Anda di halaman 1dari 114

Wardina Aisyah

Bab 1
ISYA NUR ALIFA BINTI ZAHIDDIN. Berusia dua puluh empat tahun. Berstatus bujang dan masih solo. Jantina... mestilah perempuan. Takkan lelaki pulak! Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Biarpun menjawat jawatan sebagai anak sulung merangkap ketua kontinjen anak-anak Haji Zahiddin Bin Haji Nawawi dan Hajah Azyan Binti Haji Sulaiman namun, dia merupakan anak kesayangan. Ini kerana dia merupakan satu-satunya anak perempuan babah dan umi. Disebabkan itulah dia telah diiktiraf sebagai anak kesayangan mereka. He he he jangan jeles! Qisya memang anak manja. Maklumlah, sepuluh tahun sebelum Qayyum dan Qayyim dilahirkan, dia merupakan anak tunggal. Jadi, segala kasih sayang babah dan umi tertumpah kepadanya. Dia sangat dimanjakan oleh babah dan umi, juga Tok Ling dan Nek Tee. Mana tidaknya, dia ni juga merupakan satu-satunya cucu perempuan Tok Ling dan Nek Tee kat dunia ni. Keadaan tetap sama walaupun setelah Qayyum dan

Cinta Masam Manis

Qayyim dilahirkan. Dia tetap anak manja dan kesayangan ramai. Terutama anak manja kepada lelaki yang paling dia sayangi dalam dunia ini iaitu Haji Zahiddin. Malah, babah lebih manjakan dia berbanding dua adik lelakinya tu. Sebab tu la dia digelar anak bapak. Alahai macam cerita P. Ramlee pulak. He he he.... Qisya membelek wajahnya. Rasanya ini sudah sembilan puluh sembilan kali dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Kalaulah cermin di hadapannya itu boleh berkata-kata... tentu cermin tu akan kata, tolonglah Cik Qisya Nur Alifa. Aku dah tak larat asyik duk menghadap muka kau hari-hari. Kasi la aku masa untuk berehat. Qisya melebarkan senyumannya tatkala melihat penampilan dirinya ketika ini. Tampak anggun dan manis. Ala-ala Muslimah Melayu terakhir gitu. Huk aloh! Anak dara kesayangan Haji Zahiddin dah mula perasan sendiri. Sementelah bila terkenangkan pujian Tok Ling dan Nek Tee tentang penampilan terbarunya itu sewaktu dia pulang ke kampung halaman terchenta. Kata Tok Ling, cucu Tok Ling ni bertambah cantik bila dah bertudung. Ini barulah boleh dikatakan sebagai gadis Melayu sejati. Lebar senyuman Qisya sewaktu Tok Ling memujinya. Pujian yang ikhlas tu. Mana tahu ikhlas? Alah tahulah! Tok Ling tu mana pernah bohong bila bab memujimuji ni. Kata Nek Tee pulak, lawa cucu perempuan Nek Tee ni. Manis aje bertudung. Sejuk mata dan hati sesiapa yang memandang. Bangga Nek Tee tengok cucu Nek Tee yang cantik ni. Sikit hari lagi mesti kena pinang dengan putera raja.

Wardina Aisyah

Qisya tersenyum lagi. Terserlah lesung pipit di pipi sebelah kiri dan kanannya. Kata Afiq, lesung pipit milik Qisya itu sama dengan lesung pipit milik Preity Zinta. Cantik dan menarik! Hmmm ya la tu. Macamlah Qisya tak tahu yang Si Afiq tu nak mengurat dia. Pasal tu cakap macam tu. Main puji-puji! Main ayat-ayat cinta! Siap nak samakan Qisya dengan Preity Zinta. Alahai Afiq Bin Alif kalau ye pun awak nak mengurat, cubalah guna taktik yang canggih sikit. Ini tidak guna taktik mengurat zaman purba. Zaman babah Qisya nak mengurat umi Qisya. Hesy tak menusuk kalbu sungguh! Qisya pun tak ada hati nak melayan ayat-ayat cinta Si Afiq tu. Maka, Afiq kena terima hakikat bahawa dia dan Qisya hanya boleh menjadi kawan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jika Afiq masih berdegil dan meneruskan niatnya untuk menjadikan Qisya sebagai teman wanita istimewanya, Qisya tak akan layan Afiq lagi. Cukuplah hubungan persahabatan mereka setakat itu sahaja. Itulah ugutan Qisya sebaik sahaja Afiq selesai meluahkan ayat-ayat cintanya kepada Qisya buat kali yang kedua. Kali yang pertama dulu, gagal segagal gagalnya! Tapi itu cerita dua tahun lalu. Waktu mereka samasama menuntut di UiTM, Shah Alam. Tamat saja pengajian, Qisya dan Afiq terus terputus hubungan. Dia sendiri tak tahu ke mana hilangnya lelaki yang pernah menjadi peminat setianya sewaktu di kampus itu. Rindu juga rasanya hendak bertemu dengan Afiq poyo, nama glamor Afiq sewaktu di alam kampus. Apa Qisya kata tadi? Rindu? Ops dia rindu bukan sebab dalam hati ada cinta, ye. Jangan pulak ada yang salah

Cinta Masam Manis

tafsir. Dia rindu sebab dah lama tak menyakat temannya itu. Walaupun kehadiran Afiq sewaktu di universiti sangat merimaskan Qisya, (sebab Afiq ni suka sangat berjiwangjiwang) namun, Afiq merupakan satu-satunya kawan lelaki yang bertahan dengan perangai Qisya yang gila-gila itu. Qisya menghela perlahan nafasnya. Tiba-tiba teringat kat Nisya dan Casabelle. Seminggu dia bercuti di kampung halaman, rasa rindu pula dia kepada dua sahabat baiknya itu. Sepanjang beristirahat di kampung, Nisya dan Casabelle langsung tidak menelefonnya. Dia pun dua kali lima juga. Langsung tak bertanyakan khabar dua sahabat sehati sejiwanya itu. Kata sahabat baik. Tidur sebantal, makan sepinggan! Tapi jejak saja kaki ke kampung halaman, Qisya terus lupa kepada Nisya dan Casabelle. Kerinduan yang membuak-buak kepada babah, umi, Qayyum dan Qayyim, menyebabkan Qisya lupa akan kawan-kawan di Kuala Lumpur. Keseronokan menikmati buah-buahan di dusun milik Tok Ling, membuatkan ingatan Qisya terhadap Nisya dan Casabelle terus lenyap entah ke mana. Kejam juga Qisya ni. Kalaulah Nisya dan Casabelle tahu sah, dua tahun mereka berdua itu merajuk dengan Qisya. Tudung bawal hitam yang tersarung di kepala diperkemaskan. Dia sudah bersedia untuk pulang semula ke Kuala Lumpur setelah seminggu bercuti di kampung. Macam mana agaknya Nisya dan Casabelle setelah seminggu ditinggalkan? Mesti kalut dua orang minah kerek tu. Bila tengok tudung yang kemas membalut kepala, teringat bebelan umi yang sibuk suruh dia bertudung sebelum ini. Qisya tersengih sendiri.

Wardina Aisyah

Ingat cantik sangat ke bila tayang rambut macam tu? Kan ke elok kalau kak long bertudung. Manis aje. Ini tidak macam puntianak aje umi tengok. Menakutkan sungguh! Itulah bait-bait bebelan Hajah Azyan bila Qisya masih belum bersedia untuk bertudung dulu. Mahu cair juga tahi telinga Qisya sebaik sahaja mendengar bebelan uminya yang tak henti-henti itu. Qisya dan adik-adiknya memang tak tahan mendengar bebelan Hajah Azyan yang tak ada warna merah tanda nak berhenti itu. Mulalah masing-masing sibuk nak buat sesuatu walaupun hakikatnya tak ada apa pun yang nak disibukkan. Masing-masing mahu melarikan diri. Umi mereka ni, jika dah mula membebel pukul enam pagi, pukul sepuluh malam nanti baru bebelan umi akan berhenti. Itu pun sebab umi dah masuk tidur. Namun, sejak Qisya bekerja dan tinggal menyewa di Kuala Lumpur, dia sudah jarang mendengar bebelan uminya. Paling-paling yang membebel macam mak nenek pun cuma Si Nisya, anak Pak Cik Darsani tu. Entah macam manalah babah boleh tahan mendengar bebelan umi yang tak berkesudahan itu? Mungkin disebabkan rasa cinta babah kepada umi, menyebabkan babah sanggup mendengar bebelan isterinya itu. Ops bukan mungkin la! Memang betul pun babah sayangkan umi. Jika tidak, masakan babah masih bertahan dengan umi walaupun mulut umi tak pernah berhenti mengomel dan bentuk badan umi dah tak seramping dulu. Qisya memang cukup kagum melihat cinta babah dan uminya. Persis cinta Adam dan Hawa. Cayalah!

Cinta Masam Manis

SRETTT.... Qisya tersentak. Sepenuh hati dia menekan brek kereta sampai berdecit bunyinya. Hampir melayang semangatnya. Kus semangat! Nasib baik roh Qisya tak cabut lari meninggalkan tuannya sendirian. Jika tidak, arwahlah dia jadinya. Terkejut dia bila dengan tiba-tiba sahaja sebuah kereta BMW 6 Series berwarna hitam berkilat meluncur dengan laju masuk ke simpang jalan. Nyaris melanggar keretanya yang baru hendak keluar dari simpang. Mujur dia sempat menekan brek. Dadanya yang berdegup hebat itu diurut berulang kali. Pantas Qisya meluru keluar. Debaran di dadanya semakin menggila. Macam orang baru menamatkan larian pecut 100 meter sahaja. Wajahnya juga kelihatan pucat. Jika ditoreh dengan pisau, tentu tiada setitis pun darah yang mengalir keluar. Bahagian depan kereta Perodua Vivanya dibelekbelek. Manalah tahu kalau ada kecederaan parah yang dialami oleh Viva La Diva kesayangannya itu. Senang juga dia nak mintak ganti rugi. Dia baru saja pakai Viva tu dalam tempoh tiga bulan. Tup-tup ada pulak makhluk Allah yang berhati mulia hampir melanggar keretanya. Mujur tak ada kemalangan serius yang berlaku. Qisya memanjatkan rasa syukur. Viva La Diva kesayangannya tidak mengalami sebarang kesan calar atau kemek. Alhamdulillah.... Hoi! Awak ni tak tahu memandu ke, hah?! sergah seseorang. Sepantas kilat Qisya memusingkan badannya. Terkejut blue hyppo dia bila mendengar kelembutan bahasa yang digunakan oleh hamba Allah yang menegurnya itu.

Wardina Aisyah

Tanpa bagi salam terlebih dahulu, lelaki itu terus sahaja menyergah dia dengan panggilan hoi. Tak beradab sungguh! Dressing punyalah smart persis orang kaya tapi bahasa hancur! Macam orang tak sekolah. Bukankah budi bahasa tu, budaya kita? Mana perginya budi bahasa mamat ni? Rugi aje kerajaan buat iklan budi bahasa, budaya kita. Hoi cik! Awak dengar ke tak? Yang awak pergi tenung muka saya tu, kenapa? Saya cakap dengan awak ni! Bukannya nak suruh awak tenung muka saya begitu. Awak tak tahu memandu ke? Sekali lagi lelaki berwajah kacukan MelayuInggeris-Korea itu bersuara. Wajahnya masam mencuka. Tak ubah macam tomyam basi. Ingat hensem sangatlah buat muka macam tu. Aku sekeh kepala tu kang! Amboi sedapnya bahasa dia! Berhoi-hoi! Ini sudah tahap terlampau kurang ajar. Dia yang hampir nak melanggar kereta aku, dia pulak yang terlebih marah tak tentu pasal. Tiga suku agaknya mamat ni. Entah-entah ada banyak wayar yang dah tercabut kat otak dia tu. Sebab tu tak betul! Rungut hati Qisya. Excuse me? Apa awak cakap? Saya tak tahu memandu? Helo encik... jangan nak tuduh sembarangan tau! Saya yang tak tahu memandu atau awak yang tak memandu dengan cermat? Kalau dah rasa diri tu bersalah, jangan nak tuding jari pada orang lain pulak. Mentang-mentang awak pakai kereta besar, jangan ingat awak tu hebat sangat! Giliran Qisya pula menyerang. Kalau kau keturunan harimau, hah aku ni pulak keturunan singa jadian! Marilah bertarung mulut siapa paling laser. Setakat ni, aku belum pernah kalah kalau bab-bab mulut laser ni. Dengan lelaki

Cinta Masam Manis

berlagak tahap maksimum seperti mamat ni, tak payah nak tunjuk alim. Tak guna nak lembut-lembut. Buang masa saja. Dah dia mulakan dengan kasar, aku pun ikut aje la rentaknya tu. Baru kena buku dengan ruas. Qisya mencebik. Meluat tahap loya dia melihat muka lelaki yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya itu. Nampak saja hensem, tapi bila tiba bab tatasusila, hancur! Gagal! Markah 0.00 peratus! Pangkat F! Aku memang pantang Tok Janggut bila terjumpa dengan makhluk Allah yang berlagak seperti dia ni. Rasa tergugat kesabaranku. Hilang sifat-sifat Muslimah sejati yang tertanam dalam jiwaku selama ini. Rasa macam nak bagi makan penampar free of charge aje. Orang-orang kaya memang macam ini, kut? Berlagak dan sombong. Ingat mereka tu dah hebat sangat agaknya? Sebab tu tak peduli hati dan perasaan orang lain. Tapi mereka lupa, mereka juga hamba yang dicipta oleh Allah. Tak ada beza dengan orang-orang biasa seperti kami ni. Qisya bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Hei cik! Awak ni tak tahu undang-undang ke? Sepatutnya bila awak berada di simpang jalan nak keluar, awak kena berhentikan kereta awak tu dan pandang kiri kanan sebelum nak keluar. Bukan main rempuh macam lembu melintas jalan. Lesen apa yang awak pakai? Sampaikan undang-undang jalan raya yang simple macam tu pun awak boleh tak tahu. Awak guna lesen terbang, ya? Spontan lelaki itu mengenakan Qisya. Bulat mata Qisya mendengar kata-kata lelaki itu. Celopar betul! Rasa macam nak tampar saja mulut dia tu. Salah aku sorang aje yang dia nampak. Sedangkan dia pun bersalah jugak. Adakah undang-undang jalan raya yang menyebut kita perlu lajukan kenderaan bila masuk ke

Wardina Aisyah

simpang? Tak ada, kan? Jadi maknanya dia pun salah jugak! Bukan aku sorang aje. Hei encik! Cakap tu baik-baik sikit, ya! Saya yang guna lesen terbang atau awak yang memandu tanpa lesen. Dah tahu nak masuk simpang, perlahankanlah sikit kelajuan kereta awak tu. Tak payah nak laju-laju. Ini tidak! Laju mengalahkan Michael Schumacher. Ingat jalan raya ni dikhaskan untuk awak seorang aje ke? balas Qisya. Intonasi suaranya sudah menaik ke key tinggi ala-ala Ziana Zain mendendangkan lagu popularnya, Madah Berhelah. Sakit benar hatinya bila dengan selamba lelaki sewel itu menuduh dia menggunakan lesen terbang. Begitu bersusah payah dia mendapatkan lesen dengan jayanya, ada pulak manusia tak siuman yang mengatakan lesennya itu adalah lesen terbang. Bukan senang dia nak berdepan dengan Pegawai JPJ yang bermisai tebal sewaktu menghadiri ujian memandu dulu. Terketar-ketar juga segala tulang belulangnya. Mujurlah dia terror dan lulus dengan muka yang cukup bangga. Walaupun dalam hati bukan main takut lagi dia bila berdepan dengan tok misai yang garang tu. Kini, ada pula spesies lelaki yang menyakitkan hati menuduh dia begitu. Kalau awak dah kepingin sangat nak pandu kereta macam pelesit kota, saya cadangkan awak pergi litar lumba. Kat sana tak ada sesiapa nak larang awak pandu laju walaupun awak pandu macam nak bunuh diri aje. Ingat sikit encik, sini jalan raya! J-A-L-A-N R-A-Y-A, jalan raya! Bukannya litar lumba untuk awak pandu kereta pada had laju melebihi 210 kilometer sejam. Kalau ye pun dah kemaruk sangat, bukan kat sini tempatnya. Sini jalan raya yang digunakan oleh orang ramai. Bukan untuk awak seorang. Ada faham! Dengan lancar dan berani Qisya berkata-kata. Pinggangnya

Cinta Masam Manis

juga sudah dicekak ala-ala ibu tiri Bawang Putih. Nak tunjuk garang la kononnya tu. Lelaki yang mengenakan T-shirt putih jenama Polo dan berseluar jean hitam itu mendengus. Geram dengan kelancangan mulut gadis di hadapannya itu. Tak padan dengan kecik! Tapi mulut pedas macam cili padi. Belum pun sempat lelaki itu hendak membalas kembali kelancangan ayat super power gadis berkemeja-T merah menyala itu, telefon bimbitnya mula mengeluarkan alunan suara Jason Mraz mendendangkan lagu Im Yours. Segera skrin telefon bimbitnya dipandang. Pantas jarinya menekan butang hijau. Yes, Bad kejap lagi aku sampai. Ada emergency sikit. Kereta aku nyaris terlanggar dengan kereta perempuan gila. Takpe, aku masih boleh handle perempuan gila ni. Nanti aku cerita. Jumpa kau kat sana, sindir lelaki itu. Kemudian handphonenya dimasukkan semula ke dalam poket seluar jean yang dipakai. Bulat mata Qisya mendengar kutukan lelaki itu. Giginya diketap. Geram sungguh. Tak guna! Suka-suka hati saja dia panggil aku perempuan gila. Yang dia tu sewel, tak sedar pulak. Dia ni betul-betul dah mencabar tahap kesabaran aku. Kalau layan perempuan gila macam awak ni, lamalama saya pulak yang jadi tak betul. Menyakitkan hati! kutuk lelaki itu dengan sombong dan lagaknya. Lelaki itu terus berlalu menuju ke keretanya. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia sempat mengutip plat nombor keretanya yang terpatah dua akibat pelanggaran tersebut. Hairan juga kerana kereta gadis itu langsung tidak mengalami sebarang kesan calar. Manakala plat kereta BMW

10

Wardina Aisyah

6 Seriesnya pulak yang terpatah dua. Jika dibandingkan, keretanya dengan kereta gadis itu, kereta dia lagi mahal. Tapi kenapa hanya keretanya yang mengalami kerosakan? Takkan BMW cetak rompak pulak? Ketika keretanya melintasi Qisya, lelaki itu sempat menjeling tajam ke arah Qisya yang masih berdiri di tepi jalan. Qisya pantas membalas pandangan tajam lelaki itu dengan menjelirkan lidahnya. Lelaki itu mendengus. Lantas dia menekan pedal minyak dengan kuat dan laju meninggalkan tempat tersebut dengan muka yang cukup mencuka. Hatinya tidak hentihenti mengutuk perempuan yang membuat moodnya tibatiba membara kepanasan. Pandulah laju-laju! Kali ni biar bertembung dengan pokok getah. Baru padan dengan muka tu! teriak Qisya walaupun dia sedar bahawa jeritannya itu tidak akan didengari oleh lelaki sombong itu. Pantas, dia menghampiri keretanya. Eee kalau ikutkan rasa hati, nak aje aku debikdebik kepala mamat sewel tu. Biar dia tahu berbahasa sikit. Menyakitkan hati betul! Merosakkan mood ceria aku aje. Malang betul! Luah Qisya yang masih tidak berpuas hati. Sempat dia menyepak sebiji batu di tepi jalan. Bayangkan saja batu itu adalah lelaki sombong tadi. Perangai buruk macam bapak jin. Bapak jin? Hmmm sedap jugak nama tu. Sesuai sangat diberikan kepada lelaki sewel tadi. Bapak jin!!!

11

Cinta Masam Manis

Bab 2
ERODUA Viva berwarna putih mutiara milik Qisya membelok dengan perlahan memasuki halaman rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Teluk Villa. Elok sahaja Viva La Diva diparkir belakang Naza Sutera kuning telur milik Nisya, Qisya pun segera keluar. Kemalangan kecil yang berlaku tiga jam tadi, masih segar dalam ingatannya. Sepanjang pemanduan balik ke Kuala Lumpur, Qisya tak henti-henti menyumpah seranah lelaki gila yang tak ada tatasusila itu. Tak guna punya bapak jin! Buat spoil mood aku aje! Kalau aku jumpa dia lagi, aku sekehsekeh kepala dia. Biar jadi tak betul. Biar kena pos ke Tanjung Rambutan. Buat malu aje jadi orang Malaysia, tapi tak tahu nak berbudi bahasa! Huh relaks Qisya! Relaks jangan layan sangat emosi kau tu. Lupakan saja perkara tadi. Dah sampai rumah ni, kenalah senyum dan tunjuk muka gembira. Kalau buat muka monyok macam tikus mondok ni, sah dua minah kerek kat dalam tu akan memulakan Edisi Siasat. Bukannya kau tak faham perangai minah berdua tu. Menyiasat mengalahkan

12

Wardina Aisyah

pegawai polis aje lagaknya. Malaslah nak bersoal jawab dengan dua polis tak bertauliah tu. Lagipun, bila diingat semula tentang bapak jin tu, menyakitkan hati aje. Tak pasalpasal nanti terkena darah tinggi sebab marah-marah. Relaks relaks. Qisya memberi motivasi kepada dirinya sendiri. Nafas ditarik panjang. Lalu dihembus perlahan-lahan. Itu petua yang babah berikan. Kata babah, bila rasa marah menguasai diri, tarik nafas panjang-panjang. Lepas tu hembus. Bila tak tenang juga, pergi ambik wuduk. InsyaAllah, rasa marah akan reda. Buah-buahan yang dibekalkan oleh umi di bonet kereta segera diambil. Beratnya! Ini buah ke batu? Omel hati Qisya. Memang sudah menjadi kewajipan umi, setiap kali dia balik ke kampung pasti akan dibekalkan dengan pelbagai barang bila balik ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang umi juga akan bekalkan belacan untuknya. Kata umi, untuk bekalan dunia dan akhirat. Hai, pandai jugak umi meloyar buruk. Ingatkan babah seorang aje yang kaki loyar buruk di rumah. Rupa-rupanya umi pun dua kali lima. Tak hairanlah kenapa anak-anak Haji Zahiddin semuanya kaki loyar buruk. Keturunan rupa-rupanya. Ketika hendak melangkah masuk ke dalam rumah, baru Qisya perasan Encik Darish yang sedang mencuci kereta Honda City silvernya di halaman rumah milik lelaki itu. Biasanya, orang cuci kereta waktu pagi. Tapi Encik Darish pula lebih suka mencuci keretanya pada waktu petang. Selalu juga Qisya terserempak dengan jirannya itu mencuci kereta pada petang seperti ini. Entah apalah yang istimewa sangat cuci kereta sebelah petang ni? Tidak pula Qisya mahu mengambil tahu dengan lebih lanjut. Takut juga kalau Encik Darish melabelkan dia sebagai wartawan Taman Teluk Villa. Tak pasal-pasal dia dapat jawatan baru pula disebabkan

13

Cinta Masam Manis

keprihatinan tahap melampaunya itu. Mungkin dah jadi tabiat semula jadi lelaki itu agaknya. Senang Qisya memutuskan sendiri jawapannya. Qisya yang memang sudah terkenal dengan sifat mesra alamnya terus menegur jirannya itu. Tak eloklah dia berlalu macam itu aje. Nanti dikata sombong pulak. Hidup berjiran ni kenalah bertegur sapa. Mak Cik Bedah yang duduk hadapan rumahnya itu juga dah jadi geng sekutunya. Bukan setakat Mak Cik Bedah, Tuty si pembantu rumah Encik Roslan dan Puan Nora juga merupakan gengnya. Kalau terjumpa, pasti berjam-jam juga dia, Mak Cik Bedah dan Tuty bergosip. Bergosip berita hiburan aje tau, bukannya mengumpat hal jiran tetangga. Mana taknya Qisya, Mak Cik Bedah dan Tuty ni minat gila dengan Awal Ashaari. Bagi mereka bertiga, Awal Ashaari tu boleh dinobatkan sebagai Lelaki Melayu Terakhir. Hensem! Tak ada artis lelaki yang boleh menandingi kehenseman milik Awal Ashaari pada pandangan mata mereka. Assalamualaikum, Encik Darish. Tengah buat apa tu? Sapa Qisya dengan wajah yang ceria. Senyumnya juga meleret dengan lebar hingga terserlah giginya yang putih bersih itu. Hai, buta agaknya budak Qisya ni? Tanya soalan pun, soalan tak berapa bijak. Takkan tak nampak yang Encik Darish tu tengah cuci kereta. Takkan cuci pinggan mangkuk pulak! Itu pun mahu tanya ke? Hesy cubalah reka soalan yang canggih sikit. Ini tak, soalan bodoh macam itu jugalah yang ditanyanya. Lantak engkaulah Qisya Nur Alifa oi! Yang penting kau dah tegur. Walau sebodoh mana pun teguran yang kau berikan, sekurang-kurangnya kau dah buktikan yang kau ni memang insan yang peramah dan mesra alam sekitar.

14

Wardina Aisyah

Encik Darish yang sedar ada suara seorang perempuan menegurnya, pantas berpaling. Suara serak-serak basah itu memang amat dikenalinya. Wajahnya masam mencuka. Langsung tidak menunjukkan sifat ramahnya selama ini. Salam Qisya juga langsung tidak dijawab. Tak tahulah pula kalau Encik Darish jawab salam Qisya dalam hati aje. Lagipun berdosa kalau tak jawab salam yang diberikan. Laju saja kaki Encik Darish melangkah masuk ke dalam rumah. Keretanya yang masih bersabun langsung tidak dihiraukan. Jika boleh, dia memang tak mahu bersemuka dengan perempuan-perempuan di sebelah rumahnya itu. Ada sesuatu yang menyakitkan hatinya. Inilah yang dikatakan... kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ya la disebabkan seorang perempuan sahaja, tempiasnya terkena juga pada dua orang perempuan di dalam rumah tu. Aduh fening! Fening! Dahi Qisya berkerut. Hairan binti pelik dengan sikap Encik Darish yang tiba-tiba sahaja berubah kepada ribut taufan. Selalunya, lelaki itu cukup ramah dengan tutur bahasa yang sopan dan senyuman yang tidak pernah lokek di bibirnya. Tapi hari ini, lain pulak jadinya. Wajah Encik Darish masam mengalahkan asam jawa Adabi yang selalu Nek Tee gunakan untuk mencuci ikan di kampung. Datang bulan agaknya mamat ni! Tiba-tiba aje mencuka. Hesy teruknya bila orang lelaki datang bulan. Muka kecut mengalahkan asam kedut. Qisya sudah membuat andaiannya sendiri. Hajat hatinya hendak menyedekahkan sedikit buah-buahan yang dibawa dari kampung kepada Encik Darish. Tapi memandangkan lelaki itu moody semacam, terpaksalah Qisya membantutkan hajat murninya itu. Anggap saja bukan rezeki Encik Darish buah-buahan yang dibawa dari kampung itu.

15

Cinta Masam Manis

WAH banyaknya buah yang Qisya bawa balik dari kampung. Tengok ni! Macam-macam ada. Buah rambutan ada, langsat ada, manggis ada, buah durian pun ada. Rasanya sebulan makan pun belum tentu habis. Kalau hari-hari macam nikan best. Mulut Casabelle sibuk pot pet-pot pet sewaktu menyambut dua plastik besar yang dihulurkan oleh Qisya. Tak sabar rasa hatinya hendak mengopek buah durian yang baunya sudah semerbak memenuhi ruang rumah. Belum lagi sampai ke dapur, dia sudah melonggokkan dua bungkusan besar buah-buahan itu di tengah rumah. Memang dasar anak dara pemalas betul perempuan-perempuan di dalam rumah ni. Hmmm umi aku yang bekalkan untuk korang berdua. Kalau ikutkan aku, jangan haraplah. Tak sanggup aku nak kutip buah-buah ni semua. Buat penat aje. Kalau disuruh makan tu, akulah yang paling rajin, ujar Qisya. Dengan selamba, dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Bukan main seronok lagi dia landing sambil menggoyang-goyangkan kakinya. Ingat dia tuan puteri agaknya? Tahu! Kalau nak harapkan kau kutip buah-buah ni untuk kami, hmmm kempunanlah kami jawabnya. Bukannya kami tak faham dengan perangai kau yang satu tu. Pemalas mengalahkan ular sawa kekenyangan, balas Nisya sambil mengopek buah durian. Casabelle yang sudah bersila di depannya tidak sabar-sabar lagi hendak makan buah durian itu. Meleleh-leleh air liurnya. Qisya mencebik. Malas hendak memberi sebarang komen. Kepenatan memandu masih lagi terasa. Sekarang dia mahu merehatkan sistem tubuhnya. Suara Casabelle dan Nisya yang riuh menikmati

16

Wardina Aisyah

kelazatan buah durian, langsung tidak dihiraukan. Aroma buah durian yang menusuk ke lubang hidung pun tidak dipedulikannya. Dia sudah puas menikmati raja buah itu di kampung. Matanya dipejam seketika. Sikitlah! Kedekut nak mampus! Casabelle mencebik bila Nisya melarikan buah durian di tangannya. Sikit sikit! Sejak dari tadi aku jadi tukang kopek, kau pulak jadi tukang makan. Kalau kau nak, kau kopeklah sendiri. Ingat senang ke nak kopek buah durian ni? sanggah Nisya. Seulas buah durian dimasukkan ke dalam mulut. Bukan main berselera dia menikmatinya. Sengajalah tu nak buat si kawan terliur. Hoi durian aku la! jerit Nisya sambil menampar tangan Casabelle yang sudah mencapai sebiji buah durian yang baru dikopeknya. Korang berdua ni boleh tolong diam, tak? Aku nak tidur kejap pun tak boleh. Baru nak mimpikan Robert Pattinson, suara korang berdua dah kacau daun. Tak pasalpasal Robert Pattinson tak jadi nak ajak aku keluar dating, marah Qisya bila mulut Casabelle dan Nisya belum ada tanda mahu berhenti tingkah. Sumbat buah durian dengan kulit-kulitnya sekali kang, seumur hidup tak dapat nak bercakap. Menyakitkan hati betul dua minah kerek ni. Kalau aku tahu macam ni perangai dua minah kerek ni, baik aku tak payah bawa buahbuahan ni balik KL. Hesy! Macam tak pernah makan aje gayanya dia orang berdua ni. Buruk bebenor gayanya. Alamak! Sleeping Beauty dah marahlah, ucap Nisya sambil tergelak. Casabelle yang duduk bersila di depannya turut tersengih lucu. Mulutnya yang masih berisi dengan buah

17

Cinta Masam Manis

durian itu membuatkan dia tidak dapat melepaskan tawanya. Nanti tak pasal-pasal dia tercekik biji durian pulak. Tak ke haru-biru hidupnya. Qisya mendengus. Geram pula dengan perangai dua sahabatnya itu. Tak boleh nak bersikap serius sikit. Umur dah dua puluh empat tahun, tapi perangai macam budak-budak berumur lima tahun. Kalau kahwin, dah lama beranak-pinak. Entah-entah dah bercucu-cicit. Hesy takkanlah sampai ke cucu-cicit pulak? Tak logik betul pemikiran Si Qisya ni! Dahlah tu Qisya. Tak payah kau nak tayang muka garang tak jadi kau tu. Tak menakutkan langsung. Buat aku rasa nak gelak, ada la. Geli ulu hati dan lubang hidung aku tengok muka kau macam tu. Nisya masih ketawa. Muka garang Qisya cukup lucu pada pandangan matanya. Tak menakutkan langsung. Muka comel macam tu mana ada orang nak takut. Biarpun buat muka garang seperti singa betina sekalipun. Lainlah kalau muka ala-ala Mak Lampir. Sah semua orang lari lintang-pukang. Dengan wajah yang cukup garang, Qisya menghadiahkan dua sahabatnya itu satu jelingan maut. Namun, entah kenapa dia memang tak boleh berlagak serius dengan dua sahabatnya ini. Laju saja tawanya turut sama menggelegak. Bergema rumah itu dengan ilai tawa tiga ekor hantu itu. Seorang Puntianak Harum Sundal Malam, seorang Puntianak Kampung Batu dan seorang lagi Puntianak Cina. Hoi orang sebelah! Tak reti nak duduk diam ke? Memekak aje petang-petang ni! Mengganggu ketenteraman awam sungguh! Orang nak tengok TV pun tak boleh concentrate dengar ilai tawa macam puntianak dapat darah! Kalau nak ketawa pun, agak-agaklah. Janganlah sampai boleh dengar suara tu satu taman! laung suara sebelah rumah yang cukup mereka kenali itu.

18

Wardina Aisyah

Hairan! Macam mana Encik Darish boleh dengar ilai tawa mereka bertiga? Kuat sangatkah bunyi ketawa mereka? Atau telinga Encik Darish tu yang terlebih prihatin? Sampaikan jiran sebelah rumah terkentut pun dia boleh dengar. Entahlah.... Qisya dan Casabelle terus diam, menikus. Terkedu mendengar suara Encik Darish yang bergema kuat itu. Nisya pula hanya buat muka selamba. Langsung tidak memberi sebarang respons. Malas hendak melayan perangai jiran sebelah rumahnya itu. Emo mengalahkan orang perempuan datang bulan. Tak gentleman sungguh! Wei korang! Kenapa dengan Encik Darish tu, ha? Tadi waktu aku sampai, dia ada kat depan rumah. Macam biasalah, tengah cuci kereta kesayangan dia. Jadi, aku pun tegurlah dia. Yelah, kan kita ni hidup berjiran. Kenalah beramah mesra. Takkan nak menyombong tak bertempat pulak. Boleh pulak dia buat tak layan aje. Dah tu buat muka masam macam cuka expired. Dia tu kenapa? Qisya bercakap dengan nada yang agak perlahan. Takut juga kalau-kalau jiran sebelah rumah mereka itu terdengar apa yang diperkatakannya. Tak pasal-pasal, mengamuk pulak Encik Darish. Tak ke naya? Casabelle mengangkat bahu. Entah! Kau tanyalah orang yang duduk depan aku ni. Mana tahu dia ada jawapan. Dengan mulut yang masih berisi dengan buah durian, Casabelle memuncungkan mulutnya ke arah Nisya. Mahu tersedak kawan seorang tu dibuatnya. Mujur tak tertelan biji durian. Bulat mata Nisya memandang sahabatnya itu. Hesy mulut tempayan betullah amoi ni. Gumam Nisya dalam hati.

19

Cinta Masam Manis

Qisya sudah mengecilkan matanya. Renungannya tajam menatap wajah Nisya yang masih beriak selamba itu. Konon nak kontrollah tu. Ini mesti ada apa-apa. Kena korek sampai ke lubang cacing. Tak acilah kalau Casabelle seorang sahaja yang tahu kenapa jiran sebelah mereka itu boleh jadi sebegitu. Hatinya kuat mengatakan perubahan lelaki itu ada kena-mengena dengan sahabatnya yang seorang ini. Bukannya dia tak nampak macam mana cara Encik Darish pandang Nisya. Seperti ada sesuatu yang terpendam dalam hati. Bila bercakap dengan Qisya dan Casabelle pun, jelingan Encik Darish tetap terarah kepada Nisya. Cuma Nisya aje buat-buat tak tahu. Hmmm dalam hati ada cinta agaknya. Tapi, okey apa?! Encik Darish tu tak kurang pun hensemnya. Wajah lelaki Melayu tulen. Sekali pandang, ada iras-iras Fahrin Ahmad. Sesuai sangat dengan Nisya yang berwajah ala-ala gadis Jepun. Esok lusa bila ada anak, sah akan mewarisi genetik ayah dan ibu mereka. Aduh! Sampai begitu jauh sekali Si Qisya ni berangan. Dia pulak yang terover excited. Kenapa dengan Encik Darish tu, Nisya? Qisya mengajukan soalan kepada Nisya. Nisya masih dengan muka selambanya. Sedangkan dalam hati hanya Allah saja yang tahu betapa dup dap-dup dap jantungnya sebaik sahaja anak mata Qisya terarah ke wajahnya. Bukannya Nisya tak faham dengan perangai Qisya yang suka korek rahsia orang tu. Kalau boleh, semua dia nak ambil tahu. Dasar kaki sibuk. Entah! Sepatah perkataan keluar daripada mulut Nisya. Pantas dia mengambil seulas lagi buah durian lalu

20

Wardina Aisyah

dimasukkan ke dalam mulutnya. Anak matanya langsung tidak mahu dihalakan kepada Qisya yang masih merenungnya dengan tajam. Alah Qisya, Encik Darish tu bukan apa. Dia sebenarnya stres tahap meroyan sebab tak berjaya dalam misi nak mengajak Cik Danisya Izzati yang keras kepala ni keluar dating. Tu yang jiwa kacau. Otak berserabut. Muka serabai. Sampaikan semua orang dia nak bagi jelingan maut. Bukan kau seorang aje yang kena, aku pun terkena sama. Ini semua gara-gara perempuan keras kepala ni. Casabelle mencelah bila melihat Nisya langsung tidak mahu menjawab pertanyaan Qisya. Dengar sahaja ayat yang keluar daripada mulut Casabelle, Qisya tersenyum lebar. Bukan main suka lagi dia. Si Nisya yang mendengar sudah merengus kasar. Tak boleh simpan rahsia betul Casabelle anak Uncle Chong ni. Aku sumbat mulut tu dengan buah durian ni, baru padan dengan muka tu. Bisu satu tahun! Hesy. Oh macam tu ceritanya. Ada orang jual mahallah ni, ya? Qisya mengusik. Kemudian dia dan Casabelle mengekek ketawa. Lucu melihat air muka Nisya yang sudah berubah kemerah-merahan menahan rasa antara malu dan geram. Hah, ketawalah puas-puas! Ketawa sampai terkeluar isi perut tu. Dah puas ketawa nanti, jangan lupa buang kulit buah durian yang bersepah ni. Aku nak pergi mandi. Tak kuasa nak melayan korang berdua! Buat sakit hati aje. Arah Nisya yang sudah bangun dengan wajah yang masam. Lantas dia naik ke tingkat atas dengan kaki yang sengaja dihentak kuat menandakan betapa geramnya dia. Qisya dan Casabelle saling berpandangan.

21

Cinta Masam Manis

Kemudian tawa keduanya pecah kembali. Gamat rumah teres dua tingkat itu dengan usikan mereka yang tak henti-henti. Nampak gayanya, sebulan jugalah Nisya terpaksa tadah telinga mendengar usikan dua sahabat baiknya itu. Itu pun kalau ya sebulan. Kalau setahun, macam mana?

22

Wardina Aisyah

Bab 3
ERINGAN jam loceng yang terletak di tepi katil mengejutkan Qisya yang sedang lena dibuai mimpi. Pantas dia memanjangkan tangan mencapai jam loceng berbentuk ladybird yang membingitkan telinga. Memekak aje awal pagi! Orang nak tidur pun tak senang. Hesy.... Huargh!!! Qisya menguap besar. Langsung tak tutup mulut. Tak senonoh betul. Kalaulah Mak Cik Atie Kepoh yang berkenan nak jadikan Qisya sebagai menantunya itu dapat melihat, tentu cancel terus hajat tu bila tengok perangai tak senonoh anak perempuan Hajah Azyan yang seorang ini. Menguap tak tahu nak tutup mulut. Mujur tak ada cik lat yang masuk ke dalam mulut. Kemudian Qisya mengeliat ke kanan dan ke kiri. Biar rasa selesa sedikit. Mood baru bangun tidur ni biasanya malas seperti ular sawa kekenyangan. Kalau dilayan, makin menjadi-jadilah tahap mengantuknya. Aduh kenapalah cepat sangat masa ni berlalu?

23

Cinta Masam Manis

Rasa macam baru aje aku tidur. Tup-tup Cik Jam dah memekak, omel Qisya sendiri. Ah malasnya! Inilah padahnya kalau dah sebulan jadi penganggur terhormat. Bila mula kerja semula, mulalah rasa malas. Sebelum ni, bukan main bosan lagi duk terperap kat rumah membesarkan badan. Bergosip dengan Mak Cik Bedah dan Tuty. Kan bagus kalau hari ni masih lagi hari cuti? Tak payahlah aku nak bangun seawal ini. Sambil membebel seorang diri, Qisya bangun dari tempat tidurnya. Jam di atas meja sisi dikerling. Pukul lima tiga puluh pagi. Seperti biasa, selimut dilipat. Kemudian cadar katil bercorak ladybird ditarik dan dikemaskan. Anak patung Pooh yang sudah hampir sama baya dengan usianya itu diletakkan elok di atas kepala bantal. Kesayangan dia tu. Ke mana sahaja pasti akan dibawa bersama. Maklum, anak patung yang diberi nama Mr. Pooh itu merupakan hadiah pemberian babah dan umi sebaik sahaja dia menjangkau usia satu tahun. Dengan langkah yang longlai, Qisya menghampiri cermin meja soleknya. Wajahnya yang serabai dengan rambut yang menggerbang ala-ala puntianak itu ditenung. Jelas kelihatan kesan bedak sejuk yang sudah bertompok-tompok memenuhi segenap wajahnya. Dari zaman sekolah hingga sekarang, Qisya dan bedak sejuk memang tidak dapat dipisahkan. Bagaikan satu kewajipan dia memakai bedak sejuk setiap malam. Entah-entah, esok lusa bila dah kahwin, mesti suami dia terkejut tengok muka isteri dia yang bersalut bedak sejuk ni. Menakutkan! Macam hantu tepung aje! Qisya menggelengkan kepalanya. Dia mencapai tuala yang elok tergantung di rak penyidai dan segera masuk ke dalam bilik air. Selesai mandi, Qisya pantas mencapai telekung dan

24

Wardina Aisyah

sejadah yang terletak kemas di atas penyidai kayu. Kemudian dia berdiri tegak menghadap kiblat untuk menunaikan solat subuh. Senakal mana pun dia, kewajipan kepada Allah tetap dia tunaikan kecuali bila dia datang bulan. Inilah keistimewaan orang perempuan. Allah sayang lebih. Dalam sebulan pasti akan dapat ABC (Allah bagi cuti). He he he beruntung jadi kaum Hawa. Sejak dari kecil, babah dan umi sudah ajar anakanak untuk tidak lalai mendirikan solat. Kata babah, solat itu tiang agama. Dan sebagai umat Islam, kita tidak boleh meninggalkan solat tanpa alasan yang kukuh. Sedangkan masa sakit pun kita masih boleh mengerjakan solat jika kita masih mampu dan terdaya. Habis sahaja menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, Qisya terus bersiap. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di tempat baru setelah sebulan berhenti kerja di tempat lama. Semuanya gara-gara Encik Lufti Abdul Hadi. Kalau bukan kerana lelaki tua kerepot, berperut boroi dan hampir botak itu, tak adalah dia nak berhenti kerja di Mega Holding. Sebuah syarikat pengeluar barangan sukan golf yang terkenal di ibu kota. Disebabkan lelaki itulah dia berhenti. Mana tidaknya, Encik Lufti tu gatal nauzubillah! Tak sedar diri tu dah tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari, masih ada hati nak menggatal tahap buaya tembaga. Umur dah dekat sebaya babah aku pun masih tak sedar diri. Agaknya kat rumah Encik Lufti tu tak ada cermin, kut? Pasal tu Encik Lufti tak sedar yang rambut dia tu dah tinggal separuh aje. Tak lama lagi luruh sepenuhnya. Perut dia tu boroi mengalahkan wanita mengandung sembilan bulan. Nasib dialah makan penumbuk sulung aku, di hari aku berhenti kerja tu. Siapa suruh berani-berani nak jalarkan garpu dia kat badan aku. Kan dah kena! Apa dia ingat, aku ni

25

Cinta Masam Manis

anak kucing ka? Nak dibelai-belai manja. Huh! Padanlah perut boroi dia tu kena penumbuk aku! Qisya tersenyum jahat. Lucu bila mengenangkan kerutan menahan sakit pada wajah Encik Lufti ketika dia melepaskan tumbukan ke perut boroi lelaki itu. Baru padan dengan muka tak hensem Encik Lufti. Puas hati aku! Tu la gatal la lagi!!! Relaks Qisya tak payah nak ingatkan buaya tembaga pencen yang tak sedar diri tu. Sekarang ni, kau bukan lagi staf Mega Holding. Sebentar lagi kau bakal menjadi staf Smart Home Holding. Sebuah syarikat terkenal yang menyediakan perkhidmatan lengkap sistem keselamatan, pembinaan, ubah suai, landskap, hiasan dalaman dan perabot rumah atau bangunan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Mempunyai beberapa cawangan di sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Malah Smart Home Holding juga mempunyai cawangan di sekitar Singapura, Brunei dan Indonesia. Dan kini, syarikat terkenal itu mula mengorak langkah membuka sebuah cawangan di Filipina. Wah memang bertuah dapat peluang ni! Smart Home Holding sememangnya merupakan sebuah syarikat yang besar dan mempunyai modal berbayar sebanyak 5.5 juta Ringgit Malaysia. Itu info yang Qisya dapat sewaktu mencari profil Smart Home Holding di Internet sebaik sahaja dia diterima bekerja di syarikat itu. Sesungguhnya, dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di situ. Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Malah, ramai juga rakan-rakan yang satu universiti dengannya yang masih memegang jawatan sebagai penganggur terhormat. Baju kurung sutera Cina berbunga kecil cukup cantik bila terletak di badan Qisya yang langsing dan tinggi

26

Wardina Aisyah

lampai. Ada la dalam lima kaki tujuh inci. Tubuhnya yang langsing dan tinggi lampai itu diwarisi daripada Haji Zahiddin. Kalau ikut Hajah Azyan, alamatnya Qisya jadi kecil molek dan tembamlah. Kecil molek aje tau bukannya dalam golongan ayam serama. Hajah Azyan memang kecil molek orangnya, lebih kurang sama tinggi pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud a.k.a Ogy. Dan Hajah Azyan memiliki bentuk tubuh yang agak tembam. He he he.... Tapi bila masuk bab muka, Qisya memang mewarisi sembilan puluh peratus wajah umi terchenta, Hajah Azyan Haji Sulaiman. Muka bujur sirih, mata bulat, hidung mancung, bibir mungil dan yang paling penting adalah lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Semua itu diwarisinya daripada umi kesayangannya itu. Sewaktu kecil, wajah Qisya lebih mirip kepada wajah Haji Zahiddin. Kini, bila dah meningkat dewasa, wajahnya semakin iras dengan wajah Hajah Azyan. Wajahnya yang putih bersih tanpa jerawat hanya disolek nipis. Cukup sekadar menggunakan bedak muka, maskara, pemerah pipi dan lip gloss berwarna pink. Wajah yang telah siap disolek ala kadar itu dibelekbelek. Takut kalau-kalau solekannya terlebih tebal daripada kamus Oxford. Qisya tak naklah jadi seperti Cik Fatin, bekas rakan sekerja merangkap Ketua Bahagian Akaun sewaktu dia bekerja di Mega Holding dulu. Mekap Cik Fatin tebal macam pelakon opera Cina. Kalau la Qisya bersolek tebal macam tu, sudah tentu dia pun akan digelar sebagai anak murid Cik Fatin. Hesy tak naklah! Tak sanggup dia jadi pengikut Cik Fatin yang sentiasa bad mood dua puluh empat jam itu. Mujur kini Qisya tak berdepan lagi dengan wajah yang sentiasa masam mencuka itu lagi. Jika tidak, mahu stres juga dia asyik menghadap wajah masam itu.

27

Cinta Masam Manis

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Qisya diketuk kuat. Macam nak roboh pintu biliknya diketuk sedemikian rupa. Qisya! Kau dah siap ke belum ni? Buat apa lagi kat dalam tu? Berangan nak kahwin dengan anak raja ke? Kau nak tumpang ke nak bawak kereta sendiri? Kalau kau bawak kereta sendiri, aku dan Bell jalan dulu. Dah jam berapa ni?! Nisya bersuara nyaring. Bingit pula telinga Qisya mendengar suara nyaring mak cik sorang ni menjerit pada awal pagi. Apa dia ada uji bakat untuk jadi isteri Tarzan ke pagi-pagi macam ni? Itu nak test power jeritan dia yang maha nyaring tu. Sampaikan satu taman ni boleh dengar suara nyaring dia. Kalau merdu macam suara Datuk Siti Nurhaliza, takpelah jugak. Ini macam suara katak panggil hujan saja. Hampeh! Ye la ye la aku dah siaplah ni. Aku tumpang kau. Malas nak drive. Sahut Qisya. Pantas beg tangan dicapai, beg kecil berisi telekung dan novel terbaharu yang dibeli juga dicapai sama. Itu sudah menjadi kewajipan baginya. Sewaktu dia bekerja di Mega Holding dulu pun, dia sering berbuat demikian. Telekung untuk dia mengerjakan solat. Novel pula untuk mengisi masa lapang pada waktu rehat bila dia malas hendak keluar makan tengah hari. Qisya segera membuka pintu bilik yang tadinya tertutup rapat dan melangkah ke meja makan untuk bersarapan pagi. Sebelum pergi ke ofis, perut kena isi dulu. Nisya dan Casabelle sudah menanti di meja makan. Hari ini Nisya dengan rela hati menyediakan sarapan pagi untuk mereka bertiga. Menunya adalah nasi goreng kampung dengan Horlicks panas. Semua memang sudah sedia maklum bahawa Nisya memang sudah jadi tukang masak di rumah

28

Wardina Aisyah

itu. Mahu harapkan Qisya dan Casabelle? Hmmm alamat kena makan nasi bungkus ajelah. Bukannya dia orang tak pandai masak, tapi M-A-L-A-S malas!

CIK QISYA NUR ALIFA? sapa seorang lelaki. Qisya berpaling. Kemudian dia berdiri dari duduknya. Seorang lelaki kacak bergaya lengkap berkemeja putih, bersut dan bertali leher hitam serta berseluar slack hitam melangkah menuju ke kerusi di hadapannya. Mungkin lelaki inilah C.E.O Smart Home Holding. Mudanya desis hati kecilnya. Ya, saya, jawab Qisya perlahan. Amboi jadi gadis pemalu la pulak dah. Sedangkan selama ni, dialah heroin. Dulu waktu kat Mega Holding, Qisyalah yang paling kuat menyakat teman-teman satu ofis. Terutama Kak Sapura. Kesian Kak Sapura, semput dia menahan latah akibat disakat oleh budak nakal yang berjiwa remaja sorang ni. Tapi bila jumpa aje bos muda yang hensem dan bergaya ni, terus berubah personalitinya kepada gadis ayu. Dah macam sesi temu duga untuk menjadi finalis Gadis Melayu pula rasanya. Cit!!! Welcome to Smart Home Holding, ujar lelaki itu tenang. Segaris senyuman terukir di bibirnya yang agak kemerahan itu. Alahai hensemnya! Hati kecil Qisya sekali lagi berdetik. Terima kasih encik errr. Qisya sedikit gugup. Pantas matanya melirik pada tanda nama yang dipakai oleh lelaki itu.

29

Cinta Masam Manis

Syed Aiman. Oh rupa-rupanya nama lelaki hensem ni Syed Aiman. Patutlah hensem macam pak arab, keturunan Syed. Syed Aiman tersenyum. Sedar akan kegugupan gadis di hadapannya itu. Biasalah, pekerja baru. Lama-lama nanti, okeylah tu. Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, gadis itu pasti boleh menyesuaikan diri dengan pentas persekitaran. Silakan duduk, jemput Syed Aiman. Qisya kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Awak tahu, kan jawatan awak di sini? soal Syed Aiman. Qisya mengangguk. Sememangnya dia tahu jawatannya di Smart Home Holding. Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Memang sesuatu yang tidak pernah terjangkau dalam fikirannya. Seingatnya dia hanya memohon untuk jawatan Pegawai Pemasaran. Tidak disangka pula dia akhirnya ditawarkan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Itulah yang dikatakan dengan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Saya harap awak gembira bekerja di sini. Jangan segan nak bertanya jika ada sebarang masalah. Awak boleh bertanya pada Fadli, tak pun awak boleh terus bertanya pada saya. Syed Aiman menyambung kata. Pandangan matanya menatap redup raut wajah manis di hadapannya. Wajah manis itu mengingatkan dia pada seorang pelakon yang namanya tidak dia ketahui. Tapi memang manis. Insya-Allah saya pun harap macam tu. Alahai skemanya jawapan. Biar betul, yang bagi jawapan ni Qisya Nur Alifa ke? Gadis kerek yang brutal.

30

Wardina Aisyah

Setelah hampir tiga puluh minit berada di dalam bilik Syed Aiman, bersoal jawab dan berkenalan dengan majikannya itu, Qisya melangkah keluar dengan hati yang lega. Ternyata, Syed Aiman seorang ketua yang prihatin pada setiap kebajikan stafnya. Bukan seperti majikan lamanya, Encik Lufti yang terlebih gatal itu. Bos cakap apa? Sebaik sahaja keluar dari bilik Syed Aiman, seorang wanita bertubuh gempal menerpa ke arah Qisya. Di tangan wanita itu terdapat bungkusan keropok udang Double Decker. Qisya terpinga-pinga. Nasib baik roh aku tak melayang dengar suara akak ni. Jika tidak kan ke naya. Kempunan aku nak bekerja di Smart Home Holding. Dah tu, kempunan nak berboskan Syed Aiman yang muda, kacak bergaya itu. Errr tak ada apa-apa. Cuma bos suruh bekerja dengan baik. Ye ke? Ha ha ha.... Tiba-tiba wanita bertubuh gempal itu ketawa kuat. Hesy pelik betullah akak ni. Seingat aku, tak ada pun aku buat lawak antara benua. Buat lawak antarabangsa pun tak. Yang tiba-tiba nak ketawa besar ni, kenapa? Aduh fening! Fening! Bos tu hensem, kan? Tak terpikat ke? soal wanita itu lagi. Matanya merenung tepat wajah Qisya. Hmmm cantik budak ni. Kalau digandingkan dengan bos, memang sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Lagipun bos tu masih muda. Baru masuk dua puluh sembilan tahun. Kalaulah bos ada jodoh dengan budak ni... alamatnya tak lama lagi makan nasi minyaklah kami kat Smart Home Holding ni.

31

Cinta Masam Manis

Qisya semakin pelik. Soalan jenis apa pulak ni? Hesy.... Dah dah jangan dilayan sangat Kak Mila ni. Dia ni memang macam tu. Mulut tak pernah nak diam. Ada saja yang nak dibebelkannya. Mari Qisya, saya tunjukkan tempat duduk awak. Tiba-tiba suara Yaya, setiausaha Syed Aiman kedengaran. Nama akak, Jamilah. Tapi budak-budak kat sini semua panggil akak dengan nama Kak Mila. Wanita bertubuh gempal itu memperkenalkan dirinya. Ada sambungan tu Kak Mila Murai, sampuk satu suara garau. Pantas tiga wanita berpaling ke arah suara itu. Fadli tersenyum memandang tiga wanita itu. Pandailah kamu, ujar Kak Mila Murai sambil mencebikkan bibirnya. Dia memang cukup terkenal dengan nama Kak Mila Murai di kalangan staf Smart Home Holding. Betullah apa yang Si Fad cakapkan tu, Kak Mila. Kan ke Kak Mila terkenal dengan nama Kak Mila Murai. Mana tidaknya, hari-hari online Murai.com... nak baca gosip pasal artis. Dah tu, bila ada cerita-cerita panas, Kak Mila pulak yang jadi tukang sampai. Pot pet-pot pet macam mulut burung murai. Yaya pula bersuara. Ye la tu. Korang berdua ni memang suka menyakat akak. Nanti akak kahwinkan baru tau, ujar Kak Mila Murai. Fadli dan Yaya terdiam. Pandangan mata mereka bersatu. Lantas, kedua-duanya menunduk malu. Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Entah-entah dalam hati ada cinta, tak?! He he he cuma Fadli dan Yaya sahaja yang tahu dan ada jawapannya.

32

Wardina Aisyah

Nama kamu siapa? soal Kak Mila Murai. Qisya Nur Alifa Binti Zahiddin. Senafas Qisya menyebut nama yang menjadi kebanggaannya sejak lahir lagi. Nama yang telah dihadiahkan oleh babah dan umi. Dan yang paling istimewa, Alifa. Nama tu diambil sempena nama Nek Tee, Siti Alifah. Qisya Nur Alifa? Hmmm pelik nama kamu ni, ek. Tapi sedap didengar. Macam nama orang Arab pun ada jugak. Akak nak panggil kamu apa? Qisya ke? Nur ke? Alifa ke? Patut pun Kak Mila diberi gelaran Kak Mila Murai, mulut tak pernah nak diam. Ada sahaja modalnya untuk bercakap. Tentu jabatan ni meriah dengan mulut Kak Mila Murai yang meriah ni. Panggil Qisya aje, kak, ujar Qisya dengan ramah. Mula senang dengan Kak Mila Murai. Wanita itu mengangguk-angguk umpama burung belatuk. Eh, Qisya dah kenal dengan semua staf kat sini ke? soal Kak Mila Murai lagi. Qisya mengangguk. Dah, pagi tadi Yaya dah bawa saya ke setiap department. Kak Mila Murai mengangguk-angguk lagi. Ruparupanya dia seorang sajalah yang belum berkenalan dengan Qisya. Kak Mila Murai mengamati gadis di hadapannya itu. Wajah Qisya mengingatkan dia pada Ayu Raudhah, pelakon dan model yang cantik manis itu. Cuma Qisya ni kulitnya tak seputih Ayu Raudhah. Dan Qisya juga bertudung. Kalau macam inilah, sah ramailah kaum Adam kat Smart Home

33

Cinta Masam Manis

Holding ni yang gila bayang dengan Qisya. Yang dah sedia miang tu, bertambah gilalah bila nampak perempuan berdahi licin macam ni. Mesti ramai yang akan cemburukannya. Biasalah manusia, mana boleh tengok orang lebih sikit. Kak Mila ada panggilan telefon ni! teriak Aton. Pantas lamunan Kak Mila Murai terhenti. Hesy... kacau daun betul. Ye la ye la akak datang ni. Kau ni Ton, tak boleh tengok akak relaks sikit. Ada aje yang kau nak kacau, bebel Kak Mila Murai. Dia sudah mula bergerak mendapatkan Aton Avon. Qisya tersenyum. Seronok dengan telatah Kak Mila Murai. Kak Mila tu memang begitu. Mulut tak tahu nak berhenti. Saya harap awak senang bekerja di sini. Ujar Yaya. Qisya tersenyum lagi. Apalah penyakit budak ni hari ini? Asyik senyum aje sedari tadi. Tak kejangkah otot-otot mulut dia asyik nak tersenyum. Hmmm inilah yang dikatakan terlebih hormon happy.

34

Wardina Aisyah

Bab 4
MAR BIN AZMAN! Ikutkan rasa hati, mahu saja Qisya cekik-cekik leher lelaki itu. Biar kojol! Dah banyak kali Qisya beritahu tak nak! Tak nak! Tak nak!, takkan tak faham bahasa lagi. Nak Qisya cakap dalam bahasa Tamil ke? Tak pun dalam bahasa Jepun. Baru anak teruna Mak Cik Atie Kepoh dan Pak Cik Man Kidal tu nak faham. Dah orang kata tak nak tu janganlah nak paksa-paksa pulak. Sekeh kang! Yang Mak Cik Atie Kepoh tu pun satu. Suka sangat nak kenenkan Qisya dengan anak teruna sulung dia tu. Apa dia ingat, Si Amar tu baru balik study dari London, Qisya heran sangat ke? Hesy tak adanya Qisya nak heran. Baliklah dari negara Nigeria sekalipun, ada dia kisah? Soal hati dan perasaan ni, mana boleh dipaksapaksa. Dah Qisya tak sukakan Si Amar tu, nak buat macam mana? Kenalah terima kenyataan yang dah sememangnya terang lagi bersuluh tu. Tak payahlah nak sorong-sorong Si Amar tu dekat Qisya. Sampaikan suruh Si Amar tu datang ke KL semata-mata nak jumpa Qisya. Amar tu memanglah boleh

35

Cinta Masam Manis

tahan juga hensemnya. Tapi hati Qisya tetap tak berkenan dengan dia. Bukan apa, Si Amar tu kerek sangatlah. Berlagak yang dia tu baru balik dari London. Itu yang buat Qisya tak berkenan dengan dia. Lagipun, dia bukan lelaki pilihan hati Qisya. Lainlah kalau ada yang sudi meminangkan Awal Ashaari untuk Qisya. Memang dia sanggup menerimanya dengan hati yang terbuka. Tapi... mahukah Scha Al-Yahya bermadu dengan Qisya? Qisya mendengus. Teringat kembali pertemuannya dengan Amar sewaktu lelaki itu datang memenuhi undangan makan malam daripada babah. Hesy babah ni pun satu jugak! Tau la berkawan baik dengan Pak Cik Man Kidal tu, tapi janganlah sampai nak kenenkan anak daramu yang cute lagi comel ini dengan Si Amar kerek tu. Tak sanggup! You dah berubah. Tak macam dulu lagi. I suka tengok you sekarang, kata Amar sewaktu mereka duduk berdua di anjung rumah. You? I? Eee!!! Geli telinga ni mendengarnya. Rasa macam cair aje tahi telinga bila dengar mamat kerek ni beryou berI dengan Qisya. Mentang-mentanglah baru balik dari London, nak tunjuk aksen la konon. Huh! Tak kuasa.... Babah, umi dan adik-adik semua ada di dalam rumah. Buat pakatan rakyat tengok cerita Pendekar Bujang Lapok. Hmmm ya sangatlah tengah menonton tu. Macamlah Qisya tak tahu yang babah, umi dan adik-adik awal-awal lagi dah berpakat membawa berkat nak beri ruang untuk Si Amar kerek ni duduk berbual dengan Qisya. Alah trick lama. Senang-senang aje boleh baca. Berubah? Tak macam dulu? Habis tu dulu aku macam mana? soal Qisya. Tak kuasa nak berI beryou. Mahu juga dia tahu, dulu dia macam mana sampaikan Si

36

Wardina Aisyah

Amar kerek boleh berkata sebegitu. Teruk sangatkah dia dulu jika hendak dibandingkan dengan dia yang sekarang? Dulu you sememeh, hitam. Tak cantik langsung pada pandangan mata I. But you look better now. Youre beautiful. I betul-betul tak sangka you boleh jadi secantik ini. You buat I terpegun. Sampaikan tak berkedip mata I bila pertama kali lihat you di majlis pertunangan Pian anak Mak Cik Siti. Dengan selamba, Amar memberi komen antara Qisya dulu dan sekarang. Cit! Tak guna punya Amar London. Suka-suka hati dia aje kutuk aku dulu sememeh dan hitam. Apa dia fikir, dia tu dah masuk ke dalam golongan lelaki-lelaki terhensem kat Malaysia ni ke? Jangankan kat Malaysia, kat Kuala Lipis ni pun Si Amar ni belum masuk carta lelaki terhensem lagi. Menyakitkan hati betul dia ni! Alahai... hati. Sabarlah. Nanti tak pasal-pasal anak lelaki kebanggaan Mak Cik Atie Kepoh ni masuk ICU pulak kena penumbuk sulung aku. Desis hati Qisya. Sejak malam tu, Qisya dah serik nak jumpa Amar lagi. Malas nak layan ayat-ayat kerek mamat London yang perasan diri dia hensem tu. Banyak kali juga Si Amar menelefonnya. Tapi setiap kali mamat tu telefon, setiap kali itu juga Qisya akan membiarkan telefon bimbitnya tidak berjawab. Biarlah suara mesin perempuan tu aje yang layan Si Amar. Tak pun, pasti Nisya atau Casabelle yang menjadi mangsa disuruh menjawab panggilan menggelikan hati daripada Amar anak Pak Cik Azman.

HOI!!!

37

Cinta Masam Manis

Novel terbaharu dalam pegangan Qisya terlepas menyembah lantai. Cantik saja novel itu landing ke atas permaidani merah putih yang terbentang di ruang tamu. Pantas dia berpaling dengan pandangan yang bagaikan hendak menelan mangsa. Bell! Kau ni tak ada kerja lain ke, hah? Asyik kejutkan orang aje. Mujur aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tidak, boleh koma setahun aku kau buat macam ni. Casabelle tersengih seperti kerang basi. Seronok dapat mengenakan sahabat baiknya itu. Siapa suruh kuat sangat berangan? Kan dah kena serang hendap. Dah kau tu asyik melamun, aku pun lancarkanlah serang hendap. He he he hah, cakap nak pergi makan kat luar? Yang kau asyik termenung macam orang mati suami tu, kenapa? soal Casabelle. Dia sudah siap dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jean hitam separas lutut. Rambutnya yang pendek mencecah paras bahu itu diikat dua. Comel pula bila dia buat stail seperti itu. Tampak keanak-anakan. Menyerlah wajah kacukan Cina-Kadazannya itu. Untuk pengetahuan umum, Si Casabelle ni berdarah kacukan. Daddynya orang Cina dari Melaka, manakala mummynya pula orang Kadazan dari Sabah. Biarpun berbangsa Cina-Kadazan namun, Casabelle tidak fasih bercakap dalam bahasa ibundanya. Malah, dia cukup fasih berbahasa Melayu. Disebabkan minat yang mendalam pada adat-adat orang Melayu dan agama Islam, Casabelle telah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Sudah masuk setahun dia menjadi saudara baru. Sepanjang tempoh itu, Casabelle memang rajin belajar agama. Dan sebagai makluman, nama baru Casabelle adalah Nur Aminah Abdullah. Nama tu dipilih sebab Casabelle minat sangat

38

Wardina Aisyah

tengok drama popular Nur Kasih dulu. Aduh berpengaruh juga drama tu pada Si Casabelle. Yang seronoknya, penghijrahan Casabelle ini direstui oleh kedua orang tuanya. Jadi, tak adalah kes kena buang keluarga gara-gara memeluk agama Islam. Syukur alhamdulillah... Auntie Leza dan uncle memang sporting. Tak ada apalah, cuma aku teringatkan Si Amar, jawab Qisya dengan jujur. Tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada sahabatnya itu. Persahabatan yang terjalin sedari kecil dengan Casabelle dan Nisya membuatkan tiada sebarang rahsia antara mereka bertiga. Hubungan baik mereka terjalin atas hubungan persahabatan yang terjalin antara orang tua mereka bertiga. Malah, keakraban mereka bertiga tak ubah seperti adik-beradik. Amar London?! Oh my gucci. Kau rindu dia ke? teka Casabelle. Matanya yang sepet itu tepat merenung wajah ayu milik anak gadis Haji Zahiddin. Biar betul Si Qisya ni? Selama ni bukan main anti lagi dia bila nama Si Amar tu disebut. Tapi malam ni, boleh pula dia teringatkan Si Amar mamat London tu. Takkan Qisya dah rindukan Amar London, kut? Qisya mengetuk kepala Casabelle. Hesy simpang malaikat empat puluh empat! Tak ada maknanya aku nak rindukan si mamat London yang perasan tu. Aku ni tengah geram ni geram sangat!!! Auch apa ni? Main ketuk-ketuk kepala orang pulak. Kepala aku ni bayar zakat tau. Kalau kau tak rindukan dia, yang kau teringat kat dia tu, kenapa? Bukan rindu lagi ke namanya tu? Panjang muncung Casabelle. Aku bukannya apa, geram sangat kat mamat

39

Cinta Masam Manis

London tu. Tak faham bahasa langsung. Dah aku kata tak nak tu, masih nak paksa-paksa. Menyakitkan hati, marah Qisya. Dahlah jangan layan sangat rasa marah kau tu. Nanti tak pasal-pasal kau dapat tekanan darah tinggi pulak. Jangan dilayan sangat Si Amar mamat London tu. Kata tadi nak pergi makan kat restoran Abang Usop. Jomlah perut aku dah bergoyang Inul ni, ujar Casabelle yang sudah tercegat di depan pintu. Perutnya yang kempis itu ditepuktepuk. Badan kecik tapi kuat makan! Yalah yalah! Kau ni kalau bab makan memang nombor satu. Tak padan dengan kurus. Pantas Qisya membuntuti langkah temannya itu. Tudung di atas kepala diperkemaskan. Sebelum meninggalkan rumah, mereka akan pastikan semuanya telah berada dalam keadaan yang selamat. Baru senang hati nak keluar. Kereta Encik Darish tak ada la, Qisya, ujar Casabelle separuh berbisik. Hmmm kebetulan! Nisya pun kata ada hal malam ni. Mungkin dia orang keluar dating, tak? Saja tak nak bagitau kita. Hmmm musykil ni? Teka Qisya sambil memasang tali pinggang keledar. Lantas, senyuman penuh makna kedua-duanya mekar terukir di bibir masing-masing. Jeng jeng jeng!

SAMPAI sahaja di restoran Abang Usop Tomyam Thai, Qisya memarkirkan kereta di tempat letak kereta yang tersedia beberapa langkah sahaja dari restoran. Mujur tempat parkir masih banyak yang kosong. Tak perlulah nak bersusah payah parkir jauh-jauh. Perutnya sudah berdangdut sejak dari tadi.

