Anda di halaman 1dari 6

KONFLIK INSTITUSI BERAJA DALAM POLITIK MALAYSIA

Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan di Perak telah
mencetuskan konflik di antara rakyat dengan institusi beraja di negara kita. Ia telah merancakkan
lagi kemelut politik yang tercetus selepas tsunami 8 Mac 2008 dan terus mendedahkan
kepincangan politik negara yang sudah tiba masanya untuk dirombak semula secara drastik.

Kemelut politik di Perak sememangnya sesuatu yang sudah dijangka di mana Pakatan
Rakyat hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti yang rapuh apabila ia hanya
mempunyai lebihan tiga kerusi DUN berbanding dengan Barisan Nasional. Walaupun DAP
berjaya mencapai kejayaan yang gemilang serta disokong oleh para calon bukan Melayu PKR
namun situasi politik di Perak terus tidak menentu terutamanya membabitkan soal kuasa
pentadbiran serta pengagihan exco di negeri tersebut. Kesempatan tersebut jelas digunakan
sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk dalam dua
pilihan raya semula di Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Keputusan dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi ( Behrang ) dan Mohd Osman
Mohd Jailu ( Changkat Jering ) dan Hee Yit Foong dari DAP untuk keluar parti dan memberi
sokongan terhadap Barisan Nasional telah mencetuskan suasana panik di kalangan pemimpin
pembangkang. Tindakan ketiga-tiga ADUN tersebut merupakan sesuatu yang berlaku di luar
jangkaan setelah Pakatan Rakyat mendapat kemenangan moral apabila Datuk Nasarudin Hashim
( Bota ) ADUN UMNO mengumumkan beliau keluar parti dan menyertai PKR. Namun begitu, ia
dilihat secara satu gimik politik UMNO yang cuba untuk menghalalkan tindakannya untuk
merampas kuasa di Perak. Ia berikutan tindakan Datu Nasarudin yang kemudiannya bertindak
menyertai semula UMNO dan membawa bersama pengunduran tiga ADUN Pakatan Rakyat
yang bertindak keluar parti untuk menjadi ahli Bebas dan memberi sokongan terhadap BN.

Dalam usaha untuk terus mempertahankan mandat rakyat , Datuk Seri Nizar mengambil
keputusan untuk menghadap Sultan Perak bagi mendapatkan mandat agar pilihan raya semula
diadakan. Malangnya usaha itu menemui kegagalan apabila Sultan Perak tidak memperkenankan
langkah tersebut dan menitahkan Datuk Seri Nizar untuk meletak jawatan dan memberi laluan

1
kepada Barisan Nasional untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. Keputusan tersebut
jelas mengecewakan banyak pihak dan tindakan Datuk Seri NIzar yang enggan melepaskan
jawatannya serta terus mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat telah mengakibatkan
Pakatan Rakyat dituduh sebagai penderhaka dan ia diperburukkan lagi dengan insiden kekecohan
yang tercetus semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry di
Kuala Kangsar. Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak telah
dimanipulasi oleh UMNO untuk mengalih pandangan rakyat terhadap taktik kotornya dan ia
ternyata berjaya menyemarakkan sentimen rakyat terhadap kedudukan dan intitusi beraja di
Malaysia. Ia jelas menampakkan belang UMNO yang terus memainkan isu perkauman dan turut
mengheret institusi beraja dalam kancah politik bagi mengabsahkan kedudukannya dalam arena
politik Malaysia. Di mana kecundangnya komponen-komponen parti kaum yang lain seperti
MCA, Gerakan, PPP dan MIC merupakan satu petunjuk yang jelas dari rakyat yang mulai
menolak politik perkauman yang sempit serta tidak menyumbang ke arah pembentukan negara
bangsa.

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah mencurahkan ‘minyak ke api’ apabila beberapa
siri demonstrasi jalanan dilancarkan di seluruh negara dan lebih daripada seratus laporan polis
telah dibuat terhadapnya. Reaksi yang begitu hebat daripada orang ramai khususnya orang
Melayu terhadap kenyataan Karpal Singh dikaitkan dengan motif politik Barisan Nasional yang
bertindak memperjudikan institusi beraja apabila ‘senjatanya’ politik perkauman dianggap basi.
Justeru itu, ia melakukan penjenamaan semula agenda politiknya dengan memasukkan unsur-
unsur tambahan dengan mengutarakan isu kontrak sosial, kedudukan orang Melayu, kedaulatan
Raja Melayu serta status agama Islam. Motif politik UMNO begitu ketara apabila sekumpulan
pemuda UMNO yang dipimpin bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Muhamamad Khir
Toyo bertindak mengadakan satu demontrasi di Pulau Pinang dan cuba menghampiri rumah
pemimpin DAP tersebut. Ia kemudian disusuli dengan ugutan bunuh terhadapnya dan
keselamatan Pengerusi DAP turut tergugat apabila sekumpulan penyokong UMNO Selangor
telah bertindak menceroboh bangunan Parlimen bagi mendesaknya memohon maaf atas tuduhan
terhadap parti tersebut. Ia kemudiannya disusuli dengan dakwaan terhadapnya di mahkamah atas
kesalahan di bawah Akta Hasutan.

