Anda di halaman 1dari 9

Soalan 1 Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?

Jawapan: Usus

Soalan 2 Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal?
Jawapan: Rumah api

Soalan 3 Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?
Jawapan: Umur

Soalan 4 Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu?


Jawapan: Jarum

Soalan 5 Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?
Jawapan: Buah melaka

Soalan 6 Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada?


Jawapan: Daun terup

Soalan 7 Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan..
Jawapan: Congkak

Soalan 8

Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk menggali kubur dia tak akan pakai baju?
Jawapan: Sebab dia pakai cangkul, kalau pakai baju bila nak siap kerjanya

Soalan 9 Semakin kita berpaling, semakin dia menjauh..apakah itu?


Jawapan: Telinga

Soalan 10 Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?
Jawapan: Memancing

Soalan 11 Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?


Ikan betina ikan duyung, ikan jantan ikan bakar..mana ada perempuan bernama Bakar..

Soalan 12
Pokok atas buah, buah atas pokok... Jawapan: Buah nanas

Soalan 13
Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?
Jawapan: Pecah Rekod

Soalan 14
Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh di makan? Jawapan: Misai

Soalan 15
Di manakah yang selalunya akan Banjir dahulu barulah hujan? Jawapan: Bahrain

Soalan 16

Peserta semuanya memakai uniform, semakin lama semakin ramai dan tidak berkurang?
Jawapan: Tanah perkuburan

Soalan 17
Badannku berat kakiku tajam..kalau bergerak semua tergamam..siapakah aku? Jawapan: Kereta Kebal

Soalan 18
Benda apakah bila dah masak ia menjerit? Jawapan: Cerek

Soalan 19
Benda apakah, tidak sakit perut tapi selalu kena picit perutnya? Jawapan: Ubat gigi

Soalan 20
Benda apakah turunnya perlahan, tapi bila naik punyalah laju? Jawapan: Hingus

Soalan 21
Badannya besar dan kuat makan, walau kuat makan tapi tetap sama, apakah bendanya? Jawapan: Peti sejuk

Soalan 22
Aku hidup dua bersaudara, diguna pakai penuh selera...apakah itu? Jawapan: Sudu dan garpu

Soalan 23
Kalau tuan bijak bestari, bunga apakah selalu kena tindas? Jawapan: Bunga api sebab selalu kena bakar

Soalan 24
Kenapa apabila monyet makan, dia simpan di pipi? Jawapan: Sebab monyet mana ada peti sejuk untuk simpan makanan

Soalan 25
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya di kepala? Jawapan: Gajah

Soalan 26
Binatang apa, mukanya berserabut dan berselirat? Jawapan: Sotong

Soalan 27
Binatang apa tanduknya terletak di mulut? Jawapan: Nyamuk

Soalan 28
Kelam kabut bila keluar, bila terkena hati merana? Jawapan: Lebah

Soalan 29
Ia ditanam dan disiram, tapi ia bukanlah tanaman..apakah ia? Jawapan: Mayat

Soalan 30
Badannya berbentuk seperti bintang, badanku kuning disukai orang,apakah jawapannya?
Jawapan: Buah belimbing

Soalan 31
Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah telinga..siapakah dia? Jawapan: Jam loceng

Soalan 32
Makin di potong, makin dia tinggi, apakah gerangan benda tersebut? Jawapan: Seluar

Soalan 33
Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores menyalalah ia? Jawapan: Kotak Mancis

Soalan 34

Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti, siapakah saya?
Jawapan: Kasut

Soalan 35 Makanan apakah yang dibalut dengan buluh, pada bulan tertentu sahaja dia muncul?
Jawapan: Lemang

1. Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang? Jawapan: Kuda yang berbaris-baris 2. Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut 3. Banyak-banyak kuih, kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah? Jawapan: Kuih salah resepi 4. Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari? Jawapan: Lembu yang hilang kalu tak hilang orang tak cari punya 5. Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....? Jawapan: Siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.hahahahaha 6. Banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati? Jawapan: Pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia 7. Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat? Jawapan: Sungai Besi...Alaa sungai yang kat selangor tu. 8. Banyak-banyak air, air apa yang paling berani? Jawapan: Air terjunnnn!!! 9. Banyak-banyak huruf, huruf mana yang boleh kahwin... Jawapan: I dan U leee.. 10. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu?

Jawapan: Ikan Sadin dalam tin. Sebab tak keluar-keluar, dalam tin je..

11.

Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diankat?

Jawapan: Kotak Penalti 12. Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin?

Jawapan: Orang-orang 13. Banyak-banyak gurun, gurun mana tanamannya subur?

Jawapan: Gurun, Kedah 14. Banyak-banyak cecair, cecair apakah yang menjadi beku bila dipanaskan? Jawapan: Telur 15. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati????

Jawapan: SRIGALA kerana Srigala suka lolong melolong 16. Banyak-banyak Tahi, tahi apa yang tak berbau?

Jawapan: Tahi hidung, sebab duduk dalam hidung tuan dia tak tercium pun bau. 17. Banyak-banyak burger, burger apa yang buat kita gembira?

Jawapan: Bergembira! 18. Banyak-banyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?

Jawapan: Ayer Hitam (Air Hitam) 19. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

Jawapan: Ikan kembung. 20. Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

Jawapan: Singapura. 21. Banyak-banyak Burung, Burung apakah yang paling penyayang? Jawapan: Burung belatuk... sebab dia bela atuk. 22. Banyak-banayk buah, buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Melaka 23. Banyak-banyak daun, daun apa tidak bertangkai

Jawapan: Daun terup 24. Banyak-banyak binatang, binatang apa tidak berkaki?

Jawapan: Ular 25. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

Jawapan: Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah 26. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

Jawapan: MILO AIS 27. Banyak-banyak binatang, binatang apa tangannya di kepala, kakinya di kepala, badannya di kepala? Jawapan: Kutu 28. Banyak-banyak burung, burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin 29. Banyak-banyak bintang, bintang apa hidup di laut?

Jawapan: Tapak Sulaiman

1. Binatang apa namanya hanya guna dua huruf sahaja? Jawapan: U dan G (udang) 2. Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang sebab binatang ni ber wang 3. Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa. 4. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan... 5. Huruf jawi apa yang ada angin... Jawapan: Huruf TA dan YA laa... (Bunyi macam Tayar, tayarkan ada angin) 6. Katak apa yang boleh menyuruh orang? Jawapan: KATAKan padaku 7. Kera apa yang tinggal di istana? Jawapan: KERAbat diraja 8. Kera apa yang buat orang stress? Jawapan: KERAna cintanya diputuskan oleh kekasih hati 9. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? Jawapan: Kambing binATANG 10. Kopi apa yang sungguh menyusahkan?

Jawapan: KOPIkir sendirilah!

Anda mungkin juga menyukai