Anda di halaman 1dari 10

PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 332 341 ISSN: 2231-962X

KESAN RASUAH TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI: KAJIAN KES DI MALAYSIA


EFFECTS OF CORRUPTION ON ECONOMIC GROWTH: A CASE STUDY IN MALAYSIA Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

ABSTRAK Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuan kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%. Kata Kunci: Indeks Persepsi Rasuah, Pertumbuhan Ekonomi, Stok Modal Insan, Pelaburan Langsung Asing dan Perbelanjaan Kerajaan.

ABSTRACT Corruption is a serious societys disease, especially among developing countries. This has indirectly affects economic growth and societys livelihood. Rampant corruption may stunt a countrys economic growth. Corruption is akin to cancer to a society due to social injustice that generally exists in society. Thus, this objective of the study is to analyse the effects of corruption on Malaysias economic growth. Findings indicate negative effect where in corruption by 1 percent will cause the nations GDP to decline by 1.618 percent. This shows that corruption in Malaysia has negative and significant impact on economic growth. Keywords: corruption perception index; economic growth; foreign direct investment; and government expenditure; human capital stock

PENGENALAN Rasuah sering kali diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bahkan ia menjadi barah kepada masyarakat kerana sifat keji perbuatan tersebut dan kesan buruknya kepada masyarakat serta negara. Sejarah Malaysia juga turut dibuktikan bahawa jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan rasuah yang berleluasa dikalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan bahawa kejatuhan sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan dan malahan kejatuhan sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu sendiri. Amalan rasuah juga telah menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada tahun 1990. Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi rakyat Iran kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard Nixon juga tumbang akibat skandal Watergate, semuanya berlaku gara-gara perbuatan jenayah rasuah (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Ini jelas menunjukkan bahawa sejarah telah membuktikan segala-segalanya tentang keburukan rasuah serta kesannya terhadap masyarakat sebagaimana kejatuhan tamadun yang gah pada zaman dahulu, iaitu Kerajaan Melayu Melaka. Dalam pada itu, Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporakPersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III), Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi Pengukuhan Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 22 Ogos 2008

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

333

perandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan ekonomi (David Ng, 2006). Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negatif kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu terbantut akibat daripada amalan rasuah tersebut. Malang sekali negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya terdiri dikalangan negara yang rakyatnya menganuti agama Islam dan Kristian fahaman Katolik, negara yang menggunakan perundangan Perancis ataupun sosialis dan prestasi kerajaan yang lemah juga turut menyumbang kepada peningkatannya kadar rasuah. Namun sebaliknya, kadar rasuah yang rendah adalah dikalangan negara yang rakyatnya menganuti agama Kristian fahaman Protestant, negara di bawah jajahan British, negara yang mengamalkan undang-undang British, negara yang mengamalkan demokrasi dan kerajaan yang bersatu-padu (David Ng, 2006). Penyataan yang dibuat tersebut menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah negara yang majoritinya menganuti agama Islam menjadi negara penyumbang tertinggi kepada kadar rasuah dunia. Bahkan pengharaman rasuah juga telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya dalam kitab suci al-Quran dan turut juga diterangkan oleh Rasulullah S.A.W melalui hadis beliau. Antara mafhum firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfaal, ayat 27 yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya) (8:27) Dalam ayat yang lain, pengharaman rasuah turut dijelaskan juga dalam surah Al-Baqarah, ayat 188 dan maksud ayat tersebut adalah: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) Hakikat kepada berlakunya amalan rasuah ini disebabkan sifat tamak kerana sifat tamak haloba itulah yang menjuruskan seseorang itu untuk melakukankan amalan rasuah. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana fitrah semulajadi manusia adalah berkeinginan kepada harta dan penyataan ini turut dijelaskan dalam surah Al-Fajr, ayat 20: Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba Dalam pada itu juga, pengharaman rasuah dan amalan mengkhianati amanah turut dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Daripada Rasulullah S.A.W bersabda: Rasulullah S.A.W melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah Dalam hadis yang lain turut dijelaskan larangan mengkhianati amanah yang bermaksud: Sabda Rasulullah S.A.W: Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. Al-Arabiy bertanya: Bagaimanakah mengabaikannya wahai Rasulullah? Maka baginda bersabda: Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat (Hadis riwayat Al-Bukhari) Turut dijelaskan juga seksaan neraka bagi pengamal rasuah kerana hasil pendapatan haram yang digunakan akan menjadi darah daging kepada orang yang mengambilnya, dan ini turut dinyatakan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad: Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pengharaman rasuah itu telah dijelaskan dengan jelas sekali berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W itu sendiri yang mana maksud ayat

334

Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

tersebut dijelaskan melalui dalil yang qati iaitu daripada dalil naqli yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan juga hadis Rasulullah S.A.W. Berdasarkan kepada petikan ayat Al-Quran dan hadis tersebut, Islam melarang keras amalan rasuah dan ada asasnya mengapa Islam melarang keras amalan tersebut sebagaimana pengharaman judi, arak dan zina. Asas kepada pengharaman rasuah tersebut boleh dilihat daripada mata kasar, iaitu kesan kepada ekonomi negara dan juga kesan kepada masyarakat sejagat. Khairul Azhar Idris (2005) menyatakan bahawa pada hakikatnya gejala rasuah dilihat sebagai satu jalan pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu peruntukan ataupun kejayaan daripada golongan tertentu. Amalan rasuah tersebut menimbulkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kaya semakin kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan di mana suatu perkara tidak dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tidak mendapat apa-apa manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat. Islam telah mengharamkan penindasan di mana sikap rakus tersebut menyebabkan orang miskin terpinggir dan seterusnya tidak mendapat pembelaan. Namun demikian, setiap kehidupan manusia sama ada yang kecil atau yang besar akan dinilai oleh Allah S.W.T. Oleh itu, Islam lebih menekankan kepada konsep persaudaraan yang mana setiap umat Islam adalah bersaudara dan Islam juga turut mengharamkan penindasan. Dalam negara kita, untuk menjana keutuhan Islam dan kekuatan umat adalah tanggungjawab orang yang memegang amanah kuasa dan pangkat. Jika kalangan umat Islam yang di beri kuasa dan pangkat terbukti kotor dengan rasuah, maka umat lain di negara lain akan melihat dan menilai betapa kepimpinan Muslim tidak memiliki kredibiliti untuk dipertanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Maka dengan itu, adalah wajar bagi umat Islam untuk menegur dan membongkar segala penyelewengan yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah S.W.T. (Mohd Shauki Abd Majid, 2004). Hal ini kerana ia akan merosakkan nama baik agama Islam dan seterusnya memporak-perandakan perlembagaan negara serta kemakmuran sesebuah negara akibat daripada pengamalan rasuah. Oleh yang demikian, amalan rasuah ini memberi kesan yang negatif dan ianya terbukti berdasarkan kepada situasi keadaan masa sekarang dan juga sejarah-sejarah yang terdahulu yang mana kesannya memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga kepada ekonomi sesebuah negara.

ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN Kegiatan ekonomi akan menjadi ibadat dan diberi nilai pahala jika dilakukan mengikut syarat yang telah ditetapkan, baik dari segi memenuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat (Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad, 2005). Justeru itu adalah wajar bagi setiap umat Islam memegang amanah yang dipikul bahkan bagi penganut agama lain juga perlu berpegang kepada amanah serta menghindari perbuatan rasuah. Amalan rasuah merupakan salah satu aktiviti yang dicela dan terkutuk di sisi Islam. Bahkan ia juga meninggalkan kesan yang ketara terhadap masyarakat, mahupun daripada sudut pertumbuhan ekonomi negara. Jelas di sini menunjukkan bahawa pengharaman akan rasuah dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. ada asasnya kerana ianya akan memudaratkan masyarakat sosial dan juga aktiviti ekonomi bagi sesebuah negara. Dalam pada itu juga, peranan pertumbuhan ekonomi ialah untuk mencapai tahap pembangunan dan prestasi ekonomi bagi sesebuah negara kerana ianya merupakan garis pengukur kepada pencapaian aktiviti ekonomi negara yang telah direncanakan. Namun demikian, persoalan yang timbul dan isu yang boleh dilihat adalah samada dengan peningkatan kadar rasuah bagi sesebuah negara boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi ataupun sebaliknya. Hal ini telah dinyatakan oleh Axel Dreher et. al. (2007) yang menyatakan bahawa baru-baru ini Bank Dunia menganggarkan lebih daripada USD 1 trilion telah digunakan untuk membayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi mengatasi masalah rasuah tersebut perlulah pihak kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan mematuhi undangundang kerana ia boleh meningkatkan pendapatan per kapita sesebuah negara sebanyak 400%. Dengan penyataan yang dijelaskan di atas, Bank Dunia mengandaikan bahawa sekiranya aktiviti rasuah dapat dihapuskan, maka peningkatan pendapatan per kapita akan meningkat sebanyak 400%. Namun demikian, adakah penyataan yang diutarakan oleh Bank Dunia ini adalah benar ataupun sebaliknya? Maka dengan itu, satu kajian berkaitan dengan Kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi: Kajian kes di Malaysia perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk melihat samada pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan petunjuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

335

berkembang ataupun tidak, akibat daripada amalan rasuah tersebut. Maka diharap kajian ini akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pihak-pihak kerajaan ataupun pihak-pihak yang berwajib untuk menentukan arah tuju sebenar dasar pembangunan negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi negara dapat ditingkatkan.

KAJIAN LEPAS Dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah ke atas pertumbuhan ekonomi, beberapa sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan rasuah telah dibuat. Antaranya ialah Pak Hung Mo (2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang terdapat dalam Corruption Perception Index (CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa dua terkecil (OLS), beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545 mata peratus. Apa yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah ketidakstabilan politik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian pelaburan persendirian. Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan rasuah terhadap pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara rasuah dengan pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik. Walaupun berhadapan dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukkan secara terperinci hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang sama penting dalam penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik. Keith Blackburn et. al. (2006) memfokuskan rasuah dikalangan birokrasi awam dan implikasi terhadap pembangunan ekonomi. Analisis beliau menunjukkan beberapa petunjuk yang penting, bahawa campur tangan kerajaan memerlukan pegawai perkhidmatan awam dalam mengumpul maklumat dan potensi pentadbir dan sekurang-kurangnya dari kalangan mereka juga yang mengamalkan rasuah dari segi pemberian maklumat yang salah daripada harga yang betul. Petunjuk tersebut memberi tindak balas kepada tiga situasi utama dalam berlakunya rasuah, iaitu wujud delegasi pihak berkuasa dari ketua sehingga ke pihak bawahan bahawa pihak berkuasa ini boleh dieksploitasi untuk mendapat habuan ekonomi. Di peringkat empirik, hubungan sebab dan akibat dua hala adalah penting bagi potensi untuk mencipta masalah dalam bias secara serentak dalam regresi rasuah dan pertumbuhan. Kajian ini melibatkan penganggar bagi regresi berbilang negara untuk menguji sesetengah hipotesis mengenai hubungan antara rasuah (yang di ukur melalui indeks rasuah dan indeks pentadbiran kerajaan), pembangunan (sepertimana tingkat yang diberi atau kadar pertumbuhan bagi pendapatan per kapita) dan data bagi pemboleh ubah yang lain. Bruce W. Finnie et. al. (2006), kajian beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi dan sosial pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah dari kalangan negara, pemilikan, kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini membentuk satu model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah. Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada kawalan politik dan sosial. Namun analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh menjadi terlebih terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang optimum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh perundangan dan kuasa tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu memastikan tindakan yang rasional. Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah inflasi yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan politik dan juga bentuk pemboleh ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau

336

Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

ialah pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar. Bagi David Ng (2006), tujuan utama kajian beliau adalah untuk mengkaji dengan memfokuskan kepada peranan rasuah terhadap pasaran kewangan. Kebelakangan ini banyak kajian dibuat untuk mengkaji bagaimana tahap rasuah sesebuah negara memberi kesan terhadap aset bagi negara yang lain. Bila melihat kepada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat yang lemah. Bukti anekdot menunjukkan kesan gangguan rasuah dan juga kajian teoritikal mengesahkan kesan ini. Bukti kajian beliau menunjukkan kos yang di tanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai bidang dalam ekonomi. Kajian yang di buat oleh Mushfiq Swaleheen (2007) yang menyatakan bahawa simpanan bergantung kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan bahawa kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian beliau melihat dengan lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di mana analisis empirik yang dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan negara kasar berkurangan akibat daripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar pertumbuhan pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara penting yang menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan yang di buat adalah penting di mana tahap rasuah itu dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan penentunya. Bukti yang ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai akan meningkatkan kadar simpanan negara kasar sebanyak 6.1%.

DAPATAN KAJIAN Keputusan Kajian Empirik Dengan menggunakan pakej E-views, hasil keputusan regresi yang diperolehi daripada Persamaan (1) dapat ditunjukkan dalam Jadual 1. In KDNKt = 0 + 1 In KORRt + 2 In FDIt + 3 In GEXt + 4 In INFLt + In t Yang mana; KDNK KORR FDI GEX INFL = Keluaran Dalam Negeri Kasar = Kadar rasuah = Pelaburan langsung asing = Perbelanjaan kerajaan = Inflasi = Pembolehubah Rawak (1)

Kebanyakan data yang dikumpulkan merupakan data indeks rasuah (corruption index), data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), data perbelanjaan kerajaan, data inflasi dan data Pelaburan Langsung Asing (FDI). Kesemua data tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber yang terdiri daripada sumber berikut, iaitu: i. ii. iii. Transparency International Corruption Perception Index; Euromonitor International; dan Cd-Rom IMF.

Bagi mengukur indeks rasuah ke atas Negara Malaysia, data yang diperoleh adalah berasaskan kepada Transparency International Index bagi tempoh 27 tahun, iaitu dari tahun 1980 sehingga ke tahun 2006. Data tersebut dinilai berdasarkan daripada nilai 0-10. Penilaian yang dibuat adalah dengan menentukan negara yang paling teruk kadar rasuahnya adalah dengan nilai kosong. Manakala bagi nilai sepuluh pula adalah negara yang paling bersih, iaitu negara yang tidak mengamalkan rasuah. Manakala bagi data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), data inflasi dan data Pelaburan Langsung Asing (FDI) di ambil daripada Eouromonitor International. Manakala bagi data perbelanjaan kerajaan pula diperoleh daripada Cd-Rom IMF. Bagi data perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi merupakan pengukur kepada pertumbuhan ekonomi KDNK sesebuah negara.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

337

Keputusan output E-views, menunjukkan bahawa hasil keputusan yang diperolehi adalah selaras dengan hipotesis kajian. Hasil anggaran bagi pemboleh ubah yang ditunjukkan adalah negatif dan juga signifikan pada aras keertian 1%. Hasil keputusan regresi linear yang dibuat dapat ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Keputusan regresi Pemboleh ubah Intercept InKORR InGEX InFDI InINFL Statistik-F R2 *** Nota: Signifikan pada 1%, adalah nilai statistik-t. Koefisien 6.086 (4.3349)*** -1.618 (-3.0944)*** 0.665 (9.9479)*** 0.179 (3.0856)*** -0.086 (-1.9253)* 139.33 0.962 Signifikan pada 5%, *Signifikan pada 10%. Nilai dalam kurungan

**

Daripada keputusan regresi model yang dianggarkan, nilai statistiks-F adalah lebih besar daripada nilai F-jadual. Ini menunjukkan model penganggaran adalah signifikan pada aras keertian 1%. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhan adalah signifikan untuk menerangkan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, nilai R2 yang diperolehi adalah sebanyak 0.962. Ini beerti bahawa 96.2% perubahan yang berlaku dalam KDNK Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah model. Sementara bakinya, iaitu sebanyak 3.8% ditentukan oleh faktor lain (i). Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa KDNK Malaysia yang mewakili pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan positif dengan perbelanjaan kerajaan (InGEX) dan pelaburan langsung asing (InFDI). Namun bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) dan inflasi (InINFL) mempunyai hubungan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pemboleh ubah yang berhubung secara positif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersandar akan meningkatkan KDNK negara, manakala pemboleh ubah yang berhubung secara negatif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersandar akan menurunkan KDNK negara. Merujuk kepada nilai statistik-t, didapati nilai t bagi pemboleh ubah rasuah (InKORR) adalah sebanyak -3.0944, perbelanjaan kerajaan (InGEX) adalah sebanyak 9.9479 dan pemboleh ubah pelaburan langsung asing (InFDI) adalah sebanyak 3.0856. Ini menunjukkan bahawa ketiga-ketiga pemboleh ubah tersebut adalah yang paling signifikan pada aras keyakinan 0.01. Manakala bagi nilai t untuk pemboleh inflasi (InINFL) pula adalah sebanyak -1.9253 di mana aras keyakinannya pada 0.10. Keputusan Ujian Diagnostik Dalam Mengesan Masalah Autokorelasi dan Heteroskedastisiti Ujian diagnostik bahagian ini merupakan ujian yang dilakukan ke atas model untuk mengesan kehadiran masalah autokorelasi dan heteroskedastisiti. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Keputusan Ujian Diagnostik White Heteroskedasticity Test: F-statistic Obs*R-squared F-statistic Obs*R-squared 1.639363 Probability 11.38048 Probability Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test: 2.361780 Probability 7.333781 Probability 0.182462 0.181059 0.103505 0.061987

Keputusan ujian White Heteroskedasticity menghasilkan jumlah 0.181059 dan ini menunjukkan bahawa tidak wujudnya masalah heteroskedastisiti pada aras keertian 5%. Maka hipotesis nul adalah di

338

Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

terima (H0: tiada masalah heteroskedastisiti). Bagi ujian Bruesh-Godfrey Serial Correlation LM pula menunjukkan jumlah yang diperolehi ialah 0.061987 dan ini juga turut menunjukkan bahawa tidak wujud masalah autokorelasi pada aras keertian 5%, yang mana hipotesis nul diterima (H0: tiada masalah autokorelasi). Analisis Keputusan Kajian Bagi melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi, Negara Malaysia mempunyai kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi secara signifikan pada aras keertian 99%. Hasil keputusan regresi yang diperolehi dapat ditunjukkan berdasarkan kepada Persamaan di bawah: KDNK = 6.086 1.618 In Kor + 0.665 In GEX + 0.179 In FDI 0.086 In INFL (2)

Berdasarkan kepada Persamaan 2, peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Ini menunjukkan bahawa rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi ekoran daripada peningkatan kadar rasuah di Negara Malaysia. Bagi pemboleh ubah lain pula, peningkatan 1% dalam perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak 0.66%. Bagi pelaburan langsung asing, peningkatan 1% dalam pelaburan langsung asing akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak 0.179% dan peningkatan 1% dalam inflasi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 0.086%.

RUMUSAN Secara umumnya, objektif utama kajian ini ialah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi dan ianya dapat dijelaskan melalui hasil keputusan kajian yang diperolehi. Penggunaan model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan model regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Walaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Misalnya kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan dalam lingkungan 0.72%. Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu dalam indeks rasuah akan menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan pendapatan KDNK akan bertambah separuh daripada peratusan peningkatan. Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar inflasi bagi sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh beliau mendapati bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Implikasi Dasar Berdasarkan kepada rumusan kajian yang telah dijelaskan, dapatlah dicadangkan beberapa implikasi dasar yang bertepatan serta berkesan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

339

bertumbuh dengan pesatnya. Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca rasuah. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni sejak dari zaman bangku sekolah rendah lagi. Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan jenayah rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan di sisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong kepada akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu, menerima rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa kemiskinan boleh mendorong seseorang itu berlaku rasuah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: Ambillah pemberian itu selagi ia bersifat pemberian. Jika ia bertukar menjadi rasuah maka janganlah kamu mengambilnya. Tetapi kamu tidak akan meninggalkannya sebab keperluan dan kemiskinan mencegah daripada berbuat demikian (Abu Nuaim) Justeru itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak dibandingkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadar kemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah lebih cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga wujud akibat daripada kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan yang dimiliki bagi negara terbabit hanya berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana yang terjadi di Malaysia. Maka dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin kerana kekayaan dibolot oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta pihak yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia saja. Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005) menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Pemerintah perlu memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asasinya tetapi harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah perlu berusaha membangun negara sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima zakat dan tidak ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada pemerintah. Semua keperluan rakyat daripada sekecil-kecilnya mesti dapat dipenuhi. Kejayaan seperti ini dicapai pada zaman pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz juga pernah mengarahkan pegawai-pegawainya supaya mencari orang yang perlukan sebarang pertolongan, membayarkan hutang, membiayai perbelanjaan perkahwinan, memberi tanah dan modal untuk diusahakan. Dalam kes ini, jelas menunjukkan bahawa pemerintah mencari orang yang perlukan pertolongan dan bukan sebaliknya orang yang perlukan pertolongan mencari pemerintah. Justeru itu, secara tidak langsung apabila kemiskinan dapat diatasi dan kekayaan rakyat di bentuk, maka kesan yang boleh di lihat ialah rasuah dapat di cegah.

340

Md. Zyadi Md. Tahir, Sanep Ahmad, Mohd. Hafiz Abdul Wahab

Selain daripada itu, model pembangunan insan perlu diterapkan sebagaimana yang dijelaskan oleh Hasan (1987)1 yang menyatakan bahawa andaian modul bina insan ini di rancang dan selari dengan mengambil andaian yang berikut: 1. 2. 3. 4. Kegiatan pembangunan tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar seandainya sumber kekuatan dalaman manusia tidak dibangunkan terlebih dahulu. Kekuatan yang dapat melahirkan dorongan atau penggemblengan luaran yang berkesan tidak akan tercapai tanpa dorongan dan penggemblengan sumber kekuatan dalaman terlebih dahulu. Semangat daya tahan dan berdaya juang tidak akan kekal tanpa menanam semangat bekerja untuk keredhaan Allah. Kesatuan ketahanan fizikal dan kerohanian tidak mungkin terhasil tanpa usaha membina kekuatan dalaman.

Oleh itu, matlamat modul bina insan adalah untuk melahirkan kefahaman dan keinsafan dikalangan pegawai (dan pekerja serta umat seluruhnya) tentang keperluan mengubah, membina dan mengekalkan sikap menjadi pekerja (dan pejuang) terbaik dihadapan negara dan kerajaan Allah S.W.T. serta bersifat amanah dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan. Setelah melihat kepada huraian yang dijelaskan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti rasuah memang mendatangkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya dikalangan negara yang membangun. Ini jelas menunjukkan bahawa kesan rasuah secara tidak langsung akan merencatkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Oleh itu, apa yang boleh diringkaskan bahawa amalan rasuah akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi serta kebajikan kehidupan sosial masyarakat turut terjejas.

RUJUKAN Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu kajian di BPR Pahang. Kertas Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja Malaysia. Kuala Kubu Baru. Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199-202. Berita Harian. 2007, 30 Ogos Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic development. Journal of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469 Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealth and a contribution to the theory of economic growth. www.emeraldinsight.com/08288666.htm. 22(4): 185-204 Fry, M. J., 1993. Foreign Direct Investment in Southeast Asia: Differential Impact. Singapore: Institute of South East Asia Studies. Gujarati, D. N. 2003. Basic Econometrics. 4th Edition. McGraw Hill International Edition. Hjh. Noresah bt. Baharom et.al. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jomo K. S. & Ishak Shari. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kaur, Harmindar. 1974. Inflation and growth in Malaysia. Proceeding of The Seminar Held on The 21st & 22nd January 1974 at UUM. hlm. 3545. Khairul Azhar Idris. 2005. Membendung Naluri ke Jerat Rasuah. Dlm. Yaacob dan Norharizah Ismail (pnyt). Islam Hadhari Himpunan Isu Kontemporori. Kuala Lumpur: IKIM. Mauro, Paolo. 1995. Corruption and growth. Quarterly Journal of Economics. 110(3): 681-712 Mohd Shauki Abdul Majid. 2004. Wacana Hadhari Dalam Islam. Kuala Lumpur: i-Book Publication Sdn. Bhd. Mohd Zainudin Saleh. 2000. Pembiayaan Pembangunan dan Pertumbuhan . Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ng. David. 2006. The impact of corruption on financial markets. www.emeraldinsight.com/03074358.htm. 30(10): 822-836. Osman Rani Hassan. 1987. Kamus Istilah Ekonomi. Fajar Bakti.
1

Sanep, A & Surtahman, K. H. 2005. hlm 334-335

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

341

Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Economics. 29: 66-79 Rahmah Ismail. 2000. Teori Pertumbuhan Naluri. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep Ahmad & Surtahman Kastin Hasan. 2005. Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sadono Sukirno. 1982. Ekonomi Pembangunan: Proses, Masalah dan Dasar Kebijaksanaan. Bima Grafika. Sheikh Abdullah Basmieh. 1995. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Swalehen, Mushfiq. 2007. Corruption and saving in a panel of countries. Journal of Macroeconomics (2007). 1-23. www.transparency index.com. Yan Diaw, Chua. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai