Anda di halaman 1dari 85

Lya Zara

Bab 1
AYA punyalah! Amani hampir sahaja melanggar tubuh tegap di sebelahnya. Tangannya sudah menggenggam erat pemegang pintu teksi merah itu. Dadanya turun naik melawan semput akibat berlumba lari untuk mengejar teksi sebentar tadi. Ah, Im late for a meeting! Get another taxi please. Lelaki tegap itu menepis tangan Amani dan pantas membuka pintu kereta Proton Waja itu. Selamba sahaja dia melabuhkan punggung di tempat duduk belakang. Biadab! Amani membentak dalam hati. Kau ingat kau sorang aje ada hal? Orang lain tak ada urusan penting ke? Encik, tolong hormat orang lain, ye. Saya dulu yang sampai kat teksi ni tadi! Amani mengawal nada suaranya. Really? But obviously youre not that fast. Im the one who is sitting in this cab right now. Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya. Sepasang anak mata coklat itu menikam pandangan Amani yang jelas kelihatan kaget.

Terima Kasih Cinta

Amani dilanda debaran yang hebat. Jantungnya bekerja keras mengepam darah dengan lebih laju. Kacak gila lelaki ni! Macam muka Adi Putra tuuu! Tapi, takkan Adi Putra naik teksi kut? Ke aku dalam rancangan Wakenabeb? Spontan kepala Amani berpusing ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari kelibat jurukamera yang tersembunyi jika ada. Kalau benar dia sedang berdepan dengan Adi Putra, dia mahu meminta autograf sekarang juga! Awak ni kenapa macam kena sampuk? Saya dah lambat. Now, if you excuse me.... Tangan lelaki itu cuba menutup pintu dari dalam. Amani terdorong ke tepi disebabkan oleh tindakan lelaki tersebut. Hampir-hampir dia jatuh tersembam ke tanah. Amani bagai tersedar daripada lamunan. Lelaki di hadapannya bukanlah Adi Putra, aktor pujaannya. Sebaliknya, dia sedang berdepan dengan lelaki dari planet mana entah yang tidak tahu berbudi bahasa! Amani cuba menahan pintu tersebut daripada ditutup. Terasa sengal lengannya akibat cuba menampan pintu itu. Encik, saya dah lambat ni. Tolonglah... saya ada interview! Suara Amani sudah separa merayu. Dia sudah lambat. Dan temu duga itu penting untuk mengubah nasib keluarganya. Aiya! Lu olang jangan gaduh wo. Sikalang kasi bincang siapa mau naik. Saya mau jalan. Pemandu Cina separuh abad itu sudah mula menepuk dahi. Pagi-pagi begini dia dihidangkan dengan sebabak drama Melayu yang langsung tidak menarik minatnya. Apek, you kasi jalan sekarang. I can pay you double! Sekeping not RM50 sudah dihulurkan kepada si

Lya Zara

pemandu. Dengan riak, berlagak, lelaki itu terus memusatkan perhatiannya pada iPad di tangan. Sedikit pun dia tidak peduli kepada gadis yang berdiri di luar teksi. Ah, pandai-pandailah kau nak hidup! Amani menelan liur. Tekaknya terasa pahit. Kalau nilai wang ringgit yang menjadi taruhan, memang terpaksalah dia mengibarkan bendera putih. Mana mungkin dia membuat tawaran seperti lelaki tersebut. Wang belanja yang dibawa dari kampung pun belum tentu cukup untuk menampung kehidupannya nanti. Dengan hati yang sebal Amani menapak jua ke belakang. Wajahnya jelas muram menggambarkan betapa kecewanya hati dia pada saat itu. Sakit hatinya melihatkan pintu teksi yang dihempas dari dalam. Soli ah, amoi. Nanti sikit jam ada teksi mali you naik ha! Apek tersebut mengangkat tangan sebelum memecut meninggalkan Amani yang terkulat-kulat di situ. Amani tersenyum kelat. Mengapa biadab benar sikap orang-orang di Kuala Lumpur? Baru semalam dia sampai di bandar metropolitan ini. Pembangunan sahaja yang gah di matanya, namun seisi kota bagai hidup dalam dunia mereka sendiri. Masing-masing terlalu bersikap mementingkan diri. Amani merenung kembali jam di pergelangan tangannya. Tinggal setengah jam lagi sebelum waktu temu duganya di Wisma Amcorp. Dia kurang pasti jika berjalan kaki dapat membantu dia sampai ke situ tepat pada waktunya atau merupakan satu misi membunuh diri. Perlahan-lahan dia menapak kembali di bawah perhentian bas. Entah mengapa dia berasa sebelah kakinya bagai tidak jejak di bumi. Terhuyung-hayang dia cuba

Terima Kasih Cinta

mengimbangi tubuhnya. Namun, dalam sekelip mata dia sudah jatuh terjelepok di tepi jalan. Sebijik macam nangka busuk! Amani merenung kasut tumit tingginya yang baru dibeli dengan harga RM30. Baru sekali pakai dah patah? Ni mesti sebab dia berlari pecut mengejar teksi tadi! Amani menggumam dalam hati. Hatinya bengkak mengenangkan nasib malang yang bertimpa-timpa dihadapinya hari ini. Amani mengeluarkan telefon bimbitnya. Dengan berat hati didail juga nombor telefon Syarikat Setia. Helo. Nama saya Amani Ahmad. Errr... sepatutnya saya ada interview untuk jawatan pegawai pemasaran pukul sepuluh setengah pagi hari ni. Tapi saya terpaksa batalkanlah, cik. Saya ada emergency.... Amani menunggu jawapan daripada pihak sebelah sana. Dalam keterpaksaan dia tersenyum juga selepas mematikan talian. Hendak buat macam mana? Nampaknya memang dia tiada rezeki di Syarikat Setia. Mujurlah ada satu lagi temu duga yang menantinya di Megah Holdings esok. Moga-moga ada rezekinya di situ. Manalah tahu ribut taufan yang melanda hidupnya hari ini akan berganti pula dengan pelangi indah pada hari esok? Sesungguhnya dia percaya dengan ketentuan Allah! Amani merenung kasutnya yang sudah cacat. Bibirnya diketap perlahan. Nampaknya, terpaksalah dia menunggu teksi lain untuk pulang ke rumah Syuhada. Hendak berjalan pun susah dengan kasut yang sudah tidak sama tinggi ini. Macam orang tempang berjalan terhincuthincut. Amani merasakan dadanya sesak dengan gumpalan pelbagai rasa. Semua ni sebab kau, mamat berlagak! Wajah

Lya Zara

lelaki seiras Adi Putra itu terlayar kembali di ruang ingatannya. Muka aje handsome, tapi hati busuk macam longkang! Janganlah aku jumpa orang macam kau lagi! Amani merengus kegeraman.

ZAFRAN menoleh ke belakang sebaik sahaja teksi mula meluncur di atas jalan raya. Hendak terjojol biji matanya saat menyaksikan gadis yang berebut teksi dengannya sebentar tadi sudah jatuh menyembah bumi. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa bersalah. Kejam sangatkah tindakannya sebentar tadi? Sudahlah dia hanya memandang sekilas ke arah wajah perempuan itu. Itu pun sebentar sahaja. Pakaian selekeh perempuan itu sudah cukup untuk mematikan seleranya daripada memandang wajah itu lama-lama. Lagipun kepalanya sudah cukup semak dengan mesyuarat penting yang perlu dihadirinya pagi ini. Kalau bukan kerana tayar keretanya yang pancit di tengah jalan tadi, sudah tentu dia tidak perlu terkejar-kejar sebegini. Mesyuarat pembentangan tender hari ini sangat penting untuk dia membuktikan kemampuannya kepada walid. Zafran cuba mengembalikan tumpuan kepada e-mel yang diterima masuk melalui iPadnya. Namun, entah mengapa hatinya berasa tidak tenteram. Matanya sahaja yang tertumpu pada skrin itu, namun fikirannya masih mengenangkan perempuan yang ditinggalkan tepi jalan. Wajah naif itu bagai menari-nari di hadapan matanya. Jiwanya berasa tidak tenteram. Gelisah. Resah. Gundah. Bagai ada yang tidak kena. Bagai ada sesuatu yang tertinggal. Zafran kembali menoleh ke belakang. Namun,

Terima Kasih Cinta

sudah terlalu jauh mereka meninggalkan perhentian bas tadi. Dadanya bergetar mengikut rentak yang cukup asing. Zafran menelan liur. Isy! Hebat jugak aura budak kampung tu! Desis hatinya. Bos! Mana mau pigi ni? Apek tersebut menguatkan sedikit suaranya. Sudah dua kali soalannya dipandang sepi oleh lelaki itu. Oh... hmmm, office saya di Megah Holdings, Jalan Ipoh. Cepat sikit, ya! Saya dah lewat untuk meeting ni. Zafran membetulkan duduknya. Cuba difokuskan kembali fikirannya kepada perkara yang lebih penting, namun debaran di dadanya tetap sukar diusir pergi. Ah, kenapa ni? Perempuan kampung saja, kan?

Lya Zara

Bab 2
MANI melangkah masuk ke Megah Holdings. Wow! Bangunan empat belas tingkat itu benar-benar membuatkan dia berasa kagum. Dirinya terasa kerdil. Manusia yang keluar masuk dari bangunan itu semuanya bergaya dan elegan belaka. Kebanyakannya segak berpakaian pejabat. Yang berbaju kurung pun tidak kurang juga hebatnya. Amani meneliti diri sendiri. Dia hanya berbaju kurung pesak kain kapas. Itulah sepersalinan yang dirasakannya paling elegan. Itu pun diberi oleh mak long kerana tersilap membeli saiz. Baju kurung itu pula dipadankan dengan tudung bawal dan kasut Bata yang sudah lama berjasa kepadanya. Hendak buat macam mana, kalau bukan kerana kejadian semalam, sudah tentu dia dapat melaram dengan kasut tumit tinggi. Orang ramai berpusu-pusu menghimpit ruang yang sempit itu apabila pintu lif mulai terbuka. Memahami cara hidup orang bandar yang kurang prihatin, Amani turut meloloskan dirinya ke dalam perut lif. Sikap bertolak ansur

Terima Kasih Cinta

tidak boleh dipraktikkan sangat di sini. Silap-silap sampai ke malam dia tercongok di hadapan lif nanti. Amani memerhatikan setiap orang yang keluar masuk dari lif. Debaran di dadanya semakin menggila sewaktu pintu lif terbuka di tingkat sepuluh. Mengikut surat panggilan temu duga yang dikirim, temu duga akan dijalankan di Bilik Mesyuarat Seri Amar. Amani cuba mengatur langkah kakinya yang sudah bergetar hebat. Sendinya terasa lemah. Lututnya terasa goyang apabila melangkah memasuki pejabat Megah Holdings. Ruang pejabat yang kemas dengan susun atur moden kontemporari menyapa pandangan matanya. Muzik latar kedengaran perlahan menjadikan ruang pejabat itu lebih santai. Amani memerhatikan beberapa orang pekerja yang sibuk di meja masing-masing. Terasa dirinya cukup terasing daripada kelompok manusia di sini. Perlahan Amani menghampiri meja penyambut tetamu. Seorang wanita lewat dua puluhan memberikan pandangan kosong. Amani menahan rasa apabila senyumannya tidak berbalas. Ai, dia ingat aku senyum kat dinding ke? Macam manalah dia boleh dapat jawatan ini agaknya? Tak sesuai langsung! Desis hati Amani. Assalamualaikum. Saya Amani Ahmad. Saya datang untuk temu duga jawatan setiausaha. Amani masih cuba memaniskan muka. Memang dia tidak pernah diajar untuk menunjukkan wajah masam mencuka. Okay, you boleh masuk bilik nombor dua sebelah kanan tu. Wanita tersebut menudingkan jarinya sebelum kembali duduk dan menumpukan perhatian kepada timbunan kertas di hadapannya. Terpempan Amani dengan layanan yang diterima.

Lya Zara

Sombongnya...! Amani mengeluh perlahan. Bukannya luak duit pun kalau senyum. Malahan senyuman tukan sedekah. Amani mengomel dalam hati sambil melangkah ke bilik yang dimaksudkan. Semakin mendekati ruang pejabat yang dimaksudkan, semakin laju degupan jantungnya. Badannya berasa seram sejuk. Jemarinya mula membeku. Perutnya pula sudah memulas. Kata orang, macam ada rama-rama di dalam perut! Kakinya bagai tidak mencecah lantai tatkala itu. Sesungguhnya temu duga adalah antara perkara yang paling ditakutinya. Tambahan pula dia sendiri tidak punya pengalaman bekerja di syarikat besar sebelum ini. Tok! Tok! Tok! Amani mengetuk lembut pintu bilik yang separa terbuka. Beberapa saat menanti, akhirnya dia menjengukkan sedikit kepalanya. Ruang pejabat yang luas itu kembali menerbitkan rasa kagum. Dia bagaikan terpanggil untuk melangkah masuk. Amani memerhatikan susun atur perabot mewah di dalam bilik itu. Dia pasti ini merupakan bilik persendirian bagi seseorang yang berjawatan tinggi di Megah Holdings. Amani menghampiri cermin kaca yang memaparkan pemandangan indah kota raya Kuala Lumpur. Dari ketinggian tingkat sepuluh, langit biru kelihatan begitu jelas dan dekat dengannya. Hilang sebentar rasa gemuruh yang dirasainya semenjak pagi tadi. Sebaliknya dia tersenyum melihatkan betapa hebat dan beruntungnya manusia yang memiliki ruang pejabat sebegini. Yes, I would like to have a lunch business with you, Dato Razak. Maybe we can discuss further about the project in Melaka?

Terima Kasih Cinta

Suara yang boleh tahan maco kedengaran dari pintu bilik. Spontan Amani berdiri tegak dan bersandar pada dinding. Seorang lelaki berbadan tegap melangkah masuk ke ruang pejabat itu. Amani cuba mengintai wajah yang membelakangkannya. Entah mengapa suara itu bagai pernah didengari sebelum ini. Mata Amani mengekori kelibat lelaki tegap yang sedang duduk di atas kerusi empuk. Wajahnya masih tidak jelas kerana sedang tunduk membelek beberapa buah fail di atas meja. Telefon bimbit juga masih melekap di telinga dan sesekali dia mengangguk seorang diri. Amani menanti dengan sabar. Sempat pula dia membetulkan muncung tudungnya beberapa kali. Biar tampak kemas dan sempurna. Dia pasti orang di hadapannya inilah pegawai yang bertanggungjawab untuk menemu duganya sebentar nanti. Amani setia menjadi pemerhati sehingga panggilan telefon dimatikan. Dilembutkan bibirnya biar sentiasa tersenyum. First impression, kan penting! Yes? Who are you and what...? Zafran panggung kepala. Bicaranya terhenti saat matanya terpandangkan gadis di hadapannya. Bagaikan terhenti jantungnya apabila pandangan matanya dijamu dengan wajah naif yang kelihatan pucat. Amani mematikan senyumannya. Tubuhnya dibasahi peluh dengan tiba-tiba. Lantunan jantungnya kuat menghentam dada. Nasib malang apakah lagi yang menimpanya hari ini? Mengapa dia perlu bertemu lagi dengan lelaki biadab ini? Di Megah Holdings pula tu! You? Jari telunjuk Zafran terpacak tegak ke arah Amani. Dahinya berkerut seribu. Macam mana awak tahu saya kerja kat sini? Awak

10

Lya Zara

stalked saya? Zafran tersenyum sinis. Minatnya tidak lagi tertumpu pada lambakan fail di atas meja, sebaliknya perhatiannya sudah berpusat kepada gadis kampung yang terkulat-kulat berdiri di sudut bilik. Amani berasa kaget teramat. Secara automatik kedua-dua belah lututnya bergetar hebat mengikut rentak gementar yang dialunkan oleh jantungnya. Separuh hatinya memprotes hebat dengan kata-kata Zafran. Perasan! Siapa nak stalk dia? Lainlah kalau kau tu Adi Putra! Amani sekadar membentak dalam hati. Hakikat sebenar, bibirnya terkunci rapi. Lidahnya terasa kelu untuk bersuara. Kata-katanya sekadar tersekat di kerongkong. Waktu seperti inilah selalunya skil berdebatnya hilang langsung! Kosong! So? Kalau setakat nak tunjuk perasaan macam orang bisu, baik awak keluar. Jangan buang masa saya. Saya ada interview session sekejap lagi. Sebaris ayat terakhir Zafran bagaikan membawa Amani kembali ke alam realiti. Menyedarkan tujuan utama dia berada di Megah Holdings. Amani cuba melontar jauhjauh rasa menyampah yang sudah menambun dalam dada. Temu duga ini cukup penting bagi dirinya setelah dia kehilangan peluang di Syarikat Setia semalam. Demi nasib keluarga di kampung, Amani terpaksa jua menebalkan pipinya di hadapan lelaki ini. Errr I... I... you... eh, I.... Amani sudah tersasulsasul. Habislah! Janganlah dia ingat aku ni gagap atau terencat akal! Amani mengutuk diri sendiri. Pipinya terasa hangat berona. Inilah masalahnya dari dulu. Mudah gelabah tidak bertempat. Gelabah ayam kata orang. Saraf pertuturannya

11

Terima Kasih Cinta

menjadi sewel jika berdepan dengan orang yang berpangkat tinggi, berlagak dan handsome. Eh, apa kau merepek ni Amani oi! Kalau tak boleh cakap in English, cakap Melayu ajelah. Bukannya saya tak boleh faham. Zafran tersenyum sinis lagi. Sakit mata dan telinganya dipersembahkan dengan pertunjukan orang gagap pada kala waktu sibuk begini. Berdesing telinga Amani mendengarkan sindiran Zafran. Tajamnya oh mak ai...! Tembus sudah hatinya saat ini. Dia bukan tidak boleh berbahasa Inggeris. Masa STPM dulu keputusannya cukup cemerlang. Masalahnya dia jarang sekali berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Dengan siapa sahaja dia hendak berspeaking kalau tinggal di kampung? Silap-silap dia akan dapat cap poyo di dahi. Dalam kepayahan, Amani cuba mengumpul kekuatan untuk mengusir rasa gugup. Kau tunggulah, Encik Biadab! Nanti aku speaking, sampai juling mata kau nak faham!

