Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Orang Eropah pertama yang pertama sekali datang ke Indonesia ialah orang Portugis dan diikuti oleh Belanda pada penghujung abad ke-16 dan tujuan utama mereka adalah untuk berniaga1. Namun, demi menjaga kepentingan ekonomi mereka, dasar Belanda yang tidak campur tangan terhadap pentadbiran tempatan telah berubah. Keadaan hura-hara akibat perang antara kerajaan di Indonesia telah menyebabkan ada di antara kerajaan-kerajaan ini yang meminta bantuan Belanda. Keadaan ini dimafaatkan oleh Belanda yang ketika itu tidak mahu kepentingan ekonomi mereka terjejas akibat peperangan yang sering terjadi antara kerajaankerajaan di Indonesia. Antara tahun 1816 dan 1830, dasar kerajaan Belanda adalah tidak tetap dan bertukar-tukar di antara hendak membuka Kepulauan Hindia Timur kepada usaha-usaha individu dan balik kepada suatu sistem monopoli kerajaan yang lebih kurang sama dengan sistem yang telah syarikat jalankan dahulu. Akibat perang Napoloen, pemberontakan secara besar-besaran yang terjadi di Jawa antara 1825-1830, dan perang yang gagal di Belgium, Raja Belanda ketika itu telah mengarahkan van de Bosch merangka satu rancangan bagaimana Indonesia dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Pengenalan sistem tanaman paksa oleh van de Bosch pada tahun 1830 tidak mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat di Hindia Belanda atas beberapa faktor.

Kahin, Major Governmants of Asia, hlm 240.

Ciri-ciri Sistem Tanaman Paksa


Pemerintahan Indonesia dibawah van de Bosch lebih kurang sama dengan corak pentadbiran gabenor-gabenor sebelumnya iaitu sejak tahun 1808 lagi. Beliau menjalankan sistem cukai tunai dan menjalankan pentadbiran birokrasi biasa di mana pusat pentadbirannya berada di tangan sekumpulan pegawai-pegawai Eropah. Meskipun begitu, berlainan dengan gabenor-gabenor Jeneral yang dahulu daripadanya, van de Bosch berazam hendak memerintah dengan mengekalkan pentadbiran

tradisional. Hal ini demikian kerana sistem ini memerlukan sokongan pribumi pulau Jawa itu sendiri untuk melaksanakannya kerana sistem ini melibatkan petani-petani Pulau Jawa dan dengan adanya pengaruh pembesar maka mudah bagi Belanda melaksanakan sistem ini. Sistem tanaman paksa memperuntukkan 1/5 daripada tanah petani untuk tanaman eksport yang ditetapkan oleh kerajaan seperti tebu, kopi, tembakau, cengkih, kayu manis, teh, nila dan sebagainya. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport ini dikecualikan daripada bayaran cukai malah jika tanaman eksport ini musnah akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau, kerugiannya akan ditanggung oleh kerajaan Belanda. Masa yang ditetapkan untuk tanaman eksport dikerjakan ialah dalam 66 hari setahun. Petani-petani akan bekerja di atas arahan pembesar-pembesar tempatan yang diawasi oleh penyelia-penyelia Belanda. Gaji para

pembesar tempatan dan penyelia Belanda adalah berdasarkan sistem peratus daripada hasil pengeluaran kawasan masing-masing. Semakin tinggi
2

pengeluaran hasil tanman eksport, maka semakin tinggi komisen yang mereka perolehi. Pengkhususan kerja akan dilaksanakan yang mana petanipetani ditetapkan sama ada untuk membajak, menanam, menjaga tanaman, menuai dan memungut hasil hutan. Seterusnya tugas

