Anda di halaman 1dari 36

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512

FAKULTY BUSINESS & MANAGEMENT


________________________________________________________________________

BBPW3103 FINANCIAL MANAGEMENT I JANUARY 2013


_______________________________________________________________________

NAMA NO. MATRIK KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL

: : : : :

RUBIYA BT KARIM 800760720512 800760720512 014 8701089 biya_ru@yahoo.com

NAMA PENSYARAH

FREDERICK CHONG

EMAIL

: fredct@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

SABAH LEARNING CENTRE

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 BBPW3103 FINANCIAL MANAGEMENT I JANUARY 2013 _________________________________________________________________________

PURPOSE The purpose of this assignment is to enhance leaners ability to evaluate companies efficiency in managing their assets and debts. TUJUAN Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan untuk menilai syarikat leaners kecekapan dalam mengurus aset dan hutang mereka.

REQUIREMENT Select any 2 listed companies of Bursa Malaysia from the Trading / Services sector and evaluate the companies asset management and leverage ratios using their financial statements for year 2011. KEPERLUAN Pilih mana-mana 2 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dari sektor Perdagangan / Perkhidmatan dan menilai pengurusan aset syarikat dan nisbah leverage menggunakan penyata kewangan mereka bagi tahun 2011.

1.0

PENGENALAN

Banyak faktor yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Selain strategi yang ampuh dan pasaran yang luas, pengurusan kewangan yang mantap serta menguasai rantai bekalan merupakan faktor terpenting yang mesti dikuasai oleh ahli perniagaan. Kita lihat ramai ahli perniagaan tidak mampu untuk lebih maju ke hadapan jika tidak dapat menguasai kekuatan ini. Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan ramai ahli perniagaan kecundang ketika krisis ekonomi Asia 1997/1998 melanda negara kita. Ketika itu, ramai yang terjebak dengan gejala hutang. Perniagaan tidak mampu bertahan jika menanggung hutang terlalu tinggi. Sebesar-besar sesebuah perniagaan akhirnya akan muflis juga jika tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang mantap dan berhemah. Lebih baik sebuah perniagaan yang tidak terlalu besar, tetapi hutangnya sedikit kerana mengamalkan pengurusan kewangan yang bagus.
2

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Ketika zaman krisis ekonomi Asia 1997/1998, banyak syarikat di negara kita yang melingkup dengan bebanan hutang yang cukup besar dan ada di antaranya melibatkan nama-nama hebat syarikat senaraian awam. Tidak kurang juga, banyak syarikat yang telah diambil alih oleh syarikat-syarikat lain dan telah berjaya distrukturkan semula. Ketika itu, Bursa Malaysia meletakkan syarikat-syarikat senaraian awam yang mengalami masalah kewangan yang teruk sebagai syarikat Nota Amalan 4 (PN4). Ada lebih kurang 100 syarikat PN4 berbanding keseluruhan syarikat senaraian awam berjumlah hampir 900 syarikat. Bermakna, lebih 10 peratus syarikat senaraian awam mengalami masalah kewangan yang amat teruk ketika itu. Bayangkan syarikat-syarikat ini mempunyai modal awal yang negatif! Aset-aset tetap kesemuanya ditukar menjadi aset semasa. Jadi, tidak usahlah bertanya berapa banyakkah modal akhir mereka jika modal awal pun negatif dan aset tetap sudah tiada! Itu belum dikira lagi hutang mereka. Tetapi dalam keadaan banyak syarikat yang mengalami masalah kewangan yang teruk ketika itu, ada juga syarikat yang mencatatkan kedudukan kewangan kukuh. Proton umpamanya mempunyai tunai yang cukup tinggi sebanyak RM4 bilion. Kecairan tunai Proton yang amat tinggi ini menyebabkan Proton sentiasa diintai oleh syarikat-syarikat automotif luar negara untuk diambil alih atau sekurang-kurangnya dijadikan rakan strategik. Disebabkan mempunyai tunai yang cukup tinggi jugalah, Proton mampu membina kilangnya sendiri di Tanjung Malim tanpa memerlukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Ini kita bercakap mengenai syarikat-syarikat besar. Bagaimana pula perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit? Kedai runcit sebenarnya lebih memerlukan ketelitian dalam memastikan wang masuk dan wang keluar dicatat kerana margin keuntungan bagi setiap jualan amatlah sedikit. Margin keuntungan yang sedikit inilah menyebabkan betapa pentingnya mengurus kewangan agar rekod kewangan dapat dijejaki. Jangan ambil mudah bagi setiap transaksi jualan kerana setiap kealpaan pemantauan catatan aliran tunai akan menyebabkan perniagaan terjebak dengan masalah kewangan. Warren Buffet yang merupakan orang kedua terkaya di dunia dan tokoh pelaburan terkemuka di dunia meletakkan faktor pengurusan kewangan yang bagus menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Umpamanya, beliau banyak menasihati ahli-ahli perniagaan agar menjauhi budaya berhutang. Lebih baik menggunakan dana sendiri dengan mengumpul modal bagi

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 memperkembangkan perniagaan berbanding berhutang. Tidak salah bermula dari bawah dengan mengumpul modal berbanding ingin cepat kaya dengan berhutang di sana dan sini. Selain itu, ahli perniagaan mestilah menguasai rantaian bekalan. Penguasaan rantaian bekalan yang lebih meluas melibatkan ramai ahli perniagaan menyebabkan tiada siapa yang memonopoli perniagaan. Kita selalu menyalahkan peniaga-peniaga kecil yang menaikkan harga sesuatu barangan dan perkhidmatan, sedangkan punca utamanya adalah harga ini dinaikkan oleh segelintir golongan yang memonopoli dan menguasai rantaian bekalan. Apa yang mampu dilakukan oleh peniaga-peniaga kecil kecuali menaikkan harga barangan mereka? Golongan yang memonopoli perniagaan ini mendapat 'durian runtuh' dengan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda. Peniaga-peniaga kecil ini pula amat bergantung kepada barangan yang dibekalkan oleh golongan monopoli ini. Maka, mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut telunjuk 'kuasa' monopoli ini. Seringkali mereka menggunakan kuasa kartel mereka sebaik mungkin dalam menentukan harga sesuatu barangan. Inilah contoh bagaimana mereka bermaharajalela dengan menguasai rantaian bekalan yang mengikut acuan kapitalis yang sememangnya tidak baik untuk ekonomi rakyat. Jadi, bagi memastikan ahli-ahli perniagaan yang lain juga memperoleh kejayaan, kerajaan seharusnya memecahkan penguasaan mereka. Lesen-lesen mengimport perlu diperluaskan lagi kepada ahli-ahli perniagaan yang lain agar berlaku satu persaingan yang lebih baik berbanding hanya tertumpu pada kuasa 'kartel' yang dimomok-momok sebagai cara perniagaan yang betul berteraskan persaingan terbuka. Penguasaan merekalah yang sering menjadi faktor utama yang membelenggu kos sara hidup rakyat. Jika dipecahkan penguasaan mereka, mereka tidak mampu menaikkan harga sewenang-wenangnya. Sudah pasti kebaikannya dinikmati oleh rakyat jelata yang juga sering memikirkan wang keluar dan masuk mereka saban hari.

