Anda di halaman 1dari 12

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Raja Melewar,


Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tugasan Kerja Kursus Pendek

KEMAHIRAN BERFIKIR

Oleh:
NAMA :

MOHD SALEHIN BIN MD FADIR

900910-01-5003

RAJ

890000-00-0000

KUMPULAN/UNIT : PPISMP 5

SEMESTER : 2 (AMBILAN JULAI 2008)

TARIKH MULA : 25 MAC 2009

TARIKH HANTAR : 3 APRIL 2009

SOALAN:

BACA ARTIKEL YANG DIBERIKAN

a) Berdasarkan artikel tersebut, kenalpasti usaha-usaha strategik dalam sistem

pendidikan untuk membentuk rakyat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti


b) Berdasarkan usaha-usaha itu, huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk

mencapai impian tersebut. Gunakan borang pengurusan grafik yang sesuai bagi

menjelaskan cara-cara itu mengikut gaya kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif. Bahan-bahan sokongan / bukti perlu disertakan bersama-sama sebagai

sumber yang boleh dipercayai.

JAWAPAN (a) :

Berdasarkan artikel Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf

Baru, usaha-usaha strategik dalam sistem pendidikan untuk membentuk rakyat

Malaysia yang cemerlang dan berkualiti ialah :


i. Sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang

perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya.

ii. Membina Negara bangsa

iii. Pembinaan budaya ilmu.

iv. Pembudayaan masyarakat Malaysia.

v. Penyediaan sumber manusia berkualiti.

vi. Peranan Pendidik.

vii. Pelaksanaan sekolah bestari.

viii. Mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi

dan industri hi-tech

ix. Membentuk masyarakat madani

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat

penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang

merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru,yang akan


datang.Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh

meningkatkan keupayaan dan kemampuan .rakyat Malaysia ke arah yang berkualiti

yang tinggi dan cemerlang agar dapat menanangani cabaran ke abad ke-12.

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,

budaya dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa

boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Rakyat Malaysia perlu melengkapkan

diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi

sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing.

Pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar

keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan

masyarakat madani.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk membangun rakyat Malaysia melalui

sistem pendidikan pertama untuk menghadapi cabaran alaf baru ialah pembinaan

budaya ilmu dan pembudayaan masyarakat. Dalam aspek pembinaan budaya ilmu,

sangat penting bagi mempersiapkan generasi muda kita untuk menghadapi arus

permodenan yang semekin berkembang dan meluas. Seperti kata Dr.Wan Mohd Nor

Wan Daud beliau menjelaskan bahawa budaya ilmu ialah satu budaya yang

meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala

kebaikan dalam kehidupan individu,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara. Melalui

penguasaan ilmu generasi berilmu akan dilahirkan untuk berfikir, bertindak dan

menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi

terkini serta berupaya menangani perkembangan dan perubahan masa kini.


Selain itu, usaha yang dapat dilakukan dalam sistem pendidikan dalam

menghadapi cabaran alaf baru ialah melalui pembudayaan masyarakat Malaysia.

Keseimbangan dari segi kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan

kebudayaan masyarakat Malaysia yang bebilang kaum sangat penting dalam

perkembangan ekonomi.Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif ialah

individu yang baik dari segi pemikiran,seni,ekonomi dan teknologi.

Sistem sosial yang cekap dan saksama juga penting dalam pemantapan lagi

bentuk acuan masyarakat maju Malaysia tercapai dengan mengambil ciri-ciri madani.

Madani bermaksud suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip

moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan

kestabilan masyarakat. Selain itu,masalah sosial remaja dapat diatasi sekiranya para

pendidik memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah remaja pada masa

kini.

Peranan pendidik juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan

usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan rakyat

Malaysia agar dapat menanangani cabaran abad ke-21. Selari dengan tuntutan

tersebut, abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan

Pendidikan yang mana merupakan satu penyediaan sumber manusia berkualiti oleh

sistem pendidikan kita. Menurut YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri

generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru yang akan datang iaitu;
• Kaya maklumat ( termasuk sains dan teknologi)

• Kekuatan minda (krestif dan proaktif)

• Nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)

• Semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan

• Keterampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat

dihasilkan,maka para pendidik dan guru-guru pelatih,perlulah dilengkapkan dengan ciri-

ciri berikut:

• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

• Mahir dan keterampilan dalam pedagogi ( pengajaran & pembelajaran)

• Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.

• Memahami psykologi pembelajaran ( cognitive psychology)

• Memiliki kemahiran kaunseling.

• Menguunakan teknologi terkini.

• Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir.

• Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain

• Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Menurut kata Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd.Zahid bin Mohd Nordin, beliau

memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang
keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan cabaran semasa.Pendidikan Bestari

pula ialah menginginkan guru yang berketerampilan,yang mana bukan sekadar

mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan

menyaring,mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan

anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya

menyumbang untuk terus memperkukuh kewujudan kita. Usaha lain yang dapat

dilakukan ialah mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan juga di pusat

pengajian tinggi.