2
Perisitiwa yang berlaku sejurus kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak seharusnya dilihat
sebagai satu jenayah terancang Barisan Nasional yang kemaruk kuasa serta enggan menerima
hakikat bahawa mandat rakyat terhadapnya sejak 51 tahun lagi sudah berkubur . Lantaran itu, ia
sanggup mengenepikan soal etika, keadilan serta prinsip-prinsip demokrasi dalam usahanya
untuk terus kekal relevan dalam kancah politik negara. Serangan demi serangan dilancarkan ke
atas negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan Selangor, Pulau Pinang serta Kedah
turut tidak terlepas daripada ancaman Barisan Nasional. Kontroversi yang melibatkan dakwaan
penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid serta penyebaran
gambar-gambar ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam keadaan yang mengaibkan telah
menimbulkan keributan di Selangor. Manakala Kedah dan Pulau Pinang pula menyaksikan
peletakkan jawatan dua wakil PKR, Arumugam di DUN Bukit Selambau dan Timbalan Ketua
yang bertujuan untuk mengaibkan seseorang tokoh dan memanipulasikan perundangan serta
menjadikan SPRM dan pihak polis sebagai medium dalam usaha memberi tekanan kepada
pembangkang.

Persoalan yang timbul kini ialah apakah kewajaran yang perlu diambil oleh Pakatan
Rakyat dalam terus pertahankan haknya serta menjalankan kewajipan yang diberikan oleh rakyat
? Tindakan Sultan Perak yang tidak merestui pilihan raya semula serta keengganan Barisan
Nasional untuk berhadapan dengan pembangkang dalam satu siri pilihan raya telah meletakkan
Pakatan Rakyat di jalan buntu. Datuk Seri Nizar terpaksa mengingkari arahan pemerintah Perak
untuk berundur dan bertindak membelakangi arus perdana dengan membawa kes tersebut ke
mahkamah. Namun begitu, kejayaan Datuk Seri Nizar di pilihan raya semula Parlimen Bukit
Gantang menunjukkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih utuh. Tindakannya yang
menjadi penderhaka terhadap Raja demi untuk pertahankan hak rakyat berjaya meraihkan
sokongan serta simpati para penduduk di negeri Perak walaupun sokongan pengundi Melayu
sedikit merosot.

Dalam membicarakan isu penderhakaan terhadap raja Melayu, ia bukanlah satu perkara
yang baru walaupun ia sering dikaitkan dengan budaya politik pembangkang. Orang Melayu
mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi beraja. Budaya tersebut telah
sebati dengan kehidupan masyarakat tersebut sejak zaman feudal lagi. Ia dikaitkan dengan

3
perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Di mana hubungan akrab antara
pemerintah dengan rakyat jelata telah menjadi sebahagian daripada identity dan kekuatan bangsa
Melayu. Namun begitu, konflik antara rakyat dengan pihak istana telah tercetus sejak era
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan Melaka yang zalim
serta tidak berkaliber terus menjadi perbualan serta perbahasan sehingga hari ini. Hang Jebat
yang berpegang kepada prinsip ‘ Raja yang adil, raja disembah dan raja yang zalim, raja
disanggah’. Tindakan penderhakaan itu jelas bertentangan dengan budaya orang Melayu yang
berpegang teguh kepada pepatah ‘ Biar mati anak jangan mati adat ’. Pembunuhan Hang Jebat
oleh rakannya sendiri, Hang Tuah membuktikan kesetiaan orang Melayu terhadap institusi beraja
namun begitu, ia gagal menghalang empayar Melaka daripada menerima ‘tulahnya’ apabila
ditewaskan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511. Badi Kesultanan Melayu Melaka berterusan
di Johor apabila warisnya yang terakhir, Suitan Mahmud II mati dibunuh oleh pembesarnya
sendiri. Laksamana Megat Sri Rama bertindak nekad membunhu Sultan Mahmud II yang
bertindak zalaim membelah perut isteri Sri Rama yang mengidamkan nangka diraja. Kejadian
tersebut dikaitkan dengan perisitiwa ‘Sultan Mahmud mangkat dijulang’. Deretan peristiwa yang
berlaku membuktikan bahawa masyarakat Melayu yang terikat dengan konsep ‘daulat’, ‘tulah’
mahupun ‘derhaka’ masih mempunyai kewarasan apabila berhadapan dengan soal keadilan dan
kemanusiaan. Lantaran itu sikap taat setia terhadap institusi beraja perlu dilihat dari konteks yang
lebih luas dengan mengambil pertimbangan seperti ketetapan dalam perlembagaan, keadilan,
amalan demokrasi serta perbezaan pemahaman serta budaya masyarakat Malaysia yang bersifat
plural.