12

Lya Zara

Bab 3
AFRAN memerhatikan gadis di hadapannya yang sedang terkebil-kebil. Dia masih ingat kepetahan bibir kecil itu berbicara semalam. Malahan suara lembut itu turut terngiang-ngiang di telinganya sebelum melelapkan mata. Kebisuan Amani hari ini bagaikan mendera hatinya. Takkan dah hilang keupayaan bercakap lepas terjatuh? Yang lebih pelik adalah melihatkan kewujudan gadis itu di hadapan matanya. Siapa pula yang memberi keizinan dia masuk ke sini tanpa urusan rasmi? Melissa si penyambut tetamu yang sudah berkhidmat dua tahun itu mesti tahu yang dia tidak suka penjual atau ejen insurans memasuki pejabatnya. Bukan setakat pejabat, di kawasan bangunan syarikat juga tidak boleh! Zafran membetulkan duduknya sambil matanya masih memerhatikan Amani. Dadanya dilanda debaran dengan tiba-tiba. Adakah gadis ini menjejakinya hingga ke Megah Holdings untuk menyelesaikan perhitungan semalam?

13

Terima Kasih Cinta

Kehadiran Melissa bagaikan penyelamat untuk Amani yang sudah hampir mati kejung berhadapan dengan Zafran. Mana mungkin dia melupai peristiwa semalam yang cukup menyakitkan hatinya. Bayangan wajah Zafran yang seiras Adi Putra itu turut melawatnya dalam mimpi. Bukan membawa mimpi indah, sebaliknya mengundang mimpi ngeri yang mengganggu lenanya. Who is this, Melissa? You know that I dont welcome any sales persons or insurance agents in my office. Please escort this lady out of this building. Zafran mengalihkan pandangannya. Bagai ada rasa aneh yang bertamu di dada apabila mengenangkan sikapnya terhadap gadis itu semalam. Eh, Encik Zafran. Ini calon temu duga untuk jawatan secretary itulah. Saya ada beritahu pagi tadi, kan yang kita ada interview this afternoon? We cant use Seri Amar. Theres a financial meeting going on. By the way, her name is Amani Ahmad. Cik Amani, this is our manager, Encik Zafran bin Dato Mustapha. Melissa memandang Amani. Terukir segaris senyuman di wajahnya. Hati Melissa dijentik rasa bersalah kerana dia tidak mengatur temu duga itu dengan lebih baik. Yang sebenarnya dia sudah terlalu penat memangku tugas setiausaha sejak tiga minggu yang lalu. Hidupnya jadi tidak terurus apabila perlu melakukan dua tugasan serentak selepas Munirah meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Sebab itulah dia seperti ticking time bomb. Tunggu masa sahaja untuk meletup. Mata Zafran kembali tertancap pada sesusuk tubuh langsing di hadapannya. Kali ini dia menggunakan peluang yang ada untuk melihat gadis bernama Amani itu dengan lebih teliti. Sepasang bola mata Zafran turun naik memerhatikan Amani dari atas ke bawah beberapa kali. Dah

14

Lya Zara

macam inspektor sahab! Rupa boleh tahan... tapi selekeh macam ni macam mana nak jadi setiausaha? Zafran mula terkenangkan Munirah, Alia dan Sheryl yang pernah menjadi setiausahanya dahulu. Semuanya berpenampilan menarik dan bisa mendamaikan pandangan mata lelaki normal sepertinya. Zafran mengerutkan dahi. Dia tidak menyangka hanya seorang calon yang datang menghadiri temu duga. Kalau diikutkan tafsiran matanya, memang Amani tidak layak langsung untuk memegang jawatan ini. Jawatan setiausaha bererti Amani perlu selalu berdampingan dengannya. Bagaimana mereka hendak bekerja bersama sekiranya hendak memandang pun dia tidak punya selera? Namun, dia tahu yang dia tidak boleh terlalu memilih. Perletakan jawatan Munirah yang secara mendadak menyebabkan banyak urusan syarikat tergendala. Melissa nampaknya sudah tidak mampu untuk memikul kedua-dua kerja. Dia mengerling pula ke arah Melissa yang kelihatan tidak terurus dengan rambut yang tidak disisir rapi seperti selalu. Hmmm... dah macam orang hilang suami. I thought you said you were going for an interview semalam? Pandangan Zafran menusuk ke arah Amani. Diperhatikan langkah Amani yang penuh hati-hati mendekati mejanya. Tak sempat pergi. Saya terpaksa batalkan interview tu. Amani rasa hendak menjerit marahkan lelaki yang sedang duduk bersilang kaki itu. Selamba sahaja ditanya soalan itu sedangkan semalam begitu angkuh dia meninggalkan Amani di tepi jalan. Zafran terdiam membisu. Dadanya diserbu rasa bersalah yang bukan sedikit. Dia pasti perebutan teksi pagi

15

Terima Kasih Cinta

semalam menyebabkan Amani kehilangan peluang untuk ditemu duga. Kejam jugak aku ni, kan? Zafran mengutuk dirinya sendiri dalam hati. Hmmm... ada pengalaman bekerja? Zafran bertanya sambil menjemput Amani duduk di kerusi di hadapannya. Suaranya mendatar sahaja. Tidak lagi angkuh seperti semalam. Amani melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu sambil memerhatikan Melissa yang keluar meninggalkan mereka berdua. Tangannya bergetar hebat saat menghulurkan fail berisi sijil kepada Zafran. Sunyi sepi bilik besar itu saat Zafran menanti Amani menjawab soalannya. Amani dilanda serba salah. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pembantu kantin di sekolah. Dia juga pernah menjadi guru ganti sementara menunggu keputusan STPM dulu. Namun, bolehkah itu dianggap sebagai pengalaman kerja? Sudahlah tempoh kerjanya sekejap-sekejap sahaja. Dia bimbang lelaki kerek di hadapannya ini akan memperbodohkan dia sekali lagi. Hellooo? Kening Zafran sudah terjongket sedikit. Kesabarannya sudah mula menipis. Pandangannya dialihkan semula ke arah wajah bujur sirih Amani. Errr... lepas STPM saya kerja di kampung aje, encik. Amani menjawab perlahan. Sempat pula dia melihat Zafran mencebik sambil kembali membelek fail di tangan. Aduh! Bagai panah yang menusuk hati, Amani mula berasa hati. Nampaknya, memang mustahil untuk dia bekerja di Megah Holdings! Ketika ini Amani benar-benar rasa ingin meninggalkan bilik pejabat yang serba mewah itu. Sejuk

16

Lya Zara

pendingin udara tidak lagi mendamaikan hatinya yang panas membara. Kalau diikutkan hati, memang dia mahu angkat kaki meninggalkan Zafran dan Megah Holdings. Mujurlah bayangan wajah emak dan adik-adik mengembalikan semangat Amani. Keputusan STPM not bad. Kenapa tak sambung belajar? Zafran kagum melihatkan keputusan cemerlang Amani. Namun, dikawal suaranya agar kedengaran biasabiasa sahaja. Tak mampu, encik. Emak saya sakit waktu tu. Jadi saya terpaksa tolak tawaran belajar. Adik-adik kecil lagi. Tak ada siapa nak jaga emak. Kali ini Amani bersuara tegas. Dia tidak pernah malu dengan nasib yang menimpa diri. Tetapi kesedihan tidak dapat melanjutkan pelajaran masih terasa hingga kini. Namun dia bersyukur kerana sekurangkurangnya dia dapat berbakti kepada ibu tercinta. Since you dont have any working experience, do you think you can perform well in this company? Being my secretary means that you have to work under my supervision all of the time. Do you think you are up to the standard? Zafran memandang lagi gadis kampung bernama Amani itu. Sakit matanya dengan penampilan selekeh Amani. Bayangan tubuh montok Munirah tiba-tiba terpapar di hadapan matanya. Kesemua setiausahanya dulu pandai memilih pakaian dan bersolek. Memang boleh menggetarkan imannya yang senipis kulit bawang itu. Nampaknya tidak dapatlah dia cuci mata seperti dulu. Buat sakit mata dan sakit hati adalah kalau melihat penampilan Amani yang ketinggalan zaman itu. Insya-Allah. I may not have the experience, but I will learn to be a good worker. Amani puas hati dapat

17

Terima Kasih Cinta

menuturkan beberapa patah perkataan bahasa Inggeris itu. Dia tidak suka dipandang rendah oleh lelaki di hadapannya ini. Jangan ingat budak kampung sepertinya tidak boleh bertutur dengan baik. Gelabah je tadi tu! Good is not enough. Only the best deserves to be here. So you better be one. Tahniah! Awak diterima bekerja di sini mulai esok. Gaji seperti yang kita tawarkan dalam iklan. Elaun bulanan sebanyak lima ratus akan diberikan berdasarkan rekod kehadiran dan performance. Melissa akan terangkan dengan lebih jelas apa job scope awak nanti. Zafran mengembalikan fail kelabu itu. Alhamdulillah. Terima kasih, encik. Amani melebarkan senyuman. Sungguh dia hampir tidak percaya dengan keputusan Zafran. Sangkanya tidak ada rezekinya bekerja di situ. Angin apalah yang menyampuk bos baharunya itu? Walaupun berasa terhina dengan layanan yang diberikan oleh Zafran, namun dia bersyukur kerana diterima bekerja di syarikat besar seperti Megah Holdings. Hanya wajah emak dan adik-adik yang terbayang di ruang mata ketika ini. Sekurang-kurangnya hujung bulan nanti sudah ada wang belanja yang boleh dikirim kepada mereka. Oh, by the way, my name is Zafran. Zafran selamba menghulurkan tangan kepada Amani. Perkara yang biasa dilakukannya sejak dahulu lagi. Amani menjadi serba salah. Dia tidak pernah bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim. Penyakit gelabah ayam Amani datang lagi. Amani pura-pura tidak melihat huluran tangan itu dengan menyelongkar beg tangannya seolah-olah sedang mencari sesuatu. Walaupun kelihatan bodoh, dia tidak kisah. Biarlah bodoh daripada

18

Lya Zara

menambah dosa kering. Melihatkan huluran tangan yang tidak bersambut, Zafran kembali menarik tangannya. Dia mendengus perlahan. Egonya tercalar dengan sikap Amani sebentar tadi. Kebanyakan perempuan bertudung yang dikenalinya masih bersalaman dengan lelaki lain. Nampaknya, Amani bukan seperti itu. Sedikit sebanyak dia tidak faham dengan prinsip yang dipegang oleh Amani. Apa salahnya bersalam? Bukan suruh cium tangan pun! Okey, pastikan esok datang awal. Waktu bekerja dari lapan setengah pagi hingga lima setengah petang. I want my coffee on my table when I arrive. Dan... hmmm... tolong pakai cantik sikit. Sakit la mata saya tengok awak pakai macam ni. Zafran berkata dengan selamba. Puas hatinya dapat mengenakan Amani kembali. Wajah terkulat-kulat Amani mendatangkan rasa gembira di hatinya. Amani sekadar tersenyum. Walaupun hatinya sakit dengan sebaris ayat terakhir itu, namun dia tegar menabahkan hati. Apa sangatlah hendak dibandingkan rasa sakit hati itu dengan rasa syukur apabila mengenangkan dia dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga selepas ini. Selepas mengucapkan terima kasih, Amani melangkah keluar dari pejabat besar milik Zafran. Rimas juga dirasakan apabila Zafran menghantar dengan pandangan mata dan senyuman sinis di bibir. Serba tak kena langkahnya ketika itu. Ah, baru lagi sampai KL. Lepas dua, tiga bulan nanti mesti tudung atas kepala tu dah terbang entah ke mana. Zafran menempelak dalam hati. Dia ingin melihat sejauh mana gadis kampung bernama Amani itu dapat

19

Terima Kasih Cinta

bertahan mengekalkan ciri-ciri gadis Melayu terakhir. Amani melangkah keluar dari bangunan Megah Holdings. Dia masih berasa tidak percaya. Jika semalam dia berduka kerana terlepas peluang temu duga di Syarikat Setia, hari ini Allah berikan ganjaran yang lebih bernilai. Dia tidak perlu menunggu lama untuk mula bekerja. Esok bermulalah hari baharunya sebagai setiausaha di Megah Holdings. Amani tersenyum sendiri dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Amani berasa kecut perut tatkala mengenangkan wajah serta sikap Zafran. Jantungnya melantun laju mengenangkan layanan yang bakal diterima pada hari-hari mendatang. Mampukah dia bertahan dengan sikap sombong seperti itu? Mampukah dia menebalkan telinga dengan katakata sinis yang meluncur laju daripada bibir Zafran? Yang lebih menggusarkan hatinya adalah pakaian yang perlu disarung ke tubuh esok hari. Cantik bagaimana yang menepati kriteria lelaki itu? Hai la nasib badan dapat bos cerewet! Muka aje handsome macam Adi Putra, tapi perangai tak lawa langsung! Amani mengeluh sendiri. Dalam diam dia memanjatkan doa kepada-Nya. Semoga urusannya mencari rezeki sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

20

Lya Zara

Bab 4
UDAH hampir setengah jam Amani berdiri di hadapan cermin. Sesungguhnya dia tidak punya banyak baju. Dia hanya membawa sepuluh pasang baju kurung. Itu pun ada yang dicilok daripada adiknya. Mereka bukan orang berada yang boleh bertukar baju setiap bulan. Yang penting cukup makan setiap hari. Dan... cukup kasih sayang. Wajah emak dan adik-adiknya sepintas terbayang di mata. Waktu begini pastinya riuh-rendah emak mengejutkan mereka untuk bangun solat subuh berjemaah. Amani berasa sayu. Perdu hatinya digigit perih dengan rasa rindu. Dia tidak biasa berpisah dengan keluarga. Seumur hidupnya selama dua puluh tiga tahun ini, dia hanya tinggal di Kampung Selayang. Cuma apabila keadaan ekonomi keluarga semakin menghimpit, dia terpaksa berkorban untuk ke bandar mencari wang tambahan. Adik-adik yang semakin membesar dan bakal melanjutkan pelajaran memerlukan perbelanjaan wang yang banyak.

21

Terima Kasih Cinta

Emak yang sudah berusia lebih separuh abad juga sudah tidak kuat untuk melakukan kerja seperti dulu. Bukan emaknya tidak risau melepaskan dia ke Kuala Lumpur. Mujurlah ada teman sekampung di sini yang boleh ditumpang kasih. Syuhada adalah kawan baiknya yang bekerja di Hotel Valencia. Bilik sewa Syuhada tidak seluas mana, sesuai dengan pendapatan yang sederhana. Namun, Amani cukup bersyukur diberi peluang menumpang tidur buat sementara waktu. Kau buat apa lagi tu, Amani? Berangan apa tu? Nanti lambat masuk kerja weh! Hari pertama kena jaga imej, beb! Syuhada menegur dari belakang. Bahu Amani ditepuk perlahan. Eee... aku tak tahulah nak pakai baju apa! Bos aku tu poyo sangat. Baju yang paling lawa aku pakai semalam pun dia kata menyakitkan mata dia. Kalau aku pakai yang ini mahu berdarah mata dia. Silap-silap boleh jadi buta agaknya! Amani mengacukan sepasang baju kurung yang sudah pudar warnanya. Senyuman kelat terukir di wajah mendungnya. Dia cakap macam tu? Gila kurang ajar! Hati Syuhada tercuit jua. Sungguh dia bersimpati dengan Amani. Dia juga berasal dari kampung. Bezanya, dia punya bapa yang dapat menambah pendapatan keluarga. Berbeza dengan Amani yang sudah kematian ayah. Sewaktu mereka di bangku sekolah dulu, hanya emak Amani yang menampung nafkah keluarga. Dia masih ingat Amani dan adik-beradiknya selalu dimarahi oleh guru kerana lewat membayar yuran persekolahan. Namun, Amani dan adik-adiknya semua lulus cemerlang. Malah, keputusan SPM Amani jauh lebih baik daripadanya. Cuma, nasib yang membezakan mereka. Dia dapat menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Diploma

22

Lya Zara

Perhotelan di UiTM, sedangkan Amani terpaksa menolak tawaran belajar dan tinggal di kampung untuk membantu emaknya. Syuhada melangkah ke almari pakaiannya. Dia mencari-cari pakaian yang sesuai untuk dipinjamkan kepada Amani. Sepasang baju kurung polos berwarna ungu dikeluarkan. Dia menuju pula ke arah laci tetingkat di mana koleksi tudungnya disimpan. Sehelai tudung awning ala Ariani dikeluarkan. Dia sendiri tidak mampu memiliki tudung mahal dari butik-butik terkenal. Tudung pasar malam juga yang menjadi pilihannya. Nah! Cuba kau pakai ni. Kita pun lebih kurang je saiz, kan? Warna ungu nikan warna favourite kau. Syuhada cuba mengambil hati Amani. Dihulurkan sepasang bajunya kepada Amani yang kelihatan serba salah. Isy, tak naklah aku susahkan kau lagi, Syu. Nanti lama-lama kau menyampah pulak dengan aku. Amani menolak lembut pelawaan Syuhada. Sudahlah menumpang tidur, takkanlah baju pun terpaksa dipinjam daripada Syuhada? Tak tahu malu betul rasanya! Isy, jangan mengada nak cakap macam tu! Apa sangatlah bantuan aku ni, Amani. Sekurang-kurangnya kalau kau pakai baju aku ni, kita dapat selamatkan sepasang mata daripada menjadi buta! Syuhada menyeringai menampakkan sebaris gigi. Ditarik tangan Amani supaya mengambil juga baju kurung tersebut. Thanks, Syu! Amani turut tersengih mendengarkan kata-kata sahabat baiknya itu. Bingkas dia bersiap untuk ke tempat kerja. Dia tidak mahu terlewat. Bimbang Zafran melancarkan serangan peluru berpandu kepadanya nanti.

23

Terima Kasih Cinta

AMANI berpusing di hadapan cermin beberapa kali. Dia ingin memastikan dia kelihatan lebih kemas dan bergaya berbanding semalam. Baju polos dipadankan dengan tudung bercorak abstrak itu menampakkan dia lebih berketerampilan. Walaupun tidak setanding dengan pakaian orang lain, namun dia sudah cukup bersyukur. Dia benar-benar berharap penampilannya hari ini dapat mengunci mulut Si Zafran daripada mengeluarkan komen-komen pedas yang menghiris hati. Huiyooo... manisnya! Silap-silap bos kau tu jatuh hati pulak nanti. Syuhada mengusik Amani. Hah! Tak sanggup aku nak hidup dengan orang macam tu. Hari-hari nak kena dengar ayat berbisa dia. Lamalama boleh bernanah telinga aku ni, tau! Ni pun tak tahulah aku berapa lama boleh kerja kat situ. Amani memuncung panjang seperti itik. Dah boleh diikat dengan reben. Alah, buat sementara waktu ni kau pekakkan telinga dan butakan dulu mata tu. Nanti, aku tolong carikan kerja lain untuk kau, ye? Syuhada menggosok lembut bahu Amani. Dia dapat memahami perasaan temannya itu. Boleh sakit jiwa kalau dia di tempat Amani. Setiap hari terpaksa berdepan dengan lelaki biadab yang menyebabkan dia terlepas temu duga di Syarikat Setia. Adoi...! Dunia yang kecil atau jodoh mereka yang terlalu kuat? Syuhada tersengih seorang diri. Alamak! Aku dah lewat la, Syu. Terima kasih sebab baik hati sangat-sangat bagi aku pinjam baju kurung moden ni. Kau memang sahabat dunia akhirat. Amani memeluk bahu Syuhada. Sama-sama. Lain kali kau nak pinjam baju aku, ambil je. Aku tak kisah. Eh, kau ingat, kan stesen tren yang

24

Lya Zara

kau kena turun nanti? Jangan duk berangan sampai terlepas stesen pulak. Hati-hati dengan orang sekeliling kau. Tren tu nanti padat mengalahkan tin sardin cap ayam. Jaga beg dan jangan sampai kena raba. Syuhada memberikan amanat sewaktu menghantar Amani di hadapan pintu rumah. Sesungguhnya, dia berasa bertanggungjawab tentang keselamatan Amani. Dulu, masa dia mula-mula sampai di Kuala Lumpur, dia umpama rusa masuk kampung. Entah berapa kali dia dihimpit oleh Mat Bangla dan Mat Indon yang sangat bijak mencari peluang. Hesy! Meremang bulu romanya bila terkenangkan peristiwa hitam itu. Insya-Allah, Syu. Aku selalu amalkan baca ayat Kursi sebelum keluar rumah. Moga Allah melindungi setiap langkah kita hari ni. Kau kerja syif malam ye hari ni? Esoklah nampaknya kita baru jumpa, kan? Aku pergi dulu. Assalamualaikum. Pamit Amani dengan senyuman.

MEGAH HOLDINGS tersergam indah di hadapan matanya. Amani mengerling jam di pergelangan tangan. Oh, dia sampai awal hari ini! Jaga imej, bak kata Syuhada. Melissa juga masih belum sampai sewaktu Amani melewati front desk itu. Seluruh ruang pejabat kelihatan sunyi. I want my coffee on my table when I arrive. Kata-kata Zafran bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Amani melangkah ke arah pantri. Ruang yang sederhana luas itu dilengkapi dengan meja bulat untuk empat orang, peti ais, mesin pemanas air, pembakar roti dan rak dipenuhi pinggan dan cawan. Memang cukup selesa untuk berehat. Dan... bergosip.

25

Terima Kasih Cinta

Amani memanaskan air dan mengeluarkan cawan. Dia memasukkan sepeket kopi segera dan menuangkan air panas. Berdenting bunyi sudu besi yang berlaga dengan cawan kaca pada pagi yang sepi itu. Tangannya terhenti seketika saat ingin mencedok balang gula. Setelah berfikir sejenak, Amani memasukkan sesudu kecil gula pasir ke dalam cawan kaca itu. Hai... la kopi. Mintak-mintaklah kena dengan selera si poyo tu. Amani meniup cawan tersebut. Dah macam orang berjampi pun ada. Selepas menghidangkan secawan kopi di atas meja Zafran, Amani mengemas meja serta bilik pejabat itu ala kadar. Bilik Zafran yang sudah tersedia kemas menandakan lelaki itu memang pembersih dan cerewet orangnya. Semuanya tampak kemas serta teratur tatkala pekerja lain mula sampai. Amani mengambil tempat di meja yang dahulunya milik Munirah. Meja yang terletak dekat dengan pintu masuk bilik Zafran itu tersusun kemas. Amani melabuhkan punggung di atas kerusi merah itu. Di belakang tempat duduknya terletak almari yang dipenuhi dengan fail pelbagai warna. Dia pasti perlu menghafal kesemua kegunaan fail-fail itu nanti. Amani menjeling jam dinding yang menunjukkan sudah pukul sembilan pagi. Dia mula jadi serba salah. Tidak ada satu pekerjaan pun yang boleh dilakukannya ketika ini. Badannya sudah lenguh duduk menegak sejak tadi. Dalam masa yang sama hatinya berdebar-debar menantikan ketibaan Zafran. Mentang-mentanglah bos, selamba aje kau datang lewat dan buat aku sakit jantung menunggu kau, kan? Saat jam hampir ke pukul sepuluh, Amani

26

Lya Zara

terdengar suara beberapa pekerja yang mengucapkan selamat pagi. Amani pasti Zafran sudah tiba. Spontan dia membetulkan tudung supaya lebih kemas dan tidak mengundang sakit mata kepada Zafran. Dia terkenangkan kata-kata Syuhada yang perlunya menjaga imej pada hari pertama. Sesungguhnya dia berkobar-kobar mahu menunjukkan sikap pekerja yang terpuji supaya Zafran tidak lagi memandang rendah kepada kemampuannya. Dia tidak mahu Zafran melabel dia makan gaji buta pula jika melihat dia sekadar duduk termenung. Sepantas kilat tangannya mencapai beberapa lembaran dokumen di dalam laci. Penuh tawaduk Amani menelaah isi kandungan dokumen yang entah apa-apa itu tatkala Zafran melewati mejanya. Hakikatnya, matanya sahaja yang ditala ke atas kertas, sedangkan tumpuannya bukan di situ.

ZAFRAN berhenti sebaik sahaja menghampiri meja setiausaha baharunya. Kebiasaannya harum wangian Munirah dan lenggok manja gadis itu yang akan menyambut kedatangannya setiap hari. Namun, berbeza pula dengan Amani. Dia meneliti penampilan Amani dari atas ke bawah. Huh! Sudahlah tiada sebarang wangian, wajah pucat macam nampak hantu pula yang perlu dipandangnya pagi-pagi begini. Assalamualaikum. Selamat pagi, Encik Zafran. Amani bingkas bangun. Kepalanya ditundukkan sedikit tanda hormat. Sedaya upaya dia mengawal suaranya agar tidak terlalu ketara gementar di dadanya. Morning. Where is my coffee? Zafran masih memerhatikan Amani yang kelihatan gugup. Sengaja ditegaskan suaranya untuk melihat reaksi Amani.

27

Terima Kasih Cinta

Errr... saya dah letakkan atas meja macam yang Encik Zafran pesan semalam. Amani memberanikan diri memandang ke wajah majikannya. Aduh kacaknya! Zafran yang berkemeja lengan panjang kelihatan sungguh mempesonakan. Wangian maskulin menusuk ke hidung Amani. Good. Tolong carikan surat tawaran tender daripada Berjaya Holdings dan buatkan dua salinan untuk saya. Urgent! Zafran melangkah beberapa tapak ke arah biliknya sebelum berhenti dan berpaling ke arah Amani. Amani.... Zafran melunakkan suaranya. Amani terpegun saat namanya dipanggil oleh Zafran. Senyuman manis yang terukir di wajah Zafran membuatkan dia terpegun kuasa dua. Alamak, tak jejak bumi rasanya dia waktu itu. Dengan penuh kelembutan Amani menyahut jua. Ya, encik. Hebat, ya awak boleh baca tulisan terbalik? You should have added that skill in your resume. Zafran tersenyum sinis sebaik menghabiskan sebaris ayat itu. Seketika kemudian, dia telah pun menghilang di balik daun pintu. Puas hatinya melihat wajah terkulat-kulat Amani yang ditinggalkan sebentar tadi. Amani melihat ke arah helaian dokumen yang dipegangnya sedari tadi. Masya-Allah! Amani menepuk dahi. Pegang kertas pun terbalik. Ada hati nak tunjuk rajin depan bos! Amani mengutuk dirinya sendiri. Pipinya terasa hangat menahan malu. Pasti Zafran perasan wajah bahagianya saat dipanggil lembut begitu. Sindiran serta senyuman sinis Zafran menari-nari di hadapan matanya. Bagai sedang mengejek dirinya saat itu. Amani mengetap bibirnya.

28

Lya Zara

Aku takkan terpedaya lagi lepas ni! Dasar Adi Putra celup!

29

Terima Kasih Cinta

Bab 5
AFRAN menghempas briefcasenya ke atas meja. Bagai ada angin puting beliung yang melanda kepalanya. Yang sebenarnya dia jarang tiba awal seperti hari ini. Tetapi lambakan kertas kerja serta garisan mati yang semakin hampir menyebabkan tidurnya setiap malam juga sudah tidak lena. Zafran terkenangkan Munirah. Biasanya setiap pagi dia akan disapa dengan senyuman manis serta suara manja penuh lenggok menggoda gadis itu. Namun pagi ini, dia disambut dengan wajah pucat Amani yang sedang membaca kertas terbalik. Spoil terus anginnya. Muka macam mayat hidup! Tak berseri langsung. Tak boleh ke pakai secalit lipstick kat bibir tu? Zafran menggumam sendirian. Dia mengintai Amani yang sedang kalut mencari surat tawaran tender yang dimintanya tadi. Pakaian yang tersarung di tubuh gadis itu lebih menarik daripada semalam, namun masih belum mampu untuk menambat hatinya.

30

Lya Zara

Zafran sukakan gadis yang berpenampilan up-to-date. Ikut arus fesyen. Fesyen tak cukup kain, dalam erti kata lainnya. Pada pandangan matanya, Amani langsung tidak menarik perhatiannya. Zafran menghenyakkan punggung di atas kerusi empuk. Cuba dikikis bayangan wajah kekampungan Amani yang mengocak ketenangan jiwanya. Tangannya mencapai cawan berisi kopi yang telah dibancuh oleh Amani. Zafran memusingkan cawan itu tiga ratus enam puluh darjah untuk memastikan kebersihan cawan berada pada tahap yang memuaskan. Setelah berpuas hati, barulah dia menghirup sedikit kopi tersebut. Hatinya kembali panas sebaik sahaja seteguk kopi sejuk itu melalui kerongkongnya. Rasa marah yang baru hendak reda itu kembali hangat berapi. Amani! Come here! Suara lantang Zafran kedengaran sebaik butang interkom ditekan. Jantung Amani yang baru mendapat rentak normal bagaikan terhenti berdenyut buat seketika. Menggeletar lututnya saat itu. Ah, bala apa pulak nak datang ni! Amani membebel sendirian sambil melangkah laju ke bilik bosnya. Amani memberanikan diri untuk memandang wajah Zafran yang kelihatan seperti singa lapar. Hilang terus aura kehenseman ala-ala Adi Putra. Ye, Encik Zafran. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Amani bersuara perlahan. Dia bagaikan dapat melihat api kemarahan yang membara dari balik sepasang anak mata Zafran. Spontan dia melarikan pandangan matanya ke arah kasut yang tersarung di kaki. Langsung dia tidak berani menatap wajah Zafran. Macam mana awak buat kopi ni? Its too bitter!

