Anda di halaman 1dari 17

Definisi Muamalat Aktiviti manusia yg melibatkan perhubungan manusia dengan manusia yakni tatacara atau peraturan dalam perhubungan

manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yg berlandaskan syariah Allah SWT yg melibatkan ekonomi dan sosial Islam. Kedudukan Muamalat dlm Skima Syariat Islam Matlamat/tujuan/maqasif syariat dalam Islam 1. Menjaga agama Memelihara kesucian agama-memerangi org yg memerangi agama-hukum bunuh bagi yg murtad. Menyebarkan dakwa wajib.

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai (al-Hajj: 39)
2. Menjaga nyawa Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu (al-Baqarah 2:256) Nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib dihargai serta disyukuri. Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lain adalah berdosa besar dan haram sama sekali. Untuk membuktikan betapa prihatin dan syariah Islam meraikan perkara tersebut ialah: Penetapan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja serta tindakan mencederakan atau memotong anggota orang lain. 3. Menjaga akal Akal anugerah Allah dan ianya menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna yang dijadikan Allah s.w.t, menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan pengguna sumber alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Membezakan dgn binatang Allah s.w.t telah mengharamkan segala sesuatu yang dapat merosakkan akal: Pengharaman arak Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi keberuntungan (Al-Maidah: 90) 4. Menjaga maruah/keturunan memelihara pembentukan keluarga yang sempurna. Keturunan yg baik-baik. Segala tindakan yang merosakkan keturunan adalah dilarang seperti pengharaman zina dan liwat (lesbian dan homoseksual) Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Al-Isra': 31) 5. Menjaga harta Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta. Pemilikan kekayaan merupakan naluri semula jadi manusia. Rezeki yg halal! Allah s.w.t telah menggalakkan manusia mencari dan memperkembangkan harta dengan membahagikan kehidupan manusia kepada dua bahagian iaitu masa untuk

beribadat khusus dan masa untuk ibadat umum, iaitu mencari kelebihan hidup di dunia ini Matlamat khusus Muamalat 1. 2. 3. 4. 5. Pangagihan kekayaan/sumber secara adil Penjanaan aktiviti & pertumbuhan eko yg sihat Mengelakkan pergaduhan & persengketaan Memelihara kehormatan & martabat manusia Membasmi sifat malas & meminta-minta

Bagaimana matlamat/prinsip2 muamlat ini dicapai melalui hukum-hukum Islam? 1. Pengagihan kekayaan secara adil Haramkan monopili & penyorokan. Hadis: penyorokan barang adalah dosa- sama ada dalam bentuk wang atau barang. Sorok barang-> bekalan barang tiada-> permintaa tinggi-> harga tinggi. Sorok wang->wang disimpan dan tidak digunakan Galakkan keusahawanan & perniagaan. Hadis: seseorang peniaga yg jujur & amanah bersama dgn para nabi, org yg beriman, para syuhada & org yg salihin Pengambilan risiko yg sihat. Mengikut kaedah fiqh. Keuntungan berkadarkan risiko. 2. Penjanaa aktiviti & pertumbuhan ekonomi Haramkan riba. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan

atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Ali Imran : 130). xjana eko yg mana slh seorg hya duduk goyang kaki. Galakkan pelaburan & perkongsian. Hadis: akan bersama 2 org yg bersyarikat selama salah seorang dari mereka tidak mengkhianati sahabatnya & jika ia mengkhianti, aku keluar dari pensyarikatan mereka
Galakkan keusahawanan. Hadis: sebaik-baik pekerjaan ialah seseorang yg bekerja dengan tangannya dan setiap jual beli yang baik. & Allah mengasihi seseorang mukmin yang ada kemahiran, seseorang yg bersusah payah menyara keluarganya ia seperti pejuang di jalan Allah. Mengelakkan konflik/ pergaduhan Haramkan gharar. Hadis: Rasulullah SAW melarang jual beli gharar Haramkan penipuan & amalan tidak beretika. kecelakaan bagi orang yang mengurangkan timbangan, iaitu apabila mereka menimbang barangan orang lain (utk dibeli) mereka menepati timbnagan & apabila mereka menimbang barangan mereka (utk dijual) mereka mengurangkannya. (al-Muthaffin:1-3) Mewajibkan kerelaan. Hadis: jual beli itu berdasarkan kerelaan. Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak bagi menjalankan Akad tersebut, oleh kerana keredhaan atau kerelaan adalah menjadi dasar Jual Beli dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t bermaksud:- Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi

3.

