Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana dengan keizinan daripada Nya dapatlah saya menyiapkan satu kajian yang berhubung kait dengan bidang perubatan. Walaupun dalam proses menyiapkan kajian ini terdapat banyak masalah yang di hadapi.

Setiap aspek dalam kajian ini tidak mungkin akan terhasil dan terlaksana tanpa tunjuk ajar dan sokongan daripada pelbagai pihak yang tampil dalam menjayakan kajian ini. Sehubungan dengan itu, sekalung budi dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pengajar, Tn. Hj Halim Bin Ahmad iaitu penyelaras kumpulan 64 pengajar-pengajar lain kerana telah banyak membantu dalam menghasilkan satu kajian yang lengkap serta berkualiti. Tanpa bimbingan mereka tidak mungkin kajian ini dapat dihasilkan dengan sempurna.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada staf-staf Klinik Kesihatan Titi, Jelebu yang banyak membantu dan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam usaha saya mendapatkan data-data dan maklumat yang dikehendaki. Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian, terima kasih di ucapkan dalam memberi ideaidea bernas yang berguna semasa menghasikan kajian ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana membimbing saya dalam proses menyiapkan kajian ini. Sekian wassalam..........................

ABSTRAK

Peningkatan penyakit jantug joronari merupakan masalah yang perlu ditangani dan satu kajian bagi mengesan bagaimanakah tahap keberkesanan pendidikan kesihatan terhadap pesakit ini dijalankan. Seperti yang di ketahui penyakit janung koronari ini boleh menyebabkan maut kepada manusia jika seseorang itu gagal mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit ini. Kebanyakkan masyarakat mengetahui tentang penyakit ini tetapi masih kurang mengambil berat dan memberi perhatian. Keadaan ini berlaku khususnya dikalangan masyarakat luar bandar yang tidak begitu mementingkan kesihatan. Ini berlaku kerana masyarakat menganggap penyakit ini biasa berlaku apabila umur seseorang itu semakin meningkat. Dalam proses kajian ini, objektif utama penyelidik adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan pendidikan kesihatan yang telah diberikan kepada masyarakat. Kajian tersebut telah dijalankan di wad perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kajian ini dilakukan dengan kaedah Metadologi yang telah

menggunakan cara questionnaire, dimana soalan-soalan dirangka serta diedarkan kepada 50 orang responden secara rawak. Soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan biodata responden dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyakit ini. Sehubungan dengan itu, peningkatan tahap kesedaran terhadap die=ri dan penyakit adalah amat penting untuk menjalani kehidupan yang sihat.

PENGENALAN

Hipertensi atau dengan nama lain dikenali sebagai tekanan darah tinggi merupakan penyakit utama yang terjadi dikalangan golongan orang dewasa yang berada dipertengahan diantara umur 35 tahun hingga 45 tahun dan warga tua di Malaysia.

Penyakit ini terjadi akibat daripada tindak balas yang abnormal dalam salur darah dan menyebabkan tekanan di dalam salur darah meningkat melebihi kadar normal iaitu melebihi 140 mmHg bagi tekanan sistolik dan melebihi 90 mmHg bagi tekanan diastolik (130/80 mmHg) dalam keadaan seseorang yang rehat.

Terdapat beberapa ketegori mengenai penyakit Hipertensi ini. Ia adalah seperti,

Kategori Optimum Normal Normal Tinggi Hipertensi Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3

Systole <120 <130 130 139 140 159 160 179 180

Diastole <80 <85 85 89 90 99 100 109 110

Antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko terhadap penyakit ini adalah seperti usia. Terjadi kerana kekakuan arteri berlaku apabila usia meningkat dan menyebabkan berlakunya halangan aliran darah serta mengakibatkan tekanan tinggi. Selain itu, faktor keturunan juga berperanan sebagai agen penyebab sekiranya dikalangan ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit ini. Selain itu, pengambilan alkohol dan merokok secara berlebihan serta ubat-ubatan turut menjadi penyumbang penyakit ini.

