Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH AWAL SABAH DAN SARAWAK

KAJIAN TEMPATAN
MUHD. KHAIRUL FARIHIN BIN MOHD. KHAIRUDIN

5 BUDI 2011 SK SAUJANA UTAMA

TAHUN 5

ISI KANDUNGAN SARAWAK ASAL USUL NAMA SARAWAK 3

KAUM DI SARAWAK

KEDATANGAN KUASA LUAR KE SARAWAK

SABAH

ASAL USUL NAMA SABAH

PENTADBIRAN AWAL DI SABAH

KAUM DI SABAH

KEDATANGAN KUASA LUAR KE SABAH

SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH

SEJARAH AWAL SARAWAK DAN SABAH


SARAWAK ASAL USUL NAMA SARAWAK Pada abad ke-18,di bahagian hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni oleh penduduk tempatan.Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan. Apabila Brunei hendak menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalualukannya.Mereka sering menyebut perkataan serah kepada awak.Lama-kelamaan perkataan tersebut diringkaskan menjadi Sarawak.

KAUM DI SARAWAK KAWASAN PESISIRAN PANTAI KAUM MELAYU KAWASAN TEMPATAN KAWASAN KUCHING,SIMANGGANG,SIBU,MUKAH,OYA,SARIBAS,DAN TANJUNG DATU LEMBAH UTARA RAJANG,MUKAH,OYA,DAN BINTULU SUNGAI SARIBAS,SUNGAI SKRANG,SUNGAI LUPAR, DAN SUNGAI RAJANG SINGGAI,SADONG,DAN SUNGAI KAYAN SUNGAI BARAM,KAWASAN ULU BATANG,RAJAH DAN BALUI LEMBAH TERUSAN DAM SUNGAI BARAM KAWASAN HUTAN BARAM DAN SUNGAI RAJANG KAWASAN KAKI BUKIT DAN GUNUNG DI UTARA SARAWAK DAN DI KAWASAN SUNGAI TERUSAN DAN LIMBANG

MUARA SUNGAI

MELANAU IBAN BIDAYUH KENYAH

PEDALAMAN

KELABIT PENAN MURUT

KEDATANGAN KUASA LUAR KE SARAWAK Sebelum abad ke-19,sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei.Keluarga Brooke telah menguasai wilayah Sarawak dari tahun 1841 hingga 1941. James Brooke seorang pedagang persendirian British telah datang ke Sarawak.Pangeran Raja Muda Hashim,iaitu wakil sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan. Pangeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut.James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan menuntut haknya.Pangeran Muda Hashim mengingkari janjinya. Berikutan itu,James Brooke telah berjumpa dengan sultan Brunei menuntut janji.Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.Namun James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja.

James Brooke

SABAH Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka. Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei ( Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

ASAL USUL NAMA SABAH

PISANG SABA Pada masa dahulu,masyarakat Bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah banyak menanam pisang saba.Pisang saba menjadi makanan utama mereka.Melalui pertuturan di kalangan masyarakat tempatan,lama-kelamaan perkataan saba bertukar menjadi Sabah.Oleh yang demikian,nama negeri Sabah diambil daripada perkataan pisang saba.

PENTADBIRAN AWAL DI SABAH

KAWASAN PANTAI BARAT Kawasan pantai barat Sabah berada di bawah kuasa kesultanan Brunei.Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran.Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan.Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai. KAWASAN PANTAI TIMUR Kawasan pantai timur Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu.Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan.Setiap kawasan ditadbirkan oleh pembesar yang bergelar Datu.Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.

KAWASAN PEDALAMAN Kawasan pedalaman dikuasai oleh ketua-ketua tempatan.Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka.Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.

KAUM DI SABAH KAWASAN PERSISIRAN PANTAI KAUM MELAYU-BRUNEI BAJAU KAWASAN PETEMPATAN PANTAI BARAT PAPAR,KIMANIS DAN SIPITANG PANTAI BARAT SEPERTI DI PAPAR DAN TUARAN PANTAI TIMUR SEPERTI DI KOTA BELUD DAN SEMPORNA PANTAI TIMUR SEPERTI DI SEMPORNA,LAHAD DATU DAN TAWAU PANTAI BARAT SEPERTI PENAMPANG,PAPAR,TAMBUNAN,KU DAT DAN RANAU TENOM,PERSIANGAN,KENINGAU DAN RUNDUM

SULUK LEMBAH PANTAI KADAZANDUSUN

PEDALAMAN

MURUT

KEDATANGAN KUASA LUAR KE SABAH

Pada abad ke-16,Sabah terkenal dikalangan pedagang Barat.Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan,gambir dan sarang burung.Faktor ini mendorong kuasa Barat bersaing untuk menguasai hasil tersebut di Sabah. Sultan Brunei telah memberikan pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses,seorang Amerika pada tahun 1865.Walau bagaimanapun,Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company.Namun,akibat gagal memajukan tanah tersebut,syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron von Overbeck.

Charles Lee Moses Baron von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edwart Dent menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877.Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepada Overbeck and Dent company. Pada ketika itu,Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764.Pada tahun 1880,Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company.Oleh itu,Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.Persatuan ini telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.Tujuannya adalah untuk memperkukuh kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah. Pada tahun 1881,kerajaan British bersetuju dan menganugrahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.Pada tahun 1882,persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British(SBUB).Melalui Piagam Diraja,syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.

SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH Syarikat Borneo Utara British atau SBUB merupakan perusahaan yang ditunjuk untuk mengelola Borneo Utara (sekarang Sabah) pada bulan Ogos 1881. Borneo Utara menjadi protektorat dari British dengan urusan administratif internal oleh perusahaan sehingga tahun 1946 ketika ia menjadi koloni dari Borneo Utara British. Utama adalah moto Pergo et Perago (Latin), yang berarti "Saya melakukan dan saya mencapai". Ketua pertama dari perusahaan adalah Alfred Dent.

Pada 1882, Syarikat Borneo Utara British mendirikan sebuah pemukiman di Pulau Gaya, setahun setelah SBUB yang diberikan mandat untuk memerintah Sabah. Namun, pada 1897, pemukiman ini telah dibakar ke tanah selama raid dipimpin oleh Mat Salleh, sebuah suku Ketua Sabah dan tidak pernah kembali didirikan. Perusahaan ini juga dikenal sebagai 'Syarikat Borneo Utara British' dan kritik oleh masyarakat lokal untuk pajak itu dikumpulkan. Pembentukan hukum dan ketertiban serta merekrut Polis Singh dari India Utara adalah salah satu peranan yang awal NBCC dimulai, serta memperluas perdagangan, sistem pemerintahan, pengadilan untuk menegakkan hukum dan hukuman yang baik dan membangun rel kereta api dari Jesselton ke Tenom dan mendorong pemanenan dan barter perdagangan baik lokal dan produksi pertanian tanaman pajak, serta pembentukan perkebunan.

SEKIAN

TERIMA

KASIH

Anda mungkin juga menyukai