Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN: Meningkatkan kemahiran bacaan semerta dengan menggunakan teknik permainan.

NAMA PENYELIDIK: 1. Mohd Fauzi Bin Ahamad NAMA SEKOLAH: Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, No 2 Jalan Zainal, Pekan Air Panas, 85300 Labis, Johor. 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU [ masukkan teori ] Saya adalah guru matapelajaran pendidikan muzik bagi murid tahun 6. Saya mendapati sebilangan besar murid saya gagal untuk mengenalpasti not-not pada garis baluk. Masalah ini saya kenal pasti semenjak mereka di tahun 5. Walaupun saya sudah meminta murid menghafal not-not pada garis baluk, namun mereka masih lemah dalam menamakan not-not tersebut. Oleh yang demikian, mereka sukar atau lambat untuk memainkan rekorder mengikut skor yang diberi. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat satu kajian tindakan yang mampu untuk membantu murid murid saya menghafal kedudukan not not pada garis baluk. Saya memikirkan satu kaedah atau teknik yang menyeronokkan serta tidak membosankan demi menarik minat seterusnya memberi daya ingatan yang kuat terhadap kedudukan not pada garis baluk. Maka tercipta satu latihan menghafal kedudukan not pada garis baluk melalui kaedah permainan. Kaedah ini saya namakan Dadu Berbaluk 2. Fokus Kajian Saya memfokuskan kajian ini untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat membaca not pada skor atau kertas notasi muzik yang diberi. 3. Objektif Kajian i. Objektif Umum Meningkatkan kemahiran mengingat kedudukan not not pada garis baluk dikalangan murid murid supaya memudahkan mereka membaca notasi sesebuah lagu. ii. Objektif Khusus

Memberi kesedaran pada murid-murid mengenai kepentingan mengingat kedudukan not not pada garis baluk dalam meningkatkan kemahiran muzik mereka. 4. Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 24 orang murid tahun 5 SK Pekan Air Panas. 5. Tindakan yang dicadangkan 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Pemerhatian oleh guru terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran murid semasa mereka membaca notasi lagu untuk latihan solfa, menyanyi serta bermain rekorder. Sesi soal jawab semasa dalam kelas mengenai kedudukan not not pada garis baluk. Kuiz dan ujian menamakan kedudukan not not pada garis baluk. Melukis kedudukan not not pada garis baluk berdasarkan pic yang diberi.

Cadangan Penyelesaian Masalah Murid memahami apa itu garis baluk yang terdiri dari 5 garisan dan 4 ruang di antara garisan garisan tersebut.

Murid mengenalpasti kedudukan not not pada garis baluk dan ruang antara garis baluk.

Murid bermain Dadu Berbaluk 5 minit sebelum dan 5 minit diakhir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

6.

Jadual Pelaksanaan Kajian. AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Menulis proposal kajian. Merancang tindakan yang akan dijalankan. Melaksanakan tindakan ( Aktiviti yang dirancang ). Membincangkan hasil yang didapati daripada tindakan. Refleksi kajian. Menulis laporan kajian. Pembentangan dapatan kajian. TEMPOH PELAKSANAAN 14 Februari 2012 21 Febuari 2012 28 Febuari 2012 6, 20 dan 27 Mac 2012 30 Mac 2012 3 April 2012 10 April 2012 17 April 2012

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

7. BIL 1 2

Kos Kajian. JENIS BAHAN Kad Manila Gam Jumlah Kos KUANTITI x HARGA SEUNIT 24 x RM0.50 1 x RM 0.50 KOS ( RM ) 12.00 0.50 RM 22.80

8.

BERTINDAK

Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti berikut :

Aktiviti 1 : Memahami Garis Baluk. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3.

( Tarikh : 06 Mac 2012 )

: Murid meneliti garis baluk pada papan putih. : Murid mendengar penjelasan guru mengenai konsep asas garis baluk termasuk kedudukan kedudukan not pada garis baluk. : Murid menghafal kedudukan not not pada garis baluk menggunakan jalan cerita seperti berikut ;

Kedudukan not pada garisan ; E emak G gosok B baju D dengan F Fatimah Oleh itu jalan ceritanya Emak Gosok Baju Dengan Fatimah Manakala bagi kedudukan not antara ruang garisan adalah seperti berikut; F A C E - muka Murid menghafal ejaan FACE iaitu muka bagi memudahkan mereka mengingat kedudukan not not pada ruang antara garisan baluk. Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini amat berkesan dalam membina daya ingatan mereka terhadap kedudukan not not pada garis baluk., Refleksi yang saya perolehi dari aktiviti ini ialah, murid murid akan lebih mudah mengingat sesuatu formula sekiranya diberikan jalan cerita.

