Anda di halaman 1dari 16

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2013

HBIS 2203

AKIDAH (SMP)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

771222086803001 771222086803 0164936239 shahfulrizal@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM LEARNING CENTRE

HBIS 2203

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0

PENGENALAN DALIL NAQLI TENTANG KHURAFAT PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM i Membangkitkan Kesedaran Tentang Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan ii iii Guru Sebagai Pembentuk Akhlak Guru Sebagai Memperkembangkan ilmu agama iv v Menjauhi sifat-sifat Mazmumah Membangunkan ummah

2 4 8 8

9 11

11 12 13 14

4.0 5.0

KESIMPULAN RUJUKAN

HBIS 2203

1.0

PENGENALAN Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan

khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Perkataan khurafat berasal dari bahasa Arab : Kharafa-yakhrifu-kharfankhurafatan. Dari sudut bahasa Inggerisnya pula merujuk kepada "superstition". Dari segi bahasa, khurafat di definasikan sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya, kata-kata itu banyak bidaah dan khurafat. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam masyarakat jahiliah pada masa lalu. Menurut istilah syarak pula, perkara ini sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menyeru supaya bergantung kepada Allah taala dan menolak kepercayaan terhadap selainnya bagi mendapatkan kebaikan dan menolak keburukan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atas ku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah, adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. KepadaNya bertawakkal semua orang yang bertawakkal. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38 )

Lebih jelas lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan atau manfaat ataupun penderitaan atau mudarat kepada seseorang, sedangkan semuanya itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang maha suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti, kerana ia merupakan sesuatu yang batil, yang langsung tidak mengandungi sebarang unsur 2

HBIS 2203

kebenaran. Amalan khurafat telah berlaku sejak zaman jahiliah lagi sehinggalah kini. Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan yang memberi kesan kepada nasib mereka. Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak mengerjakan sesuatu kerja atau sedang di perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba terdapat burung yang melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaankepercayaan tertentu. Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang melintasi mereka. Pada zaman Jahiliah juga, mereka yang hendak bermusafir akan cuba melepaskan seekor burung. Apabila burung terbang ke atas atau ke kanan, maka ia dipercayai akan membawa alamat baik, manakala jika ke kiri atau ke bawah, maka mereka akan menangguhkan pemergian kerana di takuti perjalanan mereka akan membawa kecelakaan. Masyarakat jahiliah juga percaya bahawa jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi di atas sesuatu rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan bermurung durja, dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang akan menimpa mereka. Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini, padahal semua itu adalah khurafat belaka. Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat juga banyak gejala khurafat. Ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang dibawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa terlebih dahulu membuat rujukan secara lebih mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah juga kepada para alim ulama. Hal ini terjadi kerana iman yang kurang mantap dan juga sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Selain itu, sikap kita yang amat kuat berpegang kepada adat seperti peribahasa yang berbunyi Biar mati anak jangan mati adat juga akan mendorong ke arah amalan khurafat. Sesungguhnya mempercayai perkara khurafat dan tahyul akan menjadikan umat Islam semakin mundur, malas berusaha dan hanya berserah kepada takdir. Ini bertentangan dengan prinsip Islam yang menggalakkan umatnya berlumba-lumba mencari kebaikan dan kejayaan. Kita akan menjadi umat yang ketinggalan dan hanya melihat kejayaan yang dicipta umat lain. Setiap bala bencana, musibah, terkurang dan terlebih rezeki adalah ketentuan Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

HBIS 2203

"Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau daripada orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari daripada singa".

(Riwayat Bukhari)

2.0

DALIL NAQLI TENTANG KHURAFAT Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seseorang individu muslim dengan

mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

((
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (38) Khurafat juga boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia serta menyekat akal fikiran secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :

HBIS 2203

Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala) ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil tahu tentang khurafat ini. Namun hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehinggalah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri. Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh agama, mungkin dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa tetapi pada dasarnya ia menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar dan kenikmatan yang diperolehi hanyalah bersifat semu iaitu tidak kekal. Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t manakala khurafat hanya menyelewengkan daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung. Islam melapangkan bidang muamalah untuk manusia sedangkan khurafat hanya untuk menyempitkannya. Terdapat juga amalan-amalan khurafat yang melibatkan bulan-bulan Islam seperti kepercayaan yang mengatakan bulan Safar adalah bulan yang sial dan membawa musibah kepada umat manusia. Baginda SAW sering berpesan supaya umatnya berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan peringatan juga diberi supaya tidak beriktikad sial atau nahas Safar dapat memudaratkan kehidupan manusia. Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar." (Hadis Riwayat Bukhari r.a, Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a)

