Anda di halaman 1dari 19

Tajuk Artis

: :

Langit dan Bumi I Syed Ahmad Jamal 1998 Akrilik Kain kanvas 203 sm x 274.5 sm

Tahun : Media :

Medium : Saiz :

APRESIASI SENI Menggambar (Description) Karya seni Langit dan Bumi I yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal dikira sarat dengan subjek rujukan, bentuk dan isinya. Karya ini dihasilkan pada tahun 1998 di atas kanvas yang berukuran 203sm x 274.5sm. Syed Ahmad Jamal menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai teras pengkaryaannya. Hasil karya Syed Ahmad Jamal ini jika dilihat pada format kanvas dari bawah ke atas boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada lapisan bumi. Bahagian kedua terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau. Seterusnya pada

bahagian ketiga terdiri daripada awam, jalur cahaya dan hujan, Manakala pada bahagian keempat terdiri daripada langit dan bintang-bintang. Syed Ahmad Jamal mengukuhkan struktur karya Langit dan Bumi I dengan kombinasi unsurunsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk. Sementara komposisi karyanya diseimbangkan, dikontrakan, diulang-ulangkan, ditegangkan dan diharmonikan. Sapuan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu penghasilan imej tumbuhtumbuhan. Jika diamati,tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasi garisan condong. Garisan condong yang diulang secara ketara dapat dilihat pada sebelah kiri karya. Walau bagaimanapun, garisan cembung curve line dikontraskan terutamanya di bahagian antara langit dan bumi iaitu pada bahagian berwarna ungu gelap. Dalam pada itu, garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagian awam. Garisan melintang Horizontal line pula dibentuk melalui tanah yang berlapislapis di bahagian pertama ataupun bahagian bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut. Menganalisis (Analyse) Karya Langit dan Bumi memperlihatkan pelbagai unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, ruang dan warna. Pada karya tersebut terdapat pelbagai jenis karekter garisan, ada garisan perlahan, sederhana, pantas dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan tersebut telah membentuk beberapa jenis jalinan texture yang sek aligus memperkayakan lagi karya beliau. Secara keseluruhannya, Syed Ahmad Jamal menggunakan jalinan abstrak abstract texture.

Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu merah pada tanah berlapis-lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad Jamal menggunakan mendominasikan ruang cetek. Dalam pada itu, ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal dilihat menggunakan warna panas ke warna sejuk dalam pengolahan karyanya ini. Warna panas seperti merah kuning memenuhi sebahagian kawasan bumi. Manakala warna sejuk seperti biru muda diadaptasi pada bahagian ketiga iaitu kawasan awam dan biru tua digunakan pada langit dan bintang-bintang. Dalam usaha membentuk keharmonian dari segi warna, Syed Ahmad Jamal mengulang-ulangkan warna panas pada bahagian warna sejuk. Ini boleh dilihat terutamanya pada bentuk awam dan juga bintang-bintang. Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada

kesinambungan tidak sama ukur. Namun begitu, Syed Ahmad Jamal menggabungkan keseimbangan grafik ataupun pandangan saujana dalam istilah kesenian Islam di dalam karyanya. Keseimbangan tidak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur. Sebaliknya imej dan bentuk seakanakan lalang, tanah, gunung, hujan, awam dan bintang-bintang pula membentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan Kristal grafik) ataupun tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari dengan pandangan saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan rentak tidak senada kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri antara langit dan bumi. Di bahagian tepi kiri ini digunakan rentak tersusun. Gabungan elemen dan prinsip rekaan seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan yang cukup dan mantap. Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Kesatuan dan keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya Syed Ahmad Jamal dengan karya yang kaya, sarat bahkan berisi nilai-nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah peradaban yang tidak bernilai harganya. Dalam pengolahan karya ini, Syed Ahmad Jamal menghimpunkan pelbagai situasi. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang dan senja. Situasi yang berlainan ini

disatukan lalu membentuk satu luahan idea, minda dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di antara kedua-dua ruang Langit dan Bumi Tafsiran (Interpretation) Melihat karya Langit dan Bumi dari aspek formal bawah ke atas, didapati penggunaan tanah dengan cadangan berlapisan dapat menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis. Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam tabii. Bentuk seakan-akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan yang berlapis-lapis, menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi ciptaan tuhan. Melihat dari sudut warna pula, penggunaan warna panas ke sejuk dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak tentang kehebatan alam tabii ciptaan Tuhan. Warna merah seperti fenomina senja, kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam mencerminkan ketelitian dan kehalusan Syed Ahmad Jamal membentuk format Langit dan Bumi I. Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catan dari atas ke bawah pula didapati warna gelap (malam) mewakili warna sejuk waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar. Akhir sekali, warna merah (senja) mewakili maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-peringkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan pergerakan masa mengikut kosmologi ataupun sunatullah.

Penilaian (Evaluation) Karya Bumi dan Langit dilihat amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposisi dan isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian Melayu-

Islam.meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliau bukan seorang pengkarya yang menghasilkan karya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda. Sebelum menghasilkan sesuatu karya, beliau mengkaji dan membuat penyelidikan budaya terlebih dahulu. Oleh yang demikian, karya-karya yang digarapkan adalah segar dan tulen. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu-Islam yang menjadi teras cara hidupnya amat

terserlah sehingga berjaya memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karyanya. Syed Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melayu-Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana-mana ilmu yang baik dan bersesuaian daripada tamadun Barat mahupun Timur digarapkan menjadi wadah pemikirannya. Syed Ahmad Jamal melalui karyanya itu, telah melompat unsur-unsur konversi kesenian Islam yang lampau. Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format kesenian Islam. Format kesenian Islam termasuklah pengulangan, pandangan saujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditative dan seumpamanya. Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk struktur baru dan teguh.

Tajuk : Artis :

Summer Mountains Qu Ding Dinasti Song Selatan (9601127) Pertengahan abad pertama

Zaman : Tarikh :

Budaya : Cina Medium: Saiz : Skrol tangan; dakwat dan warna atas kain sutera 45.4 x 115.3 sm.

Menggambar (Description) Qu Ding merupakan seorang pelukis cina dan beliau hidup semasa zaman Dinasti Song. Beliau belajar tentang seni lukisan daripada Yan Wengui yang mana merupakan ketua seniman semasa zaman tersebut. Summer Mountains yang disimpan di Muzium Seni Metropolitan merupakan satu-satunya karya beliau yang masih terselamat sehingga hari ini. Dalam karya beliau, lukisan yang dihasilkan bertemakan alam semulajadi. Lukisan lanskap beliau memperlihatkan gambar panorama yang terdiri daripada gunung-ganang dan sungai. Ia seolaholeh dilihat dengan mata burung. Summer Mountains bersaiz 45.4 x 115.3 sm, lukisan dihasilkan secara lanskap yang mana kelebaran saiz lukisan lebih panjang. Lanskap digunakan bagi menampakkan keluasan pemandangan alam semulajadi. Karya ini menggunakan dakwat hitam untuk mewarnakan lukisan ini. Seperti yang kita dapat lihat, hanya satu warna sahaja yang digunakan bagi menghasilkan karya ini. Manakala dakwat merah pula digunakan pada cop mohor. Dakwat telah digunakan dalam kaligrafi dan lukisan selama lebih dua ribu tahun. Apabila kek dakwat dimasukkan kedalam batu pelukis dengan air tawar, dakwat boleh disediakan bergantung kepada jumlah air yang digunakan. Dakwat tebal adalah sangat mendalam dan berkilat apabila digunakan ke atas sutera. Dakwat nipis kelihatan meriah dan lutsinar. Hasilnya, teknik wash ini mewujudkan keseimbangan berirama antara kecerahan dan kegelapan, ringan dan untuk mewujudkan tanggapan berat tekstur subjek dan warna. Penggunaan dakwat basah dan teknik berus menunjukkan bahawa karya ini dihasilkan kira-kira pada tahun 1050, dan tarikh itu disokong oleh pengumpul karya kepunyaan Maharaja Song iaitu Huizong. Alat yang digunakan berus cina. Walaupun serupa dengan berus yang digunakan untuk lukisan cat air di Barat, ia mempunyai hujung halus yang sesuai untuk berurusan dengan pelbagai subjek dan untuk menghasilkan variasi garisan yang diperlukan oleh gaya yang berbeza. Bahan-bahan yang digunakan untuk kaligrafi dan lukisan adalah pada dasarnya sama, perkembangan dalam gaya dan teknik kaligrafi juga boleh digunakan dalam lukisan. Manakala medium lukisan menggunakan kain sutera. Sememangnya kain sutera sangat popular di negara China. Sebelum membuat lukisan pada sutera, sutera harus dirawat dengan tawas dan gam sebelum digunakan. Kaedah ini menjadikan sutera kurang penyerap daripada kertas. Orang dahulu menggunakan ungkapan yu yu pi mo (mempunyai berus untuk mempunyai dakwat). Ini menunjukkan kepentingan makna bagi kedua-dua istilah pi (berus) dan ketumpatan dan

mo (dakwat). Teknik-teknik berus yang begitu banyak ditekankan dalam lukisan ini bukan sahaja garisan tetapi juga digayakan dengan bayang-bayang dan tekstur (cunfa) dan kaedah menghiasi (dianfa) digunakan terutamanya untuk membezakan pokok-pokok dan tumbuhtumbuhan dan juga untuk perhiasan mudah. Strok berus memberi irama, kecantikan dan menggambarkan kualiti luaran dan dalaman subjek pada lukisan ini. Pada masa yang sama, lukisan ini mendedahkan keperibadian dan gaya pelukis itu sendiri. Salah satu ciri-ciri yang tersendiri lukisan ini ialah penggunaan inskripsi dalam puisi kaligrafi dan cop khas sebagai sebahagian daripada lukisan itu sendiri. Kepentingannya terletak pada keupayaannya untuk menyatakan tema dan konsep seni lukisan lebih jelas dan mendalam, manakala pada masa yang sama, memberi pandangan yang bernas ke dalam keperibadian artis, emosi dan pandangan mengenai seni dalam kehidupan. Dalam lukisan ini juga, merah cerah menambah sentuhan akhir kecantikan. Tulisan yang paling mudah terdiri daripada nama dan tarikh artis. Ia mengenai subjek dan gaya lukisan. Tulisan pada karya ini mungkin sekeping puisi atau kiasan sastera. Cop boleh diukir dalam batu. Ia mengandungi nama, kata puitis, reka bentuk atau simbol yang mempunyai kaitan dengan lukisan. Apabila menggunakan cop merah pada lukisan monokrom, ia dikatakan "menambah mata naga". Di dalam lukisan ini terdapat banyak unsur seni seperti garisan, jalinan, bentuk, warna dan rupa. Garisan sama ada pada kaligrafi atau pada bentuk imej pada lukisan. Garisan ini menimbulkan bentuk seperti jambatan, rumah,pokok, gunung, kapal, jeti, tangga dan pokok. Terdapat ruang perspektif antara gunung dan laut bagi menimbulkan kejauhan pemandangan. Terdapat juga jalinan kasar dan lembut. Jalinan kasar terdapat pada batu dan daun-daun pokok manakala jalinan lembut pula untuk menimbulkan bentuk awan dan kabus di sekitar gunung. Warna yang monokrom digunakan dalam menghasilkan lukisan dan menimbulkan bentuk pada lukisan. Manakala prinsip rekaan pula seperti harmoni pada gunung-ganang. Irama dan pergerakan pada awan, kabus dan aliran sungai. Kontra pula pada objek bukan semulajadi seperti jambatan, kapal, jeti, rumah dan tangga. Penegasan pula pada kaligrafi puisi yang terletak di sebelah kanan karya ini. Karya ini diimbangkan dengan menggunakan imej gunung. Di dalam karya ini, terdapat beberapa buah kapal yang sedang berada di pinggir rumah dan daratan. Samada mereka hendak mendarat ataupun bertolak untuk menangkap ikan. Selain itu, terdapat juga beberapa buah rumah di pinggir sungai dan kaki gunung. Seni bina rumah tersebut menunjukkan gaya cina juga dilihat pada bumbung rumah. Pada lukisan tersebut, beberapa batang sungai kelihatan mengalir kearah laut atau tasik. Jambatan dibina

bagi menghubungkan jalan untuk merentasi sungai. Manakala tangga dibina bersama pintu gerbang berfungsi sebagai jalan ke tempat tinggi iaitu kawasan pergunungan. Manakala semua pokok dilukis seakan-akan pokok bonzai kerana tiada pokok di dalam karya ini dilukis secara tegak. Kemudian terdapat beberapa buah gunung di dalam karya ini. Gunung yang berada di perspektif hadapan dilukis secara terperinci. Manakala gunung yang berada di perspektif belakang dilukis agak kabur. Hal ini akan menimbulkan jarak dan ruang pada lukisan ini. Kemudian kelihatan awan terdapat di sekitar gunung. Menganalisis (Analyse) Di dalam catan landskap Cina ini menerangkan kepercayaan beliau bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina ini menghasilkan catannya adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini kerana beliau mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina. Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina. Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan. Antara prinsipprinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung. Chi yun sheng tung adalah getaran rohani atau perasaan pelukis. Ia merupakan ekspresi beliau dan kemudiannya diluahkan kepada lukisan. Mungkin beliau ingin berkongsi kedamaian dan ketenangan semasa melihat pemandangan. Beliau juga ingin menyatakan bahawa manusia hanya butiran halus di alam semesta. Prinsip yang kedua adalah Ku Fa Yung Pi . Ku Fa Yung Pi adalah kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus. Aplikasi ini lebih kepada aplikasi alat, media dan teknik. Aplikasi alat yang digunakan seperti jenis berus sama ada berus kuku ketam atau bulu arnab. Teknik pula seperti sapuan berus secara kasar atau lembut. Ying Mu Hsien Hsing pula bermaksud pemahaman terhadap objek yang dilukis. Pemahaman beliau terhadap alam seperti gunung merupakan objek yang paling besar di bumi. Sui Lei Fu Tsai ialah penggunaan warna yang bersesuaian. Walaupun beliau hanya menggunakan warna monokrom tetapi tetap juga dapat menimbulkan bentuk dengan mengambil kira nisbah kepekatan warna pada sesuatu objek. Ching Yin Wei Chin adalah pembahagian komposisi dan peranan cahaya. Pembahagian komposisi dengan mengimbangi ruang yang ringan dengan menambahkan objek seperti gunung dan kapal. Manakala Ching Mu i Hsieh pula adalah belajar melalui peniruan. Prinsip ini pelukis menghasilkan karya

berdasarkan apa yang dilihat bukannya apa yang dia faham. Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman dan penikmatan catan Cina Sejak berabad-abad lamanya sehingga kini. Oleh itu, kita boleh melihat bahawa karya ini menggunakan kesemua prinsip ini. Format yang digunakan oleh Qu Ding adalah Skrol Tangan. Skrol ini berbentuk lanskap untuk memaparkan penceritaan dari jarak yang jauh. Walaupun format lukisan agak lebar, beliau pandai bermain dengan ruang supaya lukisan ini seimbang dari segi Ying dan Yang. Prinsip harmoni pada gunung tersebut menimbulkan kedamaian di dalam hati penonton. Sapuan berus secara lembut pada awan menimbulkan irama dan pergerakan pada lukisan ini. Selain itu unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada karya beliau diselaraskan dengan prinsip falsafah lukisan cina. Tafsiran (Interpretation) Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam karya beliau. Contohnya Shan (gunung), chi (atmosfera) dan hsing (bentuk). Ia merupakan tiga unsur yang lazimnya ada pada sesebuah catan Cina. Gunung adalah lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Manakala maksud awan pula adalah awan yang cerah melambangkan keharmonian dan awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Selain itu adalah pokok, pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Perlambangan yang lain adalah sungai, ia melambangkan kegembiraan dan keharmonian. Antara tahun 900 dan 1100, pelukis Cina telah mencipta lukisan landskap untuk menggambarkan keluasan dan kepelbagaian pada alam. Penonton akan membawakan watak manusia terdapat dalam lukisan sebagai pengembara, membenarkan mereka untuk " berjalanjalan, atau kekal" dalam landskap lukisan ini. Dalam landskap ini, hutan yang subur dikelilingi dengan kabus. Hal ini dapat memastikan bahawa waktu di dalam lukisan ini adalah malam pertengahan musim panas. Bergerak dari kanan ke kiri, pengembara berjalan ke arah kuil, di mana pengembara akan duduk bersama-sama menikmati pemandangan. Di atas bumbung kuil terdapat pusat gunung yang berdiri megah dan sebagai kemuncak kepada alam semesta manusia.

Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Penilaian (Evaluation) Karya Summer Mountain dilihat amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposisi dan isinya. Dari segi bentuk, beliau menggunakan prinsip peniruan alam semulajadi. Oleh itu bentuk yang dihasilkan adalah serupa dengan objek realiti. Teknik sapuan berus yang lembut dan kasar menimbulkan pelbagai bentuk dan jalinan yang menarik. Kemudian dari segi komposisinya pula, beliau pandai menggunakan ruang kosong dengan menulis kaligrafi cina yang berfungsi sebagai puisi. Kapal dan pulau juga diletakkan di bahagian hadapan kanan untuk mengimbangi objek dari sebelah kiri yang berat dengan imej gunung-ganang. Walaupun pada tengah-tengah lukisan ini terdapat gunung yang lebih besar dan terperinci, beliau menambah kuil di sekitar kaki gunung tersebut. Hal ini dapat menimbulkan objek yang kontra pada alam semulajadi. Manakala isinya pula, lukisan ini dihasilkan berdasarkan falsafah yang dipegang oleh Qu Ding. Elemen alam yang menjadi kebiasaan dalam catan cina pada zaman tersebut, terdapat pada lukisan ini. Contohnya gunung, awan, pokok dan sungai. Elemen dan lambang alam menjadikan lukisan cina istimewa dibandingkan dengan aliran seni dari barat. Saya sangat menyukai gaya dan falsafah yang terdapat pada lukisan ini kerana saya sendiri boleh memasuki dunia lukisan sebagai seorang pengembara. Mungkin pengembara ini datang dengan menaiki kapal. Kemudiannya menuju ke arah kuil di kaki gunung. Lukisan ini juga dapat membangkitkan perasaan yang tenang dan damai apabila kita melihatnya. Puisi yang disusun indah pada sudut lukisan ini membuatkan kita terfikir bahawa seniman ini bukan sahaja pandai dalam bidang lukisan bahkan dalam bidang sastera. Falsafah dalam lukisan ini sendiri mengajarkan kita tentang moral kehidupan. Kita bukan sahaja makhluk di muka bumi ini bahkan kita berkongsi dengan makhluk lain yang diciptakan oleh tuhan.

LANGIT DAN BUMI I

TAJUK HASIL KARYA

SUMMER MOUNTAINS

Melayu Syed Ahmad Jamal hidup dalam kalangan masyarakat Melayu.

BUDAYA

Cina Qu Ding pula menjalani kehidupan di kalangan masyarat Cina pada zaman Dinasti Song. Dalam karya beliau,

Oleh itu, budaya kemelayuan cuba diterapkan beliau di dalam karya ini dengan menggunakan tema keindahan alam. Beliau cuba

terdapat seni bina Cina. Contohnya rekaan kapal, kuil, pintu gerbang pada tangga dan rumah. Dalam karya ini menceritakan tentang seorang

meluahkan suasana berada di kampung. Jika di bandar tentu sekali kita tidak akan melihat keaslian alam. Sememangnya Melayu keindahan seperti seni amat alam ukir

pengembara yang hendak menuju ke arah kuil yang terletak di kaki gunung. Sememangnya kebudayaan

masyarakat menghargai semulajadi

masyarakat Cina membina kuil di sekitar gunung. Mungkin untuk

menyenangkan sami budha mencapai tahap Zen.

banyak menggunakan motif alam semulajadi.

Islam Syed Ahmad Jamal menganut agama Islam. Oleh itu, beliau meluahkan hasil karya berkenaan kesyukuran dan ketakjuban beliau terhadap penciptaan malam dan siang. Penggunaan warna panas ke sejuk dapat memikirkan kehebatan Tuhan. mengajak sejenak tabii juga

KEPERCAYAAN

Konfusiusme Pada zaman ini, Qu Ding menganut ajaran falsafah ini. Dalam lukisan beliau menekankan keharmonian

manusia dengan alam semulajadi dan penekanan terhadap perwatakan

manusia. Karya ini mempunyai corak, bentuk dan struktur yang tersendiri dan membawa simbol yang sungguh bermakna dan ia harus difahami dalam usaha meningkatkan nilai murni pada minda dalaman individu serta membentuk jati diri.

