peringkat yang keempat dalam proses perakaunan)

3. Andaian urusniaga secara tunai. (Bagi melancarkan perjalanan perniagaan, sesuatu urusniaga itu boleh dijalankan sama ada secara tunai mahu pun kredit/berhutang. Andaian secara tunai memudahkan pelajar faham maksud BADLEH dengan jelas kerana urusniaga yang dijalankan sudah tiada komitmen apa-apa kerana kita sudah selesai segala pembayaran. Barang dapat pembayaran juga selesai.)

PEMBUKTIAN BADLEH!!! Bagi memulakan sesebuah perniagaan, seseorang pemilik/peniaga biasanya akan: 1. mendapatkan modal sama ada daripada duit simpanan sendiri, 2. membuat pinjaman daripada pihak bank untuk menambahkan kekurangan modal, 3. membeli barang-barang seperti perabot dan kelengkapan, 4. mendapatkan perkhidmatan untuk perniagaannya, 5. mendapatkan barangniaga perniagaannya untuk dijual. 6. dan sebagainya BAD Belanja/Aset = Baki b/b Debit a) BELANJA kita perlu keluarkan duit untuk mendapatkan perkhidmatan / barangan

daripada pihak lain.= bayar ($$$ keluar).


Contoh urusniaga - Membayar sewa kedai RM500 secara tunai.

Penyelesaian:
Catatan di dalam BCP (Buku Tunai Kt BT). Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Sewa akan dicatat di sebelah debit.

Kata kunci bayar , beli barangniaga, diberi adalah merujuk kepada BELANJA.

DOKUMEN

Dokumen : BIL TUNAI/RESIT RASMI Ayat : Membayar sewa kedai RM500 secara tunai Keluarkan $$$ untuk bayar sewa (Kt BT)

BCP

Ikut PCB

LEJAR IMBANGAN DUGA


Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ... Debit RM 500 Kredit RM

Sewa

b) ASET kita perlu keluarkan duit untuk membeli aset = bayar ($$$ keluar). Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai.

Penyelesaian :
Perabot ialah contoh aset bukan semasa. Catatan di dalam BCP ialah BT Kt BT. Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Perabot akan dicatat di sebelah debit.

DOKUMEN

Dokumen : BIL TUNAI/JUALAN TUNAI Ayat : Membeli perabot RM850 secara tunai. Keluarkan $$$ untuk beli aset (Kt BT)

BCP

Ikut PCB

LEJAR IMBANGAN DUGA


Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ... Debit RM 850
LEH Liabiliti/Ekuiti Pemilik/Hasil = Baki b/b Kredit

Perabot

Kredit RM

a. LIABILITI HUTANG : untuk membuat sesuatu hutang kita akan dapatkan $$$. Duit yang diperolehi kita perlu jelaskan semula kepada pihak yang kita berhutang contohnya pihak bank dan pemiutang.
Contoh urusniaga : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak RM50,000 dan dimasukkan ke dalam Akaun Bank Islam Saiful Enterprise.

Penyelesaian:
Pinjaman bank adalah liabiliti bukan semasa. Pemilik akan dapat $ daripada pinjaman tersebut. Catatan di dalam BCP akan dicatatkan di sebelah Debit Buku Tunai.

Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Pinjaman akan dicatat di sebelah Kredit.

DOKUMEN

Dokumen : BORANG WANG MASUK Ayat : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak RM50,000.

BCP
Ikut PCB

LEJAR IMBANGAN DUGA

Pinjaman

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ... Debit RM

Kredit RM 50000

b. EKUITI PEMILIK Pelaburan/modal : untuk menjalankan perniagaan, pemilik akan

melabur sejumlah wang ke dalam syarikat. Syarikat akan dapat $$$ dahulu.
Contoh urusniaga : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk memulakan perniagaan.

Penyelesaian :
Pelaburan pemilik merupakan modal perniagaan. Perniagaan akan dapat $ daripada pemilik. Catatan di dalam BCP - BT akan dicatatkan di sebelah Debit. Mengikut PCB, akaun modal akan dicatat di sebelah Kredit.

DOKUMEN

Dokumen : BORANG WANG MASUK / MEMO Ayat : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk memulakan perniagaan.

BCP
Ikut PCB

LEJAR IMBANGAN DUGA

Modal

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ... Debit RM

Kredit RM 20000

c. HASIL dapat $$$ daripada perniagaan yang dijalankan. Contoh urusniaga : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.

Penyelesaian :
Perniagaan akan dapat $ daripada sewa berkenaan. Catatan di dalam BCP BT dicatatkan di sebelah Debit. Mengikut PCB, akaun Sewa Diterima akan dicatat di sebelah Kredit.

Kata kunci diterima, dapat, jual barangniaga merujuk kepada HASIL.

DOKUMEN

Dokumen : RESIT RASMI Ayat : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.

BCP
Ikut PCB

LEJAR IMBANGAN DUGA

Sewa Diterima

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ... Debit RM

Kesimpulan BADLEH

Kredit RM 750

Dengan contoh setiap urusniaga yang diberikan di atas, terbukti BADLEH iaitu Belanja Aset Berbaki Debit Manakala Liabiliti, Ekuiti Pemilik Dan Hasil Berbaki Kredit. Namun demikian, pelajar mesti faham dalam perakaunan setiap lejar ada debit dan kredit. Semua butiran tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Rujuk Jadual 1 di bawah iaitu :

AKAUN BELANJA ASET LIABILITI EKUITI PEMILIK HASIL

DEBIT BERTAMBAH BERTAMBAH BERKURANG BERKURANG BERKURANG

KREDIT BERKURANG BERKURANG BERTAMBAH BERTAMBAH BERTAMBAH

Kesimpulan BADLEH

5.5

Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan konsep BADLEH boleh diterima pakai dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan konsep BADLEH dapat mengurangkan masa menjawab bagi soalan yang dikemukakan. Saya berasa gembira dan terharu apabila seorang pelajar telah berjumpa dengan saya dan memberitahu konsep BADLEH amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan konsep ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

6.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip Perakaunan. 2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan belanjawan tunai. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru.

RUJUKAN Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 22 November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.