Anda di halaman 1dari 5

KAE 3013 1.

TEMUBUAL ANTARA GURU DENGAN MURID semasa guru menjalankan sesi

Temubual dengan seorang murid telah dijalankan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran berikut: Matapelajaran :Pendidikan Seni Visual Kelas Bidang Tajuk Kemahiran : Tahun 5. : Memperkenalkan Kraf Tradisional : Mobail Ikan

: Menghasilkan mobail ikan dengan menggunakan teknik anyaman.

Semasa aktiviti ini dijalankan, guru telah mengemukakan beberapa soalan kepada seorang murid yang menghasilkan anyaman mobail ikan dengan kreatif. Guru :Apakah bahan yang kamu perlukan untuk membuat anyaman ikan ni?

Murid :Saya menggunakan dua keping kertas warna, pembaris, pensil, gunting dan stapler. Guru :Bolehkah kamu terangkan langkah-langkah membuat mobail ikan ni?

Murid :Mula-mula saya lipat kertas kepada dua bahagian, lepas tu saya garis kertas ni mengikut sukatan jarak 1.5cm. Lepas tu saya gunting ikut garisan. Dah siap gunting saya anyamlah ikut yang cikgu cakap tadi. Guru :Bagaimana kamu menghasilkan anyaman ni lebih cantik dari kawan-kawan kamu yang lain? Murid :Saya buat kerja saya dengan berhati-hati dan buat sisik dan sirip ikan dengan marker, cikgu. Saya anyam ikan ni dengan kemas. Guru :Bagus, cikgu suka tengok hasil mobail ikan yang kamu buat, sangat kreatif. Adakah kamu berpuas hati dengan mobail ikan yang telah kamu buat ni? Murid: Ya cikgu, saya puas hati dengan mobail ikan yang saya buat ni.

2.

HURAIAN PENDAPAT DAN PANDANGAN SECARA REFLEKTIF TERHADAP 1

PEMIKIRAN KREATIF

KAE 3013 Pelbagai definisi yang diberikan oleh pujangga seni Eropah kepada kraetiviti dalam seni visual iaitu kraetiviti ialah menghasilkan sesuatu yang baharu. Secara ringkasnya, kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir dalam melahirkan sesuatu idea yang baharu dan asli. Aktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanakkanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Objektif pengajaran seni kraf adalah untuk membolehkan pelajar menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Ianya bertujuan untuk memaparkan pengetahuan tentang sejarah seni dan perkembangan kraf dalam kehidupan, teknik dan proses penghasilannya. Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, kaedah penyoalan dengan tujuan merangsang pemikiran kreatif murid dengan mengajukan soalan-soalan. Oleh itu, teknik ini adalah sesuai bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Kemahiran guru menyoal juga boleh dikaitkan dengan Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance. Menurut teori ini, guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni. Di samping itu, kaedah dan teknik penyoalan guru adalah berdasarkan enam aras kognitif Taksonomi Bloom. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada enam tahap iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan yang telah diajukan oleh guru, Apakah bahan yang kamu perlukan untuk membuat anyaman ikan ni? merupakan aras pengetahuan. Soalan seterusnya,Bolehkah kamu terangkan langkah-langkah membuat mobail ikan ni? menunjukkan guru telah menyoal berdasarkan aras sintesis. Bagi soalan, Bagaimana kamu menghasilkan anyaman ni lebih cantik dari kawan-kawan kamu yang lain? adalah aras analisis. Oleh itu, adalah penting bagi semua guru untuk mengetahui kreativiti dan kepentingan merangsang pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak serta aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif semasa melaksanakan aktiviti pendidikan seni visual. Maka, guru pendidikan seni visual juga perlu kreatif menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 3. LAMPIRAN

KAE 3013

Rajah 1- Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mobail ikan.

Rajah 2- langkah menganyam mobail ikan

KAE 3013

Rajah 3- mobail ikan telah siap dianyam

Rajah 4- Mobail ikan yang telah siap

RUJUKAN 4

KAE 3013

Hj Abdul Shukor Hashim, B. I. (2011). HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK. Open University Malaysia. Loy Chee Luen, N. A. (n.d.). KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Nurain Nazieha. (2013, April 23). Mobail Ikan. (Rafiah Binti Ali, Interviewer) Zulfazli. (2013, Januari). Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Seni Visual Tahun 5. Retrieved April 20, 2013, from duniasenizulfazli.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai