1.0
PENGENALAN
Bahasa adalah milik manusia yang paling penting dan bahasalah yang membezakan antara manusia dan makhluk-makhluk lain. Dengan menggunakan bahasa, manusia dapat berhubung, melahirkan pendapat, pandangan dan perasaan. Manusia juga menggunakan bahasa untuk menyampaikan ilmu dan mencipta keindahan melalui kesusasteraan. Semua orang mengakui akan kepentingan bahasa dalam kehidupan seharihari. Tanpa bahasa, manusia akan hidup terasing dari masyarakat dan tiada kemajuan. Setiap manusia yang baru dilahirkan, secara semulajadinya
mempunyai beberapa alat fizikal yang sesuai untuk memperolehi bahasa. Walaupun pada mulanya bayi dilahirkan tanpa kebolehan berbahasa tetapi pemerolehannya akan berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkatperingkat mengikut perkembangan otaknya. Mengikut teori biologis, sejak anak itu dilahirkan, memang sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa. Menurut Chomsky (1965),
kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa atau Language Acquisition Device ( LAD ). Seorang kanak-kanak yang normal akan memperolehi bahasa pertamanya antara umur dua hingga enam tahun. Ketika itu, mereka akan mengambil perkataan-perkataan penting,
mempelajarinya dan seterusnya menggunakannya. Namun begitu, satu perkara yang pasti ialah setiap kanak-kanak memerlukan pendedahan terhadap bahasa. Kanak-kanak perlu mendengar
cara-cara bahasa dihasilkan dan apakah hubungan bahasa dengan objek. Tanpa pendedahan bahasa, kanak-kanak tidak akan memperolehi
sebarang bahasa dan sukar menerima bahasa yang akan diajar. Kanakkanak memerlukan beberapa pendedahan bahasa sama ada melalui pertuturan, isyarat, tulisan ataupun sentuhan sebelum pembelajaran bahasa berlaku.
2.0
MENGAPA ISABELLE DAN HELEN BERJAYA SEDANGKAN VICTOR DAN GENIE GAGAL DALAM MENGUASAI BAHASA
Setelah membaca dan meneliti empat kes pemerolehan bahasa antara Isabelle, Helen, Victor dan Genie, terdapat pelbagai faktor dapat kita lihat mengapa Isabelle dan Helen berjaya menguasai bahasa ke tahap yang memuaskan dan mengapa Victor dan Genie gagal berbuat demikian. Faktor-faktor ini dapat dilihat dari beberapa segi iaitu : Faktor umur ketika bermulanya sekatan terhadap
pendedahan bahasa.
Jangka masa sekatan terhadap pendedahan bahasa. Tahap sebarang renjatan atau trauma fizikal, psikologi dan sosial sebelum ditemui, dan
2.1
pendedahan bahasa. Isabelle telah dikurung selama 6 tahun sejak dia dilahirkan. Ini bermakna Isabelle telah disekat dari mendengar bahasa manusia selama 6 tahun. Jangka masa ini tidaklah terlalu lama jika dibandingkan dengan jangka masa sekatan terhadap Victor dan Genie. Tambahan pula, walaupun Isabelle tidak pernah mendengar bahasa manusia selama tempoh dikurung, namun dia masih belajar berkomunikasi dengan ibunya melalui bahasa isyarat.
