Anda di halaman 1dari 2

7.

GURU SEBAGAI PENGEKAL TRADISI

Kamus dewan bahasa edisi keempat mengatakan tradisi merupakan sesuatu kebiasaan iaitu adat, kepercayaan dan lain-lain yang kekal turuntemurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sebati dalam sesebuah masyarakat. Guru sebagai pengekal tradisi boleh didefinisikan sebagai pendidik yang sentiasa menerapkan dan mengamalkan sesuatu kebiasaan secara berterusan. Peranan dan kepentingan guru sebagai pengekal tradisi boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu:

7.1

Bahasa Guru berperanan untuk bertutur secara lemah-lembut iaitu

berdasarkan kehalusan sesebuah bahasa dan juga sentiasa menggunakan bahasa standard (Bahasa Baku) ketika berkomunikasi dengan para pelajar. Hal ini membentuk para pelajar yang bersopan-santun dan memastikan para pelajar akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

7.2

Budaya Pengekalan memakai pakaian tradisional ke sekolah seperti Bulan Pakaian Tradisional menyumbang kepada pengekalan budaya timur oleh para pelajar. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya negatif Barat.
Seorang guru juga harus mengamalkan Budaya Membaca, Budaya Belajar, Budaya Berfikir dan Budaya Menulis untuk menjadi ikutan para pelajar. Selaras dengan budaya-budaya tersebut para pelajar akan mampu sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar.

7.3

Agama Setiap masa tidak kira semasa proses pengajaran dan pembelajaran mahupun luar daripada masa tersebut, guru haruslah sentiasa menasihati
pelajar supaya mentaati perintah dan ajaran agama. Hal ini kerana mampu mengelakkan para pelajar daripada mendekati perkara-perkara berkaitan kemaksiatan dan kemungkaran seperti berzina dan pembuangan bayi. Guru

itu sendiri harus menjaga perhubungan dengan Allah terlebih dahulu sebelum boleh memimpin murid-muridnya kepada Allah. Jika seorang murid melihat gurunya menitikberatkan soal agama dan kerohanian, akan timbul suatu kesedaran berkenaan pentingnya menjaga kerohanian diri dalam dirinya.