Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

RINGKASAN PROJEK 1. LATAR BELAKANG PENGUSAHA 2. TINJAUAN INDUSTRI DAN PASARAN 3. KETENTUAN NILAI 4. MODEL URUS NIAGA 5. KEPERLUAN SUMBER 6. KESIMPULAN 7. MAKLUMAT PROJEK 8. SISTEM & TEKNOLOGI 9. UNJURAN KEWANGAN 10. LAMPIRAN

2-3 4 5 6 7 8 9

RINGKASAN PROJEK
Pendahuluan Industri penternakan ayam negara berkembang maju dan terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan walaupun telah mencapai tahap sara diri. Pihak Integrator yang menerajui industri penternakan ayam berusaha meneroka pasaran ekspot dalam langkah strategi meluasakn skop pasaran walaupun pasaran tempatan masih mempunyai ruang yang luas.Secara perbandingan pasaran yang disasarkan oleh pengusaha adalah terlalu kecil berbanding pengeluaran negara. Adalah dijangkakan sasaran pasaran pengusaha adalah dibawah paras 0.3 peratus dari keseluruhan pengeluaran. Namun nilai pasaran dan pemasaran bukan merupakan persoalan pokok sebagaimana yang lazim dialami oleh pengusaha baru kerana pengusaha telah mempunyai nilai kontrak yang selamat dibawah perjanjian ladang kontrak. Oleh itu produktiviti pengeluaran adalah menjadi fokus utama.

Tujuan Tujuan rancangan perniagaan ini adalah untuk menyediakan keperluan prasarana dan mengusahakan ladang kontrak menternak ayam pedaging kaedah reban tertutup berteknologi tinggi dengan kawalan automatik. Secara khusus bertujuan untuk :

1. Membina dan mengoperasikan sistem penternakan ayam reban tertutup kawalan automatik berkapasiti 25,000 ekor setingkat x 2 tingkat x 2 unit reban. (100, 000 ekor sepusingan x 7 kali setahun). 2. Menguruskan ternakan ayam secara ladang kontrak dengan integrator pilihan iaitu Ayamas Contract Farming Sdn Bhd. 3. Mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 2.6 juta bagi tujuan membiayai perolehan kemudahan, peralatan dan kos operasi.

Pengusaha Pengusaha merupakan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan penternakan.Walaupun penternakan ayam secara besar-besaran belum diusahakan disebabkan faktor kekangan modal, pengusaha sangat optimis bidang penternakan ayam pedaging menjanjikan pulangan yang menyakinkan. Berdasarkan pengalaman penternakan dalam sistem konvensional dan reban tertutup dan dibantu oleh tenaga berpengalaman dan mahir, usaha ini mampu menjana pulangan lumayan.

Prospek Pasaran Aspek pasaran bagi projek in dijangka tidak mengalami masalah. Ikatan perjanjian kontrak menjanjikan semua hasil keluaran ladang akan dibeli oleh integrator dengan syarat mencapai spesifikasi dalam perjanjian. Pengusaha hanya perlu mengurus operasi projek mengikut kaedah dan tatacara yang ditetapkan untuk mencapai sasaran seperti dalam syarat terma perjanjian.

Model Urusniaga Projek ini akan menggunakan model operasi yang mudah iaitu perladangan selapis. Secara umumnya pengusaha akan menggunakan piawaian pegurusan ladang kontrak yang biasa seperti di lampiran.

Pelaburan Keperluan pelaburan adalah dalam lingkungan RM2.6 juta. Pembiayaan dicadangkan seperti berikut :

Keperluan Kewangan

- RM 2,600.00

Kemampuan Membayar Balik Pinjaman

Tempuh bayaran balik dicadangkan Masa senggang Jangkaan bayaran balik 100% keuntungan

- 10 tahun - 1 tahun - 4 tahun

Oleh yang demikian pengusaha menjangkakan membayar balik dalam tempoh lebih awal daripada jangkaan yang disyorkan. Pengusaha akan mengoptimakan tempoh bayar balik dengan menyeimbangkan keperluan perkembangan syarikat dan kos pinjaman yang menjadi tanggungan.

