Anda di halaman 1dari 8

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN: Meningkatkan kemahiran konsep TEMPO menggunakan teknik latih tubi.

NAMA PENYELIDIK: 1. Mohd Fauzi Bin Ahamad NAMA SEKOLAH: Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, No 2 Jalan Zainal, Pekan Air Panas, 85300 Labis, Johor. 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU [ masukkan tentang teori teori cth ; mengajuk tepuk, nyanyian, Tempo merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam Pendidikan Muzik sekolah rendah. Elemen tempo ini sentiasa berada dalam sukatan matapelajaran pendidikan muzik dari Tahun satu sehingga Tahun 6. Sepanjang saya mengajar selama 6 tahun di sekolah ini, saya sering berdepan dengan masalah murid gagal untuk menguasai tempo sesebuah lagu walaupun lagu tersebut sudah berkali kali dinyanyikan. Melihat akan masalah ini, maka saya telah memikirkan cara bagaimana untuk memberi pemahaman yang kukuh kepada semua murid saya terhadap konsep tempo dalam sesebuah lagu. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang telah saya laksanakan, hampir 50 peratus murid sekolah ini gagal menguasai tempo sesebuah lagu. Sebagai contoh, apabila murid menyanyikan lagu Negaraku pada perhimpunan pagi Isnin, walaupun dengan iringan Minus One, murid kadang kala gagal mengikut tempo yang betul dan tepat. Oleh itu saya telah menghasilkan satu kaedah untuk mengatasi masalah ini yang saya beri nama Tempo Jiwa dan Minda. 2. Fokus Kajian Saya memfokuskan kajian ini untuk mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat memahami konsep dan merasai tempo sesebuah lagu dengan betul dan tepat. 3. Objektif Kajian

Mendidik murid supaya dapat memahami konsep asas tempo. Menambah keyakinan murid untuk menjiwai tempo sesebuah lagu. Meningkatkan kemahiran asas muzik [ tempo ] kepada murid murid.

Memberi pengalaman muzikal yang menarik dan menyeronokkan untuk murid murid. 4. Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 52 orang murid tahap 2 SK Pekan Air Panas. 5. Tindakan yang dicadangkan 5.1 Tinjauan Masalah [ sediakan borang instrument ] Pemerhatian oleh guru terhadap mutu nyanyian repetoir semasa perhimpunan pagi Isnin. Penilaian oleh guru semasa sesi nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian oleh guru berdasarkan aktiviti permainan alat perkusi. Pentaksiran oleh guru melalui pergerakkan anggota badan berdasarkan ekspresi murid terhadap sesebuah lagu atau muzik.

5.2 Cadangan Penyelesaian Masalah [ nyatakan kaedah; cth latih tubi detik, nyatakan bagaimana dan berapa kali dilaksanakan. Murid memahami konsep asas tempo yang terdiri dari konsep detik lagu. Guru menerangkan bagaimana untuk merasa detik sesebuah lagu melalui bahan bantu mengajar seperti jam dan metronome.

JAM

METRONOME

Murid menghayati tempo sesebuah lagu dengan menepuk tangan mengikut tempo lagu yang diperdengarkan. Murid mempelbagaikan cara merasa detik dengan menggunakan perkusi badan yang lain atau menggunakan alat perkusi ringan seperti kastenet atau loceng.

KASTENET

LOCENG

Murid secara berpasangan melaksanakan Tempo Jiwa dan Minda [ BERPASANGAN ] di mana mereka akan saling membantu rakan atau pasangan mereka menghayati serta merasa tempo sesebuah lagu. Seorang murid akan menjadi perkusi badan atau memegang perkusi ringan manakala pasangannya akan menepuk perkusi badan rakan atau memainkan perkusi ringan yang dipegang oleh pasangannya.