2.0

PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT DAN ORGANISASI

Pengurusan Kewangan bukan sahaja meliputi segmen individu malah ia juga perlu digunapakai oleh perusahaan perniagaan. Bagaimana untuk melakukannya? Sebenarnya pengurusan kekayaan adalah kaedah yang digunakan untuk mengurus dana sedia ada dan
4

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 lebihan dana bagi mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai. Contoh yang boleh digunakan ialah modal syarikat dilaburkan di dalam sesuatu ke dalam satu instrumen pelaburan untuk mendapat keuntungan dan di masa yang sama risiko yang terlibat adalah terkawal dan minima. Kekayaan boleh didefinisikan sebagai lebihan atau aset bersih individu/syarikat sesudah ditolak liabiliti dan hutang. 2.1 Program Pengurusan Kewangan yang dicadangkan

Kebanyakan syarikat menguruskan aset mereka melalui instrumen insuran/takaful dan pelaburan. Rancangan pengurusan aset yang komprehensif sepatutnya merangkumi kaedah untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset meliputi program berikut: 1. Perancangan hutang/aliran tunai untuk memastikan penggunaan kredit yang efisyen untuk perniagaan. 2. Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengembangkan modal dan mendapat pulangan yang berpatutan 3. Perancangan insuran/takaful bagi perlindungan perniagaan(contoh: kebakaran, kecurian, dan perlindungan pekerja utama/keyman) dan perlindungan hayat peribadi (kematian, kurang upaya, penyakit kritikal, kad perubatan dan lain-lain) 4. Perancangan cukai untuk mengurangkan aliran tunai keluar yang berlebihan dan aliran tunai yang efisyen. 5. Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja-pekerja utama di dalam syarikat 6. Perancangan penggantian modal dan memastikan syarikat beroperasi apabila pemilik perniagaan meninggalkan syarikat. 7. Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan kepada pengganti atau benefisiari. 2.2. Pengurusan Aset, Hutang dan Kewangan

Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Pengenalan Konsep Pengurusan Kewangan pada zaman dahulu kala, kita dapat menukarkan batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman di mana manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya,
5

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini. Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai pengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa cabang ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti ilmu perakaunan, ekonomi, kewangan dan matematik. Apa Itu Kewangan Pada zaman sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (nonprofit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan. Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Kerana itu kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap dengan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain yang bertimbun. Tidak kurang pula yang terpaksa diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Begitu juga dengan firma-firma perniagaan yang terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk. Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur. Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil. Ini dicapai menerusi integrasi dan usaha secara kolektif daripada kesemua jabatan dan bahagian yang ada dalam sesebuah organisasi. Daripada kenyataan tersebut, suatu lagi rumusan dapat diberikan iaitu, mengurus kewangan bukan hanya melibatkan kakitangan Jabatan Kewangan dan Akaun sahaja, malahan ianya memerlukan kerjasama kesemua bahagian dalam organisasi. Secara umum, bidang kewangan mempunyai tiga cabang disiplin yang besar dan ianya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada para graduan dan masyarakat. Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah pelaburan, pengurusan kewangan korporat dan juga pengurusan risiko dan insurans. Pelaburan Bidang pelaburan adalah cabang disiplin kewangan
6

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 yang popular di Malaysia. Banyak pihak yang terlibat dalam aktiviti pelaburan seperti para pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur, penganalisis pasaran saham, kakitangan bank yang menguruskan hal-hal berkaitan pinjaman pembelian saham, pengurus-pengurus dana saham amanah dan sebagainya. Para graduan daripada pelbagai bidang terutamanya bidang kewangan sering diambil bekerja dengan syarikat-syarikat broker saham, syarikat pengurusan saham amanah dan bank-bank saudagar yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pelaburan. Mereka yang memilih bekerja di syarikat insurans juga terlibat dalam tugas-tugas melabur premium insurans yang diterima ke dalam portfolio-portfolio pelaburan yang menguntungkan. Golongan yang berminat menjadi perunding kewangan juga, pada ketika ini memerlukan pengetahuan luas dalam bidang pelaburan. Ini jelas menerusi silibus yang diperkenalkan dalam peperiksaan CFP atau Certified Financial Planners. Pengurusan Kewangan Korporat Bidang ini melibatkan penyertaan kakitangan organisasi secara menyeluruh dan paling banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang kewangan. Hal ini berlaku disebabkan keperluan kepada pengurusan kewangan korporat dalam setiap organisasi. Antara tugas yang dilakukan dalam bidang ini ialah pembuatan keputusan berhubung; Keputusan pelaburan syarikat. Strategi syarikat supaya memperoleh dana bagi memenuhi keperluan

pengembangan perniagaan. Keputusan penerbitan saham baru di pasaran dan sekuriti-sekuriti hutang yang lain. Keputusan pembiayaan hutang jangka panjang dan jangka pendek.

Selain keputusan-keputusan strategik di atas, para pengurus syarikat juga akan terlibat dalam pembuatan keputusan rutin syarikat seperti: Pembayaran dan penerimaan tunai harian. Pemberian kredit kepada pelanggan. Merancang perbelanjaan pengiklanan dan promosi. Penentuan ganjaran kepada pengurus dan kakitangan.

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512

Pengurusan Risiko dan Insurans, satu lagi cabang ilmu kewangan yang semakin popular ialah pengurusan risiko dan insurans. Pengurusan risiko dan insurans melibatkan proses mengukur tahap risiko serta pendedahan risiko yang akan dialami oleh sesebuah perniagaan dan juga kakitangan mereka. Sebelum ini, tugas tersebut lebih cenderung diserahkan kepada syarikat insurans supaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pada masa kini terdapat syarikatsyarikat yang cuba mengurus risiko secara sendiri. Antara tugas yang perlu dilakukan oleh kakitangan di bahagian ini ialah menyediakan pelan perlindungan risiko yang bersesuaian dengan tahap risiko yang ditanggung serta menentukan langkah yang terbaik bagi melindungi risiko tersebut. Umpamanya, sekiranya sesebuah kilang yang mempunyai 100 orang pekerja mempunyai tanggungan risiko kecederaan para pekerja bernilai RM15 juta, maka apa yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan dana pelaburan khas bagi tujuan melindungi kakitangan mereka. Selain itu, syarikat juga boleh membeli polisi insurans dan menggalakkan caruman yang lebih tinggi ke dalam akaun PERKESO. Bentuk Organisasi Perniagaan Terdapat tiga bentuk organisasi perniagaan yang paling utama di negara ini meliputi; perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat korporat. Hampir 80 peratus badan perniagaan di negara ini adalah berorientasikan milikan tunggal dan perkongsian. Namun begitu, berdasarkan jumlah jualan dalam Ringgit Malaysia (RM) hampir 90% didominasi oleh perniagaan berbentuk syarikat korporat. Perniagaan Tunggal Bagi perniagaan tunggal, ianya dimiliki dan diurus oleh seorang individu sahaja. Pemiliknya memiliki semua aset perniagaan dan bertanggungjawab ke atas semua liabiliti perniagaan. Selain itu, semua keuntungan daripada perniagaan akan dinikmati oleh pemilik dan semua kerugian ditanggung oleh pemilik. Kelebihan perniagaan tunggal boleh dijelaskan seperti berikut: Kos menubuhkan perniagaan ini adalah rendah kerana dokumentasi penubuhannya adalah sedikit. Pemilik perniagaan hanya dikenakan cukai pendapatan individu sahaja. Rahsia perniagaan tidak diketahui oleh pihak umum. Ini kerana perniagaan tunggal tidak perlu mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan perniagaan tunggal seperti; Pemilik perniagaan tunggal mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi pemilik perlu digunakan bagi membayar segala hutang perniagaan. Jangka hayat perniagaan agak singkat kerana apabila pemilik perniagaan itu mati atau tidak lagi berminat menjalankan perniagaan, perniagaan tersebut terpaksa dibubarkan. Perniagaan tunggal biasanya mempunyai keupayaan menjana modal secara terhad.

Perniagaan Perkongsian ialah perniagaan berbentuk perkongsian wujud apabila terdapat dua atau lebih individu yang bersetuju menjalankan perniagaan bersama-sama. Perniagaan perkongsian yang biasa wujud di Malaysia terdiri daripada Perkongsian Terhad dan Perkongsian Am. Di bawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 14 (3)(b), bagi mewujudkan sesebuah perniagaan perkongsian, jumlah ahli mestilah tidak melebihi dua puluh orang. Namun begitu, syarat jumlah ahli tidak melebihi 20 orang ini boleh diberikan pengecualian kepada perniagaan-perniagaan berteraskan profesional seperti perkhidmatan kedoktoran, perakaunan dan guaman. Dalam perniagaan perkongsian juga dibenarkan seorang atau beberapa orang rakan kongsi mempunyai status perkongsian terhad. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi dalam perniagaan tersebut mestilah mempunyai status perkongsian am. Daripada aspek kebaikan perniagaan perkongsian, ianya boleh dijelaskan seperti berikut: Kos penubuhan perniagaan perkongsian adalah rendah seperti mana kos penubuhan perniagaan tunggal. Cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan para pekongsi dan bukannya ke atas pendapatan perniagaan. Rahsia perniagaan perkongsian juga terpelihara daripada diketahui umum disebabkan firma perkongsian tidak perlu menyediakan laporan kewangan awam. Walau bagaimanapun, masih juga terdapat beberapa kelemahan perniagaan perkongsian seperti;

