Anda di halaman 1dari 52

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0

PENGENALAN

Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialah bunyi. Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistik deskriptif, iaitu fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimana kajian linguistik yang lain, melibatkan banyak teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik. Fokus kajian fonetik dan fonologi sebagai salah satu daripada cabang ilmu linguistik adalah meneliti dan menganalisis pelbagai sudut dan selok-belok bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan dan berkaitan fungsinya dalam sistem bahasa. Asal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Manakala bagi istilah fonologi, Abdul Chaer (2003:102)[1] menjelaskan secara etimologi istilah fonologi ini dibentuk dari kata fon yang bermakna bunyi dan logi yang berarti ilmu. Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa fonologi pada umumnya merupakan ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa. Objek kajiannya adalah fon atau bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Sementara itu, menurut Verhaar (1983:36) istilah fonologi adalah berpadanan dengan phonology di dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan satu bidang khusus dalam linguistik. Pada masa lampau, di Amerika istilah fonologi ini lebih dikenali dengan sebutan phonemics tetapi lewat belakangan ini mereka telah mengubahnya dengan menggunakan istilah phonology.[2] Bunyi bahasa yang menjadi tumpuan ilmu fonetik hanyalah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan, iaitu dari segi kaedah pengeluarannya, daerah pengeluarannya, dan alat pertuturan yang terlibat dalam 1

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

menghasilkan bunyi bahasa. Sementara bunyi lain yang dikeluarkan dari organ pertuturan tetapi bukan sebagai bunyi bahasa pertuturan manusia seperti bunyi batuk, bersiul, sendawa, berdaham dan berdengkur bukanlah dalam ruang lingkup kajian ilmu fonetik dan fonologi.

1.1 1.1.1

Definisi Fonetik Dan Fonologi Fonologi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language. Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies the sound systems of languages. Manakala fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan sebagai the study of the sound systems of a language. Encyclopedia Britannica[1] dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology, study of the sound patterns that occur within languages. Some linguists include phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within the study of phonology." Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnya menjelaskan fonologi ialah Phonology is the study of the mental representations of the sound units of 2

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

language and the rules that govern how mental phonemes are realized in various contexts. Phonology is also concerned with metrical and syllable structure.[2] Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Abdullah Hassan (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisi fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyibunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use (2001:111). Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas, fonologi ialah sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa Melayu merupakan inti kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalah terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang fonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenisjenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

1.1.2 Fonetik Untuk mengenali fonetik secara lebih mendalam, langkah meneliti dan memahami takrif dan pengertiannya disyorkan. Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh ramai ahli bahasa tentang fonetik. Berikut beberapa dapatan definisi fonetik: Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), mendefinisikan fonetik (fontik) sebagai ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) fonetik didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Sementara Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of current English (1992:671) menyatakan fonetik adalah the study of speech sounds and their production. Menurut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dihuraikan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages. Kamus The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566) pula menyatakan fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation. concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer.

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Di samping itu menurut kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th. Edition (David Crystal, 2008:363), fonetik dihuraikan sebagai The science which studies the characteristics of human soundmaking, especially those sounds used in speech, and provides methods for their description, classification and transcription. Dalam kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) menjelaskan fonetik sebagai the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of speech. The Penguin Dictionary (2004:1046) pula menjelaskan fonetik sebagai the study and classification of speech sounds. Encyclopedia Britannica dalam talian di laman sesawangnya memberi makna fonetik adalah phonetics, the study of speech sounds and their physiological production and acoustic qualities. Manakala Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik ialah the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them. Fonetik menurut Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman

sesawangnya ditakrifkan sebagai Phonetics is the science of speech. It studies the articulation, acoustics, and perception of speech sounds. Menurut sarjana bahasa Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007:16), fonetik adalah kajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi- bunyi bahasa daripada segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terdahulu, definisi yang dibuat oleh Raminah Haji Sabran (1984) menyatakan bahawa fonetik merupakan kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Dalam hal yang sama, Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985:1) berpendapat bahawa fonetik ialah suatu bidang ilmu mengenai satu aspek penting daripada bahasa, iaitu pertuturan.

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Abdullah Hassan (1993:40), antara ahli bahasa terkemuka berpendapat bahawa fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Sementara, Arbak Othman (1983) menyatakan fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Definisi fonetik ini juga turut diberikan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2000:2) yang berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Tidak ketinggalan Marsono menerusi bukunya, Fonetik (1986:1) memberikan definisi fonetik ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa. Pakar bahasa Nik Safiah Karim dan rakannya Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Lufti Abas, (1975) menjelaskan bahawa fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006:1) berpandangan bahawa fonetik merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Manakala Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu.

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kenneth Lee Pike (1947) seorang ahli linguistik Amerika mendefinisikan fonetik Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique for the practical description of sounds University of Michigan Press. Dapatan dari kutipan definisi-definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa bidang fonetik bahasa khususnya bahasa Melayu, merupakan ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Secara lebih khusus, fonetik mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Setiap bunyi yang terhasil juga diberikan lambang tertentu yang membolehkan manusia untuk menulis dan mencatat setiap bunyi bahasa. Ruang liput fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa. Dalam aspek disiplin ilmu, kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

1.2

Jenis-Jenis Fonetik

Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:363) mengkategorikan fonetik seperti berikut: Three branches of the subject are generally recognized: (a) articulatory phonetics is the study of the way speech sounds are made (articulated) by the vocal organs; (b) acoustic phonetics studies the physical properties of speech sound, as transmitted between mouth and ear; (c) auditory phonetics studies the perceptual response to speech sounds, as mediated by ear, auditory nerve and brain. Encyclopedia Britannica pula menghuraikan cabang kajian fonetik sebagaimana di bawah:

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

It deals with the configurations of the vocal tract used to produce speech sounds (articulatory phonetics), the acoustic properties of speech sounds (acoustic phonetics),

and the manner of combining sounds so as to make syllables, words, and sentences (linguistic phonetics). Menurut buku Pengenalan Fonetik dan Fonologi, (Paitoon M. Chaiyanara, 2006) bidang fonetik dapat dipecahkan kepada dua cabang, iaitu fonetik fisiologi dan fonetik akustik. Verhaar (1983:12) menerusi bukunya Pengantar Linguistik berpendapat bahawa dengan berdasarkan aspek bunyi bahasa, fonetik dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori, fonetik akustik dan fonetik auditori.

1.2.1

Fonetik Artikulasi

Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan. Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir, seperti [m]) atau gigi atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh bahagian depan atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil gelungan; juga belakang lidah ("dorsum") pula, maka lelangit (palatal) namanya. Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur ("koronal"), bahagian tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis ("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau dua daripadanya boleh bertindak serentak.

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan antara daerah lidah-bibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan lelangit, lelangit dan velar, dan velar dan uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana konsonan. Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas atau daun lidah ("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya ("sub-apikal"), yang melakukan sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu tanpa sempadan yang jelas. Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonankonsonan gusi n, t, d, s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik. Wujudnya satu hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: baca diimbuhkan dengan awalan me(n) menjadi membaca; kutip dengan imbuhan yang sama menjadi mengutip. Daerah artikulasi (pasif dan aktif): 1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3. Gigi (Dental); 4. Gusi (Alveolar); 5. Belakang gusi (Postalveolar); 6. Pra-lelangit (Pre-palatal); 7. Lelangit (Palatal); 8. Velar; 9. Uvular; 10. Farinks; 11. Glotis; 12. Epiglotis; 13. Akar (Radikal); 14. Postero-dorsal; 15. Antero-dorsal; 16. Laminal; 17. Hujung lidah (Apikal); 18. Sub-apikal Fonetik artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi. 9

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2.0

PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU

2.1

Bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u } dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ,dan } . Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ] , [ e ], [ ], dan [ a ], satu vokal tengah [ ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [ ] . Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. yang disediakan. Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. ketinggian lidah. Garis-garis melintang menunjukkan Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal

vokal dihasilkan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :

10

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Nama Vokal Vokal depan sempit Vokal depan separuh sempit ( e taling ) Vokal depan separuh luas Vokal depan luas Vokal tengah ( e pepet ) Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh Sempit Vokal belakang separuh luas

Lambang [i ] [e]

Contoh (awal ,tengah, akhir kata ) Ikan, bila, kail Ekor, boleh, taugeh.

[] [a] [] [u] [o]

lok, tlor anak, masa, lima mak, btul Udang, butang, lalu otak, bosan, logo

[]

rang, b leh.

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Carta Vokal

11

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah kedudukan vokal di atas menunjukkan rajah kedudukan lidah mengikut bahagianbahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal i, dan vokal u, misalnya, lidah dinaikkan tinggi sekali, sementara bagi membunyikan vokal a dan kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Daripada rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas dapat dirumuskan seperti yang berikut: 1. Vokal hadapan: (a) (b) (c) 2. Vokal Tengah : (a) (b) 3. Vokal Belakang : (a) i vokal hadapan sempit. Contoh dalam perkataan ibu, biru, ubi e vokal hadapan separuh sempit. Contoh dalam perkataan ekor,serong, sate E vokal hadapan separuh luas vokal tengah pendek. Contoh dalam perkataan emak, sentuh, emas. 3 vokal tengah panjang. Vokal ini hadir di belakang kata seperti kit3, ras3, gul3 u vokal belakang sempit. Contoh dalam perkataan ular, kuda,Batu 12

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(b) (c)

o vokal belakang separuh sempit. Contoh dalam perkataan oleh, boleh, solo, foto vokal belakang separuh luas. Contoh dalam dialek Kelantan : otak, botak, kito

Dalam system tulisan biasa lambing vokal E, , dan 3 tidak digunakan kerana tidak terdapat dalam tulisan mesin taip biasa. Huruf yang dipakai untuk melambangkan bunyi vokal E, ialah e, dan lambang yang digunakan untuk melambangkan vokal ialah o. Vokal E, dan 3 wujud dalam dialek ( bahasa daerah ) dan vokal-vokal tersebut merupakan kelainan atau variasi kepada vokal e dan o. Alat artikulasi lidah merupakan kriteria yang penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan iaitu bunyi vokal i, e dan a. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahgian belakang lidah berfungsi menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang iaitu u, o, dan . Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahgian lidah itu boleh diangkat tinggi sekali untuk menghasilkan vokal tinggi i dan u kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi iaitu vokal e dan o. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah E dan . Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah yang berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi berikut diturunkan gambarajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

13

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Alat artikulasi bibir juga penting dalam penghasilan bunyi vokal. Keadaan bibir samada bibir itu hampar, separuh hampar atau bundar, separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Berikut diberikan gambarajah keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal tersebut.

Cara Penghasilan Vokal Berikut dihuraikan dengan mendalam bagaimana atau cara bunyi vokal kardinal i, e, a, u, o dan dihasilkan oleh alat artikulasi. A. Vokal Hadapan Vokal hadapan sempit (tinggi) i a) Bibir dihamparkan b) Depan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin kea rah gusi ) c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarka pita suara ke rongga mulut.

14

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan

ikan, ikut, ipar, ibu, itu biru, bila, kita,sila, silap tali, beli, beri, besi, guli

2. Vokal hadapan Separuh Sempit ( separuh tinggi ) e a) Bibir dihamparkan separuh sempit b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan ekor, ela, elok, edah, elak katel, berang, heret, sepet, leper sate,

15

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3. Vokal Hadapan Separuh Luas ( separuh rendah) E a) Bibir dihampar separuh luas b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi+ c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal (lihat gambarajah). Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan esok, elo, edoh,ejek beso, getek, gelek, pelek gode, bule, ude, tule

16

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4. Vokal Depan Luas (rendah) a) Bibir dalam keadaan hampar b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin. c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udar dari paru- paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan abang, ajar, asuh, adik, asyik satu, paku, bukan, jambu, baju kita, rasa, bila, kuda, kelapa