31

Terima Kasih Cinta

Pahit! Zafran meninggikan suara. Dia memandang Amani yang sedang menunduk. Kecil kerdil sahaja dilihatnya Amani pada waktu itu. Entahlah, ada-ada sahaja perkara yang tidak kena dengan Amani yang membangkitkan rasa marah di hatinya. Serba-serbinya dirasakan tak kena. Saya masukkan sepeket kopi segera. Lepas tu saya tambah satu sudu gula lagi. Pahit lagi ke encik? Kandungan gula dalam tu dah cukup manis selalunya. Amani beranikan diri untuk menjawab. Dia mengerling sedikit ke arah Zafran. Terasa bagaikan ada asap yang keluar daripada kepala bosnya itu. Saya tak suka. Pahit! Awak pergi tanya Melissa macam mana dia buat kopi saya. Lain kali kalau tak tahu, tanya. Jangan memandai! Dah, get out!!! Zafran memalingkan badan. Pemandangan kota raya Kuala Lumpur dari tingkat sepuluh terbentang luas di hadapannya. Dadanya turun naik menahan marah. Hidungnya kembang kempis. Pada pandangan mata Amani, Zafran tak ubah seperti lembu jantan Mexico yang pantang nampak kain merah. Kalau Zafran punyai tanduk, pasti dirodoknya perut Amani tatkala ini. Amani melangkah keluar dengan hati yang sebal bersama secawan kopi yang dikatakan pahit tadi. Terkilan hatinya dengan sikap Zafran yang tidak bertimbang rasa. Tidak bolehkah bercakap dengan perlahan? Menegur dengan lebih berhemah? Malu betul rasanya apabila diherdik begitu pada hari pertama bekerja. Down terus semangat! Amani melangkah ke pantri. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia berjalan sambil menghentak kaki dengan kuat untuk menzahirkan rasa protes di hatinya. Kopi yang sudah sejuk itu dihirupnya sedikit. Berkerut kening Amani

32

Lya Zara

pada saat itu. Dah cukup rasa! Tak terlalu manis, jauh sekali terlalu pahit. Nak manis macam mana lagi? Nak kena penyakit kencing manis agaknya! Amani membentak sendirian. Dia terbayangkan wajah Zafran tadi. Kulit cerah bosnya bertukar kemerah-merahan apabila marah. Sepasang mata membulat macam nak telan orang. Huh, tak maco langsung! Dia terbayangkan aksi Zafran yang membentak macam budak kecil. Nak lebih gula ke atau nak gula-gula? Amani tergelak sendiri. Dah kena marah pun boleh gelak lagi ye? Suara yang menegur dari belakang mematikan terus sisa tawa di bibir Amani. Dia berpaling dan kelihatan sesusuk tubuh Melissa sedang bersandar pada dinding. Matanya galak memerhatikan Amani. Amani berdebar. Sudah berapa lama Melissa berdiri di situ dan menjadi pemerhati tegar? Matilah kalau Melissa ni kaki report! Bos kita memang suka yang manis-manis. Lain kali kalau kau buat kopi dia, pastikan kau guna sepeket instant coffee dan tambah lagi dua sudu kecil gula. Okey? By the way my name is, Melissa. Melissa menghulurkan tangan sambil tersenyum ikhlas. Amani terpegun. Manis rupanya senyuman Melissa. Kan bagus kalau Melissa tersenyum begini dari semalam? Perlahan-lahan huluran tangan Melissa disambut kemas. Amani turut mengukirkan senyuman. Hmmm... saya Amani. Budak kampung yang baru nak belajar. Sila beri tunjuk ajar, ye. Amani masih tersengih. Lega. Sekurang-kurangnya dia sudah ada teman pejabat untuk mengadu rasa dan bertanya apa-apa perkara yang tidak pasti. Lain kali kalau ada apa-apa yang kau tak tahu,

33

Terima Kasih Cinta

tanyalah dulu. Kalau boleh, aku tolong. Kalau tersalah jolok buah cempedak tak apa. Tapi kalau dengan Encik Zafran tu ibarat menjolok sarang tebuan tau! Melissa tersenyum lagi menampakkan sebaris gigi yang tersusun kemas. Dia sudah pun duduk di atas kerusi. Errr... selalu ke Encik Zafran marah-marah macam tu? Amani dipalu rasa ingin tahu. Dia pelik dengan sikap bos yang asyik mencari kesalahan dirinya. Memanglah mereka punya sejarah perkenalan yang tidak baik, tetapi takkanlah Zafran masih terbawa-bawa hingga ke saat ini? Jika benar Zafran tidak sukakan dirinya, mengapa ditawarkan jawatan ini? Adakah sekadar untuk menjadi punch bag? Hmmm... sejak Munirah, secretary yang dulu berhenti kerja, memang jadual dia jadi tak terurus. Tambah lagi sekarang ni company kita tengah kejar tender besar. Bos kita tu tengah serabut siapkan proposal la tu. Melissa memerhatikan Amani yang sedang membancuh secawan kopi baharu untuk bos mereka. Terdetik rasa kasihan di hatinya melihat Amani ditengking sebegitu kuat sebentar tadi. Sepanjang dua tahun bekerja di bawah seliaan Zafran, rasanya itu adalah kali kedua dia melihat bosnya begitu marah. Sebelum ini Rahim pernah ditengking sebegitu rupa kerana kesalahan pecah amanah. Tidak lama selepas itu Rahim telah diberhentikan kerja. Namun, apa sangatlah kesalahan Amani jika hendak dibandingkan dengan kesalahan Rahim. Melissa sendiri tidak punya jawapan. Dia tak ada girlfriend ke? Pertanyaan yang terpacul daripada mulut Amani mengundang reaksi di wajah Melissa. Kenapa? Nak masuk tender? Melissa mengusik Amani.

34

Lya Zara

Saat itu Amani rasa ingin menampar mulutnya sendiri. Bagaimanalah soalan yang berlegar di kepala boleh terpacul di mulut? Amani bimbang Melissa tersalah tafsir terhadap dirinya. Dia perlu bijak menangani situasi. Eh, saja je tanya.... Encik Zafran tukan handsome, takkanlah tak ada girlfriend, kan? Tapi kalau betul tak ada, bolehlah saya masuk tender.... Wajah Amani berona kemerahan. Ya Allah, mulut ni! Kenapa tak dengar arahan otak? Gatal bukan main! Macam-macam perempuan yang datang sini jumpa bos kita tu. Tapi yang paling kerap datang sekarang ni ada sorang.... Kalau tak silap, Arisya namanya. Girlfriendlah agaknya kut! Eh, Encik Zafran tu memang handsome, kan? Pandang muka dia tiap-tiap hari memang sejuuuk hati! Nasib la aku dah nak kahwin. Kalau tak... Melissa membiarkan ayatnya tergantung dan terkekeh-kekeh ketawa. Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada. Amani menghela nafas kelegaan. Mujurlah Melissa tidak memanjangkan persoalan yang ditimbulkannya sebentar tadi. Amani nekad mengunci mulut. Bimbang mulutnya tersalah cakap lagi. Namun hatinya tertanya-tanya bagaimana rupanya Cik Arisya, si buah hati bosnya itu. What took you so long? Buat kopi ke bergosip? Hah, Melissa! Awak pun sama, ya? Kedatangan Zafran yang secara tiba-tiba membuatkan kedua-dua mereka terdiam. Amani menjeling sekilas ke wajah Melissa yang kelihatan pucat disergah sebegitu. Ehem, saya ajar Amani buat kopi macam cita rasa bos! Melissa berdiri tegak di sebelah Amani. Tersenyum kelat dia pada saat itu apabila mendengar Zafran meninggikan suara.

35

Terima Kasih Cinta

Zafran memerhatikan kedua-dua pekerjanya sebelum mendengus dan berlalu pergi. Amarah yang bertapak di hati cuba diusir pergi. Dia berasa geram mendengar mereka berdua ketawa mengekek sejak beberapa minit yang lalu. Entah apa sahaja la yang digosipkan dari tadi.

SELEPAS disergah oleh Zafran di pantri, Amani lekaslekas menghantar secawan kopi manis kepada Zafran. Dia juga menyediakan dua salinan tender seperti yang diminta. Mujurlah Melissa memberi tunjuk ajar bagaimana dokumen penting syarikat disimpan. Dan mujur juga Amani pandai menggunakan mesin fotostat. Di sekolah dulu dia merupakan salah seorang petugas koperasi. Jadi, Amani sudah biasa membuat salinan. Tak adalah dia nampak kampung sangat di mata Zafran. Selepas waktu rehat tengah hari, Zafran tidak pulang ke pejabat langsung. Amani berasa lega kerana tidak perlu berdepan lagi dengan bosnya. Kali terakhir dia masuk ke bilik untuk meminta tandatangan Zafran, bosnya itu langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Jijik benar lagaknya. Amani berasa sayu. Dia tidak pasti berapa lama dapat bertahan dengan kerenah bosnya yang berangin taufan itu. Seram sejuk dibuatnya mengenangkan apa yang bakal menanti pada hari-hari seterusnya. Jika tidak dimarahi sepanjang masa, dia pasti dia akan kenyang dimaki untuk kesilapan-kesilapan kecil. Malah, dia sudah terbayang bilabila masa sahaja dia akan dipecat oleh Zafran. Amani menepuk perlahan dahinya.... Hai, la Amani.... Nasib kaulah dapat bos handsome tapi garang macam singa!

36

Lya Zara

Bab 6
AM sudah beranjak ke pukul enam tiga puluh minit petang apabila Amani melangkah masuk ke rumah sewa Syuhada. Apartmen itu terasa sunyi. Dua rakan serumah Syuhada belum pulang dari tempat kerja. Syuhada pula bekerja syif malam pada hari Jumaat. Ini bermakna esok pagi baru sahabatnya itu akan pulang. Amani melepaskan nafas berat. Lelah. Ah, sekejap sahaja sudah empat hari Amani bekerja di Megah Holdings. Bererti sudah empat hari juga Amani menjadi sasaran Zafran melepaskan marah. Dan bermakna sudah sembilan puluh enam jam Amani memendam rasa. Bagai gunung berapi yang memuntahkan lava panas, begitulah jua perasaan di dadanya. Amani merebahkan diri di atas sofa sambil tangan mencapai telefon bimbit. Dia berfikir sejenak sebelum beberapa butang nombor ditekan. Beberapa saat dia menunggu suara yang dirindui menyapa di hujung talian. sihat? Assalamualaikum, mak. Mak dengan adik-adik Amani memulakan bicara. Kedengaran suara

37

Terima Kasih Cinta

Kursyiah menjawab salam sambil terbatuk-batuk kecil. Hati Amani diserbu pelbagai rasa. Susah betul hendak sembuh penyakit batuk-batuk emaknya itu. Mungkin kerana emak selalu menjahit sampai lewat malam. Mak dengan Amira sihat. Amran je yang dah dua hari demam. Kamu sihat, Amani? Macam mana kerja hari ni? Kursyiah menjawab sayu. Hati tuanya amat merindui anak yang terpisah jauh. Pengorbanan Amani mencari kerja di bandar untuk menampung perbelanjaan keluarga cukup meruntun hatinya. Kalau diikutkan hati, memang dia tidak rela melepaskan Amani ke bandar. Dia tidak sanggup hidup berjauhan serta dilanda kebimbangan saban waktu mengenangkan anak yang jauh dari mata. Namun, keadaan kewangan benar-benar menghimpit mereka. Kudrat tuanya sudah tidak mampu mengambil upah untuk bersawah di bendang Haji Din seperti dulu lagi. Wang simpanan pula semakin hari semakin susut sedangkan perbelanjaan mereka semakin bertambah. Sesungguhnya dia terhutang budi dengan pengorbanan Amani yang satu ini. Amani...? Dengar tak mak tanya? Seronok ke tempat kerja baru tu? Kursyiah mengulang tanya apabila hanya kesepian yang menyambut soalannya sebentar tadi. Amani menggaru kepala yang tidak gatal. Saat ini mahu sahaja dia meluahkan segala perasaan yang terbuku di hatinya. Ingin dihamburkan tangisan yang sudah lama bersidai di birai mata. Emak merupakan teman paling akrab yang selalu menjadi telinga serta bahu tempat dia mengadu rasa. Emaklah insan yang paling memahami dirinya di dalam dunia ini. Amani menahan sebak. Ingin sahaja Amani bercerita tentang kejadian hari

38

Lya Zara

pertama di mana dia ditengking sekuat hati oleh singa jantan itu. Tentang baju buruk yang sering sahaja mengundang kata-kata pedas umpama belati menghiris hati. Tentang kopi yang tidak cukup manis. Tentang kesilapan kecil dalam ejaan. Tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau, kasut.... Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti belilah kasut baru. Teringat dia kata-kata sinis Zafran pada petang Khamis itu. Memang dia bernasib malang bertembung dengan Zafran petang itu. Waktu itu dia baru sahaja menunaikan solat asar. Kasutnya terbasah ketika berwuduk. Ter... bukannya sengaja dibasahkan. Amani takkan lupa bagaimana malunya dia ketika itu diperhatikan oleh beberapa pekerja lain. Kalau tidak sabar, memang melayang kasut sampannya ke dalam mulut singa jantan itu. Baru buku bertemu ruas. Amani picit kepala. Kadang-kadang dia pelik bagaimana Zafran boleh menjadi sebegitu teliti tentang segala perkara. Sekecil-kecil benda pun menjadi isu besar kalau melibatkan dirinya. Apa sahaja yang tidak kena dengan dirinya? Apa, ada cap mohor ke atas dahi aku ni yang mintak kena maki? Amani mengeluh. Amani, kenapa mengeluh ni? Tak jawab pun soalan mak. Kamu okey ke tak kerja kat sana? Suara bimbang Kursyiah mengembalikan Amani ke alam nyata. Hati tuanya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Errr... Amani okey, mak. Kerja pun okey. Seronok! Alhamdulillah, tak ada masalah. Amani jadi tidak sampai hati untuk bercerita kepada emaknya. Pasti emak akan suruh

39

Terima Kasih Cinta

berhenti kerja nanti. Dalam waktu sekarang, Amani tidak boleh cerewet. Nanti kalau dapat kerja di tempat lain, memang dia mahu cabut dari Megah Holdings. Tidak sanggup lagi maruahnya dipijak-pijak oleh Zafran. Amira kata bos kamu tu handsome macam pelakon KL Gengster. Apa namanya tu.... Ha! Adi Petra. Betul ke? Kursyiah teringatkan aksi Amira ketika wajah pelakon itu muncul dalam iklan di TV. Bukan main teruja Amira memanggilnya dari dapur. Amani tergelak menyambut kata-kata emaknya. Tidak sangka Amira bercerita kepada emak tentang perbualan SMS mereka. Adi Putra, lah mak! Haah, mak. Handsome macam Adi Putra! Baik pulak tu. Memang bestlah kerja bawah dia.... Amani rasa hendak termuntah mendengar kata-katanya sendiri. Awal dulu memang hatinya kembang semangkuk dapat bos yang kacak. Namun sekarang, Zafran tak ubah seperti singa jantan di pandangan matanya. Bila menyebut nama Zafran, muka singa jantan yang akan terbayang dahulu. Eloklah tu. Dapat bos lawa, baik pulak tu. Lega mak dengar. Kalau ada apa-apa masalah bagi tahu mak. Jangan simpan sorang-sorang. Duit belanja hari tu cukup lagi, Amani? Kursyiah terkenangkan wang poket yang diberikan kepada Amani. Hanya beberapa keping not lima puluh dan sepuluh diberikan kepada Amani sebelum gadis itu bertolak ke kota raya itu dahulu. Itu pun sudah pecah tabung Si Amran. Tidak mengapalah, dia masih mengambil upah menjahit baju untuk menampung perbelanjaan mereka. Bilabila nanti boleh diganti semula duit tabung Amran. Cukup, mak. Boleh sampai hujung bulan. Pandaipandailah Amani jimat, mak... Amani mengawal suaranya.

40

Lya Zara

Sungguh dia tidak sampai hati hendak memintaminta kepada emaknya. Emak bukan banyak wang. Yang ada itulah yang perlu dikongsi untuk menyuap makan tiga mulut di kampung. Kalau dia tidak cukup duit, sekurang-kurangnya dia masih boleh berpuasa sunat. Memang itu rancangannya kelak. Masalah yang ringan tidak perlu diperberatkan. Begitulah pada fikiran Amani. Okeylah, mak. Kredit Amani tak banyak ni. Nanti apa-apa Amani SMS je. Mak jaga diri tau! Jaga kesihatan. Kirim salam kepada Amira dan Amran ye. Cakap kat diorang, kakak pesan jangan asyik bergaduh je. Amani tersenyum mendengar suara adik-adiknya yang saling bertingkah. Terjerit terpekik macam di medan perang. Dari dulu hingga sekarang memang begitulah kedua-dua adiknya itu. Macam anjing dengan kucing! Namun, bila berjauhan begini terasa rindu menghimpit dada. Dia lebih rela dijamu pergaduhan mereka saban hari daripada berdepan dengan Zafran! Ha, yelah Amani. Kamu pun sama, jaga diri baikbaik kat tempat orang. Jangan tinggal solat.... Kursyiah memberi amanat. Insya-Allah.... Hmmm... mak...? Amani memanggil perlahan. Suaranya sudah bergetar menahan sebak di dada. Iya. Kenapa, Amani? Hmmm... Amani sayang mak tau. Mak jaga diri ye. Ada rezeki, Amani balik hujung bulan nanti. Assalamualaikum. Waalaikummussalam.... Mendengar salamnya dijawab, Amani lekas-lekas mematikan talian. Air matanya yang ditahan semenjak tadi jatuh berjuraian. Tersedu-sedan dia melepaskan tangisan. Bahunya sudah terhinggut-hinggut menahan sebak yang

41

Terima Kasih Cinta

memenuhi segenap ruang dada. Sungguh! Rindu benar dirasakannya saat ini. Semangatnya juga kian rapuh mengenangkan nasib yang tidak ketahuan di Megah Holdings. Tidak sanggup lagi dia menyimpan perasaan begini. Hendak dibenci, tangan itulah yang memberikan rezeki untuk dia menampung keluarga. Hendak dicaci, dia masih terhutang budi. Yang ada hanyalah kesabaran yang semakin menipis. Serta doa agar Zafran akan berhenti membenci dirinya.... Kalau punya sayap, memang dia ingin terbang pulang ke pangkuan keluarganya sekarang ini juga. Biarlah hidup susah, biarlah sakit telinga mendengar adik-adiknya bergaduh, biarlah cukup-cukup makan, tetapi sekurangkurangnya hatinya bahagia.