40

Wardina Aisyah

Kemalasan tahap melampau memaksa dia dan Casabelle untuk mencari makan di luar malam. Selalunya Nisya yang rajin memasak bila berada di rumah. Namun, malam ini sahabat mereka itu balik lambat kerana ada hal yang memerlukan perhatiannya dengan segera. Itu kata Nisya sewaktu menghantar Qisya dan Casabelle balik petang tadi. Tak tahulah hal apa yang penting sangat tu. Tidak pulak Qisya dan Casabelle bertanya dengan lebih lanjut. Maklumlah, petang-petang bila dalam perjalanan pulang dari kerja semua agak penat. Jadi tak adalah soalan selanjutnya yang keluar daripada mulut Qisya dan Casabelle. Apa yang penting masa itu adalah tidur sementara menunggu sampai ke rumah. Tapi memandangkan kereta Encik Darish pun tak ada di rumahnya, Qisya dan Casabelle mengandaikan bahawa Nisya keluar bersama lelaki itu. First date katakan. He he he balik rumah nanti, mesti korek cerita habis-habis. Tunggulah kau Cik Danisya Izzati Binti Darsani. Wah laparnya! Perut ni dah berkeroncong sejak dari tadi. Tak sabar nak makan tomyam Thai Abang Usop, adu Casabelle sebaik sahaja kakinya mula melangkah. Qisya mengangguk. Aku pun! Ketika mereka terkocoh-kocoh mahu cepat ke restoran Abang Usop Tomyam Thai, Qisya tidak sempat mengelak bila ada satu susuk tubuh yang sasa melanggarnya. Akibat daripada pelanggaran itu, Qisya terjatuh dan terduduk di atas jalan raya. Gedebuk! Macam nangka busuk dah. Auch!!! jeritnya. Sorry! Saya tak sengaja. Lelaki itu menghulurkan tangannya. Casabelle yang berdiri di sebelah Qisya pula sudah

41

Cinta Masam Manis

tergamam melihat kejadian yang berlaku dengan sepantas kilat itu. Qisya mendongak. Wajah lelaki itu direnung tajam. Dia kenal lelaki itu! Ah bapak jin! Manakala, si lelaki juga sudah mengerutkan dahinya sebaik sahaja terpandangkan wajah gadis di hadapannya. Seingatnya, dia seperti pernah terjumpa perempuan yang kini sedang merenungnya dengan tajam. Di mana, ya? Dia cuba mengingati sesuatu. Kemudian dia! Jerit hatinya. Inilah gadis yang menyebabkan plat keretanya terpatah dua tempoh hari. Tak sangka mereka boleh berjumpa lagi. Kecilnya Kuala Lumpur ini. Hinggakan dia boleh terserempak sekali lagi dengan gadis itu. Tak payah! Saya boleh bangun sendiri. Tak payah nak tunjuk baik! Qisya menolak kasar tangan lelaki itu. Dia bangun dan mengibas-gibas perlahan punggungnya yang terasa sengal. Aduh malunya! Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya segera dialihkan. Kalau dia tahu gadis itu merupakan orang yang sama pernah bertengkar dengannya tempoh hari, tak ingin dia hendak menghulurkan tangan. Casabelle yang masih berdiri di tempatnya sudah membulatkan matanya yang sedikit sepet itu. Terkejut dia apabila mendengar ayat itu dan melihat perlakuan kasar Qisya. Wajah sahabatnya itu juga sudah berubah kelat. Nampaknya Qisya dan lelaki hensem itu seperti sudah pernah berjumpa sebelum ini. Lain kali kalau berjalan tu tengok-tengoklah sikit. Jangan main redah aje. Sampaikan orang yang berjalan di depan awak pun boleh tak nampak.

42

Wardina Aisyah

Spontan ayat itu keluar daripada mulut lelaki itu. Sinis sekali pada pendengaran Qisya. Hesy bapak jin ni! Dah dia yang langgar aku. Dia pulak nak suruh aku tengok-tengok bila berjalan. Tak nak mengaku salah langsung! Qisya cuba sedaya upaya untuk menahan rasa marah yang datang bertandang. Perutnya yang semakin mengalunkan irama dangdut itu sudah tidak dihiraukan. Pertembungan dengan lelaki ini buat kali yang kedua benar-benar mencabar tahap kesabarannya. Tolong sikit ek! Sepatutnya bukan saya yang kena tengok-tengok, tapi awak! Sebab pada saya awak yang ada masalah penglihatan. Bukannya saya. Logik ke malam-malam macam ni pakai cermin mata hitam? Hesy tak masuk akal langsung. Lainlah kalau orang buta. Ops awak ni buta ke? sindir Qisya dengan lancar. Bibirnya sengaja dijongketkan sedikit dengan senyuman sinis. Hmmm rasakan kelaseran mulut aku. Air muka lelaki itu berubah. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Baru dia tersedar bahawa dia masih berkaca mata hitam sedari tadi. Percuma sahaja dia dikenakan oleh gadis yang telah dinobatkan sebagai seterunya itu. Tanpa berlengah, dia meninggalkan gadis itu bersama seorang temannya yang mendiamkan diri sejak tadi. Malas dia hendak bertekak dengan gadis itu. Lagipun moodnya kurang baik malam ini. Helo! Ingat sikit, hari dah malam! Jangan nak pakai kaca mata hitam. Nanti tak pasal-pasal awak langgar lori ayam pulak. Berbau tahi ayam pulak kereta mahal awak tu nanti! Jerit Qisya menambahkan lagi bahang kemarahan lelaki itu. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Porsche

43

Cinta Masam Manis

merah cili miliknya, pintu dihempas kuat. Bukti betapa panas hatinya mendengar kata-kata Qisya. Sudahlah tadi hatinya sakit melihat kemesraan gadis pujaan hatinya bersama musuh ketatnya. Ditambah pula dengan kelancangan mulut gadis ini. Bertambah meluap-luap api kemarahannya. Qisya pula sudah ketawa terbahak-bahak. Seronok meraih kemenangan keduanya bila lelaki itu berlalu dengan wajah yang masam mencuka. Hempas lagi kuat pintu kereta tu. Biar roboh.

HENSEM, kan mamat tadi tu. Casabelle bersuara ketika mereka menghadap nasi goreng kampung special Abang Usop. Mamat mana? Dahi Qisya berkerut. Wajah Casabelle yang sudah memerah itu cukup membuatkan tekak Qisya berasa loya. Hatinya masih sakit dengan lelaki tadi, Si Casabelle pula sudah tersenyum-senyum dengan miangnya. Siap buat pujian kononnya mamat tu hensem. Pigidah!!! Muka tak ubah macam bapak jin, itu yang dikatakan hensem? Hmmm buta! Alah mamat yang kau langgar tu la. Corrections! Bukan aku yang langgar dia, tapi dia yang langgar aku. Kau jangan nak terbalikkan fakta, ek. Kang tak pasal-pasal ada pulak kau bermalam kat sini, aku tak bagi tumpang balik rumah. Menapaklah kau dari sini untuk sampai ke Teluk Villa. Qisya membetulkan ayat yang digunakan oleh Casabelle. Suka-suka hati saja cakap aku yang langgar. Sedangkan hakikat dan kenyataan yang sebenar adalah bapak

44

Wardina Aisyah

jin itu yang langgar aku. Jalan tak tengok orang di depan. Dahlah badan dia tegap, terpelanting badan aku yang kurus ni dibuatnya. Tak pasal-pasal, aku jatuh terduduk macam nangka busuk. Aduh memang memalukan. Mujurlah tak ramai orang yang lalu-lalang. Jika tidak, jatuh banyaklah harga saham aku. Haah silap! Lelaki yang langgar kau tu. Hensemlah dia tu! Sekali pandang ada iras-iras pelakon Korea Daniel Henney pulak. Bertuahnya sesiapa yang jadi girlfriend dia, kata Casabelle. Qisya mencebik. Hensem ke? Aku tak nampak hensem pun. Bagi aku, hensem lagi apek yang naik basikal jual gula-gula kapas kat kawasan perumahan kita tu. Ada irasiras Jet Li. Hesy buta agaknya Si Qisya ni! Macam itu punya handsome mamat tadi, dia bandingkan pula dengan apek yang jual gula-gula kapas di Taman Teluk Villa. Tak bermata betul! Tahulah dia tengah sakit hati dengan lelaki tu, tapi janganlah sampai butakan mata semata-mata kerana rasa sakit hati dia tu. Takkan Qisya tak boleh nampak dengan jelas betapa kacaknya wajah lelaki tadi. Persis Daniel Henney. Badan pula sasa seperti Aaron Aziz, pelakon utama KL Gangster tu. Dah tu, tinggi pulak. Adalah dalam enam kaki. Wah! Memang menepati ciri-ciri lelaki idaman se-Malaya. Casabelle sudah tersengih-sengih. Bayangan wajah tampan milik lelaki tadi mula bermain di layar matanya. Betapa hensemnya lelaki itu. Kan bagus kalau aku jadi girlfriend dia. Seterusnya jadi wife dia. Bila ada anak nanti, tentu comel-comel belaka. He he he! Amboi, jauhnya Miss Casabelle Chong ni berangan. Muka pula dah kemerahmerahan seperti udang yang dipanggang.

45

Cinta Masam Manis

Weh perempuan! Kau ni kenapa? Tersengihsengih macam kambing gurun. Aku tengah bengang ni! Kau pulak buat muka menggatal tahap kucing betina nak mengawan. Dah buang tabiat ke?! Qisya menyepak kaki Casabelle dari bawah meja. Terjerit si kawan. Hesy kau ni! Main tendang-tendang pulak. sakitlah! Tau pun sakit. Habis tu yang kau asyik tersengih macam kerang tak masak tu, kenapa? Dah macam orang sewel aje aku tengok. Alah relakslah, Qisya. Janganlah tension-tension. Kalau kau buat muka macam ni, hilang kecantikan kau. Kan baik kalau kau ceria-ceria selalu. Lupakanlah hal tadi tu. Pujuk Casabelle. Qisya mendengus. Bayangan wajah lelaki itu datang menerpa. Sakit hatinya setiap kali wajah itu datang tanpa diundang. Benci, sebenci-bencinya! Kali ini, kalau dia jumpa lagi bapak jin tadi, dia akan pastikan bapak jin tu tak akan hidup lama. Ek? Berani ke nak bunuh bapak jin tu? Cakap aje lebih... porah!

46

Wardina Aisyah

Bab 5
AKET kulit hitam dibuka dan dicampak ke atas katil. Satu dengusan kasar keluar daripada mulutnya. Hari ini macam-macam perkara yang terjadi. Semuanya membangkitkan rasa marah. Mujur dia masih boleh mengawal rasa marah yang bertandang. Jika tidak, dah lama dipenggal kepala-kepala orang yang menyakitkan hatinya itu. Belum pun reda rasa geram melihat kemesraan Intan Natasha bersama seorang lelaki yang amat dikenalinya, muncul pula perempuan gila yang telah diiktiraf sebagai seterunya itu. Menambahkan lagi rencah amarah dalam dirinya. Ikutkan hati, mahu saja ditonyoh-tonyohnya mulut laser gadis tersebut. Nasib baik dia masih boleh bersabar. Tak sanggup nak menjatuhkan maruah bertumbuk dengan seorang perempuan. Nanti dia dikatakan lelaki dayus pula. Gila punya perempuan! Mulut laser nak mampus! Nasib baik dia perempuan, kalau lelaki dah lama makan penumbuk sulung aku. Ingat muka tu cantik sangat agaknya! Cis! Kalau nak dibandingkan dengan Intan, bagai langit

47

Cinta Masam Manis

dengan bumi. Kutuk hati Tengku Danish bersungguh. Bila dah sayang, memanglah Si Intan Natasha seorang sahaja yang cantik di pandangan mata. Tengku Danish mendengus kasar. Hatinya bertambah sakit bila terkenangkan ejekan gadis itu. Menjatuhkan air mukanya sahaja. Helo! Ingat sikit, hari dah malam! Jangan nak pakai kaca mata hitam. Nanti tak pasal-pasal awak langgar lori ayam pulak. Berbau tahi ayam pulak kereta mahal awak tu nanti! Cis... tak guna! Percuma saja dia dikenakan oleh perempuan itu. Tapi silapnya juga, siapa suruh pakai kaca mata hitam malam-malam. Kan dah malu sendiri. Mujurlah tak ramai orang yang lalu-lalang. Jika tidak, sah jatuh menjunam harga dirinya ditertawakan sedemikian rupa. Kalau aku jumpa kau lagi, siaplah kau aku kenakan. Dalam hati sudah ditanam tekad mahu mengenakan seteru yang tidak diketahui namanya itu. Tengku Danish meraup wajahnya. Cuba menghalau rasa geram yang semakin bersarang di dalam diri. Kalau semakin dilayan, semakin parah jadinya. Jadi lebih baik lupakan saja. Dari layan jiwa yang kacau disebabkan oleh perempuan gila itu, ada baiknya dia pergi mandi. Badan pun dah rasa melekit. Tak selesa. Dua puluh minit kemudian, Tengku Danish keluar dari bilik air. Lantas menuju ke almari pakaian. Selesai memakai baju-T tanpa lengan dan mengenakan seluar pendek paras lutut, dia melangkah ke meja kerja. Lap-top yang terletak di atas meja dibuka. Serta-merta terlayar wajah cantik Intan Natasha pada skrin lap-top. Wajah cantik yang tersenyum dengan menawan. Membuatkan jantungnya

48

Wardina Aisyah

berdegup dengan pantas. Lantas, wajah yang terlayar di hadapan skrin diusap. Alangkah bahagianya jika tuan empunya diri muncul tatkala hatinya sedang sakit merindu. Tengku Danish mengeluh. Kenapa susah sangat untuk dia meluahkan rasa cinta pada gadis itu? Dan kenapa terlalu sukar untuk Intan Natasha memahami isi hatinya? Selama ini, dia terpaksa berpura-pura di hadapan Intan Natasha. Berpura-pura menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa. Berpura-pura bahawa tidak wujud sebarang perasaan istimewa terhadap gadis itu. Sedangkan hatinya meronta-ronta setiap kali melihat kemesraan layanan Intan Natasha kepada Syed Aiman, kawan merangkap pesaing dalam merebut cinta Intan Natasha. Hubungan Tengku Danish, Syed Aiman dan Intan Natasha telah lama terjalin. Malah, keluarga mereka juga berkawan baik. Sudah lama Tengku Danish mencintai Intan Natasha dalam diam. Sejak zaman remaja lagi. Cuma gadis itu saja tidak menyedarinya. Malah, Intan Natasha lebih memberi perhatian kepada Syed Aiman. Setiap kali keluar bertiga, Intan Natasha lebih suka melayan Syed Aiman berbanding dirinya. Kata Intan Natasha, Syed Aiman seorang yang istimewa. Inilah yang membuatkan Tengku Danish yakin Intan Natasha menyukai Syed Aiman. Cuma rasa cinta itu belum berbalas memandangkan dari cara Syed Aiman melayan Intan Natasha. Atau mungkin Syed Aiman berpurapura tidak sedar akan layanan yang diberikan oleh gadis itu. Ah... semuanya menjadi tanda soal yang menyesakkan! Apa yang pasti... cinta Puteri Intan Natasha akan jadi milik aku! Tengku Danish menanam azam. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba telefon bimbitnya mengeluarkan alunan suara Jason Mraz yang mendendangkan lagu popularnya, Im Yours.

49

Cinta Masam Manis

Siapa pulalah yang mengganggu time macam ni? Nak relaks pun susah! Potong stim betul! Rungut hati Tengku Danish. Baru nak layan perasaan. Skrin telefon bimbit yang sudah berhenti bunyinya dilihat. Erin! Hesy... apa pulak yang perempuan sorang ni nak malam-malam buta begini? Selang sesaat, alunan suara Jason Mraz berkumandang kembali. Sekali lagi skrin telefon memaparkan nama orang yang sama. Sah! Ini tentu ada sesuatu yang dia mahukan. Biasalah Erin... siapa yang tidak kenal dengan perangainya yang gedik-gedik manja itu. Dengan keluhan yang berat, Tengku Danish menjawab panggilan. Sebenarnya malas, tapi terpaksa. Bingit telinga mendengar bunyi telefon bimbit yang tidak henti-henti. Dear... kenapa lambat sangat jawab panggilan I? rengek suara dari hujung sana. Siapa lagi kalau bukan Erin. Model yang terkenal dengan kecantikan dan keseksiannya. Sebut pasal Erin, dia ni merupakan teman tapi mesra Tengku Danish. Tak lebih daripada itu. Cuma Erin sahaja yang lebih-lebih. Memperkenalkan Tengku Danish sebagai kekasihnya kepada media. Tengku Danish cuba menghalang Erin memperkenalkan dia sebagai kekasih kepada umum namun, gadis itu berdegil. Apa salahnya, kata Erin. Lagipun itu salah satu cara menaikkan lagi namanya di persada seni. Hmmm... ya sangatlah tu! Disebabkan cerita yang kononnya Tengku Danish tengah hangat bercinta dengan Erin, bonda mengamuk sakan. Membebel dua puluh empat jam di talian. Mujur tak berdarah telinga Tengku Danish mendengar omelan bonda. Salah satu ayat bonda yang Tengku Danish ingat sangat. Bonda tak suka Danish rapat sangat dengan

50

Wardina Aisyah

perempuan tu. Kalau nak cari isteri, carilah yang boleh jadi isteri yang baik dan ibu yang boleh mendidik bakal anak-anak Danish sebaiknya. Bukan perempuan seperti itu. Tak kisah la kalau bakal menantu bonda tu muka tak cantik, yang penting dia baik dari segala segi. Bonda tak suka perempuan yang merokok dan minum arak segala ni. Faham! Wah... keras betul bunyi amaran bonda! Dear... kenapa senyap ni? You tak jawab pun soalan I. Erin merengek manja lagi. I baru habis mandi. Pendek jawapan Tengku Danish. Dalam mood yang tak berapa baik seperti ini, dia sebenarnya malas hendak melayan Erin. Bukannya dia tidak faham dengan perangai Erin. Mengada-ada. Rasa menyesal pula berkenalan dengan model terkenal itu. Kalaulah dia tahu begini jadinya, dia tak ingin nak berkenalan dengan Erin sewaktu Najmi memperkenalkan dia dengan gadis itu. Erin terlampau sosial. Bukan setakat merokok malah, Erin biasa minum arak. Mungkin lebih daripada itu. Bukannya dia tak pernah terlihat Erin keluar dari sebuah hotel bertaraf lima bintang bersama seorang lelaki yang boleh dikatakan sudah berumur. Siap berpeluk-pelukan lagi. Cuma waktu itu Erin tidak terperasankan dirinya. Senakal-nakal Tengku Danish, dia masih tahu batas-batas pergaulan. Memang betul dia kaki perempuan. Tapi semua dilayan hanya sekadar kawan biasa. Tak lebih daripada itu. Kalau ada yang nak serius, awal-awal lagi dia akan tolak. Cintanya hanya pada Intan Natasha seorang. Dia berkelakuan seperti playboy pun, disebabkan mahu mengurangkan rasa kecewanya dengan layanan Intan Natasha.

51

Cinta Masam Manis

Jom keluar. I bosanlah duduk kat rumah sorangsorang. Zila dah keluar dengan boyfriend dia. Lagipun malam kan masih muda lagi, ajak Erin dengan suara yang sengaja direngek-rengek. Hesy... geli pula telinga ni dengar rengekan Erin yang mengada-ada itu. Tengku Danish mengerling jam meja. Sudah pukul sembilan tiga puluh malam! Memanglah masih awal, tapi dia tak ada mood nak keluar. Lebih-lebih lagi dengan Erin. I penatlah, Erin. Nak tidur awal, tolak Tengku Danish. Alah... jom la keluar, sayang. Takkan you nak tidur awal macam ni? Jom la... temankan I. Dah lama kita tak jumpa. Rindulah... setiap kali I call you ajak keluar, you mesti bagi alasan sibuk. Jom la keluar dengan I. I janji akan pastikan you happy malam ni. You takkan menyesal dengan layanan I. You tak pernah lagi, kan rasa layanan I. So, apa kata malam ni I layan you first class, rayu Erin. Intonasi suaranya sudah seperti kucing betina nak mengawan. Menggoda habis! Tengku Danish mencebik. Apa Erin ingat dia berminat dengan umpan yang diberikan? Sorry! Nampaknya gadis itu salah orang. Ini Tengku Danish Tengku Norman! Sebuaya-buaya dia, belum pernah lagi dia ngap anak dara orang. Tapi... Erin tu masih dara lagi ke? Ah, lantaklah dara atau tidak! Yang penting dia memang tak berminat untuk itu semua. Playboynya ada had. Masih tahu menjaga nama baik keluarga. Masakan dia hendak menconteng arang ke muka bonda dan walid yang telah banyak memberi kebebasan kepadanya selama ini. Sebaiknya dia menggunakan kebebasan yang telah diberikan oleh bonda dan walid. Lagipun dia masih ingat Allah, Maha Melihat.

52

Wardina Aisyah

Sorry... I tak boleh. Letih sangat. You ajak orang lainlah. Gud nite! Tanpa menunggu lebih lama lagi, laju sahaja butang merah ditekan. Lantaklah kalau Erin nak merajuk sekalipun. Ada aku kisah? Sekali lagi alunan suara Jason Mraz berkumandang. Tengku Danish mendengus. Hesy... perempuan sorang ni! Tak reti bahasa ke? Pantas talian yang sudah bernyanyi-nyanyi dibiarkan. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Dia mengeluh. Perempuan ni memang tak reti bahasa. Dia nak dengar aku marah agaknya. Pantas dengan rasa geram yang menggunung, telefon bimbit dicapai. Skrin memaparkan wajah dan nama seorang wanita yang amat disayanginya. Kalau wanita ini yang menelefon, tentu ada hal penting yang perlu diberi perhatian. Pantas butang hijau ditekan. Assalamualaikum, bonda. Tengku Danish memberi salam hormat. Tiba-tiba rasa marah terbuang jauh entah ke mana. Panggilan daripada bonda menyejukkan hati lelakinya. Bibir juga sudah mula mengukir senyuman segaris. Waalaikumussalam... Danish buat apa? sambut suara Ku Ana. Ceria aje bunyinya. Tak buat apa-apa. Tengah duk lepak kat dalam bilik. Bonda apa khabar? Tiba-tiba rasa rindu pula pada wanita itu. Sudah agak lama dia tidak pulang ke rumah. Kesibukan yang melampau, membuatkan dia jarang ada kesempatan untuk balik ke Istana Kristal Villa. Tentu bonda terasa hati dengan sikapnya itu. Alhamdulillah, sihat. Cuma bonda rindukan Danish. Dah sebulan Danish tak balik. Call pun tidak.