Mencela waktu atau bulan yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah s.w.t. Ini adalah kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah s.w.t termasuklah bulan Safar yang jika dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta banyak membuat amalan soleh adalah termasuk dalam waktu yang penuh keberkatan. Oleh yang demikian, bulan Safar juga hendaklah dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita juga hendaklah sentiasa mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan yang lain. 5

HBIS 2203

Allah s.w.t berfirman :


" Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (al-Taghaabun 11)

Kita dikatakan telah berada di zaman sains dan teknologi serta teknologi komunikasi maklumat (ICT). Ia wujud dengan penciptaan dan kemunculan berbagai jenis peralatan moden dan canggih yang suatu ketika dahulu tidak pernah terlintas dalam benak fikiran kita. Saban hari, ada sahaja produk dan penemuan baru terhasil dari kenderaan pengangkutan hinggalah ke peralatan komunikasi, perubatan, persenjataan dan sebagainya. Natijahnya ialah, suatu pekerjaan atau tugasan yang sukar dilakukan serta mengambil masa kini boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan cekap. Kemodenan pembangunan dan cara hidup serta kecanggihan teknologi yang di tempa maih belum dapat meredakan dan menghakis kepercayaan khurafat dan tahyul dalam masyarakat. Masih ada segelintir masyarakat yang mendatangi tukang tenung nasib, berjumpa bomoh, memuja objek atau tempat-tempat tertentu di samping mempercayai adanya alamat buruk pada peristiwa atau benda, hari, bulan dan tempattempat tertentu. Sesungguhnya segala amalan tersebut merupakan sebahagaian daripada khurafat yang diwarisi dari zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam.Ini termasuklah cerita karut sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Firman Allah SWT:

(
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): tiada akan menimpa kami sesuatu selain daripada apa yang sudah ditentukan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.(S. At-Taubah: 51). 6

HBIS 2203

Sehubungan dengan pengertian firman Allah Taala tersebut, maka dapatlah disimpulkan bahawa Allah SWT mentakdir dan menetapkan sesuatu itu sejak dari azali, tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan takdir dan ilmu-Nya. Dalam erti kata lain, dengan apa jua malang atau nahas yang menimpa kepada manusia adalah ketentuan Allah SWT, dan bukannya disebabkan oleh hari, bulan, peristiwa atau tempat-tempat tertentu. Mengaitkan atau menyandarkan kepada sesuatu peristiwa mahupun objek atau tempattempat tertentu sebagai punca musibah atau bencana dan juga keuntungan atau rezeki adalah tahyul dan khurafat semata-mata. Setiap amalan ataupun kepercayaan yang berbau khurafat dan tahyul mestilah dibanteras sehingga ke akar umbi kerana Rasulullah melarang sekeras-kerasnya umatnya bersangka buruk terhadap sesuatu dan menganggap kepercayaan sedemikian sebahagian daripada syirik seperti dinyatakan dalam hadis baginda, maksudnya ; Daripada Abdullah ibnu Umar RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. (HR Imam Ahmad).

Tambahan pula, syirik adalah satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah SWT. Hal ini diperingatkan dan juga ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya ;

(
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (AnNisaa;116)

HBIS 2203

3.0

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM Ilmu pengetahuan amat perlu kepada semua umat manusia di dunia walau di

mana sahaja berada. Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja bermatlamatkan pelajaran akademik tetapi ilmu pengetahuan haruslah dipelajari dengan lebih luas dan kompleks sehingga mencakupi beberapa jenis bidang atau cabangnya. Ilmu pengetahuan ini boleh diperoleh di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di institusi pendidikan, khasnya di sekolah-sekolah. Ilmu juga dapat menghindari manusia daripada terjebak dengan amalanamalan dan budaya yang cenderung ke arah khurafat dan tahyul. Maka, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi membendung budaya khurafat di kalangan masyarakat setempat. Ilmu pengetahuan lebih senang dan banyak diperolehi sama ada di institusi pendidikan sama ada rendah atau tinggi. Oleh itu orang yang memainkan peranan penting dalam proses penyebaran ilmu ini ialah para guru. Mereka yang memilih profesionnya sebagai guru telah diberi tanggungjawab yang penting lagi berat dalam proses pendidikan ini. Pendek kata, guru diberi peranan sebagai pendidik dan pendakwah di sekolah. Perkataan pendidik ini berasal daripada perkataan didik iaitu bererti pelihara, ajar atau jaga dengan berhati-hati, setelah ia dijadikan satu kata ganti maka pendidik itu bererti orang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan satu proses yang berterusan bagi menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan petumbuhan bakat dengan rapi supaya mereka dapat lahir sebagai orang yang berilmu, baik sahsiahnya serta dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat. Antara peranan-peranan guru pendidikan Islam sebagai daie ialah :

i.