Aktiviti 2 : Bermain Dadu Langkah 1 Langkah 2

( Tarikh : 20 Mac 2012 )

: Murid mendengar taklimat guru mengenai cara bermain dadu berbaluk. : Setiap murid perlu memutarkan dadu sebanyak satu kali seorang. Selepas dadu tersebut berhenti berputar, murid yang memutarkan dadu melukis garisan baluk beserta kedudukan not yang terpapar pada bahagian atas dadu tersebut pada papan putih.

Langkah 3 Langkah 4

: Murid yang lain akan meneka kedudukan not yang dilukis oleh murid berkenaan. : Selepas kedudukan not yang dilukis oleh murid tadi berjaya diteka oleh murid lain, permainan diteruskan dengan murid lain memutarkan dadu.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini amat menyeronokkan dimana terdapat elemen permainan atau didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Murid bersemangat untuk cuba meneka kedudukan not yang dilukis oleh rakan mereka berpandukan putaran Dadu Berbaluk. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa kaedah permainan Dadu Berbaluk mampu meningkatkan pengetahuan seterusnya menguatkan daya ingatan murid terhadap kedudukan not not pada garis baluk.

Aktiviti 3 : Pertandingan Dadu Berbaluk Langkah 1 Langkah 2

( Tarikh : 27 Mac 2012 )

Langkah 3 Langkah 4

: Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. : Murid bertanding bermain Dadu Berbaluk dengan mengambil kiraan mata jumlah tekaan yang betul semasa ahli kumpulan mereka melukis kedudukan not pada garis baluk berpandukan putaran Dadu Berbaluk. : Kumpulan murid yang Berjaya mengumpul jumlah tekaan yang paling banyak dikira sebagai pemenang. : Kumpulan murid yang menang diberi hadiah oleh guru.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini dapat membantu murid benar benar menguasai kemahiran membaca kedudukan not not pada garis baluk. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah murid akan berusaha bersungguh sungguh untuk mengingat kedudukan not not pada garis baluk supaya mereka dapat memenangi pertandingan yang dianjurkan.

9.

MEMERHATI

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, kaedah Permainan Dadu Berbaluk ini mampu memberi impak yang besar dalam meningkatkan daya ingatan murid terhadap kedudukan not not pada garis baluk. Aktiviti pertama menunjukkan murid murid agak kurang bersemangat untuk memahami kedudukan not not pada garis baluk. Hal ini mungkin kerana teknik pengajaran yang digunakan kurang menghiburkan mereka. Terdapat sebilangan kecil sahaja murid yang ingin mengambil inisiatif menghafal kedudukan not not pada garis baluk ini. Situasi pembelajaran berubah apabila bermulanya aktiviti kedua. Semasa saya menerangkan bagaimana untuk bermain Dadu Berbaluk ini, murid menunjukkan minat dengan mengambil perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh saya. Apabila permainan dimulakan, keadaan bertambah menyeronokkan. Secara tidak langsung murid murid termotivasi untuk menghafal kedudukan not not pada garis baluk melalui penglibatan mereka dalam permainan tersebut. Di akhir aktiviti kedua ini, saya dapat memerhatikan perubahan sikap murid terhadap kemahiran menghafal kedudukan not- not pada garis baluk. Mereka berminat untuk mengetahui seterusnya mengingat kedudukan not not pada garis baluk dengan lebih serius lagi. Kemuncak perubahan sikap murid murid dapat saya lihat pada aktiviti ketiga. Semasa aktiviti ketiga dilaksanakan, sebahagian besar murid sudah dapat menguasai kemahiran membaca kedudukan not not pada garis baluk. Apabila saya menganjurkan Pertandingan Dadu Berbaluk, murid sedaya upaya bersaing sesame mereka untuk memastikan kumpulan mereka menjuarai pertandingan tersebut. Murid murid yang pada peringkat awalnya tidak berminat untuk menghafal kedudukan not- not pada garis baluk ini, mula menunjukkan perubahan sikap. Melihatkan rakan sebaya mereka bersungguh sungguh meneka kedudukan not not pada garis baluk yang telah dilukis oleh rakan mereka, mereka secara tanpa disedari cuba membantu atau memberi saingan dalam meneka kedudukan not not tersebut.