17

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

B. Vokal Belakang Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Keadaan bibir bundar. 5. Vokal Belakang Sempit (tinggi) u a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) kea rah lelangit lembut c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan ubi, unta, usung, undur, untuk buka, bubur, subur, gandum, kabur satu, labu, paku, kelambu, bayu

18

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

6. Vokal Belakang Separuh Sempit (separuh tinggi) o a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah lelangit lembut c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan oleh, otak, obor, oren boleh, sotong, kongkong, tolong solo

7. Vokal Belakang Separuh Luas (separuh rendah) 19

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal (lihat gambarajah) Bunyi ini terdapat dalam perkataan dialek Kelantan seperti yang berikut Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan oloh, otok, ore, opeh pokok, sudoh, pecoh, boroh kito, bilo, belako, guwano

C. Vokal Tengah 20

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir hampar. 8. Vokal Tengah (pendek) a) Keadaan babir hampar b) Tengah lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara Di awal perkataan Di tengah perkataan emas, emak, empat, enam penat, berat, cergas, kemas

Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan di sini bahawa jumlah vokal cardinal ialah lapan jenis iaitu vokal i, e, a, u, o, e. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis iaitu 21

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

vokal i, e, a, u, o, dan e. Semua vokal adalah bersuara. Kecuali vokal e yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokalvokal lain adalah lantang.

2.2

Bunyi Konsonan

Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi bunyi ini akan menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan, misalnya apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Proses ini dinamakan sengauan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:

1.

Bunyi Konsonan Melayu Asli

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu: [p] [b] [t] [d] [k] [g] [] [] [] [s] [r] [h] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara Konsonan letupan dua bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara Hentian glotis Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara Konsonan letusan lelangit keras bersuara Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran glotis bersuara

22

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

[l] bersuara

Konsonan geseran sisian gusi

[m] [n] [] [] [w] [j]

Konsonan sengau dua bibir bersuara Konsonan sengau gusi bersuara Konsonan sengau lelangit lembut bersuara Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara Separuh vokal dua bibir bersuara Separuh vokal lelangit keras bersuara

2.

Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman

Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu: [f] [v] [] [] [z] [] [x] [] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara Konsonan geseran bibir gigi bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara Konsonan geseran bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

23

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan.

Daerah Artikulasi Cara Penghasilan Dua Bibir p b Gusi Gusi Lelangit Keras t d s r l m w n J h Lelangit Keras Lelangit lembut k g Pita Suara

Letupan Letusan Geseran Getaran Sisian Sengauan Separuh Vokal

24

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5.1

Konsonan Letupan

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]


Cara membunyikannya:

1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

(b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]


Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p]. Bezanya ialah: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].
25

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]


Cara membunyikannya:

1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan sertamerta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

(d) Konsonan letupan gusi bersuara [d]


Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t]. Bezanya ialah: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].

(e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]


Cara membunyikannya: 26

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan sertamerta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

(f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]


Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k]. Bezanya ialah: 4. Pita suara dirapatkan. 5. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

(g) Hentian glotis []


(h) Cara membunyikannya:

27

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Semasa udara dari peparu keluar lelangit lembut dan anak tekak akan dinaikkan ke belakang dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari peparu ke rongga hidung. Manakala pita suara pula diarapatkan sepenuhnya supaya udara tersekat di belakang pita suara. Udara disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara

5.2

Konsonan Letusan

(a) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []


Cara membunyikannya:

1. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paruparu ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan.

28

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara [].

(b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara []


Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan []. Bezanya ialah: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [ ].

5.3

Konsonan Geseran

(a) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]


Cara membunyikannya:

29

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara di renggangkan, arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi (s).

