Anda di halaman 1dari 4

CARTA ALIR YANG MENUNJUKKAN LANGKAH-LANGKAH BAGAIMANA GURU BIASA BOLEH MENGENAL PASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH

perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya

galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal

bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya

rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut

berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan sebagainya

ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkahlangkah pencegahan boleh diambil

JENIS-JENIS MURID BERMASALAH YANG PERLU MENDAPATKAN KHIDMAT KAUNSELING

MASALAH PELAJAR

Isu-isu personal

Masalah akademik

Penyesuaian sosial

Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah : Masalah perhubungan dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki, kawan sedarjah; Masalah keluarga ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga, persekitaran rumah yang tidak selesa, dan lain-lain; Masalah emosi konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku menyendiri, dan lain-lain; Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badan Masalah kewangan pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan kewangan, dan Isu pengurusan kendiri lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang.

Masalah akademik termasuklah: masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu; pencapaian akademik yang rendah; masalah berkomunikasi dengan guru; motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar; tidak menyertai aktiviti kelas; dan kemahiran belajar yang kurang baik

Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah:

tidak mematuhi peraturan sekolah; ponteng, melepak; salah guna bahan-bahan; perhubungan sex secara rambang; perosak; bergaduh; dan aktiviti jenayah mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada kawan sekolah, dan lain-lain.

Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera, supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya.

1. Konflik Interpersonal Konflik yang belaku dengan orang lain 2. Konflik Intrapersonal Konflik dalam diri 3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri. 4. Kurang informasi tentang persekitaran Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah 5. Kurang Kemahiran Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang asertif.