Penyakit-penyakit lain seperti Diabetis Mellitus, kegagalan jantung dan ginjal juga boleh meningkatkan faktor risiko terhadap penyakit Hipertensi. Keadaan ini berlaku apabila retensi garam dalam isipadu darah meningkatkan akibat daripada rangsangan system Renin-Angiotensin-Aldosteron dan seterusnya tekanan darah akan turut meningkat. Walaubagaimana pun penyakit Hipertensi ini mampu menyerang sesiapa sahaja.

KENYATAAN MASALAH

Penyakit Hipertensi merupakan penyakit yang kronik dan ditakuti oleh setiap lapiasan masyarakat. Di antara masalah-masalah yang berkaitan adalah kurangnya tahap kesedaran masyarakat terhadap penyakit Hipertensi ini. Ramai diantara pesakit-pesakit di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu ini adalah pesakit-pesakit yang lama dan pesakit kes baru.

Walaubagaimanapun masyarakat sini secara umumnya mengetahui dan sedar mengenai bahayanya penyakit Hipertensi, namun mereka masih kurang mengambil berat dan memberi perhatian. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai risiko penyakit Hipertensi daripada maklumat yang disampaikan. Kebanyakan pesakit hanya mengetahui bahaya penyakit tetapi tidak tahu manakah golongan yang berisiko, bagaimana penyakit ini boleh berlaku dan apakah tanda-tanda serta cara untuk mengatasi penyakit ini.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini, secara umumnya bermatlamatkan dalam mengujudkan sesebuah masyarakat yang sihat dan berilmu pengetahuan tentang penyakit Hipertensi. Dalam pada itu juga, bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran masyarakat di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu mengenai penyakit Hipertensi ini. Justeru itu, ia juga bertujuan mengkaji kadar peningkatan penyakit Hipertensi di klinik kesihatan tersebut.

OBJEKTIF

Objektif Umum

Untuk menilai responden berkenaan tahap kesedaran masyarakat mengenai penyakit Hipertensi. Berkenaan dengan ini juga bertujuan mengkaji penyakit Hipertensi di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu.

Objektif Spesifik

Berkenanan kajian ini, terdapat juga berberapa objektif spesifik yang menjadi teras kepada proses kajian ini. Di antaranya adalah seperti berikut:-

Untuk menilai tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit Hipertensi di Klinik Kesihatan Titi Jelebu.

Untuk

memberi

pendedahan

maklumat

tentang

penyakit

Hipertensi

dikalangan pesakit di Kinik Kesihatan Titi, Jelebu. Untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit Hipertensi ini.

LITERATURE REVIEW

Hipertensi merupakan keadaan peningkatan tekanan darah sistemik yang berpanjangan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan tekanan normal systole iaitu 140 mmHg dan diastole iaitu 90 mmHg. Kurangnya kesedaran mengenai penyakit Hipertensi menyumbang kepada peningkatannya.

Antaranya adalah ekonomi. Menurut kajian Hales B, (1993) menyebut, ketidak kekukuhan ekonomi menggalakkan proses kemunduran pengetahuan masyarakat mengenai risiko berlaku penyakit Hipertensi. Menurut Brown G, (1999) masih ada segelintir masyarakat yang kurang peka terhadap masalah penyakit Hipertensi ini boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan kesedaran.

Taraf

pendidikan

yang

tidak

sempurna

menyebabkan

kurang

ilmu

pengetahuan seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Ruskin J, (1996). Beliau menyatakan kurangnya kefahaman tentang penyakit Hipertensi adalah disebabkan oleh kemunduran ekonomi yang dipengaruhi oleh bidang pendidikan. Kenyataan ini turut di sokong oleh Dally H, (1990), menyatakan peratusan yang tinggi bagi masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan terutama oleh masyarakat luar bandar. Secara lazimnya, pemikiran mereka menjadi sempit terhadap penyakit Hipertensi serta boleh menimbulkan sikap negatif terhadap risiko penyakit Hipertensi, sebagai contoh sikap tidak ambil berat terhadap penyakit ini. Whelthon E N, (1999).