5.4

Konsonan Getaran

(a) Konsonan getaran gusi bersuara [r]

30

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Cara membunyikannya:

Konsonan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r )

5.5

Konsonan Sisian

(a) Konsonan sisian gusi bersuara [l]


Cara membunyikannya:

31

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l )

5.6

Konsonan Sengauan ( nasal )

Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya adalah :-

(a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]


Cara membunyikannya:

32

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Semasa udara dari peparu dikeluarkan, bibir bawah akan dirapatkan untuk membuat sekatan udara. lelangit lembutn dan anak tekak akan ditirunkan manakala pita suara akan dirapaatkan.arus udara akan menggetarkan pita suara dan akan masuk ke rongga mulut seterusnya ke rongga hidungakan menghasilkan bunyi [m]. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

(b) Konsonan sengau gusi bersuara [n]


Cara membunyikannya:

Apabila udara dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pita suara yang dirapatkan dan terus melalui mulut terus ke rongga hidung kerana hujung lidah dinaikkan ke atas gusi untuk membuat sekatan udara. Ini akan menghasilkan bunyi sengauan bersuara [n].

(c) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara []


Cara membunyikannya: 33

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Cara pengeluar udara bagi konsenan sengauan [] adalah sama tetapi berbeza

pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus ke hidung.

(d) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ]


Cara membunyikannya:

34

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Depan lidah dianakkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan. Pita suara akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara []. 5.7 Separuh Vokal

(a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]


Cara membunyikannya:

Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut akan dinaikkan ke belakang tekak untuk membuat sekatan ke rongga hidung.udara dari peparu akan keluar ke rongga mulut. Pita suara pula akan bergetar dan lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal tengah [].

(b) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]


Cara membunyikannya:

35

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang nak tekak. Pita suara di getarkan sambil lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal [].

3.0

SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini (Tate,1971:42).

Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin oleh Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kota Melaka. Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang 36

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

turut

serta

dalam

pelayarannya

iaitu

Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran. Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378). Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell (dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).

Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada tahun 1996. Anda boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun 1967. Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada 37

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau hurufhuruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan. Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan

nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum. Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato 38

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Muda

Linggi

(1921),

(ii)

Kitab

Pelita

Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba. Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 19421945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap kemerdekaan sebagai jambatan kearah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apaapa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku. Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula "Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia. Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. 39

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang digunakan)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua negara dapat dilakukan. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usahausaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia. Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham) Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil daripada

pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik, perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo. Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini. 40

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

EJAAN RUMI ZABA Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita Zaba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan seharihari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Menurut Sistem Ejaan Rumi Zaba dalam penggunaan ejaan rumi pada ketika itu kerap kali telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana tidak sekata dalam mengikuti peraturan tersebut. Pendita Zaba telah menggariskan sebanyak lapan tempat yang seringkali mencetuskan persoalan, iaitu : i. Pada segenlintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i atau vokal e, dan vokal u atau vokal o; ii. iii. iv. v. vi. vii. Pada bunyi diftong (Zaba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau ai atau ae, dan ui atau ui atau ue; Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbeza ejaannya; Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan satu g sahaja; Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut sebutan asal atau sebutan Melayu; Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian atau sa dan ka; Pada penggunaan sempang; viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap. 41 sempang, iaitu tidak tetap sama ada patut menggunakan sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Untuk mengatasi kelapan-lapan masalah tersebut Zaba telah menyusun kaedah ejaan Rumi Bahasa Melayu, yang sebahagian besarnya berdasarkan Ejaan Wilkinson. Zaba telah membahagikan abjad-abjad bahasa Melayu kepada dua kumpulan iaitu: i. ii. Huruf saksi yang merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjadi iaitu a, e, e, i, o, dan u, dan; Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad.

Zaba tidak menyenaraikan abjad-abjad itu, hanya beliau menonjolkan abjad-abjad konsonan yang tidak berpadanan satu lawan dengan abjad Jawi. Pada hakikatnya hal tersebut sama seperti yang dilakukan menerusi Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh itu bolehlah dianggap bahawa senarai abjad konsonan Zaba menyamai senarai konsonan Ejaan Wilkinson. Untuk mengatasi lapan masalah yang disebutkan di atas, Zaba telah mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti yang berikut:

i.

Jika h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.

ii.

Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan sebagainya.

iii.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya: 42

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

wasalam, ahlun-nujum, amiruI-minim, dan sebagainya. iv. Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w,dan y. v. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja) berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang, berebut dan sebagainya. vi. Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya: langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan sebagainya. vii. Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya. viii. Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan memengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan sebagainya. ix. Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k, maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-. Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut, penggali, penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok, mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga dalam perkataan mengkemudiankan. x. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang, dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di43

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

bawa, tidak memakai sempang. xi.

dan

sebagainya.

Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah, kemudian daripada tanda Tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat, nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidangbidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda yang diserukan. Sistem Ejaan Zaba ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan intitusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun lima puluhan, walaupun sewaktu pendudukan Jepun, adanya Ejaan Fajar Asia. Di Indonesia, terdapat sistem Ejaan Soewandi yang juga terkenal dengan nama Ejaan Republik yang mula digunakan pada tahun 1947 (lihat S.T. Alisjahbana, 1964: 32), yang menukarkan Ejaan Van ophuijsen antara lain vocal oe kepada u, menghilangkan tanda gores di atas e talling sehingga tidak membezakannya dengan e pepet dan menghilangkan dua titik di atas vocal yang berderet untuk membezakannya daripada diftong, tetapi bentuk-bentuk ch, tj, dj, sj, nj dan j masih dikekalkan. Perbezaan ini telah menimbulkan beberapa keraguan dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan penuntut universiti. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

44

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB). Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usulusul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi dan ilmiah maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia Malaysia,0000:00). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu

merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasiyang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang. Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan. Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, 45

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka anataranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001). SISTEM EJAAN RUMI 1878 Pengenalan kepada Ejaan Rumi 1878 merupakan hasil inisiatif yang dicetus menerusi jawatankuasayang ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah kerajaan British. Hal ini lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang

mengesyorkan pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja namanama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Jawatankuasa ini telah memperkenalkan sistem perumian berdasarkan tiga kumpulan bunyi, iaitu vokal, diftong dan konsonan, seperti yang berikut:

Vokal Ada enam lambang vokal. Lima daripadanya mempunyai bentuk pendek dan panjang. Bentuk pendek ditandai dengan lambang diakritik di atasnya, manakala bentuk panjang tiada sebarang tanda. Berikut disenaraikan beberapa senarai abjad vokal dan contoh bunyinya dalam bahasa Inggeris, serta contoh ejaan perkataan Melayunya: VOKAL BUNYI DALAM BAHASA CONTOH DALAM

INGGERIS

BAHASA MELAYU 46

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

a e o u Ten Provokasi Full

Diploma

makan sendok tongkat tunjuk

Diftong Ada dua bunyi diftong, iaitu huruf au dan ei, yang digunakan dalam bahasa Melayu. Misalnya: au ---- bakau, kerbau ei ----- sungei, bagei

Konsonan Jawatankuasa ini turut membezakan bunyi konsonan yang digunakan dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan konsonan yang terdapat dalam perkataan pinjaman Arab sepenuhnya. Hal tersebut dapat dilihat seperti yang berikut: KONSONAN MELAYU SEBUTAN BAHASA b g ng T Seperti dalam gain seperti dalam singing DALAM NAMA MELAYU INGGERIS ba ga Nga

lembut, hujung lidah di Ta gigi

th

seperti dalam thick Jika di tengah

Tha kata hamza

menandakan

pemisah 47

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

suku hujung dengan k kata

kata sama

seperti sa orang, jika di

KONSONAN ARAB d S t

BUNYI Keras Keras seperti ss Keras, di langit mulut

NAMA MELAYU Da sod Ta

Namun begitu, pengenalan jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada Maxwell dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e untuk mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878 di atas. Beliau telah mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan kerana mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.