dan sebagainya), kecuali dengan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. (Surah An-Nisa : ayat 29) 4. Memelihara kehormatan Haramkan kemerbahayaan dari segi spiritual mahupun fizikal. Spritual: jual beli barangan lucah kerana ianya merosakkan akhlak. Fizikal: jual beli arak merosakkan akal. 5. Membasmi sifat malas & meminta-minta Perintah untuk bekerja dalam pelbagai bidang seperti dlm pertanian, perladangan dll Hadis: tangan di atas lebih baik daripada tangan dibawah Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut syarak bagi menjamin kebaikan bersama dengan mengelakkan dari meminta-minta dan sebaliknya hendaklah berdikari. Islam sentiasa memandang berat dan menyeru umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki melalui dua pendekatan iaitu melarang daripada memintaminta dan menolah penggaguran. Nas syarak 1. Nas tentang ibadat 2. Nas tentang muamalat Nas tentang ibadat Amalan yang telah ditetapkan oleh Allah & mengikut cara ynag yang juga telah ditetapkan. Amalan ibadat yang bersifat khusus & asasi telah ditetapkan secara tepat & spesifikasi Tidak berubah & berkembang walaupun tamadun manusia berubah & berkembang Manusia tidak boleh menciptakan dari segi jumlah dan kaedahnya. Dalil (al-Baqarah:43): Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan ruku'lah kamu semua (berjamaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk Rasulullah menunjukkan erti solat, waktu & caranya, lalu baginda bersabda sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang

Nas tentang Muamalat Segala aspek kehidupan manusia dengan manusia dalam konteks perhubungan sesama manusia khususnya dalam bentuk ekonomi dan perniagaan Bentuk & kaedah perhubungan sesama manusia yang mana boleh berubah dan berkembang mengikut perkembangan pemikiran dan teknologi. Bentuk perhubungan adalah dalam ekonomi dan perniagaan yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dalil: dan Allah menghalalkan Nas tentang muamalat lebih bersifat prinsip umum anjal & terbuka untuk perincian & penafsiran yang sesuai dengan maslahat, keperluan & kebijaksanaan semasa.

Prinsip-prinsip Umum Muamalat 1. Pengharaman riba 2. Pengharaman gharar

3. 4. 5. 6.

Pengharaman penipuan Tiada kemerbahayaan Berasaskan keredahan bersama Berasaskan keadilan

A. Konsep riba & keuntungan (al-ribh)


Definisi Riba Bahasa: sebarang tambahan atau lebihan ke atas sesuatu, sebarang faedah yang lebih daripada pinjaman pokok. Istilah: dalam kontrak jual beli, riba ialah jual beli sama ada dari segi pertukaran barang-barang ribawi secara tertangguh atau tidak sama kadarnya. Dalil pengharaman riba

" .... meraka berkata sesungguhnya jaul beli(bay') itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba" (al-Baqarah: 275) -riba bukan aktiviti ekonomi yg boleh menjana kekayaan. Pinjaman <- amal kebajikan. Jauhi 7 dosa besar, syirik , sihir, bunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, riba, lari dari medan perang (takut) & tunduk kepada perempuan yg suci drpd zina (al-Bukhari & Muslim) Riba mempunyai 73 pintu, yg paling ringan umpama seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. (Ibn Majah & al-Hakim) Hukum riba haram: 1. Tidak kira saiz atau jumlah kadar 2. Dipersetujui atau tidak -> berkaitan dengan hak Allah, tggjwb manusia untuk patuhi 3. Untuk kegunaan atau modal pengeluaran-> ada hujah yg mngata ia boleh sebab menjana pengeluran bukan untuk penggunaan(consumer) 4. Sesama Islam atau bukan Islam tetap haram Jenis-jenis riba 1. RIba pinjaman/hutang (riba al-Qard/al-Duyun) Berlaku apabila pemberi pinjaman mensyaratkan supaya pemimjam membayar lebih daripada jumlah pinjamannya kerana penangguhan yang diberikan. Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh. 2. Riba Jahiliah Pemberi pinjaman menambahkan jumlah bunga @ jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh peminjam kerana meminta penangguhan pembayaran stelah sampai tempoh pembataran asal yang telah dijanjikan.

Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah. 3. Riba Jual Beli (al-Buyur) ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh. Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum. Barang ribawi: I. Emas II. Perak III. Gandum IV. Barli V. Tamar VI. Garam Amalan riba dalam institusi kewangan islam (bentuk2 riba): I. Pinjaman (peribadi, kereta, rumah dll..) II. Bank overdraf III. Akaun simpanan IV. Money exchange secara tertangguh V. Pelaburan dlm amanah saham yg menjanjikan jaminan keuntangan secara tetap Kesan Riba 1. Mrencatkan pengagihan & pertumbuhan ekonomi Orang yg memberi pinjaman hya goyang kaki, yg meminjam walaupun ada aktiviti ekonomi tetatpi tak semesti akan untung dan keuntungannya tidak semestinya tinggi sehingga mampu membayar hutang yg bertambah akibat riba. Org yang member pinjaman akan jadi pemalas. Ini adalah kerana orang kaya dapat menyimpan wangnya di dalam bank dan dia boleh mengambil faedahnya, dengan itu dia tidak perlu bersusah payah mencari rezeki Keadaan ini menyebabkan riba meningkatkan kadar pengganguran dalam kalangan masyarakat. Oleh itu riba bukanlah aktiviti ekonomi yg ble menjana pertumbuhan ekonomi dan pengagihan ekonomi terencat. 2. Melebarkan jurang kaya-miskin Orang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin menjerumuskan manusia kearah kebinasaan dan kesusahan sehingga golongan seperti ini tidak dapat menanggungnya. Terlalu banyak mudarat atau kesan buruknya dan sukar untuk diterangkan satu per satu. Sesungguhnya kita hanya perlu yakini bahawa Allah tidak akan melarang sesuatu itu jika tiada mudaratnya terhadap kita hamba Allah.

3. Mengancam struktur & keharmonian masyarakat Menimbulkan pergaduhan apabila peminjam tak mampu lagi untuk emmbayar akibat riba yang terlalu tinggi. Riba membunuh menghapuskan perasaan kasih sayang yang ada dalam diri seseorang. Riba kadang-kala menyebabkan permusuhan di antara satu sama lain dan juga saling bermusuhan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Definisi al-Ribh (keuntungan) Lebihan daripada perbezaan antara harga kos/modal dengan harga jualan dalam sesebuah kontrak perniagaan. Kesan al-Ribh 1. Merupakan aktiviti ekonomi yang menggalakan pertumbuhan dan pengagihan ekonomi 2. Galakkan perniagaan dan keusahawanan 3. Galakkan perkhidmatan Hukum Ribh harus: Tanpa mengira saiz/kadar keuntungan yang dikenakan Dinyatakan atau tidak Sesama Islam atau bukan Islam B. Pengharaman Gharar Definis: Sesuatu yg tersembunyi. e.g, penjualdan pembeli tidak pasti tentang harga atau barang yang dijual beli dari segi kualiti atau kuantitinya & juga tidak pasti tentang waktu penyerahan harga & barang tersebut atau adalah ia boleh diserahkan & sebagainya. Dalam semua kes di ini ataupun salah satu daripadanya, kedua-dua pihak yang berkontrak tersebut tidak pasti tentang kesudahan akad yang mereka lakukan itu. Dalil:

wahai orang-orang yang berimanjanganlah kmau memakan harta sesame kamu secara batil, melainkan melalui jalan perniagaan yang wujudnya saling reda-meredai angtara kamu (al-Nisa: 29) - Memakan harta secara batil; gharar

Hadis: Abu hurairah meriwayatkan yang Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Rasulullah SAW menegah jual beli gharar & jual beli hasat (melontar anak batu untuk menentukanyang hendak dijual (Muslim) Ibn Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa janganlah kamu menjual ikan di dalam air kerana ia gharar (Ahmad) Tempat Gharar: 1. Terjadi pada barangan & harga 2. Pada sighah @ akad

Gahrar pada barangan & harga berlaku dalam dua keadaan: 1. Gharar pada keupayaan menyerahkan barangan 2. Gharar tentang sifat barangan Gahrar pada sighah akad berlaku apabila dimasukkan syarat2 tertentu Gahrar pada keupayaan menyerahkan barangan kontrak berlaku dalam tiga keadaan: 1. Barang belum wujud ketika akad dibuat 2. Penjual tidak memiliki barang secara sah 3. Barang tidak boleh berada di penguasaan penjual Gharar tentang sifat-sifat barang 1. 2. 3. 4. Kualiti Kuantiti Jenis Tempoh masa

Pengharaman unsur-unsur gharar Gharar pada syarat-syarat dalam akad: I. Al-bay al-muallaq (jual beli disandarkan kepada syarat-syarat tertentu) II. Bay al-urbun (jual beli deposit) III. Dua jual beli dalam satu jual beli- ia tidak tentu, mana satu yang diterima?e.g; cash @ ll.. Kesan hukum Memberi kesan kepada hukum akad Tidak member kesan kepada hukum akad Apabila memberi kesan kepada hukum akad: I. Gharar fahish (gahrar yang berat) boleh menyebabkan punca pergaduhan II. Akad timbale balas III. Tiada keperluan yang mendesak walaupun ada akad sah IV. Gharar pada asal barangan e.g; beli kambing yang ada anak dalam perut. Sah jual beli jika merujuk kepada harga asal. Apabila tidak member kesan kepada hukum akad: I. Gharar yang ringan II. Akad ihsan III. Keperluan mendesak IV. Gharar pada Pengharaman gharar dalam kontrak kotemporari 1. Insurans 2. tempahan 3. Bayaran sewaan

