Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN MINAT, SIKAP DAN TAHAP MOTIVASI PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DENGAN

PENGGUNAAN BAHAN ICT


OLEH : UMAR MUKHTAR BIN MOHAMED ROSLY D 20101038001 SEMESTER II SESI 2012 / 2013 PELAJAR ISMP PENDIDIKAN MORAL, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

ABSTRAK Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar, profesion keguruan dilihat menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan hasrat negara dan Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK). Pelbagai masalah yang wujud. Melihat kepada cabaran itu, seseorang yang bergelar pendidik perlu sentiasa melakukan perubahan dalam gaya pembelajaran mereka untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terhadap minat, sikap, dan tahap motivasi pelajar supaya mereka dapat mencapai matlamat dan objektif pengajaran yang dirancangkan, seterusnya dapat melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan tinggi dan berperkerti mulia.
1

1.0 PENGENALAN Dunia pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dan pembaharuan dalam amalan pengajaran untuk mendapatkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Kerajaan dilihat telah memainkan peranan yang amat baik dan menyediakan landasan yang utuh dalam usaha pembangunan modal insan. Kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilihat menjadi penggerak utama dalam menjayakan hasrat negara untuk melahirkan sebuah warganegara yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan pembangunan insan seimbang yang merangkumi aspek intelektual, rohani, emosi, dan jasmani. Kepimpinan seseorang guru dalam mengurus bilik darjah adalah set teknik dan kemahiran yang perlu ada bagi seseorang yang bergelar pendidik bagi membolehkannya mengawal pelajar-pelajarnya secara efektif dan menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif semasa pembelajaran. Seiring dengan keperluan dan kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan, penekanan yang berterusan harus diutamakan bagi mewujudkan seorang guru yang berkualiti, berketerampilan, berhemah tinggi, dan berdaya maju. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya kepimpinan guru dalam meningkatkan kualiti dan prestasi pelajar seterusnya menyumbang kepada pembangunan insan yang seimbang. Menurut Barth, (2001) guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru melakukan perubahan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan seseorang guru penting dalam menentukan hala tuju matlamat pendidikan di negara kita. Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran teras bagi pelajar bukan beragama Islam di sekolah. Mata pelajaran ini memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan, dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Dalam merealisasikan matlamat ini, kepimpinan pengajaran guru sangat penting dalam menentukan hala tujunya. Menurut Murphy dan Hallinger (1987), kepimpinan pengajaran merujuk kebolehan guru memberikan tumpuan kepimpinan, galakan dan sokongan dengan tujuan
2

mengatasi masalah, memperbaiki dan mempertingkatkan proses penagajaran dan pembelajaran. Salah satu kepimpinan pengajaran yang perlu dikuasai oleh seseorang pendidik dalam menarik minat dan motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah melalui gaya pembelajaran iaitu pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Kaedah sesuai yang digunakan oleh guru akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan kepada pelajar. Oleh itu, dalam kajian tindakan kali ini, penyelidik cuba untuk menngetengahkan penggunaan bahan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah oleh guru-guru dalam meningkatkan minat, sikap, dan juga tahap motivasi pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Berdasarkan sesi pengajaran makro yang telah dilakukan oleh penyelidik, ada beberapa aspek yang dilihat perlu ditambah baik oleh penyelidik bagi mendapatkan satu pengajaran yang lebih berkualiti dan memastikan setiap pelajar dapat memahami, menghayati, dan juga mengamalkannya setiap nilai-nilai murni yang diajar dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti oleh penyelidik semasa menjalankan sesi pengajaran terhadap pelajar di dalam bilik darjah. Perkara yang dapat dilihat berdasarkan analisis dan pemerhatian penyelidik ialah penggunaan bahan bantu mengajar dalam menarik minat, motivasi, dan sikap pelajar semasa proses pelaksanaan sesi pembelajaran. Bahan alat mengajar, teknik dan juga aktiviti boleh ditambahbaik dan dipelbagaikan. Hal ini supaya pelajar tidak berasa bosan dengan aktiviti yang sama dan juga mampu merangsang pemikiran pelajar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik yang pelbagai. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dilihat dapat membantu guru dalam proses pengajaran.
3

Oleh itu, dalam kajian tindakan kali ini penyelidik cuba mengetengahkan penggunaan bahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam memberi keberkesanan dalam penyampaian isi pelajaran kepada pelajar-pelajar, seterusnya mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan.

3.0 PERNYATAAN MASALAH Kurangnya minat dan motivasi pelajar merupakan antara punca utama yang dilihat berlakunya kegagalan kepada guru-guru dalam menyampaikan sesi pengajaran dengan baik dan seterusnya kegagalan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Masalah ini dilihat sedikit sebanyak menyumbang kepada terbantutnya hasrat negara dalam melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, dan mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penyelidik semasa melaksanakan sesi pengajaran makro, penyelidik mendapati bahawa pemilihan penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga amat mempengaruhi minat dan motivasi pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk dan juga tanpa bantuan bahan bantu mengajar yang menarik akan menyebabkan proses pengajaran tidak mampu menarik minat dan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan perancangan pengajaran tidak dapat mencapai objektifnya. Kesan ketara yang dapat kita lihat apabila keadaan sedemikian berlaku ialah konsentrasi dan penglibatan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran kurang memuaskan. Berdasarkan pengalaman penyelidik, pelajar-pelajar akan merasa bosan, pasif, membuat bising, dan tidak memberi kerjasama dengan guru semasa sesi pembelajaran tersebut. Apabila keadaan seperti ini berlaku, hal ini akan mendatangkan masalah kepada guru dalam melaksanakan pengajaran apabila tiada komitmen daripada pelajar. Oleh itu, gaya pembelajaran menggunakan bahan yang berkesan harus ditentukan oleh para pendidik dalam menarik minat dan motivasi pelajar dalam melibatkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
4

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Membantu pelajar meningkatkan minat, sikap dan motivasi diri dalam pembelajaran. 4.3 Meningkatan komitmen penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan dengan bantuan penggunaan bahan ICT.

5.0 PERSOALAN KAJIAN 5.1 Minat, Sikap dan Tahap Motivasi Pelajar 5.1.1 Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. 5.1.2 Apakah perbezaan motivasi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan bantuan bahan ICT. 5.1.3 Bagaimanakah sikap penerimaan serta penghayatan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bahan ICT.

6.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik ini adalah berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran terhadap subjek Pendidikan Moral. Fokus ini ditentukan melalui pengalaman penyelidik sendiri mengajar subjek tersebut. Penyelidik cuba untuk mengetengahkan kaedah pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkkan gambaran sebenar tentang sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan ICT dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam meningkatkan minat, sikap, dan tahap motivasi pelajar untuk terlibat dengan aktif
5

semasa sesi pembelajaran berlaku. Antaranya dengan menggunakan tayangan video, gambar, lagu-lagu menarik yang dapat menarik mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran pada masa itu. Secara khususnya, penyelidik cuba mengetengahkan bahawa penggunaan bahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga mampu untuk memberi ransangan minat dan motivasi pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran tersebut.

7.0 KAJIAN LITERATUR Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Tenaga pengajar dan pengurusan pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Menurut kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji, dapat dinyatakan bahawa pelajar adalah golongan remaja yang memerlukan perhatian yang khusus bagi kita semua dalam membantu mereka di dalam proses pembelajaran. Dunn dan Dunn (1978) dalam bukunya Learning Style Inventory Development and Research menganggap gaya pembelajaran sebagai satu cara bagaimana elemen daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi boleh memberikan kesan kepada keupayaan individu untuk memahamkan sesuatu,berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajarannya. Menurut kebanyakan pengkaji yang melakukan kajian tentang otak dan pemikiran manusia, mereka mengatakan bahawa 99 % daripada apa-apa yang kita pelajari datangnya daripada deria kita, iaitu deria penglihatan pendengaran , hidu rasa, dan sentuh. Hal ini bermakna pendekatan yang digunakan oleh guru juga penting untuk membantu pelajar menerima maklumat dan memahaminya dengan baik. Jensen (1997) menyatakan bahawa lebih daripada 87 % pelajar di dalam bilik darjah belajar bukan secara mendengar sahaja, tetapi juga dalam format visual dan kinestetik. Pelajar perlu banyak melihat atau menggunakan deria mata mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Oleh itu, dengan penggunaan bahan ICT, guru dapat merangsang mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik
6

Pemilihan bahan ICT yang menarik akan dapat lagi menarik minat mereka untuk memberi respon yang baik. Menurut Mazniza Muhamad (2004), kebanyakan guru-guru sedar akan kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tidak menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan, dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, di sini pengkaji cuba untuk mengetengahkan bahawa penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik jika kepimpinan seseorang guru membuat persediaan yang baik dan membuat pemilihan bahan ICT yang menarik dalam memastikan pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran dengan berkesan.

8.0 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik bagi menjalankan kajian ini adalah kaedah pemerhatian dan temu bual. Kaedah ini akan digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan dan mengumpulkan data semasa kajian dijalankan. 8.1 Pemerhatian Berstruktur Kaedah pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden dalam kajian yang dijalankan, iaitu penggunaan bahan ICT dalam pengajaran. Pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak adalah bagi memudahkan penyelidik menganalisis dan memberi ruang kepada penyelidik membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Berikut adalah senarai semak pemerhatian yang dijalankan ; Bil. 1 2 3 4 Item Minat pelajar terhadap mata pelajaran. Penglibatan pelajar dalam proses P&P. Sikap pelajar semasa proses P&P. Hasil tugasan pelajar melalui aktiviti yang dilakukan. Refleksi Guru

Jadul 1 Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur

8.2 Temu bual Separa Berstruktur Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Temu bual ini dilakukan bersama 5 orang pelajar di Sekolah Menengah kebangsaan Kalumpang yang dipilih secara rawak. Berikut adalah set soalan temu bual yang dijalankan ; Bil. 1 Adakah kamu Item berminat dengan mata pelajaran Refleksi Guru

Pendidikan Moral ? 2 3 Kenapa kamu tidak berminat dengan subjek ini? Berikan sebab mengapa kamu tidak memberikan

tumpuan semasa proses P&P ? 4 Adakah penggunaan bahan ICT yang digunakan menarik minat dan menyeronokkan ?

Jadual 2 Soalan Temu Bual Separa Berstruktur

8.3 Penelitian Dokumen Penelitian dokumen digunakan untuk penyelidik mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan kajian yang sedia ada. Dalam kajian tindakan ini, penyelidik telah menggunakan analisis dokumen iaitu borang penilaian daripada guru dan hasil jawapan soalan struktur yang diberikan kepada pelajar. Dokumen ini digunakan untuk menyokong lagi dapatan kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Dokumen yang digunakan ini diletakkan di bahagian lampiran. (Lampiran 14.1 dan Lampiran 14.2)

9.0 PENYELIDIKAN TINDAKAN Penyelidikan tindakan digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah ketika melaksanakan amalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Prosedur penyelidikan tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah dalam satu kitaran iaitu seperti rajah di bawah ;

Langkah 1 Mengenal pasti masalah

Langkah 2 Perancangan Tindakan

Langkah 4 Menganalisis Data

Langkah 3 Pelaksanaan Tindakan

Langkah 5 Refleksi & Penilaian Tindakan

Jadual 3 Prosedur Penyelidikan Tindakan

9.1 Langkah 1 (Mengenal Pasti Masalah) Setelah melakukan sesi pengajaran makro, penyelidik mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul hasil daripada analisis yang dilakukan. Antara masalah tersebut ialah ; 1. Pelajar kurang berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Moral. 2. Pelajar tidak memberikan tumpuan semasa proses P&P. 3. Pelajar tidak memahami dengan jelas apa yang diajarkan oleh guru.

Walaupun telah merancang dan membuat persediaan yang rapi melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH), namun tetap berlaku masalah apabila penyelidik menghadapi beberapa masalah yang telah dikenal pasti semasa pengajaran. Bagi penyelidikan tindakan ini, penyelidik telah memfokuskan kajian terhadap masalah dalam menarik minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

9.2 Langkah 2 (Perancangan Penyelidikan) Perancangan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

supaya dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, penyelidik telah menggunakan kedah penggunaan bahan ICT dalam mengatasi masalah yang berlaku. Penyelidik menggunakan bahan ICT sebagai kaedah untuk menarik minat, sikap dan motivasi pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam perancangan pengajaran harian (RPH), penyelidik cuba menguji keberkesanan penggunaan bahan ICT dengan menggunakan beberapa video pendek yang berkaitan dengan nilai yang diajarkan. Perancangan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik menggunakan 2 keping gambar iaitu semasa set induksi, dan 2 video pilihan sebelum melaksanakan aktiviti di dalam kumpulan. Bagi pengukuhan, penyelidik menyediakan satu soalan berstruktur kepada pelajar untuk dijawab di akhir pelajaran.

9.3 Langkah 3 (Pelaksanaan Tindakan) Pada peringkat ini, penyelidik melaksanakan strategi pengajaran seperti mana yang telah dirancang di dalam langkah kedua. Penyelidik menggunakan bahan ICT tayangan gambar sebagai permulaan kepada pengajaran dan pengenalan tentang nilai yang akan diajar. Dalam pelaksanaan aktiviti pula, penyelidik menayangkan video pendek berkaitan nilai yang diajar bagi merangsang minat pelajar untuk terlibat dengan aktif dalam aktiviti tersebut. Tayangan video tersebut dilakukan sebelum setiap aktiviti dimulakan.
10

Pada pelaksanaan pengajaran ini, penyelidik telah menggunakan 3 kaedah untuk mengumpulkan maklumat tentang kajian yang dilakukan. Pertamanya, secara pemerhatian berstruktur. Pemerhatian dilakukan secara berkala iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran, dan juga selepas pengajaran. Pemerhatian yang dilakukan mencakupi aspek yang telah dinyatakan di dalam instrumen kajian. Keduanya, melalui temu bual separa berstruktur. Temu bual dilakukan oleh penyelidik bersama 5 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Temu bual secara ringkas dilakukan oleh penyelidik mencakupi soalan yang terdapat di dalam instrumen kajian untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan ICT. Seterusnya, penelitian dokumen juga dilakukan oleh penyelidik. Penelitian dokumen ini diperolehi di akhir pengajaran iaitu melalui borang penilaian guru pembimbing dan juga soalan berstruktur yang diberikan kepada pelajar.

9.4 Langkah 4 (Menganalisis Data) Analisis data dilakukan ke atas data kualitatif yang diperoleh daripada instrumen kajian melalui pemerhatian, temu bual, dan juga penelitian dokumen. Analisis data dilakukan untuk mendapatkan hasil dapatan kajian keberkesanan penggunaan bahan ICT dalam meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar di dalam proses pengajaran dam pembelajaran. Kesimpulan analisis secara keseluruhan akan dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan dapatan kajian terhadap permasalahan yang diselidiki.

9.5 Langkah 5 (Refleksi & Penilaian) Setelah mendapatkan dapatan kajian, penyelidik akan melakukan penilaian dan refleksi secara keseluruhan hasil kajian yang telah diperolehi. Tujuannya adalah bagi melihat kekuatan, kelemahan, dan cadangan penambahbaikan bagi kajian pada masa yang akan datang. Penilaian juga akan dilakukan bagi menilai keberkesanan kaedah penggunaan bahan ICT dalam pengajaran Pendidikan Moral bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti oleh penyelidik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

11

10.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian adalah merupakan hasil keputusan yang diperoleh daripada kaedah kajian yang dijalankan. Bagi kajian tindakan kali ini, penyelidik cuba menganalisis kajian yang dilakukan berdasarkan kaedah kajian yang telah digunakan untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan bahan ICT dalam meningkatkan minat, sikap dan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 10.1 Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian Berdasarkan analisis kaedah permerhatian yang dilaksanakan oleh penyelidik ;

Bil.

Item

Dapatan Kajian

Minat

pelajar

terhadap

mata Pelajar berminat jika kaedah yang digunakan oleh guru menarik.

pelajaran. 2

Penglibatan pelajar dalam proses Pelajar lebih aktif dan memberikan P&P. tumpuan sepenuhnya dalam P&P. Memberi respon yang baik, tidak membuat bising, dan mendengar

Sikap pelajar semasa proses P&P.

arahan guru. 4 Hasil tugasan pelajar melalui aktiviti Tugasan siap dilakukan, pemahaman yang dilakukan. yang baik daripada pelajar-pelajar, penglibatan sepenuhnya di dalam

perbincangan kumpulan.

Jadual 4 Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian

10.2 Dapatan Kajian Melalui Temu Bual Berdasarkan analisis kaedah temu bual yang dilaksanakan oleh penyelidik ;

12

Bil.

Item

Dapatan Kajian

Adakah kamu berminat dengan Pelajar mata Moral ? pelajaran

tidak

berminat

dengan

mata

Pendidikan pelajaran Pendidikan Moral.

Kenapa kamu tidak berminat Bagi mereka, mata pelajaran ini bosan dan dengan subjek ini? tidak menarik. guru tidak menarik, tidak

Berikan sebab mengapa kamu Pengajaran tidak memberikan

tumpuan memahami apa yang diajar, keadaan ini akan menyebabkan pelajar akan bosan.

semasa proses P&P ? 4

Adakah penggunaan bahan ICT Penggunaan bahan ICT juga dilihat dapat yang digunakan menarik minat meningkatkan minat, sikap, dan tahap dan menyeronokkan ? motivasi pelajar untuk terlibat dengan aktif di dalam pembelajaran yang dilakukan.

Jadual 5 Dapatan Kajian Melalui Temu Bual

10.3 Dapatan Kajian Melalui Penelitian Dokumen Bagi kaedah kajian melalui penelitian dokumen, dapatan kajian diperoleh hasil daripada penilaian yang dilakukan oleh guru pembimbing. Melalui penilaian yang dilakukan oleh guru pembimbing, beliau menyatakan bahawa penggunaan bahan ICT yang digunakan oleh penyelidik sangant menarik dan mampu merangsang minat dam mitivasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pembimbing juga menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan dapat dilaksanakn dengan baik kerana pelajar memberi kerjasama yang baik dan tumpuan yang baik. Bagi penilaian soalan berstruktur kepada pelajar pula, hasil analisis jawapan pelajar menunjukkan pelajar-pelajar dapat menjawab dengan baik soalan tersebut memahami pengajaran yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan bahan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat
13

meningkatkan minat ,sikap, dan juga tahap motivasi pelajar di dalam sesuatu sesi pembelajaran, terutamanya di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral yang dianggap membosankan pelajar-pelajar. Keseluruhan dapatan kajian dapat dilihat seperti di bawah ; 1 Minat & Sikap pelajar 2 3

Input

Proses

Output

Motivasi pelajar

Penglibatan pelajar dalam P&P

Kaedah / pendekatan yang digunakan di dalam P&P

Pelajar terima atau tidak

(Masalah)

Penggunaan bahan ICT dalam P&P

4 Meningkatkan minat, sikap dan tahap motivasi pelajar dalam proses P&P

Outcome

Jadual 6 Dapatan Kajian Keseluruhan Penyelidikan Tindakan

14

11.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI Penilaian guru terhadap pelajarnya merupakan faktor penting untuk mengesan pencapaian pembelajaran. Dengan maklumat yang diterima itu, guru dapat mengubahsuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Dalam kajian yang telah dilakukan, penyelidik mendapati bahawa dengan bantuan penggunaan bahan ICT semasa menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah, ia telah membantu meningkatkan minat, sikap dan tahap motivasi pelajar dalam mengikuti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Bedasarkan pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, penyelidik membuat penilaian kaedah pengajaran yang dipilih dengan membandingkannya dengan kaedah pengajaran tradsional (chalk and talk) seperti di bawah ;

Bil.

Item

Tradisional (Chalk & Talk)

Penggunaan ICT

Minat pelajar

Kurang berminat

Berminat

Sikap pelajar

Jemu, bosan, membuat bising

Lebih memuaskan

Tumpuan pelajar

Kurang memuaskan, lemah

Fokus, aktif

Hasil tugasan pelajar

Kurang memuaskan

Lebih memuaskan

Jadual 4 Perbandingan Pengajaran Chalk And Talk Dan Penggunaan ICT

15

Daripada perbandingan yang dilakukan, penyelidik mendapati bahawa kaedah bantuan penggunaan ICT dapat memberikan impak yang besar terhadap minat, sikap dan tahap motivasi pelajar. Dengan menggunakan bantuan bahan ICT yang menarik, pelajar akan lebih menumpukan perhatian dan aktif dalam proses pembelajaran tersebut. Aktiviti-aktiviti yang diatur oleh guru dapat dilaksanakan dengan baik apabila pelajar-pelajar memberikan komitmen dan kerjasama mereka. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Walaupun begitu, pendekatan tradisional juga tidak seharusnya dibuang oleh guru-guru kerana gabungan pedekatan tradisional dan moden ini akan lebih memberikan kesan yang lebih positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, guru-guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan pengajaran yang menarik seperti penggunaan bahan ICT ini bagi memastikan pelajar tidak bosan dan memberikan respon yang baik terhadap proses pengajaran yang dilakukan.

12.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Merujuk kepada pendidikan konvensional, pelajar-pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengira sama ada mereka boleh mengikuti pelajaran tersebut atau tidak. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kegagalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku jika tiadanya minat dan motivasi diri pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran. Oleh itu, para pendidik perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap pelajar dapat mengikuti rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru dengan jayanya bagi merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan generasi muda yang berwibawa. Pelbagai masalah disiplin dan prestasi pelajar sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah diri sering kita dengar berlaku di negara kita. Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini adalah disebabkan tiadanya minat dan motivasi diri pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Keadaan ini membawa masalah kepada guru-guru dalam

16

melaksanakan pengajaran mereka dan mencapai objektif pengajaran yang telah disusun sebelumnya. Bagi penyelidik, kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu langkah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Penggunaan bahan ICT juga dilihat salah satu langkah yang boleh diguna pakai oleh seseorang guru dalam proses pengajarannya. Perkembangan pendidikan memperlihatkan penggunaan computer, ICT menjadi salah satu bahan pengajaran yang berkesan kepada pelajarpelajar. Penggunaan komputer boleh direka bentuk sama ada melalui tayangan video, gambar-gambar, lagu-lagu yang sesuai, dan sebagainya dalam menarik minat dan motivasi pelajar terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. Keadaan ini seterusnya dapat merangsang dan meningkatkan minat pelajar dan mereka juga akan lebih bermotivasi untuk mengikuti sesi pembelajaran tersebut sehingga ke akhirnya. Dengan bantuan penggunaan bahan ICT yang menarik, pelajar akan lebih memahami maklumat yang disampaikan oleh guru dan juga memberi motivasi untuk mereka menyertai setiap perancangan aktiviti yang dijalankan oleh guru dengan aktif dan tidak menimbulkan masalah kepada guru. Dalam penyelidikan kali ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk kajian yang seterusnya. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan mengecilkan lagi skop penggunaan bahan ICT dalam meningkatkan minat dan sikap serta tahap motivasi pelajar dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, merujuk kepada penggunaan video sahaja. Jadi, kajian yang dilakukan haruslah kepada bagaimana penggunaan video dapat merangsang diri pelajar dalam mengikuti sesi pembelajaran dengan jayanya. Hal ini sangat penting dititikberatkan oleh guru-guru dalam memastikan pelajar-pelajar dapat mencapai objektif dan matlamat pengajaran.

17

13.0 RUJUKAN Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah (2007) Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan tindakan, kaedah gaya dan penulisan. Selangor: Penerbit Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah (2009 ) Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2011). Pengantar pendidikan. Selangor: Penerbit Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tam Yeow Kwai (2006). Pendidikan moral, konsep dan pedagogi pendidikan moral untuk pelajar-pelajar KPLI, LPBS, dan PISMP maktab-maktab perguruan. Kuala Lumpur: Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

18

14. 0 LAMPIRAN

14.1 Penilaian Daripada Guru Pembimbing Pendidikan Moral SMK Kalumpang

19

14.2 Contoh Hasil Jawapan Pelajar (Penilaian Terhadap Pelajar)

20