SISTEM EJAAN MALINDO Masalah ejaan dahulunya merupakan masalah kebangsaan, sudah menjadi masalah antarabangsa dengan adanya rundingan pihak Malaysia (yang dahulunya malaya) dengan Indonesia. Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan akhirnya pada tahun 1959, termaktublah perjanjian persahabatan diantara Persekutuan Tanah Melayu dan republik Indonesia. Satu perjumpaan diantara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail pengan panitia pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr. Slametmuljana pada tahun yang sama telah menghasilkan satu ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan Malindo. Menurut Asmah Haji Omar (154:1993) Ejaan Malindo ini tidak pernah diumumkan. Oleh itu kita tidak tahu bentuk dan sistem ejaannya.

48

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Walaubagaimanapun Ejaan Malindo yang dihasilkan ini terbantut usahanya disebabkan tercetusnya konfrontasi. Setelah itu ia disambung semula setelah terhenti kira-kira hampir 7 tahun iaitu pada 1966 dan hasil rundingan ini menimbulkan kesefahaman diantara kedua-dua pihak terutamanya pihak indonesia. Dalam rundingan ini beberapa perkara dititik beratkan antaranya adalah tentang soal bahasa dalam jangka masa panjang, pertukaraan antara bahan-bahan yang berkenaan dengan bahasa dan sastera, dan soal pemakaian istilah-istilah. Kolonel wahju sukatjo iaitu seorang pemimpin bahasa indonesia telah berkunjung ke dewan bahasa dan pustaka bersama dengan delegasi kebudayaan pada bulan September 1966. Dalam rombongan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya yang menjadi perhatian adalah berkaitan dengan pengesyoran perlaksanaan Ejaan Malindo (1959) kepada kedua-dua kerajaan. Begitu juga dengan penyelarasan istilah diantara bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia. Oleh itu, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi perlaksaan sistem ejaan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perubahan dan pembaharuan dalam Sistem Ejaan Malindo ini kerana sistem ejaan ini belum lagi dilaksanakan dikedua-dua buah negara. Oleh itu, kata sepakat telah dicapai dan dipersetujui oleh kedua-dua negara dan ejaan yang telah dipersetujui itu mula dikenali sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang ikenali secara umum sebagai Ejaan Baharu.

Sistem Ejaan Rumi Baharu (ERB). Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi dan ilmiah maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada tahun 1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara menteri pelajaran Malaysia ketika itu dengan menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia. Oleh itu secara rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah 49

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

negara. sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.

Sistem

ejaan

ini

dinamakan

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standart yang tinggi berbanding

sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang. Menurut Ensiklopedia Malaysia (0000:00) dalam sistem ejaan ini, hanya ada satu huruf e bertanda () atau huruf e pepet terdapat dalam sistem ejaan Zaba digugurkan contohnya mak menjadi emak, kledek menjadi keledek. Walaupun digugurkan, fungsi huruf e yang melambangkan pepet dan e taling dikekalkan. Perubahan konsonan juga berlaku dalam sistem ejaan baru ini. Contohnya gabungan 2 perkataan yang di chuacha akan menjadi cuaca. Manakala gugurkan salah satunya yang membawa maksud yang sama seperti ch akan menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba dan bagi perkataan lain adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat menjadi syarat. Manakala perubahan dalam penggunaan () dan () yang melambangkan

hamzah dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan k contohnya maana menjadi makna dan perkataan enche menjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v dan x diperkenalkan untuk digunkan secara meluas. Sistem ejaan ini menetapkan 18 keselarasan yang utama. Keselarasan disini bererti kesesuaian huruf vokal yang membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku 50

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

praakhir dengan huruf vokal pada suku kata tertutup. Jadual dibawah menunjukkan perubahan Zaba: keselarasan vokal sistem

a-e taling a-o a pepet-e taling

menjadi menjadi menjadi

a-i a-u e-i

aleh menjadi alih batok menjadi batuk Lebeh menjadi lebih

BIBLIOGRAFI

Abdullah

Hassan

(1987).

Isu-isu

perancangan

bahasa:

pengintelektualan

bahasaMalaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Lumpur: Bintang Baru Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr Ali Mahmood dan rakan-rakan. (2012). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Kuala

51

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Melayu Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Haji Zahid & Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik Dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional & Distributors Sdn Bhd. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

52