Anda di halaman 1dari 3

Nama:

Tingkatan : 6 Atas ..

SMK SULTAN ABDUL AZIZ, JALAN PADANG TEMBAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. PENILAIAN SATU 2013 TINGKATAN ENAM ATAS PENGAJIAN PERNIAGAAN (1 JAM 30 MINIT)

Disediakan oleh:

Disemak dan Disahkan oleh:

.............. (Pn Siti Jamilah binti Razali)

(Pn Hjh Normah binti Yamin) PK Tingkatan 6

BAHAGIAN A [ 50 markah ] Soalan 1 a) Terangkan maksud kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan. b) Seseorang pengurus yang berkesan dikatakan juga sebagai pengurus yang cekap. Jelaskan. c) Senaraikan tiga kepentingan perancangan bagi sesebuah organisasi. d) Berikan tiga kegunaan carta Gantt dalam perancangan. e) Nyatakan tiga kaedah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan untuk mengatasi rnasalah stres di tempat kerja. f) Berikan empat kepentingan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi. g) Huraikan dua elemen penting dalam tawaran. h) Jelaskan tiga keadaan sesuatu perjanjian boleh dibuat tanpa balasan. i) Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak batal? j) Jelaskan waranti tersirat mengenai milikan aman di bawah Akta Jualan Barang barang 1957. [6] [4] [6] [6] [4] [4] [4] [4] [6] [6]

BAHAGIAN B [ 50 markah ] Soalan 2 Ramlan tahu ada yang tidak kena dengan dirinya. Sudah berminggu-rninggu seluruh badannya sakit-sakit. tidak lalu makan, tidak nyenyak tidur, dan pandangannya berpinar-pinar. Mula-mula dibiarkan sahaja keadaan ini, narnun semakin hari, dia sernakin tidak keruan. Pantang salah sikit sahaja, dia akan mengamuk sehingga anak bininya takut untuk menghampirinya apabila dia pulang ke rumah. Prestasi kerjanya turut terjejas. Jika dahulu dia amat mementingkan kerja yang baik, kini dia banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Rakan sekerjanya dan pekerja bawahannya juga akan cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan Ramlan kerana takut dengan perlakuan dirinya yang tidak terkawal. Atas nasihat kawan-kawan yang bersimpati dengan keadaan dirinya, Ramlan memberanikan diri untuk berjumpa dengan kaunselor di hospital swasta, Encik Kamarul. Ramlan menceritakan kepada Encik Kamarul tentang apa yang berlaku di tempat kerjanya yang membuatkan kebanyakan pekerja tidak senang duduk. Syarikat perniagaan majikannya, Electronics Arm Sdn. Bhd.. merupakan pengeluar cip komputer untuk tujuan eksport ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh sebab kegawatan ekonomi dunia, jualan syarikat perniagaan tersebut mengalami kejatuhan kerana permintaan yang menurun. Untuk menangani masalah ini , syarikat perniagaan tersebut telah membuat penyusunan semula organisasi perniagaan. Akibatnya, ramai yang terpaksa diberhentikan kerja dan semua operasi syarikat perniagaan disusun semula dengan kapasiti yang lebih kecil. Kini. pekerja yang masih kekal dengan syarikat perniagaan tersebut dikehendaki rnenanggung behan kerja yang dahulunya dipikul oleh orang lain. Mereka perlu bekerja lebih masa untuk mencapai output yang sama dengan bilangan pekerja yang lebih kecil. Skop kerja Ramlan telah banyak berubah. Beliau terpaksa melakukan kerja yang dahulunya dilakukan oleh pengurusnya walaupun tidak dinaik pangkat. Kadang-kadang beliau tidak pasti peranan sebenarnya dalam organisasi dan bidang kuasanya. Tidak tahan dengan suasana kerja seperti ini, ramai yang terpaksa mendapatkan cuti sakit walaupun sebenamya tidak sakit hanya sernata-mata untuk berehat. Jika dahulu syarikat perniagaan tersebut mampu memberikan bonus tiga bulan, kini syarikat perniagaan tersebut tidak dapat memberikan jaminan yang bonus dapat diberikan. Jika diikutkan hati, menurut Ramlan, beliau mahu sahaja berhenti dan mencari pekerjaan lain. Namun, dengan kegawatan ekonomi sekarang, banyak syarikat perniagaan tidak mengambil pekerja baharu. Tambahan lagi, ibunya sedang sakit dan terpaksa menerima rawatan dialisis dua kali seminggu. Ramlan, satu-satunya anak yang boleh diharap, terpaksa bertahan dengan pekerjaannya sekarang. Isterinya yang tidak bekerja untuk menjaga lima orang yang sedang bersekolah juga tambah menyulitkan keadaan yang dihadapinya. (a) Jelaskan dua punca utama stres yang dihadapi oleh Ramlan, dengan memberikan contoh yang bersesuaian. [15] (b) Apakah yang boleh dilakukan oleh organisasi untuk membantu Ramlan menangani stres yang dialaminya? Bincangkan tiga pendekatan utarna. [15]

(c) Huraikan kesan stress terhadap individu dan organisasi [20]