53

Cinta Masam Manis

Langsung tak ingat bonda. Ku Ana buat suara berjauh hati. Memang dia jauh hati pun. Dengan sikap Tengku Danish yang seolah-olah tidak pernah mempedulikan dirinya. Sejak Tengku Danish berpindah ke kondominium Indah Permai, anak itu sudah jarang balik ke Istana Kristal Villa. Jika balik pun, susah sangat nak bermalam di situ. Hanya melalui Tengku Norman dan Tengku Rayyan sahaja dia mendapat tahu keadaan diri Tengku Danish. Bukan macam tu... cuma sejak kebelakangan ni Danish busy dengan kerja. Busy sangatlah tu... sampai bonda pun tak ingat. Nanti bonda bagitau walid, tak payah bagi Danish kerja banyak-banyak. Ada masa sikit untuk bonda, kata Ku Ana. Tengku Danish tertawa. Takkan nak suruh dia goyang kaki pula. Nanti apa kata staf di Istana Kristal Holding? Mentang-mentang dia anak bos, suka-suka hati saja tak buat kerja. Sebagai Ketua Jurutera, dia kenalah beri contoh yang baik pada staf-staf bawahan. Barulah dihormati. Hah... yang pergi gelak tu, kenapa pulak? Bonda bukan melawak, ujar Ku Ana. Cepat-cepat Tengku Danish mematikan tawanya. Alahai bonda ni... sejak bila pula cepat terasa hati. Baru ketawa sikit, dah kena sound. Tak ada apalah bonda. Cuma bonda tu... sejak bila dah jadi cepat terasa ni? Bukannya Danish tak balik satu tahun. Baru sebulan. Dulu waktu Danish study kat London, tak ada pulak bonda cepat terasa macam ni. Hah... ini sah ada krisis sejuk dingin dengan walid, ujar Tengku Danish seraya mengusik bondanya. Dah... dah... jangan nak pandai-pandai buat andaian. Bonda dengan walid okey je.

54

Wardina Aisyah

Memang bonda dan walid pasangan yang bahagia. Dia sendiri jarang mendengar bonda dan walid bertengkar. Jika ada pun, mungkin bonda dan walid hanya bertegang urat di dalam bilik. Bila berdepan dengan anak-anak, bonda dan walid tidak pernah bermasam muka. Malah, bonda dan walid sering bergurau senda. Kadang-kadang, tanpa segan-silu walid mencuit hidung dan mencium pipi bonda di hadapan mereka. Hujung minggu ni jangan lupa balik pulak, pesan Ku Ana. Kenapa? Apa apa-apa yang istimewa ke, bonda? Tengok tu... belum tua lagi dah lupa. Apa nak jadi dengan anak bonda yang sorang ni? Takkan Danish dah lupa, kan ke anak Auntie Badariah dan Uncle Halim nak nikah hujung minggu ni. Nama aje kawan baik dengan Si Badrul tu, tapi tarikh nikah dia pun Danish tak ingat, omel Ku Ana. Geram pula dengan sikap sambil lewa anak sulungnya itu. Tengku Danish menepuk dahinya sendiri. Dia betulbetul terlupa. Mujur bonda ingatkan. Jika tidak, tentu dia akan terlepas majlis nikah sahabat baiknya, Badrul dengan tunangnya, Siti Najwa. Jika tidak, tentu Badrul akan tarik muka dengannya. Masih teringat ugutan Badrul sewaktu sahabatnya itu menelefon empat hari lepas. Kalau kau tak datang, kita putus sahabat! Aduh... macam budak-budak tadika pula Si Badrul ni. Sampai main ugut putus sahabat. Macam-macam. Ya Allah... Danish lupalah, bonda. Nasib baik bonda tolong ingatkan. Kalau tak, merajuk sepuluh tahunlah Si Bad dengan Danish, kata Tengku Danish seraya menggeleng perlahan. Tu la Danish... entah apalah yang ada dalam fikiran

55

Cinta Masam Manis

tu sampai semua benda nak lupa. Entah-entah bonda pun lama-lama Danish lupakan, rajuk Ku Ana. Tak adalah sampai macam tu sekali. Sangkal Tengku Danish. Apa pun yang jadi, ingatan pada bonda tak pernah padam. Cuma kesibukan yang membebankan membuatkan dia susah hendak menjenguk wanita itu. Okeylah... bonda nak masuk tidur. Jangan lupa balik. Assalamualaikum. Yes, madam! Waalaikumussalam. Tengku Danish buat gaya tabik spring. Macamlah Ku Ana nampak apa yang dia buat.

56

Wardina Aisyah

Bab 6
ISYA please... rayu Nisya. Berharap sangat agar sahabat baiknya itu bersetuju. Cuma Qisya seorang sahaja harapan yang dia ada. Nak harapkan Casabelle, amoi sorang tu awal-awal lagi dah menolak. Dia nak balik Melaka, dah rindu tahap gaban dekat mummy dengan daddy katanya. Tak nak ar... kau pergilah dengan Encik Darish berdua. Aku tak naklah kacau daun pulak. Lagipun yang kahwin tukan adik Encik Darish. Dah tentu-tentu Encik Darish nak perkenalkan kau dengan anggota keluarga dia. Kalau aku ikut sekali, takut mak ayah Encik Darish ingat aku ni bakal madu kau pulak, tolak Qisya. Selamba dengan bahasa kereknya. Nisya mencemik. Qisya ni ada sahaja jawapan yang keluar daripada mulut dia. Nak mintak tolong pun banyak alasan. Alah bolehlah, beb. Cuma kau aje harapan aku. Takkan aku nak pergi sorang. Malulah tutur Nisya

57

Cinta Masam Manis

bersungguh. Sudah sebulan dia bercinta dengan Encik Darish, jiran sebelah rumah yang dikatakan persis Fahrin Ahmad itu. Tidak disangka lelaki itu mengajaknya pergi ke majlis perkahwinan adiknya yang berlangsung esok. Tak ada persiapan nak jumpa bakal mentua. Sebab itu dia beria-ia mengajak Qisya. Sekurang-kurangnya dia ada teman. Dapatlah dia mengawal rasa malu yang menebal. Buat apa nak malu? Kau tak ada hidung ke? Aku tengok lengkap je semua. Cantik lagi. Kalau tak cantik, masakan Encik Darish jiran sebelah tu boleh terpikat. Jatuh cinta separuh mati. He he he... usik Qisya. Suka tengok rona muka Nisya yang sudah kemerah-merahan. Memang dia dah agak Si Nisya bercinta dengan Encik Darish. Sebab itulah sekarang ni selalu sangat menghilang. Konon ada kerja. Ada OT. Rupa-rupanya pergi dating dengan Encik Darish. Cis nak bohong konon! Last-last tertangkap jugak. Bila terkenangkan kembali insiden dua minggu lepas, memang mencuit hati. Mana tidaknya, tengah best-best dua pasangan sejoli tu menjamu selera di McDonalds, tibatiba aje Qisya dan Casabelle buat serang hendap. Tersedak si kawan bila dengan selamba Qisya menepuk bahunya. Manakala Casabelle sudah tersengih di sebelah. Kantoi. Tak dapat nak lari. Qisya dan Casabelle dengan selamba dan muka tak bersalah duduk semeja dengan Nisya dan Encik Darish. Merah padam muka kedua-duanya bila diusik. Nisya hanya tersengih-sengih menahan rasa geram. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa nak dicekikcekik saja leher Qisya dan Casabelle. Padanlah awal pagi dah menghilang. Mengintip dia rupa-rupanya. Cit! Tak guna betul minah-minah kerek ni.

58

Wardina Aisyah

Hesy kau ni! Ke situ pulak. Jom la temankan aku. Kalau kau ada, sekurang-kurangnya taklah aku malu sangat berdepan dengan keluarga Rizz. Amboi sekarang ni Cik Danisya Izzaty dah berRizz nampaknya. Mesranya! Tak lama lagi sure panggil abang punya. Tak pun darling. Ha ha ha... Qisya mula ketawa terbahak-bahak dalam hati. Alah malaslah beb. Aku paling tak suka jadi bodyguard ni. Kau pergi berdua dengan Encik Darish ajelah. Buat apa nak ajak aku pulak. Air muka Nisya sudah bertukar riak. Sedih bila sahabat baiknya itu menolak. Takkan nak temankan dia untuk sehari pun Qisya nak berkira sangat. Dia benar-benar perlukan kawan untuk pergi ke majlis persandingan adik kekasih hatinya itu. Sampai hati kau, Qisya. Time kau nak elakkan diri daripada Amar London dan Mak Cik Atie Kepoh tu, akulah yang tolong cover kau. Kalau bukan sebab aku, dah tentu kau tak dapat elakkan diri dari dua beranak tu. Bila sampai masa aku perlukan pertolongan, kau buat derk aje. Tak ada perasaan langsung. Nisya mula mengungkit. Buat muka sedih ala-ala Siput Sarawak. Kalau ajak secara baik Si Qisya tak layan, baik dia mengungkit. Untung-untung Qisya sedar. Hidup bersahabat ni kena tolong-menolong. Aduh ini yang aku lemah ni. Dengan mengungkitnya dengan muka mintak kesiannya. Hesy pandai betul buat hati aku cair. Bentak Qisya dalam hati. Hmmm ya la! Ya la! Kau ni kalau dah habis modal mulalah nak mengungkit. Malas betul! Tolong tak pernah nak ikhlas. Nisya tersenyum lebar. Pantas sahaja tubuh sahabatnya itu dipeluk.

59

Cinta Masam Manis

Macam nilah yang dikatakan kawan baik. Ujar Nisya seraya tersenyum senang. Qisya mencebik. Ya la. Banyaklah kau punya kawan baik. Dah dah! Lepaslah. Rimas tau kena peluk-peluk ni. Nanti kalau Encik Darish nampak, macam mana? Tak ke kena gosip. Eee tak rela aku. Laju tangannya meleraikan pelukan Nisya. Lemas bila dipeluk sebegitu. Alah kau ni! Nak peluk sikit pun tak boleh. Esok lusa, bila dah bersuami takkan rimas jugak bila suami kau peluk. Ek eleh mak cik sorang ni. Kata aku pulak. Aku ni boyfriend pun tak ada. Macam mana nak bersuami. Lainlah kau tu. Dah ada Cik Abang Darish. Tak lama lagi dah boleh kena peluk-peluk. Sebiji Qisya mengenakan Nisya. Malu si kawan dibuatnya. Qisya bangun dari duduknya. Tersenyum pandang wajah Nisya yang sudah berona merah. Padan muka! Tu la nak kenakan aku sangat. Kan dah terkena balik. He he he daripada melayan minah kerek ni, baik aku masuk bilik. Layan YM. Nak tengok TV pun, tak ada satu rancangan yang menarik. Semuanya siaran ulangan. Biasalah Astro.

QISYA tersenyum bila menerima pesanan YM daripada sahabat alam mayanya, Hot Prince. Setelah hampir dua minggu tidak menerima apa-apa berita daripada Hot Prince, akhirnya malam ini lelaki itu muncul kembali. Ke manalah agaknya Hot Prince menghilang selama dua minggu ini? Pergi kahwin kut? Hati Qisya berperi.

60

Wardina Aisyah

Hot Prince: Hi lesung pipit. Lesung Pipit: Hi lama mhilg. P mna? Hot Prince: Ada cma lama x on9. Bz dgn kja. Awk pa kbr? Rindu plak nk sembg dgn awk Lesung Pipit: Sy sht. Alhamdulillah rindu ke? Hehehe.... Sy pun rindu awk jgk Rindu? Memang Qisya rindukan Si Hot Prince. Dah lama tak bersembang dengan Hot Prince. Rindu dengan ayat gila-gila lelaki itu. Tapi rindu Qisya tak adalah sampai ke tahap angau. Sudah ditanam dalam hati, dia tak akan jatuh cinta pada rakan alam maya. Biasanya rakan alam maya ni lebih banyak yang tipu dari betul. Macam dia jugalah. Menipu aje yang lebih. Tapi tipu identiti ajelah. Tak nak orang tahu siapa di sebalik pemilik nama Lesung Pipit. Hot Prince: Klu mcm 2 apa kata kita jumpa. Nk x? Hot Prince buat cadangan. Sudah agak lama mereka berdua menjadi sahabat di alam maya. Teringin juga hendak bertemu dengan Lesung Pipit. Lesung Pipit: Awk nk jumpa sy ke? Tp sy ne xcntk. Muka hodoh badan gemuk kulit

61

Cinta Masam Manis

gelap. Tkt bila awk nmpk sy nti awk cabut lari. Qisya ketawa sendiri membaca ayat yang ditaipnya. Hot Prince: Rupa paras bkn sglanya. Tk kisah la cmna. Yg pting psahabatan kan? Betullah tu tapi buat masa sekarang hati aku belum terbuka lagi nak jumpa. Biarlah bersahabat dalam YM ni aje. Nak jumpa kat luar, aku tak bersedia lagi. Takut jugak kalau-kalau Si Hot Prince ni lelaki tua kerepot. Tak ke haru hidup aku. Hati Qisya mula berkata-kata. Lesung Pipit: Insya-Allah ada peluang kita jumpa la Eh, mcmna dgn puteri impian awk? Dah luahkan isi hati? Selama berkawan dengan Hot Prince, Qisya memang tahu lelaki itu sudah mempunyai gadis idamannya. Malah, Hot Prince selalu menceritakan tentang Puteri Impian. Tentu Puteri Impian seorang yang cantik. Jika tidak, masakan Hot Prince terlalu mencintai gadis itu. Bertuah Puteri Impian. Hot Prince: Blm lg. Msh mcm 2 jgk x tau nk luah mcmna. Lidah ne kelu stiap kali berjumpa.

62

Wardina Aisyah

Lesung Pipit: Ala xkn smpi mcm 2 skli. Beranikanlah diri 2. Klu x, smpi ke tua pun si dia xkn tahu awk cintakan dia. Lelaki kna la brani. Hot Prince: Doakan sy ada keberanian. Lesung Pipit: Sy doakan utk awk. Caiyok! Caiyok! Hot Prince: Thanx Lesung Pipit. Awk memang da best! Lesung Pipit: Thanx aje? Hot Prince: Bis2 nk apa lg? Soalan daripada Hot Prince mengukir senyuman di bibir mungil Qisya. Lesung Pipit: Blnja la mkn. Hot Prince: No problema bila2 msa pun bole. Lesung Pipit: Ok nti sy tuntut jji awk k la awk... sy dah ngantuk ni. Nk tdo. Gnite sweet dream.

63

Cinta Masam Manis

Hot Prince: Mmpikan sy.

Ok

gnite.

Sweet

dream.

Lesung Pipit: Mcmna nk mmpi klu xpenah jumpa rupa pun xtahu mcmna. Hot Prince: Bygkan saja mcm pelakon kesygan yg awk suka 2 hehehe.... Lesung Pipit: Cis perasan! K la salam. Hot Prince: Wslm syg. Qisya hanya tersenyum membaca perkataan sayang yang digunakan oleh Hot Prince. Ada saja modal lelaki itu untuk mencuit hati Qisya. Mujur Qisya tak perasan. Ya la masakan dia jatuh cinta pada seseorang yang dia tak pernah kenal secara zahirnya. Lampu siling ditutup dan lampu tidur dipasang. Lama dia memandang siling putih yang terbentang luas di depan mata. Esok nak temankan Nisya pergi majlis kahwin adik Encik Darish pula. Aduh menyusahkan betul minah kerek sorang tu. Tak pasal-pasal aku diheret sama ke majlis perkahwinan bakal adik iparnya. Nasib nasib....

64

Wardina Aisyah

Bab 7
ERANA desakan Nisya, terpaksalah Qisya beralah. Tak pasal-pasal dia tersadai di tengah-tengah majlis persandingan adik Encik Darish dan pasangannya. Pengantin yang ada di atas pelamin, sama cantik sama padan. Asyik tersenyum sedari tadi. Bertemakan warna kuning keemasan, pilihan pengantin kelihatan begitu mewah. Ala-ala persandingan diraja macam tu. Kalau aku kahwin nanti, aku nak tema ala-ala taman bunga. Biar penuh pelamin aku dengan bunga ros merah. Baru gempak. Ceh ceh ceh berangan nampak. Boyfriend pun tak ada. Ada hati nak pasang angan-angan naik pelamin. Pelamin anganku musnah ada la. Qisya mencari kelibat Nisya yang sudah hilang entah ke mana. Semalam bukan main beria-ia lagi Nisya mengajaknya. Konon malu nak berdepan dengan keluarga Encik Darish. Sekarang ni, dia ditinggalkan sorang diri. Tak patut betul Si Nisya ni. Bila dah mesra sikit dengan keluarga Encik Darish, terus dia lupakan aku. Kalau tahu macam ni, aku tak akan tunduk pada pujuk rayu dia. Dahlah sorang

65

Cinta Masam Manis

manusia pun aku tak kenal kat majlis ni. Terkapai-kapai sorang diri. Aduh apa nak buat ni? Qisya sapa satu suara. Macam biasa dengar aje suara ni. Macam suara. Tuan Syed? ujar Qisya tatkala matanya jatuh pada sekujur tubuh sasa yang berdiri di hadapannya. Syed Aiman tersenyum. Pantas lelaki yang kelihatan maco dengan baju Melayu berwarna biru firusnya itu melabuhkan punggung dan duduk di sebelah Qisya. Tuan Syed buat apa kat sini? tanya Qisya. Hai la Qisya oiii! Itu soalan bodoh namanya. Dah tentulah Syed Aiman ke sini untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin! Datang nak tengok orang kahwin la. Takkan nak tengok sarkas pulak. Awak ni Qisya.... Selamba Syed Aiman menjawab sambil kepalanya digeleng-geleng. Senyumannya di bibirnya melebar. Qisya tersengih. Malu sendiri mendengar jawapan bosnya itu. Betullah apa yang Syed Aiman jawab tu. Tak sangka kerek juga Syed Aiman ni. Berlainan betul dengan perwatakan sewaktu berada di ofis. Kalau di ofis, Syed Aiman kelihatan sedikit tegas. Tegas aje tau bukan tahap ganas. Namun, Qisya cukup kagum dengan sikap kepimpinan bosnya itu. Sebagai seorang lelaki muda, ternyata Syed Aiman sudah mampu memikul tanggungjawab yang besar sebagai ketua syarikat. Memang cukup mengagumkan. Pengantin lelaki tu kawan saya. Tu yang datang ke sini. Lagipun famili kita orang memang dah lama kenal. Akhirnya Syed Aiman menjelaskan. Rona muka Qisya yang sudah kemerah-merahan itu mencuit hatinya. Cute betul bila

66

Wardina Aisyah

gadis ini beraksi sebegitu. Tampak comel sangat. Jika ada yang melihat, pasti tiada siapa yang menduga gadis ini sudah berusia dua puluh empat tahun. Persis gadis belasan tahun sahaja. Qisya mengangguk. Daripada gaya keluarga Encik Darish buah hati Si Nisya itu, Qisya sudah dapat meneka bahawa lelaki pujaan hati sahabat baiknya itu juga datang daripada keluarga orang yang berada. Macam manalah Qisya tak bersangka begitu jika majlis persandingan ini dilangsungkan di Hotel Maya yang bertaraf lima bintang. Hmmm bertuahnya Nisya. Awak kawan pengantin perempuan tu ke? Syed Aiman bertanya setelah menyedari stafnya itu lebih banyak tersenyum daripada berbicara. Selalunya bila bergaul dengan teman-teman di ofis, Qisya boleh tahan juga lawaknya. Bukan dia tak pernah terlihat gelagat Qisya yang suka menyakat Kak Nab, pembersih pejabat di Smart Home Holding. Melatah teruk mak cik tu dibuatnya. Nakal sungguh. Dan bila dia datang, semua menikus. Buat-buat diam. Qisya menggeleng. Bukan. Saya datang sini temankan housemate saya. Dia kawan abang pengantin perempuan. Oh macam tu. Kiranya awak tak kenal sesiapalah kat sini, kan? Selain daripada saya sorang? Banyak pula soalan Syed Aiman. Kat pejabat nampak macam pendiam. Serius. Tapi kat luar lain sangat karakternya. Agak menyenangkan. Macam tu la, Tuan Syed. Pendek Qisya menjawab. Tak apa, biar saya temankan awak, usul Syed Aiman. Bulat mata Qisya mendengar kata-kata lelaki itu.

67

Cinta Masam Manis

Eh tak apalah Tuan Syed. Saya tak kisah duduk sendiri kat sini. Lagipun mana ada orang jahat yang nak culik saya. Kalau ada pun, saya buka aje langkah silat gayung yang atuk saya ajar. Sure tak ada sesiapa yang berani dekat. Yalah seganlah dia nak duduk berdua dengan Syed Aiman. Syed Aiman ketawa. Lucu mendengar ayat selamba gadis itu. Inilah Qisya yang selalu diintainya di Smart Home Holding. Qisya yang selamba dengan ayat-ayat kereknya. Yang selalu buat satu ofis pecah dengan gelak tawa. Cuma bila berdepan dengannya, gadis itu berubah menjadi seperti wanita Melayu terakhir. Tak banyak bicara kecuali berkisar hal-hal kerja. Dahi Qisya berkerut. Pelik betul bos aku ni. Seingat aku, tak ada pun aku ni buat lawak jenaka. Tiba-tiba pulak dia boleh bantai ketawa macam tu. Macam tak ingat dunia. Sampai semua orang dah tengok ke sini. Hesy Tuan Syed ni ada penyakit mental agaknya? Kenapa Tuan Syed ketawa? Saya buat lawak ke? soal Qisya seperti orang bodoh. Mimik mukanya mengusik hati lelaki Syed Aiman. Qisya tak payahlah nak berTuan-Tuan Syed dengan saya dekat sini. Panggil aje Aiman. Di sini awak bukan lagi staf saya. Lagipun, kalau awak panggil saya Tuan Syed, rasa saya ni macam dah tua sangat pulak. Macam dah jadi bapak-bapak. Mesra Syed Aiman berbicara. Dia mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Entah kenapa, dia cukup senang dengan gadis manis itu. Ada sesuatu yang menarik tentang Qisya Nur Alifa Binti Haji Zahiddin pada pandangan matanya. Ya tak ya jugak, kan? Tuan Syed. Macam panggilan

68

Wardina Aisyah

orang-orang tua pulak. Tapi, boleh ke panggil Aiman je? Tak manislah. Lagipun dia tetap bos aku walaupun bukan dalam kawasan ofis. Tapi kalau masih panggil dia Tuan Syed, nanti dia kata aku ni skema pulak. Nak panggil apa ek? Panggilan yang glamor sikit. Hah! Kalau macam tu apa kata saya panggil Tuan Syed dengan panggilan bos? Tak adalah nampak macam panggilan orang tua-tua. Lagipun bos tu tetap melambangkan yang Tuan Syed ni majikan saya. Amacam? Qisya tersengih. Syed Aiman tersenyum. Perempuan ni ada saja alasan dia. Dah tu buat muka macam ni pulak depan aku. Sweet sangat! Mujur anak dara orang, kalau tidak dah lama aku tarik hidung mancung dia yang comel tu. Bisik hati nakal Syed Aiman. Okeylah Aiman tak kisah. Kata Syed Aiman dengan selamba. Bulat mata Qisya mendengarnya. Lawak juga bosnya itu. Pantas tawanya pecah. Syed Aiman turut tertawa bersama.

INTAN NATASHA mengetap bibirnya. Sedari tadi dia mencaricari lelaki itu. Dekat sini rupa-rupanya. Bukan main mesra lagi dia melayan seorang gadis berbaju kurung hitam hijau dan bertudung hijau lumut. Macam dah lama sangat kenal. Boleh pula pakat gelak berdua. Membuatkan api cemburu Intan Natasha menyala dengan tiba-tiba. Cool Intan! Tarik nafas. Control control. Tak boleh nak melatah. Anggap aje perempuan tu kawan Aiman.

