Anda di halaman 1dari 8

Istana Seri Menanti...

serba sedikit fakta sejarah

Dalaman istana ni kebanyakkan nya dihiasi dgn barangan replika. yg


menarik adalah koleksi gambar2 lama sultan. era moden pemerintahan
Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku
Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah. Baginda merupakan Yang Di-
Pertuan Agong Malaysia yg pertama setelah Malaysia merdeka dan baginda
dilantik pada September 13, 1957. wajah baginda juga menjadi lambang
pada matawang ringgit Malaysia.

Pewaris takhta Tuanku Abdul Rahman adalah anak lelaki sulung baginda
iaitu Tuanku Munawir. Hasil perkahwinan baginda dgn Tunku Maharun binti
Tunku Mambang. Manakala Tuanku Jaafar adalah adik kpd Tuanku
Munawir yg berlainan ibu iaitu seorang Eurasian, Dulcie Campbell atau
nama muslim nya Cik Maimunah.

Fakta sejarah lagi....perkahwinan ketiga Tuanku Abdul Rahman adalah dgn


Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin. Anak perempuan baginda,
Tunku Bahiyah telah dikahwinkan dgn Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah.

(source taken: http://en.wikipedia.org/wiki/Tuanku_Abdul_Rahman)


BERITA HARIAN (1)

nak jadikan istana lama seri menanti tapak warisan dunia!!

27 Februari, 2009

Usaha Jadikan Istana Lama Seri Menanti Tapak Warisan Dunia

SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan akan


menubuhkan pasukan petugas yang diterajui Lembaga Muzium Negeri
Sembilan dalam usaha menjadikan Istana Lama Seri Menanti sebagai tapak
warisan dunia oleh Unesco.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian,


Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi
Kail, berkata pasukan petugas itu akan menyediakan dan memenuhi apa juga
syarat, kriteria dan justifikasi seperti mana yang dikehendaki Unesco.

"Bukannya mudah bagi Unesco mengisytiharkan sesuatu tapak warisan itu


sebagai tapak warisan dunia. Kita perlu mematuhi dan memenuhi syarat,
kriteria dan justifikasi yang ditetapkan oleh Unesco," katanya kepada
Bernama di sini hari ini.

Mohammad Razi berkata usaha untuk menjadikan Istana Lama Seri Menanti
sebagai tapak warisan dunia dibuat berikutan pengisytiharannya sebagai
warisan negara oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan baru-baru ini.

Istana Lama Seri Menanti setinggi empat tingkat dibina di pusat


pemerintahan diraja iaitu Seri Menanti, Kuala Pilah, pada tahun 1902 dan
siap pada tahun 1908.

Keunikannya ialah ia diperbuat daripada kayu yang tidak menggunakan


sebarang paku besi tetapi menggunakan pasak kayu.
-- BERNAMA