Brian P D, (1993) menyatakan dimana kajiannya menyatakan taraf ekonomi rendah adalah faktor sesebuah keluarga tidak mampu menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Ini menyebabkan penyampaian maklumat kepada masyarakat gagal.

Akibat yang mungkin berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang penyakit Hipertensi adalah Stroke (CVA). Terjadi kerana peningkatan tekanan darah ke paras maksimum secara spontan dan berlakunya trombosis pada salur darah serebral Gray A W, (1991). Keadaan ini juga boleh menyebabkan maut jika keadaan ini diabaikan dan menjadi terlalu serius Shermen H, (1998).

Oleh sebab demikian, kesedaran terhadap penyakit Hipertensi di kalangan pesakit perlu dititik beratkan setiap masa agar komplikasi ini dapat dihindari. Kajian Smith F, (1997) menyatakan bahawa masyarakat perlu memahami dan mengambil berat terhadap penyakit ini. Dengan cara memberi perhatian pada sebarang maklumat kesihatan dan mengaplikasikannya bagi mengatasi penyakit Hipertensi.

Justeru itu, peranan dari pelbagai pihak diperlukan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini bertujun supaya masyarakat akan lebih mengambil berat dan perhatian mengenai kesihatan diri mereka. Selain daripada itu, masyarakat juga perlu mengetahui tentang risiko bahayanya penyakit Hipertensi supaya bilangan kes penyakit ini dapat di kawal.

METODOLOGI

Design Kajian

Kajian dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesedaran masyarakat terhadap penyakit Hipertensi. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak dikalangan pesakit di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu. Dikalangan responden ini, 15 orang lelaki dan 15 orang wanita dipilih dari peringkat umur 35 tahun keatas serta daripada pelbagai latar belakang.

Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah questionnaire atau borang soal selidik. Kaedah ini lebih mudah mendapatkan data dan maklumat tanpa sebarang tekanan terhadap responden. Responden akan lebih mudah memberikan maklumat tanpa sebarang masalah. Setiap respondan akan diberikan soal selidik untuk dilengkapkan. Konsep format close ended diguna pakai untuk membentuk borang ini serta menggunakan bahasa Malaysia bagi memudahkan responden untuk melengkapkan borang yang diedarkan.

Dalam mendapatkan data lengkap, penyelidik telah menyediakan 18 soalan yang berkaitan dengan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penyakit Hipertensi Di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu. Selain itu juga, kajian ini dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor yang menbawa kepada berlakunya penyakit Hipertensi didalam masyarakat dan langkah-langkah mengatasinya.

Berkenaan borang questionnaire yang diedarkan, terdapat tiga bahagian iaitu A,B dan C. Tiga bahagian itu terdiri daripada bahagian A merangkumi sosiodemografi responden yang merangkumi jantina, usia, bangsa, agama dan taraf perkahwinan. Bahagian B, menjerumus kepada ekonomi dan pendidikan responden. Manakala bahagian C pula menilai tahap kesedaran responden terhadap permasalahan yang dikaji ini.

Tempat Kajian

Penyelidik telah menjalankan kajian ini di Kelinik Kesihatan Titi, Jelebu, Negeri Sembilan. Dalam usaha mendapatkan data dan maklumat kajian, penyelidik telah mengedarkan borang questionnaire kepada beberapa orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan yang terlibat. Ianya amat bersesuaian kerana mengikut data dan statistik terdapat banyak kes-kes ulangan di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu ini.

10

Persampelan

Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang responden di mana mereka dipilih secara rawak yang berumur 35 tahun keatas dan terdiri daripada 15 orang responden lelaki serta 15 orang responden wanita. Proses persampelan ini dijalankan di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu iaitu dari kalangan pesakit yang untuk mendapatkan rawatan. Persampelan dilakukan secara terancang iaitu peneranagan diberi dan kenapa kajian ini dilakukan sebelum borang questionnaire diedarkan. Ini bertujuan untuk memudahkan penyelidik mendapatkan kerjasama daripada pesakit.