KURSYIAH menyeka air mata dengan hujung lengan baju. Dia merasakan bagai ada yang tidak kena dengan anak sulungnya itu. Namun, dia tidak dapat meneka apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Amani. Bila ditanya, jawabnya semua okey. Kursyiah membuang pandang ke arah Amira dan Amran yang masih bertikam lidah. Selalunya Amani, lah yang jadi pendamai antara kedua-dua mereka. Amira itu nama sahaja sudah anak dara, tetapi perangainya mengalahkan budak kecil. Amran yang baru darjah enam itu pun boleh diajak lawan bergaduh. Teringat pula dia kepada arwah suami yang sudah lama meninggalkan mereka. Hatinya berasa pilu. Terasa sarat dengan kerinduan kepada lelaki yang bergelar suami itu.

42

Lya Zara

Kalau Ahmad masih ada, tentu mereka tidak hidup sesusah ini. Tentu dia tidak rasa serapuh ini. Namun apakan daya, ajal dan maut ketentuan Ilahi. Dia sendiri tidak tahu entahkan bila waktunya akan tiba. Entahkan esok entahkan lusa. Mak pun sayangkan Amani.... Kursyiah berbisik sendiri. Jauh di sudut hati dia memanjatkan doa agar keselamatan anaknya sentiasa dipelihara oleh Allah. Memohon agar tidak ada perkara yang tidak elok berlaku kepada anaknya itu. Bahagiakanlah hati murni anakku, Ya Allah!

43

Terima Kasih Cinta

Bab 7
MANI menukar siaran TV beberapa kali. Tidak ada satu pun rancangan yang ditayangkan menarik perhatiannya pada pagi Sabtu itu. Amani berasa amat bosan. Dari pagi tadi dia sudah mengemas serta membersihkan apartmen itu. Habis segala tok nenek habuk yang bersawang sudah dibersihkan sampai berkilat. Kain baju kotor Syuhada pun sudah dibasuh dan disidai di balkoni. Beginilah adat hidup menumpang. Amani tidak mahu jadi seperti segelintir manusia yang macam parasit. Atau macam biawak hidup. Sudahlah tidak bayar sesen pun menumpang di rumah orang, tetapi lagaknya lebih daripada tuan rumah. Hish, mintak simpanglah perangai buruk macam tu. Syuhada sudah pulang dari kerja dan ketika ini sedang lena diulit mimpi. Maklumlah, sepanjang malam berjaga melayan kerenah manusia yang menginap di hotel bertaraf lima bintang. Menurut Syuhada, kebanyakan yang menginap di hotel tempat dia bekerja semuanya orang kaya

44

Lya Zara

yang cerewet tahap dewa. Ada sahaja yang tidak kena dan ingin dikompelin. Syuhada yang bertugas di kaunter penyambut tetamu memang tak menang tangan dibuatnya. Hendak menguap pun tidak sempat, inikan pula hendak curicuri tidur. Jadi, waktu siang begini memang paling afdal untuk dia qada tidur. Dah macam kelawar pun ada. Namun, Syuhada sudah berjanji untuk bawa Amani keluar petang ini. Bolehlah Amani melihat sendiri keindahan bandar raya Kuala Lumpur nanti. Seingat Amani, kali terakhir dia ke Kuala Lumpur adalah sembilan tahun lepas. Waktu itu arwah abah masih ada. Dan waktu itu mereka sekeluarga masih mampu melancong dalam negara pada waktu cuti sekolah. Bercuti-cuti Malaysia. Amani tersenyum mengingatkan kenangan bersama arwah abah. Hanya kenangan yang tinggal untuk mengubat rasa rindu kepada lelaki yang teramat disayangi oleh mereka sekeluarga. Amani mencapai senaskhah majalah di atas meja. Majalah Chic itu dibeleknya dengan penuh minat. Wajah gadis yang menghiasi muka hadapan majalah itu cukup memukau! Tip top. Macam model antarabangsa! Tidak ada sedikit pun cacat cela. Arisya: Antara Kerjaya dan Skandal Cinta. Sebaris tajuk itu dibaca dengan penuh minat. Amani teringatkan sesi mengumpat di pantri bersama Melissa sebelum mereka disergah oleh Zafran. Melissa ada menyebut nama Arisya yang dikaitkan dengan bos mereka. Aha! Jangan-jangan inilah singa betinanya! Jemari Amani rakus menyelak helaian majalah itu. Muka surat

45

Terima Kasih Cinta

empat hingga tujuh memaparkan sesi temu bual eksklusif serta gambar Arisya memperagakan pelbagai jenis busana. Amani menatap setiap gambar yang mempamerkan pelbagai posing. Memang panas. Gulp! Amani menelan liur. Kalau perempuan pun boleh tergoda begini, apatah lagi bagi kaum Adam! Chic: Boleh Arisya jelaskan tentang gosip cinta antara Arisya dengan salah seorang anak Dato yang hangat diperkatakan sekarang ini? Arisya: Well apa yang Arisya boleh cakap, kami masih dalam peringkat mengenal hati budi. Dia umpama backbone untuk Arisya terus bergiat aktif dalam bidang modeling. Buat masa sekarang cukuplah Arisya kenalkan dia sebagai Mr. Z. Arisya harap peminat Arisya akan mendoakan yang terbaik untuk kami. Bila tiba masanya nanti, I will introduce him to the public. Jawapan klise. Amani mencebik bibir. Amani sudah mula merangka peta minda dalam kepala. Anak Dato? Mr. Z? Z untuk Zafran? Zafran bin Dato Mustapha! Amani terjerit kecil apabila berjaya menyelesaikan misteri teman wanita bosnya. Sekali lagi dia menatap wajah itu. Memang cantik! Patutlah Zafran sakit mata tengok aku. Girlfriend dia model terkenal rupanya! Sempurna tanpa cacat cela. Subhanallah! Amani memuji keindahan ciptaan Ilahi. Namun, sayang sekali kerana Arisya tiada rasa malu

46

Lya Zara

mendedahkan hampir sebahagian daripada tubuhnya. Dress singkat itu menampakkan lurah dada serta paha gebu yang sepatutnya ditutup untuk tatapan yang berhak a.k.a. si suami sahaja. Amani menggelengkan kepala. Cepat-cepat dia menyelak halaman yang lain. Buat tambah dosa kering sahaja tengok gambar Arisya lama-lama! Amani berhenti di halaman dua puluh. Artikel Tip Cantik menarik perhatian Amani. Beberapa panduan bersolek bersertakan gambar itu ditatapnya penuh minat. Langkah demi langkah dijelaskan dengan bahasa mudah tentang bagaimana menggayakan solekan smokey eyes. Amani tidak pernah tahu apa itu smokey eyes. Tetapi daripada gambar model yang sudah siap disolek, kelihatan bahagian kelopak mata yang cukup cantik dioles dengan pembayang mata berwarna gelap.

SEJAM kemudian Amani sudah siap bersolek dengan mengikuti langkah-langkah yang dijelaskan dalam majalah. Habis alat solek Syuhada dikerjakannya untuk menjayakan eksperimen itu. Amani melihat wajahnya di dalam cermin. Dibandingkan pula dengan wajah model yang siap disolek. Hmmm... bagai langit dengan bumi! Apa yang tak kena? Dah ikut semua langkah dah ni! Amani membebel sendirian. Dia yang sibuk membelek wajah di cermin tidak sedar Syuhada yang baru bangun tidur sudah menghampirinya. Kau buat apa cakap sorang-sorang ni, Amani? Syuhada memicit dahi. Kepalanya masih pening dek tidak cukup tidur. Amani menoleh ke arah Syuhada. Tidak menyangka

47

Terima Kasih Cinta

sahabatnya itu sudah bangun. Kantoi la pakai alat solek Syu! Amani tersengih macam kerang busuk ke arah Syuhada yang masih mamai. Syuhada ternganga bagaikan terkena renjatan elektrik. Ditatapnya wajah Amani di hadapannya. Matanya digosok berkali-kali. Dia masih tidak percaya. Hilang terus rasa mengantuk yang berakar umbi sejak semalam. Jangan la pandang aku macam tu, Syu.... Aku pun nak cantik macam kau jugak. Hmmm... cantik tak? Aku belajar mekap dari majalah ni. Amani menunjukkan majalah yang dimaksudkan kepada Syuhada. Senyuman kelat terukir di wajah Amani. Syuhada menahan tawa. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada Amani tatkala ini. Jujur sangat nanti takut Amani merajuk. Bukan dia tidak tahu Amani itu sensitif orangnya. Ehem... bolehlah tahan. Errr... tapi banyak lagi teknik kau kena belajar ni. Ehem.... Syuhada serba salah. Tidak tahu macam mana hendak memuji rupa Amani. Sekali pandang macam baru lepas bertumbuk. Lebam kedua-dua mata. Dua kali pandang dah macam hantu Kak Limah balik kampung aje rupanya. Tiga kali pandang dah macam hantu Kak Limah yang baru lepas bertumbuk! Memang menyeramkan! Tiba-tiba Syuhada menghamburkan tawa yang ditahan-tahannya dari tadi. Dia tidak reti hendak berpurapura di hadapan Amani. Sakan sungguh dia ketawa sambil menekan-nekan perutnya yang terasa senak. Sampai hati kau, Syu.... Kat office Encik Zafran tak habis-habis mengata aku. Ni, kau pulak gelakkan aku. Kau pun sama je macam dia.... Lirih kedengaran suara Amani

48

Lya Zara

yang sudah menunduk. Syuhada terus terpempan. Hilang terus ilai tawanya. Dalam diam dia sudah memarahi diri sendiri. Sorry, Amani. Aku tak maksud apa-apa. Kau janganlah samakan aku dengan Zafran yang tak ada hati perut tu. Mulut dia tak ada insurans! Bau longkang! Aku bukan macam tu.... Ni, yang kau susah-susah nak mekap macam ni kenapa? Kau tu memang dah cantik semula jadi. Memang dah manis. Tak payahlah nak conteng muka tu. Kau ingat aku suka pakai mekap tebal-tebal setiap hari? Aku pakai pun sebab dah sebahagian daripada tuntutan kerja. Nak hadap orang-orang kaya. Kalau ikut hati, nak je aku pergi kerja dengan tempek bedak sejuk! Tak ada rosak kulit! Syuhada merangkul mesra bahu Amani lalu digosok lembut. Dia kena berhati-hati menyusun ayat. Bimbang merobek lagi hati Amani yang sensitif. Tapi Encik Zafran kata muka aku pucat macam mayat hidup. Amani menyeka air mata yang hampir menitis. Sensitif benar dia sehari dua ini. Hendak datang bulan agaknya. Zafran tu buta agaknya! Tak reti langsung nak hargai kecantikan semula jadi! Tak apa, kalau kau nak makeup light, boleh aku ajarkan nanti. Tapi janganlah make-up macam ni. Hmmm... tak sesuai. Dah, jom siap. Kita pergi Mid Valley. Boleh beli alat solek untuk kau nanti. Syuhada sudah bangun mencapai tuala. Aku mana ada duit nak shopping, la Syu. Amani terkenangkan baki beberapa keping duit di dalam begnya. Mana mungkin cukup untuk dia berbelanja sesuka hati. Tak apa, aku belanja. Aku baru dapat duit kutu semalam. Syuhada sudah tersenyum lebar. Tidak

49

Terima Kasih Cinta

mengapalah berhabis sedikit untuk sahabat baiknya. Bukan selalu. Dia berjalan menuju ke bilik air ketika Amani menyapa namanya. Syu.... Syuhada menoleh ke arah Amani yang masih duduk di birai katil. Buruk sangat ke aku mekap ni? Syuhada menggaru kepala yang tidak gatal. Dengan berhemah dia menjawab soalan Amani. Tak adalah buruk sangat. Tapi buruk sangat-sangat je. Sebijik macam hantu Kak Limah! Amani terpempan dengan jawapan jujur yang meluncur laju daripada mulut Syuhada. Dia memandang wajahnya di cermin. Serentak itu ketawanya meletus. Memang betul apa yang dikatakan oleh Syuhada. Buruk sangat-sangat. Allah dah cipta rupa paras sebaik mungkin, dia pula sibuk menconteng wajahnya sendiri. Macam orang tak bersyukur!

SYUHADA parkir kereta Kancilnya di petak kosong. Huh. Dia melepaskan nafas. Lega bila dapat parkir! Dahlah jalan jammed, parking Mid Valley pun penuh gila. Beginilah keadaan di Kuala Lumpur setiap kali hujung minggu atau hari cuti. Sentiasa sesak. Kadang-kadang dia pelik memikirkan dari mana datangnya ribuan kereta yang membanjiri setiap pelosok jalan. Tak reti duduk diam kat rumah ke? Heh, berangan apa kau ni? Amani menyiku Syuhada yang kelihatan mengelamun jauh. Dia membetulkan tudung serta blaus longgar bunga-bunga kecil yang tersarung

50

Lya Zara

di badan. Sudah tentulah baju Syuhada yang dirembatnya. Dipadankan pula dengan seluar jean biru lusuh milik Amira. Tudung sahaja kepunyaan dirinya sendiri. Daif betul! Mujurlah mereka berdua ni satu saiz. Boleh la menumpang cantik. Kejap, nak touch up sikit. Syuhada menambah pengilat bibir serta menekap span bedak beberapa kali. Selepas berpuas hati, barulah dia membuka pintu. Okey, dah cantik. Jom! Syuhada sudah berdiri di luar kereta. Amani tergelak kecil mendengar kata-kata Syuhada tadi. Selamba puji diri sendiri. Tak malu betul! Mereka berjalan beriringan memasuki Mid Valley. Amani kagum dengan kebesaran pusat membeli-belah itu. Kebiasaannya kedai runcit Ah Keong yang sekangkang kera itu yang kerap dikunjungi untuk membeli barang keperluan harian. Kiranya, kedai Ah Keong itu paling famouslah di Kampung Selayang. Paling besar pun Pasar Raya Fajar yang terletak di pekan Kuala Kangsar. Sekarang sudah direbranding kepada The Store. Itu pun jarang-jarang dia menjejakkan kaki kalau tidak ada barang penting yang perlu dibeli. Memang ramai yang berkunjung ke Mid Valley pada petang Sabtu itu. Kebanyakannya yang berpasangan lelaki dan perempuan saling berpimpin tangan. Muda-mudi yang berfesyen macam tak kena gaya. Yang perempuan berbaju ketat tak cukup kain. Yang lelaki ada yang memakai seluar kecik macam saiz Amran. Fesyen apakah ini? Amani berasa pelik. Dia yang tidak pandai berfesyen atau budak-budak zaman sekarang yang dah terlebih pandai berfesyen? Tidak ada apa yang nampak cantik di matanya dengan berpakaian

51

Terima Kasih Cinta

begitu. Pengaruh Barat. Nanti bila budak-budak ni dah tua mesti malu teringat fesyen pelik yang pernah mereka pujapuja ini. Amani tersenyum sendiri. Kau tengok fesyen rambut budak tu. Kalau kena belon confirm pecah! Fesyen apa tu? Macam ayam jantan mak aku je. Amani menuding jari ke arah remaja lelaki yang berambut tajam. Syuhada tergelak mendengar komen spontan Amani. Tu budak punk. Eh, kau janganlah nampak sangat usyar diorang. Budak-budak ni ada yang gengster tau! Syuhada menegur Amani. Amani kecut perut mendengar amaran Syuhada. Lekas-lekas dia menghalakan jarinya pada sebuah kedai baju. Pura-pura menunjuk ke arah baju-baju di situ. Bimbang juga kalau budak punk itu naik angin. Tiba-tiba matanya tertancap kepada sepasang merpati sejoli yang asyik memilih baju. Dari pandangan sisi, tubuh badan yang tegap itu kelihatan seperti Zafran. Siapakah gadis tinggi lampai yang bersama Zafran itu? Itukah Arisya? Amani menarik Syuhada ke tepi dinding. Kau ni dah kenapa? Syuhada tersentak apabila tangannya direntap kuat oleh Amani. Dia hairan melihat Amani yang tertinjau-tinjau ke dalam kedai. Syuhada membuang pandangan ke arah yang sama. Tetapi tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Amani, kau ni kenapa? Syuhada bertanya sekali lagi. Syu, aku macam nampak bos aku la. Dengan perempuan. Girlfriend dia agaknya. Mata Amani masih tidak lepas daripada melihat ke dalam kedai. Angle yang tak baik!