Pengalamannya berhubung melalui bahasa isyarat sedikit sebanyak membantu pembelajaran bahasanya semasa di hospital. Isabelle juga berpeluang bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Ini akan lebih membantunya dalam mempelajari bahasa dan mempraktikkan dengan rakan-rakannya. Umurnya pula ketika itu baru 6 pemerolehan bahasa. Selain dari itu, Isabelle hanya mengalami renjatan sosial apabila dikurung dengan ibunya di dalam bilik yang gelap. Walau bagaimanapun, dia masih mendapat belaian kasih sayang daripada ibunya. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kejayaan Isabelle. tahun di mana dia masih dalam peringkat
HELEN Helen adalah seorang budak perempuan yang pekak dan buta. Helen dilahirkan normal, tetapi dia telah diserang oleh penyakit yang teruk sehingga menyebabkan dia pekak dan buta. Umur Helen ketika dia menjadi pekak dan buta ialah 1 tahun 7 bulan. Setelah umur Helen 7 tahun, Ibu bapa Helen telah mengupah Anne Sullivan Macy untuk mengajar Helen bercakap. Helen telah menerima trauma fizikal dimana dia telah diserang penyakit yang teruk dan menyebabkan dia pekak dan buta pada umur 1 tahun 7 bulan. Walau bagaimanapun, Helen telahpun mendapat melalui peringkat awal pemerolehan bahasa sebelum
ditimpa nasib malang. Helen juga mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapanya. Faktor pertama kejayaan Helen yang dapat kita lihat ialah faktor jangka masa sekatan terhadap bahasa. Setelah Helen diserang penyakit ketika berumur 1 tahun 7 bulan sehinggalah berumur 7 tahun dia tidak mendengar bahasa dan tidak
mempelajarinya. Jangka masa ini tidaklah terlalu lama jika dibandingkan dengan jangka masa sekatan terhadap Victor dan Genie di mana mereka tidak terdedah pada bahasa selama 11 dan 12 tahun. Kalau dilihat pada maklumat tersebut juga, Helen telahpun melalui peringkat awal pemerolehan bahasa iaitu sebelum dia mendapat penyakit. Ketika itu dia berumur 1 tahun 7 bulan. Setiap kanak-kanak yang normal telahpun mempelajari bahasa pada peringkat umur ini malah telahpun memahami sedikit sebanyak apa yang didengarnya. Ini merupakan salah satu faktor yang
memudahkan Helen dalam pembelajaran bahasanya. Helen juga bernasib baik kerana ibu bapanya cepat bertindak dengan mencari seorang guru untuk mengajar bahasa kepada anaknya sebelum menjangkau usia yang lebih lama. Umur Helen ketika diajar berbahasa masih dalam peringkat pemerolehan bahasa. Di samping itu, Helen tidak mengalami renjatan sosial malah dia sentiasa mendapat belaian kasih sayang kedua-dua orang tuanya berbanding Victor yang tidak pernah merasainya. Kasih sayang dan
belaian ibu dan ayah amat penting dalam memberi motivasi kepada anak. Helen hanya mengalami trauma fizikal di mana dia telah menjadi pekak dan buta. Namun begitu dia masih mampu mempelajari bahasa dengan menggunakan bahasa isyarat. Kejayaan Helen dalam menguasai bahasa juga didorong oleh tenaga pengajar yang pakar dalam mengajar orang-orang pekak iaitu Anne Sullivan Macy. Kepakaran guru yang mengajar adalah penting dalam menjamin kejayaan pelajaran seseorang. Selain dari itu, suasana persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran bahasa seseorang. Contohnya Helen yang hidup dalam keadaan persekitaran yang normal iaitu dalam lingkungan masyarakat.
2.2
Mengapa Victor dan Genie Tidak Belajar Lebih Daripada Yang Telah Dipelajarinya
VICTOR Victor seorang budak yang ditemui di dalam hutan. Umur ketika ditemui dianggarkan 11 atau 12 tahun tetapi bilakah dia dibuang di dalam hutan tidak dapat dipastikan. Ini bermakna Victor tidak pernah mendengar bahasa manusia selama 11 atau 12 tahun. Victor juga telah mendapat renjatan sosial di mana dia telah membesar di dalam hutan. Dia tidak pernah mendapat pendedahan
bahasa. Victor juga telah mengalami trauma fizikal di mana dia tidak berpeluang melatih alat-alat artikulasinya kerana tidak pernah menemui manusia untuk belajar berkomunikasi. Dia telah dimasukkan ke Institut Orang-orang Pekak dan Bisu di Paris dan diajar berbahasa oleh Sicard dengan menggunakan kaedah pengajaran orang-orang pekak tetapi gagal. Tugas mengajar diambil pula oleh Itard dan Victor hanya dapat membaca secara senyap dan dapat menulis sedikit-sedikit. Walau bagaimanapun, Victor masih tidak dapat bercakap kecuali tiga perkataan iaitu li, oh Dieu, lait . Mengapa Victor tidak belajar lebih daripada yang telah dipelajarinya walaupun telah diajar oleh seorang yang pakar dalam teknik mengajar bahasa ? Antara faktornya ialah Victor tidak pernah didedahkan pada bahasa manusia kemungkinan sejak ia dilahirkan sehinggalah dia ditemui. Pendedahan terhadap bahasa merupakan satu faktor yang paling penting dalam mengajar kanak-kanak berbahasa. Kanak-kanak perlu melalui peringkat mendengar,
menyentuh, dan melatih alat-alat tuturnya. Victor tidak dapat melatih alat-alat artikulasinya menuturkan bahasa manusia menyebabkan ia kaku dan sukar dibentuk untuk melahirkan bunyi-bunyi bahasa. Jangka masa sekatan terhadap pendedahan bahasa pada Victor terlalu lama iaitu 11 atau 12 tahun. Umur ini telahpun melangkaui peringkat pemerolehan bahasa kanak-kanak. Mengikut kajian, ada satu jangka masa penting dalam kehidupan manusia
yang subur dalam pemerolehan bahasa. Jika jangka masa itu terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang. Menurut Mangantar Simanjuntak ( 1979 ), ahli-ahli psikologi bersependapat, kanak-kanak akan mengalami kesukaran menguasai bahasa
sesudah ia meningkat umur 13 tahun. Selepas umur tersebut, kanakkanak tidak lagi menguasai bahasa secara pemerolehan tetapi melalui pembelajaran yang agak berat.