Metodologi Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilgunakan untuk mendapatkan satu penyelidikan yang baik dan sempurna. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah melalui kaedah temubual. Terdapat kebaikan dan keburukan kaedah temubual ini. Antara kebaikannya adalah penyelidik dapat berkomunikasi secara terus dengan responden tetapi keburukan kaedah ini ialah ia memerlukan masa yang lama untuk menemubual setiap responden dan penyelidik terpaksa berjumpa dengan responden seorang demi seorang.

11

Manakala bagi kaedah kedua pula, kaedah soal selidik dilakukan bagi mendapatkan maklumat. Antara kebaikan kaedah ini ini ialah masa yang digunakan adalah singkat dan soalan yang diberikan mudah di fahami oleh responden. Namun kelemahan kaedah ini adalah maklum balas dari responden kurang iaitu borang yang di kembalikan tidak lengkap dan kebarangkalian mencapainya adalah rendah.

Kaedah Penganalisaan

Kaedah penganalisaan yang digunakan bertujuan untuk melakukan penganalisa data yang diperolehi daripada hasil pengedaran borang questionnaire kepada responden bagi mendapatkan sebarang maklum balas kepada objektif kajian ini. Secara keselurahan kaedah penganalisaan dibuat untuk mendapatkan tahap peratusan kekerapan responden untuk mendapatkan perbandingan bagi setiap soalan-soalan yang diberikan. Setiap data penganalisaan yang diperolehi dapat dipersembahkan sama ada dalam bentuk carta pai, bar graf ataupun jadual bagi menghuraian setiap data-data tersebut.

12

HASIL PENEMUAN

PENGANALISAAN DAN PERSEMBAHAN DATA

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan segala maklumat dan data-data yang diperlukan melalui borang questionnaire yang diedarkan. Daripada borang tersebut segala maklumat dan data-data yang diperolehi dianalisa dan keputusannya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta seperti yang telah ditunjukkan.

BAHAGIAN A

Carta 1 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina


50% 40% 30% 20% 10% 0% Respoden Lelaki Wanita

Carta 1 menunjukkan peratusan responden berdasarkan jantina iaitu lelaki sebanyak 50% dan wanita sebanyak 50%.

13

Carta 2 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Umur


16.65% 0% 23.31%

59.94% 21-30 tahun 41-50 tahun 31-40 tahun 50 tahun >

Carta 2 menunjukkan peratusan responden berdasarkan umur iaitu antara 21-30 tahun sebanyak 0%, 31-40 tahun sebanyak 23.31%, 41-50 tahun sebanyak 59.94% dan 50 tahun keatas sebanyak 16.65%.

Carta 3 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa


23.31% 0%

29.97%

46.62% Melayu Cina India Lain-Lain

Carta 3 menunjukkan peratusan responden berdasarkan bangsa iaitu Melayu sebanyak 23.31%, Cina sebanyak 46.62%, India sebanyak 29.97% dan Lain-lain 0%.

14

Carta 4 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Agama


50.00% 40.00% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Responden Islam Buddha Hindu Lain-Lain

Carta 4 menunjukkan peratusan responden berdasarkan agama iaitu Islam sebanyak 29.97%, Buddha sebanyak 46.62%, Hindu sebanyak 23.31% dan Lainlain sebanyak 0%.

Carta 5 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan


0% 0%

100% Bujang Berkahwin Bercerai

Carta 5 menunjukkan peratusan responden berdasarkan status perkahwinan iaitu sebanyak 100% yang berkahwin dan 0% masing-masing bagi status bujang serta bercerai.

15

BAHAGIAN B

Carta 6 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Pendapatan Mencukupi Dalam Sebulan


9.99%

33.30%

53.28%

Ya

Tidak

Kurang Pasti

Carta 6 menunjukkan peratusan responden berdasarkan pendapatan mencukupi dalam sebulan iaitu berkata ya 53.28%, tidak 33.30% dan 9.99%.

