Anda di halaman 1dari 2

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN* (Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed) Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru

besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa guru besar kini bekerja di dunia yang lebih kompleks. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Kata pengantar buku Rancangan Aktiviti 1998 Jabatan Pelajaran Kedah Darul Aman telah memetik kata-kata Pred M. Hechinger, Presiden The New York Times yang mengungkapkan bahawa: Over the years as a reporter, I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones, and regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In this rise the vise or fall could readily be traced to the quality of the principal. (hal. 54) Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar atau pengetua merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan. Dalam memainkan peranan tersebut, guru besar atau pengetua seharusnya tidak bertindak sekadar sebagai gate-keeper semata-mata. Dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan beban tugas guru besar, De Roche (dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia [BPPPKPM], 1992) menunjukkan daripada lima keutamaan peranan guru besar, aspek perolehan dan perkembangan staf berada di tangga ketiga selepas pentadbiran am dan membaiki peluang-peluang pendidikan. Manakala dua lagi keutamaan ialah pengekalan perhubungan dengan masyarakat dan perolehan kewangan serta kemudahan. Scholosstein (dalam Ong Chon Sooi dan Tie Fatt Hee, 1995) telah memetik kenyataan Shanker, Presiden American Federation of Teachers (AFT) yang menyifatkan bahawa sekiranya sesebuah syarikat perniagaan diurus sebagaimana sesebuah sekolah ditadbir, syarikat tersebut pasti akan jatuh muflis hanya dalam tempoh empat puluh lapan jam. Demikianlah rendahnya tahap keyakinan segelintir masyarakat terhadap anggota organisasi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, pemimpin di peringkat sekolah menurut Matnor Daim (1996), perlulah terus menerus berusaha melakukan perubahan-perubahan yang positif untuk melayakkan kedudukan pengurusan sekolah berada di tahap kecemerlangan bertaraf dunia. Kepimpinan yang berkualiti ialah kepimpinan yang berupaya menjadi penunjuk jalan ke suatu arah yang betul di samping menjadi model ke arah memastikan kejayaan sesuatu usaha yang hendak dilaksanakan. Hasil penyelidikan juga mendapati wujudnya beberapa faktor yang mempengaruhi dalam pelaksanaan dan penggunaan teknologi maklumat. Menurut Lucas (dalam Liong Kam Chong, Gan Siowck Lee, dan Noran Fauziah Yaakub, 1995) antara faktor-faktor tersebut ialah (a) technical characteristics, (b) attitude towards the system, (c) client actions, (d) decision style, dan (e) personal and situational factors. Perkembangan dan penggunaan ICT pada hari ini memberi kesan yang besar terhadap kerja-kerja seorang guru besar atau pengetua. Menurut Gurr (2000a), dapatan-dapatan penyelidikan menunjukkan penggunaan ICT telah memberi kesan terhadap sekurang-kurang 10 perkara yang berkaitan dengan kerjakerja seorang pengetua. Sepuluh perkara tersebut ialah penggunaan perisian, penggunaan perkakasan, penggunaan rangkaian, pengajaran dan pembelajaran, hubungan kerja dengan staf, pentadbiran, bantuan dan halangan oleh jabatan pendidikan, perkembangan profesional dalam teknologi, kualiti peribadi, dan kesan terhadap kakitangan pejabat. Perkembangan ICT juga telah menyebabkan cara baru bekerja diperkenalkan di sekolah-sekolah. Agar seimbang dengan perkembangan semasa, guru besar perlu meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran ICT supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Isu yang sering dibahaskan ialah guru besar lebih mementingkan peningkatan pengajaran dan pembelajaran berbanding apa yang ICT boleh lakukan untuk diri dan pentadbiran dan untuk tujuan tersebut, guru besar perlu (a) meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT, (b) melaksanakan pengurusan seiring dengan perubahan melalui penggunaan ICT, dan (c) memastikan ICT digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (Morrisson, 2005). Untuk merealisasikan penggunaan teknologi secara berkesan, peranan pihak-pihak tertentu, khususnya pengurusan sekolah adalah kritikal. Menurut Shelly, et al (2002), selain sikap, pentadbir haruslah menyediakan guru-guru untuk menggunakannya setelah diimplimentasi ke dalam sistem pendidikan. Untuk menyediakan guru, program-program latihan penggunaan teknologi perlulah diadakan. Program tersebut kemudiannya perlulah disusuli dengan program-program lanjutan sebagai tindak-ikut kepada program yang telah dijalankan. Senario di luar negara kebelakangan ini memperlihatkan sikap dan tahap penggunaan ICT di kalangan para pengurus pendidikan sedang dan semakin meningkat. Menurut Gurr (2000b), apabila diminta memberi respons, salah seorang daripada subjek penyelidikannya menegaskan: if I didnt know how to work a computer, if I didnt know how to access [MIS] and so on, I just couldnt do my job. I wouldnt be able to do my job. I dont think you could employ a principal any more that didnt have those skill. (http://horizon.unc.edu/ ts/editor/235a.html) Walau bagaimanapun, penyelidikan di Malaysia oleh Dr. Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Komputer: Apa Pandangan Guru dan Pensyarah menunjukkan dapatan yang berbeza. Dapatan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa guru-guru mencadangkan supaya pentadbir sekolah diberi bimbingan dan kauseling agar mereka yakin dengan ICT serta menganggapnya sebagai satu keutamaan di sekolah-sekolah. Individu yang belum bersedia atau sukar menerima kedatangan teknologi baru seperti penggunaan komputer akan berhadapan dengan kesukaran. Justeru itu, para pentadbir di peringkat sekolah menurut Cheever (1986) haruslah mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan bertanggungjawab dari segi pelaksanaannya kerana: you are one of the leaders who is or will be directing the plannning and the implementation of computer use within a school. Your efforts to apply the computer to administrative and instructional processes must mesh with the efforts of those in schools and at the district level. (hal. v) Hasil penyelidikan Gilmore (1998) mencadangkan agar para pentadbir dapat mengenal pasti cara bagaimana untuk menyokong penggunaan teknologi maklumat, program-program latihan teknologi maklumat, dan pembangunan perancangan strategik pengintegrasian teknologi maklumat. Penyelidikan yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, Amerika Syarikat (dalam Christensen, 1997) menegaskan bahawa: Staf development is most effective when it is individualized. This means matching learning opportunities to the needs of specific teachers so they can choose what they need to know, how they wish to learn and the time frame in which they will learn it. Follow up support after intial learning, experience are essential to effective staff development. (http) * Esei ini merupakan sebahagian daripada tesis MSc. (Education Management) penulis di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman.