1.0 PENGENALAN Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam setiap peradaban manusia. Tokoh Matematik, Carl Friedrich Gauss menyatakan Mathematics is the Queen of Science. Ia merangkumi bentuk, simbol dan ruang dan dibahagikan kepada beberapa cabang seperti aritmetik, kalkulus, trigonometri, geometri dan tidak ketinggalan algebra. Perkataan algebra dinamakan sempena perkataan Bahasa Arab al-jabr daripada tajuk buku al-Kitab al-muhtasar fi hisab al-gabr wa-I-muqabala yang bermaksud Buku Ringkasan Tentang Pengiraan melalui Pelengkapan dan
Pengimbangan. Buku tersebut merupakan sebuah buku yang ditulis oleh ahli matematik Muslim Parsi, Muhammad ibn Musa al-Kwarizmi pada tahun 820. Perkataan aljabr bermaksud penyatuan semula ataupun yang membawa maksud gabungan, sambungan, atau pelengkap. Namun demikian, terdapat pelbagai pendapat dari ahli-ahli Matematik tentang algebra. Menurut Usiskin (1997), algebra adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada lima aspek utama iaitu anu, rumus, corak nombor, nilai tempat dan hubungan. Manakala, Vance (1988) pula berpendapat, algebra boleh dikatakan sebagai pengembangan aritmetik. Walau bagaimanapun algebra juga mempunyai berbagaibagai cara untuk memanipulasi simbol dan ia juga merupakan satu cara berfikir. Selain itu, algebra ialah cabang matematik yang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan, dan kuantiti. Algebra amnya dibahagikan kepada dua iaitu algebra klasik dan algebra abstrak yang lebih dikenali sebagai algebra moden. Algebra klasik telah dikembangkan selama 4000 tahun. Manakala algebra abstrak hanya muncul kirakira 200 tahun terakhir. Di samping itu, algebra asas sering dijadikan sebahagian pendidikan sekolah menengah untuk memberikan pengenalan kepada idea-idea asas algebra dengan mempelajari apa yang terjadi apabila nombor-nombor dicampurkan atau didarabkan dan bagaimana membuat polinomial dan mencari punca tersebut. Polinomial ialah
1
ungkapan yang dibina menggunakan beberapa pemboleh ubah dan pemalar dengan operasi-operasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan pengeksponenan nombor bulat sahaja. Rangkuman algebra adalah lebih luas berbanding algebra asas dan dibuat lebih umum. Berbanding dengan hanya menggunakan nombor-nombor, seseorang boleh menggunakan unsur yang tidak diketahui yang terdiri daripada simbol, pemboleh ubah, atau unsur set. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am dan definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang dan medan. Seterusnya, terdapat beberapa cabang algebra dalam Matematik iaitu
elementary algebra, abstract algebra, linear algebra dan universal algebra. Elementary algebra memperkenalkan konsep pembolehubah yang mewakilkan nombor. Pernyataan dari pembolehubah ini dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan nombor seperti operasi tambah. Ia boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk penyelesaian persamaan. Selain itu, algebra juga boleh dikatakan satu teknik yang menggunakan penyataan Matematik bagi menerangkan hubungan antara dua kuantiti unit, masa dan lain-lain. Setiap penyataan matematik bagi menghubungkan dua kuantiti tersebut biasanya disertakan dengan penggunaan simbol abjad seperti x, y atau z untuk menerangkan hubungan satu kuantiti dengan kuantiti yang lain. Penggunaan simbol tersebut dipanggil pembolehubah. Algebra bukan sahaja melibatkan penggunaan simbol malah ia melibatkan aktiviti mencari penyelesaian terhadap masalah di dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, algebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana pelbagai bidang tertentu seperti bidang ekonomi, kimia, fizik dan forensik berkait rapat dengan algebra. Tambahan pula, algebra juga digunakan dalam perbandingan harga, proses jual beli dan sebagainya. Mungkin antara kita yang tidak tahu dan tidak sedar akan kewujudan linear algebra dalam kehidupan kita. Oleh itu, melalui tugasan ini, saya akan memfokuskan beberapa aplikasi linear algebra dalam kehidupan manusia.
2
2.0 APLIKASI PENGGUNAAN ALGEBRA MATRIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN i. Kimia Aplikasi sistem linear algebra dalam kimia terutamanya dalam menyeimbangkan persamaan kimia atau balancing a chemical equation. Persamaan ini saling berkaitan dengan Hukum Pemeliharaan Jisim atau Law of Conservation of Mass. Hukum ini menyatakan jisim tidak dicipta atau dimusnahkan dalam apa-apa tindak balas kimia. Oleh itu, keseimbangan persamaan memerlukan bilangan atom yang sama pada kedua-dua sisi tindak balas kimia. Jisim semua bahan penyebab tindak balas atau the reactants mesti sama jisim dengan bahan-bahan yang dihasilkan oleh tindak balas atau the products. Sebagai contoh, ini merupakan persamaan kimia : C2H6 + O2 CO2 + H2O. Dengan menyeimbangkan tindak balas kimia di atas, secara tidak langsung, nilai x, y, z dan t juga turut dicari. Hal ini bermaksud nombor atom setiap elemen di kedua-dua belah persamaan adalah sama. xC2H6 + yO2 zCO2 + tH2O. Seterusnya, sistem linear seperti berikut :
Gantikan x = 2 dalam persamaan, kita akan memperolehi nilai nilai pembolehubah iaitu y = 7, z = 4 dan t = 6. Oleh itu, persamaan seimbang atau the balanced equation ialah : 2C2H6 + 7O2 4CO2 + 6H2O.
ii. Kewangan Secara tidak sedar, seseorang akan menggunakan atau mengaitkan konsep linear algebra dalam merancang kewangan seharian. Sebagai contoh, linear algebra banyak diaplikasikan semasa proses meminjam duit dan membuka akaun untuk membayar sesuatu faedah. Fenomena ini sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dalam proses membeli kereta atau rumah. Mereka akan membuat pinjaman bank untuk membeli kereta atau rumah terlebih dahulu. Kemudian, mereka akan membayar hutang tersebut secara ansuran bulanan berdasarkan perjanjian yang telah dibuat di antara pembeli dan penjual. Sebagai contoh, formula ini boleh digunakan dalam merancang kewangan seseorang bagi membayar ansuran bulanan kereta tersebut : B = P x (J / (1 (1+J)^-N) ) B = bayaran ansuran bulanan P = jumlah pinjaman I = kadar faedah tahunan (bermula 1 hingga 100) L = tempoh pinjaman dalam kiraan tahun J = kadar faedah bulanan = I / (12 * 100) N= tempoh pinjaman dalam kiraan bulan = L * 12
Contoh: Abu membuat pinjaman sebanyak RM100,000 (P) bagi kereta terpakai dengan kadar faedah 3.5% (I) setahun. Abu akan membayar kesemua hutangnya dalam tempoh 9 tahun (L). Berapakah bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh Abu setiap bulan? B = P x (J / (1 (1+J)^-N) ) B = 100000 x (0.002917 / (1 1.002917^-108) ) B = 100000 x (0.002917 / (1 0.730097) ) B = 100000 x (0.002917 / 0.269903) B = 100000 x 0.010808 B = 1080.80 Oleh itu, Abu perlu membayar bayaran bulanan bagi keretanya sebanyak RM 1080.80.
5
iii.
Kriptografi Kriptografi juga merupakan salah satu contoh aplikasi linear algebra dalam
bidang Matematik. Ia merupakan satu kajian tentang penyulitan iaitu encryption dan penyahsulitan iaitu decryption mesej. Mesej tanpa penyulitan dipanggil plaintext, manakala mesej yang tersulit dipanggil chiphertext. Algoritma untuk proses penyulitan dan penyahsulitan dipanggil chipher. Salah satu jenis chipher yang melibatkan aplikasi linear algebra ialah Hill Chipher. Selain itu, kriptografi ini amat penting dan digunakan untuk keselamatan maklumat sulit para pengguna seperti akaun email, kad kredit dan kad pengenalan daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula, kriptografi ini juga telah digunakan dalam bidang ketenteraan dari segi komunikasi dan isyarat terutamanya dalam dua Perang Dunia pada awal abad ke-20. Kod cipher atau kod rahsia ini menjadi talian hayat kepada dua pihak yang bertelagah untuk menyampaikan sesuatu maklumat tanpa dapat dikesan oleh musuh. Sama ada dari pihak Jepun, Jerman, Britain mahupun Amerika Syarikat. Masingmasing mempunyai ahli cipher atau ahli pemecah kod rahsia yang terlatih. Mereka ini bertanggungjawab untuk memecahkan kod yang telah dipintas dan pada masa yang sama mencipta sejenis kod yang sukar dipecahkan oleh musuh mereka. Sehingga ke hari, kod-kod rahsia ini digunakan oleh kebanyakan agensi perisik daripada seluruh dunia. Mossad, CIA, MI6 dan sebagainya, mereka berkomunikasi dengan cara unik yang mana hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Kecanggihan kod sulit pada hari ini walaubagaimanapun gagal memecahkan beberapa kod dan tulisan seperti Phaistos Disk, Linear A, Kryptos dan Voynich Manuscript. Sebagai contoh: Plain text : Time is running out..
Mesej ini akan ditukarkan kepada mesej baru dengan menggunakan Mod 29. Selepas menggunakan Mod 29, mesej yang baru akan terpapar seperti di bawah:
Jadual Mod 29 Chipher text : N , , . C O J J . , H , X I C V H V E O T Bagi menyahkan chipher text, jadual Multiplicative Inverse Mod 29 diperlukan.
Kini, kebanyakan kerajaan menggunakan kaedah pengekodan atau dikenali sebagai coding dan encoding. Jenis kod yang sangat sukar untuk dipecahkan terdiri daripada matriks yang besar bagi mengekod mesej. Penerima mesej mengekod mesej tersebut dengan menggunakan matriks songsang. Matriks pertama dikenali sebagai matriks encoding manakala songsangan tersebut dikenali sebagai matriks decoding. Sebagai contoh, mesej tersebut adalah : PREPARE TO NEGOTIATE Dan matriks encoding ialah :
Setiap huruf abjad mewakili satu nombor. Misalnya, setiap huruf dikaitkan dengan kedudukannya dalam susunan abjad iaitu A adalah 1, B adalah 2 dan seterusnya. Namun demikian, dalam abjad hanya terdapat 26 huruf. Oleh itu, nombor 27 mewakili jarak atau space antara setiap perkataan. Maka, mesej yang telah dikod tersebut adalah :
Memandangkan matriks bersaiz 3 atau 3 by 3 matrix digunakan, mesej di atas dipecahkan mengikut turutan bertiga-tiga dengan 1 vektor.
Penting bagi menambah ruang pada akhir mesej untuk melengkapkan vektor akhir. Mengekod mesej dengan mendarabkan setiap vektor di atas oleh matriks pengekodan. Ini boleh dilakukan dengan menulis di atas vector sebagai vektor lajur matriks dan melaksanakan pendaraban matriks bahawa matriks dengan matriks pengekodan seperti berikut:
Hasilnya, setiap lajur dalam matriks adalah mesej pengekodan atau encode message. Mesej ini seterusnya dipindahkan ke dalam bentuk linear
Untuk penyahkodan mesej atau decode message, penerima menulis mesej tersebut ke dalam satu urutan bertiga-tiga dengan 1 matriks lajur dan mengulangi teknik yang menggunakan songsangan matriks pengekodan. Songsangan bagi pengekodan matriks iaitu penyahkodan matriks, ialah:
Lajur dalam matriks di atas dipindahkan ke dalam bentuk linear akan memberitahu mesej asal tersebut adalah seperti berikut :
iv. Permainan Petak Ajaib / Magic Square Games Petak Ajaib atau magic square ialah terdiri daripada segi empat sama yang berpetak-petak di mana turutan nombor di dalamnya disusun sehingga hasil tambah nombor-nombor tersebut mengikut baris, lajur dan pepenjurunya adalah sama (Mok Soon Sang, 1997). Selain itu, ia juga merupakan sebuah permainan yang bertujuan untuk memecahkan masalah yang berhubungan dengan penjumlahan bilangan nombor bulat. Misalnya, diberikan bilangan nombor bulat seperti 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Letakkan semua bilangan nombor bulat tersebut pada kotak-kotak di bawah ini sehingga jumlah keseluruhan daripada 3 bilangan nombor bulat tersebut mengikut baris, lajur dan pepenjurunya menghasilkan nilai yang sama.
15
4 3 8
9 5 1
2 7 6
15 15 15
4 3 8
9 5 1
2 7 6
4 3 8
9 5 1
2 7 6
15
15
15
15
Permainan inilah yang disebut Magic Square. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, lakukan beberapa langkah berikut. Langkah 1: Tentukan jumlah bagi semua bilangan nombor yang diisi dalam kotak. Hal ini kerana kesemua bilangan nombor seperti 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 perlu dijumlahkan. 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = 45 Selain dengan menggunakan cara penjumlahan di atas, jumlah dari bilanganbilangan tersebut dapat dilakukan sebagai berikut: 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = ((1 + 9) 9)/2 = 45
10
Cara kedua ini dapat diperoleh dengan menjumlahkan bilangan terkecil dengan bilangan terbesar, kemudian mendarabkan dengan jumlah kesemua nombor dan seterusnya dibahagi dengan 2. Sehingga diperoleh jumlah dari semua bilangan yang akan mengisi kotak adalah 45. Langkah 2: Tentukan jumlah 3 bilangan dari baris, lajur, dan pepenjuru dalam segi empat ajaib. Perhatikan gambar berikut.
Oleh sebab hasil jumlah dalam setiap baris dalam segi empat di atas menghasilkan nilai yang sama, maka a + b + c = d + e + f = g + h + i. Jumlah semua bilangan nombor yang akan mengisi kotak adalah 45 dan dalam segi empat sama tersebut terdiri daripada 3 baris, maka hasil jumlah semua bilangan nombor dalam setiap baris adalah 45/3 = 15. Demikian juga dengan jumlah bilangan nombor yang akan mengisi lajur dan pepenjuru adalah 15. Langkah 3: Tentukan semua kemungkinan penjumlahan 3 bilangan nombor yang terdiri daripada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, atau 9 sehingga jumlahnya menghasilkan nilai 15. Berikut ini semua kemungkinannya. 1+5+9 1+6+8 2+4+9 2+5+8 2+6+7 3+4+8
11
3+5+7 4+5+6 Terdapat 8 kemungkinan dari penjumlahan 3 bilangan nombor bulat 1 hingga 9 yang menghasilkan 15. Kemungkinan-kemungkinan ini nantinya diletakkan dalam segi empat ajaib. Langkah 4: Letakkan semua kemungkinan pada langkah 3 dalam baris, lajur, dan pepenjuru segi empat. Pada langkah 3, perhatikan bahawa: 1 muncul 2 kali, 2 muncul 3 kali, 3 muncul 2 kali, 4 muncul 3 kali, 5 muncul 4 kali, 6 muncul 3 kali, 7 muncul 2 kali, 8 muncul 3 kali, 9 muncul 2 kali. Bilangan-bilangan yang muncul 2 kali nantinya akan diletakkan pada kotak tengah dari sisi menegak atau mendatar segi empat ajaib, kerana pada kotak ini dilalui oleh 1 baris dan 1 lajur.
Bilangan-bilangan yang muncul 3 kali nantinya akan diletakkan pada kotak bahagian pepenjuru dari segi empat ajaib tersebut kerana kotak ini dilalui oleh 1 baris, 1 lajur dan 1 pepenjuru.
12
Sedangkan bilangan yang muncul 4 kali nantinya akan diletakkan pada kotak yang terletak tepat di tengah-tengah segi empat ajaib kerana dalam kotak ini dilalui oleh 1 baris, 1 lajur dan 2 pepenjuru.
Bagi menghasilkan nilai jumlah dalam setiap baris, lajur dan pepenjuru yang sama, bilangan-bilangan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9 dapat disusun dalam segi empat ajaib seperti berikut.
13
3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, algebra atau al-jabr merupakan nadi kepada perkaraperkara yang melibatkan Matematik di sekeliling manusia. Hal ini kerana algebra matriks sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian seseorang. Aplikasi algebra matriks kini banyak digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kimia, kriptografi, kewangan dan tidak lupa juga dalam
permainan petak segi empat sama ajaib. Justeru, algebra matriks memang diperlukan bagi melancarkan sistem-sistem tertentu atau memudahkan lagi pekerjaan seseorang.
14
RUJUKAN
Ahmad Isik & Yasin Soylu. (2008). Teaching Linear Algebra Conceptual and Procedural Learning in Linear Transformation. Diakses pada 26 Mac 2013 daripada
http://hkier.fed.cuhk.edu.hk/journal/wp-content/uploads/2010/06/erj_v23n2_203-226.pdf
Akash Gupta. (2009). Applications of Matrices to Business and Economics. Diakses pada 25 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/19613606/Applications-ofMatrices-to-Business-and-Economics#download
Anton, H. and Rorres, C. (2005). Elementary Linear Algebra Applications Version, 9th edn. John Wiley: New Jersey. Faris. (2012). Aplikasi Linear Algebra Dalam Kehidupan Manusia. Diakses pada 17 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/87084336/Essay-Giler Matemagik.com. (2010). Apa Itu Matematik. Diakses pada 1 Mac 2013 daripada http://www.matemagik.com/2010/11/apa-itu-matematik/ Mohammed Al-Kalbani. Real-World Application of Linear Algebra. Diakses pada 27 Mac 2013 daripada http://www.dit.ie/media/physics/documents/alkalbani.pdf Murray Eisenberg. (1999). Hill Ciphers and Modular Linear Algebra. Diakses pada 2 April 2013 daripada http://www.apprendre-en-ligne.net/crypto/hill/Hillciph.pdf Normi Rosidar Abdul Hadi. (2008). Bilakah Matematik Bermula. Diakses pada 22 Februari 2013 daripada http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2008/47-Sejarah/57-bilakahmatematik-bermula Nurul Fadzeeen Mohd Apandi. (2012). Pesona Algebra. Diakses pada 8 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/87657484/koay Sami Prehn. (2009). Flow From Traffic to Pipes An Application of Linear Algebra. Diakses pada 20 Mac 2013 daripada http://www.facstaff.bucknell.edu/ap030/Math345LAApplications/Flow.html Scribd. (2011). Application of Linear Algebra. Diakses pada 15 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/61829565/Application-of-Linear-Algebra Scribd. (2011). Allpication of Linear Algebra. Diakses pada 24 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/61829565/Application-of-Linear-Algebra Scribd.(2012). Sejarah Algebra. Diakses pada 3 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/73321992/Sejarah-Algebra
15
Scribd. (2012). Apa Itu Aljebra. Diakses pada 5 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/88383028/Apa-Itu-Algebra Strang, G. (2009). Introduction to Linear Algebra, 4th edn. Wellesley-Cambridge Press: Wellesley Tiada Nama Pengarang.(2006). Linear Algebra in Physics. Diakses pada 30 Mac 2013 daripada http://www.math.unibielefeld.de/~hemion/Linear_Algebra_in_Physics/LinearAlg.Physics.pdf Uzair Nawfal. (2012). Kod-Kod Sulit yang Gagal Dipecahkan. Diakses pada 29 Mac 2013 daripada http://takusahrisau.wordpress.com/2012/12/23/kod-kod-sulit-yanggagal-dipecahkan/
16