GENIE Genie telah dibesarkan dalam pengasingan. Dia telah dikurung oleh ayahnya di dalam sebuah bilik kecil sejak dia berumur lebih kurang 1 tahun 8 bulan. Genie telah dikurung selama 12 tahun. Ini bermakna Genie tidak pernah mendengar bahasa manusia selama 12 tahun sehinggalah dia berjaya dilarikan oleh ibunya. Tanpa pendedahan bahasa yang terlalu lama menyebabkan Genie tidak mampu menguasai bahasa dengan sempurna walaupun telah diajar. Lagipun umur Genie ketika mula diajar bahasa telahpun menjangkau lebih 13 tahun di mana ia telah melangkaui peringkat pemerolehan bahasa. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mengalami kesukaran menguasai bahasa walaupun diajar. Kanakkanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran tetapi dengan cara memperoleh dan ini berlaku secara tidak formal. Menurut Awang Mohammad Amin ( 1979 ), kebanyakan penyelidik bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa
jangka masa di antara 1 hingga 6 tahun umur kanak-kanak adalah jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada jangka masa itu kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepadanya. Renjatan sosial, psikologikal dan fizikal yang dialami oleh Genie juga menjadi faktor mengapa Genie sukar diajar berbahasa. Penderaan yang dilakukan oleh ayahnya menyebabkan Genie sering terganggu oleh rasa takut menyebabkan ia sukar menerima pelajaran. Faktor psikologi adalah amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Seseorang yang sering terganggu dan rasa takut oleh pengalaman lalu, akan sukar menerima apa yang diajar.
3.0
KESIMPULAN
Setelah meneliti kajian kes ini, satu perkara yang menjadi isu ialah betapa pentingnya pendedahan bahasa diperingkat awal kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak yang hidup tanpa mendengar bahasa manusia sehinggalah dia baligh akan mengalami masalah dalam mempelajari bahasa. Seseorang kanak-kanak memerlukan pendedahan bahasa terlebih dahulu sebelum mempelajarinya sama ada dari segi sebutan, isyarat atau dengan menyentuh objek-objek. Walaupun setiap bayi yang dilahirkan telah dianugerahkan sejenis alat pemerolehan bahasa ( LAD ), namun tanpa
10
pendedahan
bahasa
diperingkat
awal,
kanak-kanak
sukar
untuk
menguasainya. Kita dapat lihat dari kes Victor dan Genie di mana mereka terlalu lama terhalang dari mendengar bahasa. Sebab itulah usaha mengajar mereka bercakap menemui kegagalan kerana mereka tidak pernah mendengar bahasa di waktu peringkat pemerolehan bahasa iaitu antara umur 2 hingga 6 tahun. Selain dari pendedahan bahasa, suasana persekitaran juga
memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan dan kejayaan seseorang kanak-kanak dalam mempelajari bahasa. Suasana persekitaran perlulah aman dan sentiasa ada persaingan untuk belajar. Dengan adanya persaingan dalam pelajaran, seseorang itu secara tidak langsung bermotivasi untuk belajar. Contohnya kes Isabelle yang berpeluang bergaul dengan rakan sebayanya di hospital. Tambahan pula, dia telah diajar oleh seorang guru yang pakar dalam mengajar kanak-kanak bertutur iaitu Marie Mason. Selain itu, ibu bapa turut berperanan dalam memberi kejayaan kepada anak-anak. Dorongan dan sokongan ibu bapa adalah penting dalam membentuk psikologi anak-anak supaya lebih cenderung untuk belajar. Sebagai kesimpulannya, antara faktor yang boleh membawa kejayaan seseorang kanak-kanak dalam menguasai bahasa ialah perlu adanya pendedahan terhadap bahasa, suasana persekitaran yang normal dan guru yang berdedikasi serta pakar dalam mengajar bahasa.
11
BIBLIOGRAFI
Awang Mohd. Amin ( 1973 ) Beberapa Isu Tentang Pemerolehan Bahasa : Tinjauan Dari Sudut Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Pertama, Dewan Bahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin ( 1988 ) Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman. Mangantar Simanjuntak ( 1987 ) Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Aina Dani ( 1998 ) Pengantar Psikolinguistik. Penulisan Ilmiah Bacelor Pendidikan ( PBMP ), Universiti Putra Malaysia, Serdang.