Anda di halaman 1dari 5

Soalan : Baca kod Etika Lembaga Kaunselor (Malaysia) atau kod etika ACA.

Bincangkan implikasi kod etika ini kepada amalan kaunselor di Malaysia/Negara anda.

KOD ETIKA LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA


Pengenalan Kod etika kaunselor (KEK) disediakan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) bagi menjadi garis panduan untuk para kunselor dalam menjalankan tugas profesiaonal mereka. Ini adalah penting agar profesionalisme dapat ditingkat ke tahap terbaik. Ia juga mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan yang terbaik dapat diberi oleh seorang kaunselor professional. Kod etika ini menjelaskan tanggungjawap etika semua kaunselor yang telah berdaftar. Ini dapat menjadi panduan bagi aduan dan pertanyaan mengenai etika seorang kaunselor.

Isi
KEK ini diolah dalam lapan (8) bahagian utama merangkumi perkaraperkara berikut : A. Perhubungan Menolong B. Kerahsiaan , komunikasi , privilej dan privasi C. Tangunggjawap professional D. Hubungan dengan professional-profesional lain E. Penilaian, penaksiran dan pentafsiran F. Penyeliaan, latihan dan Pengajaran

G. Penyelidikan dan penerbitan H. Penyelesaian isu-su etika KEK sebagai panduan kepada para kaunselor dalam menentukan tindakan, merujuk jika kekalutan dan membantu meninngkatkan perkhidmatan professional mereka. Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik maka panduan yang direka tersebut amat perlu dan menjadi sumber rujukan utama.

Implikasi kepada amalan kaunselor di Malaysia


Implikasi yang di dapati daripada KEK ini kepada amalan kaunselor ada dalam pelbagai aspek. Antaranya aspek penilaian dan penafsiran dimana, kaunselor menggunakan instrumen penaksiran sebagai satu komponen dalam proses kaunseling dengan mengambil kira konteks citra dan budaya klien. Tanggungjawab kaunselor adalah memupuk kesejahteraan seseorang klien atau kelompok dengan membina dan menggunakan instrumen penaksiran pendidikan, psikologi atau kerjaya yang sesuai. Banyak pakar etika melihat bahawa sesuatu amalan yang salah itu bukan semata-mata sesuatu isu yang tidak beretika, tetapi ada pertindihan dengan hal-hal yang berkaitan dengan etika. Sebagai contoh, peningkatan minat dan kecenderungan di kalangan pengamal-pengamal kaunseling dalam etika telah dan mampu menghindarkan mereka daripada berkecenderungan atau berpotensi untuk melakukan amalanamalan yang salah dalam perhubungan kaunseling. Isu-isu tentang undang-undang juga mungkin dapat memberi arah tuju atau membantu para kaunselor kepada perkembangan positif berkaitan isu-isu etika dengan adanya KEK ini. Kita fahami dan dapati hari ini bahawa kegunaan sistem perundangan oleh orang ramai untuk menyelesaikan keraguan dan rasa terkilan terhadap rawatan kesihatan mental atau kaunseling secara

profesional telah meningkat. Akibat secara langsungnya ialah pengamalpengamal kaunseling persendirian kini menjadi lebih mudah dipersalahkan serta lebih terdedah kepada pendakwaan jika dibandingkan pada masa lampau. Maka itu KEK menjadi sumber rujukan penting. Sesungguhnya akta dan KEK adalah sesuatu perkara yang lebih baik jika anda mengaitkan diri anda dengan peguam tentang perkara-perkara yang boleh dipersoalkan. Namun dalam konteks kita di Malaysia, jika institusi kepeguaman belum terserlah dalam sistem amalan kaunseling, maka kita masih membuat rujukan kepada mana-mana badan profesional yang berkaitan dengan kaunseling. Tambahan pula, sekurang-kurangnya adalah wajar walaupun bukan menjadi satu keperluan mendapatkan insuran tanggungan yang profesional bagi mereka di barat, yang berkemungkinan akan wujud di negara kita sedikit masa nanti. Perubahan ke arah peningkatan ini boleh memberi kesan positif, merangsangkan ahli-ahli profesional ke arah menawarkan perkhidmatan yang berkualiti.

