Anda di halaman 1dari 12

5.0 JAWAPAN 5.

1 PENGENALAN Berdasarkan Amir Hasan Dawi (2006), profesion perguruan merupakan antara pilihan kerjaya yang diminati ramai serta disanjung tinggi oleh kebanyakkan pihak. Sebaliknya, ada juga golongan yang membangkitkan persoalan keraguan terhadap keprofesionalan kerjaya perguruan ini. Hal ini demikian kerana terdapat golongan yang berpendapat bahawa profesion perguruan dikategorikan sebagai profesion yang profesional. Malah, juga terdapat pihak yang menafikan hal ini. Antara perkara-perkara yang dikaji adalah ciri-ciri yang diperlukan untuk mencapai tahap profesion yang profesional dan faktor-faktor yang menyokong profesion perguruan sebagai satu profesion yang profesional. Menurut Kamus Dewan (2005), profesion ialah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Musgrave (1972), pula mengatakan bahawa tugas yang dianggap profesion ialah tugas yang hanya menggunakan ilmunya untuk faedah pelanggannya. Di samping itu, Hedderdoft (1971), mengatakan bahawa professionalisme pada asasnya dianggap sebagai suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan nilai diri atau suka memilih pekerjaan. Manakala Hoyle (1980), pula berpendapat bahawa professionalisme adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti halhal tentang syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan sebagainya. Antara ciri-ciri profesion yang diutamakan oleh Sufean Hussin (1996) adalah kewajiban mempunyai perkhidmatan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara, menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas, harus ada kuasa autonomi semasa bertugas,

mementingkan mutu pendidikan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang semasa menjalankan tugas dan mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

Menurut Amir Hasan Dawi (2006) pula, kriteria-kriteria yang diperlukan untuk mencapai tahap profesion ialah ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang mempunyai latihan yang khas, mempunyai kawalan khas, mempunyai kawalan kemasukkan seperti memerlukan lesen khusus untuk mengamal, mempunyai kebebasan untuk mengamal, mempunyai autonomi untuk membuat keputusan, terdapat kod etika profesion, merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya, keadaan perkhidmatan yang ditetapkan, diiktiraf oleh awam sebagai profesion dan seringkali dikaitkan dengan ganjaran material. Secara jelasnya, dengan membandingkan pendapat-pendapat para sarjana, kita dapat menyimpulkan bahawa tahap profesion yang profesional boleh dicapai dengan ciri-ciri yang dinyatakan diatas. Seterusnya adalah kajian terperinci akan

keprofesionalan profesion perguruan.

5.2 HALANGAN DALAM MENCAPAI STATUS PROFESIONAL Pada masa kini, profesion perguruan boleh dikatakan sebagai profesion yang diminati ramai. Tetapi, terdapat juga faktor-faktor yang menjadi penghalang bagi profesion ini untuk mencapai status profesional. Berdasarkan statistik bilangan guru yang diambil daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), (data pada 31 Januari 2011) jumlah bilangan guru lelaki adalah seramai 1 26 450 orang dan jumlah bilangan guru perempuan adalah seramai 2 82 314 orang. Jumlah keseluruhanya adalah seramai 4 08 764 orang dimana suatu angka pekerja yang tinggi jikalau dibandingkan dengan profesion profesional yang lain. Angka guru yang tinggi ini melahirkan suatu pandangan negatif dalam kalangan masyarakat. Hal ini dibuktikan dengan kajian Mohd. Salleh Lebar (1998), iaitu masyarakat menggangap perkhidmatan guru adalah terlalu pendek masanya dalam satu hari dan terlalu mudah pekerjaannya. Dengan jumlah guru yang terlalu ramai maka agar sukar untuk memastikan semua guru menjalankan tugas dengan sepenuhnya. Selain itu, taraf pendidikan yang tidak seragam dalam kalangan guru juga menjadi penghalang untuk mencapai status profesional bagi profesion perguruan. Dalam tinjauan yang telah dibuat oleh Sharina Binti Salleh Sarjana (2007), Sarjana Stone (1992), mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya perlu bagi seorang guru untuk menyampaikan pengajaran. Tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi, para guru akan terperangkap dalam arus reformasi yang begitu kencang melanda profesion perguruan. Seterusnya, Ani M Hasan (2003), mengatakan bahawa kemerosotan pendidikan bukan diakibatkan oleh kurikulum tetapi oleh kurangnya kemampuan profesionalisme guru dan keengganan belajar siswa. Di samping itu, Trozer (1998) pula berpendapat bahawa kualiti dan latar belakang kelayakan akedemik calon bakal guru dikatakan lebih rendah berbanding profesion-profesion yang lain maka ia mendorong kepada penghasilan kualiti bakal guru yang tidak cekap. Perkara ini dibuktikan dengan sikap segelintir guru yang berpuashati dengan pencapaian akademik yang dimilikinya dan tidak meneruskan pelajaranya ke
8

peringkat yang lebih tinggi. Manakala terdapat juga kalangan guru yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi seperti Ijazah, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah dan sebagainya. Secara ringkasnya, perbezaan pencapaian tahap pendidikan golongan guru akan membawa kemusykilan dalam menetapkan status profesion perguruan. Faktor penghalang yang seterusnya adalah guru pada zaman kini sering dikatakan melanggar etika perguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengikut Esah Sulaiman (2003), etika perguruan ialah suatu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat, ibu bapa, dan pelajar. Sebaliknya, Mohd. Salleh Lebar (1998), mengatakan bahawa golongan guru berkelakuan tidak sopan dan ada juga yang dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar etika perguruan. Maka, perkara ini boleh mengakibatkan para murid untuk mengikut jejak langkah guru sebegini dan melahirkan generasi yang tidak beretika pada masa hadapan. Seterusnya, kualiti program latihan yang kurang diberikan kepada para guru di Malaysia berbanding dengan profesion yang lain. Faktor ini turut disokong oleh Mohd. Salleh Lebar (1998), dimana beliau mengatakan bahawa latihan yang terdapat dalam profesion perguruan adalah tidak mencukupi. Beliau turut menegaskan bahawa walaupun guru diberikan latihan mengajar yang lengkap, kebanyakan mereka kurang mempraktikkannya semasa mengajar dengan sepenuhnya. Jadi kewibawaan

seseorang guru mulai diragui oleh masyarakat. Menurut perspektif Tozer dan rakanrakanya (1998) pula, kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program profesion lain boleh mengakibatkan kualiti hasilan guru yang tidak mantap. Selain itu, jurang skim gaji perkhidmatan yang berbeza dalam kalangan guru juga menjadi penghalang untuk profesion perguruan bagi mencapai status profesional. Hal ini turut disokong oleh, Mohd. Salleh Lebar (1998), dimana status profesion perguruan agak meragukan kerana jumlah pembayaran pendapatan adalah berbeza, sedangkan gaji pekerja profesion lain seperti doktor dan peguam adalah setaraf dan tidak jauh bezanya.

Sarjana Esah (2002), menerangkan guru sebagai seorang yang profesional dan kerjayanya seharusnya tidak mengutamakan gaji manakala mengutamakan

tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. Hal ini tidak bermakna pembayaran gaji tidak penting kepada guru. Malah, gaji yang tinggi dapat meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan prestasi mereka dalam profesionnya. Namun jurang gaji yang jauh berbeza ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru kerana mereka tidak mendapat gaji berdasarkan perkhidmatan yang disampaikan. Akibatnya, mereka tidak memberikan perkhidmatan yang setia dan efektif. Keupayaan pengajar bukanlah sesuatu perkara mudah dicapai sebaliknya seorang guru didapati meluangkan satu jangka masa yang panjang dalam usaha mencapai hasilnya menerusi pelajar. Lantaran itu, kerana guru terpaksa berkerja keras bagi tempoh masa yang lama untuk melihat kejayaan anak muridnya. Contohnya seorang guru terpaksa memberikan didikan dan motivasi yang kukuh bagi seorang murid dari tahun satu hingga tahun enam supaya anak murid itu mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan dimana hasilnya hanya dapat dilihat selepas enam tahun. Perkara ini turut disokong oleh Mohd. Salleh Lebar (1998), dimana beliau berkata bagi profesion lain seperti jurutera, doktor dan juga arkitek profesion mereka jelas kelihatan dalam masa yang begitu singkat sedangkan profesion perguruan hasilnya mengambil masa yang panjang. Beban kerja yang banyak diberikan kepada guru juga menjadi penghalang kepada profesion perguruan untuk mencapai status profesional. Kerja guru bukan setakat mengajar sahaja malah guru juga perlu berkerja sebagai kerani membuat segala urusan kewangan dan merekod butiran peribadi murid-murid, guru kokurikulum, guru sukan, guru mata pelajaran dan guru kelas. Menurut Mohd. Salleh Lebar (1998), beban kerja yang banyak menyebabkan tumpuan seseorang guru dalam profesionnya khasnya dalam menyampaikan ilmu pengajaran agak terbatas. Oleh itu, masa yang ditumpukan terhadap persediaan pengajaran tidak mencukupi dan guru gagal menjalankan tanggungjawab utamanya. Faktor terakhir ialah, guru mengajar mata pelajaran yang tidak mengkhusus olehnya. Contohnya seorang guru yang mengkhusus dalam mata pelajaran bahasa
10

Melayu mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani kepada anak muridnya. Tambahan pula, guru tersebut langsung tidak mahir dan tiada pengalaman dalam sesuatu mata pelajaran diminta mengajar murid-murid di sekolah. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila guru tersebut mengajar mata pelajaran bahasa Melayu pada waktu pendidikan jasmani. Akibatnya, murid-murid tidak menjadi mahir dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Secara tidak langusung, anak-anak murid yang mungkin berbakat dan berkelayakan untuk menjadi atlet negara menjadi tidak kenyataan. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), guru tidak memiliki kemahiran yang sepatutnya sebelum mengajar murid-murid. Beliau juga memberikan contoh bahawa seseorang guru penasihat ataupun jurulatih kegiatan kokurikulum tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang sepatutnya sebelum mengajar anak-anak murid mereka. Beliau juga menyarankan bahawa guru-guru sandaran ataupun sementara dan guruguru sekolah persendirian yang tidak menerima sebarang latihan dan kelayakan perguruan telah meruncingkan lagi profesion perguruan ini.

11

5.3 PROFESION PERGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG PROFESIONAL. Menjelang tahun 2011, statistik bagi bilangan permohonan profesion perguruan menunjukkan angka yang menakjubkan dimana keperluan kekosongan tempat sebanyak 2,000 sedia diisi oleh 80,000 orang pemohon. Hal ini membuktikan profesion perguruan masih diminati dan disanjungi tinggi di kalangan masyarakat. Profesion perguruan mungkin gagal mencapai status profesion yang profesional jika berbanding dengan profesion-profesion seperti doktor, peguam dan jurutera. Namun pekerjaan guru ini tidak semudah seperti jangkaan masyarakat tetapi ia juga dianggap satu profesion yang bertaraf profesional. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), semua profesion sama ada guru, jurutera, peguam, arkitek, doktor dan sebagainya harus dilihat dalam konteks masing-masing tanpa banyak membandingkan antara satu sama lain. Oleh itu, berdasarkan perspektif guru sebagai profesion yang tersendiri, maka guru boleh diterima sebagai profesion yang profesional Faktor pertama ialah guru kaya dengan ilmu pengetahuan berbanding dengan profesion-profesion yang lain. Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institusi pendidikan. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka. Oleh yang demikian guru pada zaman sekarang mulai menguasai segala pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan supaya dapat menjadi teladan kepada para anak murid mereka. Contohnya, guru boleh mengendalikan komputer, pencetak dan scanner tanpa bantuan orang lain demi menjadikan mereka sebagai role model kepada anak-anak murid. Selain itu, di samping mengajar para murid, guru-guru juga melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas seperti menjawat jawatan sebagai guru kokurikulum dan guru penasihat badan beruniform. Maka, boleh merumuskan bahawa seorang guru arif dalam kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan badan beruniform. Contohnya, guru mengajar cara menjahit dan memasak sebagai salah satu aktiviti kokurikulum kepada murid-murid. Sebelum mengajar kemahiran-kemahiran
12

tersebut guru akan diberikan latihan yang secukupnya untuk mahir dalam bidang tersebut. Jelasnya, guru sentiasa diberikan pendedahan tentang pembaruan yang dilakukan dalam bidang pendidikan. Faktor seterusnya yang menyokong profesion perguruan sebagai profesion yang profesional ialah berketrampilan guru. Moore (1995), mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai pembelajaran. Menurut Mohammad Sani (1998), beliau berkata seorang guru atribut akan merancang pengajaran dan pembelajaran, mengurus pengajaran dan

pembelajaran, memilih strategi pengajaran dan pembelajaran, meransang pengajaran dan pembelajaran, mempunyai kemahiran teknologi, kemahiran generik serta kemahiran kaunseling. Secara amnya, mengajar adalah bukan sekadar proses penyampaian atau penerusan pengetahuan. Mengajar merupakan suatu proses yang kompleks dimana guru perlu menggunakan keterampilan seperti yang disenaraikan di atas untuk menyampaikan pesan atau mesaj kepada para murid. Secara tidak langsung, guru pada zaman sekarang mempunyai keterampilan yang kukuh dan padat dimana mereka diberikan latihan yang khas untuk mempertingkatkan potensi keterampilan mereka. Maka jelaslah bahawa guru boleh dikategorikan sebagai profesional kerana mereka bukan lagi menggunakan cara-cara yang sama untuk mengajar tetapi berubah mengikut peredaran masa bagi membina insan yang berkaliber untuk negara. Profesion perguruan boleh juga dikategorikan sebagai profesion yang profesional berdasarkan faktor guru prihatin terhadap kehendak murid atau tanggungjawab guru terhadap murid. Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja berhenti setakat mengajar sahaja malah guru juga menguruskan murid-murid yang bermasalah seperti masalah disiplin, kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, dan down sindrom, kanak kanak yang kurang upaya seperti cacat penglihatan, pertuturan, pendengaran dan anggota badan. Tambahan pula, guru juga dikatakan sebagai ibu bapa kedua bagi anak-anak murid di sekolah. Oleh yang demikian, guru lebih peka terhadap keadaan dan
13

kemampuan anak-anak murid mereka. Contohnya, guru boleh mengenali murid-murid yang bermasalah dengan lebih mudah dan tepat berbanding dengan para ibu bapa. Ini kerana, pada zaman sekarang guru lebih meluangkan masa dengan murid-murid berbanding dengan para ibu bapa akibat kesibukan kerja. Ekoran daripada itu, ibu bapa tidak berpeluang untuk mengenali setiap gerak geri anak mereka. Contohnya semasa pembelajaran akan tetapi guru dapat mengenal pasti kelemahan murid dengan jelas menerusi latihan yang diberi kepada murid. Contohnya, guru menyuruh murid untuk menulis a. Sekiranya murid tersebut menulis huruf a secara terbalik maka guru dapat mengenali bahawa murid tersebut menghadapi masalah disleksia. Selain itu, guru juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan masalah disiplin serta masalah peribadi para murid di sekolah. Guru bertindak sebagai agen bimbingan dan kaunseling sekiranya murid menghadapi sebarang masalah. Lantaran itu, guru dapat memberikan motivasi dan sokongan moral kepada pelajar yang bermasalah. Secara tidak langsung guru juga berkhidmat sebagai agen yang menyelesaikan masalah murid-murid dan menghalang masalah daripada berlaku. Akibatnya, guru melahirkan generasi yang unggul dan berguna iaitu bebas daripada gejala negatif bagi pembanggunaan negara. Faktor seterusnya ialah sahsiah guru. Mengikut pandangan Mohammad Sani (1998), beliau berkata contoh sahsiah yang terdapat pada guru yang profesional ialah bertakwa, berakhlak, berperibadi mulia, bersopan santun, bersikap positif, berkebolehan memimpin dan mengamalkan budaya ilmu. Menurut pe patah guru kencing berdiri, murid kencing berlari, yang membawa maksud segala perlakuan yang dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada para anak muridnya. Perkara ini turut disokong oleh Bandura (1977), beliau telah membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang yang signifikan dan persekitaran. Secara amnya, guru pada zaman sekarang mempunyai sahsiah yang tinggi maka secara tidak langsung anak-anak murid menjadikan guru
14

sebagai garis panduan hidup mereka. Oleh itu, negara kita tidak perlu risau akan peningkatan gejala jenayah kerana guru mampu menukar keadaan ini dengan melahirkan generasi yang penuh sahsiah. Ini membuktikan profesion perguruan boleh dikatakan sebagai satu profesion yang mampu menentukan takdir negara kita pada masa yang akan datang. Faktor seterusnya yang menyokong profesion perguruan sebagai suatu profesion yang profesional ialah program yang dijalankan atau latihan yang diberikan oleh kerajaan kepada para guru untuk meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), beliau berkata di negara Malaysia kualiti calon guru adalah semakin baik dan proses latihan pula adalah begitu sistematik. Beliau juga mengutarakan bahawa negara Malaysia mempunyai proses tapisan untuk menerima bakal guru dan latihannya pula dijalankan secara terancang di institusi-institusi pendidikan guru. Maka, kualiti hasilan adalah secara optimum sesuai untuk kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia. Lantaran itu, sikap guru yang fleksibel dan mudah mengadaptasi mengikut perubahan dan peredaran masa juga mengekalkan status profesion yang profesional. Menurut Syafaruddin (2001), faktor yang menyebabkan mutu pendidikan rendah terletak pada unsur-unsur kurikulum. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia sering memperkenalkan program-program yang baru seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan baru-baru ini adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk meningkatkan kualiti akademik di negara Malaysia. Perubahan-perubahan ini sering berlaku secara tiba-tiba tanpa diberitahu awal. Taklimat tentang perubahan hanya diberikan selepas pelaksanaan program-program ini. Maka guru terpaksa bersikap fleksibel dan mempelajari ilmu yang baru supaya dapat menerapkan kepada murid-murid. Selain itu, guru juga dihantar ke khursus dan taklimat untuk mengenali program-program yang diperkenalkan secara lebih mendalam. Pada masa itu, guru terpaksa mengorbankan cuti ataupun masa rehat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh pihak kerajaan.

15

Guru juga mampu mengadaptasikan diri mereka kepada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Contohnya, walaupun guru dihantar ke kawasan pedalaman seperti negeri Sabah dan Sarawak, mereka mampu menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana persekitaran kawasan tersebut. Mengikut pandangan Omar (1991), guru pada zaman dahulu juga sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara. Selain itu, menerusi kajian yang dilakukan oleh Jemien (1993), guru-guru bersikap positif untuk berkhidmat di Sarawak. Ini kerana guru-guru merasakan tugas tersebut adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik dan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh faktor kepentingan diri yang tinggi.Tambahan pula, adakalanya guru yang sanggup berpisah dengan pasangan mereka dan berkerja di kawasan pedalaman demi menjaga tanggungjawab yang diberi. Faktor yang terakhir ialah, profesion perguruan mempunyai kod etika keguruan yang tersendiri. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), beliau mengatakan guru boleh dikatakan sebagai suatu profesion kerana bidang keguruan di Malaysia mempunyai kod etika perguruan dimana ia menggariskan ikrar guru dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion perguruan. Mohd. Salleh Lebar (2007), juga memberikan sokongan beliau dalam bukunya dengan mengatakan guru telah mencapai status profesion yang profesional kerana guru mempunyai kod etika yang tersendiri.

16

5.4 Penutup Walaupun terdapat pihak yang tidak menyokong profesion perguruan sebagai profesion yang profesional, saya berpendapat bahawa profesion ini merupakan suatu profesion yang profesional. Ini kerana, pada zaman sekarang peningkatan kualiti perguruan menyebabkan profesion ini mencapai status profesion yang profesional di medan dunia. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993), dalam kajian mereka mengatakan bahawa, profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan. Apabila kita membandingkan profesion perguruan dengan profesion-profesion yang profesional seperti jurutera, doktor, peguam dan arkitek mungkin profesion perguruan gagal menepati aspek asas utntuk status profesion. Namun adakah kita boleh membandingkan profesion guru sebegitu mudah dengan profesion lain atau adakah kita harus melihat profesion perguruan dalam konteks dan kriteria-kriterianya tersendiri. Saya lebih bersetuju dengan pandangan yang melihat profesion perguruan dalam konteks dan ciri-cirinya yang tersendiri. Perbandingan hanya perlu dbuat dengan tujuan untuk memperbaiki kelemahankelemahan yang ada dalam sesuatu profesion. Oleh itu, berdasarkan perspektif guru sebagai profesion yang tersendiri, maka kita boleh menerima guru sebagai suatu profesion yang profesional. Tambahan pula di negara kita kualiti calon guru adalah semakin baik dan proses latihan pula adalah begitu sistematik. Kita mempunyai proses tapisan untuk menerima bakal guru dan latihannya pula dijalankan secara terancang di institusi-institusi pendidikan guru. Oleh itu kualiti hasilan adalah secara optimum sesuai dengan kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia.

17

Anda mungkin juga menyukai