pemerhati tentang ciptaan

alam Warna

memberi perlambangan kepada lima waktu iaitu warna gelap

(Isyak), biru (subuh), hijau (Zohor), kuning (Asar), merah (Maghrib). Lima waktu ini diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk solat kali sehari. Barat Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format kesenian Islam. Format kesenian Islam PENGARUH Oriental Cina Beliau menggunakan berus Cina dan dakwat basah. Kemudian garisangarisan pada bentuk imej dalam

lukisan terdapat kesan sapuan berus seperti kaligrafi Cina. Pengaruh

termasuklah

pengulangan, kerumitan,

pandangan saujana,

daripada Tiga Kesempurnaan yang sangat sangat popular pada zaman tersebut diterapkan oleh beliau.

dinamik, gabungan berurutan dan meditative dan seumpamanya.

Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras struktur umpamanya baru dan

Contohnya kaligrafi, puisi, dan lukisan. Format lanskap tangan. lukisan dan pula ada bentuk secara skrol

dalam

membentuk teguh.

Abstrak Aliran abstrak adalah aliran seni yang bentuk penyampaiannya

ALIRAN

Naturalisme Naturalisme merupakan corak atau aliran dalam seni rupa yang berusaha melukiskan sesuatu objek sesuai

tidak secara langsung, juga di katakan salah satu jenis kesenian kotemporer menggambarkan yang objek tidak dalam

dengan alam (nature). Objek yang digambarkan mata melihat. diungkapkan Untuk seperti

memberikan

bentuk asli, tetapi menggunakan warna dan bentuk dalam nonrepresentasional.Beliau menggunakan sapuan pantas

kesan mirip diusahakan bentuk yang persis, ini ertinya , keseimbangan, perspektf, pewarnaan dan lainnya diusahakan setepat mungkin sesuai mata kita melihat.

menimbulkan garisan yang lurus pada karyanya. Terdapat pelbagai warna pada sapuan berus seperti warna panas ke warna sejuk. Setiap warna tersebut memberi perlambangan kepada waktu. Melihat karya Langit dan Bumi dari aspek formal bawah ke atas, didapati dengan penggunaan cadangan tanah FALSAFAH

Dalam

menghasilkan Catan

Cina,

terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud,

berlapisan

dapat menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis. Tumbuhtumbuhan, diambil padang secara dan bukit

memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan

mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah tidak menghadapi kerja dengan lalai falsafah ini bermaksud sesorang

saripati,

dipersembahkan secara abstrak mengingatkan kita tentang tandatanda kebesaran Allah melalui penciptaan seakan-akan alam tabii. awan Bentuk yang

haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti

jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan yang berlapis-lapis, rakaman alam

menandakan dalaman

yang

menyanjungi

ciptaan tuhan.

Impasto Ia adalah teknik lukisan di mana cat dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah goresan sangat mudah terlihat. Cat yang digunakan akan

STAIL

Teknik Catan Cina (Pai Miao) Catan Cina mempunyai tiga gaya iaitu Pai Miao, Gong Bi dan Xieyi. Dalam lukisan, beliau menggunakan teknik Pai Miao iaitu lukisan seperti lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang dipelajari pelajar, lukisan ini mementingkan kelicinan dan

tercampur di atas kanvas. Saat kering, teknik impasto akan

menghasilkan tekstur yang jelas, sehingga kesan kehadiran objek lebih terasa. Berus Barat Alat yang digunakan beliau adalah menggunakan berus yang berasal dari negara barat. Kesan sapuan pelbagai saiz dan bentuk berus menampakkan kesan garisan

kematangan garisan serta ton gelap dan cerah yang memberi kesan

kepada bentuk. Berus Cina Ia mempunyai hujung halus yang sesuai pelbagai untuk berurusan dan dengan untuk

subjek

menghasilkan variasi garisan yang diperlukan oleh gaya yang berbeza. Perkembangan dalam gaya dan teknik kaligrafi juga boleh digunakan dalam lukisan.

pada karya beliau.

Akrilik Bahan media ini kesan minyak. Ia akan kilatan juga

Dakwat Cina Diperbuat daripada arang pokok pine. Darjah kecerahan warna kelabu

menampakkan seperti cat

bergantung kepada kuantiti air yang digunakan.

menampakkan kesan campuran warna tebal dan nipis.