Murid dalam kelompok yang besar melaksanakan Tempo Jiwa dan Minda. Semua murid akan duduk dalam satu bulatan dan dikehendaki memegang sehelai kertas yang direnyukkan menjadi bola kecil. Secara serentak, apabila lagu atau muzik dimainkan, murid perlu menggerakkan tangan memberi bola kecil dari kertas tadi kepada rakan di sebelah kanan atau sebelah kiri mengikut tempo lagu tersebut.

6.

Jadual Pelaksanaan Kajian. [ carta gant ] pecahkan tindakan lebih banyak lagi. AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Menulis proposal kajian. Merancang tindakan yang akan dijalankan. Melaksanakan tindakan ( Aktiviti yang dirancang ). Membincangkan hasil yang didapati daripada tindakan. Refleksi kajian. Menulis laporan kajian. Pembentangan dapatan kajian. TEMPOH PELAKSANAAN 6 Februari 2012 13 Febuari 2012 20 Febuari 2012 5, 19 dan 26 Mac 2012 25 Mac 2012 30 Mac 2012 2 April 2012 9 April 2012

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

7. BIL 1 2 3

Kos Kajian. JENIS BAHAN Jam dinding [ Besar ] Metronome Kertas A4 Jumlah Kos KUANTITI x HARGA SEUNIT RM 50.00 1 x RM 40 1 rim x RM 8 KOS ( RM ) 50.00 40.00 8.00 RM 98.00

8.

BERTINDAK

Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti berikut :

Aktiviti 1 : Pengetahuan Asas Mengenai Tempo Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3. Langkah 4

( Tarikh : 05 Mac 2012 )

: Murid merasa degupan jantung dengan meletakkan tangan kanan pada dada kiri. : Murid mendengar bunyi metronome yang ditetapkan kelajuannya. : Murid menepuk tangan mengikut detik metronome dengan kelajuan dan kadar yang sekata. : Murid menepuk perkusi badan atau memainkan perkusi ringan seperti kastenet atau loceng mengikut detik dari metronome yang telah ditetapkan kelajuannya oleh guru.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini berhasil membentuk pemahaman asas mengenai tempo. Apabila metronome dipasang dengan kelajuan yang berbeza, murid dapat mengikut temponya melalui permainan perkusi badan atau perkusi ringan. Refleksi yang saya perolehi dari aktiviti ini ialah kefahaman asas mengenai tempo amat penting diserapkan dalam diri murid melalui penggunaan alat bantu mengajar [ ABM ] yang bersesuai seperti metronome.

Aktiviti 2 : Tempo Jiwa dan Minda [ Berpasangan ] Langkah 1

( Tarikh : 19 Mac 2012 )

Langkah 2 Langkah 3

: Murid mendengar 3 lagu wajib semasa perhimpunan pagi hari Isnin. 1. Lagu Negaraku. 2. Lagu Bangsa Johor. 3. Lagu Sekolah. : Murid dibimbing oleh guru menepuk detik ketiga tiga lagu mengikut tempo asal lagu lagu tersebut. : Murid membezakan tempo dari ketiga tiga lagu. BIL LAGU 1 Negaraku 2 Bangsa Johor 3 Lagu Sekolah TEMPO Sederhana Perlahan Laju

Langkah 4

Langkah 5

: Murid memilih seorang rakan sebagai pasangan mereka untuk bermain perkusi badan atau perkusi ringan dengan individu A memegang alat perkusi manakala individu B memainkan alat perkusi tersebut mengiringi detik ketiga tiga lagu dengan tempo yang betul dan tepat. : Murid bertukar peranan dengan pasangan mereka tadi bagi memastikan setiap murid dapat menghayati dan merasa tempo lagu lagu tersebut.

Pemerhatian yang saya jalankan mendapati murid bertambah mahir dan bijak memainkan tempo lagu yang dimainkan. Penggunaan ketiga tiga lagu yang mempunyai tempo berbeza ini memberi satu gambaran jelas bagaimana untuk murid murid dapat memainkan tempo sesebuah lagu dengan betul dan tepat. Refleksi yang saya perolehi dari aktiviti ini ialah pemilihan serta kepelbagaian lagu semasa menerangkan konsep asas tempo amat penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran yang hendak disampaikan.

Aktiviti 3 : Tempo Jiwa dan Minda [ Berkelompok ] Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

( Tarikh : 26 Mac 2012 )

Langkah 4 Langkah 5

: Murid diminta untuk duduk dalam satu bulatan besar. : Setiap orang murid diberi sebiji bola kertas dan meminta murid meletakkan kertas tersebut dihadapan mereka. : Murid mendengar penjelasan guru bagaimana mereka akan mengambil bola kertas tersebut secara serentak apabila muzik dimainkan dan terus memberikan bola tersebut pada rakan di sebelah kanan secara berulang mengikut tempo lagu yang dimainkan. : Murid yang tersalah langkah atau gerakan samada tercepat atau akan dikenakan denda seperti menyanyi. : Murid menjalankan aktiviti ini menggunakan lagu lagu yang berbeza temponya.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini dapat mendidik dan mendisiplinkan murid supaya lebih fokus semasa menghayati tempo sesebuah lagu. Aktiviti ini

memberi keseronokkan kepada murid disamping denda yang dikenakan apabila murid tersalah mengikut tempo melazimkan mereka untuk menghayati tempo sesebuah lagu itu dengan lebih teliti. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah kaedah permainan adalah kaedah yang paling mudah dan berkesan dalam memberi ilmu atau mengajar sebarang kemahiran matapelajaran muzik. Selesai sahaja aktiviti ini, murid murid saya tidak lagi menghadapi masalah untuk menyanyi mahupun bermain alat perkusi mengikut tempo lagu yang betul dan tepat.

9.

MEMERHATI

Setelah selesai semua langkah langkah dalam kajian tindakan ini, saya berasa amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Semua murid tahap 2 kini mampu menyanyi mahupun bermain alat perkusi dengan mengikut tempo yang betul dan tepat. Pada mulanya murid agak sukar untuk memahami dan menghayati konsep asas tempo dalam sesebuah lagu. Namun setelah dibantu dengan alat bantu mengajar [ABM] metronome, kefahaman murid berkenaan tempo semakin baik. Ini disokong pula dengan pemeringkatan ansur maju dalam langkah langkah sesi pengajaran dan pembelajaran menambah lagi keberkesanan penyampaian konsep asas tempo kepada murid murid ini. Aktiviti kedua iaitu Tempo Jiwa dan Minda [ Berpasangan ] adalah satu flatform yang baik untuk murid berkongsi kemahiran meghayati tempo sesebuah lagu dengan rakan yang lain. Pemilihan pasangan yang seimbang juga mampu membantu murid murid yang lemah dalam pemahaman serta penghayatan terhadap tempo sesebuah lagu. Hasil dari perkongsian ilmu ini, sebahagian murid yang pada permulaannya kurang memahami konsep asas tempo semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Kemuncak dalam kajian tindakan ini adalah pada aktiviti yang ketiga iaitu Tempo Jiwa dan Minda [ Berkelompok ]. Aktiviti ini menguji kecekapan setiap murid dalam penghayatan tempo sesebuah lagu. Secara semulajadi, disiplin terhadap tempo akan terbentuk hasil dari gerakan memberi bola kertas kepada rakan secara serentak. Murid yang gagal menghayati tempo lagu yang dimainkan pasti akan melakukan kesilapan semasa memberi bola kertas kepada rakan. Denda yang dikenakan kepada murid yang gagal memberi bola kertas dengan betul mampu mewujudkan persaingan yang sihat di antara murid dalam memberikan fokus yang penuh kepada tempo lagu yang dimainkan. Kesimpulannya kaedah Tempo Minda dan Jiwa ini amat berkesan dalam memberi pengetahuan serta kemahiran asas tempo kepada murid murid saya. Saya bercadang untuk melaksanakan kaedah ini kepada murid tahap satu dengan meringgankan sedikit aktivitinya mengikut kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid tahap satu.

Anda mungkin juga menyukai