Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Selepas kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpinpemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. BEBERAPA PERKARA ASAS PERLEMBAGAAN Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Kedudukan Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4). Kedudukan Bahasa Melayu Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Kedudukan Istimewa Orang Melayu Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : - perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) - ekonomi : Perkara 153 (6) - pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) - Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 berhubung dengan tanah rizab Melayu. - Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Kewarganegaraan Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:- Perolehan Kewarganegraan Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1) - Penamatan Kewarganegaraan Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2) -Peruntukan Tambahan Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3) Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraannya: -Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan daripada negara lain -Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara. Kebebasan Hak Asasi Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan

Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi : Perkara 5 : Kebebasan Diri Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa) Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah Perkara 8 : Hak Kesamarataan Perkara 9 : Hak Kebebasan Bergerak Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan Perkara 11 : Kebebasan Beragama Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan Perkara 13 : Hak Terhadap Harta Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya: Perkara 149 Perbuatan Subversif Perkara 150 Kuasa-kuasa Darurat Perkara 159 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975

http://lailiayoko.blogspot.com/2010/10/sejarah-pembentukan-perlembagaan.html

Anda mungkin juga menyukai