Anda di halaman 1dari 17

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 2

Bahan Kemasan dan Alat Kelengkapan

Sinopsis Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, cat, lekar, varnish, stain dan timber tone. Beberapa alat kelengkapan lain yang turut dipelajari seperti pelbagai jenis paku, skru, bol dan nat, engsel, tombol penarik, pendakap, kuku, selak, kunci dan penahan pintu hidraulik.

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.

Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. Kerangka tajuk 2 modul ini Penahan pintu hidraulik Bahan kemasan Jenis paku Jenis skru Jenis bol dan nat Engsel Kuku Pendakap

2. 3.

Kunci

Bahan kemasan dan alat kelengkapan

Selak

Tombol penarik

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.1

Kandungan Isi Konsep dan pengertian

Apakah yang anda tahu tentang bahan kemasan dan alat kelengkapan ?

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: Memilih cat atau kemasan yang sesuai Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( filler power ) Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las (sand paper) Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada menggunakan berus atau semburan Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik Menghilangkan kesan calar atau cacat Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

2.2

Bahan kemasan

Pemilihan jenis kemasan bergantung kepada kesesuaian produk dan penggunaan produk yang akan dihasilkan sama ada di dalam atau di luar rumah. Bahan kemasan boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya lilin, minyak linsid, syelek atau

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

sampang syelek, cat, lekar, varnis, stain dan timber tone. Tujuan utama kemasan dilakukan adalah : Melindungi permukaan prototaip daripada rosak seperti karat. Menambah mutu, kualiti nilai estetika dan komersial produk. Menambah kemampuan daya ketahanan kehausan. Jadual 1: Jenis kemasan mengikut bahan

JENIS BAHAN

JENIS KEMASAN YANG SESUAI Cat minyak Syelek Sampang Lekar Lilin Lekar plastik vinil Cat minyak Cat bitumen lekar Cat distemper Cat air / cat emulasi Cat minyak

Kayu

Keluli

Lepa simen/gypsium

Kemasan Lilin Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Rajah 1 : Sebahagian kemasan lilin Minyak linsid Minyak Linseed adalah minyak lemak berwarna amber yang diekstrak dari kotiledon dan kulit bahagian dalam pada tumbuhan flax. Linseed telah lama digunakan sebagai minyak pengering dalam cat dan varnish, selain itu juga digunakan sebagai bahan pembuat beberapa jenis tinta dan minyak penggumpal.

Rajah 2 : Tumbuhan flax dan contoh minyak linseed Syelek Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit. Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur atau sapu dengan berus.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Rajah 3 : Beberapa jenis syelek

Rajah 4 : Kaedah membuat kemasan dengan syelek

Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

Sampang (Varnish) Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur. Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan

pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

Rajah 5 : Beberapa jenis varnish

Cat minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.

Rajah 6 : Beberapa jenis cat minyak

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

Cat air atau cat emulsi. Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan memerlukan air sebagai agen pencair. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Rajah 7 : Beberapa jenis cat emulsi

Lekar (Lacquer) Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

Rajah 8 : Beberapa jenis lacquer

Venier Kayu Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu: a. Kayu Cengal b. Kayu Nyatoh c. Kayu Balau d. Kayu Meranti e. Kayu Sepetir

Pewarna kayu (Timber tone) Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna. Terdapat tiga jenis tona warna yang ada dipasaran: a) Pewarna minyak digunakan untuk menggilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di dalam turpentin atau petrol. b) Pewarna spirit mesti dibancuh dengan dengan syelek dan spirit bertujuan menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata. c) Pewarna air digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu laker (lacquer). Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain.

Rajah 9 : Beberapa jenis pewarna kayu

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.3

Jenis paku Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am. Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku. Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu. Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakan dalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu. Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadangkadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.

10

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.

Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku.

Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.

2.4

Jenis skru Skru kepala rata (countersunk) diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.

Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Ia diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga dan digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.

11

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Skru kepala timbul Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat. Ia diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.

Skru kepala segiempat merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.

2.5

Jenis bol dan nat (bol mesin, bolt pedati, bol gerigis) Bol digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen terutama pada bahagian enjin. Terdiri daripada pelbagai jenis dengan ditentukan oleh bentuk kepalanya. Bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam. Manakala saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya.

Rajah 10 : Beberapa jenis bol

12

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad. Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir dan jenis yang mudah diperolehi seperti nat heksagon, nat kota, nat telinga dan nat segi empat. Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum dan nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum. Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana. Manakala nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol.

2.6

Engsel Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya. Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap.

13

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Engsel T Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik.

Engsel cangkuk dan simpai Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj.

Engsel spring Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad.

Engsel perabot terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.

2.7

Tombol penarik Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkannya dibuka dan ditutup. Diperbuat daripada bahan seperti plastik, loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu. Terdapat dalam berbagai bentuk. Pemasangannya dengan menggunakan skru.

14

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.8

Pendakap Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang. Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding. Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa. Dipasang dengan menggunakan skru.

15

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.9

Kuku Terdapat dalam pelbagai rekabentuk. Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot. Diperbuat daripada keluli, besi, loyang, gangsa dan plastik. Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Perancis.

2.10

Selak Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam. Terdiri dari selak boleh laras, enkol dan rata. Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut. Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.

2.11

Kunci Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu. Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.

16

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

2.12

Penahan pintu hidraulik Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka. Mekanismanya menggunakan system hidraulik. Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.

Latihan 1. Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting Jenis Selinder pada pintu. Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan kunci jenis lain.

2.

17