Carta 7 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Kestabilan Ekonomi Keluarga


19.98%

79.92% Ya Tidak

Carta 7 menunjukkan peratusan responden berdasarkan kestabilan ekonomi keluarga iaitu berkata ya 19.98% dan tidak 79.92%.

16

Carta 8 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Pendidikan


13.32%

83.25% Ya Tidak

Carta 8 menunjukkan peratusan responden berdasarkan pendidikan iaitu yang berpendidikan 83.25% dan tidak mendapat pendidikan 13.32%.

Carta 9 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan


13.32% 9.99%

29.97% 46.62% Tidak Bersekolah Sekolah Menengah Sekolah Rendah Kolej/Universiti

Carta 9 menunjukkan peratusan responden menunjukkan taraf pendidikan iaitu tidak bersekolah 9.99%, sekolah rendah 29.97%, sekolah menengah 46.62% dan kolej/universiti 13.32%.

17

Carta 10 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Pendedahan Mengenai Kesihatan


7.40%

92.30% Ya Tidak

Carta 10 menunjukkan peratusan responden berdasarkan pendedahan mengenai kesihatan iaitu yang berkata tidak 7.40% dan berkata ya 92.30%.

BAHAGIAN C

Carta 11 Menunjukkan Peratusan Responden Yang Mengetahui Tentang Penyakit Hipertensi


0%

100% Ya Tidak

Carta 11 menunjukkan peratusan responden yang mengetahui tentang penyakit Hipertensi iaitu yang berkata ya 100% dan berkata tidak 0%. 18

Carta 12 Menunjukkan Peratusan Responden Yang Mengetahui Punca Berlaku Penyakit Hipertensi
26.64%

73.26% Ya Tidak punca penyakit

Carta 12 menunjukkan peratusan responden yang mengetahui

Hipertensi iaitu yang berkata ya 73.26% dan berkata tidak ialah 26.64%.

Carta 13 Menunjukkan Peratusan Responden Berdasarkan Usaha Untuk Menghindari Penyakit Hipertensi

43.29% 56.61%

Ya

Tidak

Carta 13 menunjukkan peratusan responden berdasarkan usaha untuk menghindari penyakit Hipertensi iaitu yang berkata ya ialah 56.61% dan berkata tidak ialah 43.29%.

19

Carta 14 Menunjukkan Peratusan Responden Yang Mahukan Masyarakat Lain Mengetahui Penyakit Hipertensi
26.64%

13.32% Ya Tidak

59.94%

Kurang Pasti

Carta 14 menunjukkan peratusan responden yang berpendapat mahu masyarakat laian mengetahui penyakit Hipertensi ini iaitu yang berkata ya sebanyak 59.94%, tidak sebanyak 13.32% dan kurang pasti sebanyak 26.64%.

Carta 15 Menunjukkan Peratusan Responden Yang berpendapat Mengenai Sikap Ambil Mudah Perlu Dikikis
16.65%

19.98%

63.27%

Ya

Tidak

Tidak Pasti

Carta 15 menunjukkan peratusan responden yang berpendapat mengenai sikap ambil mudah perlu dikikis iaitu yang berkata ya sebanyak 63.27%, tidak sebanyak 19.98% dan kurang pasti sebanyak 16.65%. 20

Carta 16 Menunjukkan Peratusan Responden Mengenai Sokongan Terhadap Kempen Kesihatan


6.66% 0.00%

93.24% Ya Tidak Kurang Pasti

Carta 16 menunjukkan peratusan responden mengenai sokongan terhadap kempen kesihatan iaitu yang berkata ya sebanyak 93.24%, tidak sebanyak 0% dan kurang pasti sebanyak 6.66%.

