Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Berdasarkan penelitian ke atas buku-buku sejarah secara rawak yang terdapat di Perpustakaan Hamzah Sendut 1 Universiti Sains Malaysia, banyak buku sejarah Tanah Melayu menyatakan tentang kesan kemasukan penjajah terutamanya semasa pendudukan British. Penulisan dalam buku-buku sejarah ini menyatakan khususnya ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 telah mengalami satu perubahan yakni perkembangan ekonominya. Persoalan yang timbul adalah bagaimana ekonomi Tanah Melayu di bawah kolonial British ini berkembang? Adakah atas dasar pentadbiran British yang liberal semata-mata atau ada perkara lain yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu. Fokus kajian ekonomi Tanah Melayu ini sekitar abad ke-19 dan abad ke-20.

Setelah Inggeris masuk ke Tanah Melayu, ekonomi Tanah Melayu mula mengalami perubahan dan berkembang lebih pesat berbanding sebelum pendudukan Inggeris. Pihak Inggeris mula penjajah Tanah Melayu dengan menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada tahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah.1 Perjanjian ini merupakan titik tolak usaha British untuk meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. Zaman kolonial British pada abad ke-19 merupakan titik penting yang mana ianya telah membuka ruang kepada Tanah Melayu dalam aspek ekonomi sehingga menjadi salah satu tumpuan ekonomi dunia pada ketika itu. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang berkembang ini berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan faktor luaran. Selain daripada dasar pentadbiran Inggeris, faktor yang menggiatkan ekonomi Tanah Melayu adalah revolusi perindustrian, kemasukan buruh dan modal, pembukaan Terusan Suez dan pembukaan Singapura.

Emerson Rupert, Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung Dan Tidak Langsung , hlm 67.

DASAR PENTADBIRAN INGGERIS


Pada zaman kolonial British, dasar ekonomi bebas dilaksanakan di tanah-tanah jajahannya termasuklah Tanah Melayu. British tidak melakukan monopoli ekonomi seperti mana yang dilakukan oleh Belanda jika kita lihat pada abad ke-15 yang mana Belanda mula mempunyai hubungan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu dan menandatangani pelbagai perjanjian untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka. Namun perjanjian yang dibuat tidak ditepati akibat sikap Belanda yang ingin memonopoli ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu. Keadaan ini akhirnya menyebabkan Syarikat Hindia Belanda muflis. Sebagai contoh,

penaklukan Melaka pada 1641 yang mana tujuan awal mereka adalah untuk menjadikan Melaka sebagai ibu pejabatnya dan akhirnya berniat untuk menguasai Melaka. 2 Belanda cuba untuk memperolehi monopoli keatas Melaka malah ke seluruh wilayah di Tanah Melayu seperti Johor, Kedah, Perak, Naning dan Minangkabau. Jika dikaji dengan teliti, boleh dikatakan bahawa Belanda berusaha menguasai kawasan-kawasan ini sudah tentunya kerana faktor ekonomi yang mana wilayah-wilayah ini sememangnya kaya dengan hasil bumi dan hasil rempah ratus. Hal ini menimbulkan pelbagai kekecohan akibat ketidakpuasaan hati penduduk Tanah Melayu sehingga menimbulkan pelbagai peperangan dan penyeludupan. Monopoli Belanda ini akhirnya memakan diri sendiri apabila Belanda muflis dan ekonomi Tanah Melayu tidak berada pada tahap yang baik. Keadaan ini berbeza dengan semasa pendudukan Inggeris yang mana mereka mengamalkan dasar perdagangan bebas yang akhirnya telah membuka Tanah Melayu kepada perdagangan antarabangsa yang melibatkan pelbagai negara luar. Dasar Inggeris yang liberal dan terbuka ini menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 sehingga menjadikan Tanah Melayu sebagai salah satu pusat tumpuan perdagangan dunia dalam aktiviti eksport dan import.
2

Jessy Singh Joginder, Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959, hlm 57.