REFLEKSI MOHD SYAHIR BIN MOHAMAD @ ISMAIL 900628-03-5967 Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dapat menyiapkan kerja kursus-projek iaitu subjek Sejarah dan Apresiasi Seni , PSV3110 merupakan salah satu subjek major yang diambil oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5. Pada 6 Februari, saya telah menerima tugasan ini daripada guru pembimbing subjek ini iaitu Puan Wak Chu a/p Wok. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Namun, saya boleh berkolaborasi dengan rakan yang lain dan pensyarah untuk mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini. Tempoh jangka masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini, selama empat minggu bermula dari 8 Februari hingga 8 Mac 2013. Tugasan untuk subjek Sejarah dan Apresiasi Seni PSV3110 untuk semester ini menghendaki saya menyiapkan suatu penulisan apresiasi berbentuk esei tentang dua daripada hasil karya Seni Barat, Oriental dan Malaysia. Kemudian, buat perbandingan dari aspek budaya, kepercayaan, pengaruh, aliran, falsafah dan stail yang terdapat dalam hasil karya tersebut. Penggunaan ICT dan secara visual seperti penggunaan fotografi diberi keutamaan bagi tujuan menyampaikan mesej. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya dan rakan sekelas mula mencari karya yang sesuai untuk dijadikan sebagai subjek apresiasi. Ramai rakan saya memilih karya yang popular samada di barat ataupun Malaysia. Contohnya seperti Rumah Rakit oleh Peter Haris, Monalisa oleh Leonardo Davinci dan Starry Night oleh Vincent Van Gogh. Saya sendiri pula telah memilih karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk Langit dan Bumi I. Walaupun karya ini kurang popular berbanding karya beliau bertajuk Umpan, karya ini sangat bermakna dan sesuai kerana memaparkan keindahan alam. Kemudian saya memilih karya Qu Ding yang bertajuk Summer Night sebagai Seni Oriental. Karya ini sangat sesuai kerana boleh dibandingkan karya Langit dan Bumi I. Kedua-dua karya ini mempunyai banyak persamaan dari segi tema dan falsafah yang digunakan. Selepas itu, barulah saya memajak dua karya tersebut pada laman sosial iaitu Facebook dan kertas senarai karya. Hal ini dapat memastikan karya yang saya pilih untuk dijadikan subjek apresiasi tidak sama dengan karya yang dipilih rakan lain.

Semasa melaksanakan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang saya perolehi yang saya anggap sebagai cabaran untuk guru pelatih. Antara cabaran semasa membuat tugasan adalah kesukaran pemerolehan maklumat pada bahan bacaan. Bahan bacaan yang terdapat pada perpustakaan institut adalah terhad berbanding dengan bahan bacaan untuk subjek Bahasa Melayu. Namun saya sendiri merupakan pelajar major Pendidikan Seni Visual mempunyai banyak bahan bacaan yang telah dijadikan rujukan semasa melaksanakan tugasan ini. Contohnya buku-buku dari Open Universiti. Buku ini padat dengan ilmu keguruan bagi subjek Pendidikan Seni Visual. Di dalam buku-buku ini juga terdapat banyak proses membuat

apresiasi dan maklumat ini menyenangkan saya menyiapkan tugasan ini. Selain daripada sumber maklumat melalui bahan bercetak, saya juga menggunakan alternatif lain dengan menggunakan internet. Di dalam system pencarian maklumat ini, saya banyak merujuk laman sesawang Wikipedia untuk mendapatkan maklumat mengenai karya yang telah dipilih. Contohnya gambar karya, aplikasi teknik, alat dan bahan dan saiz karya itu sendiri. Bukan laman itu sahaja yang saya rujuk, malahan dari blog-blog yang berkaitan dengan dua karya tersebut. Selain itu semasa melaksanakan tugasan ini juga, cabaran lain yang menimpa saya adalah tempoh masa pelaksanaan tugasan ini merupakan tempoh masa untuk persiapan Kejohanan Trek dan Padang peringkat IPG KBM. Semua pelajar PIMSP semester 5 pula dipilih untuk mengendalikan kejohanan tersebut. Saya sendiri pula merupakan ahli jawatankuasa buku program di bawah rakan kumpulan sekelas iaitu Nurul Syazwanie bt Suhaimi. Oleh itu masa yang telah diperuntukkan selama 4 minggu itu banyak dihabiskan pada kejohanan buat kali ini. Namun itu bukan menjadi alasan untuk tidak menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Saya mencari alternatif lain dengan membuat perancangan jadual pelaksanaan tugasan supaya masa yang terluang digunakan semaksimum mungkin. Contohnya pada hari minggu dan masa senggang. Selepas melaksanakan tugasan ini, pelbagai ilmu dan maklumat yang saya perolehi terutamanya mengenai apresiasi. Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka . Proses apresiasi menurut Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan terdapat empat tahap iaitu menggambar, menganalisis, mentafsir dan menilai. Tujuan apresiasi pula membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil karya.