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Rakan kongsi yang berstatus rakan kongsi am, mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi rakan kongsi itu terpaksa digunakan bagi menyelesaikan hutang perniagaan. Sekiranya salah seorang daripada rakan kongsi am menarik diri atau meninggal dunia, perkongsian akan dibubarkan. Pindah-milik dalam perniagaan perkongsian sukar dilakukan kerana ia memerlukan persetujuan kesemua rakan kongsi terlebih dahulu. Syarikat Korporat, jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perniagaan perkongsian, sesebuah syarikat korporat mempunyai kelainan yang tersendiri. Syarikat adalah sebuah entiti yang wujud dan diperbadankan secara berasingan daripada pemiliknya (pemegang saham). Ini bermaksud, sekiranya syarikat mengalami kebankrapan, pihak penghutang hanya boleh menuntut bayaran setakat jumlah sumbangan modal kesemua pemegang saham sahaja. Oleh kerana terdapat pengasingan antara pemilik dan syarikat, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada pemilik syarikat atau pemegang saham. Penubuhan syarikat juga adalah lebih sukar. Pemilik perlu terlebih dahulu mendaftarkan nama syarikat di pejabat Pendaftar Syarikat atau Registrar of Companies. Selain itu, ia perlu menyediakan segala kertas kerja dan dokumen pendaftaran seperti memorandum dan artikel persatuan yang melibatkan kos guaman yang besar. Antara ciri syarikat korporat ialah ia boleh memiliki aset, boleh menanggung liabiliti dan menjual sekuriti kewangan bagi mendapatkan modal. Antara kelebihan perniagaan berbentuk ini ialah; Pemegang saham syarikat (pemilik) mempunyai liabiliti terhad sekadar jumlah dana yang dilaburnya sahaja. Kesinambungan hayat sesebuah syarikat korporat itu adalah berterusan dan tidak akan tergugat sekiranya salah seorang daripada pemilik menarik diri atau meninggal dunia. Keupayaan mendapatkan pinjaman luar lebih yang lebih baik kerana institusi kewangan lebih sanggup menyediakan pinjaman yang besar kepada syarikat jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian.
10

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Di sebalik kekuatan syarikat korporat di atas, terselit juga beberapa bentuk kelemahan seperti; Proses penubuhan sesebuah syarikat korporat adalah mahal dan kompleks jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian. Cukai dikenakan sebanyak dua kali oleh kerajaan. Ini bermaksud, keuntungan syarikat akan dikenakan cukai korporat manakala pemilik syarikat dikenakan cukai atas dividen yang diterima di penghujung setiap tahun. Rahsia perniagaan syarikat sukar dilindungi daripada diketahui umum. Ini kerana, syarikat disyaratkan supaya menyediakan dan menyiarkan laporan kewangan tahunan mereka kepada masyarakat awam. Matlamat Utama Perniagaan Dalam konteks kewangan, objektif utama setiap kakitangan pengurusan syarikat adalah bagi meningkatkan kekayaan pemegang saham syarikat ataupun kekayaan pemilik syarikat. Objektif ini tercapai apabila harga saham syarikat dapat dimaksimumkan seberapa banyak yang mungkin. Sebagai contoh, pada akhir Januari 2002, harga saham Syarikat Telekom ialah RM8.50 sesaham dan pada akhir Februari 2002, harganya ialah RM8.75 sesaham manakala pada akhir Mac 2002, harganya ialah RM9.00 sesaham. Ini menunjukkan, terdapat peningkatan secara konsisten dalam harga saham Telekom. Oleh itu, bolehlah dikatakan pengurusan Syarikat Telekom berjaya memaksimumkan harga saham Telekom dan seterusnya meningkatkan kekayaan pemegang saham. Persoalannya sekarang apakah kaitan antara harga saham dan kekayaan pemegang saham. Sekiranya seseorang membeli satu unit saham Telekom pada bulan Januari, mengikut contoh di atas kosnya ialah RM8.50 sesaham. Selepas pembelian dilakukan, secara automatik pembeli saham tersebut menjadi salah seorang daripada ribuan pemilik saham Telekom. Sekiranya beliau memegang saham tersebut selama tiga bulan mulai Januari dan kemudiannya menjual saham itu pada bulan Mac, beliau akan mendapat sedikit keuntungan daripada pegangan saham selama tiga bulan. Ini kerana harga saham Telekom semasa beliau melepaskan pegangannya melonjak kepada RM9.00 sesaham. Dengan keuntungan sebanyak RM0.50 sesaham, ini bermakna pihak pengurusan syarikat Telekom berjaya

memaksimumkan kekayaan pemegang saham melalui peningkatan harga saham. Aspek yang paling penting dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat

11

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 ialah pihak pengurusan mestilah terlebih dahulu memastikan berlakunya peningkatan dalam harga saham syarikat. Persoalannya sekarang, apakah faktor yang menyebabkan harga saham meningkat? Hasil penyelidikan dalam bidang kewangan sebelum ini menjelaskan, harga saham akan meningkat sekiranya keuntungan syarikat meningkat atau dijangkakan akan meningkat. Dengan menggunakan model pertumbuhan Gordon atau Gordon Growth Model, kita boleh mengaitkan harga saham dengan keuntungan syarikat seperti berikut; Pada amnya, apabila syarikat mengalami keuntungan dalam satu-satu tahun, syarikat tersebut dijangkakan akan membayar dividen kepada pelabur atau pemilik syarikat. Semakin tinggi keuntungan syarikat, semakin tinggi pembayaran dividen dapat dilakukan. Dividen (Do) adalah pemboleh ubah yang terletak di bahagian atas rumus tersebut. Oleh itu, sekiranya ada peningkatan ke atas Do, harga saham (Po) akan meningkat. Selain itu, penggunaan rumus ini juga berguna bagi menerangkan kaitan antara harga saham syarikat dengan keuntungan syarikat sekarang. Kita juga boleh menggunakan formula ini bagi memahami mengapa pelabur seharusnya melabur dalam syarikat yang mempunyai keuntungan. 2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keuntungan Syarikat

Walaupun pihak pengurusan sudah berusaha sedaya upaya mengurus operasi syarikat sebaik mungkin bagi memastikan kekayaan pemegang saham di tahap yang maksimum, namun terdapat faktor-faktor luaran yang secara tidak langsung memerlukan perhatian pihak pengurusan dan boleh mengurangkan keberkesanan usaha memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Antaranya ialah tanggungjawab sosial, halangan undang-undang dan kadar bunga. Tanggungjawab Sosial bagi menerangkan bagaimana faktor ini mempengaruhi keuntungan syarikat, kita akan menggunakan contoh sebuah syarikat yang menghasilkan bahan kimia pencuci. Biasanya dalam proses penghasilan bahan kimia pencuci, akan terhasil juga bahanbahan kimia buangan ataupun by product. Bahan-bahan kimia buangan ini tidak lagi berfaedah bagi proses seterusnya. Oleh itu, syarikat juga bertanggungjawab mengurus pelupusan bahan-bahan kimia buangan ini sebaik mungkin supaya tidak mencemarkan alam sekitar atau membahayakan orang ramai.