Selain itu, Inggeris juga telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan awam semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu. Kemudahan ini banyak membantu dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana banyak jalan darat dibina di kawasan lombong seperti pada tahun 1875 jalan di Larut sejauh 13 batu telah dibina dan jalan penting menghubungkan Matang dengan Taiping. Kemudian jalan ini disambung ke Kemunting dan beberapa tahun kemudian disambung ke Seberang Prai. Selain itu jalan raya juga dibina selari dengan jalan kereta api misalnya landasan kereta api yang dibuka dari Seremban ke Port Dickson tahun 1891.3 Kemudahan jalan raya dan jalan kereta api ini penting untuk kepentingan ekonomi terutamanya untuk memudahkan pengangkutan biji timah dari kawasan perlombongan ke kawasan pelabuhan. Rangkaian pengangkutan ini lebih padat di kawasan pantai barat Tanah Melayu berbanding dengan timur kerana tumpuan kegiatan ekonomi terutamanya biji timah dan getah dikawasan tersebut.4

REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Revolusi perindustrian yang berlaku di negara-negara Eropah telah memberi kesan kepada ekonomi Tanah Melayu. Pada abad ke-19 ini negara-negara Barat memasuki satu era baru yang mana bidang pengeluaran barang perusahaan berkembang dengan pesat. Negara Eropah ini bukanlah negara pengeluar bahan mentah. Oleh itu negara-negara ini bergantung kepada pengeluaran bahan mentah di Asia Tenggara untuk memenuhi keperluan perindustrian mereka. Negara Eropah ini bertindak sebagai negara perindustrian yang

3 4

Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya , hlm 273. H. Drabble, An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990, hlm 84.

menghasilkan pelbagai produk berasaskan bahan mentah. Antara bahan mentah utama yang menjadi keperluan negara-negara Eropah ini adalah biji timah dan getah.

Perkembangan ekonomi Tanah Melayu mendapat tempias daripada revolusi perindustrian akibat fungsi Tanah Melayu itu sendiri yang bertindak sebagai pengeluar bahan mentah. Di Britain misalnya, tahun-tahun sekitar dalam abad ke-19 merupakan zaman pembinaan landasan kereta api.5 Perusahaan pengangkutan yang semakin pesat akibat pembinaan landasan kereta api ini telah mewujudkan permintaan arang batu dan besi yang tinggi. Pada masa yang sama, Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British yang merupakan pengeluar bahan mentah. Akibatnya aktiviti perlombongan menjadi pesat di Tanah Melayu dan pihak kolonial British mendapat keuntungan hasil eksplotasi hasil bumi Tanah Melayu. Selain itu, biji timah juga digunakan dalam perusahaan membuat tin, kereta, badan bateri, wayar dan kereta api dalam perindustrian pembuatan di Eropah. Permintaan yang semakin tinggi dari negara perindustrian ini mengakibatkan harga biji timah meningkat dan sangat menguntungkan pihak kolonial British. Hasilnya, Tanah Melayu muncul sebagai ranking utama dunia dalam pengeluaran bijih timah khususnya pada tahun 1880-an dan 1890an.6

Keperluan negara industri ini bukan sekadar pada biji timah, malah getah juga menjadi keperluan untuk perusahaan basikal dan kereta di negara Barat. Benih getah yang terdapat di Tanah Melayu berasal dari Kew Garden di Brazil.7 Perlantikan H. N Ridley sebagai Pengarah Botanical Garden pada tahun 1888 telah memperkenalkan cara menoreh iaitu torehan ibedem untuk mendapatkan hasil susu getah yang tinggi dan tidak merosakkan pokok getah. H. N Ridley banyak menyumbang dalam perusahaan getah ini sehingga

5 6

Thomson David, Europe Since Napeleon, hlm 216. Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya , hlm 42. 7 Silcock, T. H, The Economy of Malaya, Hlm 17

menjadikan getah sebagai perusahaan ekonomi di Tanah Melayu. Tanaman getah di Tanah Melayu menjadi penting kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu bermula pada tahun 1900 setelah industri pembuatan kereta berkembang pesat di negara-negara barat. Misalnya pada tahun 1910 pengeluaran kereta dalam industri automobil di United States meningkat lebih kurang dalam 500, 000 unit dan pada tahun 1920, pengeluaran kereta meningkat lebih daripada 8000, 000 unit.8 Keadaan ini menyebabkan eksport getah Tanah Melayu ke negaranegara perindustrian meningkat akibat keperluan negara-negara tersebut untuk perusahaan pembuatan tayar untuk kereta dan produk lain seperti kasut getah.

Revolusi perindustrian di negara Barat memperlihatkan betapa pentingnya Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Hal ini demikian kerana, revolusi perindustrian yang begitu pesat menyebabkan negara-negara Eropah berlumba-lumba mendapatkan tanah jajahan bagi membolehkan mereka memperolehi bekalan bahan mentah secara berterusan. Keadaan ini ternyata menguntungkan pihak Inggeris apabila ekonomi Tanah Melayu berkembang akibat revolusi perindustrian di negara barat.

KEMASUKAN BURUH DAN MODAL


Kemasukan buruh terutamanya orang Cina dan India juga turut menjadi penyuntik kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Orang Cina ini dibawah masuk ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh terutamanya dalam sektor perlombongan. Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu adalah melalui sistem Kangcu. Cara kemasukan imigran India pula adalah melalui cara persendirian, sistem kontrak, sistem Kangani dan bantuan tabung khas. Sistem kontrak bermula pada awal abad ke-19 dan dihapuskan pada tahun 1910. Buruh

Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya , hlm 75.

kontrak dianggap murah dan mudah untuk berpindah m aj i kan. S i st em Kangani pul a l ebi h di sukai kerana m ur ah d an bebas da ri pada kawal an dan

pem eri ks aan d ari pad a keraj aan. 9 Pada abad ke-19 ini jugalah buruh-buruh Cina dan India dibawa masuk secara besarbesaran. British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan.10 Hal ini memberi keuntungan kepada pihak Inggeris kerana buruh yang rajin dan tekun melakukan pekerjaan memberi pulangan yang lumayan. Orang Cina juga memiliki pelbagai kemahiran contohnya berkemahiran dalam

mengendalikan aktiviti perlombongan dan pertanian yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran terhadap hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu. Buruh India pula dibawah masuk ke Tanah Melayu pada tahun 1833 bagi memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor perladangan. 11 Hal ini demikian kerana perkembangan dalam pengeluaran bahan mentah getah dan permintaan yang tinggi ke atas getah memyebabkan Tanah Melayu kekurangan buruh dalam sektor perladangan getah. Buruh India dan pertanian perladangan pada abad ke-19 sememangnya sinonim di Tanah Melayu. 12 Kemasukan buruh India yang kosnya lebih rendah berbanding buruh kaum lain menyebabkan mereka dibawah masuk begitu pesat di Tanah Melayu sehingga menggantikan peranan buruh Cina dalam sektor pertanian perladangan. Kedua-dua buruh imigran ini akhirnya sedikit

10

Jessy Singh Joginder, Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959, hlm 286. Chai Hon Chan, The Development Of British Malaya 1896-1909, hlm 102. Sandhu Kernial Singh, Indians In Malaya, hlm 77. Sandhu Kernial Singh, Indians In Malaya, hlm 253.

11 12

sebanyak menjadi penggerak dari bawah kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19.

Penambahan penduduk di Tanah Melayu akibat kemasukan

golongan

imigran dan peningkatan kegiatan ekonomi secara tidak langsung telah mendorong pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya, landasan kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Kesannya kedua-dua imigran ini menguasai dua sumber ekonomi yang berbeza sehingga terbentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat seperti orang cina lebih tertumpu kepada aktiviti perlombongan dan perniagaan manakala orang India tertumpu kepada aktiviti ekonomi perladangan. Kemasukan imigran Cina dan India ini telah meluaskan pasaran produk di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana penduduk Tanah Melayu yang semakin ramai membuka ruang kepada penjajah Inggeris untuk memasarkan produk pengeluaran kilang mereka.