Insurans: Gharar dalam insurans kontrak berlaku dlaam tiga keadaan: I. Gharar in the availability of the subject matter II. Gharar in the amount of the subject matter III. Gharar at the time Insurans konvensional tidak sah akadnya Gharar dalam tempahan: Jual rumah dalam pembinaan, hanya tengok dalam plan, beri spesifikasi Gharar ini tidak dapat dielakkan, untuk mengelakkan perlu beri spesifikasi Sah akad Bayaran sewaan/yuran memancing: Kalau bayar untuk kemudahan boleh Kalau bayar untuk ikan yang diperolehi tidak sah sebab tiada kepastian berapa banyak ikan atau dapat atau tidak dpat ikan yang dipancing. Sewaa tandas penggunaan air Perbezaan Al-Ijarah Thumm Al-Bay (AITAB) vs Sewa Beli (HP) Definisi: AITAB - Sewaan yang diakhiri dengan jual beli yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam Sewa Beli Sewaan yang diakhiri dengan jual beli (closed end leasing) yang diamalkan oleh institusi kewangan konvensional (milik kita, manfaat orang lain, harus) Pelaksanaan AITAB 1. Pelanggan mengenal pasti aset/barang kegunaan yang hendak dibeli 2. Memohon kepada bank untuk membeli & berjanji untuk menyewa/membeli semula dari bank 3. Bank membeli dari pembekal/pengedar & aset tersebut menjadi milik mutlak bank 4. Bank menentukan kos membeli & jumlah keuntungan yang diambil 5. Bank menyewakan aset tersebut kepada pelanggan 6. Setelah bank berjaya mengumpul semula modal pembelianaset & keuntunagn yang dikehendaki, bank akan menjual aset berkenaan kepada pelanggan. -> jual berdasarkan baki yang belum dibayar bukan berdasarkan jumlah seluruh sewaan yang dibayar sebelum ini. Sewa Beli 1. Pelanggan mengenal pasti aset/barang kegunaan yang hendak dibeli 2. Memohon kepada bank untuk membeli & berjanji untuk menyewa/membeli semula dari bank 3. Bank membeli dari pembekal/pengedar & aset tersebut menjadi milik mutlak bank 4. Bank menambahkan kos pembelian dengan jumlah interest (cost of fund) 5. Bank sewakan aset kepada pelanggan berdasarkan wang sewaan yang telah dipungut. Isu: 1. Cos of fund (interest) 2. Bila habis, jual ikut bayaran sebelum ini iaitu sewa bukan beli. Ini tidak boleh sebab bukan harga jual beli tapi sewaan Perbezaan

1. Keuntungan VS interest 2. Harga jual beli harga akhir bukan harga sewaan yang telah dibayar VS jumlah sewaan ikut bayaran sewa yang telah dibayar. C. Tiada kemerbahayaan Bermaksud dalam melakukan transaksi perniagaan menurut muamalat Islam, pihak-pihak yang terlibat mestilah berusaha mengelakkan dari sebarang sebab yang boleh membawa kemudaratan kepada diri sendrir atau orang lain. Dalil: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam (an-Anbiya: 107) Dua kategori kemerbahayaan: 1. Tahap satu kemerbahayaan dari segi spiritual (agama & akhlak) e.g jual beli bahan-bahan lucah, babi, simbol-simbol barhala, arak dll.. 2. Tahap dua kemerbahayaan dari segi fizikal ( tubuh badan & harta) e.g senjata api, jual beli mercun yang berbahaya kepada kanak-kanak. D. Berasaskan keredhaan bersama Hal ini penting dan jelas dalam ayat yang bermaksud: wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan harta sesame kamu Dalil: sesungguhnya jual beli itu saling meredhai (abu Dawud) Tidak halal harat seorang muslim itu melainkan dengan kerelaan darinya (Ahmad) Kerelaan yang diberi mestilah keredhaan atau kerelaan yang sah & sempurna tanpa disertai dengan pelbagai unsur-unsur yang mencacatkan keredhaan (uyud al-rida) seperti paksaan, tiada kelayakan untuk berakad & sebagainya Oleh kerana keredhaan merupakan persoalan hati, mka para fuqaha telah menwujudkan satu mekanisma untuk menzahirkan keradhaan hati tersebut iaitu sighah, tawaran & penerimaan oleh pihak-pihak yang terlibat untuk memasuki kontrak atau akad Hakikatnya bukanlah lafaz ijad dan qabul itu yang dipentingkan tetapi eleman keredhaan bersama untuk memasuki kontrak atua akad Atas asas inilah kebanyakkan ulama al-syafi;iyyah berpendapat bahawa jual beli secara muatat atau berbentuk berunjuk itu sah walaupun tanpa lafaz jika masyarakat secara urufnya telah menerima amalan tersebut sebagai lambing keredhaan mereka untuk berkontrak. E. Keadilan Penyusunan sistem & peraturan akad dalam muamalat islam itu sendiri sebenarnya bertujuan untuk menegakkan keadilan & mengelakkan persengketaan & permusuhan dalam masyarakat *al-gabhn-harga yang ditawarkan > harga pasaran Dalil: Sesungguhnya Allah memerintahkan keadilan, berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan

mungkar serta kekezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya ( al-Nahl: 90) Bentuk jual beli ada unsur kezaliman 1. Dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: -penindasan orang tengahJanganlah kamu melakukan jual beli secara talaqqi al-rukban -membeli dari orang kampong barangan yang mereka bawa untuk dijual di pasar sebelum mereka tiba di pasar & tahu harga pasaran sebenar. 2. Dari Abu Hurairah bahawa rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu bertanajush ( membuat tawaran untuk membeli secara olok-olok untuk meningkatkan harga bayaran) F. Pengharaman Penipuan Kekeliruan yang ditimbulkan oleh satu pihak yang berkontrak terhadap satu pihak lahi supaya ia memetrai kontrak tersebut dengan menyakinkan beliau secara salah bahawa akad tersebut baik baginya. Dalil: Orang Islam saudara orang Islam menjual sasuatu barang kepada suadaranya & barangan tersebut ada kecacatan , melainkan ia mesti dinyatakan (Ibn Majah) Sesiapa yang menipu kami, maka iabukan dari kalangan kami (Abu Daud) Penipuan berlaku dalam tiga keadaan: 1. Secara perbuatan 2. Secara perkataan 3. Secara penyembunyian fakta Penipuan secara perbuatan Menzahirkan barangan akad tersebut dalam keadaan yang berbeza dari hakikatnya yang sebenar. E.g mengubah meter millage kereta terpakai , pembelian daging Penipuan secara perkataan Sebarang pernyataan yang mengelirukan salah seorang pembeli atau penjual untuk memujuk baliau memasuki kontrak tersebut Penipuan secara penyembunyian fakta Apabila salah satu pihak yang berkontrak menyembunyikan kekurangan atau kecacatan barangan yang dijualnya atau pertukarannya dari pengetahuan satu pihak lagi *apabila terbukti berlakunya penipuan dalam salah satu daripada tiga bentuk diatas, maka pihak yang ditipu mempunyai hak khiyar (hak pembatalan) *hak khiyar-hak untuk memilih untuk sama ada meneruskan akad tersebut & memulangkan barang yang telah diambil & menuntut kembali wang yang telah dibayar *apabila pembeli redha, duit yang dimakan halal, pembelian sah tetapi perbuatan menipu tetap berdosa.

Akad Dalam Muamalat Islam


Akad-kontrak *ikatan antara ijab & qabul dalam bentuk yang ditetapkan oleh syarak & memberi kesan ke atas subjek Rukun Akad: 1. Pihak yang berakad 2. Barangan akad 3. Sighah Syarat-syarat akad: 1. Pihak yang berakad: a. Ada kelayakan (alliyah) untuk melakukan akad, pemilikan sempurna 2. Syarat barangan: a. Sah diperlakukan akad-yang ada nilai b. Wujud semasa akad c. Diketahui sifat-sifatnya oleh pihak yang berakad d. Boleh diserahkan waktu akad e. Jual beli training dog boleh 3. Syarat sighah Pembahagian akad: 1. Akad Tamlikat akad yang bertujuan untuk mendapatkan pemilikan sama ada barangan atau perkhidmatan seperti jual beli & sewaan 2. Akad Isqatat akad yang bertujuanuntuk mengugurkan hak seperti gugurkan hak ke atas hutang yang dimilikinya. (halalkan hutang yang dipinjam) 3. Akad Itlaqat bertujuan untuk mewakilkan orang lain dalam sesuatu pekerjaan: akad wakalah 4. Akad tawthiqat bertujuan member jaminan ke atas sesuatu hutang seperti akad rahn & kafalah. E.g Al-Rahnu; akad yang menyandarkan kepada barang 5. Akad ishtirak akad perkongsian sesuatu kerja, untung & rugi seperti akad musyarakah & mudarabah. E.g mudarabah; sebarang pelaburan, satu buat kerja, dapat untung bahagi dua, musyarakah; dua orang melabur, 2 orang buat kerja, keuntungan bahagi dua. 6. Akad Hifz akad menjaga harta bagi pihak pemiliknya seperti akad wadiah. Akad Tamliqat terbahagi kepada tiga: 1. Tabarrulat akad yang member milik kepada orang lain tanpa balasan. E.g; sedekah, hadiah, wakaf, dll(beri kebajikan) 2. Muawadat akad yang member milik kepada orang lain dengan balasan. E.g; akad jual beli, sewaan, salam, istisna.. 3. Tabarru kemudiannya muawadat apabila pihak yang menerima mengantikannya. E.g; akad pinjaman