2.4 Sistem ladang kontrak di bawah naungan syarikat integrator menarik ramai pengusaha menjadi peladang kontrak. Sistem ini menjamin bekalan input yang berterusan dan sebahagian kos operasi diserap oleh intergrator dalam bentuk kredit. Pengusaha hanya berperanan khusus sebagai penternak dan integrator sebagai pembekal dan pengeluar produk. Pengusaha akan menjuruskan kepada kecekapan pengeluaran terutama bagi memenuhi spesifikasi dan terma kontrak manakala pihak integrator menumpukan kepada pembekalan, pemasaran dan produk. Pengkhususan seperti ini membantu meningkatkan kecekapan industri dan menjadikan situasi menang-menang di mana kedua pihak mendapat manfaat.

3. KETENTUAN NILAI (VALUE PROPORTION)


3.1 Lebih daripada 80 peratus pasaran daging ayam di kuasai pemodal-pemodal besar. Bahagian pasaran yang besar dikuasai oleh beberapa syarikat integrator penternakan bersepadu terdiri daripada KFC Holding, Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM). Negara dijangka akan meningkatkan pengeluaran ayam sehingga mencapai 250 juta ekor berdasarkan trend pngeluaran yang mencatat peningkatan sejak tahun 2005 antara 3 hingga 8 peratus setahun. Pengeluaran daging ayam semasa adalah kira-kira 1300 tan matrik berbanding penggunaan 1110 tan matrik iaitu lebihan sebanyak 30%. Nilai pasaran adalah lingkungan RM6 bilion. Oleh yang demikian pertumbuhan masa depan lebih banyak dipacu oleh keupayaan meningkatkan kadar dan nilai ekspot. Kemajuan serta keyakinan dunia terhadap industri makanan halal dijangka membantu melonjakkan ekspot negara. Pengeluaran Xtra & Xcel Agrotech adalah tidak sampai 0.3 % dari keseluruhan pasaran. Bahagian pasaran sebanyak itu bukan menjadi halangan besar untuk memasuki pasaran. Menjadi pembekal kepada integrator yang berkedudukan teguh membolehkan pengusaha mendapat pasaran yang terjamin. Saiz pengeluaran sebanyak itu tidak begitu ketara dalam kontek perubahan kepada pasaran. Bernaung di bawah integrator adalah faktor penting untuk syarikat terus kekal. Kesediaan mengusahakan ternakan ayam secara ladang kontrak adalah merupakan satu langkah strategik memandangkan pengusahaan secara integrasi oleh beberapa syarikat nuklius utama dijangkakan menjadi bidang pertumbuhan masa depan industri penternakan negara.

3.2

4. MODEL URUSAN NIAGA

4.1 Perniagaan teras pengusaha adalah menternak ayam daging secara ladang kontrak. Integrator akan membekalkan anak ayam dan makanan seterusnya membeli balik ayam matang pada berat dan harga yang telah dipersetujuai bersama. Operasi ladang kontrak secara keseluruhan diselia oleh lembaga pengarah syarikat dan diuruskan oleh pengurus ladang yang dibantu oleh pasukan pekerja berpengalaman.

4.2 Urusan pemasaran tidak diperlukan kerana 100% ayam akan dibeli balik oleh integrator. Pihak pengusaha akan menumpukan perhatian untuk menentukan spesifikasi kontrak dipatuhi. Kerja- kerja penyelanggaraan pula akan dikontrak atau diupah. Keadaan ini tidak memerlukan kaedah kerja termaju memadai dengan susunan selapis yang mudah. Apa yang perlu diberi perhatian adalah atur urus serta penjadualan guna reban ayam. Penjadualan yang cekap serta jangkaan masa yang tepat akan merangsang peningkatan produktiviti. Kecekapan pengurusan operasi akan menjadi sumber kelebihan bersaing untuk menaikkan kadar boleh untung.

4.3 Ladang kontrak akan menggunakan sistem reban tertutup kawalan automatik sepenuhnya. Oleh kerana makanan dan anak ayam merupakan komponen kos yang paling tinggi maka tumpuan utama akan diberi kepada kecekapan pengurusan ke arah mendapat kadar penukaran makanan kepada daging (Feed Conversion Ratio ) secara :

I. II. III. IV. V. VI.

Pemilihan baka anak ayam yang baik antara yang sering digunakan dalam industri ayam pedaging di Malaysia ialah Ross, Cobb, Hubbard dan Avian. Persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran dengan kendalian reban yang baik diseimbang dengan penjadualan. Makanan dan minuman yang brkualiti mengikut peraturan. Kawalan penyakit, vaksin dan vitamin secara optima. Ventilasai dan suhu yang sesuai. Jadual cahaya yang betul.

4.4 Sebanyak 2 unit reban akan dibina di atas sebidang tanah seluas 10 ekar untuk tapak projek. Plan susur atur adalah sebagaimana di lampiran.

5. KEPERLUAN SUMBER
5.1 Peruntukan modal awal diperlukan untuk memulakan projek ini bagi perbelanjaan membuat tinjauan ke beberapa tempat untuk pemilihan tapak, kajian awal dan penyediaan cadangan projek serta perundingan dengan beberapa pihak integrator. RM 400,000 diperlukan untuk dijadikan sandaran kepada integrator dalam bentuk tunai atau harta. Adalah dicadangkan jumlah sebanyak itu dibelikan sebidang tanah untuk tapak projek dan kemudian dicagarkan kepada sebagai collateral.

5.2 Sumber kewangan yang diperlukan untuk menjayakan projek dianggarkan dalam RM 2.6 juta bergantung kepada kapasiti kemudahan yang akan dibangunkan. Keperluan kewangan secara lengkap diringkaskan seperti pecahan di bawah :

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 PRA OPERASI

BUTIR

JUMLAH 15,000.00 30,000.00 30,000.00 40,000.00 120,000.00 100,000.00 980,000.00 690,000.00 30,000.00 100,000.00 90,000.00 350,000.00 50,000.00 RM 2,625,000.00

BERSIH KAWASAN DAN KERJA TANAH JALAN LADANG DAN SALIRAN PAGAR & KESELAMATAN SUBSTATION, TUBWELL, TNB & SYABAS RUMAH PEKERJA, PEJABAT, STOR & SURAU BANGUNAN REBAN 2 TINGKAT X 2 UNIT ALAT MAKANAN, MINUMAN, LAMPU & VENTILASI KELENGKAPAN DAN ALAT KERJA BELANJA PENGURUSAN 2 PUSINGAN- 4 BLN BAYAR PINJAMAN 2 PUSINGAN- 4 BLN COLLATERAL / BELI TANAH KONTIGENSI JUMLAH

6. KESIMPULAN

6.1

Pelaburan sebanyak RM2,600.00 dijangka akan mendapatkan pulangan kasar sebanyak RM2,600,000 dijangka akan mendapatkan pulangan kasar sebanyak RM 3,931,200 dalam jangka masa 5 tahun iaitu 52 % atau purata 10.24 % setahun. Perkiraan menunjukkan projek ini berdaya maju berdasarkan petunjuk berikut : Kadar pulangan keatas pinjaman Kadar pulangan pelaburan purata 3.75% setahun 10.24% setahun