Pelaburan ke atas aktiviti ekonomi komersial Tanah Melayu turut meningkat misalnya orang-orang Eropah mula melabur dalam perlombongan dan perladangan di Tanah Melayu kerana melihat potensi Tanah Melayu sebagai pengeluar bahan mentah yang utama. Orang Eropah masuk ke Tanah Melayu dan terlibat dalam pelbagai pengurusan aktiviti ekonomi seperti pengurusan lading, perlombongan, perniagaan dan pertanian. Kegiatan Chettiar orang India turut mempergiatkan perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana pada akhir abad ke-19 sehingga pertengahan awal abad ke20, komuniti Chettiar merupakan pembekal utama kredit kepada pengusaha Cina yang membuka hutan di Tanah Melayu bagi mengusahakan tanaman getah dan melombong bijih timah. Kegiatan chettiar ini melibatkan pelaburan besar dalam aktiviti perindustrian perdagangan tempatan dan perdagangan antarabangsa sehingga menggalakkan pertumbuhan
7

dan perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu.13 Jelaslah Kemasukan buruh dan modal ini telah merancakkan lagi ekonomi Tanah Melayu bukan sahaja dalam pengeluaran bahan mentah tetapi juga dalam pelbagai bidang ekonomi yang lain seperti perniagaan.

PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ


Pembukaan secara rasmi Terusan Suez yang menghubungkan laut Mediterranean dan laut Merah pada tahun 1869 turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan British. Pembukaan Terusan Suez menyebabkan aliran kapal belayar menjadi lebih mudah yang mana keadaan ini telah menyebabkan laluan perkapalan menjadi pesat dan ketersampaian kapal-kapal perdagangan lebih menepati masa dan kurang tertangguh untuk sampai ke pelabuhan enterport Nusantara dan seluruh dunia.14 Mobilisasi dan perjalanan mengelilingi dunia menjadi lebih pantas dari sebelumnya dan kapal-kapal yang membawa pelbagai produk dagangan, dapat belayar di antara Asia dan Eropah.

Sebelum ini kapal pedagang mengikut laluan Cape Routes yang telah digunakan selama 370 tahun.15 Setelah Terusan Suez wujud, masa perjalanan dapat dijimatkan jika dibandingkan dengan Cape Route. Keadaan ini secara drastik telah merancakkan lagi

hubungan dan aktiviti perdagangan dunia termasuklah perdagangan antarabangsa di Tanah Melayu kerana pengangkutan bahan mentah yakni biji timah dan getah ke negara Barat menjadi lebih mudah dan pantas. Begitu juga halnya dengan barangan perindustrian yang dipasarkan dari Eropah ke Tanah Melayu. Pembukaan Terusan Suez sememangnya telah

13 14

Nanjundan. S, Indians In Malayan Economy, hlm 40. Courtney. Philip. P, A Geography Of Trade And development In Malaya , hlm 102. 15 Abdul Karim Abdullah, Latarbelakang Sejarah Malaysia Moden, hlm 144.

mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu untuk melonjak dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

PEMBUKAAN SINGAPURA
Minat untuk membuka Singapura sebagai pusat perdagangan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dagangan antara India dan China berlaku selepas Perang Napoleon yang tamat pada tahun 1815. Selepas tamatnya Perang Napoleon, Jawa dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818. Apabila Belanda kembali ke Jawa, mereka mula melaksanakan dasar monopoli perdagangan dan menyekat perdagangan Inggeris di rantau Kepulauan Melayu. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah mengambil langkah untuk melindung perdagangan Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu, mencegah perluasan pengaruh Belanda di rantau kepulauan Melayu dan memecahkan monopoli perdagangan Belanda, menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kapal-kapal British yang belayar di antara India dan China untuk berlabuh, membaiki dan melengkapi bekalannya, mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk ditukar dengan barangan China. Bagi memenuhi keperluan tersebut, pihak Inggeris berusaha untuk mendapatkan Singapura. Raffles Berjaya mendapatkan Singapura melalui perjanjian yang ditandatanganinya bersama Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819. Menurut perjanjian ini, Singapura diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. British akan membayar Sp$5000 setahun kepada Sultan dan Sp$3000 kepada Temenggung.16 Selain itu, British juga akan melindungi Sultan dan Temenggung. Singapura dibuka sebagai pelabuhan bebas cukai. Hal ini penting kepada ekonomi Tanah Melayu kerana mendapat tempias daripada kemajuan ekonomi Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas cukai. Taraf pelabuhan bebas cukai ini berjaya
16