Akad Jual Beli Definisi: akad yang berlaku untuk pertukaran satu harta dengan harta yang laindengan tujuan untuk pemilikan selamanya. Eg: I. pertukaran hak milik/tujuan mendapatkan pemilikan II. pertukaran harta III. tanpa batasan masa (tidak sah jual beli jika dihadkan masa/syarat-syarat lain) Dalil: dan Allah halalkan jual beli & haramkan riba (al-Baqarah: 275) Aisyah meriwayatkan bahawa rasulullah SAW membeli makanan daripada orang yahudi secara berhutang dalam tempoh tertentu dan baginda mengandaikan bajunya daripada besi (Bukhari&Muslim) Intipati dalil; boleh jual beli dengan bukan Islam, tidak boleh ada penipuan dalam jual beli walaupun kepada bukan Islam Rukun Jual Beli 1. Penjual/pembeli 2. Sighah 3. Barang jual beli Penjual/pembeli: Seseorang yang berakal & baliqh Bebas daripada paksaan/dengan kerelaan sendiri Dua atau lebih pihak yang berakad Sighah: Sah dengan waktu yang lama Qabul selari dengan ijab Tiada kaitan dengan syarat/waktu tertentu Barang jual beli: Wujud ketika akad Harta yang bernilai, bermanfaat Boleh diserahkan kepada pembeli Diketahui oleh kedua-dua pihak Jual beli kulit binatang (kecuali anjing & babi) dengan syarat: o Bagi kulit binatang yang boleh dimakan & binatang tersebut disembelih o Kulit binatang yang tidak boelh dimakan, tidak disembelih, kulit itu pula disamak terlebih dahulu sebelum dijual o Bagi binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau tidak boleh dimakan, maka kulitnya perlulah disamak atau disertu terlebih dahulu sebelum dijual Jual beli taik ayam boleh dijual beli sebab manfaatnya Kes-kes yang berkaitan Bay al-Muatat jual beli yang berlaku dengan pengambilan barangan oleh pembeli & pengambilan harga (wang) oleh penjual tiada sighah lafziyyah antara penjual & pembeli

Bagi mazhab Hanafi, Maliki & Hambali: *menerima jual beli secara muatat jika ia telah diterima dalam sesuatu masyarakat bahawa ia berlaku dengan kerelaan kedua-dua pihak Bagi mazhb Syafie: *tidak sah jual beli secara muatat jika ia tidak ada lafaz ijad qabul & tidak jelas keredhaan kedua-dua pihak untuk berjual beli Fuqaha mazhab Syafie: *mensahihkan kedua-dua pihak untuk berjual beli secara muatat bagi barangan kecil, murah & berlaku secara harian *sah jual beli muatat apabila diterima pada adat & kebiasaan maumalat (Imam Nawawi) Jenis-jenis Jual Beli: 1. Berdasarkan pernyataan kos 2. Berdasarkan cara pembayaran 3. Berdasarkan cara serahan 4. Berdasarkan cara operasi Berdasarkan pernyataan harga kos 1. Bay al-musawamah jual beli biasa yang tidak memerlukan pihak penjual menyatakan harga kos & bebas meletakkan harga secara yang munasabah serta boleh tawar-menawar 2. Bay al-amanah jual beli yang menghendaki pihak penjual menyatakan harga kos secara amanah & jujur a. Bay al-murabahah jual beli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal, harga modal yang sebenarnya mestilah dimaklumkan kepada penjual, penipuan harga modal menyebabkan akad ini tidak sah b. Bay al-tawliyah jual beli dengan harga yang sama dengan harga modal, harga modal mestilah dimaklumkan kepada pembeli & penipuan harga modal merosakkan akad Berdasarkan cara pembayaran 1. Baybi al-naqa/al-najiz(jual beli dengan wang..?) 2. Baybi al-thaman al-ajil jual beli dengan harga tertangguh. E.g; beli kereta di bank Berdasarkan cara serahan 1. Bay as-salam jual beli yang masih belum ada yang menghendaki pembeli menyerahkan harga belian semasa majlis akad namun barangan belian akan diserahkan pada masa tertentu di masa hadapan bayar dulu, barang dapat kemudian 2. Bay al-istisna jual beli sesuatu yang masih belum ada tetapi penjual dikehendaki mengadakannya dalam tempoh tertentu. E.g; jahit baju, pertukangan rumah dll. *bayar kemudian atau awal terpulang kepada tetapi barang-barang mesti dari si pembuat. Kalau pelanggan membawa kain sendiri dan mengarahkan untuk menjahit makan itu adalah upah bukan istisna. Berdasarkan cara operasi 1. Bayal-inah penjual menjual sesuatu barangan kepada pembeli dengan harga tertentu secara hutang yang perlu dibayar dalam tempoh tertentu & kemudiannya pembeli menjual semula barangan tersebut kepada penjual dengan harga yang lebih rendah secara tunai. E.g;