6.2

Berdasarkan kepada pulangan kewangan yang dipaparkan keuntungan projek mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh 4 tahun jika perolehan tersebut kesemuanya dilaburkan semula. Namun secara realitinya tidak mungkin kesemua keuntungan boleh disalur untuk membayar pinjaman kerana akan membantutkan kemajuan projek dan perkembangan syarikat. Bagaimana pun hasil yang dijana tidak mendatangkan masalah kepada pengusaha untuk membayar balik pinjaman lebih awal dari jadual. Perkiraan ini dijangka berlandaskan pengusaha perlu mengambil masa untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti pengeluaran. Andaian tersebut berdasarkan 7 pusingan setahun setiap reban. Berat ayam yang dihasilkan diandaikan pada paras 2 kg seekor dan harga RM 4.20 sekilo. Kenaikan dan penurunan harga akan dengan sendirinya akan melibatkan kadar keuntungan. Kebiasaanya berat ayam boleh ditingkatkan kepada 2.2 kilogram seekor. Sekiranya hal yang sedemikian boleh dimanfaatkan pengusaha akan mendapat pulangan tambahan kepada angka dalam perkiraan dan boleh diterjemah kepada tempoh bayaran pinjaman dipercepatakan. Kemampuan pencapaian prestasi dijangka mampu dikekalkan seperti yang disasarkan walaupun mengalami kemerosotan turun naik yang telah diambil kira sebanyak 10 peratus. Ini berdasarkan dari pengalaman dan komitmen sepenuh masa yang akan dicurahkan oleh pengusaha sendiri sebagai rakan kongsi. Usaha penternakan ini dijangka akan kekal beroperasi menjana pendapatan antara 15 tahun hingga ke 20 tahun secara konsisten dan mampu bertahan 30 tahun sejajar dengan jangka hayat struktur reban.

6.3

6.4

6.5

Penternakan ayam pedaging sistem tertutup merupakan usaha yang menguntungkan walaupun kos pembinaannya tinggi. Bidang ini berpotensi menghasilkan pulangan lumayan sekiranya dilaksanakan dengan terancang mengikut peraturan teliti dan daya kecekapan tinggi.