mengeksport hasil pertanian menjadi tanggungjawab Belanda dibawah syarikat perkapalan yang ditubuhkan pada tahun 1824. Syarikat perkapalan ini diberi hak monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah. Semua hasil tanaman akan dihantar ke pusat pengumpulan dan jika ada lebihan, maka lebihan tersebut akan dipulangkan kepada petani. Pribumi yang tidak memiliki tanah dikehendaki bekerja untuk tanaman eksport 66 hari setahun malah sebuah badan kebajikan juga ditubuhkan dibawah sistem ini bagi menjaga kebajikan para petani di Jawa. Berdasarkan ciri-ciri sistem tanaman paksa ini, dapat kita lihat bahawa sistem ini menguntungkan semua pihak termasuklah pihak kerajaan dan petani Jawa. Keadaan ini jugalah yang menjadi salah satu faktor sistem ini tidak mendapat tentangan masyarakat di Hindia Belanda pada peringkat awal. Namun ciri-ciri sistem tanaman paksa ini bukan semuanya ditepati malah hampir semua tidak ditepati dan pada akhirnya menindas para pribumi. Oleh itu boleh dikatakan ciri-ciri sistem tanaman paksa ini hanya pada teori saja menguntungkan semua pihak. Kesan perang yang berlaku di Jawa misalnya sebelum sistem ini dilaksanakan merupakan faktor penting

yang mengakibatkan sistem tanaman paksa ini tidak mendapat tentangan hebat masyarakat Hindia Belanda.

Perang Jawa
Perang Jawa meletus pada tahun 1825 dan merupakan perang besar di Jawa pada ketika itu dibawah pimpinan Putera Diponegoro, anak kepada Sultan Amangkubuwana III2. Perang ini juga dinamakan perang Deponogoro yang diambil sempena nama Diponegoro. Perang Jawa ini berlaku akibat rancangan Belanda yang ingin membina jalan raya dari Megelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang

Diponegoro di Tegalredjo. Tindakan Belanda ini diaggap menjejaskan kesucian Islam serta menjatuhkan maruah Diponegoro. Tambahan pula pihak Belanda tidak berunding dengannya terlebih dahulu dan

menyerahkan tanggungjawab membina jalan raya tersebut kepada musuhnya iaitu Menteri Pateh Denvredjo. Seterusnya, pembatalan sistem sewa yang diamalkan selama ini oleh ven de Capellan pada tahun 1824 menimbulkan bantahan daripda golongan petani-petani di Jawa dan golongan bangsawan terutamanya di Jogjakarta dan Surakarta. Pengusaha Eropah dan Cina tidak lagi dibenarkan menyewa tanah-tananh dan keadaanl ini menutup sumber pendapatan tuan tanah. Diponegoro merupakan antara tuan tanah yang menyewakan tanahnya kepada pengusaha Eropah dan Cina. Seterusnya, penindasan orang Cina yang bekerja sebagai pemungut cukai kepada Belanda turut
2

Grant, Indonesia, hlm 13.

menjadi faktor meletusnya perang Jawa3. Orang Cina pada ketika itu mengambil kesempatan mengenakan bayaran cukai yang lebih tinggi dari apa yang telah ditetapkan oleh Belanda. Mereka juga turut bertindak sebagai orang tengah yang banyak mengambil keuntungan dan peminjam wang dan mengenakan bunga yang tinggi. Ketokohan Diponegoro mendapat sokongan rakyat biasa dan para pembesar yang hebat seperti Pangeran Natadningrat, Pangeran

Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut. Dalam perjuangannya, Diponegoro banyak mendapat sokongan pemerintahan tempatan dan golongan elite tradisional turut menyertainya bersama pengikut-pengikut mereka menentang Belanda. Diponegoro membentuk pasukan tentera dan mampu menyerang tentera Belanda pada ketika itu. Apabila Diponegoro menyedari yang kekuatan tenteranya sudah tidak dapat menandingi tentera Belanda pada ketika itu, beliau membentuk pula pasukan tentera gerila yang mahir4. Sepanjang perang Jawa ini berlangsung, banyak pengikut Diponegoro yang terdiri daripada golongan elite tradisional yang dikenali sebagai priyayi terkorban. Akhirnya

Diponegoro ditangkap pada 28 Mac 1830 dan dibuang ke Medano kemudian dipindahkan ke Makasar di Benteng dan akhirnya wafat pada 8 Januari 18555. Demikianlah Belanda berjaya menghapuskan seluruh

pemberontakan dibawah Diponegoro dan keadaan aman seketika di Jawa.