bank menjual lot tanah 70ribu untuk 10 tahun secra hutang, kemudian pembeli jual balik kepada bank 50 ribu secara tunai 2. Bay al-tawarruq- penjual A menjual barang kepada pembeli B secara hutang yang perlu dibayar dalam tempoh tertentu, kemudian pembeli B menjualkan semula barangan tersebut kepada orang lain ( C ) dengan harga yang lebih rendah secara tunai & kemudiannya penjual asal ( A ) membeli semula barangan tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dijual oleh pembeli B tetapi lebih rendah dari harga yang dijualnya kepada pembeli B.

Akad Al-Mudarabah Definisi; mudarabah atau qirad ialah akad perkongsian untung yang berlaku apabila tuanpunya harta menyerahkan hartanya kepada orang lain untuk dijadikan modal perniagaan dengan persetujuan bahawa keuntungan dibahagikan sesame mereka mengikut kadar yang tertentu Hukum; harus Dalil: Abbas Ibn Abdul Mutallib apabila beliau menyerahkan hartanya untuk dijadikan modal perniagaan kepada seseorang, beliau mensyaratkan bahawa harta tersebut tidak dibawa belayar melalui lauatn. Tidak dibawa melalui lembah besar, tidak digunakan untuk membeli binatang yang berhati lembap (masih hidup) jika perniagaan melakukan mana-mana yang tersebut, maka ia peniaga perlu menjamin modalnya. Setelah diketahui oleh Rasulullah SAW tentang syarak-syarat tersebut baginda memperakuinya (al-Bukhari) *amalan ini @ qirad telah lama berlaku dalam kalnagan masyarakat Arad semenjak zaman jahiliah lagi. Rukun al-Mudarabah: 1. Pihak yang berakad (pemodal & pengusaha) 2. Modal 3. Sighah *pada asasnya rukun-rukun & syarat-syarat sama dengan rukun & syarat jual beli Mudarabah terbahgai kepada dua bahagian: 1. Mudarabah Muqayyadah pemodal telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dilakukan 2. Mudarabah Mutlaqah pemodal tidak menetapkan apa-apa, semuanya terpulang kepada budi bicara pengusaha Peranan pengusaha: 1. Pemegang amanah; menjaga harta pelaburan dengan penuh tanggungjawab 2. Wakil (Agent); wakil pemodal dalam urusan transaksi jual beli 3. Rakan kongsi; berkongsi keuntungan 4. Penjamin; membayar ganti rugi jika kerugian akibat kecuaian atau perlanggaran syaratsyarat akad mudarabah 5. Pengambil upah; dalam keadaan akad mudarabah menjadi rosak sebelum diberhentikan terus operasinya.