PELAN SUSUNATUR TAPAK PROJEK


PINTU MASUK WHEEL DIP RUANG RIADAH RUMAH PEKERJA PEJABAT OPERASI SURAU BALAI REHAT STOR PERALATAN BILIK PENGAWAL

BASMI KUMAN

PAD PENDINGIN

PAD PENDINGIN

PAD PENDINGIN

PAD PENDINGIN

REBAN A

REBAN B

TAPAK REBAN AKAN DATANG

TAPAK REBAN AKAN DATANG

EKSOS KIPAS

CONTROL ROOM & STOR

EKSOS KIPAS

EKSOS KIPAS

CONTROL ROOM & STOOR

EKSOS KIPAS

EXTRA & EXCEL AGROTECH

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

PERANCANGAN DAN PRA OPERASI - 6 BULAN


KAJIAN DAN PENYELIDIKAN KURSUS DAN LATIHAN KERTAS KERJA DAN PERANCANGAN MENCARI DANA PEMBIAYA PROJEK

PROJEK BERMULA & KERJA TANAH - 6 MINGGU


TANDATANGANI PERJANJIAN BERSIH KAWASAN DAN RATA TANAH JALAN LADANG DAN SALIRAN PAGAR PERIMETER TAPAK BINAAN

PRASARANA DAN UTILITI - 6 MINGGU


SUMBER TENAGA TENAGA NASIONAL SUMBER AIR SYABAS & TUBEWELL PEJABAT OPERASI RUMAH PEKERJA KEMUDAHAN LADANG

BINA BANGUNAN REBAN - 16 MINGGU


STEEL STRUTCURE ROOF STRUCTURE 1ST FLOOR STRUCTURE CEILING WORKS SIDE WALL

PEMASANGAN PERALATAN - 12 MINGGU


MEMBINA SERVICE ROOM PEMASANGAN PERALATAN PENDAWAIAN LETRIK TANGKI AIR & PIPING OPERASI UJIAN TEST RUN

PENGELUARAN HASIL PERTAMA - 5 MINGGU


PERSEDIAAN PERINDUKAN KEMASUKAN BENIH AYAM PROSES MEMBESAR TUAIAN HASIL

EXTRA & EXCEL AGROTECH

CARTA ORGANISASI
LEMBAGA PENGARAH

PENGURUS LADANG

SUPERVISOR

REBAN 2 UNIT

REBAN A

REBAN B

Akan Datang Datang

Akan datang Datang KETUA


PEMBANTU

KETUA

KETUA

KETUA

KETUA

KETUA

KETUA

KETUA

PEMBANTU

PEMBANTU

PEMBANTU

PEMBANTU

PEMBANTU

PEMBANTU

PEMBANTU

SENARAI TENAGA PEKERJA DAN JUMLAH UPAH NAMA JAWATAN Pengurus Ladang Supervisor Ketua Reban A,B Pembantu Reban Jumlah BIL. ORANG 1 1 4 4 10 UPAH SEORANG RM 3,500.00 RM 2,500.00 RM 1,000.00 RM 800.00 RM 7,800.00 JUM. SEBULAN RM 3,500.00 RM 2,500.00 RM 4,000.00 RM 3,200.00 RM 13,200.00 UPAH SATU PUSINGAN RM 7,000.00 RM 5,000.00 RM 8,000.00 RM 6,400.00 RM 26,400.00

PERINCIAN TUGAS PENGURUSAN OPERASI LADANG

Memastikan keseluruhan perjalanan syarikat dan ladang berjalan lancar seperti yang dirancang. PENGURUS LADANG 1 Mengurus keseluruhan pentadbiran dan operasi ladang. Berurusan dengan pembekal benih, dedak, vaksin, ubat dan menyelaras jadual reban. Membantu mengurus syarikat dan ladang. Menyusun jadual kerja ladang dan urusan pengangkutan. Memantau jadual kemasukan benih dan pengeluaran. SUPERVISOR 1 Mengurus rekod ternakan, stok, dan jadual pemvaksinan. Menyelia semua sistem operasi, teknikal dan mekanikal. Memantau sistem biosekuriti dan kesihatan ternakan. Menyelia pengurusan sisa dan tinja mengikut peraturan. Bertanggungjawab pada ternakan di tingkatnya. Memastikan pemakan dan minuman yang mencukupi. KETUA REBAN 4 Memastikan suhu reban sesuai dengan usia ternakan. Memastikan cahaya mencukupi bagi keperluan ayam. Mengasingkan ayam takai, sakit dan melupuskan ayam mati. Membantu segala kerja penternakan yang diperlukan. Membantu proses penangkapan dan kemasukan benih. PEMBANTU 4 Menjaga kebersihan dan keselamatn ayam dan reban. Menyelanggara peralatan makanan, minuman, kipas, tangki air, kelengkapan reban dan ladang.

SISTEM & TEKNOLOGI

REKA BENTUK REBAN TERTUTUP

CIRI-CIRI REKABENTUK REBAN TERTUTUP YANG BAGUS.

Saiz ketinggian dan lebar reban dengan dimensi yang sesuai akan menghasilkan halaju udara yang lebih dari 2.9 m/s tanpa kipas tambahan. Tahap suhu yang diperlukan akan diperolehi. Tahap kedap udara yang tinggi. Dinding dan langit reban tidak terdapat liang kerana haba panas akan masuk melaluinya. Kos binaanya ekonomik, kos operasinya cekap, mudah dibersihkan dan senang diselenggara. Radiasi suria dari sisi reban dan bumbung di minimakan dengan menggunakan bahan yang sesuai. Paksi memanjang reban selari dengan arah timur barat. Elakkan dari pancaran cahaya matahari terbit dan terbenam. Pengudaraan dalam reban sempurna. Suhu dan kelembapan hampir serata diseluruh bahagian reban. Perbezaan suhu udara antara pad pendingin dan kipas ekzos tidak melebihi 2 darjah. Sekeliling reban ditutup dengan jaring besi agar terhindar dari kemasukkan burung, tikus, dan binatang pemangsa. Lantai konkrit perlu dilindungi daripada wap tanah yang menyebabkan peningkatan kelembapan yang menjadi punca bau dan penyakit.

