Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN TEATER PEMBACA Persembahan Oleh : SK Lereh.

Tajuk Cerita : Bunga Matahari Yang Sombong

Pencerita

Pak Kassim sangat rajin menghias rumahnya . Halaman rumah Pak Kassim penuh dengan bungabungaan yang cantik dan harum. Macam-macam pokok bunga ditanamnya. Ada bunga melur, bunga kertas , bunga matahari, dan banyak lagi. Hari ini cuaca sangat baik. Bunga-bunga yang ditanamnya berkembang dengan cantik. Jiran yang lalu memuji-muji kecantikan bunga-bunga itu.

Bunga Matahari

( menyanyi ) Pagi yang gelap kini sudah terang Aku yang cantik kini sedang kembang ( Lagu : Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan ) Oh, cantiknya kelopakku ini. Berseri-seri bak matahari yang sedang memancar. Dengar tu bunga kertas. Kakak tu puji aku.

Bunga Kertas

( Tersenyum sinis..) Yelah. Aku tumpang gembira mendengar dia puji kau. Akupun dipujinya jugalah matahari. Bukankah kita semua bunga yang cantik.

Bunga Matahari

( Menggeleng-geleng sambil meninggi suara ) Eh, aku sahajalah yang dipujinya. Kalian ni semua menumpang saja.

Bunga Kertas

Kau. Kau jangan perasanlah Matahari.Kakak tu pun puji bunga-bunga yang lain.

Bunga Matahari

Ah! Aku lagi cantiklah..

Pencerita

Warna bunga matahari memancar ke seluruh halaman rumah Pak Kassim. Bunga Kertas memandang cemburu kecantikan bunga matahari. Tidak lama kemudian, muncul Pak Kassim berjalan-jalan di halaman rumahnya. Pak Kassim memuji-muji kecantikan bunga matahari.

Bunga Matahari

Ha! Tengok. Semua orang terpegun dengan kecantikanku. ( tersenyum bangga sambil meliuk-liukkan kelopaknya)

Bunga Kertas

Matahari, Matahari. ( Menggeleng-gelengkan kepalanya). Tak habis-habis lagi ke kau nak berbangga?

Bunga matahari

( Tersenyum bangga ) Tak. Kalau aku saja bunga yang ada di sini, lagi bagus. Kamu ni semua menyemakkan halaman Pak Kassim ni saja.

Bunga Kertas

Kau jangan berlagaklah matahari, nanti memakan diri. Aku tahu aku tak cantik, tetapi aku bersyukur kerana Pak Kassim menjagaku dengan baik.

Bunga matahari

( Marah ) Argh diamlah kau bunga kertas. Sebenarnya engkau cemburu akan kecantikanku. Kankan..kan

Pencerita

Di hadapan pagar rumah Pak Kassim dan Mak Munah kelihatan dua orang budak lelaki sedang berjalan-jalan sambil memegang sebatang kayu di tangan.

Hakim

Eh.eh berhenti.! Wah cantiknya bunga yang kembang tu. Kau nampak tak Amir apa yang aku lihat?

Amir

Mana? Mana? Aku tak nampak pun. Ha. dah nampak, dah nampak.

Pencerita

Kemudian, kedua-dua mereka menyelinap masuk ke halaman rumah Pak Kassim.

Hakim

Cantiknya bunga-bunga di sini. Rasa macam dalam filem Bollywood pulak. Ham to hamise coralo.. ( lagu Hindustan )

Amir

Hish, diamlah sikit. Nanti Pak Kassim keluar. Mati kita dikerjakannya. ( Takut)

Hakim

Ala jangan takut lah. Eh, apa kata kita cabut semua kelopak bunga matahari ni. Aku teringin nak tengok bunga matahari togel. Macam mana agaknya bentuknya nanti.

Amir

Apa. tunggu lagi. Satu kelopak, dua kelopak., tiga kelopak..( sambil mencabut kelopak bunga matahari)

Bunga Matahari

Aduh sakitnya. Bunga kertas, tolonglah aku! Bunga melur selamatkanlah aku.. Aduh sakitnya

Bunga Kertas

Maaflah bunga matahari, aku tidak dapat menolong kamu.

Amir

Ha..ha..ha lucunya bunga matahari ni. Hakim, apa kita hendak namakan bunga ni sekarang?

Hakim

Matahari Si Bunga ah, tak tergamak aku hendak menyebutnya ha..ha..ha

Amir Bunga Matahari

: :

Hakim, jom lari. Pak Kassim datang tu ( Menangis ) Kenapalah mereka tergamak melakukan perbuatan itu kepada aku. Habis kelopakku gugur ke tanah. Aku sudah tidak cantik lagi.

Bunga Kertas

Sudahlah Matahari. Tidak guna engkau menangis lagi. Itu semua gara-gara sikap kamu yang terlalu sombong.

Bunga Matahari

( Menyesal ) Aku minta maaf Bunga Kertas. Aku menyesal sekarang. Sudah, cukup-cukup sudah Cukup sampai di sini saja, Daripada diri tersiksa, lebih baik ku pergi saja..

Pencerita

Pak Kassim dan Mak Munah keluar dari rumah mereka untuk membersihkan halaman rumah. Mereka terperanjat melihat keadaan bunga matahari . Pak Kassim lantas mencantas pokok bunga matahari . Bunga-bunga lain berasa sedih melihat Pak Kassim memangkas batang pokok Bunga Matahari. Rakan-rakan semua, kita tidak boleh berlagak sombong dengan kelebihan yang kita miliki. Sepatutnya kita hendaklah bersyukur dengan setiap pemberian Allah kepada kita.