Mills. Lennox Algernoon, British Malaya 1824-67, hlm 69.

mematahkan monopoli Belanda sekali gus menarik lebih banyak kapal-kapal berlabuh dan berdagang di Singapura.17 Aktiviti perdagangan di Singapura penting kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu dan hal dapat dilihat melalui jadual 1 yang berikut: Jadual 1 Singapura Peratusan perdagangan dengan pelbagai rantau, 1878-1911

Sumber: Courteney. Philip. P, A Geography Of Trade And Development In Malaya, hlm227.

Berdasarkan jadual 4, kadar peratusan perdagangan Singapura dengan Tanah lebih tinggi berbanding perdagangan Singapura dengan United Kingdom pada tahun 1895 dan 1906 khususnya. Hal ini demikian kerana kapal-kapal yang datang berdagang dari Singapura mahupun ke Singapura, mereka akan melalui Selat Melaka dan singgah di beberapa pelabuhan di Tanah Melayu seperti Pulau Pinang dan Melaka. Misalnya, dalam perlayaran ke Singapura, semasa pertukaran angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Baya, kapal-kapal perdagangan dari China, India dan lain-lain akan singgah berlabuh di Melaka. Kapal yang menuju ke Singapura memilih Melaka sebagai pelabuhan persinggahan kerana laluan untuk ke Singapura adalah mengikuti laluan selat Melaka. Kapal-kapal yang singgah di pelabuhan di pelabuhan Tanah melayu ini sementara menunggu peralihan angin monsun, mereka tidak hanya duduk diam tapi akan melakukan aktiviti perdagangan. Demikianlah

17

Mills. Lennox Algernoon, British Malaya 1824-67, hlm 75.

10

pembukaan pelabuhan Singapura yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi Tanah Melayu.

KESIMPULAN
Sebelum pendudukan Inggeris di Tanah Melayu, Tanah Melayu berada di bawah kekuasaan Portugis kemudian Belanda. Semasa pendudukan Belanda, dasar yang Belanda jalankan adalah dasar monopoli terhadap ekonomi Tanah Melayu. Hal ini berbeza dengan semasa zaman kolonial British yang mana dasar pentadbiran Inggeris lebih bersifat liberal. Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris adalah dasar ekonomi komersil dan terbuka. Selain itu, kolonial British telah menyediakan pelbagai kemudahan awam yang memudahkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu khususnya pada abad ke-19. Secara ringkasnya, ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19 selepas perang dunia pertama tercetus bergerak rancak akibat pelbagai faktor. Sememangnya dasar pentadbiran British menjadi salah satu faktor perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Namun, tidak harus dilupa bahawa perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya turut dipengaruhi oleh revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah, kemasukan modal pelaburan dan buruh dari China dan India, pembukaan Terusan Suez dan pembukaan Singapura sebagai pelabuhan bebas.

11

BIBLIOGRAFI
Abdul Karim Abdullah, Ghazali Basri. Latar Belakang dan sejarah Malaysia moden. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi SDN. BHD. 1979. Courtney. Philip P. A Geography Of Trade And development In Malaya. London: G. Bell And Son LTD. 1972. Chai Hon Chan. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. London. Oxford University Press, 1967. Emerson Rupert. (ed). Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung Dan Tidak Langsung. Kuala Lumpru: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1987. H. McNeill William. The rise of the west: A History of the human community. Illinios: The University of Chicago Press. 1496. Jessy Singh Joginder. Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1976. Mills. Lennox Algernoon. British Malaya 1824-67. Kuala Lumpur: MBRAS. 1961. Mohd. Isa Othaman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 2002. Nanjundan. S. Indians In Malayan Economy. India: Manager of Publications. Delhi. 1950. Sandhu Kernial Singh. Indians In Malaya. New York: Cambridge University Press. 1969. Silcock. T. H. The Economy of Malaya. Singapore: Donald Moore. 1956. Thomson David. (ed). Europe Since Napeleon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. Zainal Abidin Kasim. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Times Books International. 1987.

12

13