Terletak di lokasi yang kondusif dengan kegiatan penternakan ayam komersial. Arah keluar haba panas dan bau mengarah ke sudut yang sesuai.

KEBAIKAN SISTEM REBAN TERTUTUP

Suhu dan pengudaraan dalam reban boleh diatur dan dijadualkan.

Suhu dalam reban lebih rendah dan terkawal dari suhu luar menjadikan persekitaran stabil dan selesa untuk ayam. Julat perbezaan suhu minima dan maksima lebih kurang 4 darjah (24-28) berbanding 10 darjah (25-35) di luar.

Pengawalan cahaya boleh diatur ikut keperluan ternakan.

Ketegasan ayam kerana ganguan dari luar hampir tiada.

Burung liar dan tikus antara pembawa penyakit terhindar.

Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor hanya 0.7 kaki persegi/ekor berbanding sistem terbuka 1 kaki bagi setiap ekor.

Peluang pasaran dan ekspot lebih baik kerana kawalan penyakit dan kualiti yang lebih terjamin.

Kos pengeluaran lebih cekap kerana;

1. Pengambilan makanan lebih rendah dan penukaran kepada daging yang optima. FCR reban tertutup 1.65:1 berbanding reban terbuka 2:1. 2. Kos ubat dapat dikurangkan kerana penyakit terkawal. 3. Kadar kematian dan kecederaan pada tahap minima kerana persekitaran yang sesuai dan lebih selesa.

SISTEM PEMAKANAN KAWALAN AUTOMATIK

PERALATAN DAN PENGURUSAN.

Lebih efektif dan menjimatkan kerana makanan/dedak merupakan komponen terbesar iaitu 70% dari keseluruhan kos pengeluaran.

Kecekapan pengurusan makanan, sistem pembekalan dan pengagihan akan menyumbang kepada pembesaran yang sekata dan berat yang menguntungkan. Ayam akan diberi makan tanpa had. (ad-libitum)

Sistem automatik memudahkan ketinggian bekas makan disesuaikan dengan saiz ayam. (paras dada/belakang)

Pan feeder atau bekas makan automatik membekalkan makanan secara berkesan, seragam dan mencukupi.

Rekabentuk bekas dapat mengawal pembaziran/tumpah.

Bekas makanan tergantung dan berayun bebas dan ini dapat mengelakan ayam mengalami lebam/lecur dada.

Konsumsi dan pertukaran jenis makanan dari starter ke grower diatur dengan tepat.

Ayam makan dengan lebih sistematik dan berdisiplin tanpa perlu berebut satu sama lain. Susun atur bekas makanan kemas dan mudah diselenggara.

Makanan yang disalurkan segar tidak berkulat sebab tanpa berbaki.

SISTEM MINUMAN, VAKSIN DAN UBATAN AUTOMATIK


KEPERLUAN AIR, VAKSIN DAN UBATAN.

Pengurusan sistem minuman sangat penting kepada pencapaian tumbesaran yang ingin disasarkan.

Air diberi secara terus menerus kepada ternakan dengan kadar keperluan yang mencukupi pada setiap masa.

Air bersih dan berkualiti kerana dirawat dan ditapis terlebih dahulu sebelum disalurkan.

Pencatatan volum penggunaan air minuman harian mudah dipantau untuk mengambil tindakan susulan.

Aras nipple minuman mudah diselaraskan dengan ketinggian dan usia ayam.

Mencegah lantai basah akibat tumpahan ketika minum.

Membolehkan High Pressure Flushing dilakukan dengan mudah selepas Medication. Bakteria, mineral deposit dan kotoran lain tidak terkumpul dan menimbulkan masalah.

