Anda di halaman 1dari 50

Ada akal

Cara menyelesaikan sesuatu masalah

Ada angin
Perangai luar biasa pada masa tertentu

Alas perut
Makan sedikit

Gulung tikar
Muflis

Alim kucing
Pura-pura baik

Ambil hati
Berasa hati

Anak emas
Orang yang sangat disayangi

Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Banting tulang
Bekerja bermati-matian

Banyak cakap
Orang yang suka berleter

Batu api
Orang yang suka menghasut orang lain

Bawa mulut
Bercerita tentang keburukan orang lain

Bawah tanah
Pergerakan rahsia

Bendera putih
Mengaku kalah

Besar kepala
Tidak mendengar kata dan degil

Buta huruf
Tidak tahu membaca dan menulis

Cakar ayam
Tulisan buruk dan tidak kemas

Curi tulang
Malas melakukan sesuatu pekerjaan

Gaji buta
Mendapatkan upah tanpa bekerja

Gelap hati
Sukar memahami pelajaran

Bekas tangan
Hasil kerja tangan seseorang

Hidung tinggi
Orang yang sombong

Hisap darah
Menindas orang lain

Ikat perut
Mengurangkan makan kerana kemiskinan

Iri hati
Hasad dengki pada orang lain

Kaki ayam
Tidak memakai kasut

Kaki bangku
Tidak pandai bermain bola

Kera sumbang
Tidak suka bergaul dengan orang lain

Kerang busuk
Tersengih-sengih tanpa sebab

Kucing bertanduk
Mengharap sesuatu yang tidak mungkin berlaku

Kuku besi
Memerintah dengan kejam

Kutu embun
Suka merayau pada malam hari

Langkah kanan
Orang yang bernasib baik atau bertuah

Langkah seribu
Cabut lari

Lebai malang
Orang yang selalu bernasib malang

Lidah bercabang
Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah

Lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi

Lipas kudung
Membuat sesuatu kerja dengan pantas

Makan angin
Berehat atau bersiar-siar

Mandi kerbau
Mandi yang tidak bersih

Mata duitan
Orang yang tamakkan wang

Mulut murai
Orang yang suka bercakap banyak

Pisau cukur
Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki

Puteri lilin
Orang yang tidak tahan lasak atau berpanas

Putih mata
Orang yang terlepas sesuatu peluang

Rambang mata
Tidak tahu mana satu yang hendak dipilih

Tangkap muat
Membuat sesuatu pekerjaan asalkan siap sahaja

Tawar hati
Sudah hilang kepercayaan

Tidur mati
Tidur yang sangat nyenyak

Tin kosong
Bercakap banyak tetapi tidak mempunyai ilmu