Carta 17 Menunjukkan Peratusan Mengenai Media Massa Sebagai Penyebaran Maklumat Penyakit Hipertensi
23.31%

9.99% Ya Tidak

66.60% Kurang Pasti

Carta 17 menunjukkan peratusan mengenai media massa sebagai penyebaran maklumat penyakit Hipertensi iaitu yang berkata ya sebanyak 66.60%, tidak 9.99% dan kurang pasti sebanyak 23.31%.

21

Carta 18 Menunjukkan Peratusan Responden Berpendapat Penyakit Hipertensi Berbahaya


13.32% 0%

86.58% Ya Tidak Kurang Pasti

Carta 18 menunjukkan peratusan responden berpendapat penyakit hipertensi berbahaya iaitu yang berkata ya sebanyak 86.58%, tidak 0% dan kurang pasti sebanyak 13.32%.

22

PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini penyelidik akan membincangkan hasil kajian dan keputusan dari data yang diperolehi daripada questionnaire yang dijawab oleh 30 orang responden yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang wanita. Semua responden yang terlibat adalah dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas dan secara amnya merupakan pesakit Hipertensi itu sendiri. Berdasarkan analisa, matlamat penyelidik untuk mengetahui tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit Hipertensi dikalangan pesakit di Klinik Kesihatan Titi, Jelebu terlaksana.

Daripada edaran borang tersebut, maklum balas responden yang diterima adalah 100% dengan semua borang berjaya dikumpul. Kesemua data yang diperolehi dikumpulkan dan di persembahkan dalam bentuk peratusan. Ini bertujuan untuk memudahkan kajian ini dinilai serta dipersembahkan. 100% akan mewakili jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu 30 orang responden.

Dalam bahagian A, bertumpukan kepada butiran peribadi responden iaitu sebanyak 29.97% responden yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang wanita, 46.62% berbangsa Cina dan beragama Buddha terdiri 8 lelaki dan 6 wanita, dan 23.31% berbangsa India beragama Hindu yang terdiri 3 lelaki dan 4 wanita. Ini kerana bangsa cina yang memonopoli di sekitar kawasan yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan Titi, Jelebu tersebut berbanding dengan bangsa melayu dan india.

23

Berdasarkan pada umur, responden dicirikan seperti antara 21 hingga 30 tahun ialah kosong orang, antara 31 hingga 40 tahun ialah 7 orang, antara 41 hingga 50 tahun ialah 18 dan 51 ke atas ialah 5 orang tahun. Dalam pada itu, kesemua responden adalah berstatus berumahtangga dan mempunyai keluarga. Berpandukan daripada data ini kebanyakkan responden terdiri pada lingkungan umur 31 tahun dan ke atas. Pada lingkungan umur inilah yang merupakan

golongan-golongan berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit Hipertensi ini.

Data seterusnya adalah berkaitan dengan questionnaire di bahagian B yang menilaikan status ekonomi dan taraf pendidikan responden. Sebanyak 53.28% responden mempunyai pendapatan yang mencukupi dalam sebulan. Iaitu sebahagian besar responden berkerja sendiri. Berbanding 33.3% responden berpendapatan tidak mencukupi dan 9.99% tidak pasti. Seterusnya ramai di kalangan responden mempunyai ekonomi keluarga yang stabil iaitu sebanyak 79.92% daripada 19.98% responden tidak mempunyai pendapatan yang stabil. Dengan ini, kebanyakan responden tidak mempunyai sebarang kesulitan dalam menjalani kehidupan harian. Dimana ia berkaitan rapat dengan cara hidup serta berkait rapat dengan penjagan kesihatan seseorang individu.

24

Melihat dari segi taraf pendidikan, sebanyak 83.25% responden mendapat pendidikan, manakala selebihnya tidak mendapat pendidikan. Ia dicirikan lagi sebanyak 9.99% tidak bersekolah, 29.97% tamat sekolah rendah dan 46.62% tamat sekolah menengah dan 13.32% tamat kolej atau universiti. Ini menunjukkan ratarata responden mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Dalam pada itu, 7.4% responden tidak mendapat pendedahan kesihatan berbanding 92.5%. Oleh yang demikian, pendedahan terhadap kesihatan yang cukup pada masyarakat membantu dalam megenali penyakit Hipertensi ini.

Dalam bahagian C, soalan lebih tertumpu kepada tahap kesedaran dan pendapat responden mengenai penyakit Hipertensi ini. Berdasarkan data, kesemua responden memang mengetahui apakah sebenarnya penyakit Hipertensi. Selain itu, 73.26% responden berbanding 26.64% responden mengetahui bagaimana punca berlakunya penyakit ini. Ini telah menunjukkan responden tersebut menpunyai maklumat-maklumat berkaitan penyakit ini. Kebanyak responden yang ditemui, menyatakan maklumat di perolehi daripada media massa dan juga ceramah-cerama kesihatan.

25

Walaubagaimanapun, terdapat dikalangan responden yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap penjaga kesihatan diri sendiri iaitu sebanyak 56.61%. Antaranya usahanya adalah seperti pemeriksaan kesihatan dan senaman yang berterusan berbanding 43.29% responden tidak melakukan sebarang usaha. Seterusnya, terdapat 59.94% responden mahukan masyarakat sekeliling tahu

tentang penyakit ini,13.32% tidak mahu dan 26.64 tidak pasti. Ini menunjukkan responden mahu berkongsi maklumat penyakit ini dan bukan hanya pentingkan diri sendiri. Terdapat sebanyak 63.27% responden menyatakan sikap ambil mudah terhadap penyakit Hipertensi perlu dikikis, manakala 19.98% menyatakan tidak dan 16.65% adalah kurang pasti. Dengan ini, menunjukkan sikap responden terhadap penyakit ini adalah serius. Mengenai kempen-kempen kesihatan terhadap penyakit Hipertensi wajar diadakan dan disokong sebanyak 93.24%, selebihnya 6.66% kurang pasti dan ini menunjukkan masyarakat mahukan sebarang aktiviti-aktiviti yang berbentuk kesihatan.

26

Dalam pada itu, peranan media massa dalam menyebarkan maklumat penyakit Hipertensi dikatakan berjaya kerana ini 66.6% responden menyatakan maklumat berkaitan kesihatan ini diperolehi daripada media ini. Ini dinilaikan bahawa media massa telah mencapai objektifnya dalam penyebaran sebarang maklumat yang berkaitan dan telah sampai pada masyarakat.

Soalan terakhir berkaitan dengan bahaya penyakit Hipertensi ini iaitu sebanyak 86.58% responden berpendapat penyakit Hipertensi berbahaya dan 13.32% responden berpendapat sebaliknya. Ini telah membuktikan masyarakat memang mengetahui penyakit Hipertensi ini adalah penyakit yang berbahaya dan boleh menbawa kepada maut.

27

CADANGAN

Berdasarkan dan berasaskan daripada kesimpulan kajian yang telah dilakukan, terdapat beberapa cadangan yang difikirkan boleh untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

Menyedarkan tanggungjawab setiap masyarakat yang kesihatan ini sangat penting dan utama, mahu pun terhadap diri sendiri atau orang lain disekeliling

mereka. Seperti saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang kepentingan menjaga dan memelihara kesihatan.

Mengadakan satu rutin pemeriksaan kesihatan yang berkala dan berjadual bagi setiap individu masyarakat. Ia adalah untuk memastikan tahap kesihatan individu itu sendiri berada di tahap maksima. Selain itu, jika timbul sebarang komplikasi penyakit ia dapat menjalani rawatan awal serta pencegahan dilakukan.

Merancang

sesi

pendidikan

kesihatan

dikalangan

masyarakat

yang

berterusan. Dengan kata lain penyebaran ilmu pengetahuan mengenai sesuatu penyakit dikalangan masyarakat dapat disampaikan. Sebagai contoh, ceramahceramah kesihatan dan seminar-seminar kesihatan yang dihadiri oleh setiap golongan masyarakat.