Memudahkan air digunakan untuk menyediakan ubat-ubatan, vaksin, vitamin dan lainlain. Mudah menyukat pengambilan air untuk menyediakan dos yang tepat.

Penyaluran air dapat dikawal bagi tujuan memberi ubat, vaksin, vitamin dan anti ketegasan.

Ketepatan sukatan dan dos perubatan akan menghasilkan impak maksima yang ingin dicapai.

SISTEM VENTILASI, SUHU DAN CAHAYA AUTOMATIK


VENTILASI / PENGUDARAAN DAN SUHU.
Kipas berperanan menyedut udara keluar dan masuk reban dan menentukan suhu yang diperlukan melalui kawalan automatik. Kelajuan angin melalui pad pendingin (cooling pad) yang digerakan oleh kipas memberi kesan dingin kepada ayam. Semasa ayam dalam peringkat tumbesaran, kipas ventilasi diaktifkan tidak kurang 80% walaupun waktu malam. Semasa pad pendingin diaktifkan sewaktu panas, pam air yang dikawal pemasa memberi kesan kelembapan yang dikehendaki. Kelajuan angin hendaklah disesuaikan dengan usia ayam. Ventilasi semasa ayam kecil dihadkan untuk meyedut keluar gas amonia dan karbon dioksida dan membekalkan oksigen. Di peringkat perindukan semasa ayam berusia di bawah 10 hari anak ayam memerlukan suhu panas seperti penjagaan ibu ayam. Kebiasaannya pemanas yang bersumberkan gas digunakan.

CAHAYA DAN JADUAL.


Jadual cahaya (Lighting Program) mampu mengoptimakan hasil produktiviti ayam, memperbaiki FCR atau kadar pertukaran makanan kepada daging dan mengurangkan kematian. Cahaya lampu dipadamkan pada waktu yang seragam setiap hari. Pencahayaan mestilah dikawal beransur-ansur redup sampai betul-betul gelap dan sebaliknya secara berperingkat cerah. Tahap keterangan lampu mesti mencapai LUX yang diperlukan.

STANDBY GENERATOR SET & AUTO CHANGEOVER.

Putus bekalan boleh menyebabkan kerugian besar akibat dari kematian, kehilangan berat dan prestasi berkurang. Backup generator set diaktifkan segera ketika bekalan terputus kerana pengudaraan semulajadi tidak mampu menampung.

BIOSEKURITI, KAWALAN LALAT, BAU DAN PENGURUSAN SISA


BIOSEKURITI

Kawalan kualiti anak yang dibeli. Makanan dan air bersih yang bermutu dan tidak tercemar. Mencegah kemasukan agen penyakit. Kawalan kakitangan, pelawat dan kenderaan. Laluan kenderaan bernyahjangkitan. (manual atau auto) laluan suci hama dan pencelup kaki pembasmi kuman. Pagar perimeter seluruh kawasan ladang. Elakkan dari melawat ladang lain. Cuci semua peralatan dengan ubat pembasmi kuman. CCTV mengawasi reban pada jarak jauh dan setiap masa. Peraturan yang ditetapkan oleh jabatan veterinar.

KAWALAN LALAT DAN BAU.


Penggunaan teknologi EM secara berkesan. Reban tertutup lalat tidak bebas masuk dan membiak. Kipas berfungsi sepanjang masa menyedut bau dan mengeringkan najis di dalam reban. Najis kering tidak sesuai sebagai habitat lalat. Bau minima keluar melalui kipas pada satu arah sahaja. Pastikan arah kipas yang mengeluarkan bau dan udara panas tidak menghala ke kawasan kediaman.

Bina reban di lokasi yang sesuai dan kondusif.

PENGURUSAN SISA.

Tinja ayam diproses menjadi baja organik komersial. Tinja dijual terus kepada petani dan peladang. Mengaplikasi teknologi EM. Melupus bangkai ternakan dengan menanam atau membakar.