Membangkitkan Kesedaran Tentang Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan Tugas utama seorang guru sebagai pendidik dan pendakwah ialah perlunya

membangkitkan atau mewujudkan rasa keinsafan atau kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan mahupun pendidikan sama ada untuk duniawi ataupun ukhrawi. Kesedaran ini amat penting untuk meninggikan lagi taraf sosial, ekonomi dan lebih lagi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang ada di muka bumi ini supaya umat Islam disegani dan dihormati oleh umat lain. Dalam Islam, ahli-ahli yang mempunyai apa sahaja ilmu tidak dibenarkan mendiamkan diri, iaitu tidak mahu memanfaatkan ilmu yang ada padanya dan tidak menyampaikannya kepada orang lain. Oleh itu, sebagai seorang guru, bekalan ilmu 8

HBIS 2203

pengetahuan yang secukupnya perlu diberikan kepada semua murid ataupun masyarakat sekeliling. Melalui cara mendidik dan mendakwah murid-murid, maka seorang guru dapat menyerapkan atau menyalurkan apa sahaja ilmu yang diperlukan oleh semua murid. Melalui pengajaran juga, guru dapat menerapkan nilai-nilai yang perlu ada pada murid untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala khurafat. Ini kerana, muridmurid lebih mudah untuk dibentuk berbanding orang yang lebih dewasa yang telah terjebak dengan gejala khurafat dan tahyul sejak mereka kecil. Selain itu, tugas guru juga adalah sebagai penyambung atau pewaris Nabi Muhammad SAW dan orang terdahulu untuk meyambung kembali risalah yang telah disampaikan dahulu. Melalui guru Pendidikan Islam juga, tempat terhimpunnya khazanah ilmu Tuhan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, di mana di sinilah tempat memperoleh gambaran penghayatan dan pentafsiran mengenai sesuatu ajaran atau hukuman yang berkaitan mengenai agama khususnya dalam menangani amalan khurafat di kalangan masyarakat. Oleh itu, peranan guru untuk menyebarkan ilmu amat penting kerana dengan adanya kesungguhan ini, kesedaran mengenai ilmu di kalangan masyarakat khasnya umat Islam dapat diwujudkan tambahan pula bagi menjelaskan amalan-amalan yang berkaitan dengan khurafat.

ii.

Guru Sebagai Pembentuk Akhlak Seeorang pendidik dan pendakwah, terlebih dahulu perlu melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan dan boleh menampilkan keperibadian yang tinggi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan panduan, model atau pemimpin yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik mahupun sebaliknya. Sebagai pendidik dan pendakwah, guru hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih untuk menambahkan ilmunya, bukan sahaja ilmu agama malah ilmu-ilmu lain yang berfaedah dan dituntut oleh syariat Islam. Pembentukan peribadi yang murni sama ada akhlak atau ilmu pengetahuan di kalangan pendidik dan pendakwah amat penting dan merupakan asas atau petunjuk yang utama dalam konsep profesionalisme menurut pandangan Islam. Pendek kata, segala peribadi, tingkah laku atau sahsiah seorang guru itu besar pengaruhnya terhadap perkembangan sahsiah murid. Oleh itu sebagai seorang guru dia perlulah mempertingkatkan kebolehan, kemampuan, kreativiti, dedikasi serta kemahiran untuk mempertingkatkan lagi sahsiahnya serta ilmu pengetahuan. Setelah berupaya memepertingkatkan dan memperbaiki pembentukan sahsiah dalam ilmu pengetahuannya maka seorang guru itu dapat menyalurkan atau 9

HBIS 2203

menyampaikan segala nilai-nilai, norma-norma atau segala ilmu pengetahuan yang diketahuinya kepada murid-murid selaku golongan generasi yang baru yang akan bangun untuk meneruskan perjuangan kehidupan ini. Peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah sudah pasti menjadi agen penyebaran akhlak yang baik kepada murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan akhlak dan sahsiah murni seperti mana yang dituntut oleh Islam. Oleh itu setiap proses pengajaran dan pembelajarannya perlulah diselitkan dengan segala ilmu yang baik dengan cara mendidik dan mendakwah muridnya semasa di dalam bilik darjah. Peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah bukan sahaja menjadi agen perubahan sosial kepada murid-muridnya sahaja, malah guru juga merupakan penyebar atau yang boleh membekalkan nilai-nilai luhur kepada masyarakat. Guru juga mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan masyarakat yang masyarakat di sekelilingnya dapat menerima segala perubahan sosial daripada ynag berkeadaan kurang baik kepada keadaan yang murni dan diredai oleh Allah. Masyarakat yang masih memerlukan perubahan dalam apa sahaja amat memerlukan seorang pendidik dan pendakwah. Guru boleh memainkan peranan ini dengan melibatkan diri dalam apa sahaja kegiatan kemasyarakatan setempat supaya dapat menjadi contoh teladan serta panduan bagi mereka. Untuk melicinkan lagi strategi mendidik dan mendakwah supaya dapat diterima oleh masyarakat setempat maka seorang guru itu boleh menyususn beberapa aktiviti seperti menyediakan majlis-majlis ilmu, muzakarah usrah supaya dapat mempertingkatkan lagi keilmuan serta kefahaman masyarakat terhadap Islam. Selain daripada menjadia agen perubahan sosial, peranan guru juga penting dalam mencegah dan menghalang kemasukan gejala tidak sihat seperti penglibatan dalam najis dadah, melakukkan maksiat, minum arak, berjudi, menerima rasuah, pecah amanah, khurafat dan tahyul juga melakukan jenayah. Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka terlibat dengan gejala tidak sihat ini. Jesteru itu, guru sebagai pendidik dan pendakwah perlulah mengambil berat tentang hal ini. Dia boleh menjalankan tanggungjawabnya semasa dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah dan juga di kalangan masyarakat setempat. Guru juga boleh mengadakan aktiviti seperti majlis agama, kelas fardu ain dan persatuan yang melibatkan kerjasama orang ramai ke arah pembentukan sahsiah yang baik.

10

HBIS 2203

iii.

Guru Sebagai Memperkembangkan ilmu agama Pada hakikatnya seorang pendidik haruslah menyedari bahawa Islam adalah al-

Din, iaitu agama yang terulung sekali di muka bumi ini. Ekoran daripada itu, seorang guru bukan sahaja mendidik tetapi mendakwah murid-murid dalam pembentukan akidah atau penyebaran ilmu. Guru juga seharusnya membimbing dalam hal amal ibadat seperti melakukan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya yang telah menjadi kewajipan umat Islam mengerjakannya. Pendek kata peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah ialah menyeru atau mendorong generasi muda (murid-murid) dan juga masyarakat setempat untuk melakukuan ibadat atau perkara yang disuruh oleh Allah. Pelajaran tentang perkembangan asas beribadat serta yang ada kaitan dengan keagamaan Islam perlu didedahkan dan diserapkan di kalangan murid-murid dan juga masyarakat sekeliling. Selain daripada membimbing dalam perkara ibadat, guru juga seharusnya menyampaikan apa sahaja yang berkenaan dengan agama Islam tentang sejarahnya. Umat Islam terutamanya murid-murid perlu didedahkan dengan perkembangan Islam dan juga berkenaan isu-isu semasa supaya mereka dapat menjadikannya pengajaran atau motivasi untuk memperjuangkan serta mempertahankan kedaulatan agama Islam. Murid-murid perlu dipupuk semangat cinta dan sayangkan agama, serta dapat melakukan segala apa yang dikehendaki oleh agama dan menghindarkan diri daripada melakukan perkaraperkara yang menjadi larangan agama Islam. Selain daripada itu, murid-murid hendaklah didorong untuk memperjuangkan serta mempertahankan maruah agama Islam dan juga dapat memperkembangkan pengaruh agama Islam kepada masyarakat umumnya supaya masyarakat lain hormat dan juga segan serta tunduk kepada agama Islam.

iv.

Menjauhi sifat-sifat Mazmumah Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita kini sudah maju dan menuju ke arah

kemodenan. Dengan itu, masalah sosial pasti timbul seperti penagihan dan pengedaran najis dadah, perlanggaran hukum Allah seperti zina, minum arak, judi, rasuah, pecah amanah, merompak, mencemar agama, khurafat, tahyul dan sebagainya yang boleh meruntuhkan akhlak seseorang itu. Masalah seperti ini timbul kerana kurangnya pengetahuan dan didikan agama. Lagipun masalah ini bukan sahaja berlaku terhadap rakyat biasa malah juga pemimpin. Dalam hal ini, untuk mengatasi masalah tersebut tanggungjawab guru sebagai pendidik dan pendakwah hendaklah menyeru murid-murid dan masyarakat amnya, 11

HBIS 2203

supaya melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh agama. Malah tugas guru memberi didikan serta membina suasana Islamiah yang baik dalam diri individu muslim mahupun alam sekitarnya. Guru boleh melaksanakan tugas ini melalui majlis-majlis seperti kelas pengajian di surau atau masjid, ceramah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Para pendidik juga perlu membina keupayaan intelektualnya supaya mudah berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, penting mengadakan muzakarah dan usrah di kalangan pendidik supaya boleh mencapai matlamat ini. Tanggungjawab guru bukan hanya di sekolah sahaja, tetapi juga kepada masyarakat sekitar. Semoga seruan dan didikan dapat menyedarkan mereka yang telah melanggar larangan agama terutamanya yang melibatkan perlakuan khurafat di kalangan masyarakat sekarang.

v.