52

Lya Zara

Dia masih belum dapat melihat wajah perempuan itu dengan jelas. Naluri kepochinya bagaikan membuak-buak ingin mendapatkan kepastian. So? Syuhada membalas pendek. Sungguh dia tidak faham kenapa Amani jadi begitu teruja. Amani memalingkan tubuh menghadap Syuhada. Eh, kau ni tak cukup hormon estrogen ke? Sebagai perempuan sejati, takkan tak rasa nak tahu siapa girlfriend si singa jantan tu? Amani menoleh kembali ke arah pasangan yang diintip semenjak tadi. Kelibat Zafran sudah tidak kelihatan. Mungkin mencari pakaian di bahagian lelaki. Amani mengambil peluang ini untuk menghampiri perempuan misteri itu. Dia cuma perlu memastikan wajah itu sama seperti wajah gadis penghias muka Majalah Chic yang dilihatnya tadi atau tidak. Itu sahaja. Kau tunggu sini kejap. Kejap je. Aku kena selesaikan misteri ni. Kalau tak, tak tidur lena aku malam nanti. Amani meninggalkan Syuhada. Syuhada memerhatikan langkah Amani yang purapura membelek baju sambil menghampiri kedudukan wanita berbaju merah sendat itu. Semakin lama semakin hampir. Sebaik sahaja berada tidak jauh dari kedudukan wanita itu, Amani panggung kepala. Memang wajah Arisya! Walaupun sekadar bersolek nipis serta berbaju kemeja sendat, namun kecantikan Arisya benar-benar terserlah. Lagi cantik daripada dalam majalah! Hati kecil Amani berbisik sendiri. Puas hatinya kerana telah mendapatkan kepastian. Mission accomplished! Amani cepat-cepat ingin beredar dari tempat itu. Bimbang pula bertembung dengan Zafran. Amani mengundur

53

Terima Kasih Cinta

beberapa langkah. Sebaik berpaling, tubuh Amani hampir berlanggar dengan sesusuk tubuh lelaki di hadapannya. Kaki kirinya pula mendarat betul-betul di atas kaki kanan lelaki itu. Wangian yang menusuk hidungnya membuatkan Amani kaget. Belum pun seminggu, namun dia pasti benar yang itu merupakan bau perfume Zafran. Dia menunduk. Tidak berani angkat kepala. Opsss... sorry sir. Amani sengaja bersuara sengau. Bimbang nanti Zafran dapat mengecam dirinya. Cepat-cepat dia berjalan ke pintu keluar sambil menunduk. Terasa jauh benar pintu kedai itu tatkala ini. Hmmm... its okay. Zafran beranjak ke tepi memberi laluan kepada gadis berkasut Bata yang memijak kasut jenama Tods miliknya. Eh, macam penah tengok kasut tu! Zafran berfikir-fikir sendiri. Aha! Tunggu kejap! Telinga Amani bagaikan berdesing mendengar suara Zafran. Jantungnya berdegup kencang. Langkahnya mati. Lututnya terasa lembik. Ya Allah, selamatkanlah aku!

54

Lya Zara

Bab 8
MANI terdengar derap langkah yang semakin lama semakin menghampirinya. Tatkala itu dia berharap agar memiliki kudrat untuk memecut lari meninggalkan kedai itu. Namun apakan daya, kakinya bagaikan terpaku di lantai. Dadanya pula bagai hendak pecah menahan debaran yang semakin menggila. Silap hari bulan boleh mati kena serangan jantung! Amani! Awak buat apa menghampiri sesusuk tubuh itu. kat sini? Zafran

Inikan tempat awam, suka hatilah saya nak datang sini! Amani membentak. Sayangnya, sebaris kata-kata itu hanya mampu diucapkan dalam hati. Realitinya dia hanya mampu terdiam dan menikus tatkala berdepan dengan Zafran. Memang dia tidak berani hendak lawan tauke! Kenapa senyap? Awak mengintip saya, ya? Zafran meluah rasa. Geram betul hatinya melihat kelibat Amani di sini pada hujung minggu. Sudahlah di pejabat ada sahaja tingkah laku Amani yang mengundang marah. Sebentar tadi

55

Terima Kasih Cinta

selamba sahaja gadis itu memijak kasutnya. Harga sepasang kasut itu hampir sama dengan sebulan gaji gadis itu! Dear, whats wrong? Who is this girl? Arisya memeluk manja lengan Zafran. Matanya turun naik memandang gadis kampung di hadapan mata. Suara Zafran yang agak lantang tadi menyebabkan beberapa pekerja kedai turut memerhatikan sandiwara percuma di hadapan mata. Amani melawan gelabah. Otaknya rancak mencari helah. S... saya saya nak beli baju! Sepotong ayat itu keluar juga daripada mulut Amani. Oh, really? Mampu ke? Sehelai baju kat sini harganya separuh gaji awak, tahu? Zafran membalas. Kejam sungguh ayat yang keluar daripada mulut Zafran. Argh! Kena hina lagi! Amani sudah kehabisan akal. Tidak tahu apa lagi yang boleh dikelentong untuk menyelamatkan diri. Amani! Kau dah dapat autograph, Kak Arisya? Kemunculan Syuhada yang tiba-tiba mengejutkan Amani. Apa kena pulak Syu ni? Amani menjongket kening ke arah Syuhada. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Sorry! Kawan saya ni suka sangat kat Kak Arisya. Akak, kan supermodel terkenal. Dari tadi dia nak minta autograph akak. Syuhada tersenyum-senyum sambil menghulurkan sebatang pen kepada Arisya. Sumpah! Pandai betul dia berlakon! Oh, dear! Kenapa tak cakap? Come, let me sign for you! Arisya kembang semangkuk. Hidungnya kembang kempis. Jarang-jarang ada peminat yang datang minta autograf daripadanya. Maklumlah, dia bukan pelakon atau

56

Lya Zara

penyanyi terkenal. Walaupun sering menghiasi majalah, namun aura model tidaklah sehebat pelakon atau penyanyi. Amani jadi kaget. Dia menyelongkar beg tangan, cuba mencari cebisan kertas. Resit kedai runcit pun jadilah. Tetapi sayangnya tiada! Hmmm... boleh sign sini? Amani menghulurkan tapak tangannya. Ah, gasaklah! Nanti boleh dicuci dengan sabun! Sini? Sure? Arisya meminta kepastian. Amani mengangguk laju. Zafran yang memerhati sudah mula mencebik bibir. Syuhada pula menahan tawa. Sebentar sahaja tapak tangan Amani sudah penuh dengan ucapan serta tanda tangan Arisya. Thank you, Kak Arisya. We wish you the best in your career! Handsome boy-friend akak! Akak pun cantikkk... sangat. Macam pinang dibelah dua! Syuhada masih tegar memainkan peranan. Skil lakonannya memang boleh tahan. Thank you! Arisya merapatkan badan ke tubuh Zafran. Badannya sudah meliuk lentok bagai lalang ditiup angin. Seronok betul bila dipuji begitu. You two are gorgeous too. Arisya memuji pula. Sengaja dia berlakon berbaik-baik begitu. Di tempat awam begini bimbang pula kalau ada paparazi yang mengekori. Lagipun Arisya memang punya bakat berlakon yang terpendam. Cuma belum ada pengarah yang ingin menyunting dia berlakon filem! Buta agaknya pengarah filem di Malaysia ni! This is not over yet! Ill see you on Monday! Zafran berbisik sedikit ke arah Amani. Marahnya masih

57

Terima Kasih Cinta

bersisa. Tak apalah, tunggu hari Isnin nanti! Memang banyak perhitungan yang perlu diselesaikan dengan gadis itu. Amani mengangkat kepala memandang ke arah Zafran. Dia ingin sekali mengucapkan kata maaf dengan harapan biar terpadam api kemarahan di hati majikannya itu. Namun, lain pula tindakan mulutnya. Okay. See you! Eksyen betul muka Amani sewaktu menuturkan kata-kata itu. Muka Zafran terus bertukar merah padam. Langsung dia berpaling meninggalkan Amani dan Syuhada. Kalau tunggu lama-lama, bimbang pula dia hilang kawalan memandang wajah Amani yang selamba macam minta penampar! Amani katup mulut. Kenapalah mulutnya selalu tidak bekerjasama dengan otak? Lain yang difikir, lain pula yang jadi. Syuhada lekas-lekas menarik Amani keluar dari kedai. Setelah berjalan agak jauh meninggalkan kedai tersebut, Syuhada berhenti dan ketawa terbahak-bahak. Langsung tidak dipedulikan pandangan mata orang ramai ketika itu. Kau ni kenapa, Syu? Aku baru je lepas kena maki, kau boleh pulak gelak kemain sakan kat aku? Amani sudah bergenang air mata. Sentap betul dia dengan sikap Syuhada yang kurang sensitif dengan peristiwa hitam yang baru menimpa dirinya. Sorry... sorry.... Tapi kau tak nampak ke macam mana muka Zafran tadi bila kau selamba je cakap, Okay, see you!. Muka dia dah merah! Mata bulat macam nak tersembul! Betul la kau cakap macam singa jantan! Syuhada masih mengawal tawanya.

58

Lya Zara

Kau ingat aku sengaja ke cakap macam tu? Aku nak mintak maaf sebenarnya. Entah macam mana mulut aku cakap macam tu pulak. Macam mana ni, Syu? Entah-entah kena pecat tak hari Isnin ni? Muka Amani sudah pucat membayangkan kemungkinan yang bakal dihadapi nanti. Dalam hati tidak habis-habis dia menyumpah diri sendiri yang bukan main lagi berani menghampiri Arisya tadi. Kalau naluri kepochi dapat dikawal tadi, sudah tentu dia takkan bertembung dengan Zafran. Yang Zafran pun satu! Kenapa la nak jalan-jalan kat Mid Valley jugak hari ni? Pergilah dating kat Zoo Negara. Kata singa jantan? Eh, takkan sampai nak kena pecat? Kejam sangat ke dia sampai nak pecat kau? Kalau dia pecat kau tanpa alasan yang munasabah, company tu kena bayar sebulan gaji sebagai ganti rugi tau! Mati terus ketawa Syuhada. Bimbang juga tentang masa depan sahabat baiknya itu. Tu la aku takut tu. Belum pun seminggu, dah kena pecat. Buruk betul rekod aku nanti. Syu, hotel tempat kau tu ada kerja kosong tak? Jadi cleaner pun boleh la Syu! Amani menggenggam erat tangan Syuhada. Sudah sejuk bedi tangan Amani. Nanti aku tengokkan. Tapi takkan nak jadi cleaner? Buat masa ni kau jangan susah hati sangat. Entah-entah tak ada apa pun Si Zafran nak buat kat kau. Mungkin dia saja nak gertak kau. Dah... dah... jangan fikir lagi. Jom kita pergi beli barang mekap untuk kau. Isnin ni kau mekap cantik-cantik, biar sampai dia tergoda! Kalau plan A tak menjadi, kau mekap smokey eyes macam tadi. Confirm Zafran pengsan terus! Syuhada sempat lagi mengusik Amani. Jom kita solat asar dululah, Syu. Tak tenang dah hati aku ni! Amani mengeluh perlahan. Digenggam erat tangan Syuhada untuk melepaskan rasa yang terbuku di hati.

59

Terima Kasih Cinta

Okey, jom kita pergi surau. Tu... tangan kau tu tak mau potong dan framekan? Bukan senang nak dapat tandatangan Arisya! Syuhada menjuihkan bibir ke arah tangan Amani. Muka Amani yang mendung bertukar terus. Amani tertawa mendengar kata-kata Syuhada. Dipandang tapak tangannya yang berconteng itu. Lots of Love from Arisya. Amani berasa geli-geleman. Dia bukan peminat Arisya pun. Kalau bukan kerana Majalah Chic tadi, memang dia tidak pernah kenal pun siapa itu Arisya. Namun, mujur juga Syuhada datang menyelamatkan keadaan. Kalau bukan kerana otak bergeliga kawannya itu, silap-silap mati kejung dia di situ makan sumpah seranah Zafran. Jantungnya berdebar kuat bila terkenangkan Zafran dan nasibnya pada hari Isnin nanti. Ah, tak apalah. Rezeki di bumi Allah ni luas. Kalau Zafran dah nak pecat aku, mungkin ada rezeki lain yang lebih baik Allah tentukan. Percaya dengan janji Allah! Amani berbisik sendiri. Rasa cuak diusir jauh-jauh untuk menenangkan dirinya sendiri.

ARISYA melarikan jemari runcingnya ke wajah kacak Zafran. Zafran tersenyum sedikit sebelum mengalihkan jemari Arisya daripada menyentuh wajahnya. Cubaan menggoda entah kali yang ke berapa. Dia sendiri sudah tidak ingat.

60

Lya Zara

Arisya mendengus. Bengang! Setiap kali digoda, pasti Zafran akan menepis. Terkadang dia berasa hairan dengan sikap Zafran. Kalau lelaki lain, tidak payah disuruh sudah pandai meraba segenap tubuh badannya. Tetapi Zafran cukup berbeza. Bukan setakat green light, rainbow light sudah diberikannya kepada Zafran. Namun, sedikit pun lelaki itu tidak peduli. Pernah dia terfikir lelaki ini gay. Yalah, orang bodoh sahaja yang tidak merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Arisya. Lelaki lain sanggup menawarkan ribuan ringgit untuk menikmati tubuhnya untuk satu malam. Untuk Zafran, Arisya sanggup memberikannya secara percuma. Namun, Zafran sentiasa menolak. Kalau bukan mengenangkan kekayaan yang diwarisi oleh Zafran serta wajah kacak yang dimiliki oleh lelaki itu, sudah lama dia angkat kaki. Dia sudah terbayangkan masa depan yang terjamin dengan Zafran. You ni kenapa, sayang? Monyok je dari tadi? I ada buat salah ye? Arisya menggunakan teknik reverse psychology. Sengaja dimuncungkan bibir tanda sedang merajuk. Semenjak petang tadi dia perasan yang Zafran sudah lain macam. Ini sudah sampai di hadapan rumah pun masih moody! Zafran mengeluh berat. Sebenarnya dia sudah hilang mood sejak bertembung dengan Amani. Hilang terus selera makannya. Rib steak yang dipesan sewaktu dinner tadi pun sekadar dikuis-kuis dengan hujung garpu. Hebat betul penangan gadis bernama Amani itu. Sejak dari awal bertentang mata hingga ke saat ini, belum pernah sekali pun gadis itu gagal mencuit rasa di hatinya! Bukan sebab you, la. Budak perempuan yang kita jumpa kat butik tadi tu, dia tu secretary I. Tak tahulah, ada

61

Terima Kasih Cinta

aje benda yang buat I bengang dengan dia. Zafran meletakkan tangan ke atas stereng kereta. Arisya mengawal rasa terkejut. Kembali dia terkenangkan wajah gadis yang dimaksudkan oleh Zafran. Wajah kekampungan yang cukup naif! Yang sebenarnya Arisya tidak menyangka Zafran sanggup menggaji Amani sebagai setiausahanya. Sebelum ini memang hati Arisya berbulu dengan penampilan setiausaha-setiausaha Zafran. Arisya bimbang Zafran akan tergoda dengan mereka. Bukan dia tidak tahu Munirah dulu ada hati dengan Zafran. Memang setiap hari Arisya berasa tidak tenteram. Rancangannya untuk mengusir Munirah akhirnya berjaya. Lega hati Arisya apabila Munirah berhenti kerja. Kalau gadis kampung tadi yang menjadi setiausaha Zafran, tidak perlulah dia bimbang lagi. Silap-silap, gadis itu boleh diupah menjadi spynya di pejabat Zafran! Misi memiliki Zafran perlu dilaksanakan secepat mungkin. Kenapa dengan budak tu? Okey je I tengok dia? Arisya mula merangka kata-kata. Dia berpaling menghadap wajah Zafran. Wajahnya dimaniskan. Tak tahulah. Budak kampung... semua benda tak reti buat. You tengoklah tadi cara dia dress up. Serius, buat I sakit mata tau! Nak bawak keluar pergi jumpa clients pun I malu. Zafran meluahkan rasa yang terpendam. You ni.... Diakan baru kerja. Bagilah peluang dulu. Dah you kata budak kampung, kan... agaknya anak orang miskinlah tu. Mana ada duit nak beli baju dan melawa macam I! Adui... sempat pula Arisya memuji dirinya. Tangannya sudah mula menjalar di paha Zafran. I ingat nak pecat dialah Isnin nanti. Bagi dia one month salary. Habis cerita! Zafran membulatkan tekad.

62

Lya Zara

Tidak sanggup lagi menanggung rasa marah setiap kali terkenangkan Amani. Bimbang nanti boleh jadi gila! Kalau bukan kerana rasa bersalah berebut teksi dengan Amani hampir seminggu lalu, sudah tentu dia tidak akan mengambil Amani bekerja. Arisya sudah tidak senang duduk. Dia berharap benar Amani terus bekerja di situ. Risau betul dia sekiranya Zafran mengambil perempuan yang cantik dan seksi sebagai setiausahanya. Selagi Zafran belum menjadi miliknya, selagi itu Arisya tidak akan berasa tenang. Come on, sayang! Sejak bila you lemah semangat ni? Tender berbilion pun you boleh dapatkan. Takkan pasal budak kampung tu you nak jadi macam ni? Why dont you bagi dia allowance sikit? Suruh dia beli office attire. Ini pun kira investment jugak, kan? Untuk jaga imej company you jugak. In return, you suruh dia sign contract kerja dengan you for at least six months. Arisya memang bijak merangka strategi. Selain modeling, memang itulah kepakaran yang dimilikinya. Zafran membuang pandangan jauh ke hadapan. Dia cuba menilai cadangan yang diberikan oleh Arisya. Namun, agak sukar menumpukan perhatian apabila tangan Arisya semakin galak merayap mencari tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Lekas-lekas Zafran menepis lembut tangan Arisya. Hmmm... maybe I boleh bagi dia another two months, kan? Kalau sama je tak reti buat kerja, memang I will terminate her. Thanks for your brilliant suggestion. Zafran mencium belakang tangan Arisya. Dia tahu Arisya merajuk kerana tangannya ditepis. Tetapi, malas Zafran mahu ambil peduli.

63

Terima Kasih Cinta

Hmmm... dear, jom naik rumah I? Lucy outstation. Ada job kat Johor. You temankan I malam ni, pleaseee...? Arisya sudah mula merengek. Berharap benar agar Zafran akan tergoda kali ini. Sorry, Arisya. I dah janji dengan umi nak balik awal hari ni. Next time, okay? Zafran sudah mula menekan pedal minyak. Arisya mencebik. Panas hatinya sukar digambar. Dicapai beberapa beg kertas hasil daripada sesi mengikis duit Zafran siang tadi. Pintu kereta Mercedes CLK 200 milik Zafran dihempas kuat. Sekelip mata kereta Zafran sudah meninggalkan kawasan pekarangan Kondominium Paragon. Arisya mencapai telefon bimbit Blackberry yang dihadiahkan oleh Zafran seawal sebulan perkenalan mereka. Hello. Aaron? What are you doing tonight? Wanna come over to my house? Arisya bersuara manja. Senyuman lebar terukir di wajahnya sebaik mendengarkan jawapan Aaron di hujung talian. Sejak bersama dengan Zafran lima bulan yang lalu, Arisya sudah tidak berhubungan dengan lelaki lain. Zafran sudah cukup sempurna untuk memberikannya wang ringgit untuk berbelanja. Namun, kehendaknya yang satu itu tidak pula dipenuhi oleh Zafran. Malam ini dia sudah tidak peduli, dia mahu melepaskan hajat itu bersama Aaron. Ah, siapa suruh kau jual mahal sangat? Arisya tersenyum sambil memasuki ke dalam lif.

64

Lya Zara

Bab 9
NCIK ZAFRAN jangan melampau! Walaupun saya datang dari kampung dan saya ni orang miskin, tapi encik tak boleh hina saya sesuka hati! Saya pun ada maruah. Nilai harga diri seseorang itu bukan diukur pada harta kekayaannya, Encik Zafran. Suara Amani bergema di segenap ruang pejabat. Terluah jua apa yang terbuku di lubuk hatinya selama ini. Sebentar tadi telinganya sudah panas mendengar kata-kata cacian daripada mulut Zafran. Tembok kesabaran yang dipertahankan akhirnya runtuh juga. Amani sudah tidak peduli kalau Zafran ingin memecatnya. Lebih baik hilang kerja daripada hilang harga diri. Zafran panar tatkala mendengar suara Amani yang melengking sebentar tadi. Sungguh dia tidak sangka gadis yang selama ini diam dan sering menunduk apabila dimarahi, kini sudah berani membuka mulut melawan kata-katanya. Tak sedar makan gaji! Getus hati kecil Zafran. Zafran terdiam mencari idea untuk membidas kata-kata Amani.

65

Terima Kasih Cinta

Encik Zafran pun bukan sempurna. Harap muka aje handsome. Tapi mulut busuk macam bau kentut. Nak mencaci orang je kerjanya.... Amani semakin berani tatkala melihat Zafran yang berdiam diri. Dia tidak peduli. Dia ingin melampiaskan semua kemarahannya kepada Zafran hari ini. Apa nak jadi, jadilah! Sepasang mata Zafran bulat merenung wajah Amani. Wajah polos yang tenang itu semakin meruapkan rasa marahnya. Zafran menghampiri Amani yang sedang tercegat berdiri di hadapannya. Perasaan benci sudah mula merasuk dan menguasai fikiran warasnya. Tanpa dia sedari, kedua-dua belah tangannya sudah mula mencekik leher Amani. Biar sampai mampus, baru puas hatinya! Amani cuba menolak cengkaman tangan Zafran. Namun, kudratnya tidak cukup kuat untuk menandingi tenaga lelaki itu. Zafran benar-benar sudah hilang pertimbangan diri. Semakin lemah Amani, semakin kuat cengkamannya pada batang leher Amani. Amani jatuh terjelepok di atas lantai. Matanya terpejam rapat....

AMANI tersentak. Sekilas dia menoleh ke arah jam di dinding. Sudah pukul enam pagi. Cis! Mimpi rupanya! Masuk kali ini sudah tiga kali dia terjaga daripada tidur. Badannya berpeluhpeluh. Dadanya sakit menahan degupan jantung yang begitu kuat. Dia mengusap-usap lehernya. Amani terkenangkan mimpi yang dialaminya tadi. Semuanya dirasakan bagai realiti. Suasana ruang pejabat yang sama seperti bilik Zafran, kopi manis yang masih berasap terhidang di atas meja dan Zafran pula duduk di atas kerusi sambil kaki bersilang di atas meja. Amani masih ingat

66

Lya Zara

bahawa dia cuma tercegat kaku di hadapan Zafran. Dalam mimpi itu, Zafran tidak henti-henti menyebut tentang kesemua kesalahan serta kecuaian yang pernah dilakukan sepanjang empat hari bekerja di Megah Holdings. Cuma empat hari, namun kesalahan yang disenaraikan dalam mimpi tadi dirasakan cukup panjang. Sempat Amani mempertahankan diri dengan menyuarakan pendapat. Tetapi entah bagaimana Zafran tibatiba menghampiri dan mencekik lehernya. Scene yang terakhir itulah yang menyebabkan dia terjaga daripada tidur. Amani memicit dahi. Rasa pening dan macam hendak demam pula badannya ketika ini. Ini petanda nak kena pecat ke hari ni? Jantung Amani kembali berdegup kencang. Walaupun kesabarannya agak goyah dengan sikap Zafran, namun dia masih belum bersedia untuk meninggalkan Megah Holdings. Sekurangkurangnya biarlah sehingga Syuhada sempat mencarikan kerja untuk dirinya. Amani bertambah resah apabila mengenangkan keluarga di kampung yang bergantung harapan kepada dirinya. Syu, bangun Syu.... Isy, bangunlah kejap.... Amani menggoyang-goyangkan badan Syuhada yang lena tidur di sebelahnya. Wajah Syuhada tersembul di sebalik selimut. Kau ni kenapa, Amani? Mimpi hantu ke? Syuhada menggosok matanya berkali-kali. Ditenungnya wajah Amani yang pucat macam orang sakit. Lagi dahsyat daripada mimpi hantu. Aku mimpi Zafran cekik aku sampai mati! Syu, aku betul-betul rasa tak sedap hati. Aku rasa tu petanda nak kena pecatlah. Syu, hari ni kau tolong tanyakan kerja kosong? Boleh? Mata Amani sudah bersinar penuh harapan.

67

Terima Kasih Cinta

Itulah kau. Suka sangat panggil Zafran tu singa. Duk seru-seru... tu yang dia datang melawat kau dalam mimpi. Pastu semalam tidur tak baca doa, kan? Aku tengok kau dah ternganga tidur lepas aku solat isyak. Amani termangu dibebel oleh Syuhada. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Syuhada. Kebiasaannya dia amalkan baca ayat Kursi dan doa tidur sebelum melelapkan mata. Tetapi semalam dia senggugut teruk. Lepas telan dua biji Panadol langsung dia tertidur. Hingga ke pagi ini pun perutnya masih memulas. Tidurnya pula sejak malam tadi tidak lena kerana terlalu memikirkan tentang nasibnya hari ini. Sekejap-sekejap terjaga. Amani terkenangkan beberapa das ayat power yang diucapkan dalam mimpi. Walaupun cuma mimpi, namun terasa satu kepuasan dapat mengutuk Zafran. Tidak dapat dibayangkan indahnya perasaan kalau dia dapat menghamburkan ayat itu kepada Zafran secara realiti. Amani tersenyum sendiri. Hah, dah tersengih pulak kau ni! Kau okey ke tak? Syuhada merasa dahi Amani. Pelik melihatkan Amani yang sekejap berkerut muka macam orang sembelit dan sekejap tadi tersenyum pula. Waras tak ni? Aku takut. Kau doakan aku ada jodoh panjang di Megah Holdings tau. Tapi jangan lupa tanya-tanyakan jugak kerja kosong kat hotel kau. Manalah tau kalau-kalau... Amani tidak sanggup menghabiskan kata-katanya. Iya, nanti aku tanyakan. Eh, Amani... selalunya orang kata mimpi tu terbalik. Kau mimpi kena cekik dengan Zafran, entah-entah dia nak bagi kiss, muah muah! Syuhada mendekatkan mukanya ke arah Amani sambil memuncungkan mulut.

68

Lya Zara

Eee... kau ni! Jangan merepeklah! Dah la mulut busuk! Amani menolak kepala Syuhada. Badannya dijauhkan sedikit sambil ketawa melihat aksi mulut cencorot Syuhada. Aksi 18SX! Kau pergi siap cepat. Hari nikan nak mekap cantikcantik. Apa-apa hal nanti kau SMS aku tau! Jangan lupa update aku secepat mungkin! Syuhada sudah menarik semula selimut. Matanya masih mengantuk kerana tidur yang terganggu. Ha, pandai nak ceramah orang ye? Kau nak buat apa tu? Bangun solat subuh dululah. Jangan lupa doa untuk aku. Amani mencampakkan sebiji bantal yang tepat mengenai kepala Syuhada.

SUDAH sejam waktu pejabat berlalu namun, kelibat Zafran masih belum kelihatan. Amani sudah tidak senang duduk. Dirasakan penantian ini suatu penyeksaan. Dadanya sentiasa berdegup kencang apabila melihat seseorang melewati pintu masuk pejabat. Fikirannya asyik melayang terkenangkan Zafran yang entah di mana. Takkan ponteng kerja? Amani menongkat dagu. Termenung. Semua kerjanya tidak menjadi sejak keluar rumah pagi tadi. Dia terlepas dua stesen monorel kerana kepalanya tidak hentihenti merangka ayat untuk diucapkan kepada Zafran. Tak pasal-pasal rugi dua ringgit sekupang! Sudahlah kepalanya pening kerana tidak cukup tidur, perutnya pula masih diserang senggugut. Amani menunduk mencapai beg tangan lusuh yang disimpan di dalam laci. Dikeluarkan sebotol kecil minyak cap kapak yang memang sentiasa dibawa bersama. Minyak inilah yang

69

Terima Kasih Cinta

menjadi peneman sepanjang tiga jam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur. Dicalitnya sedikit ke kepala dan belakang tengkuk. Teruk benar dirasakan penangan Si Zafran. Bukan setakat menjejaskan emosi, malah kesihatan dirinya juga sudah terancam. Amani menggelengkan kepala. Mengape muka kamu macam orang yang kematian suami ni? Jason menyapa dari belakang. Lelaki Cina yang ala lembut ini memang antara teman pejabat yang rapat dengannya selain daripada Melissa. Bahasa Melayunya tunggang-langgang. Mulutnya pula boleh tahan puaka. Permulaannya memang Amani tersentap juga dengan Jason. Tetapi lama-kelamaan dia tahu Jason sekadar ingin bergurau. Tak sihatlah Jason. Kepala sakit. Perut pun ada sakit.... Amani tergelak mendengar kata-katanya sendiri. Dah rupa Bangla bercakap. Amani tayang muka simpati. Eh, kamu sudah menculik! Lain sekali wajah kamu hari ni. Macam inilah baru ada gaya! Ibu jari kanan Jason terpacak seinci dari muka Amani. Bukan menculik la, Jason. Itu kidnap tau! Ini bersoleklah. Amani sudah terkekeh-kekeh ketawa. Bertambah pening kepalanya hendak memahami butir bicara Jason ini. Nama sahaja warganegara Malaysia, tetapi bahasa kebangsaan ke laut. Ah, whateverlah. Tak penting itu semua. Walau begitu, baguslah kamu sudah bersulik. Muka kamu pucat macam orang mau mati tau dulu! Jason membetulkan jambul yang keperangan di kepala. Amani memerhatikan wajah serta tubuh badan Jason. Semuanya cukup menunjukkan sifat lelaki sejati.

70

Lya Zara

Sayangnya naluri kejantanannya tiada. Tidak cukup hormon testosteron. Kasihan. Hei, kamu jangan memandang aku ke atas dan ke bawah. Tak selesa! Jason menyilangkan tangan ke dada. Tak ada kerja ke Jason? Drawing yang saya minta last week dah siap? Zafran menyampuk secara tiba-tiba. Terangkat sedikit bahu Jason kerana terkejut. Dari manalah Zafran datang agaknya. Sedar-sedar sudah di hadapan mata. Sedang menyiapkannya, bos. Sudah sembilan puluh peratus! Jason tersipu-sipu. Menyampah pula Amani melihatnya. Bukan dia tidak tahu yang Jason ada hati kepada bos mereka. Tak padan dengan lelaki! I want it before five today. You, come to my room. Zafran menuding ke arah Amani sambil berlalu memasuki biliknya. Jantung Amani bagaikan terhenti sesaat. Inilah detik yang akan menentukan masa hadapan kerjayanya di Megah Holdings. Amani menapak lemah ke dalam bilik Zafran. Skala kepeningan kepalanya meningkat secara mendadak. Lambaian Jason tidak dipedulikannya lagi. Hmmm... saya rasa awak tahu yang saya kurang berpuas hati dengan prestasi serta penampilan awak sepanjang empat hari awak berkhidmat di sini. Kan? Zafran membuka mulut sebaik sahaja Amani berdiri di hadapannya. Dia berterus terang sahaja. Amani gigit bibir. Mukadimah yang disampaikan oleh Zafran tadi nampaknya sudah menggambarkan nasib yang bakal dihadapinya sebentar lagi. Fikiran Amani sudah

71

Terima Kasih Cinta

tidak mampu fokus lagi kepada butir bicara Zafran. Dilihatnya bibir Zafran terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Namun, tiada satu patah perkataan pun yang dapat diterjemahkannya ketika ini. Amani bagaikan tenggelam dalam dunia sendiri. Dia tidak mahu mendengar kata-kata cacian yang biasa dihamburkan oleh Zafran. Dia juga tidak mahu mendengar lafaz pecat yang akan keluar bila-bila masa sahaja nanti. Jasadnya sahaja yang tertinggal berdiri di hadapan Zafran. Rohnya sudah terbang melayang jauh. Dia melihat Zafran mencapai sesuatu dari laci meja. Buku cek dikeluarkan dan kelihatan Zafran menulis sesuatu sebelum mengoyakkan helaian itu. Betullah kata Syuhada, syarikat perlu memberikan pampasan kepada pemecatannya. Amani mengeluh perlahan. Amani, are you listening to me? Zafran merenung wajah Amani. Dari tadi dia berceloteh tanpa henti dan dilihatnya Amani bagai berkhayal dalam dunia sendiri. Ye, Encik Zafran. Saya dengar. Saya faham encik nak pecat saya. Saya minta maaf kerana mutu kerja serta penampilan saya tidak cukup baik untuk Megah Holdings. Terima kasih untuk pengalaman selama errr... empat hari setengah bekerja di sini. Amani menundukkan kepalanya. Pandangannya sudah kabur. Rasa pening cuba dilawan. Apa awak cakap ni? Awak tak dengar ke apa yang saya cakap dari tadi? Zafran sudah meninggikan suara. Geram rasanya apabila mengetahui yang Amani tidak menumpukan perhatian. Sia-sia sahaja dia bercakap dari tadi. Bercakap sorang-sorang rupanya. Awak ni... Zafran tidak jadi meneruskan kata-kata. Dia terdiam. Dilihatnya Amani yang sudah terhuyung-

72

Lya Zara

hayang. Sekelip mata Amani yang tadinya berdiri, sudah jatuh ke lantai. Amani?! Rasa cemas menyelubungi dirinya. Zafran menghampiri Amani. Serba salah mahu menyentuh tubuh Amani. Zafran menyentuh pergelangan tangan Amani untuk merasa nadi. Masih ada. Zafran lega kerana Amani cuma pengsan. Tangannya pantas cuba membuka tudung Amani.