Di sekolah, kualiti ini dapat dipertingkatkan melalui bilik darjah. Keunggulan di

dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi kurikulum yang standard

untuk semua pelajar. Walaupun ini merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat

sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebab

kenapa YB Tan Sri Musa Muhammad, mantan Menteri Pendidikan (secara tidak

langsung) telah mencadangkan gabungan falsafah konservatif dan liberal dalam

pedagogi. Ini dapat dilihat dengan cadangan beliau untuk memberikan sedikit

kelonggaran bagi sekolah untuk menguruskan sendiri premis mereka dan

menggalakkan sekolah memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam

akademik. Selain itu konsep-konsep terkini seperti Sekolah Wawasan, Bestari dan

Premier juga perlu mendapat sokongan tenaga pendidik bagi menjayakannya.

Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkan suasana pendidikan yang lebih

demokratik dan bukannya untuk merosakkan keharmonian kaum seperti yang didakwa

oleh sesetengah pihak.


Usaha seterusnya yang dapat dilakukan ialah persaingan pendidikan dengan

nagara luar.Golongan yang perlu memainkan peranan penting untuk melaksanakan

usaha ini adalah para pendidik iaitu untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan

berkualiti dengan cara menerapkan nilai-nilai masyarakat yang serba boleh.Rakyat

Malaysia juga perlu melengkapkan diri dengan teknologi dengan menguasai semua

bidang.Selain itu penguasaan semua bidang ini perlulah selaras dengan penampilan

diri dan memiliki sahsiah yang tinggi sesuai dengan masyarakat yang berwibawa.Apa

yang jelas,masyarakat sekarang perlulah menguasai bahasa global iaitu bahasa

Inggeris dan bahasa asing yang lain.

Selain itu, dalam melahirkan warganegara yang berdedikasi, peningkatan taraf

sektor pendidikan negara perlulah dilaksanakan. Dalam usaha ini, kita perlulah

meningkatkan prestasi pengajaran di sekolah dan menaik taraf kualiti pendidikan tinggi

iaitu institut pengajian tinggi awam dan juga swasta. Sebagai seorang guru,kita

mestilah mengamalkan sikap kepimpinan yang demokratik dan juga bijak

menggunakan banyak kemahiran dalam mengelolakan sesi pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan alat bantuan mengajar yang

menarik dan mewujudkan suasana yang kondusif ketika belajar. Seorang guru yang

baik juga perlulah memahami dan membantu pelajar yang bermasalah dengan cara

mendorong murid yang lain bergaul tanpa mengira status. Di samping itu, sesi

kaunseling antara guru dan pelajar secara peribadi untuk menangani masalah yang

dihadapi oleh pelajar juga boleh diadakan. Dengan cara itu, sifat kasih sayang yang

ada pada guru dapat ditonjolkan.


Institusi pendidikan turut merangkumi institut pendidikan tinggi. Oleh sebab itu,

peningkatan taraf kualiti pendidikan tinggi juga perlu dilakukan. Universiti tempatan

perlu berani menerokai bidang baru dengan mengambil kira keperluan negara seperti

pengurusan perindustrian dan kursus-kursus berasaskan sains dan teknologi. Para

pemimpin pengajian tinggi juga perlu memikirkan langkah yang sesuai untuk

menangani masalah kewangan dalam pendidikan institut. Untuk menerapkan

kemahiran kaunseling dan memahami budaya psikologi pembelajaran,pihak universiti

perlulah membuat gambaran yang baik tentang jurusan tersebut untuk menarik minat

pelajar mengikuti kusus tersebut. Dari segi kandungan kurikulum, institut pengajian

tinggi mestilah sanggup membuat perubahan dari segi struktur dan bentuknya dan

melaksanakan pengajaran ilmu yang releven. Kerjasama dengan sektor korporat untuk

menangani masalah kewangan, dalam penyelidikan dan program pendidikan juga

boleh dilaksanakan.

Usaha yang terakhir yang dapat dilakukan melalui peranan rakyat.Rakyat sebagai

aset negara perlulah memperlengkapkan diri dari sudut ilmu pengetahuan, teknologi

tinggi sehingalah kepada memupuk semangat kebangsaan yang unggul dalam jiwa

masing-masing. Rakyat juga perlu bersedia menghadapi perubahan dunia untuk lebih

berdaya saing. Dalam menguasai bidang akademik dan juga kemahiran, rakyat

perlulah membuka minda dan peka terhadap perubahan semasa. Selain itu,rakyat

digalakkan menguasai pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Inggeris supaya tidak

dipandang rendah oleh masyarakat antarabangsa.


Konklusinya, perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, social, politik dan

teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada system pendidikan dan

persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan

yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,

semangat patriotism dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan

manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan

corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Refleksi

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia, dan izin-Nya, dapatlah saya menyempurnakan kerja khusus pendek, kemahiran

berfikir ini dengan jayanya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

kami iaitu Puan Norazam yang banyak membantu dalam pengajaran dalam kelas.

Selain itu, saya turut ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan
sekumpulan saya, Raj yang bersama-sama dengan saya bertungkus lumus untuk

menyempurnakan tugasan ini.

Pada awalnya tugasan ini sukar untuk kami fahami kerana arahannya tidak

jelas. Namun begitu, kami berjaya juga menyiapkannya dengan panduan, bimbingan

dan bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Saya turut sama berkongsi

maklumat dengan rakan-rakan lain dan setiap persamaan maklumat antara kami

adalah kerana kami menghasilkannya bersama-sama.

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

dalam penghasilan kerja khusus ini. Saya harap agar hasil kerja ini memenuhi

kehendak pemeriksa dan seterusnya mendapat markah yang boleh dibanggakan.

Sekian, terima kasih.

Mohd Salehin bin Md Fadir.

Anda mungkin juga menyukai