Membangunkan ummah Membangunkan ummah bererti membangunkan seluruh potensi individu ke arah

kehidupan beragama dengan kata lain, kepekaan masyarakat terhadap Allah sebagai pencipta alam semesta, malah juga sebagai pemberi seluruh peraturan hidup dan sebagai pendidik teragung (Murabbi). Oleh yang demikian, pendidik harus berusaha (secara berjemaah) menyedarkan manusia tidak kira orang Islam atau bukan Islam dengan jalinan berdasarkan nilai-nilai Islam dalam menghubungkan setiap individu dengan alam sekitar dan masyarakat baik dalam institusi sosial, kerajaan mahupun swasta. Di sini memperlihatkan betapa pendidikan memberi pengertian pembangunan diri insan itu sendiri, kerana setiap insan harus dibangunkan daripada aspek-aspek kerohaniannya di samping aspek inteleknya supaya terbina sifat-sifat ketakwaan kepada Allah dengan menjaga batas-batas syarak, berkasih sayang sesama manusia, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Malah, dalam hal ini Saed Hawa pernah menyatakan antara sifat-sifat individu yang harus dibangunkan ialah seperti berikut; kuat tubuh badan, luhur akhlaknya, mantap berfikir, berdikari, sejahtera akidah, tetap ibadah, sentiasa melaksanakan jihad, menepati waktu dan mempunyai cara kerja yang teratur. Dengan adanya pembentukan dan pendidikan individu seperti ini maka dapatlah melahirkan sebuah negara yang mendapat keredaan Allah.

12

HBIS 2203

4.0

KESIMPULAN Dalam usaha membentuk individu yang salih, walaupun tugas ini ialah tugas

selurah anggota masyarakat, tetapi yang lebih berperanan dan lebih bertanggungjawab ialah para pendidik. Ini disebabkan para pendidik terlibat secara langsung dalam pembinaan dan pembekalan nilai-nilai luhur terhadap generasi sekarang dan akan datang. Kerja yang besar begini juga dilakukan oleh orang perseorangan. Ia bukan sahaja tidak membawa kesan tetapi hampir mustahil dilaksanakan. Oleh kerana itu, perlulah ahli pendidik menerapkan dalam jemaah yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai landasan perjuangan dan profesion. Pada hari ini, usaha untuk membendung amala khurafat dan bidaah merupakan suatu usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat pada hari ini lebih matang dari dahulu, tetapi sekarang hanya lebih kepada hal keduniaan. Jika masyarakat sekarang terus menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta guru-guru agama di sekolah, maka sudah pasti akan runtuh akidah sebahagian besar umat Islam. Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat dan bidaah boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam. Selain itu, masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala khuraft dan bidaah dengan mengadakan majlis-majlis ilmu kepada semua lapisan masyarakat secara lebih giat lagi. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti majalah-majalah yang berunsurkan agama dan juga media elektronik seperti internet dan sebagainya. Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan bagi menjaga agama tauhid ini. Mungkin akta-akta yang bersesuaian perlu diwujudkan bagi membendung amalan khurafat ini merebak dengan lebih berleluasa dan merosakkan akidah umat Islam seluruhnya. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, Baginda amat risaukan tentang umatnya sehingga Baginda menyebut sebanyak tiga kali ummati, ummati, ummati. Maka umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta mengamalkan Amar maaruf nahi munkar yang kini kian dilupakan bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri.

13

HBIS 2203

5.0

RUJUKAN

Muzni Borhan, Mohd Fauzi Daud, Muhsinul Nidzam Abdullah, Zaradi Sudin, (2012), Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran II, Open University Malaysia.

Mushaf Malaysia Rasm Uthmani. Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian alQuran . Terj. Abdullah Ba smeih. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Noor Lizza Mohamed Said, Zamro Muda, (2012), Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran I, Open University Malaysia.

Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Zamro Muda, Mohamed Zaini Yahaya, (2012), Akidah, Open University Malaysia.

Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani.

http://www.quranexplorer.com/quran/

14

HBIS 2203

15

Anda mungkin juga menyukai