12

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Langkah terbaik bagi melupuskan bahan kimia ini ialah dengan membina loji pelupusan. Biasanya loji ini bernilai berjuta-juta ringgit dan pembinaannya akan meningkatkan kos pengurusan dan kos pengeluaran syarikat. Apabila kos meningkat, maka ianya mengurangkan angka keuntungan syarikat. Apabila keuntungan menurun, keupayaan syarikat membayar dividen juga berkurangan. Berdasarkan model pertumbuhan Gordon, apabila dividen menurun, harga saham syarikat juga menurun dan menyukarkan syarikat meningkatkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat. Halangan Undang-Undang Ada kalanya undang-undang yang diadakan oleh kerajaan boleh menjejaskan keuntungan sesebuah syarikat dan kemudiannya memberi kesan ke atas harga saham dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Contohnya, undang-undang pengambilan buruh asing di sektor perkilangan. Pada amnya, kilang-kilang mengupah buruh asing supaya bekerja di kilang mereka kerana gaji yang dibayar lebih murah berbanding gaji buruh tempatan. Oleh sebab itu, pengambilan buruh asing dapat menjimatkan kos pengilang dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka. Namun begitu, sekiranya kerajaan menghalang pengambilan buruh asing, pengilang tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengupah buruh tempatan. Sudah pasti dengan mengupah buruh tempatan ianya akan meningkatkan kos dan seterusnya menjejaskan keuntungan. Berdasarkan model pertumbuhan Gordon juga, selepas keuntungan terjejas, pemberian dividen akan mengecil dan akhirnya harga saham syarikat terjejas. Apabila harga saham terjejas, proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham terbantut. Kadar Bunga Kadar bunga yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pinjaman juga memberi kesan ke atas jumlah keuntungan syarikat dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Sebagai contoh, syarikat sentiasa cuba mengembangkan operasi dan perniagaan dari semasa ke semasa. Setiap kali syarikat ingin menjalankan aktiviti tersebut, ia akan menggunakan modal yang terhasil daripada keuntungan tertahan (retained earnings). Namun begitu keuntungan tertahan ini selalunya tidak mencukupi dan pengurusan syarikat terpaksa meminjam daripada pihak bank supaya dijadikan modal tambahan. Kadar bunga yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ada kalanya tinggi dan ada kalanya rendah. Kebiasaannya sewaktu ekonomi mengalami kemelesetan, kadar bunga diturunkan supaya pinjaman mudah dilakukan bagi membeli barangan. Peningkatan pembelian barang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya membawa ekonomi negara keluar daripada kemelesetan. Sementara itu, sewaktu
13

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 ekonomi mengalami pertumbuhan yang terlalu pesat dan kadar inflasi juga tinggi, kadar bunga atas pinjaman adalah tinggi. Kadar bunga yang tinggi menyukarkan pengguna membuat pinjaman bagi pembelian barang. Penurunan pembelian barang menurunkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya membawa ekonomi keluar daripada masalah inflasi. Sekiranya syarikat melakukan pinjaman sewaktu kadar bunga tinggi, pembayaran faedah ke atas pinjaman juga menjadi tinggi. Apabila pembayaran kadar faedah meningkat, kos pengurusan dan operasi syarikat akan meningkat dan ini mengurangkan keuntungan syarikat. Keupayaan membayar dividen juga menurun dan mengakibatkan penurunan harga saham syarikat. Ini menyukarkan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Tugas Kakitangan dan Pengurus Kewangan Tanggungjawab kakitangan dan pengurus kewangan dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting dan strategik. Ini disebabkan pengukuran pencapaian dan kekukuhan syarikat biasanya diukur daripada sudut kewangan. Darjah kompleksiti pengurusan kewangan syarikat pula lebih bergantung kepada saiz syarikat atau firma tersebut. Umpamanya, bagi sebuah kedai runcit, pengurusan kewangannya tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Hanya pemilik kedai berkenaan sahaja yang diperlukan bagi mengurus segala rekod-rekod kewangan perniagaan. Sebaliknya bagi sebuah syarikat korporat yang besar, ia memerlukan struktur jabatan kewangan yang kompleks. Syarikat-syarikat korporat biasanya mempunyai sebuah jabatan kewangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar Kewangan dengan dibantu oleh Penolong Pengurus Besar Kewangan, akauntan, ketua juruaudit, pegawai pelaburan, pegawai penganalisis kewangan, pegawai sistem maklumat dan sebagainya. Tugas yang dijalankan oleh para pengurus kewangan dan kakitangan di bawahnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian seperti di bawah; Ramalan dan Perancangan Kewangan - tugas membuat ramalan dan perancangan kewangan boleh dikaitkan dengan proses menyediakan belanjawan syarikat. Dalam aspek ini, para pengurus kewangan mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pemasaran dan Jabatan Pengeluaran supaya membuat ramalan jualan dan hasil pada masa hadapan. Keputusan Pelaburan dan Pembiayaan - seterusnya, pengurus kewangan dan kakitangannya juga perlu membuat keputusan-keputusan memilih alternatif
14

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 pelaburan yang terbaik untuk syarikat ceburi. Selain itu, keputusan pembiayaan juga perlu dilakukan dengan cara menentukan bentuk-bentuk sumber pembiayaan jangka panjang dan jangka pendek yang boleh digunakan bagi meningkatkan jumlah modal syarikat. Umpamanya menerusi kertas komersial, debentur, terbitan bon, saham dan saham keutamaan. Koordinasi dan Kawalan Tugas - kakitangan dan pengurus kewangan juga adalah berinteraksi dengan kakitangan di jabatan lain bagi memastikan perjalanan operasi syarikat adalah cekap. Kawalan ke atas aliran tunai masuk dan keluar, polisi kredit syarikat, ketersediaan sumber dana dan seumpamanya perlu dilakukan oleh mereka. Ini memastikan segala perancangan atau belanjawan yang dibuat dapat dipenuhi oleh semua jabatan. Berurusan Dengan Pasaran Wang dan Modal - oleh kerana tugas mengurus kewangan tidak dapat dipisahkan dengan pasaran wang dan modal, maka menjadi tanggungjawab para pengurus kewangan supaya berurusan dengan pihak-pihak luar yang terlibat dengan tugas-tugas menerbitkan saham, menerbitkan bon, melabur lebihan wang dan sebagainya dalam pasaran wang dan modal. Ini termasuklah syarikat broker saham dan bank-bank saudagar. Mengurus Risiko - tugas terakhir yang biasa dilakukan oleh pengurus kewangan ialah mengurus risiko seperti ketidakpastian dalam harga saham dan komoditi, pergerakan kadar faedah, perubahan kadar pertukaran asing, risiko politik dan sebagainya. Kesemua risiko tersebut boleh dilindungi menerusi pembelian polisi insurans dan juga program lindung nilai (hedging) risiko perniagaan. Program lindung nilai yang boleh dilaksanakan adalah menerusi penyertaan dalam kontrakkontrak urus niaga pasaran derivatif. 2.4 Hubungan Agensi dan Masalah Agensi

Hubungan agensi wujud apabila seorang prinsipal seperti pemilik (pemegang saham) sesebuah syarikat melantik dan memberi kuasa kepada seseorang agen (individu) sebagai wakilnya supaya membuat keputusan atau mengurus syarikat tersebut bagi pihaknya. Sebagai contoh, Datuk Kamal Sani adalah pemegang saham utama Syarikat Q&C Berhad. Datuk Kamal mengambil keputusan melantik Encik Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon sebagai pengurus syarikat dan memberi mereka hak membuat keputusan-keputusan dalam syarikat.
15

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Dengan pelantikan ketiga-tiga mereka ini dan penyerahan kuasa mengurus dan membuat keputusan, hubungan agensi sudah terhasil. Sebaliknya, jika Datuk Kamal hanya melantik ketiga-tiga mereka ini sebagai pencuci pejabat, maka hubungan agensi tidak wujud di sini. Ini kerana kuasa yang diberikan kepada mereka tidak mencukupi bagi mengurus syarikat tersebut bagi pihak Datuk Kamal sebagai pemilik syarikat. Masalah Agensi Sebagai seorang agen yang dilantik bagi mewakili prinsipal, kesemua pengurus syarikat haruslah bertindak sejajar dengan matlamat dan kehendak prinsipal. Walau bagaimanapun, masalah agensi akan timbul sekiranya ketiga-tiga orang pengurus yang dilantik tadi membuat keputusan perniagaan dan berperilaku secara tidak konsisten atau menyimpang daripada matlamat prinsipal. Umpamanya, mereka tidak berusaha

memaksimumkan kekayaan Datuk Kamal sebagai pemegang saham atau pemilik syarikat. Contoh keputusan-keputusan perniagaan atau perilaku yang tidak konsisten dengan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah; Membuat keputusan membeli kapal terbang peribadi bagi keperluan para pengurus yang berharga berjuta-juta ringgit dan pembelian ini menambahkan beban hutang syarikat. Semakin banyak syarikat berhutang, semakin banyak kadar faedah yang perlu dibayar lalu mengurangkan keuntungan syarikat dan menjejaskan peluang memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Pembayaran bonus yang terlalu tinggi kepada pengurus syarikat sehingga mengurangkan jumlah keuntungan syarikat. Kesannya, keupayaan membayar dividen kepada pemegang saham semakin rendah. 2.5 Langkah Mengurangkan Masalah Agensi