Melalui tugasan ini juga, saya diberi peluang untuk membuat apresiasi dan mengkaji berkenaan dua karya tersebut. Maklumat yang saya dapat dalam karya Langit dan Bumi I adalah Syed Ahmad Jamal pandai membuat kombinasi unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk. Sementara komposisi karyanya diseimbangkan, dikontrakan, diulangulangkan, ditegangkan dan diharmonikan. Sapuan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu penghasilan imej tumbuh-tumbuhan. Jika diamati,tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasi garisan condong. Garisan condong yang diulang secara ketara dapat dilihat pada sebelah kiri karya. Walau bagaimanapun, garisan cembung curve line dikontraskan terutamanya di bahagian antara langit dan bumi iaitu pada bahagian berwarna ungu gelap. Dalam pada itu, garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagian awam. Garisan melintang Horizontal line pula dibentuk melalui tanah yang berlapis-lapis di bahagian pertama ataupun bahagian bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut. Tambahan pula, maklumat yang saya perolehi daripada karya Summer Mountains oleh Qu Ding adalah beliau menghasilkan lukisan landskap untuk menggambarkan keluasan dan kepelbagaian pada alam. Penonton akan membawakan watak manusia terdapat dalam lukisan sebagai pengembara, membenarkan mereka untuk " berjalan-jalan, atau kekal" dalam landskap lukisan ini. Dalam landskap ini, hutan yang subur dikelilingi dengan kabus. Hal ini dapat memastikan bahawa waktu di dalam lukisan ini adalah malam pertengahan musim panas. Bergerak dari kanan ke kiri, pengembara berjalan ke arah kuil, di mana pengembara akan duduk bersama-sama menikmati pemandangan. Di atas bumbung kuil terdapat pusat gunung yang berdiri megah dan sebagai kemuncak kepada alam semesta manusia. Selain daripada penceritaan karya tersebut, saya juga banyak memperolehi maklumat berkenaan falsafah, prinsip, teknik dan aplikasi media di dalam catan Cina. Falsafah dalam penghasilannya seperti melukis tanpa sombong yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Wak Chu A/P Wok kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini serta memberi bimbingan yang sepenuhnya apabila saya menghadapi masalah. Tidak lupa juga kepada semua rakan di kalangan pelajar 5E kerana banyak berkongsi maklumat dan ilmu semasa bersama-sama menyiapkan tugasan. Sekian terima kasih.

RUJUKAN

http://seriathirahart.blogspot.com/2011/04/aliran-realisme-pada-era-realisme.html http://pearrrly88-studiocatan.blogspot.com/2009/09/aliran-naturalisme.html http://inkandpink-cahayapetunjuk.blogspot.com/2009/09/cat-minyak.html http://albert-kritikanseni.blogspot.com/ http://www.nytimes.com/2004/03/19/arts/art-review-a-thousand-year-treasury-of-chinesemasterpieces.html http://www.learn.columbia.edu/nehasian/zoomify/scrolls/swf/mov_quding_z.html http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2011_08_01_archive.html http://www.arkib.gov.my/syed_ahmad_jamal http://www.scribd.com/doc/59848873/Latar-Belakang-Seni-Catan http://en.wikipedia.org/wiki/Three_perfections http://en.wikipedia.org/wiki/Wall_scroll http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_painting http://en.wikipedia.org/wiki/Qu_Ding http://www.metmuseum.org/Collections/search-the-collections/60006974 http://arts.cultural-china.com/en/63Arts4395.html

Anda mungkin juga menyukai