28

Memainkan peranan media massa dalam menyebarkan sebarang maklumat berkaitan dengan kesihatan. Dimana media massa ini boleh mengadakan satu ruangan khas untuk membentangkan sebarang infomasi berkaitan dengan kesihatan. Selain itu, menerbitkan satu majalah atau pun buku yang berunsurkan kesihatan.

Badan-badan NGO ( Non Goverment Organisatoin ) berperana dalam aktivitiaktiviti kesihatan. Badan NGO ini juga boleh bergabung tenaga dan kepakaran dengan kerajaan dalam menyediakan kemudahan atau infranstruktur berkaitan dengan kesihatan.

Seperti pihak kerajaan mengenalpasti punca sesuatu penyakit ini meningkat dalam masyarakat. Dengan peningkatan ini kerajaan dapat mencari penyelesaian dan mengawal serta membendung daripada terus meningkat.

29

RUMUSAN

Daripada kajian ini, objektif dan matlamat penyelidik untuk mengetahui Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Penyakit Hipertensi terlaksana dengan jayanya. Ini kerana segala data yang diperolehi telah memenuhi dan menjawab semua persoalan penyelidik melalui borang questionnaire yang diedarkan kepada responden. Walaubagaimanapun, pada mulanya terdapat masalah dalam

menerangkan tujuan kajian ini di kalangan responden dan mendapatkan kerjasama dari mereka.

Namun, daripada hasil data yang terkumpul antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran masyarakat terhadap penyakit Hipertensi ini adalah seperti sosioekonomi dimana responden yang menpunyai taraf ekonomi yang tinggi peluang untuk menghidapi penyakit ini kurang disebabkan kesedaran yang tinngi.

Selain itu, taraf pendidikan yang tinggi juga, memudahkan masyarakat itu sendiri mengetahui dan memahami penyakit ini. Walaubagaimanapun, sikap masyarakat yang mengambil berat terhadap tahap kesihatan mereka sendiri mengakibatkan penyakit ini berada di tahap terkawal. daripada hasil penganalisa data yang diperolehi. Semua ini dapat dilihat

30

Kesimpulannya, tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penyakit ini adalah tinggi. Kesedaran ini dapat dipertingkatkan lagi dengan kerjasama, komitmen dan tanggungjawab semua pihak dalam masyarakat. Dengan itu, harapan untuk menjadikan semua golongan masyarakat mencapai tahap kesihatan tertinggi terlaksana dan selaras dengan kehendak kerajaan.

31

BIBLIOGARFI

Brown G, (1999) Understanding Health, pg 54 chap 4. New Jersey : Professional Communication.

Brian P D, (1993) Health Management For Living, pg 21.Volume 2. Philadelphia J.B Lippincott Company.

Dally H, (1990) Culture Health And Illnes, (2nd ed). Kuala Lumpur : Golden Book Centre.

Gray A W, (1991) Advance In Hypertension, (3rd ed).London : Masray Company.

Hales B, (1993) Research Methods For Nurses, (2nd ed). Buckingham : Open University Press.

Isles CG, (1995) Management Of Hypertensive Crisis, pg 23-25, Volume 2, Scott Med Co.

J Hypertens, (1999) Guidelines For The Management Of Hypertension , pg 151-183. 1999 World Health Organization.

32

Mancia G, Zanchetti A, (1996) Prevention, Detection, Evaluation And Treatment Of High Blood Pressure, pg 157, Arch Intern Med.

Ruskin J, (1996) Understanding Of Hypertension, pg 117, Volume 13. United State : Visual Education Corp.

Smith F, (1997) Manual Of Diagnosis And Therapy, (17th ed). New York : Mosby.

Shermen H, (1998) A B C Of Hypertension, pg 56-59 volume 26.London : British Library.

Whelton E N, (1999) Health And Fitness, pg 67. Ireland : Latimer Trend & Company.

33

Anda mungkin juga menyukai