3
4 5

Penders, Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism , hlm 48. Tas, Sal, Indonesia: The Underdeveloped Freedom, hlm51. Kartodirdjo, Sejarah Perlawanan-Perlawanan Terhadap Kolonialism, hlm 161.

Sebahgian pengikut Diponegoro terselamat daripada menjadi korban perang Jawa. Namun golongan priyayi ini kehilangan kuasa dalam politik selepas perang Jawa. Selepas Belanda memegang pulau Jawa, mereka tidak lagi ada kuasa di kawasan masing-masing dan menjadi pemungut cukai kepada Belanda. Semasa sistem tanaman paksa ini dilaksanakan sepanjang 100 tahun di pulau Jawa, tiada tentangan yang hebat daripada masyarakat Hindia Belanda. Walaupun sistem ini hanya pada teorinya menguntungkan pihak kerajaan Belanda dan pribumi pulau Jawa namun ternyata ianya lebih banyak menindas pribumi. Sebagai contoh, para petani dipaksa bekerja lebih dari 66 hari setahun malah bekerja sepanjang tahun tanpa adanya pengkhususan pekerjaan, seluruh tanah dipaksa diperuntukkan untuk tanaman eksport malah dikenakan cukai, menjual hasil tanaman kepada kerajaan pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, dikerah melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya dan jambatan, badan kebajikan yang dijanjikan untuk menjaga kebajikan para petani juga tidak ditubuhkan. Keadaan ini mengakibatkan kesengsaraan hidup penduduk Pulau Jawa yang bekerja sebagai petani sehingga mengakibatkan kebuluran Tegal, Cheribon, dan Priangan. Namun tiada satu pun pembesar yang bangkit membela nasib para petani ini. Para pembesar selepas perang Jawa tidak lagi berani bangkit menetang Belanda kerana hidup mereka bergantung kepada Belanda. Pembesar tempatan mendapat tekanan
6

daripada pihak Belanda yang bertindak menghapuskan sesiapa saja yang bangkit menentang mereka. Pembesar-pembesar selepas perang Jawa hanya mengikut telunjuk dan perintah kerjaaan Belanda tanpa ada yang berani menentang.

Sumbangan Sistem Tanaman Paksa


Sistem tanaman paksa juga tidak mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat Hindia Belanda di Eropah pada peringkat awal. Perang Napeleon yang berlaku pada 1795-1815, telah membebankan ekonomi Belanda yang mana Belanda terpaksa mengeluarkan

perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi Perancis. Pada tahun 1795, Belanda dikuasai oleh Perancis dan segala hasil Belanda dirampas. Akibatnya Belanda kehilangan jajahannya yang terpaksa diserahkan kepada British mengikut surat Kew 1795 dan Raffles memegang tanah jajahan Belanda di Hindia Timur6. Pada 1815, hutang Belanda yang berjumlah 600 juta guilders telah meningkat kepada 900 juta guilders pada tahun 1830. Tambahan lagi kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Belanda akibat pemberontakan-pemberontakan yang berlaku di Pulau Jawa terutamanya dalam perang Jawa. Pengenalan sistem tanaman paksa dilihat sebagai penyelamat kepada krisis ekonomi Belanda. Kejayaan sistem baharu itu dari segi Belanda boleh diukur dari kenyataan yang mana sehingga tahun 1877, hasil daripada sistem ini, Belanda telah menjelaskan hutang-hutang Syarikat Hindia Timur
6

Fischer, The Story of Indonesia, hlm 23.

sebanyak 35, 500, 000 guilders. Selain itu, hasil sistem tanaman paksa juga telah memberi sumbangan kepada perbendaharaan negeri Belanda sejumlah 664, 500, 000 guilders7. Melihat kepada sumbangan besar sistem tanaman paksa kepada kerajaan Belanda, dapat kita lihat pada peringkat awal tiada penentangan hebat dalam kalangan masyarakat Hindia Belanda terutamannya dalam kalangan pemerintah kerajaan Belanda. Selain itu, krisis politik dan ekonomi di Belanda ketika itu

mengakibatkan masyarakat di Belanda kurang memberi perhatian kepada hal-hal yang berlaku diluar negara mereka. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi negara mereka. Namun hal ini hanya faktor sampingan kepada sebab pengenalan sistem tanaman paksa tidak mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat Hindia Belanda kerana pada akhirnya mereka turut menentang sistem tanaman paksa atas kepentingan mereka sendiri sama ada dalam aspek ekonomi mahupun politik terutamanya penentangan oleh golongan Liberal.

Pemerintahan Belanda yang Konservatif


Fahaman Liberal juga pada ketika itu belum berkembang, maka tiada dasar yang bertentangan dengan sistem tanaman paksa pada peringkat awal. Lebih-lebih lagi perlembagaan negara Belanda pada tahun 1815 bersifat konservatif, dalam perlembagaan tersebut, tanah jajahan Belanda adalah kekuasaan persendirian raja Belanda dan pentadbirannya tidak

Kahin, Nationalism and Revolution in Indonesia, hlm 14.

boleh dipersoalkan atau dikawal oleh parlimen Belanda. Oleh itu, seseorang yang mempersoalkan pentadbiran negaranya dianggap tidak setia. Tetapi dengan pemulihan kemakmuran, dan fahaman liberal mulai berkembang pesat di Eropah, semangat Liberal bertambah kuat dan perhatian pemulihan-pemulihan itu tertumpu kepada menghapuskan hakhak diraja ke atas hal ehwal jajahan8. Golongan Liberal mula bersuara menentang sistem tanaman paksa yang banyak menindas pribumi pulau Jawa. Jelaslah disini bahawa pengenalan sistem tanaman paksa pada peringkat awal saja tidak mendapat tentangan masyarakat Hindia Belanda. Hal ini demikian kerana pada akhirnya ramai yang bangkit menentang sistem tanaman paksa terutamanya golongan Liberal.

Kesimpulan
Ketiadaan para pembesar yang mempu menyatukan penduduk Jawa menentang Belanda merupakan faktor paling penting yang mengakibatkan sistem tanaman paksa tidak mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat Hindia Belanda pada ketika itu. Golongan Liberal yang bangkit menentang penindasan pada pribumi akhirnya untuk pula ternyata hanya menggunakan mereka isu

mengkaburi

niat

sebenar

yang

memperjuangkan kepentingan ekonomi dan politik mereka. Dasar Liberal ini lebih kurang sama dengan sistem tanaman paksa dan kedua-dua sistem ini hanya mengeksplotasi pertanian di Pulau Jawa.

Desmond Tate, Inodnesia: Rodi Tanaman, hlm 34

Bibiografi Kahin, George McTurnan (ed). 1969. Governments And Politics Of Southeast Asia. Ithaca, New York: Cornell University Press. Kahin, George McTurnan (ed). 1969. Nationalism And revolution In Indonesia. Ithaca, New York: Cornell University Press. Tas, Sal. 1905. Indonesia: The Underdeveloped Freedom. New York: The Bobbs-Merrill Company , Inc. Grant, Bruce. 1964. Indonesia. London and New York: Cambrige University Press. Legge, J.D. 1964. Indonesia. Englewood Cliffs. Kartodirdjo, Sartono (ed). 1973. Sejarah Perlawanan-Perlawanan Terhadap Kolonialisme. Jakarta. Penders, C. L. M. 1977. Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism. Nertherland: University of Queensland Press. Tate, Desmond. 1978. Inodnesia: Rodi Tanaman. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Pane, Sanusi. 1956. Sejarah Indonesia. Jakarta: Perputakaan Perguruan Kem. P. P dan K. Fischer, Louis. 1973. The Story of Indonesia. New York: Greenwood Press, Publishers.

10

Anda mungkin juga menyukai