Cadangan
Pengiktirafan sebagaimana program latihan seperti Council for Acereditation of Counseling and Related Educational Program (CACREP) yang telah ditubuhkan pada 1981 oleh American Association of Counseling Development (AACD) sebagai satu kumpulan pengiktirafan yang bebas berkaitan amalan kaunseling di Amerika Syarikat. Sebarang program kependidikan yang berkaitan dengan kaunseling yang memenuhi syarat CACREP akan diiktiraf oleh majlis ini. Secara umumnya terdapat banyak institusi latihan yang mendapat pengiktirafan CACREP telah menawarkan pelbagai latihan pada peringkat 'masters' dalam kaunseling , psikologi, kemasyarakatan, perkahwinan, sekolah dan juga kaunselor. Program kependidikan kaunselor danjuga terdapat pada peringkat kedoktoran. Dalam KEK patut dinyatakan dengan jelas bagaimana, di mana atau cara peningkatan pengetahuan yang diiktiraf ini diadakan.

Sebagai satu bidang kajian yang terpisah dan berlainan jenis daripada terapi yang lainnya. Individu yang mencari status profesional dalam bidang terapi perkahwinan dan keluarga boleh mendapat ijazah daripada universiti melalui persediaan profesional di pusat-pusat yang menawarkan latihan yang istimewa ini (Goldenberg & Goldenberg 1991). Menyambung pengajian dan kecekapan di kebanyakan organisasi profesional merupakan usaha- usaha yang disokong. Sebagai syarat untuk mendapat semula lesen atau sebagai satu usaha ke arah untuk mempertingkatkan kecekapan seseorang pengamal. Pada satu ketika dahulu, orang ramai boleh memperolehi lesen amalan kaunseling profesional dengan hanya mengadakan latihan profesional serta bertindak mengikut had kemahiran dan pengetahuan mereka semata-mata tanpa perlu menyambung pengajian. Persoalannya yang sering timbul akibat fenomena ini ialah kecuaian etika sejajar dengan pembangunan dan perkembangan perkhidmatan ini. Namun pada ketika dengan adanya KEK, kini penekanan golongan profesional ialah dengan menggalakkan dan menitik beratkan status profesionalisme di mana para pengamal digalakkan meningkatkan pengajian dan latihan dalam bidang mereka. Salah satu kelemahan dalam usaha untuk meningkatkan atau meneruskan pengajian ialah ianya tidak banyak melibatkan perkembangan aspek emosi dan intelektual seseorang pelatih. Seseorang tenaga mahir berpendapat bahawa dia akan kelihatan mengkagumkan keran pengetahuan yang diperolehi tetapi jurnlah ilmu yang diserap dan diintegrasikan ke dalam latihan hanya sedikit sahaja.

Penutup
Perbincangan tentang amalan yang salah atau kes-kes salahlaku tidak bertujuan untuk membuatkan atau mewujudkan rasa terlalu risau atau takut atau bimbang apabila melaksanakan khidmat bantuan melalui kaunseling. Sesungguhnya harapan agar kaunselor akan memperolehi bantuan untuk memahami dan membiasakan diri dengan keadaan sistem

undang-undang dan kepiawaian KEK , yang mana mampu memberi bimbingan dan garis panduan dalam amalan harian kita bersama terutama dalam menjalankan perkhidmatan profesional kaunseling di pelbagai arena atau gelanggang. Kita turut mengetahui, walaupun tiada di kalangan ahli atau pengamal kaunseling profesional yang serba lengkap dengan ilmu dan kemahiran kaunseling yang canggih dan terkini disamping pengetuan dan kesedaran berkaitan ilmu perundangan, adalah lebih baik dan bermakna bagi setiap pengamal menilai apa yang sedang mereka lakukan dan kenapa mereka mengamalkannya begitu. Dalam memperbincangkan aspek ini iaitu amalan pengamal kaunseling di Malaysia pula, sesungguhnya pengamal kaunseling atau kaunselor di negara kita adalah tertakluk kepada Akta Kaunselor 1998 (juga dikenali Sebagai Akta 580) yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada 19 Mac 1998 dan diwartakan pada 1 Disember 1998 yang lalu. Akta yang mengandungi 49 seksyen ini secara terus akan bertindak mengawal-selia amalan kaunseling dikalangan pengamal kaunseling di Malaysia juga para kaunselor perlu akur dengan KEK yang telah digunakan sejak sekian lama.

Bibliografi : Amir Awang (2006) Kod Etika Kaunselor, Sidang Pleno Persidangan Kebangsaan Lembaga Kaunselor 2006, Hotel Legend, Kuala Lumpur. Lembaga Kaunselor Malaysia. (2011). Kod Etika Kaunselor: Kuala Lumpur: Penerbit Lembaga Kaunselor