69

Cinta Masam Manis

Sebagai model terkenal tanah air, aku kena bersabar. Bisik hati kecil Intan Natasha. Langkahnya pantas dibawa ke tempat di mana Syed Aiman dan gadis itu sedang duduk. Kehadirannya langsung tidak disedari. Bukan main khusyuk Syed Aiman berbual dengan gadis itu. Semakin membara api cemburunya. Namun, dia cuba menenangkan hatinya. Ehem. Intan Natasha berdeham. Nak bagi tahu yang dia sudah tercegat di situ. Sakit hatinya melihat kemesraan Syed Aiman bersama gadis itu. Pantas dua kepala berpusing ke arah suara halus yang berdeham tadi. Eh Intan. Duduklah, pelawa Syed Aiman sebaik sahaja menyedari kehadiran Intan Natasha. Senyumannya mekar di bibir. Qisya memerhati gadis yang berdiri di sisi Syed Aiman dengan mata yang tidak berkedip. Bukankah itu Intan Natasha? Model terkenal tanah air. Cantiknya! Persis anak patung. Dari tadi I cari you. Ingatkan you dah balik. Ruparupanya you kat sini. Daripada nadanya, jelas terdengar rasa tidak puas hati Intan Natasha. Sorry I tengok you asyik sangat bersembang dengan Auntie Bada, jadi I tak naklah ganggu you dengan dia. Kebetulan I ternampak Qisya kat sini. Jadi, I datanglah duduk berborak dengan dia. Kebetulan dia pun tak kenal sesiapa dekat sini melainkan I. Qisya? soal Intan Natasha. Dahinya berkerut. Pura-pura tidak tahu. Sedangkan dia yakin Qisya yang dimaksudkan oleh Syed Aiman sudah pasti gadis bertudung yang duduk di sebelah lelaki itu. Syed Aiman menepuk dahi. Lupa hendak

70

Wardina Aisyah

memperkenalkan Qisya kepada Intan Natasha. Hinggakan gadis itu terpinga-pinga. Aduh lupa nak kenalkan. Intan, ini Qisya. Staf baru di syarikat I. Qisya, ini Intan Natasha. My best friend girlfriend. Syed Aiman memperkenalkan. Qisya tersenyum. Tangan dihulur. Bertuah rasa hatinya dapat berjumpa dengan Intan Natasha. Ini kalau Casabelle tahu, sure menangis makan hati berulamkan jantung. Mana tidaknya, Casabelle minat gila dengan Intan Natasha ni. Hai tak sangka dapat jumpa Cik Intan. Kawan saya minat sangat dengan Cik Intan. Intan Natasha sekadar tersenyum nipis. Tidak berminat mahu beramah mesra dengan gadis itu. Salam yang dihulurkan juga disambut dengan lagak yang selamba. Entah kenapa, hatinya kurang senang dengan Qisya. Dia dapat rasakan gadis itu seolah-olah mahu merebut Syed Aiman daripadanya. Sedar akan mendiamkan diri. tingkah Intan Natasha, Qisya

Sombongnya! Desis Qisya dalam hati. Man, jom la kita ke meja VIP. Mama dan papa I nak jumpa dengan you tu. Dah lama dia orang tak sembang dengan you. Jom la rengek Intan Natasha. Sempat juga dia menjeling ke arah Qisya yang hanya memerhati tanpa bersuara. Hmmm cantik jugak perempuan ni. Biarpun tak pakai mekap tebal, tapi tetap kelihatan manis. Desis hati Intan Natasha. Tapi.... Syed Aiman keberatan. Kesian pula nak tinggalkan Qisya seorang diri di situ.

71

Cinta Masam Manis

Tak apa, bos. Bos pergilah. Tak lama lagi adalah kawan saya tu datang, ujar Qisya. Dari cara Intan Natasha memandangnya, dia yakin gadis itu tidak sukakan dia. Mesti kes cemburu. Tengok pun dah tahu. Cis apa dia ingat aku ni terhegeh-hegeh suruh Syed Aiman datang sini ke?! Bos yang nak datang sini dengan rela hati. Bukan aku yang suruh! Bentak hati Qisya. Betul ke ni awak tak kisah duduk di sini sorang diri? Tanya Syed Aiman. Wajah manis itu dipandang. Qisya tersenyum dan menggeleng. Intan Natasha pula sudah mencebik mendengar pertanyaan Syed Aiman kepada gadis itu. Lain benar intonasinya. Nampak seperti Syed Aiman sudah mula sukakan gadis itu. Tak. Bos pergilah. Akhirnya Syed Aiman akur. Lantas dia melangkah bersama Intan Natasha menuju ke meja VIP. Sempat juga dia mencuri pandang ke arah Qisya yang kelihatan tenang di hujung sana.

MANA kau pergi? tanya Qisya sebaik sahaja Nisya duduk di sebelahnya. Bukan main berseri-seri lagi wajah sahabatnya itu. Senyum sampai ke telinga. Dah macam Joker versi perempuan pula Qisya tengok. Empat puluh lima minit dia ditinggalkan oleh Nisya yang kononnya mengaku sahabat baik itu. Sahabat baik apa kalau ditinggalkan sorang diri kat sini.

72

Wardina Aisyah

Sorrylah. Rizz ajak aku jumpa mak ayah dia. Sembang punya sembang sampai aku terlupa yang aku bawa kau sekali. Kau dah makan ke? Qisya mencebik. Tarak guna punya kawan! Boleh pulak dia lupakan aku bila dah jumpa bakal mak mentua. Cit, porah! Kalau tau macam ini jalan ceritanya, awal-awal lagi aku dah tolak ajakan minah kerek ni. Apa sorry-sorry? Balik rumah masak karilah! Baru sekarang nak tanya aku pasal makan? Memang tak berhati mulia betul mak cik ni! Bentak hati Qisya lagi. Kalau aku tahu kau tinggalkan aku macam ni, pengsan sedar balik pun aku tak ingin nak temankan kau, omel Qisya. Tapi masih lagi dalam nada berbisik-bisik. Takkan nak jerit-jerit pulak. Buat malu aje. Nanti tak pasal-pasal kena halau dengan pak guard. Tak ke memalukan diri namanya. Alah janganlah marah, beb. Sorrylah aku pun tak sangka Rizz nak kenalkan aku dengan mak ayah dia time macam ni. Kau janganlah nak marah aku pulak. Sorry pinta Nisya dengan muka minta dikasihani. Rasa bersalah pula tinggalkan sahabat baiknya itu seorang diri di situ. Sedangkan dia bukan main lagi beramah mesra dengan bakal mentua dan ipar-duainya. Qisya herotkan bibirnya. Kemudian dia berdiri. Eh, kau nak ke mana tu? soal Nisya. Terkejut melihat Qisya bangun dari tempat duduknya. Takkan merajuk pulak perempuan sorang ni. Mampus aku nak pujuk nanti. Aku nak ke toilet. Nak ikut? Sinis Qisya bertanya. Nisya tersengih macam kerang busuk. Ingatkan Qisya hendak meninggalkan dia tadi.

73

Cinta Masam Manis

Dia tinggalkan aku, boleh. Aku baru nak ke toilet, dah gabra semacam. Hesy entah apalah yang ditakutkan sangat? Setahu aku, tak ada pulak manusia yang makan daging orang kat sini. Aku pun selamat lagi ni. Tak kurang sikit pun daging-daging empuk aku ni. Membebel punya membebel, tanpa disengajakan Qisya terlanggar seseorang. Dia terkejut dengan insiden yang tidak disengajakan itu. Bertambah terkejut bila matanya jatuh pada baju Melayu yang dipakai oleh lelaki itu sudah lencun dengan air oren. Alamak! Macam mana boleh tak nampak ni? Mampus aku.... Errr sorry, encik. Saya tak sengaja, pinta Qisya. Dia dengan terkocoh-kocoh mengelap baju Melayu lelaki itu dengan tisu yang ada di tangan. Bukan bertambah bersih, malah semakin kotor pulak jadinya. Aduh.... Hei apa awak buat ni? Dah dah.... Lelaki itu menolak sedikit tubuh Qisya supaya menjauhinya. Kala dia berpaling dan mata bertentang mata, kedua-duanya tergamam. Awak! jerit mereka serentak. Qisya mengetap bibir. Tak sangka jumpa bapak jin tu dekat sini. Tengku Danish pula sudah mendengus geram. Kenapa mesti ada pertembungan lagi dengan perempuan gila ini? Menyusahkan! Setiap kali bertembung dengan perempuan gila ini, pasti ada saja bala yang akan menimpanya. Buta ke? Tak nampak orang depan mata? Kasar nada suara Tengku Danish.

74

Wardina Aisyah

Siapa yang buta? Saya tak sengaja. Sorry! Selamba Qisya menjawab. Wajahnya sudah masam mencuka. Benci dan sakit hati pula tengok muka bapak jin ni! Tahulah aku salah, tapi janganlah nak berlagak sangat. Kan ke aku dah mintak maaf. Ingat dengan mintak maaf, baju saya ni boleh bersih? Tengku Danish masih tidak mahu mengalah. Habis tu nak buat macam mana? Dah saya betulbetul tak sengaja. Bukan susah pun, cuci ajelah baju awak tu. Okey! Pintas Tengku Danish. Tanpa berlengah dia membuka baju Melayu biru yang dipakainya. Buntang mata Qisya melihat tindakan spontan Tengku Danish. Eh apa kena dengan bapak jin ni? Tiba-tiba aje buka baju depan aku. Tak malu ke? Sewel kut. Banyak wayar yang terputus kat dalam kepala tu agaknya. Mata Qisya melilau ke serata tempat. Takut-takut jika ada orang yang memerhati tindakan gila lelaki di hadapannya itu. Nanti dituduh yang bukan-bukan pula. Tak rela you! Nasib baik tak ada orang. Semuanya sibuk menyaksikan persandingan pasangan pengantin yang sama padan di atas pelamin. Hei awak buat apa ni? tanya Qisya. Jantungnya berdegup kencang. Nah! Tengku Danish menyerahkan baju Melayunya kepada Qisya. Mujur dia masih memakai baju singlet di dalamnya. Apa ni? Qisya diserahkan oleh lelaki itu. mencampakkan baju yang

75

Cinta Masam Manis

Saya nak awak cuci baju tu sampai bersih! arah Tengku Danish. Mujurlah dia sempat menyambut kembali baju Melayunya yang dicampak oleh gadis itu. What? Besar suara Qisya. Matanya juga sudah bulat seperti biji guli. Rasa nak dilunyai-lunyainya sahaja lelaki itu. Suka-suka hati saja suruh dia cuci baju. Ingat dia ada buka kedai dobi ke? Jangan nak berangan. Saya tak ingin nak cuci baju awak. Apa awak ingat saya ni maid awak ke? Suka-suka hati nak arah, suruh cuci baju. Tengku Danish tersenyum sinis. Dia memang tahu gadis itu pasti tidak akan bersetuju. Dah agak dah.... Okey kalau macam tu saya buka singlet ni sekali. Lepas tu saya jerit. Saya akan bagitau semua orang yang ada dekat sini, awak cuba nak rogol saya. Awak nak macam tu? ugut Tengku Danish. Qisya mengetap bibir. Jahatnya otak lelaki ini! Ingat aku terliur sangat ke nak rogol dia? Sepanjang hayat aku, belum pernah aku dengar perempuan rogol lelaki. Kalau lelaki rogol perempuan tu, memang selalulah. Gila! Awak ingat orang akan percayakan awak? marah Qisya. Sebenarnya dalam hati ada juga rasa takut. Takut ada yang percaya tuduhan palsu bapak jin ini. Tapi Qisya tetap tidak mahu mengalah. Egonya melambung tinggi setiap kali berdebat dengan lelaki kerek di hadapannya itu. Okey fine! Saya jerit. To.... Ugut Tengku Danish Mulutnya sudah siap sedia terbuka hendak berteriak. Memang satu tuduhan yang tak masuk dek akal jika dikatakan gadis itu hendak memperkosanya, tapi itulah ayat yang terlepas daripada mulutnya. Jadi hentam sajalah.

76

Wardina Aisyah

Sepantas kilat Qisya menerpa. Mulut lelaki itu ditutup dengan telapak tangan. Takut jika lelaki sewel itu menjerit seperti apa yang diperkatakannya. Otak bapak jin ni boleh tahan jugak jahatnya. Dibuat dia menjerit betul-betul, tak ke haru hidup Qisya jadinya. Memalukan kaum saja. Mana dia nak letak muka dia ini. Okey okey! Saya cuci. Akhirnya terpaksa juga dia mengalah dengan bapak jin ni! Tengku Danish melepaskan tangan Qisya yang menutup mulutnya sebentar tadi. Boleh tahan kuat juga perempuan sorang tu tutup mulut dia. Hampir sesak saluran pernafasan. Mujur tak koma akibat sesak nafas. Good girl... ucap Tengku senyuman sinis yang terukir di bibir. Danish dengan

Qisya pula sudah mencebik. Geram! Geram! Geram! Mintak nombor telefon awak, minta Tengku Danish. Buat apa? Tanya Qisya menahan geram. Untuk kesenanganlah. Bila awak dah siap cuci dan bersihkan segala kotoran kat baju saya tu, senang saya nak call dan cari awak. Takkan awak nak simpan baju saya tu buat kenangan terindah pulak. Kain baju tu mahal tau. Awak tak mampu nak bayar ganti rugi. Qisya mengetap bibir. Berlagak pulak bapak jin ni! Aku pun berjuta-juta kali tak ingin nak simpan baju Melayu dia tu. Setakat kain macam tu, kat jalan TAR melambak. Lagi nak berlagak! Cepatlah. 012.... Laju tangan Tengku Danish menari-nari pada

77

Cinta Masam Manis

keypad handphone BlackBerrynya. Mengambil nombor yang keluar daripada bibir Qisya. Sesaat kemudian, telefon bimbit Qisya mengalunkan irama Nobody daripada Wonder Girls. Terkial-kial dia mencari telefon bimbit yang berada di dalam tas tangan. Skrin dilihat. Tertera nombor telefon yang tidak dikenali. Siapa pulak ni? Tu nombor saya. Saja nak testing, manalah tahu orang tu bohong. Bagi nombor palsu. Selesai berkata sedemikian, Tengku Danish pun berlalu dengan muka dan gaya yang selamba. Qisya mendengus geram. Rasa mahu dibunuhnya saja lelaki itu. Biar masuk ke liang lahad! Arghhh!!!!

78

Wardina Aisyah

Bab 8
ISYA mendengus geram. Jam tangan yang melingkar kemas pada pergelangan tangan dipandang lama. Memang nak tempah maut bapak jin ni! Janji Melayu! Kata nak jumpa pukul dua belas setengah tengah hari. Ini dah dekat pukul satu setengah petang. Maknanya dah satu jam dia jadi pelanggan setia kat KFC ni. Tercongok macam orang bodoh. Air pun dah order tiga cawan. Ayam goreng dah habis dua ketul. Cheesy Wedges dah licin kena bedal. Tapi bayang si bapak jin tetap juga tak muncul-muncul. Argh!!! Ini yang aku benci ni. Aku memang anti betul bila bab tunggu menunggu ni. Seksa! Pantang Hang Tuah betul aku bila ada manusia yang tak menepati masa dan janji yang ditetapkan. Kalau dah tahu diri tu tak boleh menepati janji, jangan sesekali nak berjanji. Kalau bukan disebabkan baju Melayu dia yang terkotor disebabkan kelalaian aku ni, tak ingin aku nak tercongok kat KFC ni jadi penunggu setia bapak jin tu. Menyusahkan!

79

Cinta Masam Manis

Beg kertas berisi baju Melayu bapak jin dipandang geram. Rasa seperti mahu dibuang sahaja beg kertas itu ke dalam tong sampah. Biar padan dengan muka pemiliknya yang perasan hensem itu. Buat sakit hati saja! Dahlah kerja kat ofis banyak lagi yang nak kena buat. Keluar tadi pun Qisya cuma beritahu pada Yaya bahawa dia ada hal penting yang nak dibereskan. Dalam pukul dua petang dia akan masuk pejabat semula. Tapi kalau dah macam inilah gayanya, alamatnya pukul dua pun belum tentu lagi dia akan sampai ke pejabat dengan jayanya. Qisya mengetap bibir. Sabar! Sabar! Kan ke sabar itu separuh daripada iman. Tapi masalahnya iman aku tak berapa kuat nak bersabar dengan bapak jin tu. Rasa macam nak penampo ajo muko dio tu. Nombor telefon bapak jin didail lagi. Disebabkan tak pernah nak ambil tahu nama lelaki yang diiktiraf sebagai musuhnya itu, Qisya dengan senang hatinya meletak nama bapak jin pada nama lelaki itu dalam list handphonenya. Ini sudah kali yang kedua puluh satu nombor telefon lelaki itu didail. Yang jawab masih lagi si gadis mesin operator. Hesy tak boleh jadi macam ni! Entah-entah bapak jin ni saja nak kenakan aku! Ini yang buat hati aku panas ni. Rasa macam nak terbakar aje. Qisya. Macam pernah kudengar suara ini? Milik siapa, ya? Pantas, Qisya berpaling ke belakangnya. Seperti hendak tercabut keluar biji matanya melihat wajah yang sedang tersenyum penuh perasaan hensem itu. Aduh bala ni! Apa pulak mat London ni buat dekat sini? Terlampau asyik sangat fikirkan bapak jin yang menyakitkan hati itu, sampai tak sedar Amar London dah tercegat kat belakang.

80

Wardina Aisyah

Tanpa dipelawa, Amar London melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Qisya. Eh Amar? Kau buat apa dekat sini? Hesy ini yang buat lemah jiwa raga ni! Aku memang tak berkenan sungguh bila jumpa Amar London ni. I keluar lunch dengan kawan-kawan, jawab Amar London dengan skemanya. Bibirnya mekar dengan senyuman. Loya pula tekak Qisya melihatnya. Kenapalah dia dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang meloyakan? Menjengkelkan. Kan bagus kalau dia dikelilingi oleh lelaki-lelaki budiman seperti Syed Aiman. Aik? Ini apa kes pula tiba-tiba masuk nama Syed Aiman ni? Qisya Qisya.... You sorang aje ke? Tak berteman? Nak I temankan? Amar London buat tawaran baik punya. Memang tak sangka dapat jumpa Qisya di sini. Rindu hatinya hendak menatap raut wajah manis itu. Sudah banyak kali dia cuba mengajak Qisya keluar namun, gadis itu sering kali tidak menjawab panggilannya. Yang jawab hanyalah suara mesin. Tidak pun, pasti panggilan itu dijawab oleh rakan-rakan serumah Qisya. Macam-macam alasan yang diberikan. Hari ini, dia tidak akan lepaskan peluang yang ada. Kebetulan terserempak dengan gadis idamannya itu seorang diri di sini, apa salahnya dia duduk di situ sekali. Lagipun dia memang sudah lama mengidamkan saat-saat seperti ini. Berdua-duaan dengan Qisya Nur Alifa. Wow romantiknya! Amar London sudah pasang angan-angan Mat Jenin. Qisya mencebik. Dalam hati memang awal-awal lagi dia sudah menolak tawaran yang diutarakan oleh Amar London. Bukannya apa, dia memang cukup-cukup tak tahan

81

Cinta Masam Manis

dengan Amar London ni. Aksen lebih sangat! Bila bercerita, mesti nak bandingkan Malaysia dengan London. Rimas. Kalau dah London tu baik sangat, canggih sangat, kenapa tak tinggal aje terus kat London tu? Buat apa nak balik Malaysia. Errr takpelah. Aku sebenarnya ada janji Belum sempat ayat Qisya habis, Amar London dah sibuk menyampuk. Janji dengan kawan ke? Laju sahaja kepala Qisya menggeleng-geleng. Tindakan yang tak dijangka sama sekali. Habis tu dengan siapa? Dengan boyfriend aku, tipu Qisya. Ini lagi satu tindakan yang tidak dijangka akan keluar daripada mulutnya. Hah! Biar betul apa yang aku cakap ni? Kan ke itu satu pembohongan. Dosa! Allah tak suka orang yang bercakap bohong. Tapi nak buat macam mana? Waktu-waktu kecemasan seperti ini hanya bohong sunat itu sahajalah yang dapat menyelamatkan dirinya. Siapa suruh Amar London ni gatal sangat nak bertanya. Kan dah kena tipu. Dalam hati Qisya sudah mengekek ketawa. Lucu melihat perubahan air muka Amar London. Hah! Tu pun boyfriend aku dah sampai. Kemudian bibirnya dimuncungkan ke arah pintu yang baru terbuka. Pasti dan yakin bahawa kelibat manusia yang baru hendak melangkah masuk itu adalah lelaki yang ditunggunya sedari tadi. Sampai pun. Tepat pada masa aku memerlukan pertolongan cemas daripada seseorang yang boleh menyelamatkan hidup aku. Sepantas kilat Amar London berpaling. Tak sabar sungguh dia nak tengok muka lelaki yang dirasakan telah

82

Wardina Aisyah

merampas gadis idamannya itu. Calon menantu yang diimpikan oleh mak dan ayahnya. Serta-merta itu juga air muka Amar London berubah. Daripada separuh hensem, kini langsung jadi tak hensem. Terasa diri memang tidak setanding dengan lelaki yang melangkah masuk dan menuju ke arah mereka itu. Berwajah hensem. Badan sasa. Gaya pun ada. Daripada penampilannya saja, Amar London yakin lelaki itu pasti bukan calang-calang orangnya. Tentu orang berada. Bee kenapa lambat sangat? Lama tau honey tunggu. Spontan Qisya melakonkan watak gediknya. Uwek! Macam nak termuntah pulak bila Qisya mula mengada-ada sebegitu. Geli telinga ni mendengar. Tapi apa boleh buat. Disebabkan nak lepaskan diri daripada Amar London, terpaksalah Qisya buat-buat mengada. Harap-harap menjadilah lakonannya. Dahi lelaki itu berkerut seribu. Bee? Honey? Hesy apa kena dengan perempuan gila ni? Angin gila meroyan dia dah datang ke? Tiba-tiba panggil aku bee, gelar diri dia honey. Apa dia ingat aku ni lebah ke nak panggil aku bee. Dan apa dia fikir dia tu madu ke nak gelar diri tu honey. Gila! Kemudian pandangan Tengku Danish beralih kepada seorang lelaki yang duduk di hadapan gadis itu. Siapa pulak mamat ni? Pandang aku macam nak telan aje. Kalau berkenan kat aku sorry okey! Aku tak main la lelaki-lelaki ni. Aku lelaki normal yang hanya sukakan perempuan. Hesy ni apa kes melalut sampai sejauh itu? Entah-entah mamat ni boyfriend perempuan gila ni, kut? Hah, padan sangatlah tu! Tengku Danish bermain dengan kata hatinya. Qisya yang dapat membaca riak terkejut bapak jin

83

Cinta Masam Manis

itu meneruskan lakonannya. Dia tak boleh biarkan bapak jin merosakkan pelan baiknya untuk menipu Amar London. Biar masuk ke mulut naga, asalkan terlepas daripada mulut buaya. Hesy ni peribahasa mana pula yang Qisya belajar ni. Suka sangat merosakkan peribahasa. Suka-suka hati dia aje nak buat peribahasa baru. Oh, ya Amar kenalkan inilah boyfriend aku. Errr. Kata-kata Qisya terhenti apabila menyedari yang dia sebenarnya tidak tahu nama bapak jin ini. Boyfriend? Tapi tak tahu nama. Nampak sangat menipu. Matanya dilirik pada wajah bapak jin yang beriak serius. Takkan nak kenalkan boyfriend ciptaannya ini kepada Amar London dengan nama bapak jin. Hesy mahu pengsan dua mamat ni nanti. Tengku Danish. Pantas Tengku Danish menghulurkan tangan kepada Amar London. Lirikan mata gadis di sebelahnya itu cukup difahami. Apa lagi kalau bukan minta dia tolong menjayakan lakonannya. Dasar penipu! Ini tentu ada udang di sebalik mi. Oh nama bapak jin ni Tengku Danish rupanya. Amar. Amar London membalas salam yang dihulurkan. Memang dia sudah jangka lelaki itu bukan orang sembarangan. Padanlah Qisya tak pernah layan dia. Ruparupanya hati gadis itu sudah dimiliki oleh seorang putera raja. Okeylah, kawan-kawan I dah tunggu. Nice to meet you. Bye okey, Qisya. Jumpa kat kampung. Kirim salam pada umi dan babah, kata Amar London sebelum menyertai rakan-rakan sekerjanya ke tingkat atas bangunan KFC. Tidak sanggup untuk berlama-lama di situ menyaksikan sepasang kekasih lunch bersama. Menyakitkan hati.

84

Wardina Aisyah

Umi? Babah? Hesy bila masa pulak umi dan babah iktiraf Si Amar London ni sebagai anak? Tak maklumkan pada aku pun. Suka-suka hati Si Amar London aje nak gelar umi dan babah dengan panggilan istimewa ni. Ingat dia tu siapa? Lawyer? Doktor? Majistret? Cis! Lain kali jangan panggil saya, bee. Geli saya mendengarnya! Dan tak payah nak bermanja-manja gelar diri tu honey. Tak tahan saya melihatnya. Rasa nak muntah! Ujar Tengku Danish dengan wajah yang langsung tiada senyuman. Kata-katanya pula kedengaran begitu ikhlas tidak mahu Qisya menggunakan panggilan honey dan bee. Geli! Suara lelaki di sebelahnya membuatkan Qisya kembali ke alam nyata. Wajahnya yang sedikit ceria sebentar tadi kerana berjaya menipu Amar London kembali kelat. Benci sungguh dengan lelaki yang kini duduk di hadapannya itu. Muka langsung tak tunjuk rasa bersalah. Memang tak ada hati perut langsung! Saya pun tak ingin nak panggil awak, bee. Geli lidah saya ni nak menyebutnya. Qisya membalas kembali kata-kata pedas Tengku Danish. Ingat aku kemaruk sangat agaknya nak panggil dia dengan panggilan tu. Kalau bukan kerana terpaksa, jangan haraplah wahai bapak jin. Marah hati Qisya. Tau tak sekarang ni dah pukul berapa, Encik Yang Maha Mulia Tengku? soal Qisya sinis. Panggilan Encik Yang Maha Mulia Tengku sengaja ditekan agar lelaki itu tahu betapa geramnya dia kepada Tengku Danish. Qisya menyandar di bahu kerusi dan tangan disilangkan. Pandangnya tajam seperti mahu menelan hiduphidup Tengku Danish yang berada di depan mata. Tengku Danish mencebik.

85

Cinta Masam Manis

Tahu. Pendek jawapannya. Dah satu jam suku saya duduk kat sini menunggu awak. Kalau dah tahu yang awak tu lewat, kenapa tak call bagitau. Tahu tak yang mungkir janji itu merupakan salah satu ciri-ciri orang yang munafik? soal Qisya dengan lagaknya. Okey, saya mintak maaf perempuan gila. Hey cakap tu elok-elok sikit tau. Saya ada nama. Bukan perempuan gila, bentak Qisya. Panas hatinya bila dengan sewenang-wenangnya bapak jin itu memanggilnya dengan nama perempuan gila tanpa berselindung. Kurang didikan sungguh! Suka-suka hati nak panggil aku dengan nama tak betul tu. Sepak mulut tu kang. Okey cik Qisya! Hmmm sedap nama perempuan gila ni. Puji Tengku Danish dalam hati. Takkan nak puji musuh depandepan pulak. Saya mintak maaf. Tak sangka tadi ada urgent meeting. Itu yang terlewat, terang Tengku Danish. Memang itulah yang sebenarnya terjadi. Jika diikutkan, dia sendiri memang tak suka mungkir janji dan tak menepati masa. Dia faham perasaan bila terpaksa menunggu. Tapi, apa boleh buat. Tiba-tiba saja Tengku Rayyan beritahu walid nak berjumpa dengan mereka berdua. Ada hal penting yang hendak diberitahu. Ingatkan sekejap, rupanya ambil masa yang agak panjang juga. Pukul satu baru habis perbincangan. Tergesa-gesa dia meninggalkan ofis. Dalam perjalanan, baru dia sedar bahawa telefon bimbitnya tertinggal di ofis. Nak patah balik, takut semakin

86

Wardina Aisyah

lambat pula. Disebabkan itulah dia meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan telefon bimbitnya yang tertinggal. Dalam hati ragu-ragu juga. Takut kalau perempuan itu sudah pergi memandangkan jam sudah merangkak ke angka satu tiga puluh minit petang. Namun, sebaik sahaja terpandangkan kereta Viva putih mutiara yang elok terparkir di hadapan bangunan KFC, dia menarik nafas lega. Hmmm macamlah aku percaya sangat dengan kau bapak jin. Omel Qisya dalam hati. Beg kertas di kerusi sebelah diambil. Nah, baju awak. Lantas, beg kertas berwarna merah itu dihulurkan kepada Tengku Danish. Beg kertas bertukar tangan. Tengku Danish mengeluarkan baju Melayu berwarna biru yang sudah bersih dibasuh. Haruman pewangi menusuk ke lubang hidung. Saya dah cuci bersih. Dah tak ada kesan kotoran. Perasan akan tingkah laku Tengku Danish, pantas sahaja Qisya mengatur kata. Good! Ucap Tengku Danish. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Puas hati dengan hasil kerja Qisya. Qisya mengherotkan bibir ke kiri. Tahu sangat dengan gaya senyuman Tengku Danish itu. Benci!

KU ANA tersenyum melihat Tengku Danish yang sedang leka menonton TV di ruangan keluarga di tingkat dua banglo mewah Istana Kristal Villa. Bahagia rasa hatinya bila anak bujang itu bermalam di situ malam ini. Bukan senang hendak melihat Tengku Danish berada di Istana Kristal Villa. Sejak memiliki rumah sendiri, Tengku Danish jarang balik ke

87

Cinta Masam Manis

rumah keluarga yang terletak di Bukit Antarabangsa. Jenuh juga hendak memujuk anak bujang itu untuk bermalam di situ. Macam-macam alasan yang Tengku Danish berikan. Maka terpaksalah Ku Ana buat muka sedih, hiba dan pilu. Barulah anak itu mengalah. Tengku Norman dan Tengku Rayyan sudah lama keluar ke majlis kenduri rumah Datuk Hisham. Ada juga suaminya mengajak Tengku Danish untuk turut sama. Namun seperti biasa, anak sorang itu kaya dengan bermacam alasan bila diajak. Sibuklah letihlah macam-macam! Kadang-kadang, Ku Ana pelik melihat sikap anak sulungnya itu. Terlalu sukar untuk membaca sikap Tengku Danish. Ada ketika, Tengku Danish menjadi seorang anak yang mendengar kata. Manja. Ada waktunya pula, Tengku Danish bertukar menjadi seorang yang keras kepala. Nakal! Dan apa yang paling Ku Ana tidak berkenan, sikap kaki perempuan Tengku Danish. Pening kepalanya mendengar dan membaca gosip-gosip cinta Tengku Danish. Sakit kepala dia memikirkannya. Entah mengikut perangai siapalah agaknya? Nak kata perangai Tengku Norman, suaminya itu bukanlah seorang yang kaki perempuan. Buktinya sampai ke hari ini, Tengku Norman masih setia dengannya. Malah, mereka tidak pernah bertengkar disebabkan oleh perempuan lain. Itu yang membuatkan rasa cintanya pada Tengku Norman berkekalan. Kesetiaan dan kasih sayang lelaki itu telah mengikat hatinya. Tengku Rayyan? Anak yang seorang itu sebiji memiliki peribadi walidnya. Sibuk dengan kerja dua puluh empat jam. Nak bersosial dengan rakan-rakan pun susah. Apatah lagi hendak keluar berdating dengan teman wanita. Memang tak pernah. Hujung minggu pasti Tengku Rayyan akan temankan walidnya bermain golf dengan rakan-rakan

88

Wardina Aisyah

seperniagaan. Walaupun baru menjangkau usia dua puluh tiga tahun namun, Tengku Rayyan lebih matang dalam urusan perniagaan berbanding dengan Tengku Danish. Bonda tegur Tengku Danish. Hairan melihat Ku Ana yang sedari tadi berdiri di sisi sofa sambil merenungnya. Mata langsung tak berkedip. Hah! Terperanjat Ku Ana mendengar suara anak sulungnya itu. Jauh dia melamun. Hinggakan tidak sedar dia sudah berdiri di sisi Tengku Danish. Apa yang bonda buat tercegat kat situ? Asyik sangat sampaikan mata tak berkedip tengok Danish. Danish tahulah bonda rindukan anak bonda yang hensem ni. Tapi tak payahlah nak tenung muka Danish sampai macam tu sekali, seloroh Tengku Danish. Ku Ana tersenyum mendengar kata-kata si anak. Memang hensem. Dan disebabkan kelebihan yang dimiliki itulah Tengku Danish begitu mudah mencari cinta sementara di luar sana. Entah bila mahu berubah. Ku Ana selalu berdoa akan ada seorang wanita yang mampu membuatkan anaknya itu setia pada cinta yang satu. Kenapa tak ikut walid dan Ryan pergi majlis kenduri kat rumah Datuk Hisham? soal Ku Ana. Saja mahu bertanya. Sedangkan dia memang sudah sedia maklum dengan jawapan anak bujangnya itu. Malaslah bonda. Danish nak rehat kat rumah. Lagipun, dah lama Danish tak bermanja-manja dengan bonda. Selamba Tengku Danish merebahkan kepalanya ke bahu Ku Ana. Dia suka bila Ku Ana membelai-belai rambutnya yang hitam lebat itu. Ye la tu! Bonda suruh pindah ke sini, Danish tak nak. Ku Ana sudah mula mengungkit.

89

Cinta Masam Manis

Tengku Danish cuma tersengih. Malas hendak menjawab. Kalau dijawab, sah panjang berjela pula hujah yang diberikan oleh Ku Ana. Tengah hari tadi Danish ke mana? Ku Ana bertanya. Siang tadi, Datin Kalsom ada menelefon. Katanya ada ternampak Tengku Danish bersama seorang perempuan di KFC. Menurut Datin Kalsom, perempuan bersama Tengku Danish kali ini bertudung orangnya. Mungkin teman wanita baru anak itu agaknya. Jumpa client. Pendek jawapan Tengku Danish. Ku Ana mengetap bibir. Nampak sangat anak itu berbohong. Macamlah dia tak tahu. Tapi, kalau dah tahu kenapa perlu buat-buat tanya. Kenapa tak berterus terang aje? Ke... jumpa makwe baru? Ku Ana serkap jarang. Hesy mana ada. Apalah bonda ni? Tak baik bohong. Siang tadi Auntie Som ada call bonda. Dia kata dia ternampak Danish kat KFC dengan seorang perempuan bertudung. Siapa perempuan tu? Kalau client, takkan jumpa kat KFC pulak. Oh Auntie Som kawan bonda yang ada boyfriend muda tu ek? Tengku Danish pura-pura bertanya. Dia sebenarnya memang kurang senang dengan kawan bondanya yang seorang itu. Perangai Datin Kalsom mengalahkan anak muda. Terlebih sosial. Cuma dia malas hendak memberitahu bondanya akan hal ini. Takut bondanya berkecil hati. Tahulah bondanya tu, pantang bila rakan-rakannya tercuit. Pada bondanya, berkawan tu biar ikhlas. Ku Ana menampar bahu anak bujangnya. Tak baik mengata orang. Ku Ana menahan geram.

90

Wardina Aisyah

Alah yang Auntie Som tu mengumpat pasal Danish dekat bonda takpe pulak, jawab Tengku Danish. Bukan mengumpat, Auntie Som cuma bagitau bonda dia ada ternampak Danish dengan sorang perempuan. Itu je. Ku Ana cuba hendak menegakkan benang yang basah. Walaupun Datin Kalsom tu jenis yang suka mengumpat, bersosial namun, persahabatan yang terjalin sekian lama menyebabkan Ku Ana senang dengan Datin Kalsom. Sebenarnya, Tengku Norman sudah banyak kali melarang dia berkawan rapat dengan Datin Kalsom. Takut dia terikut perangai Datin Kalsom yang terlebih tahap sosialnya itu. Alah setakat berkawan aje. Bukannya ikut perangai pun. Buktinya, sampai sekarang dia belum pernah lagi curang pada suaminya itu. Cuma Tengku Norman saja yang terlebih susah hati. Siapa perempuan tu? Sekali lagi Ku Ana memberi soalan yang sama. Perempuan mana? soal Tengku Danish kembali. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Perempuan yang Danish jumpa kat KFC tu? Auntie Som kata perempuan tu bertudung. Makwe Danish ke? Bonda tak pernah nampak kawan-kawan perempuan Danish bertudung. Tentu dia istimewa, kan? teka Ku Ana. Senang hatinya jika betul perempuan bertudung yang dikatakan oleh oleh Datin Kalsom itu adalah teman wanita anaknya. Oh perempuan tu. Ujar Tengku Danish. Ye la perempuan tu, siapa? Tak sabar Ku Ana mahu tahu. Perempuan gila.

91

Cinta Masam Manis

Pendek dan selamba sahaja jawapan yang keluar daripada mulut Tengku Danish. Hah? Terkejut Ku Ana mendengar jawapan anak lelakinya. Okeylah bonda. Danish dah mengantuk ni. Good nite! Assalamualaikum.... Tanpa banyak kata, Tengku Danish berlalu naik ke biliknya di tingkat atas. Sebelum itu sempat pipi dan tangan Ku Ana diciumnya. Ku Ana tidak terkata. Hanya pandangan matanya sahaja yang menghantar langkah Tengku Danish naik ke tingkat atas. Pelik betul anaknya yang seorang ini. Takkan gaduh dengan awek sampai sanggup menggelar perempuan itu perempuan gila? Tak patut sungguh.

92

Wardina Aisyah

Bab 9
ENING! Pening! Tak pasal-pasal umi bagi soalan cepumas dekat aku. Patut ke umi tanya aku bila nak bawa balik bakal menantu dia orang tu kat kampung? Aduh ini apa kes tiba-tiba pulak suruh aku bawa balik bakal menantu jumpa dengan umi dan babah ni? Boyfriend pun aku tak ada. Nak bawa balik siapa pulak? Susah-susah, aku rembat aje apek yang jual gula-gula kapas tu bawa jumpa umi dan babah. Baru tau! He he he.... Sampai hati Qisya tak bagitau kami yang Qisya dah ada teman lelaki. Dibuatnya umi terima lamaran daripada Haji Dollah yang nak jodohkan Qisya dengan anak lelaki dia, macam mana? Tak ke memalukan. Umi tahu Qisya ada teman lelaki ni pun daripada mulut Mak Cik Atie Kepoh. Amar bagitau Mak Cik Atie yang dia ada terserempak dengan Qisya dan teman lelaki Qisya minggu lepas. Dah heboh satu kampung tentang berita Qisya tengah bercinta dengan anak kerabat diraja. Sampai hati Qisya rahsiakan perkara ni dari umi dan babah. Kecik hati umi, tau. Masih terngiang-ngiang suara umi di telefon dalam

93

Cinta Masam Manis

nada sedih, pilu dan kecik hati. Buat aku jadi serba salah pulak. Hesy! Ni semua Si Amar London punya salah. Mulut tempayan. Ada ke patut dia pergi sebar cerita rekaan aku tu pada mak dia. Tahulah mak dia tu jenis yang kepoh. Dah nama pun Mak Cik Atie Kepoh. Habis satu kampung dicanang cerita pasal aku. Memang wartawan tak bertauliah betul Mak Cik Atie Kepoh ni. Suka menyebarkan gosip-gosip semasa. Patut Mak Cik Atie Kepoh dapat anugerah wartawan paling sensasi tahun ini. Argh migrain aku macam ni! Semuanya garagara mulut tempayan dua beranak tu. Disebabkan cerita dia orang, aku pulak yang jadi serba salah pada umi dan babah. Aku tak sanggup nak teruskan pembohongan yang aku buat pada Amar London, umi dan babah. Berdosa besar jika berbohong dengan orang tua. Tapi aku tak sampai hati nak berterus terang. Kesian umi dan babah. Tentu dia orang kecewa dapat anak yang kaki kelentong macam aku. Apa nak buat ni? Qisya mengeluh. Badannya yang tadi mengiring ke sebelah kanan dilentang menghadap siling putih. Otaknya ligat berfikir. Rasa macam nak marah aje Si Amar London yang mulut tempayan itu. Tapi takut juga kalau-kalau rahsianya terbongkar. Nanti susahlah dia nak lepaskan diri daripada Si Amar London. Boleh aku masuk? Dari muka pintu bilik, terjengul kepala Nisya dengan senyuman melebar. Qisya yang sedang asyik berfikir terjerit, mak hantu kapur! Terkejut Qisya bila terpandang wajah Nisya yang

94

Wardina Aisyah

putih melepak ditempek dengan bedak sejuk itu. Berdegup kencang jantungnya. Tanpa pelawaan, Nisya melangkah masuk dengan selamba. Ini akulah! Bukan hantu kapur. Dasar penakut! omel Nisya. Dia memang sudah arif dengan sikap penakut Qisya yang satu itu. Sejak kecil, sampai ke besar, sikap penakut Qisya tak pernah luntur. Tanyalah nama-nama hantu, semua dia hafal. Itulah padahnya kalau terlampau suka mendengar cerita-cerita hantu ni. Alamat jadi penakut. Bukan itu saja, lampu tidur kat bilik Qisya langsung tak padam bila malam. Tidur dengan lampu yang terpasang terang-benderang. Bila ada masalah elektrik, mulalah Qisya akan mengular ke bilik Nisya atau Casabelle untuk tumpang tidur. Tak berani nak tidur seorang diri. Takut ada hantu yang temankan dia tidur dalam gelap. Hmmm Qisya! Qisya! Huh kus semangat! Ingatkan hantu kapur manalah tadi. Yang kau tak ketuk pintu dulu tu, kenapa? Main terjah macam tu aje. Dah tu dengan muka putih bertempek dengan bedak sejuk. Siapa yang tak terkejut. Kalau buah hati kau nampak keadaan kau yang macam ni, sah dia pun akan jerit sama kuat dengan aku juga. Nisya mencebik. Cit! Dah dia tu yang penakut tahap melampau. Nak samakan diri dengan buah hati kita pulak. Aku dah ketuk pintu, siap bagi salam lagi. Kau tu aje yang tak dengar. Asyik sangat melamun. Entah-entah dah sampai ke Zuhal kau pergi. Sampaikan aku dah terjengul kat

95

Cinta Masam Manis

pintu tu pun kau boleh tak sedar-sedar jugak. Dengan selamba Nisya merebahkan badannya di atas katil Qisya. Langsung tidak menghiraukan kerlingan mata Qisya yang tajam melihat tingkahnya. Aik? Punyalah seronok dia landing atas katil aku. Dah tu boleh pulak peluk-peluk Mr. Pooh tanpa kebenaran tuannya. Tak ada rasa hormat pada tuan punya kamar beradu langsung! Aku tolak dari atas katil ni kang, baru tahu. Keadaan sunyi seketika. Masing-masing layan mood sendiri. Qisya masih lagi memikirkan hal umi yang beria-ia suruh dia bawa balik bakal menantu lakonan semata-mata itu. Nisya pula tengah layan mood jiwang karat keindahan cintanya bersama Encik Darish. Orang tengah diambang bahagia la katakan. Memanglah semuanya indahindah belaka. Qisya.... Lembut Nisya memanggil, memecah kesunyian bilik sahabat baiknya itu. Hmmm. Cuma itu bunyi yang keluar daripada mulut Qisya. Aku tanya kau sesuatu, boleh? Hmmm. Sekali lagi bunyi yang sama keluar daripada bibir comel itu. Acuh tak acuh sahaja kedengaran. Nisya mengiringkan badannya menghadap Qisya yang masih terlentang. Sahabatnya itu begitu asyik memerhati siling. Apa pendapat kau tentang Darish? tanya Nisya. Okey! Pendek jawapan Qisya. Langsung tidak berpaling menghadap Nisya yang sedang memandangnya.

96

Wardina Aisyah

Nisya mengetap bibir. Bukan jawapan itu yang dia mahu daripada mulut sahabat baiknya itu. Takkan itu saja pendapat Qisya tentang buah hatinya itu. Tentu ada pendapat yang lagi bagus selain okey. Qisya, kau dengar tak apa aku cakap ni? Yang kau asyik menghadap siling tu, kenapa? Ada duit syiling nak jatuh daripada siling tu ke sampai macam tu sekali kau renung siling tu? Tubuh Qisya dicuit. Hesy! Kacaulah minah ni! Orang tengah berserabut, dia pulak sibuk nak minta pendapat tentang buah hati pengarang jantung dia tu. Dah aku kata okey, maknanya okey la tu. Kang aku kata tak okey, ada pula yang menangis tak bersuara. Aku juga yang dipersalahkan. Dah kau yang bercinta dengan Encik Darish, tentu kau yang lebih tahu serba-serbi perihal dia. Buat apa nak tanya aku lagi. Memanglah aku yang bercinta dengan dia. Tapi aku nak tahu juga pendapat kau tentang dia. Dia tu macam mana? Romantik ke? Hensem ke? Baik ke? Alahai gedik semacam pula Nisya ni. Siap tersenyum-senyum sorang diri. Qisya menaikkan dua biji matanya ke atas sampai juling. Loya rasa tekaknya mendengar kata-kata Nisya. Romantik ke? Hensem ke? Baik ke? Semua yang elok-elok belaka. Kau tengok dia macam mana? soal Nisya pada Qisya. Matanya bercahaya meminta pandangan sahabat baiknya itu. Aduh ini yang aku lemas ni. Dia dah buat mata ala-ala Himawari adik Shin Chan nak minta sesuatu la pulak. Hmmm....

97

Cinta Masam Manis

Encik Darish tu okey. Dia baik dan padan dengan kau. Cuma Encik Darish tu serius dua puluh empat jam la. Tak pandai nak buat lawak. Entah kenapa hati Qisya dicuit rasa lucu. Kemudian ketawanya meledak. Nisya yang baring di sebelah memandang penuh rasa hairan. Kenapa? tanya Nisya sambil keningnya diangkat. Ingat lagi tak peristiwa tu? Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Peristiwa apa? Qisya tersenyum nakal. Dia teringatkan peristiwa di mana Encik Darish mahu buat lawak depan mereka bertiga. Waktu itu Encik Darish dan Nisya belum bercinta lagi. Baru tahap bunga-bunga cinta nak berputik. Sembang punya sembang, tiba-tiba Encik Darish nak buat lawak. Terbahakbahak lelaki itu ketawa dengan lawaknya yang tak menjadi. Qisya dan Nisya yang faham situasi lawak tak menjadi Encik Darish pun buat-buatlah ketawa. Konon-konon lawak yang Encik Darish buat tu memang lawak. Tapi yang tak bestnya bila Si Casabelle, amoi comel tu menyampuk. Dengan selamba, Casebelle berkata, yang korang ketawa bagai nak rak ni apa kes? Aku tak rasa lucu pun. Aduh... dengar saja ayat jujur tulus ikhlas Casabelle itu, dengan serta-merta ketawa besar Encik Darish mati. Diam membisu. Qisya dan Nisya saling berpandangan. Dengan muka hehehe, sepantas kilat mereka menarik tangan Casabelle untuk masuk ke dalam rumah. Kesian Encik Darish. Merah

98

Wardina Aisyah

padam mukanya menahan rasa malu. Rupa-rupanya lawak yang dibuat tak menjadi. Itulah kisah di mana mereka mula-mula kenal Encik Darish. Sejak dari hari itu, Encik Darish dah tak pandai nak bergurau lagi. Cakapnya semua yang lurus. Qisya pandang wajah Nisya. Pandangan yang membawa maksud tersurat. Kemudian tanpa dipaksa-paksa tawa mereka berdua bergabung meletup menjadi satu. Hak hak hak! Peristiwa itu memang akan dikenang sampai bilabila.

ALUNAN suara gadis-gadis comel dari Korea yang menamakan kumpulan mereka sebagai Wonder Girls memecah kesunyian malam. Qisya yang baru nak pejam mata tersentak. Aduh siapa pulaklah yang buat gangguan tengah-tengah malam buta ni. Aku baru aje nak tidur. Dah ada pulak manusia yang kacau daun. Tak boleh nak tengok aku senang sikit! Skrin Nokia 5230 dipandang. Mak su! Jam pada skrin Nokia 5230 sudah menunjukkan angka dua belas tiga puluh minit tengah malam. Hmmm ni apa kes call aku malam-malam ni. Biasanya mak su jarang nak call aku waktu-waktu seperti ini. Kalau siang tu, memang selalulah. Kadang-kadang waktu ofis pun mak su akan call. Konon nak lepaskan rasa rindu pada anak sedara kesayangan. Hmmm.., ye la tu! Suara kumpulan Wonder Girls berhenti. Selang sesaat suara gadis-gadis comel itu kedengaran semula. Sah! Ini mesti ada hal penting. Jika tidak, takkanlah mak su nak call lagi. Pantas panggilan dijawab.

99

Cinta Masam Manis

Qisya! Kenapa lambat sangat jawab telefon? Jenuh mak su tunggu, tau. Kamu tengah buat apa tu? Dah tidur ke? Bertalu-talu mak su bertanya. Laju seperti ERL pula tu. Tak bagi peluang langsung untuk Qisya mencelah. Serentak itu Qisya menjarakkan sedikit Nokia 5230 miliknya dari telinga. Kalau lambat bertindak sedemikian, alamat akan pekaklah telinganya. Mana tidaknya, mak su guna key yang tinggi melangit seperti Jaclyn Victor. Assalamualaikum mak su. Apa ke hal ni? Dah macam orang nak buat latihan vokal aje orang dengar. Taulah mak su nak masuk pertandingan Kilauan Emas. Tapi janganlah nak buat ujian vokal mantap meletop mak su tu dekat telinga orang pulak. Sakit tau. Berdesing. Dah tu, bagi salam pun tidak. Giliran Qisya pula untuk bersuara. Waalaikumussalam. Amboi anak sedara mak su ni. Dah pandai mengenakan mak su, ya. Mak su muda lagi tau. Baru nak masuk tiga puluh lima tahun awal bulan Mac nanti. Belum tahap nak masuk pertandingan Kilauan Emas pun. Lainlah kalau umi dan babah Qisya. Memang layak, selayak-layaknya masuk Kilauan Emas. Di hujung talian mak su mengekek ketawa. Sukanya dia! Bukan main lagi ketawa. Seronoklah tu dapat kenakan umi dan babah kita. Repot kat umi dan babah kang. Huh! Ye la tu. Hmmm kenapa mak su call memalam buta ni? Orang baru nak masuk ke alam mimpi berdating dengan Awal Ashaari, mak su dah potong stim. Saja nak enterframe jadi extra actress. Awal Ashaari ke Tengku Danish? He he he.... Mak su ketawa. Dahi Qisya berkerut. Apa kes pula tiba-tiba nak

100

Wardina Aisyah

sebut nama bapak jin tu malam-malam buta ni? Lagi satu yang jadi kemusykilan. Dari mana mak su tau Tengku Danish? Kenapa diam? Betul ke tekaan mak su? Qisya nak mimpi dating dengan Tengku Danish, ek? Alah malu-malu pulak nak mengaku anak sedara mak su yang cantik manis ni. Hesy apa mak su ni mengarut ni. Tingkah Qisya. Alah mak su dah tau semualah. Bukan mak su je, mak ngah dan pak lang pun dah tau Qisya sekarang tengah bercinta dengan Tengku Danish. Umi yang bagitau. Tadi umi ada call mak su. Dia tanya mak su tentang Tengku Danish. Mak su manalah tau. Mak su tak tahu pun yang sekarang ni Qisya dah bercinta. Padanlah sekarang dah jarang datang ke rumah dan kedai kek mak su. Rupa-rupanya orang tu sibuk berdating. Gembiranya mak su ketawa. Qisya ketap bibir. Geram! Cepat benar cerita palsu itu tersebar. Ingatkan Mak Cik Atie Kepoh aje yang jadi wartawan. Rupa-rupanya umi pun dah jadi pembantu wartawan juga. Ini kalau dah mak su, mak ngah dan pak lang dah tahu, sah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik sebelah babah juga sudah umi khabarkan dengan berita ni. Aduh migrain! Migrain aku macam ni. Belum jadi pelakon dah macam-macam gosip tersebar pasal aku. Ah tolong! Siapa Tengku Danish tu, Qisya? Hensem, tak? Tak sangka betul cita rasa anak saudara mak su ni anak-anak Tengku. Eee apa ni, mak su. Dahlah. Orang mengantuk ni. Esok-esok ajelah kita sembang. Assalamualaikum.

101

Cinta Masam Manis

Mak su baru nak korek cerita pasal bakal menantu mak su, Qisya dah mengantuk. Ye la. Tapi janji nanti cerita dengan mak su, ya. Waalaikumussalam and sweet dream with your lovely boyfriend, Tengku Danish. Sebelum talian dimatikan, sempat juga mak su mengusik. Qisya mendengus. Mata yang tadi mengantuk, kini kembali segar-bugar. Semua gara-gara panggilan telefon yang diterima daripada mak su, adik bongsu umi. Alahai tentu sekarang ni cerita palsu tentang hubungan cintanya dengan bapak jin menjadi isu bualan hangat seisi keluarga.

102

Wardina Aisyah

Bab 10
ALAU bukan disebabkan kejadian rumahnya yang hampir dicerobohi perompak sewaktu dia outstation ke Indonesia minggu lepas, jangan haraplah dia hendak datang ke Smart Home Holding. Syarikat yang menyediakan kelengkapan sistem keselamatan milik sahabat merangkap pesaingnya dalam merebut cinta Intan Natasha, Syed Aiman Datuk Syed Adnan. Bukan dia benci. Tapi hatinya rasa tidak senang setiap kali berdepan dengan lelaki itu. Rasa tercabar kerana lelaki itu mampu mencuri sekeping hati milik Intan Natasha. Wanita idaman hatinya. Tengku Danish mengeluh perlahan. Dia terpaksa berpura-pura setiap kali berhadapan dengan Syed Aiman dan Intan Natasha. Dia tidak mahu mereka berdua mempersendakan dirinya jika tahu isi hatinya. Ego lelaki membuatkan dia terpaksa berpura-pura bahawa dia tidak menyimpan sebarang rasa cinta pada Intan Natasha. Hanya menganggap gadis itu sekadar kawan biasa. Meskipun dalam hatinya meronta-ronta setiap kali melihat gadis idamannya itu.

103

Cinta Masam Manis

Volkswagen GTI W12 diparkir bersebelahan dengan sebuah Viva putih mutiara. Dahi Tengku Danish berkerut. Viva putih mutiara itu seperti pernah dilihat. Bukankah itu Viva milik perempuan gila yang suka cari pasal dengannya? Ya! Dia cukup yakin Viva putih yang tertulis Viva La Diva pada tepi pintu pemandunya itu milik perempuan gila itu. Ingatannya masih kuat. Dia buat apa dekat sini? Fikir Tengku Danish. Entah-entah dia bekerja kat sini, kut? Alunan suara Jason Mraz mendendangkan lagu Im Yours bergema. Serta-merta khayalannya pada perempuan gila yang telah diiktiraf sebagai musuhnya mati. Pantas BlackBerry yang tersimpan di dalam poket seluar dikeluarkan. Pada skrin tertera nama Erin. Model yang tak pernah serik meraih perhatiannya. Model yang mana merupakan pesaing Intan Natasha dalam bidang peragaan. Tengku Danish mengeluh lagi. Awal pagi lagi gadis itu sudah mengganggu hidupnya. Dia cukup bosan bila terpaksa melayani sikap gedik Erin. Yes, Erin? ujar Tengku Danish setelah panggilan dijawab. Dear, you kat mana? Jom breakfast dengan I. I on the way pergi ofis you ni. I jemput you kat sana, ya? Manja Erin bersuara. Kedengaran seperti dibuat-buat. Sorry, Erin. I tak masuk ofis pagi ni. I ada meeting kat luar. Lain kali aje, ye. Alah you ni ada aje alasan kalau I yang ajak keluar. I ada show malam ni. You dah lama tak datang tengok I buat show. Malam ni you datang, ya. Lepas tu kita pergi happy hour. Okey dear. Tengku Danish mengetap bibir. Perempuan seorang ini memang jenis tak tahu malu. Sudah dia katakan bahawa

104

Wardina Aisyah

dia tidak menaruh sebarang rasa cinta pada Erin. Namun, Erin masih tetap mendesak. Konon rasa cinta boleh dipupuk. Memang betul! Tapi cintanya bukan untuk gadis liar seperti Erin. I tak janji. Tengoklah macam mana. Okey, I have to go. Bye! Tanpa menunggu lama talian dimatikan. Kemudian setting profile ditukar kepada mode silent. Tidak mahu sebarang gangguan sepanjang perbincangannya dengan Syed Aiman berlangsung nanti.

QISYA, Tuan Syed nak jumpa kau. Suara Yaya kedengaran. Qisya sedikit tersentak. Buat seketika, tumpuannya di skrin komputer terganggu. Bos? soal Qisya bagaikan tidak percaya. Dia dah terbiasa panggil Syed Aiman dengan panggilan bos sejak pertemuan di majlis perkahwinan adik Encik Darish sebulan lepas. Staf yang lain semua panggil Tuan Syed. Dah macam panggilan orang tua-tua pulak. Cuma dia dan Kak Mila Murai sahaja yang membahasakan Syed Aiman dengan panggilan bos. Yaya mengangguk-angguk sambil jari dituding ke arah bilik Syed Aiman. Qisya mengerling jam di tangan. Baru pukul lapan sepuluh pagi. Masakan waktu bekerja pukul lapan setengah pagi, pukul lapan sepuluh pagi dia sudah dipanggil oleh majikannya itu. Pelik? Dia tak nampak pun kelibat Syed Aiman masuk ke ofis tadi. Bila masa pulak lelaki itu masuk? Lagipun buat apa Syed Aiman hendak berjumpa dengannya seawal ini?

105

Cinta Masam Manis

Hesy aku baru nak layan Facebook, bos dah kacau daun. Tak boleh tengok aku senang sikit! Kasi can la aku nak release tension sebelum mulakan kerja, marah Qisya dalam hati. Amboi anak dara Haji Zahiddin ni! Baru kerja nak masuk tiga bulan, dah pandai nak tunjuk taring lawan cakap bos, ya. Nak ingkar arahan bos besar. Sedar sikit ek Cik Qisya Nur Alifa, awak tu staf. Syed Aiman tu bos. Bukan bos kecik, tapi bos besar. Orang putih kata, big boss! Syarikat ni dia yang punya. Suka hati dia la nak panggil waktu bila pun. Qisya, cepatlah! Syed Aiman panggil ni. Kuat volume suara Yaya memanggil Qisya. Sekarang ni Qisya dan Yaya dah jadi kawan baik. Qisya sendiri tak sangka, Yaya yang kelihatan ayu feminin itu rupa-rupanya gila-gila seperti dia juga. Itu yang menyebabkan dia dan Yaya boleh masuk satu channel. Si Fadli pun boleh join sekali. Hah?! Ya ya Im coming. Qisya menganggukangguk umpama burung belatuk. Pantas, dia membuntuti langkah Yaya yang sudah berlenggang-lenggok di hadapannya. Sewaktu lalu di meja Kak Mila Murai, akak sorang tu tengah khusyuk menghadap komputer. Sah tengah layan Murai.com. Kak Mila Kak Mila, memang patut pun kena gelar Kak Mila Murai. Itulah kojenya. Qisya terus melangkah ke arah bilik Syed Aiman yang terletak di aras dua tingkat 12 bangunan serba mewah Smart Home Holding. Tingkat paling tinggi bangunan ini. Yaya sudah duduk di tempatnya. Saat itu, debaran di dada Qisya hanya Allah sahaja yang tahu. Dup dap-dup dap! Jantungnya bergerak pantas.

106

Wardina Aisyah

Menggila bagaikan baru dikejar dengan lembu Haji Daud di kampung. Perlahan dia mengetuk pintu bilik Syed Aiman. Tok! Tok! Tok! Masuk, arah Syed Aiman yang berada di dalam. Qisya melangkah dengan tertib. Bibirnya mekar dengan senyuman tatkala pandangan mata bertembung dengan anak mata Syed Aiman. Di hadapan Syed Aiman, kelihatan satu susuk tubuh yang duduk membelakanginya. Tentu tetamu lelaki itu. Bos nak jumpa saya? Ya. Saya ada perkara nak bincang dengan awak. Duduklah, ujar Syed Aiman seraya mempelawa stafnya itu duduk. Qisya mengangguk lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tetamu Syed Aiman. Wajah tetamu yang duduk di sebelah tidak pula dipandang. Yang pasti dia yakin tetamu Syed Aiman merupakan seorang lelaki. Oh ya, sebelum tu kenalkan ini Tengku Danish Tengku Norman, sambung Syed Aiman sambil memperkenalkan tetamunya kepada Qisya. Tengku Danish? Macam pernah dengar aje nama tu. Pantas kepalanya dipusing ke arah lelaki yang sedang duduk di sebelahnya. Serentak itu juga pandangan Tengku Danish dan Qisya bersatu dan. Awak? Jerit mereka serentak. Mata masingmasing sudah bulat seperti biji guli.

KELUAR sahaja dari bilik Syed Aiman, Qisya terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Wajahnya kelat.

107

Cinta Masam Manis

Tak pernah Yaya dan Kak Mila Murai melihat wajah Qisya seperti itu. Biasanya bibir comel Qisya pasti akan tersenyum manis. Kenapa ni? tanya Yaya yang sudah tercongok di hadapan meja sahabatnya itu. Kak Mila Murai juga turut serta. Qisya tidak menjawab. Matanya tertumpuh pada skrin komputer yang terlayar wajah kacak Awal Ashaari. Yaya dan Kak Mila Murai saling berpandangan. Sah! Ini mesti ada yang tak kena. Jika tidak, takkanlah muka Qisya muka semasam itu. Entah-entah kena marah dengan Syed Aiman, tak? Tapi... mustahil. Sebab semua staf Smart Home Holding tahu siapa Syed Aiman. Seorang majikan yang cukup baik hati dengan semua stafnya. Yaya memberi isyarat mata kepada Kak Mila Murai. Minta Kak Mila Murai pula yang bertanyakan soalan. Apa guna duk tercongok kat sini kalau bukan nak tolong kawan yang tengah diam membisu ini. Qisya, kenapa ni? tanya Kak Mila Murai lembut. Inilah masanya dia menunjukkan ciri-ciri seorang ibu mithali kepada Qisya dan Yaya. Selama ini budak berdua tu selalu anggap dia berperangai gila-gila. Kini tibalah masa dia memperkenalkan siapa sebenarnya Jamilah Binti Jamal. Qisya memandang wajah dua rakan sekerjanya. Bibirnya langsung tiada sebaris senyuman. Mata pula kuyu macam Garfield, si kucing malas. Kenapa, apa? Soalan Yaya dan Kak Mila Murai dijawab dengan soalan. Kenapa muka tu monyok je? Bos marah Qisya ke? Bertalu-talu Kak Mila Murai bertanya.

108

Wardina Aisyah

Qisya menggeleng. Habis tu? soal Yaya pula. Tak sabar nak tahu. Three. Selamba Qisya menjawab. Yaya ketap bibir. Geram mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Qisya. Sempat juga kenakan dia. Buat muka masam. Macam orang serius. Tapi dalam masammasam tu sempat juga buat lawak bodoh. Hesy memanglah Qisya ni! Kak Mila Murai sudah mengekek ketawa. Suka bila tengok Qisya kenakan Yaya. Dalam masa tak sampai dua bulan, dia sudah dapat melihat keakraban Qisya dan Yaya. Biarpun Yaya tua dua tahun daripada Qisya, tapi otak mereka berdua sama. Gila-gila! Sesuai sangatlah jadi anak didiknya yang juga punya perangai yang sama.

OKEYLAH, Danish. Sampaikan salam aku pada Pak Engku dan Mak Engku. Kalau kau perlukan apa-apa, rujuk saja pada Qisya. Dia seorang pekerja yang bagus. Aku yakin dia pasti dapat membantu kau dan berikan perkhidmatan yang terbaik dari syarikat kami. Suara Syed Aiman membuatkan Yaya dan Kak Mila Murai berpaling. Cuma Qisya yang masih setia menghadap komputer seperti tiada sebarang perasaan. Meluat benar dia dengan Tengku Danish. Tak pasal-pasal dia kena bekerja dengan lelaki itu pulak! Bala yang menimpa-nimpa. Insya-Allah. Aku pun harap macam tu, ujar Tengku Danish. Kemudian dia dan Syed Aiman saling bersalaman sebelum Syed Aiman masuk semula ke dalam

109

Cinta Masam Manis

biliknya. Talian yang berdering-dering membuatkan dia tak dapat hendak menghantar Tengku Danish sampai ke muka pintu. Panggilan telefon perlu dijawab dengan segera. Dengar saja suara lelaki itu, laju mulut Qisya mencebik. Sakit hatinya. Kenapalah takdir hidupnya kena berdepan dengan bapak jin itu lagi? Ingatkan setelah selesai kes dia hantar baju Tengku Danish minggu lepas, dia tak akan berjumpa lagi dengan lelaki yang menyakitkan hati itu. Tapi lain pula jalan ceritanya. Kini dia terpaksa pula berdepan dengan Tengku Danish dalam urusan kerja. Argh memang menyusahkan! Ketika Tengku Danish melalui meja Qisya, lelaki itu sempat melemparkan senyuman manis pada Yaya dan Kak Mila Murai yang sedang bertenggek di tepi meja gadis itu. Manakala Qisya pula langsung tak pandang mukanya. Mesti tengah tahan rasa geram kerana terpaksa berurusan dengan dia esok. Dalam hati dia sudah mengekek ketawa. Tak sabar mahu kenakan gadis itu. See you tomorrow, Qisya. I hope we can get along well with each other. Bye. Selesai mengucapkan kata-kata penuh makna itu, Tengku Danish berlalu dengan senyuman yang memekar di bibir. Terasa tidak sabar mahu mengenakan musuh ketatnya itu sepuas-puasnya. Hmmm hensemnya.... Tanpa sedar Kak Mila Murai memuji ketampanan Tengku Danish dengan aksi gedik lapan belas tahun ke atas. Yaya pula mengangguk setuju. Memang Tengku Danish hensem orangnya. Persis wajah pelakon Korea Daniel Henney. Qisya mengerling Kak Mila Murai. Lantas buat aksi seperti hendak termuntah.

110

Wardina Aisyah

Hensem Kak Mila kata? Huh! Rupa dah macam bapak jin tak cukup sifat, tu la yang Kak Mila kata hensem. Tak ada maknanya. Kalau Kak Mila nak tahu, macha yang tengah tebar roti canai kat Warung Fatimah tu dua kali ganda lagi hensem daripada bapak jin tu tau! Bentak Qisya. Kemudian dia bangun dari duduknya dan berlalu ke bilik air. Panas rasa hatinya. Yaya dan Kak Mila Murai kembali berpandangan. Apa ke hal pula minah ni hari ni? Marah-marah tak tentu pasal. Datang bulan kut. Dah tu suka-suka hati dia saja nak bandingkan Tengku Danish dan macha yang hitam berkilat tu. Tak sesuai!

111

No. ISBN:- 978-967-0448-35-0 Jumlah muka surat:- 696 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Kemalangan kecil di jalan raya menjadi detik pertama pertemuan Tengku Danish dan Qisya. Mereka bertegang urat dan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tengku Danish dengan egonya yang melangit, Qisya pula dengan degilnya yang menggunung tinggi. Bermula dari situ, setiap pertemuan yang berlaku pasti kedua-duanya akan bercakaran. Macam kucing dengan tikus. Qisya laju dia gelar lelaki itu Bapak Jin. Katanya, nama itu cukup sesuai dengan Tengku Danish yang memang perangainya tak ubah seperti Bapak Jin. Disebabkan sikapnya inilah Tengku Danish dengan senang hati telah memberi gelaran Perempuan Gila kepada Qisya. Menambahkan lagi api kebencian Qisya kepada Tengku Danish. Dalam satu majlis pelancaran Galeri Seni Lukis Raja Rezza, Intan Natasha yang sememangnya mencintai

Syed Aiman telah membuat tindakan melulu memalukan Tengku Danish di hadapan semua orang kerana tersalah anggap Syed Aiman menolak cintanya akibat hasutan Tengku Danish. Untuk mempertahankan dirinya dan ego yang tinggi melangit itu, Tengku Danish membuat pengumuman dia akan berkahwin dengan Qisya. Dalam mencari penyelesaian atas masalah yang Tengku Danish timbulkan, kedua-dua belah keluarga bersepakat menyatukan mereka berdua tanpa mengetahui bahawa perkahwinan itu berlandaskan perjanjian kontrak selama satu tahun. Dalam melayari hidup berumah tangga, pasangan ini sering bertengkar hingga mereka akhirnya sudah boleh berkawan. Mereka berdua bahagia sebelum Intan Natasha datang kembali dan mengeruhkan keadaan. Qisya yang salah sangka telah membawa diri jauh dari kota Kuala Lumpur. Manakala Tengku Danish pula hilang arah mencari isteri tersayang. Cinta ibarat buah oren. Ada masam, ada yang manis. Walaupun begitu kita tetap suka, kan? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CINTA MASAM MANIS di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat

lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337