Anda di halaman 1dari 48

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA: 2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membina Bahan Multimedia

TAHUN 4
Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2013

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv

Draf 220912

     Standard kandungan: Standard pembelajaran: Masa:


                

MODUL EM3

2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia 2.1 Menggunakan aplikasi penyunting grafik untuk menghasil dan menyunting imej dalam format *.jpeg. 60 minit

1


Draf 220912

NOTA RUJUKAN
APLIKASI PENYUNTING GRAFIK Aplikasi penyunting grafi ialah perisian aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan imej atau grafik. Aplikasi ini juga membolehkan seseorang memanipulasi grafik melalui komputer. 1. Contoh-contoh aplikasi penyunting grafik Rajah 2.1 menunjukkan contoh aplikasi perisian yang digunakan untuk menyunting grafik.

MSPaint

AdobePhotoshop

GIMP

Paint.NET

AdobeMacromedia Fireworks

Paintbrush

AdobeIllustrator

Macromedia Freehand

CoralDraw

CorelDesigner

iGrafxDesigner

DenebaCanvas

RAJAH 2.1

2


Draf 220912

2.

Fitur-fiturpadaaplikasipenyuntinggrafik : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 Import dan eksport fail grafik. Mewarnakan imej Membesar dan mengecilkan imej Berus untuk mewarna Pensel untuk melukis Bentuk-bentuk geometri Pemadam Gunting, salin dan tampal imej Memutar(rotate), menukar orientasi imej (flip) Palet warna Lutsinar (transparent)

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer

KEPERLUAN PERISIAN
MS Paint.

3


Draf 220912


AKTIVITI 1

Objektif: Mengenali aplikasi penyunting grafik Arahan: Lengkapkan teka silang kata dengan merujuk huruf atau awalan nama aplikasi penyunting grafik dalam rajah 2.2. ADOBE

S P A

T T

I . MACROMEDIA R N

ADOBE

U RAJAH 2.2

4


Draf 220912

AKTIVITI 2
Objektif: Menggunakan aplikasi penyunting grafik untuk menghasil imej dalam format *.jpeg. Robot Multimax 2014 Langkah 1: Gunakan perisian MS Paint menghasilkan robot yang ada sebuah segiempat tepat di tengah-tengah badan robot tersebut seperti contoh di bawah. Murid-murid bebas untuk mereka bentuk robot tersebut. Langkah 2: Pilih imej latarbelakang yang sesuai dari folder yang disediakan. Langkah 3: Simpankan imej robot seperti rajah 2.3 dalam fail yang berformat jpeg. (Contoh: robot.jpeg) Contoh:

RAJAH 2.3

5


Draf 220912

AKTIVITI 3
Objektif: Menggabung dan menyunting dua imej menjadi satu imej dan menyimpan dalam format *.jpeg. Helang-helang berterbangan Langkah1: Gunakan perisian MS Paint salin (copy) gambar helang seperti rajah 2.4 dari fail helang.bmp yang disediakan.

RAJAH 2.4 Langkah 2: Buka fail pemandangan.jpg yang disediakan seperti rajah 2.5 di bawah.

RAJAH 2.5 Langkah 3: Salin dan tampal imej helang ke atas gambar pemandangan.
6


Draf 220912

Langkah

4: Guna fitur-fitur perisian MS Paint seperti lutsinar(transparent), memutar(rotate), menukar orientasi imej(flip) dan mengecilkan imej untuk menambahkan 5 ekor helang ke dalam imej pemandangan seperti rajah 2.6 yang berikut.

RAJAH 2.6 Langkah 5: Simpankan terbang.jpg. hasil kerja anda sebagai helang

RAJAH 2.7 Langkah 6: Gunakan kreativiti anda untuk menggantikan imej helang dengan imej yang sesuai dengan pemandangan yang sama.
7


Draf 220912

PENILAIAN


1. Nyatakan proses penggabungan 2 imej dalam format jpeg berdasarkan carta alir di bawah.

           

2. Senaraikan fitur-fitur yang biasa ada pada aplikasi penyunting grafik.


      

1. 2. 3. 4.

8


Draf 220912


LAPORAN PENCAPAIAN MURID


Nama Murid: Tahun: Kelas

Modul: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:

Eksplorasi Multimedia 2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia 2.1 Menggunakan aplikasi penyunting grafik untuk menghasilkan imej dalam format *.jpeg. Pencapaian Ya Tidak Catatan

Bil 1

Perkara yang dinilai

Menyatakan aplikasi penyunting grafik 2 Menggunakan aplikasi penyunting grafik untuk menghasilkan imej dalam format *.jpeg. KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkan oleh:

(CAPAI / TIDAK CAPAI)

Tandatangan&Tarikh Tandatangan&Tarikh

9


Draf 220912

      Standard kandungan:

MODULEM4

2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia

Standard pembelajaran:

2.2 Menggunakan aplikasi penyunting audio untuk menghasil dan menyunting audio dalam format i*.wav atau

ii- *. wma atau iii- *. midi atau iv- *. mp3

Masa:
       

60 minit

10


Draf 220912


NOTA RUJUKAN
APLIKASI PENYUNTING AUDIO Aplikasi penyunting audio adalah perisian yang boleh digunakan untuk merekod dan menyunting suara atau bunyi. Ia akan disimpan di dalam beberapa format seperti *.wma, *.wav, *.midi atau *.mp3. 1. Perisian Aplikasi Penyunting Audio 1.1 1.2 Terdapat pelbagai variasi perisian yang boleh digunakan untuk menyunting audio di pasaran. Bagi tujuan rakaman audio asas, perisian Sound Recorder yang didatangkan khas bersama sistem pengoperasian Windows boleh digunakan. Manakala untuk menghasilkan rakaman audio yang lebih baik dengan kesan yang lebih menarik, perisian Audacity, Adobe Audition, Amadeus Pro, Sound Forge dan Macromedia SoundEdit boleh dijadikan pilihan.

1.3

2.

Kebaikan Aplikasi Penyunting Audio 2.1 Mampu menghasilkan persembahan yang menarik perhatian serta mempertingkatkan pemahaman pengguna. 2.2 Audio boleh diedit mengikut kesesuaian saiz sesebuah persembahan 2.3 Pengguna boleh mengolah sesebuah audio mengikut keperluan

11


Draf 220912

PENYUNTINGAN AUDIO Anda boleh melihat cara penyuntingan audio menggunakan perisian Audacity dengan mengelik klip video seperti rajah 2.7 di bawah(RobotAjar.avi)

RobotAjar.avi RAJAH 2.7 Fail audio boleh didapati dengan membuat carian di laman web, seperti http://soundjax.com. Taipkan robots pada ruangan enjin carian Sound Search seperti Rajah 2.8 di bawah .

RAJAH 2.8 Klip audio untuk carian anda adalah seperti rajah 2.9 di bawah .

Robot.wav RAJAH 2.9

12


Draf 220912

3.

Senarai Format Digital Nama penuh : MPEG (Motion Picture Experts Group) Layer 3 Nama sambungan : Keterangan : .mp3 Saiz fail lebih kecil tapi kualiti bunyi tetap baik. Musical Instrument Digital Interface .mid Fail disimpan dalam bentuk nota muzik.

MP3 -

MIDI -

Nama penuh

Nama sambungan : Penerangan :

WAV -

Nama penuh

Waveform Audio File Format .wav Audio dalam bentuk gelombang.

Nama sambungan : Penerangan :

WMA-

Nama penuh

Windows Media Audio .wma Format audio digital yang

Nama sambungan : Penerangan :

Selain daripada format dikeluarkan oleh Microsoft yang disenaraikan di atas masih terdapat juga format audio yang lain seperti WavePack (*.wv), Monkeys Audio (*.ape)
13


Draf 220912

KEPERLUAN PERKAKASAN
Mikrofon Komputer PembesarSuara (Speaker)

KEPERLUAN PERISIAN
Sound Recorder ( perisian sedia ada dalamAccessories) Audacity Windows Media Player
                 

14


Draf 220912

AKTIVITI 1

Langkah1: Anda dikehendaki membaca petikan di bawah yang bertajuk Robot Multimax2014 Langkah2: Gunakan intonasi yang sesuai.

Hai kawan-kawanSalam 1 Malaysia. Sayalah robot MultiMax2014. Kawan-kawan akan mendapat pelbagai informasi terkini dengan menekan butang pelbagai fungsi dan melihat paparan di skrin pada badan saya. Selamatmencuba.

Langkah 3: Dengan menggunakan perisian Sound Recorder, rekod petikan yang telahandabacatadi. Langkah 4: Kemudian, simpan hasil kerja anda menggunakan nama yang sesuai. Contohnya petikan. Langkah 5: Kenalpasti format fail audio yang telah anda simpan sama ada*.wav, *.wma, *.midi atau *.mp3. Langkah 6: Anda boleh memainkan semula petikan yang telah anda rekodkan. Cuba andafikir !!!Apakahkebaikanaplikasipenyunting audio?