Dalam konteks sejarah moden pula, konflik istana dengan golongan politikus yang
dikatakan mewakili kepentingan rakyat juga tidak kurang hebatnya. Tengku Razaleigh dalam
kenyataan kepada Malaysiakini mendakwa ‘tiada siapa yang telah mendatangkan kemudaratan
yang lebih serius terhadap institusi beraja selain daripada UMNO’. Tengku Razaleigh dalam
laman webnya menegaskan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat mengingkakri arahan Sultan Perak
bukanlah insiden pertama perbuatan derhaka orang melayu terhadap sultan. Ini kerana UMNO
dikatakan bertindak melucutkan kedaulatan raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan
terhadap undang-undang persekutuan yang membolehkan sesuatu akta yang diluluskan di kedua-
dua dewan rakyat dan negara dilaksanakan walaupun tanpa perkenaan sultan. Ia turut

4
melucutkan imuniti raja-raja melayu. Lantaran itu beliau mempersoalkan siapakah yang
mendatangkan ancaman terhadap institusi beraja ? Adakah demonstrasi yang diadakan selama
beberapa hari atau tindakan UMNO yang merampas kuasa raja-raja Melayu semasa krisis dalam
parti tersebut? Lantaran itu, tindakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta segelintir
pemimpin UMNO yang lantang mengkritik barisan pembangkang dilihat hanyalah satu gimik
politik murahan menjelang perhimpunan Agung UMNO.

Konflik istana dengan rakyat turut mendapat perhatian raja-raja Melayu yang melahirkan
kekesalan terhadap situasi yang berlaku dan menggesa agar semua pihak menerima
perlembagaan negara serta menghormati kedudukan raja-raja Melayu seperti yang telah
dimaktubkan dalam perlembagaan tersebut. Ia perlu bagi memastikan kesinambungan dalam
keselamatan serta keharmonian kaum. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah berpendapat bahawa
tindakan sesetengah pihak yang bersifat radikal dan terus mempersoalkan hak istimewa akan
menjejaskan perlembagaan dan baginda gusar ketamadunan Melayu akan digugat. Lantaran itu,
baginda menggesa agar orang Melayu bersatu bagi terus mempertahankan identiti bangsa
Melayu itu sendiri dengan memperkemaskan takrif Melayu. Di mana orang Melayu perlu diikat
dengan adat, disimpulkan dengan dengan bahasa serta disalut dengan agama.

Peranan institusi beraja yang bersifat raja berperlembagaan sememang perlu terus
dipertahankan malah ada yang berpandapat imuniti golongan tersebut perlu dipulijkan bagi
memastikan institusi itu terus relevan dan mengelakkan pencabulan berterusan oleh pihak
tertentu. Lantaran itu sudah tiba masanya, semua pihak berganding bahu dalam usaha
memartabatkan institusi beraja semoga golongan pemerintah itu dapat melaksanakan tugasnya
sebagai ketua negara serta mampu menangani konflik ekonomi, politik serta sosial yang semakin
runcing di negara kita. Ia selaras dengan kepercayaan masayarakat Tionghua yang menekankan
bahawa seseorang pemerintah itu merupakan wakil dari langit ( tian ) untuk memerintah dan
madat baginda bergantung kepada kewibawaannya serta keadilannya. Kegagalan dalam
melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat jelata alan mengakibatkan pemerintah itu hilang
mandat dari syurga. Ia dapat dilihat apabila negara mulai ditimpa pelbagai bencana lantaran itu,
pemerintah itu wajar digantikan. Raja Hishamuddin Rais dalam artikalnya di Malaysiakini yang
bertajuk Ahkirnya Tinggal Empat Ekor berpendapat "Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal
empat ekor raja sahaja iaitu Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."

5
6

Anda mungkin juga menyukai