Masalah agensi boleh dikurangkan menerusi langkah-langkah seperti berikut: Menawarkan saham syarikat kepada para pengurus Penawaran saham kepada kakitangan (ESOS) biasa berlaku dalam syarikatsyarikat besar seperti Maybank dan Telekom. Dengan penawaran saham ini, secara langsung, para pengurus syarikat akan turut menjadi pemilik syarikat. Seperti biasa sebagai pemilik syarikat mereka mahukan kekayaan mereka dimaksimumkan. Cara terbaik adalah dengan membuat keputusan perniagaan yang akan meningkatkan keuntungan syarikat dan bukannya membuat keputusan atau
16

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 perilaku yang menjejaskan keuntungan. Justeru itu, para pengurus akan bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan menumpukan kepada usaha-usaha

mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Pembaikan manfaat pekerjaan Kadangkala terdapat juga masalah agensi yang wujud disebabkan kurangnya manfaat pekerjaan yang disediakan oleh pemilik syarikat kepada para pengurus dan kakitangan syarikat. Bagi mengatasinya, para pemilik haruslah bersedia meningkatkan manfaat pekerjaan kepada golongan tersebut supaya mereka dapat bekerja dengan lebih gigih bagi mencapai apa yang diharapkan oleh pemilik syarikat. Antara yang boleh dilakukan termasuklah meningkatkan gaji, menambah elaun-elaun perkhidmatan, memberi bonus tahunan dan kecemerlangan,

menyediakan kemudahan perumahan dan kenderaan yang lebih baik, mewujudkan skim manfaat persaraan yang lebih menarik dan menguntungkan kakitangan serta memberikan kemudahan rekreasi dan cuti yang lebih baik. Ancaman pengambilalihan berbentuk hostile takeover Sekiranya perlu, para pemilik syarikat boleh juga memberi kesedaran kepada para pengurus berkenaan ancaman pengambilalihan syarikat berbentuk hostile takeover. Sekiranya keputusan atau perilaku mereka menjejaskan keuntungan, lalu dicerminkan menerusi kejatuhan harga saham syarikat di pasaran saham, maka ini membuka peluang kepada syarikat lain mengambil alih syarikat mereka dengan cara pembelian saham di pasaran terbuka. Contohnya jika Syarikat Merah Muda Berhad mampu memiliki 51% daripada saham Syarikat Q&C Berhad hasil daripada pembelian saham-saham tersebut di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini bermakna, pemilikan syarikat ini sudah bertukar tangan secara hostile takeover. Selalunya hostile takeover akan menyebabkan pengurusan Syarikat Q&C Berhad dirombak dan pastinya Syarikat Merah Muda Berhad mahukan pengurus mereka sendiri menguruskan Syarikat Q&C Berhad. Para pengurus sedia ada iaitu Encik Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon akan dilucutkan daripada jawatan mereka. Rumusan Mengurus kewangan adalah suatu bidang disiplin ilmu pengurusan perniagaan yang sangat penting difahami oleh semua pihak. Tidak kira sama ada seseorang itu adalah suri rumah, pelajar ataupun berkhidmat dalam jabatan kewangan mahupun di bahagian-bahagian lain dalam sesebuah syarikat

17

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Secara khusus bidang kewangan boleh dipecahkan kepada tiga sub-bidang yang lain. Matlamat utama kewujudan firma perniagaan sama ada berbentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat korporat adalah bagi memaksimumkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat. Ianya dapat dicapai dengan usaha keras kakitangan syarikat memaksimumkan harga saham. Ini dapat dicerminkan menerusi jumlah dividen yang mampu dibayar dan kadar pertumbuhan syarikat sebagaimana yang ditunjukkan menerusi model pertumbuhan Gordon. Namun begitu, hubungan agensi di antara para pengurus dengan pemilik syarikat kadangkala tidak begitu baik dan ianya disebut sebagai masalah agensi. Ini dapat diselesaikan menerusi beberapa kaedah seperti pemberian saham kepada kakitangan, pembaikan terhadap manfaat pekerjaan dan juga ancaman pengambilalihan hostile oleh syarikat lain apabila harga saham syarikat jatuh di pasaran saham. Sesebuah perniagaan kecil dapat memaksimakan keuntungannya sekiranya ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat. Ini kerana dengan menjadikan sebuah syarikat, sesebuah perniagaan itu dapat memperbesarkan skop perniagaannya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktorfaktor tersebut ialah: i. Liabiliti Terhad - Tanggungan liabiliti yang ditanggung oleh pemilik sesebuah syarikat adalah terhad. Ia bergantung kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik berkenaan sahaja. ii. Perniagaan bersifat berterusan - Jangka hayat sesebuah syarikat adalah berterusan selagi syarikat berkenaan masih mempunyai modal. Ini kerana sesebuah syarikat tidak akan tamat operasi walaupun pemiliknya meninggal dunia. iii. Modal yang besar/banyak - sesebuah perniagaan boleh memajukan dan memaksimakan keuntungannya kerana ia boleh mendapatkan suntikan modal dengan penjualan saham syarikat. Saham-saham bolehlah diterbitkan kepada orang awam atau kepada syarikat-syarikat lain yang berminat. Ini secara tidak langsung menyuntik modal perniagaan sesebuah syarikat itu dari sebuah perniagaan kecil yang hanya bergantung kepada wang dari pemiliknya. iv. Pemilikan mudah bertukar milik - melalui penubuhan syarikat, pemilikan syarikat itu mudah bertukar sekiranya pemilik atau pemegang saham sudah tidak berminat untuk meneruskan pemilikannya. Saham tersebut boleh dijual kepada pihak yang berminat.
18

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 3.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUS KEWANGAN

Memperoleh dan menggunakan dana syarikat dan memastikan dana tersebut dapat memaksimumkan nilai dan keuntungan syarikat. Selain itu, pengurus syarikat

bertanggunjawab membuat keputusan-keputusan penting terutamanya perlaburan dalam asset syarikat dan bagaimana asset tersebut mendapat pembiayaian. Dalam pada itu, dia juga perlu memikirkan cara terbaik untuk mengurus sumber-sumber syarikat seperti pekerja, mesin, bangunan dan kelengkapan.

3.1

PERANAN PENGURUS KEWANGAN

1)

Membuat keputusan-keputusan perlaburan dan pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang Perkembangan syarikat yang pesat dapat dilihat melalui peningkatan jualan syarikat secara mendadak. Peningkatan jualan ini memerlukan perlaburan tambahan dalam bentuk inventori dan asset-aset tetap seperti loji dan peralatan. Justeru itu, pengurus kewangan harus menentukan jenis dan kuantiti asset yang perlu dibeli dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada masa yang sama, dia juga perlu memikirkan cara terbaik untuk membiayai perlaburan asset tersebut. Contohnya, adakah syarikat mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli asset yang diperlukan tersebut. Perlukan syarikat menggunakan pinjaman atau ekuiti bagi membiayai pembelian asset tersebut

2)

Membuat perancangan dan ramalan kewangan Pengurus kewangan seharusnya membuat perancangan untuk masa hadapan syarikat. Oleh itu, pengurus kewangan perlu bekerjasama dengan penguruspengurus dari jabatan-jabatan yang lain dalam syarikat agar perancangan strategik keseluruhan syarikat dapat dilaksanakan bersama. Contohnya, pengurus kewangan membuat ramalan keperluan tunai pada masa hadapan. Dengan adanya perancangan yang cekap pengurus kewangan boleh menganggarkan keperluan tunai syarikat pada masa hadapan.

19

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 3) Kawalan Dan Koordinasi Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dan bekerjasama dengan pengurus-pengurus lain bagi memastikan syarikat beroperasi dengan cekap. Kawalan dan koordinasi yang dijalankan oleh pengurus kewangan adalah penting, terutamanya di dalam syarikat besar yang mempunyai banyak jabatan supaya matlamat organisasi dapat dicapai bersama. Sebagai contohnya, di dalam pengambilan pekerja baru di dalam syarikat, pengurus kewangan akan berhubung dengan pengurus di bahagian sumber manusia bagi memilih caloncalon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan yang ditawarkan.

4)

Berurusan Di Pasaran Saham Pengurus kewangan turut berperanan di dalam berurusan di pasaran wang dan pasaran modal. Pasaran wang ialah pasaran yang mengendalikan jualan dan belian sekuriti jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang daripada satu tahun. Sekuriti dalam pasaran wang adalah mempunyai risiko mungkir yang rendah. Manakala pasaran modal ialah pasaran yang mengendalikan jualan dan belian sekuriti jangka panjang yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun. Sekuriti ini mempunyai risiko yang tinggi kerana sifat jangka yang panjangnya. Oleh yang demikian, pengurus kewangan harus mengikuti perkembangan pasaran kewangan untuk membolehkannya membuat keputusan pembiayaan yang cekap dan berkesan.

3.2

Contoh Profil Pengurus Kewangan di Malaysia : Akhtar Aziz

Tan Sri DatoSri Dr.Zeti

Dr.Zeti Akhtar Aziz, warganegara Malaysia dan berusia 59 tahun. Beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) semenjak Mei 2000 hingga sekarang. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Pennsylvania, USA, dengan pengkhususan dalam bidang monetari dan ekonomi antarabangsa. Dr.Zeti menyertai Jabatan Ekonomi BNM pada tahun 1985 dan dilantik sebagai Setiausaha kepada Lembaga Pengarah BNM pada tahun 1987. Dalam tahun 1989, beliau telah ditugaskan
20

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 di Pejabat Perwakilan BNM di London sebagai Ketua Perwakilan. Sekembalinya ke Ibu Pejabat dalam tahun 1994, Dr.Zeti telah dilantik sebagai Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Jabatan Ekonomi. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM dan kemudiannya dalam tahun 1998 dilantik pula sebagai Timbalan Gabenor BNM. Sebelum menyertai BNM Dr.Zeti telah berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN dari tahun 1979 hingga 1984 sebagai seorang penyelidik ekonomi berkenaan dengan dasar dan reformasi kewangan di Asia Tenggara. Dr.Zeti adalah ahli Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Pengerusi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad serta pengarah Khazanah Nasional Berhad. Selain itu, beliau merupakan Pengerusi Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Insurans Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN, Yayasan Sultan Iskandar dan Yayasan Temenggong Abdul Rahman. 4.0 ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Objektif analisis ini ialah : (1) Menilai kedudukan kewangan firma dengan menggunakan penyata kewangannya. (2) Mengetahui kelemahan firma dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil Bagi membaiki keadaan firma tersebut.

Kemajuan syarikat boleh dinilai dari segi kedudukan kewangannya. Penilaian keatas kemajuan sesebuah syarikatadalah penting bagi beberapa pihak. Mereka terdiri daripada : (1) Pihak luar (2) Pihak pengurusan Analisis dibuat keatas laporan kewangan syarikat yang terdiri daripada : (1) Kunci kira-kira (2) Penyata pendapatan (3) Penyata perubahan kedudukan kewangan penyata sumber dan pengguna dana.

Tiga jenis analisis yang boleh dilakukan iaitu : (1) Analisis kunci kira-kira
21

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 (2) Analisis penyata pendapatan (3) Analisis kewangan

3.1

ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA ( LIHAT LAMPIRAN )

Ianya memberi gambaran pintas mengenai komponen dan kandungan dalam kunci kira-kira iaitu : (1) Jenis dan jumlah aset tetap (2) Keadaan aset semasa (3) Bagaimana aset dibiayai Menggambarkan kedudukan syarikat pada masa yang tertentu. Perbandingan diantara satu komponen boleh boleh dibuat dalam bentuk peratusan. Perbandingan kemajuan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam industri yang sama. Ianya digunakan sebagai panduan bagi memperbaiki kedudukan kewangan. Tren didapati dengan membuat analisis bagi beberapa tahun.

3.2

CONTOH PENGURUSAN HUTANG DAN ASET

3.2.1 Penyata Pendapatan MAXIS BERHAD ( disenarikan di BSKL ) Ia mengukur pencapaian operasi syarikat untuk sesuatu tempoh yang selalunya ialah 1 tahun. Penyata pendapatan bag Maxis Berhad dimulakan dengan hasil jualan bagi tahun 2011. Hasil Jualan ini ditolak dengan kos jualan(kos barang dijual) bagi mendapatkan keuntungan kasar syarikat. Untung kasar ini ditolak dengan belanja operasi syarikat bagi mendapatkan Untung operasi. Untung operasi ini juga dikenali sebagai untung sebelum faedah atau cukai. Kos kewangan seperti belanja faedah akan ditolak dengan untung operasi bagi mendapatkan untung sebelum cukai. Kemudian untung sebelum cukai ini akan ditolak dengan cukai sebanyak RM839,836,000 bagi mendapatkan untung selepas cukai iaitu sebanyak RM1,639,739,000.

3.2.2 Lembaran Imbangan Lembaran imbangan meringkaskan kedudukan syarikat pada satu tempoh masa tertentu. Ia menunjukan akaun-akaun asset, liability dan ekuiti syarikat. Melalui lembaran imbangan ini, ia mengimbangkan asset syarikat dengan pembiayaannya sama ada dari pemiutang(liability) atau pun pemengang saham/pemilik(ekuiti). Bagi Maxis Berhad, jumlah asset syarikat bagi
22

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 tahun berakhir 31 Disember 2011 ialah RM1,011,967,900. Ia diimbangkan dengan jumlah liability syarikat yang berjumlah RM3, 797,189,000 dan ekuiti syarikat yang berjumlah RM6, 322, 490,000.

3.2.3 Penyata Pendapatan Tertahan Penyata ini menunjukkan bagaimana akaun pendapatan tertahan atas lembaran imbangan diselaraskan. Ia diselaraskan antara dua tarikh lembangan yang berbeza. Ia menyelarasakan untung bersih yang dicapai sepanjang tempoh dan sebarang dividen yang dibayar dengna pengan perubahan tertahan antara awal dan akhir tahun. Sebangai contoh, syarikat MAXIS BERHAD bermula dengan pendapat tertahan sebanyak RM10,000 pada 31 Disember 2010 atau 1 Januari 2011 dan untung selepas cukai sebanyak RM3,000 ( data diambil dari penyata pendapatan). Dari keuntungan ini syarikat membayar dividen saham keutamaan sebanyak RM500 dan saham biasa RM1,000. Dengan ini, pendapatan tertahan syarikat meningkat dari RM10,000 kepada RM11,500 pada 31 Disember 2011.

Contoh :

Syarikat MAXIS BERHAD

Penyata Pendapatan Tertahan ( Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 ) Pendapatan tertahan, 1 Januari 2011 RM10,000 + Untung bersih (sepanjang tahun 2004) RM3,000 - Dividen dibayar (sepanjang tahun 2004) Saham Keutamaan RM500 Saham Biasa RM1,000 Jumlah dividen dibayar RM1,500 Pendapat Tertahan, 31 Disember 2004 RM11,500

3.2.4 Penyata Aliran Tunai Penyata ini menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti syarikat seperti operasi, pembiayaan, dan pelaburan mempengaruhi kedudukan tunai dan sekuriti boleh pasar syarikat. Ia meringkaskan aliran tunai sepanjang satu tempoh masa yang lazimnya bagi tahun berakhir. Data diambil dari lembaran imbangan dan penyata pendapatan. Ia membantu pengurus kewangan untuk
23

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 menilai kebolehan syarikat menghasilkan aliran tunai yang positif dan menilai kebolehan syarikat untuk menjelaskan hutang, membayar dividen dan memberi pinjaman. Ia terbahagi kepada 3 aktiviti utama di dalam penyata ini iaitu : 1. aktiviti operasi (merujuk kepada aktiviti yang berhubung secara langsung dengan pengeluaran produk dan jualan dan perkhidmatan syarikat seperti upah, gaji, belanja sewa/utility dan jualan/belian barang.) 2. aktiviti pelaburan (aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan belian dan jualan asset jangka panjang seperti pembelian dan penjualan asset tetap, pembelian saham dan bon serta memberi pinjaman kepad entity lain) 3. aktiviti pembiayaan (aktiviti yang berkaitan dengan liability semasa dan jangka panjang dan ekuiti pemilik seperti pembayaran semula pinjaman jangka pendek dan jangka panjang dan pembelian semula saham)

Kami telah memilih laporan penyata kewangan bagi Maxis Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 sebagai rujukan bagi tugasan ini. Kesemua angka diringkaskan kepada RM000 juta.