15


Draf 220912

AKTIVITI 2

Langkah 1: Pilih satu karakter. Contoh : pengacara televisyen, pembaca berita, juruhebah radio) Langkah2: Hasilkan petikan anda sendiri dan catatkan di ruangan yang disediakan di bawah.

 

............. ...    

Langkah 3: Dengan menggunakan intonasi yang sesuai, rekodkan semula petikan tersebut seperti yang telah anda lakukan dalam Aktiviti 1. Langkah 4: Simpan hasil kerja anda sebagai petikan2.

Cubaandafikirkan! Apakahpekerjaanyangmemerlukanrakaman suara.

16


Draf 220912

AKTIVITI 3

Sunting fail yang telah anda hasilkan di dalam Aktiviti 2

Langkah 1: Buka fail audio yang telah anda simpan dalam aktiviti 1. Langkah2: Berdasarkan nota rujukan Robotajar.avi. anda dikehendaki membuat penyuntingan kepada petikan Aktiviti 1. Cari perkataan yang sesuai untuk disunting dengan menggunakan kreativiti anda.

Langkah3 : Simpan hasil suntingan anda dengan satu nama fail yang baru. Contoh Petikan1.wav. Langkah4 : Bukasemula fail audio tersebut untuk menyemak hasil kerja anda.

17


Draf 220912

AKTIVITI 4

Cari sebuah fail audio untuk dijadikan sebagai bunyi latar semasa persembahan anda nanti. Langkah 1: Cari sebuah fail audio untuk dijadikan bunyi pembukaan. Langkah 2 : Buka fail audio yang telah anda cari tadi di dalam Audacity. Langkah 3 : Potong bahagian yang tidak dikehendaki dari fail audio yang telah anda buka dalam langkah dua. Langkah 4 : Simpan hasil kerja anda menggunakan nama yang sesuai. Contoh robots.wav. Langkah 5 : Buka semula fail audio tersebut untuk menyemak hasil kerja anda. Langkah 6 : Dengan menggunakan perisian Audacity cuba gabungkan audio dalam aktiviti 3 dengan aktiviti 4 untuk menghasilkan sebuah bunyi latar yang menarik. Langkah 7 : Simpan hasil kerja anda menggunakan nama yang sesuai.

PERINGATAN
Pastikan nama fail audio dari aktiviti ketiga dan aktiviti keempat mempunyai nama yang berbeza.Kenapa?
18


Draf 220912

PENILAIAN 1
Soalan1: Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai. 1. 2. 3. Aplikasi penyunting audio adalah alat / perkakasan yang boleh digunakan untuk ___________________________. Audio boleh disimpan di dalam beberapa format seperti *.wma,_____, *.midi atau ___________________. ____________________ merupakan salah satu daripada perisian aplikasi penyunting audio yang digunakan untuk merekod audio secara asas dan mudah. Dengan menggunakan _________________________, persembahan yang dihasilkan lebih mudah difahami dan dapat menarik perhatian.

4.

Soalan 2 : Namakan ikon bagi perisian penyunting audio di bawah.


              

19


Draf 220912

PENILAIAN 2

1. Berikut adalah antara aplikasi penyunting audio yang biasa digunakan. Anda perlu mencari perkataan tersebut berdasarkan perkataan yang diberi di bawah. r a u d a c i t y l k j n f d w q s d t y u i o p o s b b j d f s g h j k l i w e r t y y o u i o p z t r a m a d e u s p r o a i t w a r x b n a q k b s d y a s t c n d s w j v d u U s d y v m r d e h c f a i d f u b q e f r g c g e o f g I k w c g t f x h b s o u n d f o r g e p r o a g g d q s r m j e d k d s h h f w d d n h r f q a d j j g e f e b n t h e r f k k h r h r v g y e t y

1.


Sound Recorder Audacity




4. 5.

Adobe Audition Sound Forge

2. 3.

Amadeus Pro
20

Draf 220912

PENILAIAN 3


1. Menggunakan aplikasiAudacity, bolehkah anda memendekkan sebuah fail audio? Ya Tidak

2. Fail audio dalam aktiviti manakah yang perlu dihasilkan sebelum disunting? Aktiviti 1 Aktiviti 2

3. Padankan sambungan format audio berikut dengan nama penuhnya.

*.cda

Compact Disc Audio

*.ra

Real Audio

*.aiff

Adaptive Multi Rate

*.vox

Audio Interchange File Format VoxWare Dialogic

*.amr

* Tips menjawab : Carian boleh dilakukan menggunakan enjin carian di internet


21


Draf 220912

PENILAIAN 4

1. Berikut adalah keratin langkah-langkah mengedit sebuah fail audio menggunakan perisian Audacity. Lengkapkan ruang kosong di sebelah menggunakan keratin tersebut mengikut susunan yang betul.

Klik pada perkataan Audio.

Klik pada ikon fail audio yang dikehendaki.

Klik pada File.




Serlah (highlight)pada gelombang yang

Letakkan kursor pada perkataan Export.

Simpan fail audio yang telah disunting dalam direktori yang dikehendaki. Klik semula padafile.

Klik pada ikon gunting.




22


Draf 220912

11LANGKAHMENGEDITFAILAUDIO
1


2 Letakkan kursor pada perkataan Import. Bawa 3 kursor ke perkataan Audio. 4

6 Bawa kursor kepada paparan gelombang audio. 7

10

11
23


Draf 220912

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

NamaMurid: Tahun: Kelas

Modul: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:

Eksplorasi Multimedia 2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia 2.2 Menggunakanaplikasipenyunting audio untukmenghasilkan audio dalam format *.wma, *.wav, *.midi atau *.mp3.

Bil 1

Perkara yang dinilai Murid dapat menggunakan aplikasi penyunting audio untuk menghasilkan audio dalam format *.wma, *.wav, *.midi atau *.mp3.

Pencapaian Ya Tidak

Catatan

KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkanoleh:

(CAPAI / TIDAK CAPAI)

Tandatangan&Tarikh Tandatangan&Tarikh

24


Draf 220912

     Standard kandungan

MODULEM5 EM6

2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia 2.3 Menggunakan aplikasi penyunting video untuk menghasil dan menyunting video dalam format *.avi, *.wmv atau *.mpeg.

Standard pembelajaran:

Masa


90 minit

25


Draf 220912

NOTA RUJUKAN
MENYUNTING VIDEO 1. Tujuan Menyunting Video Antara faktor utama mengapa proses penyuntingan video dilakukan ialah bagi: 1. memotong bahagian yang tidak diperlukan video

2. memilih bahagian video yang diperlukan 3. membentuk aliran atau jalan cerita 4. menambah elemen-elemen sokongan seperti kesan khas, kesan bunyi, teks, grafik dan sebagainya APLIKASI PENYUNTING VIDEO

Windows Movie Maker

Storyboard Pro Software

Avidemux

Video Spin

Aplikasi  percuma

Aplikasi berbayar

Aplikasi percuma

Aplikasi berbayar

26


Draf 220912

2.

Kelebihan Menggunakan Aplikasi Penyuntingan Video

1. Membentuk kesan khas animasi atau kesan khas transisi (transitions) seperti dissolves, wipes ,spins dan sebagainya. 2. Melakukan proses tindihan imej atauteks (superimpose) dan seterusnya membentuk animasi bagi elemen tersebut. 3. Memasukkan unsur unsur kesan khas (special effects) pada pelbagai imej seperti blur , rotate ,grayscale. 4. Melaraskan audio dengan video.

Tahukah anda! Audio Video Interleave(avi) diperkenalkan pada tahun 1992 bagi melancarkan PlayBack Audio Video pada OS Windows. Antara codec video yang boleh dimasukkan bersama AVIadalah Motion JPEG, Real Video, MPEG-4, DivX dan XviD.

27


Draf 220912

3.

Pengenalan Butang Pilihan Windows Movie Maker

Pilihan import video

Pilihan import gambar

Pilihan import bunyi

RAJAH 2.10

Pilihankesankh as video

Pilihantransisi video Pilihantajuk

RAJAH 2.11

28


Draf 220912
Pilihankesankh as video

Pilihankesankh as video

RAJAH 2.12

PLAYHEAD

RAJAH 2.13

29


Draf 220912

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer LCD Pembesar Suara

KEPERLUAN PERISIAN
Microsoft Movie Maker (mengikut versi windows) Microsoft PowerPoint

30


Draf 220912

AKTIVITI 1

Binasebuah fail video denganmenggunakanaplikasi Windows Movie Maker. Langkah 1: Klik pada folder em6 yang mengandungi grafik dan audio yang anda telah hasilkan sebelum ini. ( grafik = robot.jpg, audio = petikan1.wav dan robot.wav) Langkah 2: Murid akan menggunakan Windows Movie Maker untuk menyunting video yang diberikan oleh guru.(windows movie maker sample file sebagai templat) Langkah 3: Import semua audio dan video kedalam Movie Maker.

RAJAH 2.14

31


Draf 220912 RAJAH 2.15

RAJAH 2.16

Langkah 4: Right click pada klip audio, pilih Add to timeline. Langkah 5:Klik butang Show Storyboard.

RAJAH 2.17

Langkah 6:Murid perlu pastikan Movie Maker dalam arahanShow Timeline (klik pada Show Storyboard untuk mendapatkan Show Timeline) dan sisipkan video yang diimport.

video

video

video

video

RAJAH 2.18

32


Draf 220912

Langkah 7: Murid akan menyisipkan transisi videocircle untuk transisi pertama dan diamond untuk transisi video kedua.

Transisi video

Transisi video

RAJAH 2.19

Langkah 8: Murid menyisipkan tajuk video pada video di permulaan Show Timeline.

33


Draf 220912

Berbasikal

RAJAH 2.20

34


Draf 220912

Langkah 9:Murid perlu pastikan Movie Maker dalam arahan Show Storyboard dan sisipkan audio. robot.wavsertapetikan1.wav.

RAJAH 2.21

Langkah 10: Simpan video anda dalam bentuk dua format:

RAJAH 2.22

1. Save Movie File sebagai berbasikal2014.wmv (pastikan anda ingat lokasi file video anda) 2. Save project sebagai berbasikal2014.mswmm
  

Mengapa perlu menyimpan fail dalam bentuk projek fail *.mswmm ?

Langkah 11: Buka file berbasikal2014.wmv semula dan pastikan ia berfungsi seperti sepatutnya.

35


Draf 220912

AKTIVITI 2

Bina slaid persembahan yang bertajuk ROBOT MULTIMAX2014 menggunakan Microsoft Office PowerPoint.

Langkah 1: Murid perlu menggunakan MS PowerPoint dan menyisipkan gambar robot yang telah dihasilkan sebelum ini pada slaid powerpoint. Langkah 2 : Sisipkan video pada bahagian segiempat di badan robot.

video

RAJAH 2.23

Langkah

3:

Simpan file powerpoint RobotMultimax2014

anda

dengan

nama

Langkah 4: Buka file RobotMultimax2014.ppt semula dan pastikan ia berfungsi seperti sepatutnya.

36


Draf 220912

AKTIVITI 3

Gunakan aplikasi Windows Movie Maker untuk menghasilkan video mengikut kreativiti murid dan seterusnya gunakan Microsoft Office PowerPoint untuk menghasilkan slaid persembahan ROBOT MULTIMAX2014a. Langkah 1: Murid perlu menggunakan MS PowerPoint dan menyisipkan gambar robot yang telah dihasilkan sebelum ini pada slaid powerpoint. Langkah 2: Sisipkan video yang telah dihasilkan mengikut kreativiti murid pada bahagian segiempat di badan robot.

video

RAJAH 2.24 Langkah 3: Simpan file powerpoint anda dengan nama RobotMultimax2014a Langkah 4: Buka file RobotMultimax2014a.ppt semula dan pastikan ia berfungsi seperti sepatutnya.

37


Draf 220912

PENILAIAN

SOALAN 1 : Jika aplikasi penyunting video TIDAK digunakan,apakah kesan pada video anda. Tandakan ( ) atau salah ( ).

1. Kreativiti dan bakat tidak dapat dicungkil. 2. Video menjadi lebih menarik. 3. Video akan menjadi hambar/bosan. 4. Video asal tidak boleh digabung bersama video yanglain. 5. Dapat membentuk kesan atau kesan khas transisi. 6. Audio perlu dimainkan secara seiring semasa rakaman video dijalankan. 7. Menggabungkan beberapa rakaman video. 8. Teknik Transisi Video tidak boleh digunakan. 9. Penggunaan tulisan pada video tidak boleh dilakukan. 10. Melaraskan audio dengan video.

  

  

38


Draf 220912

SOALAN 2 : Padankan ikon bagi perisian penyunting video di bawah.


1.

Storyboard Pro Software

2.

Video Spin


3.

Avidemux


4.

Windows Movie Maker

39


Draf 220912

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

NamaMurid: Tahun: Kelas

Modul: Standard Kandungan: Standard Pembelajaran:

Explorasi Multimedia 6 2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina bahan multimedia 2.4 Menggunakan aplikasi penyunting video untuk menghasilkan video dalam format *.avi atau *.mpeg atau *.wmv

Bil 1

Perkara yang dinilai

Pencapaian Ya Tidak

Catatan

Menggunakan perisian Windows Movie Maker 2 Menggunakan perisian MS Powerpoint KEPUTUSAN TARIKH Nama Guru: Disahkanoleh:

(CAPAI / TIDAK CAPAI)

Tandatangan&Tarikh Tandatangan&Tarikh

40


Anda mungkin juga menyukai