Pembahagian keuntungan: 1. Keuntungan mestilah berdasarkan kadar peratus dari jumlah keuntungan sebenar 2. Kebebasan pengusaha/peniaga untuk menjalankan aktiviti perniagaannya *Dalam akad mudarabah akad amanah pengusaha tidak wajib menjamin keseluruhan harta modal yang dilaburkan jika ia cuai @ melanggar perkara yang tidak boleh dibuat dalam sesuatu akad mudarabah, iaitu: I. Tidak membeli barangan jualan melebihi daripada nilai wang yang dilaburkan oleh pemodal II. Tidak membawah modal yang dilaburkan dalam perjalanan jauh yang dilakukannya kecuali dengan keizinan pemodal III. Tidak menjual barang dari modal pelaburan secara berhutang kecuali dengan keizinan pemodal IV. Tidak boleh meminta orang lain pula menjalankan aktiviti perniagaan tersebut *Mengikut mazhab Syafie, modal pelaburan mudarabah hanya boleh dalam bentuk mata wang *Bagaimanapun, ulama kontemporari membolehkan barang-barang perniagaan dijadikan modal pelaburan dengan syarat ditentukan secara pasti terlebih dahulu nilainya dalam mata wang *Bentuk perniagaan yang dibolehkan dalam kontrak mudarabah ialah berjual beli menurut mazhab Syafie manakala mazhab lain membenarkan pelaburan dalam sebarang bentuk perniagaan *Penyumbang modal tidak boleh campur tangan secara langsung dalam operasi harian perniagaan yang dijalankan kerana ia telah menyerahkan kepada kepakaran & inisiatif pengusaha *Kadar pembahagian keuntungan hendaklah pada awal akad, bagaimanapun kedua-dua pihak boleh dengan persetujuan bersama mengubah kadar pembahagian keuntungan di sepanjang tempoh pelaburan Akad Musyarakah Satu akad persetujuan dua belah pihak atau lebih untuk mengabungkan harta mereka atau usaha mereka atau kemitmen mereka secara umum dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan Dalil: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu (an-Nisa: 49) Hadis: aku adalah orang ketiga dalam pensyarikatan dua orang selama seorang dari mereka tidak mengkhianati saudaranya yang seorang lagi, & apabila ia mengkhianatinya maka aku keluar dari pensyarikatan mereka (Abu Daud) Jenis-jenis Syarikat: 1. Al-inan Dua orang atau lebih bersyarikat dengan mengabungkan harta mereka & mereka menjalakan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang akan dibahagikan sesama mereka

2. Al-mufawadah Dua orang atau lebih bersyarikat atas semua harta mereka secara umum dengan makna setiap orang dari ahli syarikat merupakan wakil & penjamin bagi setiap ahli yang lain menguruskan hartanya & untung @ rugi akan ditanggung bersama

3. Al-abdan Dua orang atau lebih berpadu kerja walaupun kerja yang berbeza & bersetuju untuk membahagikan hasil yang diperolehi dari kerja yang dijalankan oleh setiap ahli yang terlibat mengikut kadar yang dipersetujui bersama 4. Al-wujuh Dua orang atau lebih bersetuju untuk membeli sesuatu barang secara bertangguh & kemudian menjual barangan tersebut untuk mendapatkan keuntungan yang akan dibahagiakan mengikut yang dipersetujui sesama mereka Hukum Hanafi Maliki Syafie Hambali Alasan mufawadah x x Tiada dalil syarak yang mengharuskannya Menetapkan persamaan dalam semua aspek perkongsian sesuatu yang sukar dibuat Wujud elemen gharar iaitu memastikan bersamaan hak & tanggungjawab setiap ahli Wujuh x x Subjek perkongsian (harta@kerja) tidak wujud semasa akad Wujudnya elemen gharar kerana setiap pihak menyumbangkannya kerja yang tidak tetap abdan x Syarikat ialah perkongsian harta, bukan perkongsian kerja semata-mata Gharar kerana kerja sukar untuk diukur dengan itu sukar diketahui tahap kualiti & nilai kerja setiap ahli Syarikat al-inan Syarat Sah: 1. Hendaklah harta syarikat itu harta yang digabungkan sehingga tidak dapat dikenalpasti harta kepunyaan setiap ahli syarikat 2. Keuntungan dibahagikan berdasarkan kadar yang dipersetujui dari keuntungan sebenar & kerugian dibahagikan mengikut kadar jumlah modal yang disumbangkan Kesan akad syarikat: 1. Kebebasan menguruskan harta syarikat mengikut adat & tidak memudaratkan 2. Mengurus mengikut apa yang dipersetujui

Perbezaan akad Musyarakah VS Mudarabah: 1. Modal dalam musyarakah dari semua ahli syarikat manakala mudarabah dari pemodal sahaja 2. Dalam musyarakah setiap ahli bertindak menjalankan operasi harian perniagaan manakala dalam mudarabah hanya pengusaha sahaja yang menjalankan operasi harian perniagaan 3. Kerugian modal dalam musyarakah ditanggung oleh semua pihak manakala dalam mudarabah hanya pemodal yang menanggung kerugian 4. Tanggungan ahli dalam syarikat tidak terhad sedangkan tanggungan pemodal dalam mudarabh terhad kepada modal pelaburannya sahaja. Ini bermakna jika syarikat menanggung hutang maka setiap ahli harus memikulnya secara sama rata sedangkan hutang yang dibuat oleh pengusaha dalam mudarabah ditanggung oleh pengusaha itu 5. Dalam musyarakah, setelah modal digabungkan, keuntungan kesan dari kenaikan harga barang tersebut menjadi milik semua pihak manakala dalam mudarabah sebarang keuntungan dari kenaikan harga barangan modal, milik pemodal semata sedangkan pengusaha akan hanya mendapat keuntungan setelah ia menjalankan operasi perniagaan & memperolehi keuntungan.