Nisbah Hutang - nisbah ini mengukur peratusan jumlah asset yang dibiayai dengan hutang

X100 Jumlah Liabiliti Jumlah Aset X100 3,797,189 1,011,967,9 - 37.5% - Purata industri = 64.56% Ulasan:

24

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Nisbah hutang Maxis Bhd yang berjumlah 37.5% iaitu kurang dari purata industri yang berjumlah 64.56% menunjukkan bahawa nisbah Maxis adalah rendah dan ini memberikan Maxis lebih tinggi perlindungan kerugian pemiutang. Pemiutang juga yakin memberi pembiayaan atau pinjaman kepada Maxis berbading syarikat-syarikat lain kerana nisbah hutang Maxis adalah rendah berbanding dengan purata industri. Dari segi pengurusan Maxis pula, kita dapat menggangap bahawa mereka gemar menerbitkan ekuiti baru bagi membiayai syarikat. Nisbah Semasa - Nisbah ini mengukur kemampuan syarikat memenuhi tuntutan pinjaman jangka dengan menggunakan asset semasa. - Aset Semasa Liabiliti semasa - 4,164,439 2,744,955 - 1.52 - Purata Industri = 0.34 Ulasan: Nisbah semasa Maxis adalah tinggi berbanding dari purata industri menunjukkan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang jangka pendek dengan asset semasa. Ia menunjukkan bahawa Maxis mempunyai RM1.52 aset semasa untuk menjelaskan liability semasa mereka. Modal Kerja Bersih - Ia mengukur dana yang dimiliki syarikat dalam menguruskan operasi harian syarikat - Aset Semasa - Liabiliti Semasa - 4,164,439 2,744,955 - 1,419,484 - Purata Industri = 2,690,000 Ulasan: Modal kerja bersih Maxis adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini menunjukkan bahawa Maxis tidak berupaya untuk mnjelaskan hutang jangka pendeknya dan tidak mempunyai dana lebihan di dalam menguruskan operasi harian syarikat. Nisbah Hutang Ekuiti Ia mengukur jumlah hutang jangka panjang syarikat dengan
25

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 setiap ringgit ekuiti X100 Liabiliti Jangka Panjang Ekuiti Pemegang Saham

X100 1,052,234 6,082,667 - 17.3% - Purata industri= 18.4% Ulasan: Ini menunjukkan bahawa hutang jangka panjang Maxis sebanyak 17.3% adalah lebih rendah berbanding dengan ekuiti pemegang saham. RUJUKAN http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/bbfm2104-pengurusan-kewangan-1/ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_05.htm#ixzz2N41hMPYU http://www.smartplanner.my/index.php?option=com_content&view=article&id=85:pengurus an-kewangan-syarikat-dan-organisasi&catid=41:financial-planning-blog&Itemid=79 http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=65 http://www.pts.com.my/ http://www.maxis.com.my http://www.khazanah.com.my/leadership.htm http://www.tm.com.my http://www.digi.com.my http://www.cagamas.com.my Profesor Madya Dr.Yusnidah Ibrahim et. All (2006). Open University Malaysia: Pengurusan Kewangan 1 BBFM 2104.Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

26

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 LAMPIRAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Objektif modul : (3) Menilai kedudukan kewangan firma dengan menggunakan penyata kewangannya. (4) Mengetahui kelemahan firma dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil Bagi membaiki keadaan firma tersebut.

PENGENALAN Kemajuan syarikat boleh dinilai dari segi kedudukan kewangannya. Penilaian keatas kemajuan sesebuah syarikatadalah penting bagi beberapa pihak. Mereka terdiri daripada : (3) Pihak luar (4) Pihak pengurusan Analisis dibuat keatas laporan kewangan syarikat yang terdiri daripada : (4) Kunci kira-kira (5) Penyata pendapatan (6) Penyata perubahan kedudukan kewangan - penyata sumber dan pengguna dana. Tiga jenis analisis yang boleh dilakukan iaitu : (4) Analisis kunci kira-kira (5) Analisis penyata pendapatan (6) Analisis kewangan

ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA Ianya memberi gambaran pintas mengenai komponen dan kandungan dalam kunci kira-kira iaitu : (1) Jenis dan jumlah aset tetap (2) Keadaan aset semasa (3) Bagaimana aset dibiayai Menggambarkan kedudukan syarikat pada masa yang tertentu. Perbandingan diantara satu komponen boleh boleh dibuat dalam bentuk peratusan. Perbandingan kemajuan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam industri yang sama. Ianya digunakan sebagai panduan bagi memperbaiki kedudukan kewangan. Tren didapati dengan membuat analisis bagi beberapa tahun. ANALISIS PENYATA PENDAPATAN.

27

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Ianya digunakan untuk menentukan sama ada syarikat menguntungkan atau mengalami kerugian bagi sesuatu tempoh kewangan. Ianya digunakan untuk melihat Tren keuntungan dan pusing ganti jualan (sales turnover) bagi beberapa tahun sebelumnya. Nisbah antara kos-kos atau belanja dengan jualan atau keuntungan dapat ditentukan , dan perbandingan dapat dilakukan keatas nisbah-nisbah tersebut : - bagi melihat keberkesanan pengurusan kos dan belanja bagi syarikat tersebut. ANALISIS NISBAH KEWANGAN. Perkaitan antara satu item dengan item yang lain dalam penyata kewangan dapat dilihat. Ianya digunakan bagi bagi mengukur kemantapan atau ketidakstabilan kedudukan kewangan bagi sesebuah syarikat. Nisbah ini adalah penting bagi pihak pengurusan : (1) dalam membuat jangkaan bagi situasi masa depan. (2) Sebagai permulaan dalam tindakan perancangan yang mana akan mempengaruhi situasi syarikat pada masa hadapan. Nisbah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : (a) Nisbah kecairan (b) Nisbah aktiviti atau nisbah pengurusan aset (c) Nisbah keuntungan (d) Nisbah leveraj kewangan atau nisbah pengurusan pinjaman , ( DAN LAIN-LAIN. )

a) NISBAH KECAIRAN ( LIQUIDITY RATIOS ) Kecairan dapat dilihat dari segi keupayaan untuk menukar aset semasa kepada tunai pada nilai berpatutan dengan kadar segera. Nisbah kecairan mengukur keupayaan sesuatu syarikat untuk memenuhi tuntutan semasa jangka pendek. Antara jenis nisbah kecairan ialah : (1) Nisbah semasa (2) Nisbah cepat ( ujian asid ). (3) Nisbah tunai 1) NISBAH SEMASA ( CURRENT RATIO ) Formula :
ASET SEMASA = ( KALI =) (KALI) ASET SEMASA

LIABILITI SEMASA

Ia mengukur keupayaaan aset semasa untuk memenuhi tuntutan semasa. 2) NISBAH CEPAT/ UJIAN ASID ( QUICK RATIO/ ACID TEST RATIO ) Formula :
ASET SEMASA INVENTORI LIABILITI SEMASA = ( KALI ) 28

LIABILITI SEMASA

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512

Ia mengukur keupayaan asset cair firma dalam memenuhi tuntutan jangka pendek, tanpa bergantung kepada penjualan inventori. - inventori : asset semasa yang paling tidak cair. 3) NISBAH TUNAI Formula :
JUM. TUNAI & SEKURITI BOLEH PASAR JUM. LIABILITI SEMASA = ( KALI )

Ia menunjukkan kecairan sebenar syarikat kerana ia tidak melibatkan asset semasa yang tidak dapat ditukarkan kepada tunai dalam tempoh yang singkat. b) NISBAH AKTIVITI atau NISBAH PENGURUSAN ASET ( ACTIVITY RATIOS ) Ia mengukur keberkesanan syarikat menggunakan asset. Ia terdiri daripada : (1) Nisbah pusing ganti akaun belum terima (penghutang). (2) Tempoh purata kutipan (3) Nisbah pusing ganti inventori (4) Nisbah pusing ganti asset tetap (5) Nisbah pusing ganti jumlah asset

1) NISBAH PUSING GANTI AKAUN BELUM TERIMA/ PENGHUTANG ( DEBTORS TURNOVER ) Formula :
JUALAN KREDIT BERSIH TAHUNAN = ( KALI ) AKAUN BELUM TERIMA

Ia mengukur berapa kali pusing ganti akaun belum terima kepada tunai dalam setahun Hasil nisbah yang tinggi menunjukkan : (1) Kecekapan dalam mengutip hutang (2) Syarikat mempunyai penghutang yang berkualiti, atau (3) Dasar kredit syarikat adalah terlalu ketat 2) TEMPOH PURATA KUTIPAN ( AVERAGE COLLECTION PERIOD ) Formula :
AKAUN BELUM TERIMA JUALAN / 360 HARI = ( HARI ) 29