73

Terima Kasih Cinta

Bab 10
SY, apa yang susah sangat ni? Budak ni kalau tak menyusahkan orang memang tak sah! Zafran mengeluh. Sudah hampir lima minit dia cuba membuka tudung Amani. Tabiat Amani yang gemar mengenakan beberapa kerongsang menyukarkan Zafran melaksanakan misinya. Zafran sudah membuka dua kerongsang di bahu dan sebatang jarum peniti yang tersemat di antara bukaan tudung. Memang kebiasaannya Amani akan menyematkan jarum peniti di situ. Bimbang tudungnya terselak jika ditiup angin. Zafran cuba membuka kerongsang terakhir yang tersemat di bawah dagu Amani. Kerongsang berbentuk ros merah hati itu direntap kasar. Jarum yang sedikit tajam itu menggores jari telunjuk Zafran. Sedikit darah merah kelihatan daripada goresan luka itu. Pedih! Kau ni memang menyusahkan akulah! Zafran merengus geram. Kalau bukan kerana sifat perikemanusiaan yang masih bersisa, ingin sahaja tangannya mengetuk kepala

74

Lya Zara

Amani. Paling tidak pun ingin sahaja dia mencucuk hidung Amani dengan kerongsang itu biar sampai Amani tersedar. Wajah Amani dijeling tajam sambil dia menghisap darah pada jarinya yang terluka. Tiba-tiba pandangan matanya jatuh pada sepasang mata yang terpejam itu. Hati yang tadinya panas tiba-tiba berubah suhu. Sejuk. Dia memerhatikan kening Amani yang hitam. Tidak terlalu tebal, namun tidak pula terlalu nipis seperti sepasang kening Arisya yang pastinya sudah dicukur. Sempat pula Zafran membuat perbandingan tahap ketebalan kening Amani dan Arisya. Dia memerhatikan pula sepasang bulu mata Amani. Lebatnya! Melentik pulak tu! Zafran terasa kagum. Ingin sekali tangannya menyentuh bulu mata Amani untuk memastikan keasliannya. Zafran pasti benar yang Arisya mengenakan bulu mata palsu kerana pernah dulu bulu mata Arisya tercabut dan jatuh di atas pinggan ketika mereka makan bersama. Hilang terus selera makannya pada waktu itu. Hidung serta bibir Amani pula menjadi mangsa pandangannya. Daripada penilaian mata Zafran, hidung Amani tidaklah mancung seperti hidung anak mami. Jauh sekali seperti pelakon Bollywood. Namun, tidak pula besar mengembang atau terlalu kecil. Saiznya yang sederhana terletak elok di wajah bujur Amani. Seulas bibir merah itu pula melengkapkan kesempurnaan wajah Amani. Subhanallah.... Comelnya! Tanpa sedar Zafran melafazkan sebaris kata-kata itu. Zafran meraup wajahnya berkali-kali. Terpegun dia dengan komen spontan yang terlontar daripada mulutnya sendiri. Dia sendiri tidak menyangka akan memuji kecantikan

75

Terima Kasih Cinta

Amani. Dia tidak pernah memandang Amani lama-lama. Apatah lagi berpeluang menilai setiap inci wajah gadis itu. Dia memang anti gadis kampung. Dan Amani tidak terlepas daripada bahang kempennya itu. Namun, sesi menjamu mata sebentar tadi bagaikan menjemput hadir satu perasaan yang sudah lama hilang. Ya, perasaan damai yang dahulunya pernah bermukim di sekeping hati Zafran. Zafran mengeluh perlahan. Sudah terlalu lama dia tidak merasai perasaan itu. Walaupun bergandingan dengan Arisya, namun hatinya kosong. Nafsu matanya sahaja yang terlunas menatap wajah serta lekuk tubuh Arisya, namun hatinya hambar. Beku. Dan sudah terlalu lama dia membiarkan hatinya membeku begitu. Zafran mendekatkan wajahnya kepada wajah Amani. Wajah serta perasaan yang sedang dirasainya ketika ini benarbenar mengingatkan Zafran kepada seseorang yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. Seorang gadis kampung yang mempunyai kecantikan yang sederhana dan tidak pandai bergaya, namun mampu membuatkan Zafran gila bayang. Hampir setiap malam lenanya diulit mimpi wajah gadis itu. Walaupun ramai gadis lain yang lebih cantik, namun mereka tidak memiliki aura sehebat gadis itu. Dan kini Zafran mendapati Amani juga mempunyai aura yang sama. Aura yang boleh membikin hatinya panasaran! Zafran tenggelam dalam perasaannya sendiri.

AMANI cuba membuka matanya yang terasa berat. Kepalanya masih pening. Badannya berasa sengal-sengal. Fikirannya pula masih bercelaru. Tidak pasti apa yang sedang berlaku ke

76

Lya Zara

atas dirinya. Perlahan-lahan Amani cuba membuka kelopak matanya. Pemandangan pertama yang dilihatnya pada waktu itu boleh sahaja membuatkan dia pengsan sekali lagi. Kedudukan wajah Zafran yang hanya seinci daripada wajahnya membuatkan jantung Amani berdegup begitu pantas. Terasa bagaikan boleh tercabut dari dada bila-bila masa sahaja. Amani cuba menjauhkan tubuhnya daripada Zafran. Namun, tangan Zafran yang terletak elok di atas baju kurungnya menyukarkan pergerakan Amani. Zafran pula dilihatnya bagaikan hilang dalam khayalan. Pandangan matanya sahaja yang terarah ke wajah Amani, namun fikirannya sudah terbang melayang entah ke mana. Encik... tepi sikit...! Amani menyeru ke arah Zafran. Suaranya sedikit serak. Tekaknya terasa perit. Dilihatnya Zafran masih terpaku macam patung. Encik Zafran... tolong ke tepi sikit! Kali ini Amani menguatkan suara sambil merentap kain baju kurungnya. Zafran hampir hilang keseimbangan akibat tindakan Amani. Hampir sahaja tubuhnya jatuh menghempap tubuh Amani. Mujurlah tangan kanan Zafran sempat menampan di atas lantai. Terduduk terus dia di tepi Amani. Dah habis berangan? Amani mengutuk dalam hati. Geram pula dilihatnya Zafran yang begitu hampir dengan tubuhnya. Entah apa yang berlaku tadi, dia sendiri tidak pasti. Tetapi, perempuan mana yang tidak curiga kalau tersedar dan mendapati lelaki asing berada begitu hampir dengan tubuhnya. Amani meneliti pula tudung bawalnya yang sudah terbuka. Kelihatan beberapa biji kerongsang bertaburan di

77

Terima Kasih Cinta

atas lantai di tepi tempat dia terbaring. Amani bertambah pelik. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Zafran ke atas dirinya sehingga tudungnya dibuka? Tidak mungkin Zafran berminat dengan kerongsang murah yang batunya sudah banyak tercabut itu. Amani sudah tidak sedap hati. Apa encik buat kat saya tadi? Suara Amani bergetar sedikit. Rasa takut mengetuk pintu hatinya bertalutalu. Buat apa? Zafran buat selamba. Fikirannya masih berkisar tentang gadis yang pernah bertamu dalam hidupnya. Kenangan lama yang sudah jauh dibuang, namun kini kembali menyinggahi ruang ingatannya. Ni? Kenapa tudung saya sampai terbuka ni? Amani menunjuk tudungnya yang terbuka kepada Zafran. Mujur sahaja dia beranak tudung. Jadi, rambutnya masih tersimpan kemas daripada penglihatan Zafran. Zafran berdiri dan berjalan menjauhi Amani. Malas hendak menjawab soalan Amani kerana fikirannya sendiri masih terganggu. Encik, saya tanya ni... encik nak buat apa tadi? Amani sudah seperti mahu menangis. Geram melihatkan perangai Zafran yang sekadar berdiam diri. Perlahan-perlahan dia cuba berdiri. Kepalanya masih pening. Awak tu yang jatuh pengsan tadi siapa suruh? Lepas tu pakai banyak sangat pin tudung sampai tercucuk jari saya ni. Lain kali jahit je la tudung tu kat badan. Zafran menjeling sekilas ke arah Amani. Wajah Amani yang seperti mahu menangis itu menjentik rasa di hatinya. Rasa yang sukar ditafsirkan. Yang pasti perasaan yang dirasainya saat ini sangat berbeza daripada hari-hari sebelum ini. Saya... p... pe... pengsan? Amani bertanya

78

Lya Zara

perlahan. Kotak fikirannya bekerja keras cuba mengingati peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. Seingat dia, Zafran memanggilnya masuk ke dalam bilik untuk memecatnya. Dia masih ingat yang Zafran membebel tanpa henti dan mengeluarkan buku cek untuk membayar pampasan kepadanya. Tetapi dia tidak ingat bagaimana boleh jatuh pengsan di hadapan Zafran. Yelah. Saya tengah terangkan pasal kursus yang awak kena ambil tapi awak berangan! Berangan nak kena pecat pulak tu. Baru kena sergah sikit terus pengsan. Menyusahkan orang! Zafran sudah duduk di atas kerusi. Rasa luar biasa yang datang bertamu cuba diusir jauh-jauh. Dia tidak mahu melayan perasaan. Kalau saya pengsan kenapa nak buka tudung saya pulak? Kenapa encik tak panggil Melissa? Boleh encik jelaskan? Amani bertanya kembali. Dia perlu mendapatkan kepastian. Hal maruah bukan perkara yang boleh dibuat main. Kalau Zafran cuba-cuba melakukan sesuatu, dia mahu Zafran bertanggungjawab! Zafran terkedu mendengarkan soalan Amani. Niat asalnya tadi memang dia ingin membuka tudung Amani supaya Amani mendapat pengudaraan yang lebih baik. Tindakan itu dirasakan paling logik untuk dilakukan. Namun, kini dia berasa seperti orang bodoh untuk menjelaskan kepada Amani. Dan mustahil pula dia mahu berterus terang kepada Amani yang dia telah terpukau dengan wajah itu sebentar tadi. Dia sendiri hampir pengsan mengenangkan kejadian tadi. Dah, awak jangan nak fikir bukan-bukan pulak. Saya pun tak ada selera nak sentuh awak. Jangan perasan lebih. Apa yang awak takut sangat saya buka tudung awak? Takut saya tengok rambut awak bercelup warna perang?

79

Terima Kasih Cinta

Takut bocor rahsia bertindik menghamburkan kata-kata.

tiga

subang?

Zafran

Laju sahaja Zafran melarikan pandangan matanya. Entah mengapa dia berasa tidak sampai hati untuk melukakan hati gadis itu. Sedangkan sebelum ini lancar sahaja mulutnya melepaskan serangan peluru berpandu kepada Amani. Bukan setakat peluru berpandu, dia sebenarnya juga sedang merangka untuk melancarkan senjata nuklear kepada gadis itu. Amani terus terdiam. Balik-balik aku jugak yang salah. Amani mengomel perlahan. Macamlah dia sengaja jatuh pengsan tadi. Dah memang dia tidak sihat badan. Ditambah pula dengan rasa takut hendak kena pecat. Langsung lumpuh mekanisme pertahanan badannya. Malang betul nasibnya. Sudahlah dipecat, pengsan pula pada hari terakhir perkhidmatan. Molek sangatlah ditulis dalam resume nanti. Hurmmm... keluh Amani dalam hati. Tunggu apa lagi tu? Pergi pakai tudung. Kalau awak tak sihat, boleh ke klinik ambil m.c. Kalau rasa dah sihat, pergi sambung buat kerja. Jangan buang masa tercegat depan saya. Zafran memberi pandangan tajam ke arah Amani. Perasaan yang hadir lekas-lekas diusir pergi. Sesungguhnya dia tidak mahu lagi terpedaya dengan perwatakan gadis kampung yang dipamerkan oleh Amani atau mana-mana gadis lain. Muka sahaja nampak baik, tetapi entah-entah hatinya sudah busuk berulat! Zafran mengutuk dalam hati. Amani bagaikan tersentak daripada lamunan. Perkataan kerja yang disebut oleh Zafran menimbulkan tanda tanya dalam dirinya.

80

Lya Zara

Kerja? Errr... jadi, encik tak pecat saya? Tadi yang encik tulis cek tu bukan untuk duit pampasan ke? Amani bertanya malu-malu. Bimbang tersalah sangka sekali lagi. Lain kali tolong jangan berangan masa saya bercakap. This is your new contract. Please read carefully. Kalau setuju, sign di bawah tu. And this is the cheque for you to buy new office attires. Sakit mata saya tengok imej awak sekarang . If you agree with the terms and conditions, then you are bonded to this company for one year. Unless... if awak nak saya pecat awak? Hmmm? Kening Zafran terangkat sedikit tatkala menuturkan baris terakhir ayat itu. Zafran mengambil peluang untuk mengamati reaksi di wajah Amani. Eh, jangan encik. Saya nak bekerja dengan encik dan Megah Holdings. Saya berjanji akan tunjukkan prestasi yang lebih baik. Dan saya berjanji takkan menyusahkan encik lagi. Wajah Amani berona kemerahan. Perasaan malu menerpa bertubi-tubi. Amani terkenangkan peristiwa di Mid Valley serta kejadian dia jatuh pengsan sebentar tadi. Entah bagaimana aksi dia terjatuh. Control ayu atau macam nangka busuk? Malunya.... Amani mengeluh perlahan. Thats it. You can go now. Zafran terus membuka fail biru di atas meja. Dia tidak mahu berlama-lama dengan Amani pada waktu ini. Panas punggung dibuatnya. Amani menapak perlahan ke arah pintu. Hatinya gembira bukan kepalang kerana masih ada jodoh untuk bekerja di Megah Holdings. Cek bernilai seribu lima ratus ringgit itu ditatap penuh perasaan. Ada juga wang yang boleh dihantar pulang kepada emak dan adik-adik di kampung. Air mata Amani sudah bergenang. Sekejam-kejam Zafran, namun keputusan Zafran untuk mengekalkan dia bekerja di situ amat dihargainya.

81

Terima Kasih Cinta

Ada hati perut jugak rupanya singa jantan ni, getus hati kecil Amani. Amani tersenyum penuh syukur. Sebelum menutup pintu, Amani berpaling ke arah Zafran. Niat ingin mengucapkan terima kasih terus hilang tatkala pandangan sepasang mata Zafran menusuk tajam ke arahnya. Sudah berapa lama Zafran merenung dia sebegitu? Amani tertanya-tanya sendiri. Amani lekas-lekas menutup pintu. Bimbang pula jika dia hilang pertimbangan dan pengsan sekali lagi. Lagi haru!

82

No. ISBN:- 978-967-0448-34-3 Jumlah muka surat:- 440 Harga Runcit:- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli:- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis:Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti beli lah kasut baru... Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang kebencian si singa jantan. Tentang baju buruk yang tersarung di badan, tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau kasut... Di saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. Ai, takkan singa jantan dah bertukar menjadi kucing manja kut? Api kebencian yang terpendam di dada semenjak

bertahun yang lalu bagaikan padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang menghiris kalbu? Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua ganyut. Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah? Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar? Untuk sempurna yang kau ciptakan... untuk bahagia yang kau titipkan... terima kasih, cintaku. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan TERIMA KASIH CINTA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337