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512

Ia mengukur tempoh purata masa yang perlu ditunggu oleh syarikat selepas membuat jualan kredit bagi mendapatkan bayaran. Ia merupakan bilangan hari jualan tersebut terikat kepada penghutang. 3) NISBAH PUSING GANTI INVENTORI ( STOCKS TURNOVER ) Formula :
KOS BARANGAN DIJUAL PURATA INVENTORI = ( KALI )

Ia mengukur keberkesanan syarikat dalam mengawal pelaburan dalam inventori/ stok atau penggunaan inventori. Ia melihat secara kasar berapa kali dalam setahun barangan seunit habis dijual dan distok semula. Ia dapat menentukan sama ada syarikat mempunyai : (1) Terlalu banyak inventori Nisbah rendah (2) Terlalu sedikit inventori Nisbah tinggi 4) PUSING GANTI ASET TETAP ( FIXED ASSETS TURNOVER ) Formula :
JUALAN ASET TETAP = ( KALI )

Ia mengukur penggunaan asset tetap dalam menghasilkan jualan 5) PUSING GANTI JUMLAH ASET ( TOTAL ASSETS TURNOVER ) Formula :
JUALAN JUMLAH ASET = ( KALI )

Ianya mengukur kecekapan asset (jumlah asset) dalam menghasilkan jualan. Ia digunakan bagi mengukur keberkesanan syarikat dalam menggunakan asset ( contoh : mesin, loji, dan peralatan ) bagi menghasilkan jualan. c) NISBAH KEBERUNTUNGAN ( PROFITABILITY RATIOS ) Ia melihat kecekapan operasi sesebuah syarikat. Ianya menunjukkan keberkesanan syarikat dalam menjalankan aktiviti perniagaannya bagi mencapai untung maksima. Ianya memperlihatkan kesan campuran bagi kecairan, pengurusan asset dan hutang ke atas hasil operasi atau keluaran. Antara nisbahnya ialah : (1) Margin untung kasar
30

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 (2) (3) (4) (5) (6) Margin untung bersih Pulangan keatas ekuiti Pulangan keatas asset Kuasa perolehan Perolehan per syer

1) MARGIN UNTUNG KASAR ( GROSS PROFIT MARGIN ) Formula :


= UNTUNG KASAR JUALAN = JUALAN KOS BARANG DIJUAL X 100

Ia merupakan untung kasar syarikat berbanding jualan iaitu untung kasar bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Ia menunjukkan peratusan harga (pendapatan) yang boleh dikurangkan sebelum syarikat mengalami rugi kasar. Nisbah juga memberi gambaran secara kasar kedudukan harga jualan sesebuah syarikat berbanding dengan harga pesaing. 2) MARGIN UNTUNG GERSIH ( NET PROFIT MARGIN ) Formula :
= UNTUNG BERSIH JUALAN = UNTUNG BERSIH SEDIA ADA BAGI PEMEGANG X 100 SAHAM BIASA X 100

JUALAN

Ia mengukur kadar untung bersih hasil dari setiap RM1 jualan. 3) PULANGAN KEATAS EKUITI ( RETURN ON NET WORTH/ EQUITY ROE ) Formula :
UNTUNG BERSIH X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM BIASA

Ia mengukur keupayaan ekuiti yang telah dilaburkan oleh pemegang saham ke dalam syarikat bagi menghasilkan keuntungan. 4) PULANGAN KEATAS ASET ( RETURN ON TOTAL ASSETS ROA )
31

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Formula :
UNTUNG BERSIH X 100

JUMLAH ASET

Ia mengukur keupayaan asset syarikat untuk menghasilkan keuntungan bagi setiap RM1 aset yang dilaburkan. Nisbah yang rendah mungkin disebabkan oleh beberapa factor iaitu : (1) Terlalu banyak asset yang terbiar ( idle ) (2) Terlalu banyak asset yang usang kurang produktif, atau (3) Kos penyelenggaraan yang tinggi. 5) KUASA PEROLEHAN (BASIC EARNING POWER BEP ) Formula :
UNTUNG SEBELUM FAEDAH & CUKAI X 100

JUMLAH ASET

Ia mengukur keupayaan syarikat dalam menghasilkan pulangan keatas asset sebelum cukai dan leveraj (pinjaman berkos).

6) PEROLEHAN PER SYER ( EARNINGS PER SHARE ) Formula :


UNTUNG BERSIH X 100

BILANGAN SAHAM BELUM TEBUS

Ia memperlihatkan jumlah pendapatan bagi setiap unit saham. d) NISBAH LEVERAJ KEWANGAN atau NISBAH PENGURUSAN PINJAMAN ( FINANCIAL LEVERAGE or DEBT MANAGRMENT RATIOS ) Ia mengukur setakat mana syarikat dibiayai oleh hutang/ pinjaman. Antara nisbah keuntungan adalah : (1) Nisbah hutang asset (2) Nisbah hutang - ekuiti (3) Nisbah pinjaman jangka panjang ekuiti (4) Nisbah lindungan
32

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 1) NISBAH HUTANG ASET ( TOTAL DEBT TO TOTAL ASSETS ) Formula :


JUMLAH HUTANG/PINJAMAN X 100

JUMLAH ASET

Ia mengukur secara relative peratusan pembiayaan terhadap asset ( bagi kegunaan operasi syarikat ) yang dibiayai melalui hutang/ pinjaman jangka pendek dan jangka panjang. 2) NISBAH HUTANG EKUITI ( DEBT TO EQUITY ) Formula :
JUM. HUTANG/PINJAMAN X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM

Ia menunjukkan tahap mana pembiayaan hutang/pinjaman berbanding dengan penggunaan ekuiti oleh pemilik.

JUM HUTANG/PINJAMAN

X 100

yang digunakan

3) NISBAH HUTANG/PINJAMAN JANGKA PANJANG EKUITI (LONG TERM DEBT TO EQUITY ) Formula :
PINJAMAN JANGKA PANJANG X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM

PINJAMAN JANGKA PANJANG

X 100

Ia mengukur tahap penggunaan pinjaman jangka panjang berbanding ekuiti dalam struktur modal syarikat. 4) NISBAH LINDUNGAN ( COVERAGE RATIO : TIMES INTEREST EARNED TIE ) Formula :
UNTUNG SEBELUM FAEDAH & CUKAI X 100 33 JUMLAH BELANJA FAEDAH

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512

Ia mengukur keupayaan syarikat untuk membayar bunga atau faedah bagi pinjaman berdasarkan perolehannya. Ia menunjukkan setakat mana operasi syarikat berupaya untuk membayar faedah keatas pinjaman. e) PELBAGAI JENIS NISBAH 1) NISBAH HARGA/PENDAPATAN ( PRICE EARNING RATIOS PE) Formula :
HARGA PASARAN PER SYER X 100

PEROLEHAN PER SYER Ia melihat sama ada harga saham berpatutan dengan pendapatan yang Diperolehi

2) KADAR HASIL DIVIDEN ( DIVIDEND YIELD ) Formula :


DIVIDEN PER SYER X 100

HARGA PASARAN PER SYER

Ia menunjukkan kadar yang diperolehi oleh pemegang saham berdasarkan harga pasaran saham tersebut. 3) NISBAH BAYARAN DIVIDEN ( DIVIDEND PAYOUT ) Formula :
DIVIDEN TAHUNAN PER SYER X 100

PEROLEHAN PER SYER

Ia menunjukkan peratusan untung yang dibayar dalam bentuk dividen. f) KELEMAHAN ANALISIS KEWANGAN

34

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512 Kebanyakkan syarikat menjalankan operasinya dalam beberapa bahagian industri yang berbeza. Perbandingan nisbah antara syarikat dengan syarikat lain atau dengan purata industri adalah sukar dan tidak bermakna. Inflasi memberi gambaran lain bagi kunci kira-kira. Factor yang bermusim dalam perniagaan. Kos sejarah. Penggunaan window dressing bagi memmembuatkan penyata syarikat elok dibaca, dan digunakan untuk tujuan penganalisisan. Kendalian operasi dan cara merekod perakaunan yang berbeza. Sukar untuk definasikan nisbah yang baik dan tidak baik .

35

BBPW 3103

RUBIYA KARIM

800760720512

36